You are on page 1of 16

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN [PACE]

SEMESTER 1
APRIL 2021

DISEDIAKAN UNTUK
PN. SITI FATIMAH BINTI MOHD NASARUDDIN

KOD DAN NAMA KURSUS


SQQS 1013 - PENGANTAR STATISTIK

TAJUK TUGASAN KUMPULAN


KAJIAN CORAK PEMBELIAN ATAS TALIAN PENDUDUK
DI SELANGOR SEMASA PANDEMIK

DISEDIAKAN OLEH:
BIL NAMA PELAJAR NO MATRIK
1 ICHA PUSPA SARI BINTI ARFAH 283410
2 MOHD NOR BIN ROHANI 283451
3 DENISHA A/P RAJENDRAN 283403
4 MOHAMMAD SYAZWAN B. MAHADI 283439

TARIKH SERAHAN

10 OGOS 2021

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.................................................................................................................. 3
1.1 Objektif Kajian .............................................................................................................. 3
2.0 METODOLOGI ................................................................................................................ 3
2.1 Analisis Data ..................................................................................................................... 4
2.2 Tatacara Pensampelan dan Pengumpulan Data .............................................................. 4
3.0 PERBINCANGAN & HASIL KAJIAN .......................................................................... 5
3.1 Analisis Kajian Demografi ........................................................................................... 5-7
3.2 Analisis Kajian Faktor – Faktor Pembelian Atas Talian ...............................................7-8
3.3 Tingkahlaku & Kekerapan .......................................................................................... 8-10

4.0 KESEDARAN RISIKO & KESELAMATAN PEMBELIAN ................................ 11-13

5.0 KEBARANGKALIAN PEMBELIAN ATAS TALIAN MENGIKUT FAKTOR


JANTINA .......................................................................................................................... 13-14

6.0 KEBARANGKALIAN KESEDARAN RISIKO & KESELAMATAN PEMBELIAN


ATAS TALIAN ..................................................................................................................... 14

7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN ............................................................................. 15

RUJUKAN ............................................................................................................................. 16

2
1.0 PENGENALAN

Platform e dagang merupakan salah satu platform yang digunapakai kepada seluruh
masyarakat bagi tujuan memudahkan urusan pembelian dan pembelian tanpa had tanpa
mengira jarak dan masa. Sejak berlakunya penularan Covid 19 dan kerajaan telah mengarahkan
perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara ini telah
mengubah corak pembelian dan tingkah laku masyarakat dalam urusan jual beli seharian.
Pembelian secara atas taliajn ini menjadi pilihan utama masa kini akibat kekangan PKP dan
untuk mengurangkan risiko kadar jangkita jika berada di luar.

Sejak pandemic yang belaku Mac 2020 yang lalu, kadar keboleh capaian platform e
dagang di Malaysia meningkat dengan sangat baik dan masyarakat kini mula beralih ke arah
pembelian secara atas talian tanpa mengira peringkat umur. Menurut Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM, 2019), 51.2% penduduk di negara ini menggunakan
platform e-dagang untuk membeli belah dan menjual secara dalam talian. Aktiviti jual beli
dalam talian mencatatkan peningkatan sebanyak 28.9 peratus April 2020, ketika negara
menguatkuasakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), bermula Mac 2020 (Berita Harian,
2020). Inin jelas menunjukkan bahawa respon daripada pembeli amat menggalakkan dan kadar
kebergantungan kepada pembelian secara online semakin meningkat setiap hari.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tingkah laku pembelian secara atas talian bagi
penduduk di Malaysia khususnya di kawasan Selangor. Objektif kajian ini adalah:
1. Mengkaji ciri-ciri sosio demografi responden.
2. Mengenal pasti faktor dan tingkah laku pembelian secara atas talian.
3. Mengenal pasti kesedaran risiko dan keselamatan pembelian atas talian.
4. Menentukan kebarangkalian tingkah laku mengikut faktor jantina.
5. Menentukan kebarangkalian kesedaran keselamatan pembelian atas talian.

2.0 METODOLOGI KAJIAN


Bahagian ini menggariskan metodologi penyelidikan. Kajian ini menggunakan reka bentuk
kajian lapangan yang berdasarkan kaedah soal selidik. Pengkaji mengedarkan borang kaji
selidik melalui “link google form” kepada semua masyarakat pelbagai peringkat umur dan latar
belakang yang menetap di Selangor.

