You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PROGRAM FUN LEARNING PRASEKOLAH SK BRUAN MAPAL, MATU

PENGENALAN
Belajar sambil bermain ini adalah salah satu kaedah bagi menarik minat kanak-kanak untuk
melibatkan diri secara optimum dalam sesi pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar
kelas.

TUJUAN
1. Memperkembangkan daya ingatan kanak-kanak berdasarkan aktiviti bermain.
2. Meningkatkan kecerdasan dan kecergasan dalam diri kanak-kanak.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan tahap penguasaan dalam kalangan kanak-kanak.
2. Program ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju dan matlamat
yang ingin dicapai oleh guru.
3. Memberi semangat kepada pelajar agar mencapai keputusan cemerlang dalam
prestasi akademik prasekolah.
4. Memberikan pengalaman belajar yang menarik minat kanak-kanak.

TARIKH / MASA
TARIKH : Januari 2023
MASA : 0800 – 1130 PAGI

TEMPAT
Prasekolah SK Bruan Mapal, Matu

SASARAN
Melibatkan semua murid prasekolah

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:


Penasihat : Puan Selehah Binti Ali (Guru Besar)
Pengerusi : Encik Wan Asbi Bin Wan Chula (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Encik Naizatulazman Bin Bokhari (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Encik Dailee Bin Che Dom (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Puan Hasmiza Binti Sarkawi (Guru Prasekolah)
Bendahari : Puan Khairunniza Binti Ilil (PPM Prasekolah)
Dokumentasi : Encik Iskandar Fatriwini Bin Che Buyong (Guru)
AJK : Encik Musa (Wakil Ibu Bapa)

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara Harga/unit Unit Jumlah Catatan


(RM)
Kertas mahjong 3’s (White) 2.00 3 6.00 Untuk
kegunaan
menyediakan
aktiviti ‘Fun
Learning’.
A4 Dark Mix Color paper 80gsm 34.40 1 34.40
450’s
A4 3 Sheet Card Dark Colour 18.90 2 37.80
160gsm
DIY Colourful Wood Stick 4.5” 3.50 3 10.50
Faber Castell Tack it 75gsm 6.90 3 20.70
24mm Double Sided Tissue tape 2.40 3 7.20
36mm opp tape (sellotape) 2.80 3 8.40
UHU Glue Stick 8.2g 4.90 5 24.50
9” Colour Balloons 40’s/PKT 11.50 1 11.50
Yosogo Whiteboard Marker A500 2.00 10 20.00
Polar Modelling Clay 2.10 11 23.10
A4 Laminating Film 37.00 1 37.00
Stationery Set 5’s NO. XD-9520F 9.90 11 108.90 Diberikan
kepada
murid
sebagai
penghargaan
menyertai
aktiviti ‘Fun
Learning’.
JUMLAH 350.00

PELAKSANAAN PROGRAM

BI PERKARA
L
1 Ucapan alu-aluan Guru Besar

2 Aktiviti “Fun Learning”


2.1 Murid akan dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap penguasaan
di dalam kelas.
2.2 Dalam setiap kumpulan, terdapat 3 stesen permainan yang perlu
diselesaikan oleh murid.
2.3 Setiap kumpulan akan diberikan permainan berdasarkan tahap penguasaan
murid. Murid dalam kumpulan akan melaksanakan permainan secara
individu.
2.4 Setiap murid perlu menyelesaikan aktiviti/permainan yang disediakan dalam
kumpulan.
2.5 Soalan yang disediakan oleh guru merangkumi matapelajaran BM, SNS, MT
dan BI. Soalan yang disediakan juga adalah mengikut tahap penguasaan
murid.
2.6 PPM Prasekolah dan guru prasekolah akan memantau dan mengetuai
permainan serta dibantu oleh guru dan murid Tahun 6 kelas perdana.

Kumpulan 1
 Terdiri daripada murid yang sudah menguasai kemahiran membaca ayat
mudah. (Syawal, Nasuha)

KUMPULAN 2
 Terdiri daripada murid yang sudah menguasai kemahiran mengeja
perkataan.
(Safiya, Nadila & Musifah)

KUMPULAN 3
 Terdiri daripada murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran asas
mengeja perkataan.
(Niezan, Fattah, Fateh, Azalea, Anis & Adeef)

3. Penilaian
Murid dinilai melalui lembaran kerja. Lembaran kerja disediakan berdasarkan semua
aktiviti yang mereka lakukan melalui soalan-soalan yang telah dikemukakan.

PENUTUP
Diharapkan dengan adanya persekitaran luar dan dalam prasekolah yang menarik dan
kondusif, Program Fun Learning Prasekolah SK Bruan mapal akan dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Di samping itu, murid-murid prasekolah juga diharapkan dapat memupuk
sikap minat belajar dan penglibatan aktif dalam pembelajaran melalui persekitaran yang
memberangsangkan.

DISEDIAKAN OLEH,

………………………………………………
(HASMIZA BINTI SARKAWI)
GURU PRASEKOLAH,
SK BRUAN MAPAL

DISEMAK OLEH,

………………………………………………
(WAN ASBI BIN WAN CHULA)
PK PENTADBIRAN,
SK BRUAN MAPAL

DISAHKAN OLEH,

…………………………………………….
(SELEHAH BINTI ALI)
GURU BESAR,
SK BRUAN MAPAL.

You might also like