You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/335754508

KAMUS ARAB-MELAYU DAN MELAYU-ARAB DALAM ERA PERKEMBANGAN


INDUSTRI 1.0 SEHINGGA 4.0

Article · August 2019

CITATIONS READS

0 42,990

2 authors:

Taj Rijal Muhamad Romli Ariza Abdullah


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
21 PUBLICATIONS   39 CITATIONS    6 PUBLICATIONS   3 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Malay-Arabic Corpus View project

Lexicography View project

All content following this page was uploaded by Taj Rijal Muhamad Romli on 23 September 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PPA-17 2019 / ICT-17 2019
Persidangan Penterjemahan Antarabanga ke-17 (Penterjemahan dalam Era Digital), 20-22 Ogos 2019

KAMUS ARAB-MELAYU DAN MELAYU-ARAB


DALAM ERA PERKEMBANGAN INDUSTRI 1.0 SEHINGGA 4.0
Taj Rijal Muhamad Romli1
Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tg. Malim, Perak
taj.rijal@fbk.upsi.edu.my

Ariza Binti Abdullah2


Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tg. Malim, Perak
ariza@pbmpu.upsi.edu.my

Abstrak
Kertas ini membincangkan status perkembangan penerbitan kamus Arab-Melayu dan Melayu-Arab yang
bercetak sebagai alat bantu penterjemahan semenjak era industri 1.0 sehinggalah ke era industri 4.0. Sehingga
kini maklumat mengenai kamus ini belum dibahaskan secara empirikal terhadap status dan bentuk penerbitan
kamus untuk kegunaan di Malaysia, samada dalam bentuk cetakan, digital dan atas talian. Perbincangan ini
terhad dalam ruang lingkup bahan yang mudah didapati di perpustakaan, institusi pendidikan, permis jualan, hak
persendirian dan atas talian (e-kamus). Kamus yang dikumpul boleh dikategorikan kepada lima bahagian.
Pertama, jenis kamus dengan merujuk kepada kamus dwibahasa Arab-Melayu/Melayu-Arab berbanding dengan
kamus aneka bahasa yang bercampur dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan Cina. Kedua, tempat dan
tahun diterbitkan. Ketiga, nama penulis atau penyusun kamus. Keempat, syarikat penerbitan dan kelima ialah
mengenai bentuk cetakan kamus bermula daripada saiz poket, kecil dan besar. Hasil dapatan utama
menunjukkan bahawa kamus dwi-bahasa adalah yang terbanyak dicetak dengan jumlah 62% berbanding kamus
aneka bahasa sebanyak 38%. Kuala Lumpur mendominasi bahagian tempat pengeluar kamus terbanyak dengan
44% berbanding Selangor 27%, Johor 11% dan Kelantan 7%. Dekad 2000 adalah dekad terbanyak kamus
dicetak dengan 56% berbanding dekad 1990 sebanyak 33% dan dekad sebelumnya 13%. Syarikat Darulfikir dan
Syarikat Jahabersa mengungguli syarikat terbanyak mengeluarkan kamus iaitu sebanyak 8 buah setiap satu
manakala DBP sebanyak 6 buah. Mohd Azani Ghazali adalah penulis yang paling banyak menghasil kamus di
Malaysia berjumlah 9 buah dituruti oleh Abd. Rauf Haji Hassan Azhari sebanyak 4 buah, Abu Abdullah Hanafi
Dollah sebanyak 4 buah dan Johari Yaman sebanyak 3 buah. buku.

Keywords: kamus, e-kamus, dwi-bahasa, aneka bahasa, korpus.

PENGENALAN

Kertas ini membincangkan status perkembangan penerbitan kamus Arab-Melayu dan Melayu-Arab
yang bercetak sebagai alat bantu penterjemahan semenjak era industri 1.0 sehinggalah ke era industri
4.0. Sehingga kini maklumat mengenai kamus ini belum dibahaskan secara empirikal terhadap status
dan bentuk penerbitan kamus untuk kegunaan di Malaysia, sama ada dalam bentuk cetakan, digital
dan atas talian. Perbincangan ini terhad dalam ruang lingkup bahan yang mudah didapati di
perpustakaan, institusi pendidikan, permis jualan, hak persendirian dan atas talian (e-kamus).
Perbincangan adalah sekitar untuk mendapatkan maklumat sejauh mana tahap penerbitan dan ciri-ciri
teknikal kamus Arab-Melayu dan Melayu Arab yang telah terbitkan di Malaysia bermula daripada
cetakan yang pertama hinggalah ke tahun 2019. Malah pada kategori berdasarkan ciri penyusunan,

1
Taj Rijal Bin Muhamad Romli, Penyarah Kanan di Jabatan Bahasa Moden, Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universti Pendidikan Sultan Idris.
2
Ariza Abdullah, Guru Bahasa di Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universti Pendidikan Sultan Idris.

1
PPA-17 2019 / ICT-17 2019
Persidangan Penterjemahan Antarabanga ke-17 (Penterjemahan dalam Era Digital), 20-22 Ogos 2019

bidang pengkhususan, penyusun kamus, format penerbitan seperti bilangan perkataan, bentuk
persembahan, kaedah terjemahan, contoh pengukuhan dan ilustrasi.