Banyak kajian yang telah dijalankan mengenai tingkah laku dan faktor pembelian secara atas
talian. Berdasarkan kajian juga, ciri dan matlamat yang terdapat pada individu didapati
mempengaruhi tingkah laku seperti aktiviti pembelian, jenis pembelian barang dan nilai

3
barangan yang dibeli pada satu masa. Soal selidik terdiri daripada 5 bahagian utama kajian
iaitu:
BAHAGIAN A : Soal Selidik Demografi
BAHAGIAN B : Faktor & tingkah laku Pembelian atas talian
BAHAGIAN C : Kesedaran mengenai risiko pembelian secara atas talian
BAHAGIAN D : Kebarangkalian faktor jantina membeli secara atas talian
BAHAGIAN E : Kebarangkalian kesedaran keselamatan pembelian atas talian

2.1 ANALISIS DATA


Borang kaji selidik iaitu data primer tersebut mengandungi 4 elemen faktor termasuk
demografi yang dipilih dan mengambil masa pengisian daripada responden selama 4 minggu.
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian
kualitatif dan kuantitatif melalui borang soal selidik sebagai instrumen. Data-data dengan skala
pengukuran nominal dan ordinal ini dikumpulkan dianalisa dengan kaedah data deskriptif
melalui responden untuk menyatakan min, mode dan sisishan piawai dinyatakan dalam objektif
kajian dan dikumpulkan dengan menggunakan microsift excel dan microsft words.

SKOR PENILAIAN

SKALA PENILAIAN SKOR


1 Sangat tidak bersetuju 1
2 Tidak setuju 2
3 Neutral 3
4 Bersetuju 4
5 Sangat Bersetuju 5

SKALA PENILAIAN SKOR


Ya 2
Tidak 1
mungkin 0

2.2 TATACARA PENSAMPELAN & PENGUMPULAN DATA

Populasi kajian ini terdiri daripada responden yang berumur 15 sehingga 46 tahun dan ke atas.
Pemilihan responden adalah secara rawak yang diedarkan melalui link yang telah diwujudkan
melalui google form tersebut. Seramai 103 orang responden telah memberi respon terhadap
borang kaji selidik yang telah diedarkan. Seterusnya data yang diperoleh, dianalisis secara
deskriptif bagi mendapatkan frekuensi dan peratus. Analisis secara statistik dan peratusan ini
digunakan untuk membuat perbandingan amalan pembelian secara atas talian dengan faktor
dan latar belakang demografi yang telah dipilih.

4
3.0 PERBINCANGAN & HASIL KAJIAN

Sejak berlakunya pandemik ini, banyak kajian telah dijalankan untuk membincangkan iu
mengenai perubahan tingkahlaku dan corak pembelian secara atas talian bagi masyarakat di
Malaysia. PKP yang dilaksanakan ini adalah penyumbang faktor tertinggi kepada peningkatan
kebergantungn capaian pembelian secara atas talian untuk membeli barang keperluan harian
dan sebagainya. Dilaporkan oleh The Star, Menteri Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof
mengatakan, “Hanya ketua keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan harian
dan ubat-ubatan selama perintah kawalan pergerakan 14 hari (MCO) ”. Akibatnya, ia
meningkatkan kesukaran untuk bergerak dari rumah mereka ke pasar raya untuk membeli
barang keperluan. Dengan sekatan pergerakan, dapat disimpulkan bahawa trend pembelian
dalam kalangan masyarakat Malaysia kini lebih ke arah pendigitalan dan menggunakan servis
pembelian secara atas talian untuk mengurangkan risiko penularan wabak tersebut.

3.1 ANALISIS KAJIAN DEMOGRAFI

Maklumat responden merupakan elemen penting dalam kajian ini kerana maklumat
tersebut menceritakan maklumat dan latar belakang responden. Latar belakang responden
berbeza dapat memberi pandangan yang unik terhadap isu perbincangan kajian ini. Maklumat
responden yang dikajikan dalam kajian ini merangkumi jantina, umur, pekerjaan dan
pendapatan.

Faktor Bilangan (n) Peratus Mod


UMUR
15-25 tahun 24 23.3
26-35 tahun 46 44.7 26 -35 tahun
36-45 tahun 30 29.1
46 tahun & ke atas 3 2.9
JANTINA
Perempuan 61 59.2 Perempuan
Lelaki 42 40.8
TARAF PERKAHWINAN
Bujang 41 39.8
Berkahwin 58 56.3 Berkahwin
Duda/Janda 4 3.9

5
JUMLAH PENDAPATAN ISI
RUMAH
RM0-RM2500 25 24.3
RM2501-RM5000 29 28.2 RM2501-RM5000
RM5001-RM9999 31 30.1
RM10000 & Ke atas 18 17.5
Jadual 1.1: Latar belakang demografi responden terpilih. (n=103)

Dapatan kajian adalah seperti dalam jadual 1.1 mendapati seramai 103 orang responden yang
pernah membeli secara atas talian. Daripada jumlah ini, sebanyak (23.3%) merupakan
golongan yang berumur 15-25 tahun yang boleh dikenali sebagai Gen Y , diikuti dengan
(44.7%) adalah tediri daripada golongan yang berumur 26-35 tahun, seterusnya adalah (29.1%)
adalah terdiri responden yang berumur 36-45 tahun dan terakhir adalah responden yang
berumur antara 46 tahun dan ke atas iaitu sebanyak (2.9%). Ini menunjukkan golongan muda
iaitu golongan millennial adalah kumpulan golongan yang aktif dengan media sosial dan dunia
digital dan mereka merupakan golongan majoriti yang menjawab kaji selidik ini.

