You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

MEMOHON SUMBANGAN
PEMBELIAN
KERUSI DAN MEJA MURID

TARIKH :

ANJURAN :
UNIT 3K
DI BAWAH UNIT HAL EHWAL MURID

1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Kantan Permai mula beroperasi pada tahun 2001. Hampir
20 tahun sekolah ini telah beroperasi dengan kemudahan yang sedia ada sejak dari
dulu. Mula sekolah ditubuhkan sekolah hanya satu sesi pembelajaran sahaja iaitu
bilangan kelas yang beroperasi hanyalah 10 buah kelas dan bilangan muridnya
seramai 303 murid manakala bilangan guru 18 orang sahaja termasuk Guru Besar
dan 2 orang staf sokongan. Namun begitu, mulai tahun 2022 jumlah kelas yang
dibuka sebanyak 27 kelas yang mana bergabung sesi pagi dan sesi petang dengan
jumlah muridnya seramai 2133 orang, manakala bilangan guru seramai 113 orang
guru dan staf seramai 8 orang. Pertambahan kemasukan murid ke sekolah ini
berlaku setiap tahun.

Bilik darjah yang kondusif merangsang pengajaran dan pembelajaran. Daripada


segi kemudahan bilik darjah yang dilengkapi dengan kerusi dan meja, papan putih,
kipas, pintu, papan kenyataan/papan info dan rak hendaklah disediakan dengan
lengkap dan memastikan ianya berada dalam keadaan yang baik. Namun begitu,
keadaan kerusi dan meja yang telah usang, boleh menyebabkan proses pembelajaran
murid terganggu.

Setiap tahun permohonan ke Kementerian Pendidikan Malaysia telah dibuat iaitu


pada Disember 2021 dan Mac 2022 untuk mendapatkan set kerusi dan meja murid
yang baharu. Namum dukacitanya masih belum diluluskan dan tiada maklum balas
daripada pihak KPM.

2.0 OBJEKTIF
i. Menggantikan 215 set kayu kerusi dan meja murid dan 215 meja plastik
murid yang sedia ada dan telah usang.
ii. Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat.
iii. Merealisasikan Sekolahku Sejahtera.

3.0 SASARAN
Bilik Kelas Set kerusi dan meja kayu Meja Plastik
3 Anggerik/ 43 set
5 Anggerik
3 Bakawali 43 set
5 Bakawali
3 Cempaka 43 set
5 Cempaka
3 Dahlia 43 set
5 Dahlia
3 Ixora 43 set
5 Ixora
3 Jasmin 43 set
5 Jasmin
3 Kenanga 43 set
5 Kenanga
2 Ixora 43 set
6 Ixora
2 Jasmin 43 set
6 Jasmin
2 Kenanga 43 set
6 Kenanga

4.0 AHLI JAWATANKUASA UNIT 3K


(KEBERSIHAN, KECERIAAN & KESELAMATAN)

Pengerusi : Siti Hajar Binti Saad (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Nur Razida Binti Bohari (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : Datin Norli Binti Ahmad (PK Pentadbiran)
Abdul Moeis Bin Abdul Shukor (PK Kokurikulum)
Mohd Hairol Bin Rabu (PK Petang)
Penyelaras : Ayub Bin Jamaludin
Setiausaha : Maslina Binti Muhammad
Ajk : Tahar Bin Mohd Dahlan
Zusmaizah Binti Muhammad

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA KUANTITI HARGA ANGGARAN
SEUNIT

1. Set Kerusi dan Meja Murid kayu 215 unit RM280 RM 60 200.00
2. Meja Plastik Murid 215 unit RM130 RM 27 950.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 88 150.00

Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Unit 3K ingin memohon


peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia Lapan puluh Lapan Ribu Satu Ratus Lima Puluh
Ratus sahaja untuk pelaksanaan program.

6.0 PENUTUP

Pihak sekolah amat mengharapkan permohonan ini dapat dipertimbangkan


sewajarnya dan mencapai objektif dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif dan selamat. Semoga impian pihak sekolah dapat direalisasikan dengan
mengambil kira kerusi dan meja yang sedia ada terlalu usang.

Disediakan oleh :

…………………………………………….
AYUB BIN JAMALUDDIN
Penyelaras Unit 3K,
Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan
Sekolah Kebangsaan Kantan Permai,
43000 Kajang Selangor.

Disemak oleh :

…………………………………………….
NUR RAZIDA BINTI BOHARI
PK Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Kantan Permai,
43000 Kajang Selangor.

Disahkan oleh :

…………………………………………….
SITI HAJAR BINTI SAAD
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kantan Permai,
43000 Kajang Selangor.

LAMPIRAN
Tiada tempat letak barang di bawah meja (papan dah tercabut)

Keadaan permukaan meja yang tidak rata (melengkung)


Kebanyakkan meja sudah terlalu lama digunakan sehingga kini

You might also like