LATAR BELAKANG
Semenjak Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan, penerbitan kamus di Malaysia semakin
berkembang seiring dengan perkembangan pendidikan terutamanya dalam pendidikan Agama dan
bahasa Arab. Pelbagai jenis kamus telah diterbitkan dengan ciri-ciri yang berbeza dan kaedah
pendekatan yang tersendiri digunakan demi memudahkan pengguna dalam kalangan pelajar. Kamus
dianggap teman rapat kepada pelajar bahasa terutamanya penterjemah, tanpanya kerja terjemahan
akan menjadi rumit. Satu persoalan timbul iaitu bilakah bermulanya penyusunan kamus Arab-
Melayu?

Walaupun Islam telah datang ke Tanah Melayu semenjak kurun ke 14, namun kamus Arab-Melayu
yang dapat dipastikan pertama sekali diterbitkan ialah pada kurun ke 20 dalam era Revolusi 2.0 pada
tahun 1925 iaitu Kamoes al-Inarah al-Tahzibiyah (‘Arab-Melajoe) oleh H. Moehammad Fadloellah
dan B. Th. Brondgeest. Disusuli pula pada tahun 1930, tercetaknya Kamus Al-Dhahabi (Keemasan)
susunan Mahmud Yunus dan Muhammad Qasim Bakri yang merupakan penuntut Universiti Al-Azhar
di Mesir ketika itu. Walaupun kedua-dua kamus ini dikarang oleh penulis dari Indonesia, namun
kedua-dua kamus ini perlu dimasukkan kerana pada masa cetakkan kamus ini, Malaysia dan
Indonesia masih menggunakan istilah bahasa Melayu dan tidak bahasa Indonesia atau bahasa
Malaysia. Kemudian pada tahun 1932, barulah Kamus Idris al-Marbawi diterbitkan. Kamus al-
Marbawi terus mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat hinggalah ke hari ini, namun tidak
pada Kamus al-Dhahabi dan Kamoes al-Inarah al-Tahzibiyah (‘Arab-Melajoe).

Apakah aliran yang diambil oleh penyusun kamus tersebut. Adakah ia aliran Jazriyyah atau
Nutqiyyah yang biasa diguna pakai pada masa ini atau penyusun mengekalkan kaedah aliran lama al-
qawafi seperti dalam Lisan al-‘Arab. Bagaimana dengan bentuk, saiz, jenis kamus yang diterbitkan.
Dan yang penting juga bagaimana kaedah penyusunan dan penterjemahan serta pendekatan
persembahan yang digunakan dalam menulis kamus ini. Dalam masa yang sama kertas ini akan
memaparkan senarai penyusun dan penerbit kamus berdasarkan kekerapan dalam penerbitan. Bidang
perkamusan ini masih memerlukan penyelidikan berterusan di semua peringkat khususnya yang
berkaitan dengan pembelajaran bahasa Arab dan amalan penterjemahan Arab-Melayu-Arab di
Malaysia.

SEJARAH KAMUS MELAYU

Noresah Baharom (2005) dalam artikel Berita Harian beliau menyatakan bahawa sejarah perkamusan
Melayu bermula seawal abad ketujuh seiring dengan munculnya Kamus Sanskrit-Jawa Kuno. Asmah
Hj. Omar (1987) pula menyebut bahawa kamus Melayu pertama yang dapat dikesan kewujudannya
merupakan senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri, yang dikumpulkan sekitar
tahun 1403-1511.

Setelah itu, ditemui pula kamus Itali-Melayu yang mengandungi 426 daftar kata disusun oleh Antonio
Pigafetta pada tahun 1522 (Ibrahim Ahmad, 1994). Kemudian antara kamus-kamus yang dapat
disenaraikan oleh Noresah Baharom (2005) ialah; Senarai kata Melayu-Belanda oleh Frederick
Houtman pada 1603. Kemudian kamus ini menjadi asas ke arah penghasilan kamus Latin-Melayu dan
Melayu-Latin, The Dictionarium Malaico-Latinum, Latino-Malaicum. Seterusnya, pada 1703 Thomas
Bowry menyusun A Dictionary of Malay and English, and English and Malay. Kemudian diteruskan
oleh James Howison, William Marsdan pada tahun 1813, L’Abbe Favre pada tahun 1893, Swettenhem
pada tahun 1896.

Ibrahim bin Ahmad (2002) ada menyatakan mengenai Kamus Melayu-Madagascar; Arab-Turki yang

2
PPA-17 2019 / ICT-17 2019
Persidangan Penterjemahan Antarabanga ke-17 (Penterjemahan dalam Era Digital), 20-22 Ogos 2019

disusun oleh Frederick de Houtman pada tahun 1603. Ductch Malay-Malay Dictionary oleh Peter
Floris pada tahun 1604 dan Buku Perbendaharaan Kata-kata Melayu-Belanda dan Belanda-Melayu
susunan Caspar Wilt ens dan Sebastianus Danckaerts pada tahun 1623.