Dari segi jantina pula kajian mendapati golongan wanita (59.2%) sering melakukan aktiviti
membeli belah secara atas talian berbanding golongan lelaki iaitu sebanyak (40.8%).
Kebanyakan responden yang menjalankan aktiviti pembelian secara atas talian ini adalah
golongan yang telah berkahwin iaitu sebanyak (56.3%) manakala yang berstatus bujang pula
adalah sebanyak (39.8%) dan baki adalah golongan yang berstatus janda atau duda iaitu
sebanyak (3.9%). Menurut Rodgers dan Harris (2003) dan Sharul (2019), hasil kajian
mendapati bahawa sepanjang tempoh pandemik ini menunjukkan wanita amnya lebih
cenderung untuk mendominasi tempat membeli-belah di kedai luar talian tetapi apabila
berlakunya pandemik ini corak pembelian telah mula bertukar secara atas talian kerana terdapat
banyak kekangan dan risiko yang harus dikurangkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Melalui dapatan responden melalui pendapatan isi rumah pula, jumlah paling tinggi membeli
barangan secara atas talian adalah mereka yang berpendapatan antara RM5001-RM9999
(30.1%), diikuti dengan pendapatan isi rumah antara RM2501-RM5000 (28.2%). Seterusnya
adalah responden yang berpendapatan antara RM0-RM2500 (24.3%) dan yang terakhir adalah
responden yang berpendapatan RM10000 dan ke atas iaitu sebanyak (17.5%). Data
menunujukkan bahawa isi rumah yang berpendapatan tinggi lebih memilih untuk membeli
barangan atau mendapatkan perkhidmatan secara fizikal atau tradisional dan kurang cenderung
kepada pembelian secara atas talian.

6
Soal selidik dalam bahagian demografi ini mengambil kira taraf mastatutin responden iaitu
sebanyak (73.8%) adalah responden yang bermastautin tetap dan bekerja di Selangor manakala
baki sebanyak (26.2%) adalah responden yang hanya bekerja dan menetap sementara di
Selangor. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk di Selangor lebih cenderung kepada
pembelian atas talian yang memberikan banyak kelebihan kepada responden berbanding
pembelian secara tradisional.

3.2 ANALISIS KAJIAN FAKTOR – FAKTOR AKTIVITI PEMBELIAN ATAS


TALIAN

Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi masyarakat khususnya di Selangor dalam
menjalankan aktiviti pembelian secara atas talian. Dalam kajian ini terdapat tiga faktor utama
seperti dalam jadual 1.2 dibawah yang dikenalpasti dalam mempengaruhi pembelian atas
talian. Diantaranya ialah penjimatan masa, capaian pembelian barangan luar negara yang lebih
mudah dan proses perbandingan harga yang lebih mudah.

Sunitha dan Edwin (2014), menyatakan bahawa "Pembelian dalam talian adalah proses di mana
pengguna secara langsung membeli barang, perkhidmatan dan sebagainya dengan hanya
melayari laman web atau platfiorm e dagang yang ada". Selepas beberapa tahun kemudian,
landskap shopping online telah meningkat menjadi peranan penting pada tahun 2020 semasa
pandemik Covid-19.Menurut artikel dari MBA Skool, tingkah laku membeli adalah tindakan
yang merupakan hasil dari sikap, pilihan, niat dan keputusan yang dibuat oleh pengguna di
pasaran sebelum membeli produk atau perkhidmatan.

Faktor – faktor / STS SS Sisihan


Skor 1 2 3 4 5 Min Mod Piawai
Pembelian lebih - - 16 34 53 4.36 5 0.731
mudah & cepat (15.5%) (33%) (51.5%)
Pembelian Luar - 3 (2.9%) 36 29 35 3.93 3 0.904
Negara lebih mudah (35%) (28.2%) (34%)
Perbandingan harga - 1 (1%) 9 30 63 4.50 5 0.726
lebih mudah (8.7%) (29.1%) (61.2%)

Jadual 1.2 Skala Likert: Faktor – faktor pembelian atas talian

Berdasarkan hasil kajian antara tiga faktor terpenting ini, didapati bawah min yang paling
tinggi adalah pada faktor perbandingan harga lebih mudah iaitu sebanyak 4.50, diikuti dengan
min bagi pembelian lebih mudah dan cepat sebanyak 4.36 dan akhir sekali adalah pembelian
luar negara lebih iaitu sebanyak 3.93. Ini menunjukkan bahawa e-commerce yang sedia ada
pada masa kini mempunyai aplikasi yang memudahkan pembeli untuk membandingkan harga
setiap barangan yang hendak dibeli sebagai contoh melalui aplikasi hargapedia dan sebagainya.

