You are on page 1of 1

STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semester Oktober Sesi 2021/2022

TUGASAN 3: PEMBANGUNAN LAMAN WEB/BLOG – Berkumpulan 2 orang

Blog atau weblog adalah satu laman web atau sebahagian daripada laman web. Blog biasanya
diselenggarakan oleh individu dengan catatan tetap komentar, keterangan peristiwa, atau bahan lain
seperti grafik atau video. Penyertaan biasanya dipaparkan mengikut masa yang terkini.

Kebanyakan blog adalah interaktif, membolehkan pengunjung untuk meninggalkan komen dan juga
mesej antara satu sama lain melalui widget pada blog dan interaktiviti inilah yang membezakan
mereka dari laman web statik lain.

Kebanyakan blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu subjek; fungsi lain lebih sebagai
diari peribadi dalam talian. Blog yang biasa menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog,
lain-lain laman web, dan media lain yang berkaitan dengan sesuatu topik. Keupayaan pembaca
meninggalkan ulasan dalam format interaktif merupakan bahagian penting dalam banyak blog.
Kebanyakan blog terutamanya teks, tertumpu pada seni (art blog), gambar (photoblog), video (video
blog), muzik (MP3 blog), dan audio (podcasting).

Anda dikehendaki membangunkan sebuah laman web atau blog mengenai Revolusi Industri 4.0 (IR
4.0) yang terdapat di dalam IR 4.0 berdasarkan Tugasan 1 yang telah anda pilih. Anda boleh memilih
mana-mana tools atau laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk membangunkaan laman
web anda. Contoh laman web yang menyediakan perkhidmatan laman web dan blog ialah adalah
seperti http://www.blogger.com atau http://www.webs.com atau http://www.weebly.com atau
http://www.wix.com.

Laman web atau blog anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

 Boleh ditulis di dalam dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.


 Mengandungi sekurang-kurangnya 5 menu (2 Markah)
 Satu laman yang mengandungi penerangan berkaitan tool atau laman web
online yang anda gunakan untuk membangunkan website. (2 Markah)
 Laman web mesti mengandungi maklumat kumpulan anda termasuk
gambar. (2 Markah)
 Memasukkan penerangan berkaitan teknologi baharu IR 4.0 yang dipilih dalam
tugasan 1 (maklumat di dalam tugasan 1) (8 Markah)
 Memasukkan video/audio perbincangan pembangunan website anda. (3 Markah)
 Pautan ke mana-mana link yang berkaitan website (sekurang-kurangnya
4 pautan) (2 Markah)
 Pautan ke mana-mana tutorial yang berkaitan pembangunan laman web
(4 pautan) (4 Markah)
 Mengandungi alatan yang boleh memberi maklum balas pengguna (rujuk slide) (3 Markah)
 Kreativiti yang memberi tarikan kepada pengguna untuk mengunjungi
website yang dibangunkan. (4 Markah)

Yang perlu dihantar:


 Muat-naik (upload) URL laman web atau blog anda ke UUM online learning.

Markah: 30 Markah

Tarikh Hantar: sebelum pertemuan ke 4: 15/01/2022


1

You might also like