Kamus Arab-Melayu-Arab

Sebanyak 115 buah kamus Arab-Melayu, Melayu-Arab atau kamus aneka bahasa edisi bercetak yang
dapat dikumpulkan Bermula Era Revolusi 2.0 hingga ke era Revolusi 4.0 iaitu pada pertengahan
tahun 2019. Kamus terbaharu dan paling terkini ialah Kamus Konteks Arab-Melayu oleh Shariman
dan rakan-rakan terbitan UMK dan kamus Ensiklopedia Tumbuh-Tumbuhan Perubatan Arab-Melayu-
Inggeris oleh Mohd. Hilmi Abdullah dan rakan-rakan yang kini dalam proses cetakan. Terdapat lagi
kamus-kamus baharu yang muncul pada ketika ini yang sedang dalam proses penerbitan dan edaran,
namun penulis mengharap apa yang dapat dikumpulkan sehingga 2019, cukup untuk menghasilkan
fakta-fakta yang berkaitan dengan penerbitan kamus di Malaysia.

Era Perkembangan Industri 1.0

Dalam era Revolusi Industri pertama iaitu antara tahun (1760-1830/1870) kamus yang dapat dikesan
ialah Kamus ekabahasa Melayu paling tua ialah Kitab Pengetahuan Bahasa yang disusun oleh Raja
Ali Haji pada tahun 1858 merupakan kamus loghat Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga. Kemudiannya
diikuti dengan Kamus Al-Mahmudiyah yang dicetak pada tahun 1894 susunan oleh Syed Mahmud
Syed Abdul Kadir (Asmah, 1987), merupakan kamus ekabahasa Melayu-Melayu.

Era Revolusi Industri 2.0 (1870-1914/1950)

Kamus Melayu seterusnya berkembang antara tahun 1870 hingga tahun 1950. Pada peringkat ini
terdapat banyak kemajuan dalam perkamusan Melayu. Ini disebabkan kesungguhan yang dipamerkan
penyusun-penyusan kamus pada masa itu yang memberikan komitmen yang penuh dengan kerja yang
profesional sama ada daripada golongan Inggeris dan juga tempatan. Antara kamus yang dapat
dihasilkan pada zaman ini dalam keadaan yang lebih baik dan tersusun ialah Kamus Melayu oleh Hj.
Shamsuddin Mohd. Yunus tahun 1920, dan Kamus Bahasa Sanskrit pada tahun 1953 oleh Abdul
Hamid (Noresah Baharom, 2005).

Kamus Melayu pertaka yang diterbitkan ialah yang dihasilkan oleh seorang ulama tersohor bernama
Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi Rahimahullah, penyusun kamus Idris al-Marbawi: Arab-
Melayu pada tahun 1932. Kamus ini telah berjaya memenuhi keperluan Masyarakat Melayu dalam
bidang bahasa dan agama. Ia telah mendapat sambutan yang hangat dan telah diulang cetak dengan
banyak sekali. Kemudian Kamus terbitan Sultan Idris Training College (SITC), Tg. Malim. Sultan
Idris Training College merupakan institusi pendidikan milik kerajaan yang pertama di Malaysia
menerbitkan kamus Arab-Melayu yang berjodol Kamus al-Hamidi (Arab-Melayu) oleh Abdul Hamid
Ahmad pada tahun 1941. Kamus dwibahasa ini adalah terbitan Pejabat Karang-mengarang
mengkhususkan kepada menerangkan maksud 2000 patah perkataan Arab yang dipinjam dalam
bahasa Melayu.

Era Revolusi Industri 3.0

Dikenali sebagai Revolusi Digital yang bermula pada tahun 1950-an dan akhir sekali pada
pengakhiran abad ke 20 iaiyu era teknologi maklumat dan komputer. Dalam era ini muncul beberapa
kamus besar dan juga institusi-institusi formal yang berusaha menyusun kamus seperti Dewan Bahasa
dan Pustaka. Namun Kamus Besar Dewan Arab-Melayu hanya berjaya diterbitkan pada tahun 2006
iaitu di awal era Revolusi 4.0 yang dikira sebagai kamus yang terbesar dalam bidang perkamusan
Arab-Melayu.

3
PPA-17 2019 / ICT-17 2019
Persidangan Penterjemahan Antarabanga ke-17 (Penterjemahan dalam Era Digital), 20-22 Ogos 2019

Bilangan dan nisbah peratus kamus Arab-Melayu-Arab berdasarkan dekad di era Revolusi 3.0 dapat
disenaraikan seperti dalam jadual 1.
Jadual 1
Tempoh diterbitkan Bilangan Peratus
Dekad 1960 1 1
Dekad 1970 4 4
Dekad 1980 3 3
Dekad 1990 37 33
JUMLAH 100%

Kesimpulan: Dalam Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa dekad 1990 adalah tempoh perkembangan
kamus yang pesat di era Revolusi 3.0 berbanding dekad 1980 dan 1970. Pada dekad 1950 tiada
langsung catatan menunjukkan kamus Arab-Melayu-Arab diterbitkan. Hal ini berkemungkinan
keadaan dan suasana pada masa tersebut tidak menyumbang kepada perkembangan penerbitan kamus.