7
Hasil kajian terhadap faktor pertama yang telah diberikan kpada responden adalah mengenai
aktiviti pembelian atas talian lebih mudah dan cepat mendapat majoriti responden iaitu
sebanyak 74 orang (71.8%) sangat bersetuju dan ini menunjukkan bahawa proses yang lebih
mudah dan selamat dipilih oleh masyarakat sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Manakala
hanya 5 orang responden memilih untuk berada pada kedudukan neutral kerana mungkin lebih
cenderung kepada pembelian secara tradisional ataupun secara fizikal mengikut kesesuaian
barangan yang hendak dibeli.

Seterusnya faktor kedua iaitu pembelian barangan daripada luar negara lebih mudah mendapati
bahawa 36 responden bersamaan dengan (35%) memilih neutral terhadap proses pembelian
barangan luar negara lebih mudah dan diikuti dengan 35 responden bersamaan dengan (34%)
yang memilih sangat bersetuju dan hanya 29 responden (28.2%) yang memilih setuju . Di
zaman serba canggih penuh dengan teknologi, permintaan dan keperluan tentang barangan
harian menjadi semakin mudah. kita boleh melakukan pembelian dengan hanya perlu menaip
papan kekunci di komputer samada untuk mencari barang yang diingini mahupun membeli
terus di internet.

Item soalan ketiga yang diberikan dalam kajian faktor ini adalah mengenai proses
perbandingan harga dapat dibuat dengan lebih mudah melalui pembelian secara atas talian.
Membuat perbandingan harga dan memilih barangan yang terbaik adalah satu kemestian.
Berdasarkan responden penduduk Selangor 63 responden (61.2%) sangat bersetuju dengan
perbandingan harga dalam talian adalah mudah, diikuti dengan 30 responden (29.1%) bersetuju
dan 9 responden (8.7%) memilih neutral dan 1 responden (1%) menyatakan tidak setuju
terhadap faktor dinyatakan. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden beranggapan
barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan secara atas talian adalah murah berbanding
dengan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan tradisional.

3.3 TINGKAH LAKU & KEKERAPAN PEMBELIAN SECARA ATAS TALIAN

Carta Bar 1.3: Kecenderungan pembelian barangan secara atas talian

8
Hasil responden melalui gambar rajah 1.3 di atas juga mendapati pembelian secara atas talian
semasa pandemik ini lebih cenderung kepada beberapa jenis barangan kerana banyak kedai
telah diarahkan untuk ditutup sepanjang tempoh PKP dan ini menggalakkan masyarakat untuk
membuat pembelian secara online seperti makanan yang mencatatkan hasil respon paling tinggi
iaitu sebanyak 55 orang responden (53.4%) jelas menunjukkan bahawa barang asas makanan
menjadi keperluan utama semasa PKP dilaksanakan diikuti dengan pembelian pakaian iaitu
sebanyak 49 orang responden (47.6%) manakala pembelian elektronik menjadi pilihan ketiga
tertinggi iaitu sebanyak 46 orang responden (44.7%). Pembelian makanan ini kebanyakannya
menggunakan aplikasi Grab atau Foodpanda yang lebih mudah dan cepat kerana sepanjang
tempoh PKP dilaksanakan, banyak kedai makan hanya membenarkan servis “take away” dan
“delivery” sahaja.

Carta Pai 1.4: Platform Digital

Di negara maju, pembelian atas talian menjadi tidak asing lagi dan menjadi “trend” yang
semakin berkembang dalam masyarakat tempatan masa kini. Kebanyakan rakyat Malaysia
terutamanya golongan yang perpendapatan dan tidak mempunyai masa dan ruang untuk
menjalankan urusan jual beli secara bersemuka. Berdasarkan hasil responden pada carta pai 1.4
mendapati pemilihan rangkaian digital seperti Ebay, AliBaba, Shopee, Amazon, Shein, Yahoo
Japan Auction, dan Lazada. Pembeli lebih cenderung untuk menggunakan Rangkaian Shopee
dimana, 78.6% pembeli berbanding rangkaian yang lain. Pengguna dilihat memanfaatkan
platform itu sepenuhnya untuk membeli barangan keperluan asas, perkakasan rumah termasuk
peralatan elektronik seperti komputer riba dan peranti pintar untuk memenuhi keperluan
bekerja atau belajar dari rumah. Selain Shopee, Ebay juga adalah salah sebuah rangkaian
syarikat pembelian atas talian yang agak kurang diminati dimana hanya 9.7% pembeli lebih
cenderung untuk membuat pembelian atas rangkaian Ebay. Selebihnya iaitu 11.7% pembeli
dalam kawasan Selangor menggunakan rangkaian selain daripada rangkaian Shopee dan Ebay.

