You are on page 1of 2

GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN

Berikut merupakan panduan perlaksanaan tugasan berkumpulan:


1. REFLEKSI VIDEO

Tugasan refleksi video memerlukan pelajar memilih satu video (video sumber) berkenaan
mana-mana topik atau sub-topik kursus etika dan peradaban. Setelah memilih video yang
bersesuaian daripada mana-mana media elektonik seperti televisyen, laman sesawang,
YouTube, Facebook, Instagram dan sebagainya, kumpulan perlu menghasilkan laporan bagi
menyampaikan ulasan kumpulan terhadap kandungan video berkenaan. Perolehan markah
bergantung kepada tahap keaslian karya laporan serta sejauhmanakah kandungan laporan
dapat dimanfaatkan oleh kumpulan dan setiap rakyat Malaysia untuk meningkatkan
penghayatan dan pengamalan etika dan peradaban bagi membina negara bangsa Malaysia
yang terbaik mengikut acuan Malaysia.
Berikut beberapa perkara penting berkenaan tugasan ini:

i- Tajuk – kumpulan bebas memilih mana-mana tajuk (tema perbincangan)


daripada mana-mana topik (10 topik kursus) atau mana-mana sub-topik kursus
(seperti Kesepaduan Nasional, tahap defisit sosial).
ii- Sumber perolehan video - kumpulan bebas memilih mana-mana video pilihan
daripada pelbagai medium elektronik seperti rakaman televisyen, laman
sesawang, YouTube, Facebook, Twetter, instagram dan sebagainya. Kumpulan
perlu menyatakan sumber video dengan menyenaraikan pautan (link) video
berkenaan pada bahagian terakhir halaman Rujukan/ Bibliografi.
iii- Durasi video sumber – durasi video yang dipilih mestilah tidak kurang daripada 5
minit dan maksimum tidak melebihi daripada 15 minit (tambahan masa tidak
melebihi daripada 5 minit dibenarkan tertakluk kepada kepentingan kandungan
video berkenaan).
iv- Format penulisan - penulisan laporan akhir perlu mematuhi gaya penulisan
laporan akhir seperti yang disediakan serta mematuhi gaya penulisan Format
Penulisan APA.
v- Kepanjangan laporan akhir – kandungan laporan akhir (halaman pengenalan
sehingga kesimpulan perbincangan atau sebelum halaman Rujukan) mestilah
tidak kurang daripada 10 mukasurat dan maksimum tidak melebihi 15
mukasurat (tambahan tidak melebihi 5 mukasurat dibenarkan). Saiz font adalah
Time New Roman 12 atau setara dengannya. Manakala langkau baris (spacing)
adalah 1.5 untuk kandungan laporan.

2. KERTAS PROJEK UTAMA

Setiap kumpulan akan diberikan satu tajuk dan perlu membincangkan tajuk berkenaan
secara ilmiah (mempunyai sumber rujukan sekurang-kurangnya 10 sumber ilmiah sahih.
Wikipedia merupakan sumber tidak sahih).
Syarat penulisan sama seperti penulisan laporan akhir Refleksi Video tetapi kepanjangan
laporan akhir mestilah tidak kurang daripada 20 mukasurat dan maksimum 25 mukasurat
(tambahan tidak melebihi 5 mukasurat dibenarkan).
Setiap kumpulan perlu berkongsi idea tugasan ini dalam media sosial FaceBook Page
(kumpulan boleh menghasilkan FB Page yang baharu atau menggunakan FB Page sedia ada
yang dimiliki oleh salah seorang ahli kumpulan) dengan memenuhi syarat seperti yang
dinyatakan dalam rubrik tugasan kursus. Para pelajar dinasihatkan agar mematuhi peraturan
plagiarism dan kesahihan fakta agar tidak dipertikai dan dikenakan tindakan undang-undang
oleh mana-mana pihak dan pemilik harta intelek. Peratusan plagiatrism maksimum untuk
kedua-dua laporan akhir adalah tidak melebihi 30 peratus (peraturan UUM adalah 20%).

3. TUGASAN POSTER

Penghasilan poster berdasarkan kepada isu/tema etika dan perdababan berdasarkan topik
atau sub-topik kursus Penghayatan Etka dan Peradaban.

Fokus utama penghasilan adalah keberkesanan penyampaian mesej kepada audien. Ini
bermakna, skema pemarkahan tugasan poster didasarkan kepada penilaian daripada sudut
bahasa dan ilustrasi (perkataan, ayat, warna, objek dan sebagainya) yang menyokong
penyampaian mesej.

Setiap kumpulan perlu membuat pembentangan bagi berkongsi idea dengan pelajar-pelajar
lain. Rubrik pembentangan akan digunakan bagi menilai tahap keberkesanan komunikasi
pembentang dalam meyampaikan mesej poster kepada audien.

You might also like