Era Revolusi Industri 4.0

Hasil dan impak revolusi perindustrian ini juga telah memberi sumbangan dalam bidang penciptaan
alatan baru yang mampu memberi kemudahan dan manfaat kepada manusia khususnya dalam bidang
teknologi dan internet. Perkembangan penyimpanan data (big data) dalam kuantiti yang besar antara
penyumbang peningkatan penerbitan kamus era 4.0.

Bilangan dan nilai peratus kamus berdasarkan tahun ia diterbitkan seperti dalam jadual 2.

Jadual 2
Tahun diterbitkan Bilangan Peratus
Dekad 2000 65 56
JUMLAH 65 100%

Jadual 2 menunjukkan bahawa peningkatan bilangan kamus yang dicetak dalam era 4.0 semakin
bertambah hampir dua kali ganda berbanding era 3.0, dan era 4.0 masih di tahap permulaan.

PENGKATEGORIAN KAMUS ARAB-MELAYU ARAB

Penerbitan kamus Arab-Melayu-Arab ini dapat dikategorikan kepada lima bahagian iaitu, pertama,
jenis kamus dengan merujuk kepada kamus dwibahasa Arab-Melayu/Melayu-Arab dan kamus aneka
bahasa yang bercampur dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan Cina. Kedua, tempat dan
tahun diterbitkan. Ketiga, nama penulis atau penyusun kamus. Keempat, syarikat penerbitan dan
kelima ialah mengenai format cetakan kamus bermula daripada saiz poket, kecil dan besar. Kategori
tersebut melihat kepada nisbah jumlah peratus daripada 115 kamus yang dapat dikumpulkan
sepertimana berikut:
Pertama: bilangan dan nilai peratus kamus dwibahasa Arab-Melayu dan Melayu-Arab berbanding
dengan kamus aneka bahasa yang bercampur dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan Cina
seperti dalam carta 1.

Carta 1: Nisbah peratus antara kamus dwibahasa dan aneka bahasa

4
PPA-17 2019 / ICT-17 2019
Persidangan Penterjemahan Antarabanga ke-17 (Penterjemahan dalam Era Digital), 20-22 Ogos 2019

Carta 1 di atas menunjukkan bahawa jenis dwibahasa Arab-Melayu dan Melayu-Arab lebih banyak
diterbitkan di Malaysia semenjak 1925, berbanding dengan kamus aneka bahasa.

Kedua: Nisbah bilangan dan nilai peratus kamus berdasarkan tempat diterbitkan seperti dalam carta 2.

Carta 2: nisbah peratus tempat penerbitan kamus

Carta 2 di atas jelas menunjukkan bahawa Kuala Lumpur mempelopori penerbitan kamus dengan 44
peratus, berbanding selangor di tempat kedua dengan 26 peratus dan Johor 10 peratus. Pantai barat
mendominasi percetakan kamus di Malaysia. Namun di pantai timur menunjukkan Kelantan ialah
tempat penerbitan kamus terbanyak.

Ketiga: Bilangan dan nilai peratus kamus berdasarkan syarikat penerbitan yang menerbitkan lebih dari
dua kamus seperti dalam carta 3. Berikut ialah statistik penerbitan kamus berdasarkan bilangan yang
terbanyak.

Carta 3: Nisbah peratus syarikat penerbitan kamus

Carta 3 menunjukkan bahawa syarikat yang mendominasi penerbitan dan percetakan kamus Arab-
Melayu-Arab ialah syarikat Darulfikir Sdn. Bhd. dan Perniagaan Jahabersa serta diikuti oleh DBP,
Kuala Lumpur. Selain daripada itu didapati penerbit kamus setelah sekali penerbitan ialah sebanyak
49 penerbit.

Keempat: Bilangan penyusun kamus yang menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah kamus adalah
melebihi 70 orang. Nisbah kekerapan seperti dalam carta 4.

5
PPA-17 2019 / ICT-17 2019
Persidangan Penterjemahan Antarabanga ke-17 (Penterjemahan dalam Era Digital), 20-22 Ogos 2019

Carta 4: Nisbah kekerapan penyusun kamus

Carta 4 menunjukkan bahawa penyusun kamus Arab-Melayu-Arab yang paling giat ialah Mohd.
Azani Ghazali, diikuti oleh Abdul Rauf Hj. Hassan Azhari dan Abu Abdullah Hanafi Dollah.

Kelima: Bilangan dan nisbah peratus saiz kamus seperti dalam carta 5.

Carta 5: Nisbah saiz kamus

Carta 5 menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia lebih kepada memilih penggunaan kamus yang
bersaiz kecil. Jikalau kita perhatikan bahawa sebahagian besar kamus kecil ini dapat dikategorikan
kepada tiga sahaja iaitu; kamus istilah, kamus khusus dan kamus umum. Sebilangan besar kamus
kecil ini iaitu sebanyak 54 peratus didapati terdiri daripada kamus-kamus istilah dan khusus, iaitu
istilah 39% dan khusus 15%. Selebihnya (46%) bersifat umum. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah
penerbitan kamus di Malaysia ini adalah menjurus kepada menerbitkan kamus-kamus khusus untuk
topik-topik tertentu dan istilah-istilah tertentu.