9
Tempoh Masa Jumlah (n) Peratusan (%) Mod
15 – 30 minit 57 55.3
31 -45 minit 23 22.3 15-30 minit
≥ 1 jam 23 22.3
Jumlah 103 100
Jadual 1.5: Tempoh Masa Pembelian

Covid-19 yang kita sedia maklum adalah sejenis penyakit yang agak merungsingkan
negara kita dan menjadi krisis global sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini
berdasarkan purata bagi pesakit negeri Selangor menjadi penyumbang yang tertinggi dimana
kes positif meningkat dari 2 angka sehingga 4 angka. Ini jelas menunjukkan bahawa penduduk
di sekitar Selangor mempunyai kadar kebolehjangkitan yang sangat tinggi. Ini berdasarkan
kajian yang telah dibuat berdasarkan jadual 1.5 di atas iaitu populasi responden melebihi
separuh iaitu 55.3%. Manakala, 22.3% responden menghabiskan masa 31-45 minit tempoh
masa yang diambil dan 22.3% responden menghabiskan masa melebihi 1 jam. Bilangan
responden mengunakan masa 15-30 minit oleh kerana responden terdiri daripada orang yang
mempunyai kerjaya yang tersendiri dan tidak mempunyai masa untuk dihabiskan semasa
membuat pembelian atas talian. Responden yang menggunakan masa 31 minit sehingga 1 jam
terdiri daripada suri rumah dan yang berkerja dari rumah dan banyak peluang masa yang ada
untuk menjalankan pembelian diatas talian.

Tempoh Masa Jumlah (n) Peratusan (%) Mod


Awal Pagi 7 6.8
Tengah hari 14 13.6 Malam
Malam 63 61.2
Hujung Minggu 19 18.4
Jumlah 103 100
Jadual 1.6: Waktu yang kerap diluangkan

Berdasarkan hasil responden pada jadual 1.6 mendapati waktu yang sering dipilih untuk
responden melakukan aktiviti pembelian secara atas talian adalah pada waktu malam. Ini
menunjukkan bahawa majoriti responden adalah orang yang bekerja mahupun suri rumah yang
sudah selesai tugasan harian dan menjadikan aktiviti pembelian ini adalah aktiviti selingan
sebelum waktu tidur. Seterusnya adalah pada hujung minggu iaitu 19 orang responden (18.4%)
melakukan aktiviti pembelian “online” ini pada hujung minggu dan 14 responden (13.6%) pada
waktu tengah hari berkemungkinan semasa waktu makan tengah hari dan selebihnya adalah
pada waktu pagi iaitu 7 responden (6.8%).

10
4.0 KESEDARAN RISIKO DAN KESELAMATAN PEMBELIAN ATAS TALIAN

Selain faktor-faktor yang mempengaruhi responden (pengguna) membeli-belah secara atas


talian, terdapat juga elemen-elemen tambahan yang mendorong responden untuk terus kekal
menggunakan perkhidmatan tersebut. Elemen-elemen tambahan tersebut adalah kaedah
pembayaran pembelian atas talian yang sering digunakan, tahap kesedaran risiko semasa proses
pembelian online dilakukan, pengalaman pembelian secara online, amalan menyimpan butiran
maklumat akaun pembayaran di dalam sistem, dan penggunaan kredit kad sebagai bayaran
pilihan utama ketika membuat pembayaran. Berikut merupakan respon mengenai tahap
kesedaran dan risiko kepada keselatan pembelian secara dalam talian.

ITEM YA TIDAK MUNGKIN MOD Min Sisihan


piawai
Risiko Pembelian Online 97 6 - YA 1.92 0.3726
(94.2%) (5.8%)
Pernah Berhadapan Penipuan Online 26 77 - TIDAK 1.25 0.4414
(25.2%) (74.8%)
Meyimpan Butiran Maklumat Akaun dalam 66 34 3 YA 1.61 0.5487
sistem (64.1%) (33%) (2.9%)
Menggunakan Kad Kredit sebagai bayaran 27 65 11 TIDAK 1.15 0.5976
utama Online (26.2%) (63.1%) (10.7%)
n :103
Jadual Likert 1.7: Tingkah laku dan kesedaran mengenai keselamatan Pembelian atas talian

