You are on page 1of 2

MIB TAHUN 9: Perlembagaan - (A) Agama Islam & (B) Raja

Pengenalan
 Negara Brunei Darussalam mula mempunyai perlembagaan pada 29 September 1959 semasa pemerintahan Al-
marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien iaitu Sultan Brunei ke-28.
 Perlembagaan ini diberi nama Perlembagaan Negeri Brunei 1959.
 Setelah Negara Brunei Darussalam memperolehi kemerdekaan penuh pada
27 Rabiulawal 1404 bersamaan 1 Januari 1984, maka perlembagaan ini dinamakan sebagai Perlembagaan
Negara Brunei Darussalam.
 Perlembagaan Negara Brunei Darussalam mempunyai 12 bahagian yang mengandungi 87 perkara. Antaranya
ialah bahagian agama, kuasa memerintah, majlis mesyuarat diraja dan lain-lain. (rujuk buku teks MIB Menengah
III halaman 121-124)

(A) Agama Islam


 Sejarah kemasukan agama Islam ke Negara Brunei Darussalam dipercayai bermula dalam kurun ke-10.
 Agama Islam bertapak dengan kukuhnya apabila raja Brunei Awang Alak Betatar memeluk agama Islam dengan
gelaran Sultan Muhammad Shah. Pengislaman baginda terus diikuti oleh pembesar-pembesar dan rakyat negara
ini.
 Agama Islam terus berkembang luas di bawah pemerintahan Sultan Sharif Ali (Sultan Berkat) iaitu Sultan Brunei
yang ke-3. Baginda mendirikan sebuah masjid yang pertama di Negara Brunei Darussalam.
 Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah iaitu sultan Brunei ke-5, agama Islam tersebar luas ke jajahan takluk
Negara Brunei Darussalam seperti Filipina dan persisiran pantai Pulau Borneo.
 Dalam pemerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Khairi Waddien, agama Islam diisytiharkan sebagai agama
rasmi negara. Pengisytiharan ini telah termaktub dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam Bahagian II
Bab (1).
 Kemudian dalam pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan Brunei yang ke-29, agama Islam dijadikan pegangan hidup bernegara
(Falsafah Melayu Islam Beraja).
 Hari-hari kebesaran dalam Islam disambut setiap tahun secara besar-besaran seperti:
a) Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam
b) Israk Mikraj
c) Awal Miharam
d) Nuzul Al-Quran dan lain-lain
 Kerajaan Brunei telah membuat beberapa dasar pentadbiran Islam yang menuju ke arah kecemerlangan Islam
seperti:
a) mengharamkan kemasukan minuman arak ke dalam negara ini
b) mewujudkan Bank Islam Brunei
c) mengadakan skim simpanan pekerja iaitu Tabung Amanah Pekerja (TAP)
d) mendirikan masjid-masjid, sekolah-sekolah agama di seluruh negara dan lain-lain.

(B) Raja
 Raja adalah sebagai ketua pemerintah.
 Raja pertama yang memeluk agama Islam di Brunei ialah Awang Alak Betatar dan dikenali dengan nama Sultan
Muhammad Shah.
 Kuasa pemerintahan diperuntukkan kedudukan raja dalam Perlembagaan Negara Brunei, Bab I bahagian III
yang kuasa tertinggi bagi Negara Brunei Darussalam adalah terletak ditangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

1
Disediakan oleh Sifa Yeo 2023
MIB - Latihan KS/02/P3
Arahan: Jawab semua soalan di bawah ini dengan merujuk nota yang
diberi dan buku teks Melayu Islam Beraja Menengah III.

1) Bila dan semasa pemerintahan siapakah Negara Brunei Darussalam mula


mempunyai perlembagaan? (2 markah)
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
2) Apakah yang terkandung dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam?
(2 markah)
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
3) Dalam pemerintahan siapakah agama Islam dijadikan sebagai pegangan hidup
bernegara yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja? (2 markah)
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
4) Tuliskan dua contoh hari-hari kebesaran dalam Islam yang disambut setiap tahun
secara besar-besaran di Brunei. (2 markah)
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

5) Tuliskan dua contoh yang telah dibuat oleh Kerajaan Brunei dalam pentadbiran
Islam bagi menuju kecemerlangan. (2 markah)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2
Disediakan oleh Sifa Yeo 2023

You might also like