Kamus Khusus

Dalam senarai 115 buah kamus yang dikumpulkan, terdapat lima buah kamus khusus yang berlainan
daripada kamus-kamus yang lain. Tujuan diterbitkan kamus khusus ini adalah untuk
memperkukuhkan bidang sesuatu topik pengajian tersebut. Kamus-kamus tersebut ialah:

1. Kamus menterjemah Al-Quran (Kaedah Harfiah) oleh H. Hashim A. Ghani. Tahun terbitan
2002 oleh KTF Institut, N. Sembilan. Diterbitkan khusus untuk pengajian terjemahan Al-Quran.
Diselitkan bersama pengenalan Ilmu Sarf dan pedoman menterjemah ringkas. Kamus ini berbeza
dengan kamus lain kerana perkataan yang diambil dan diberi makna adalah perkataan
berdasarkan susunan ayat dalam Al-Quran itu sendiri.
2. Kamus Peribahasa (Melayu-Arab-Inggeris) ‫ قاموس األمثال‬oleh Ahmad bin Uthman Bajunid.
Tahun 1999. Terbitan Darulfikir, Kuala Lumpur. Merupakan kamus peribahasa yang pertama di
Malaysia. Bagi penulis, untuk menerbitkan sebuah kamus peribahasa Arab-Melayu adalah satu
kerja yang begitu sukar, kerana amalan menterjemah peribahasa tidak boleh dibuat secara

6
PPA-17 2019 / ICT-17 2019
Persidangan Penterjemahan Antarabanga ke-17 (Penterjemahan dalam Era Digital), 20-22 Ogos 2019

terjemahan yang biasa. Penyusun hendaklah seorang yang begitu mahir dengan kedua-dua
bahasa. Untuk menghasilkan terjemahan peribahasa yang terbaik, penterjemah hendaklah
mencari peribahasa dalam bahasa sasaran yang secara bersama berkongsi dari segi makna dan
maksudnya, jika tidak, peribahasa akan diterjemah secara terjemahan maksud sahaja.
3. Kamus Jama’ Taksir oleh Mat Idris Isa dan Nurussaadah Mohd Yasin (guru sekolah) pada
tahun 2000. Diterbitkan oleh Al-Madani Sdn. Bhd., Batu Caves, Selangor. Merupakan kamus
jama’ taksir yang pertama di Malaysia. Sesuai untuk pelajar bahasa Arab yang ingin mendalami
tatabahasa dan ilmu sarf. Kamus ini sangat berguna kepada pelajar kerana ia dapat membantu
pelajar mempelajari kata jama’ dan menambah perbendaharaan kata, sekaligus memahirkan
pelajar membina ayat dan karangan.
4. Kamus Sinonim & Antonim (Arab-Melayu) oleh Abu Zar. Tahun 2001. Terbitan Darulfikir,
Kuala Lumpur. Merupakan yang pertama jenisnya di Malaysia. Sangat sesuai untuk pelajar
menengah yang akan mengambil peperiksaan PMR & SPM dalam mata pelajaran bahasa Arab
Tinggi dan Komunikasi. Kamus sinonim & antonim ini boleh menambahkan pelajar kefahaman
mereka terhadap sesuatu perkataan itu dengan lebih mendalam. Ia bukan sahaja sesuai untuk
pelajar menengah, bahkan pelajar universiti boleh memanfaatkan kamus ini juga.
5. Kamus Frasa Idiomatik Arab & Ertinya (Arab-Melayu) oleh kumpulan penyusun yang
diketuai oleh Prof. Dr. Hj. Muhamad Bukhari Lubis. Tahun 2007. Terbitan UPM, Serdang,
Selangor. Kamus ini sangat sesuai bagi pelajar yang akan mendalami bahasa Arab peringkat
tinggi di universiti, ia juga sangat berguna kepada penterjemah. Frasa Arab berubah setiap kali
didatangkan bersama perkataan lain. Oleh itu penulis melihat kamus ini banyak memberi
penekanan terhadap perubahan makna entri apabila ia disandarkan kepada kata sendi dan lainnya.
Kamus ini memberikan penerangan yang jelas terhadap penggunaan setiap satu perkataan.

KHIDMAT KAMUS MESIN

Apabila teknologi data besar berkembang cepat, munculnya rekaan kamus e-elektronik dan kamus
online. Kamus ini lebih dikenali sebagai mesin kamus atau mesin terjemahan (MT). MT semakin
berkembang sehingga hampir menyamai kepakaran manusia dalam menterjemah. Namun begitu
kepakaran manusia tetap diperlukan untuk mengesahkan mutu terjemahan (Tate, 2008). MT dicipta
untuk membantu manusia sebagaimana yang dinyatakan oleh Tim Cavalier (2001) bahawa MT boleh
mengurangkan bebanan kerja penterjemahan. Penterjemah hanya perlu memperbaiki draf yang telah
diterjemahkan oleh MT. Draf pertama yang diproses biasanya dapat mempercepatkan post-editing
untuk fasa kedua. Kos menjadi yang lebih rendah dan terjemahan dapat disiapkan tepat pada masanya.