Lazimnya pengguna yang menggunakan perkhidmatan pembelian atas talian kebiasaannya


telah memahami cara membuat pesanan, cara membuat pembayaran atau cara membuat aduan.
Ini kerana para pengguna perlu meneliti syarat-syarat pembelian sebelum membuat
pembayaran bagi melengkapkan proses transaksi. Kebiasaannya pengguna akan meneliti
reputasi imej penjual, penilaian kualiti perkhidmatan dan juga kualiti produk menerusi komen-
komen pembeli yang telah menggunakan produk tersebut. Pengguna juga sedar bahawa wujud
juga elemen-elemen berisiko dari pihak penjual sebagai contoh pemalsuan kualiti produk, atau
menerima produk rosak dari pihak penjual. Kenyataan ini disokong melalui analisa terhadap
responden (pengguna). Dapatan kajian min paling rendah berada pada 1.15 iaitu penggunaan
kad kredit sebagai bayaran utama dan paling tinggi adalah kesedaran risiko pembelian secara
atas talian iaitu 1.92. Seramai 97 orang responden (94.2%) menyedari risiko Ketika pembelian
atas talian. Manakala 6 orang responden (5.8%) tidak menyedari risiko yang boleh dihadapinya
ketika melakukan transaksi. Semakin tinggi kesedaran yang dimiliki, semakin tinggi tahap
penggunaan perkhimatan pembelian atas talian.

11
Kelancaran dan pengukuhan penggunaan sistem pembelian atas talian tidak saja bergantung
kepada kaedah pembayaran yang mudah tetapi juga ia bergantung kepada pengalaman
pengguna. Berdasarkan jadual 1.7 di atas, telah dinyatakan bahawa pembelian atas talian
mempunyai risiko. Samaada pembeli mempunyai kesedaran atau tidak, risiko tersebut oleh
berlaku tanpa dijangka. Berdasarkan testimoni dari responden (pengguna), didapati 26 orang
responden mengalami trauma akibat ditipu dalam transaksi atas talian (25.2%). Manakala
seramai 77 orang responden menyatakan bahawa tidak pernah mengalami trauma ditipu Ketika
pembelian atas talian (74.8%). Boleh dirumuskan secara pmerhatian data, bahawa memiliki
tahap kesedaran akan risiko dalam pembelian atas talian boleh mengelakkan dari menjadi
mangsa penipuan. Walaupun 1/4 dari responden mengalami trauma transaksi pembelian tidak
berjaya, namun data analisis menunjukan perkhidmatan pembelian atas talian masih mendapat
sambutan yang meluas.

Elemen selanjutnya yang boleh mempengaruhi penggunaan perkhidmatan pembelian atas


talian adalah ciri-ciri tambahan dalam suatu sistem transaksi. Contohnya seperti Aplikasi
Shoppee. Menu sistem tersebut membolehkan penggunanya menyemak data produk, data
penjual, data komen pembeli, data pembelian, data rekod pembelian dan lain-lain. Sistem
tersebut turut membenarkan pengguna menyimpan butiran maklumat akaun bertujuan untuk
memudahkan pengguna melakukan pembayaran. Walaupun ciri-ciri tersebut wujud, ia
terpulang kepada pengguna untuk menyimpan maklumat akaun atau sebaliknya. Berdasarkan
kaji selidik yang dilakukan ke atas 103 responden mengenai amalan penyimpan butiran
maklumat akaun di dalam sistem pembelian atas talian, data mempamerkan seramai 66 orang
responden (64.1%) meyimpan butiran maklumat, 34 orang responden menolak idea tersebut
(33%) dan wujud kelompok yang ragu-ragu untuk berbuat sedemikian sebanyak 3 orang
responden (2.9%). Peratusan amalan ini boleh ditingkatkan sekiranya tahap keselamatan data
peribadi (maklumat akaun) dipertingkatkan oleh pembangun/pemilik sistem pembelian atas
talian bagi memenangi tahap kepercayaan kelompok 33% yang memilih pilihan “TIDAK”
kerana kelompok responden ini beranggapan bahawa ini sangat berisiko.

Penggunaan kad kredit merupakan salah satu kaedah pembayaran bagi melengkapkan transaksi
pembelian atas talian. Analisa data terhadap 103 orang responden, menunjukkan hanya seramai
27 orang yang menggunakan kad kredit sebagai medium pembayaran (26.2%). Seramai 65
orang responden tidak menggunakan kad kredit sebagai medium pembayaran (63.1%).
Manakala wujud kelompok yang tidak pasti penggunaan kad kredit sebanyak 11 orang
(10.7%). Berdasarkan data tersebut boleh dirumuskan bahawa 27 orang responden yang

