You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN

KOKURIKULUM

Assalamualaikum wbt,

selamat sejahtera dan salam PPD KOTA BELUD, Pemacu Perubahan.

Salam Sabah Hebat, Katakan Tidak kepada no 16, Katakan Ya kepada 10 yang Terbaik.

Salam Sabah Maju Jaya..

Terima kasih kepada saudari Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha Pn ______________________________________ Guru Besar, SK Timbang Dayang,

Yang Dihormati ________________________________________Penolong Kanan Kokurikulum;

Yang Dihormati ____________________________________________, Setiausaha Kokurikulum,

Yang Dihormati _________________________________________ Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati _________________________________________ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

para guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana

dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan

Perkhemahan Kokurikulum pada petang ini.

Terlebih dahulu, sebelum saya meneruskan ucapan ini, saya ingin menyampaikan salam kemaafan

daripada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud kerana tidak dapat Bersama-sama dalam majlis ini,

atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau terlibat secara langsung dengan temu duga untuk

pengisian jawatan di beberapa buah sekolah menengah dan rendah di daerah ini..

Tuan-tuan, Puan-puan, anak-anak murid yang disayangi sekalian,

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pihak barisan kepimpinan sekolah atas kejayaan

mengadakan majlis ini walaupun kita masih berada dalam keadaan separuh pulih. Belum pulih

sepenuhnya. Hal ini amat membanggakan kerana semua pihak yang terlibat, bermula daripada barisan
kepimpinan sekolah, seterusnya guru-guru dan ibu bapa serta murid-murid amat komited dan memiliki

semangat yang tinggi untuk meningkatkan pencapaian terbaik murid-murid bukan sahaja dalam bidang

kurikulum tetapi juga dalam bidang kokurikulum. Kekuatan seperti ini lah yang seharusnya dimiliki oleh

setiap individu pendidik demi kemenjadian anak-anak didik kita ke arah yang lebih cemerlang.

Tuan-tuan, puan-puan, anak-anak yang dikasihi sekalian,

Dalam tempoh pandemik Covid-19, hampir 360 darjah sesi persekolahan berubah sepenuhnya. Daripada

pengajaran dan pembelajaran bersemuka, bertukar menjadi pengajaran dan pembelajaran secara maya,

memaksa kita semua bertindak pantas mengubah teknik dan metodologi dalam penyampaian dan

perkongsian ilmu. Dalam hal ini, tidak terkecuali dalam bidang kokurikulum. Pada petang ini terbukti

bahawa Pandemik yang terjadi bukanlah penghalang kepada usaha pemyampaian dan perkongsian ilmu

bersama guru-guru, ibu bapa dan murid-murid. SK Timbang Dayang telah mengorak Langkah proaktif

menjayakan program seperti ini demi keunggulan dan kejayaan anda semua.

Kepada anak-anak yang terlibat, saya juga yakin bahawa aktiviti-aktiviti yang disediakan dapat memberi

banyak pengalaman dan pengajaran. Bukan hanya sebagai pemimpin kecil hari ini tetapi juga sebagai

pemimpin pada masa hadapan. Kita semua harus berbangga bahawa hari ini kita dapat melihat bakal

pemimpin masa hadapan kita. Sudah tentulah hal ini menjadikan kita orang yang amat bertuah kerana

mampu membentuk generasi muda menjadi pemimpin berwibawa dan berketerampilan unggul selari

dengan falsafah Pendidikan negara… Melahirkan insan yang berketerampian dan seimbang dalam semua

bidang termasuk Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Kepada anak-anak sekalian, ingatlah bahawa masa

hadapan negara ini terletak di bahu anda sekalian..

Tuan-tuan, puan-puan, anak-anak yang dikasihi sekalian.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Syabas dan tahniah kepada semua AJK Majlis Perasmian Penutupan

Perkhemahan SK Timbang Dayang tahun 2021, atas kejayaan cemerlang tuan-tuan dan puan-puan. Saya

yakin Tuan Pegawai Pendidikan Daerah amat bangga dengan penganjuran majlis seperti ini, sekaligus

mengukir kejayaan sekolah tatkala kita bergelumang dengan kebimbangan Covid-19 ketika kini.
Walaupun, kes-kes Cov-19 menunjukkan penurunan namun kita tidak boleh berasa selesa kerana kelalaian

kita akan mampu mengubah trend daripada menurun kepada mencanak Kembali. Bersama-samalah kita

berganding bahu, melandaikan graf covid-19 di negeri ini serta daerah kita khususnya, agar kita akan

Kembali kepada kehidupan seperti dahulu. Jaga SOP, lindung diri, lindung semua.

Saya dengan Lafaz Keramat BISMILLAHI RAHMANI RAHIM…merasmikan Majlis Perasmian

Penutupan Perkhemahan SK Timbang Dayang Tahun 2021.

Sekian dan terima kasih.

You might also like