Terdapat dua jenis perisian MT yang ditawarkan kepada umum. Perisian tertutup yang dikhaskan
untuk dijual dengan harga yang tertentu dan perisian terbuka yang ditawarkan penggunaannya secara
percuma. Perisian tertutup kebanyakannya dibeli oleh syarikat-syarikat besar yang memerlukan
penjimatan masa yang cekap dan pantas supaya produk-produk dapat dipasarkan ke serata dunia
dalam masa yang telah ditetapkan. Segala istilah dan olahan ayat telah diprogram dalam perisian
secara tersusun dalam pelbagai bahasa dan pihak syarikat hanya perlu menterjemahkan tek-teks
produk menggunakan perisian ini.

Turutan perisian terjemahan tertutup berdasarkan penilaian (translation-software-


review.toptenreviews.com, 2015) ialah, Babylon Translation, Power Translator, Promt Standard,
Personal Translator, Systran, Idomax, Cute Translator, Word Magic, NeuroTran. Adapun Perisian
yang menawarkan terjemahan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Arab ialah Babylon Translation,
Promt Standard, Systran, Cute Translator dan NeuroTran, tetapi tiada yang menawarkan
penterjemahan Arab-Melayu atau sebaliknya.

7
PPA-17 2019 / ICT-17 2019
Persidangan Penterjemahan Antarabanga ke-17 (Penterjemahan dalam Era Digital), 20-22 Ogos 2019

Mesin Terjemahan Dari Sumber Terbuka

Masyarakat awam khususnya pelajar dan pengkaji bahasa hanya menumpukan kepada penggunaan
perisian kamus atau korpus terbuka yang ditawarkan atas talian secara percuma disebabkan kewangan
yang terhad. Antara perisian terbuka yang mudah dilayari dan dimuat-turun ialah seperti berikut
sebagaimana yang dinyatakan oleh Rusli (2009) dan Aiken et. Al (2011), Google translate, Bing,
Freetranslation, ImTranslator, WorldLingo, Systran, Altavista Babelfish dan Latin Dictionary.
Walaupun perisian terbuka ini mudah dan cepat. Ia tetap memberi masalah kepada anda apabila
menterjemah teks yang panjang. Google Translate adalah perisian yang terbaik setakat ini, masih lagi
memiliki kelemahan yang ketara yang berkait dengan perubahan strukur bahasa dan pemilihan kata
terjemahan yang tepat khususnya teks Arab-Melayu atau Melayu-Arab.

Kamus atas talian

Dalam era Revolusi 4.0 kamus talian semakin berkembang dan semakin mudah dilayari dengan
memperkenalkan konsep mudah pelanggan. Kecepatan carian dengan menawarkan pelbagai dapatan
seperti contoh ayat dan makna perkataan sinonim yang lain menyebabkan ramai pelajar mengubah
penggunaan kamus bercetak kepada e-kamus dan kamus atas talian. Antara perisian kamus yang
menawarkan pencarian makna Arab-Melayu dan Melayu-Arab ialah Arabic-Malay dictionary online
oleh Glosbe yang kini mempunyai 32740 frasa and 591876 data terjemahan. Begitu juga dengan
Arabic-Malay online translator di http://www.etranslator.ro/arabic-malay-online-translator.php,
Translator Arabic-Malay=Arabic di https://www.stars21.com/translator/arabic/malay/ dan Kamus
Abqarie Melayu-Arab-English di http://www.kamus.abqarie.com yang menawarkan makna istilah.

KESIMPULAN

Dekad 2000 merupakan dekad yang paling banyak kamus Arab-Melayu dan Melayu-Arab diterbitkan
berbandingkan dengan dekad-dekad yang lepas. Menunjukkan PdP bahasa Arab sedang berkembang
di Malaysia ketika ini. Adapun kamus yang banyak dicetak dan diterbitkan ialah kamus kecil yang
lebih mengarah kepada penerbitan kamus jenis istilah dan khusus.

Terdapat tiga buah kamus besar Arab-Melayu yang dianggap terbaik dijadikan bahan rujukan dan
pembelajaran bahasa Arab ialah:
1. Kamus Besar Dewan Arab-Melayu Terbitan DBP.
2. Kamus Kontekstual Lengkap al-Khalil oleh Abu Abdullah Hanafi Dollah. Terbitan Pustaka
Salam.
3. Kamus Moden al-Miftah Arab-Melayu-Inggeris terbitan Al-Azhar Media

Terdapat lima buah kamus kecil Melayu-Arab dan Melayu-Arab yang dianggap terbaik dijadikan
bahan rujukan dan pembelajaran bahasa Arab bagi pelajar peringkat menengah ialah:
1. Kamus Pustaka (Melayu-Arab) oleh Abu Abdul Latif Ahmad bin Othman Bajunid terbitan
Darulfikir.
2. Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab & Bahasa Arab-Bahasa Melayu oleh Abd. Rauf Hj.
Hassan Azhari, terbitan Federal-Marshall Cavendish Education.
3. Kamus Poket Al-Khalil (Melayu-Arab) oleh Abu Abdullah Hanafi Dollah. Terbitan IIUM
Press Sdn. Bhd.
4. Kamus Al-Tullab (Arab-Melayu) oleh Hussain Bin Unang. Terbitan Darulfikir
5. Kamus al-Marbawi (Arab-Melayu) oleh Muhammad Idris al-Marbawi. Diterbitkan oleh
Pustaka Nasional.