12
menggunakan kad kredit sebagai medium pembayaran kerana mereka percaya dengan
keupayaan sistem pembelian atas talian untuk menyimpan kerahsiaan data mereka.
Kelompok ini juga boleh dikategorikan sebagai pembeli atas talian yang telah meneliti dan
mengatasi risiko-risiko negatif supaya transaksi pembelian mereka berjalan lancar dan
memudahkan pembayaran mereka. Seramai 11 orang yang mempunyai kad kredit tetapi tidak
menggunakannya sebagai kaedah bayaran berkemungkinan nilai pembelian tersebut rendah
atau mereka tidak percaya sistem pembelian atas talian untuk menyimpan kerahsiaan butiran
mereka. Manakala 65 orang responden pula berkemungkinan tidak memiliki kad kredit.
Penggunaan kad kredit sebagai kaedah pembayaran boleh dipertingkatkan hanya jika sistem-
sistem pembelian atas talian ini boleh memberi jaminan kerahsiaan data peribadi pengguna.
Sistem-sistem pembelian atas talian juga perlu melakukan promosi tambahan untuk
menggalakan penggunaan kad kredit melalui “Customers Loyalty Program”.

5.0 KEBARANGKALIAN PEMBELIAN SECARA ATAS TALIAN MENGIKUT


FAKTOR JANTINA
Jantina/ Status ANGGARAN PERBELANJAAN SEBULAN PEMBELIAN ATAS
Perkahwinan n TALIAN
/RM 100-300 301-500 501-700 701-900 1000 ke atas
Lelaki
Bujang 15 7 6 2 0 0
Berkahwin 27 11 8 2 5 1
Duda 0 0 0 0 0 0
Perempuan
Bujang 26 19 4 0 1 2
Berkahwin 31 12 13 3 3 0
Janda 4 1 3 0 0 0
JUMLAH (n) 103
Jadual 1.8: Anggaran perbelanjaan Sebulan mengikut Jantina
Kebarangkalian Kb (A) = nilai peristiwa A
Jumlah sampel
Peristiwa: Kajian Perbelanjaan Bagi RM 100-300
Lelaki: 18/103 = 0.1748
Perempuan: 32/103 = 0.3106
Hasil dapatan kajian pada jadual 1.8 di atas menunjukkan bahawa faktor jantina dan status
perkahwinan juga turut memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan jumlah
anggaran perbelanjaan sebulan bagi isi rumah melalui pembelian secara atas talian. Jadual di
aats menunjukkan taburan kekerapan bagi jantina lelaki dan perempuan mengikut latar
belakang status dan pendapatan yang berbeza. Bagi perbelanjaan anggaran RM 100-300
didapati kebarangkalian wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki iaitu wanita adalah
sebanyak 0.3016 manakala lelaki adalah sebanyak 0.1748 sahaja.

13
Dapat disimpulkan di sini bahawa golongan wanita yang sudah berkahwin lebih cenderung
untuk melakukan aktiviti pembelian atas talian sepanjang tempoh PKP dilaksanakan kerana
proses ini jauh lebih mudah dan mengurangkan risiko jangkitan wabak.Manakala perbelanjaan
lelaki kebanyakannya adalah pada anggaran RM100-300 adalah lebih kepada barangan
keperluan peribadi mereka sahaja kerana kebanyakan kedai yang bukan essential masih ditutup
sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Ini menunjukkan bahawa pengguna wanita lebih suka membeli secara atas talian berbanding
lelaki kerana mungkin disebabkan oleh faktor seperti masa pembelian yang fleksibel,
penghantaran barangan secara percuma dan memudahkan urusan membeli-belah. Dapatan
kajian juga mendapati bahawa pengguna wanita paling kerap menjalankan aktiviti membeli
secara atas talian tanpa mengira masa dan tempat. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini
adalah bertentangan dengan kajian yang dijalankan oleh Susskind (2004) yang mendapati
golongan lelaki lebih mendominasi pembelian secara atas talian.

6.0 KEBARANGAKALIAN KESEDARAN RISIKO & KESELAMATAN


PEMBELIAN ATAS TALIAN
Ya = 77/103: 0.748

P
Tidak =26/103: 0.252
Gambar Rajah Pokok 1.9: Kebarangkalian Kesedaran Risiko Pembelian Online

