You are on page 1of 24

MORFOLOGI

KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK


KATA TUNGGAL

• Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar.
• Tidak menerima apa-apa imbuhan atau kata dasar yang lain.
• Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis :
I. Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.
Misalnya,
✓ Itu ?
✓ Sudah.
✓ Saya.
ii. Kata tugas
Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas
untuk melaksanakan tugas nahunya. (penyusunan kata/ayat)
Contoh :
✓ Di mana ?
✓ Untuk siapa ?
BENTUK KATA TUNGGAL
ADA LIMA :
I. Kata tunggal satu suku kata
Contoh:
• am - VK
• had - KVK
• wang - KVK
• brek- KKVK
• skrip- KKKVK
II. KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA

Contoh:
• aku { a + ku }V + KV
• syahdu { syah + du} KVK + KV
• bulat{ bu + lat }KV + KVK
• buih { bu + ih} KV + VK
• bengkok{ beng + kok}KVK +KVK
III. KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA

Contoh:
• bahaya{ba+ha+ya} KV+KV+KV
• mentua{men+tu+a} KVK+KV+V
• isyarat {i+sya+rat} V+KV+KVK
• Gembira {gem+bi+ra} KVK+KV+KV
• Matlamat {mat+la+mat}KVK+KV+KVK
IV. KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA ATAU LEBIH

Contoh:
• anugerah {a+nu+ge+rah} V+KV+KV+KVK
• masyarakat {ma+sya+ra+kat}KV+KV+KV+KVK
• universiti {u+ni+ver+si+ti} V+KV+KVK+KV+KV
• klasifikasi {kla+si+fi+ka+si}KKV+KV+KV+KV+KV
• personifikasi {per+so+ni+fi+ka+si} KVK+KV+KV+KV+KV+KV
AKRONIM

v. Akronim juga tergolong dalam kata tunggal.


• Kata akronim ialah perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan
beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh.
• Bentuk-bentuk singkatan terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contohnya,
✓ Mara
✓ pawagam
*singkatan perkataan BUKAN akronim
UPM
KATA MAJMUK

Definisi Kata Majmuk


• Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang mencantumkan atau
merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
Contohnya:
• kapal terbang balai polis
• jalan raya balai raya
• buku kerja alat tulis
KATA MAJMUK MANTAP

• Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja secara terpisah kecuali beberapa
bentuk yang telah mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada dua
perkataan.

• contoh kata majmuk dieja rapat sebagai satu perkataan:


Antaraberibumijawakakimatakerjaolahpesuruhsetia
sukasuruhtandatanggungwarga

kerjasama
olahraga
Antarabangsa
pesuruhjaya
beritahu
setiausaha
bumiputera
sukarela
jawatankuasa
suruhanjaya
Kakitangan
tandatangan
matahari
tanggungjawab
warganegara
KATA MAJMUK DARIPADA RANGKAIAN BEBAS

gambar rajah alat tulis


biru laut bandar raya
air hujan tengah hari
jalan raya jam tangan
nasi minyak meja tulis
terima kasih bom tangan
luar biasa kapal terbang
merah muda kuning langsat
GELARAN
ISTILAH KHUSUS

model linear mata pelajaran


garis pusat pita suara
Telefon dail terus darah panas
lesung sendi kertas kerja
kanta tangan batu kapur
SIMPULAN BAHASA/KIASAN

kaki ayam anak emas


buah hati bulan madu
duit kopi manis mulut
makan angin tumbuk rusuk
pilih kasih berat tangan
PENGGANDAAN KATA MAJMUK
PENGGANDAAN KATA MAJMUK TERPISAH
• Hanya melibatkan unsur pertama sahaja.
gambar rajah
alat tulis
gambar-gambar rajah
jalan raya
alat-alat tulis
meja tulis
jalan-jalan raya
kapal terbang
meja-meja tulis
mata pelajaran
kapal-kapal terbang
guru besar
mata-mata pelajaran
menteri besar
guru-guru besar
jam tangan
menteri-menteri besar
pejabat pos
jam-jam tangan
balai polis
pejabat-pejabat pos
kereta kebal
balai-balai polis
bom tangan
kereta-kereta kebal
bom-bom tangan
PENGGANDAAN KATA MAJMUK MANTAP DAN
SIMPULAN BAHASA
• Penggandaan melibatkan semua unsur.
Contohnya:

anak emas
pesuruhjaya anak emas-anak emas
warganegara pesuruhjaya-pesuruhjaya
tandatangan warganegara-warganegara
jawatankuasa tandatangan-tandatangan
setiausaha jawatankuasa-jawatankuasa
bumiputera setiausaha-setiausaha
buah hati bumiputera-bumiputera
buah tangan buah hati-buah hati
buah tangan-buah tangan
PROSES PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
KATA MAJMUK MENERIMA IMBUHAN AWALAN
ATAU AKHIRAN SAHAJA
• Ejaannya tetap terpisah.
Contoh :
Campur aduk ------ bercampur aduk
Ambil alih ------------- mengambil alih
Daya serap ----------- daya serapan
KATA MAJMUK MENERIMA IMBUHAN APITAN

• Ejaannya menjadi bercantum.

Campur aduk -------- mencampuradukkan


Satu padu --------- menyatupadukan
Urus niaga ------- diurusniagakan
LATIHAN

• https://quizizz.com/admin/quiz/600d737b9efd7b001b1e0096/kata-tunggal-dan-kata-
majmuk-spm
M/S 4 &5

KENAL PASTI LIMA KATA TUNGGAL DAN LIMA KATA MAJMUK.

You might also like