Terdapat 12 kamus istilah dan khusus yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar dalam mengukuhkan
bahasa Arab ialah:

8
PPA-17 2019 / ICT-17 2019
Persidangan Penterjemahan Antarabanga ke-17 (Penterjemahan dalam Era Digital), 20-22 Ogos 2019

1. Kamus menterjemah Al-Quran (Kaedah Harfiah) oleh H. Hashim A. Ghani. Tahun terbitan
KTF Institut.
2. Kamus Peribahasa (Melayu-Arab-Inggeris) ‫ قاموس األمثال‬oleh Ahmad bin Uthman Bajunid.
Terbitan Darulfikir.
3. Kamus Jama’ Taksir oleh Mat Idris Isa dan Nurussaadah Mohd Yasin. Diterbitkan oleh Al-
Madani Sdn. Bhd.
4. Kamus Sinonim & Antonim (Arab-Melayu) oleh Abu Zar. Tahun 2001. Terbitan Darulfikir.
5. Kamus Frasa Idiomatik Arab & Ertinya (Arab-Melayu) oleh oleh Prof. Dr. Hj. Muhamad
Bukhari Lubis, et al. Terbitan UPM.
6. Kamus Pengetahuan Islam (Arab-Melayu) oleh Dasuki Bin Ahmad. Terbitan Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur.
7. Kamus Istilah Ekonomi & Perdagangan (Melayu-Arab) oleh Idris Abdullah. Terbitan
Penerbitan Kintan Sdn. Bhd.
8. Kamus Istilah (Melayu-Arab) oleh jawatankuasa penyusun dipengerusikan oleh Ustaz
Hamzah Hasan. Terbitan Darlfikir.
9. Glosari Usuluddin dan Falsafah Islam (Bahasa Arab-Bahasa Malaysia) oleh sidang
penyusun DBP. Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka.
10. Glosari Usul-Fiqh (Bahasa Arab-Bahasa Malaysia) oleh sidang penyusun DBP. Terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Glosari Al-Qur’an (Bahasa Arab-Bahasa Malaysia) oleh sidang penyusun DBP. Terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
12. Glosari bahasa dan kesusasteraan Arab (Bahasa Arab-Bahasa Malaysia) oleh sidang
penyusun diketuai oleh Ishak Mohd. Rejab. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bagi kanak-kanak dan murid sekolah rendah, kamus yang terbaik bagi mereka ialah:

1. Kamus Bergambar Generasi Baharu KBSR (Melayu-Jawi-Arab-Inggeris) oleh Othman


Puteh, Talib Abdullah & L. Shirley, Terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.
2. Kamus bergambar smartkids bahasa Arab – ejaan jawi baru: bahasa Melayu – bahasa
Inggeris oleh Wan Zaharah Megat Hashim dan Siti Halifah Hasan. Terbitan Penerbitan
Fargeos.

Dalam kaedah penyusunan kamus, ciri-ciri yang terbaik bagi penyusunan sebuah kamus besar ialah:
1. Mempunyai entri kata banyak melebihi melebihi 80,000 entri kata.
2. Mempunyai panduan pencarian dan simbol.
3. Memberikan makna entri yang pelbagai dengan membawa contoh ayat yang sesuai dalam
bahasa Arab dan Melayu. Antara cara pemberian makna yang terbaik ialah dengan
memberikan makna sinonim lebih daripada satu pada setiap entri kata tersebut. Sekiranya
tidak, penyusun perlulah merangkan secara baik dan ringkas.
4. Dibantu dengan ilustrasi bagi perkataan yang sukar difahamkan melalui teks. Seperti nama
barangan haiwan, tumbuhan dan barangan.
5. Membuat penambahan imbuhan dari kata dasar untuk menampakkan kesusaian penggunaan
perkataan tersebut setelah ia dikembangkan.
6. Menggunakan segala teknik cetakan terkini untuk menerbitkan sebuah kamus yang kemas dan
tersusun rapi. Seperti penggunaan warna bagi kata dasar dan perkataan yang dikembangkan
selepas itu.

Bagi penerbitan kamus kecil, ciri-ciri yang berlainan menjadikan versi kamus ini banyak dicetak
ialah:
1. Entri kata yang dimasukkan adalah perkataan yang terdapat dalam silibus mata pelajaran
di sekolah dan universiti. Biasanya, ia tidak melebihi 20,000 entri.
2. Saiz yang kecil bertujuan untuk memudahkan ia dibawa ke sekolah dan universiti, dan
mengurangkan kos percetakan yang boleh dijual kepada pelajar dengan harga yang
berpatutan dan mampu dibeli.

9
PPA-17 2019 / ICT-17 2019
Persidangan Penterjemahan Antarabanga ke-17 (Penterjemahan dalam Era Digital), 20-22 Ogos 2019

3. Kaedah persembahan adalah ringkas tetapi membantu pelajar mengukuhkan


pembelajarannya, seperti:
- meletakkan baris pada setiap entri,
- melengkapkan fi’l madhi dengan mdhori’ dan amr.
- Meletakkan makna ringkas dan memberikan kata jamak setiap kata nama.
- Memberikan makna sinonim dan antonim
- Menyisipkan kamus bergambar di awal atau diakhir kamus.
- Menggunakan kaedah jazriyyah bagi kamus khusus dan kaedah nutqiyyah bagi
kamus umum.