Gambar rajah pokok 1.9 di atas mendapati bahawa kebarangkalian penduduk di Selangor
khususnya menyedari risiko yang bakal dihadapi sepanjang proses pembelian barangan atau
perhidmatan secara atas talian adalah tinggi iaitu sebanyak 0.748. Terdapatnya aplikasi internet
yang sering menjadi sasaran serangan penggodam adalah laman sesawang transaksi atau
perdagangan secara atas talian, permainan siber dan perbankan secara atas talian. Sebagai
contoh, terdapat laman sesawang tertentu yang meminta pengguna memasukkan nombor kad
kredit dan maklumat peribadi mereka yang merupakan laman sesawang palsu. Maklumat
tersebut akan diambil oleh penjenayah siber untuk melakukan transaksi tanpa pengetahuan
pengguna.
Terdapat laman sesawang yang memaparkan barang-barang menarik seperti telefon bimbit,
tablet dan aksesori wanita. Pembeli selaku pengguna telah membuat pembelian di laman
sesawang ini dengan menggunakan kad kredit, tetapi setelah menunggu lama, barang yang
dipesan tidak sampai ke tangan mereka. Sedangkan, laman sesawang itu telah mengambil wang
yang dibayar oleh pembeli tanpa menyedarinya.
14
7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Salah satu isu yang berlaku disebabkan pandemik COVID-19 ialah masyarakat terbatas
dalam melakukan aktiviti harian seperti biasa. Masyarakat dihadkan untuk melakukan
aktiviti sosial atau riadah terutamanya di tempat awam. Berikutan dari wabak ini, secara tidak
langsung rakyat Malaysia telah menjalani kehidupan norma baharu yang sangat berlainan
dengan kehidupan biasa sebelum pandemik Covid -19. Kerajaan terpaksa menjalankan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya wabak ini tidak merebak dengan lebih teruk.
Masyarakat juga dinasihatkan supaya mengawal pergerakan seperti terus kekal berada di
rumah, bekerja dari rumah (Work From Home), dan pergerakan di luar rumah perlu dihadkan.

Faktor – faktor STS SS Sisihan


1 2 3 4 5 Min Mod Piawai
Perluasan servis - 3 (2.9%) 8 (7.8%) 24 68 4.52 5 0.7861
penghantaran ke (23.3%) (66%)
kawasan pedalaman
Pelbagaikan produk - - 8 (7.8%) 29 66 4.56 5 0.6555
dan pekhidmatan (28.2%) (64.1%)

Jadual 1.10: Cadangan Servis Sistem Pembelian atas talian


Terdapat dua cadangan yang boleh diberikan terhadap respon yang telah diberikan melalui
borang kaji selidik ini iaitu perluasan servis penghantaran ke kawasan pedalam yang mendapat
majoriti sebanyak 68 responden (66%) sangat bersetuju maka sisihan piawai bagi cadangan ini
adalah 0.7861 manakala min adalah 4.52 bagi set jumlah “n” sebanyak 103 responden.
Manakala bagi cadangan untuk mempelbagaikan produk dan perkhidmatan dalam platform
online telah mendapat majoriti sangat bersetuju dengan responden sebanyak 66 orang (64.1%)
dengan min 4.56 dan sisihan piawai adalah pada 0.6555. ini jelas menunjukkan bahawa
pembelian atas talian ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat dan dicadangkan agar
ditambahbaik servis dan produk agar lebih meluas ke semua tempat khususnya bahagian
kawasan pedalaman.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan semasa Pandemik Novel Corona Virus
(Covid 19), membeli-belah secara atas talian menjadi “trend” disebabkan oleh pembeli
diarahkan untuk penjarakan sosial (social distancing) dan ini menyebabkan mereka
menghadapi kesukaran untuk membeli barangan di kedai secara fizikal. Keadaan ini
menyebabkan pembeli merasa senang untuk mendapatkan barangan melalui pembelian secara
atas talian. Pembeli juga mendapat banyak faedah daripada membeli-belah secara atas talian,
kerana mereka dapat menjimatkan masa mereka, berurusan secara tanpa tunai dan mempunyai
hak istimewa untuk memilih barang tersebut.

15
RUJUKAN

Rujukan Artikel : 4 cara paling selamat membeli-belah atas talian.

Link: https://www.astroawani.com/berita-teknologi/4-cara-paling-selamat-membelibelah
atas-talian-7475

Rujukan Artikel : Panduan dalam menjalankan transaksi elektronik untuk pengguna

Link:https://www.kpdnhep.gov.my/images/dokumen/awam/perundangan/garispanduan/garis-
panduan-dalam-menjalankan-transaksi-elektronik-untuk-pengguna-jun-2016.pdf

Rujukan Jurnal : Keselamatan Data Peribadi

file:///C:/Users/Acer%201/Downloads/kajianlengkapKESELAMATANDATAPERIBADI.pd
f

Rujukan Artikel : Pengguna perlu ada kesedaran keselamatan siber.

Link : https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2014/10/9931/pengguna-perlu-ada-
kesedaran-keselamatan-siber

Rujukan Artikel : Selamatkah data disimpan dalam talian.

Link : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selamatkah-data-disimpan-dalam-talian-
143800

Rujukan Artikel : Kebaikan kad Kredit (Hati-hati, Banyak Kelebihan Dan Keburukan).

Link : https://therohani.com/kebaikan-kad-kredit-kelebihan-keburukan/

16

You might also like