Adapun bagi penerbitan kamus poket pula, ia berbeza dengan kamus kecil pada beberapa bahagian
utama iaitu:
1. Saiz tidak melebihi 17cm tinggi. Terdapat kamus yang menepati ciri-ciri kamus poket
dari segi ketebalan muka surat yang nipis namun tidak menepati saiz tingginya, seperti
kamus poket Al-Khalil.
2. Ketebalan tidak melebihi 200-300 muka surat. Terdapat sebuah kamus poket yang
tebalnya melebihi 500 muka surat seperti kamus Al-Bayan tidak menepati ciri-ciri kamus
poket yang sebenarnya hingga sukar untuk dimasukkan ke dalam poket.
3. Kaedah persembahan dan terjemahan adalah ringkas iaitu terjemahan secara katawi, satu
perkataan diterjemah satu perkataan sahaja.
4. Tujuan kamus poket ialah untuk mengulang dan mengingat perkataan dan istilah sahaja,
bukan untuk dijadikan bahan rujukan P & P.

Bagi penerbitan kamus kanak-kanak pula. Penyusun adalah kreatif dalam mempersembahkan entri
kata iaitu:
1. Mengunakan ilustrasi sepenuhnya pada setiap muka surat. Ilustrasi adalah berwarna dan
cantik. Ilustrasi yang terdapat adalah terdiri daripada lukisan, kartun dan foto.
2. Menyelitkan kaedah PdP j-Qaf dan lain-lain silbus kerana ia dapat mengukuhkan kefahaman
murid.
3. Entri kata juga adalah berdasarkan silibus KSSR, KSSM, DINI.
4. Topik tidak terlalu banyak, persembahan adalah seringkas.

CADANGAN

Kertas kerja ini mencadangkan agar pihak penerbit lebih banyak memfokuskan kepada menerbitkan
kamus poket yang lebih berkesan. Memandangkan kamus poket yang ada agak tidak menarik dan
terlalu tebal serta besar dari saiz poket sebenar. Tujuannya ialah supaya setiap pelajar dapat
memilikinya setiap seorang dan sangat mudah dibawa ke mana-mana. Persembahan pada kamus poket
hendaklah menjurus kepada ciri-ciri berikut:
1. Entri yang berkaitan dengan silibus secara total. Yang lebih baik ialah, setiap tingkatan dan
darjah di sekolah terdapat kamus poketnya sendiri, sebagai contoh: Kamus Poket Darjah Enam
atau Tingkatan Dua. Atau kamus poket khusus dan istilah tertentu yang berkaitan dengan mata
pelajaran Al-Quran, fekah atau sastera Arab. Sehingga kini tidak mendapati kamus poket yang
sedemikian.
2. Tidak dimasukkan panduan dan prakata atau apa jua karangan yang boleh menebalkan kamus
poket.
3. Setiap entri diletakkan baris lengkap, didatangkan sinonim, kata jamak.

Mengenai kaedah persembahan dan terjemahan entri kata, dapat disimpulkan bahawa ciri-ciri kamus
yang lengkap dan terbaik samaada ia dicetak dalam edisi kamus atau kecil, hendaklah menepati ciri-
ciri berikut:
1. Meletakkan baris pada setiap entri kata selengkapnya.
2. Melengkapkan fi’l madhi dengan mdhori’ dan amr.

10
PPA-17 2019 / ICT-17 2019
Persidangan Penterjemahan Antarabanga ke-17 (Penterjemahan dalam Era Digital), 20-22 Ogos 2019

3. Memberikan kata jamak setiap kata nama.


4. Memberikan makna sinonim dan antonim.
5. Menyisipkan kamus bergambar di awal atau di akhir kamus. Atau diselitkan di tengah-
tengahnya.
6. Menggunakan kaedah jazriyyah bagi kamus khusus dan kaedah nutqiyyah bagi kamus umum.
7. Menyelaras penggunaan simbol dan singkatan agar tidak mengelirukan para
8. pengguna.

Penutup

Dalam era Revolusi 4.0 kebanyakkan pelajar sudah tidak lagi menggunakan kamus bercetak. Semua
maklumat dan data boleh dicapai dengan mudah dalam paparan skrin komputer dan telefon bimbit.
Cabaran terkini bagi penerbit dan penyusun kamus ialah bagaimana kamus yang bercetak boleh
diintegrasikan dalam data besar dan dikembangkan menjadi kamus atas talian.

Rujukan

Aiken, M. and Balan, S. (April, 2011). An Analysis of Google Translate Accuracy. Translation
Journal. Vol. 16, No. 2. (http://translationjournal.net/journal/ 56google.htm), di layari pada 25
Okt 2015.
Asmah Hj Omar. 1987. Perkamusan Melayu: satu penilaian. Kuala Lumpur: Perpustakaan Universiti
Malaya.
Emil Ya'kub. 1985. Al-Ma'ajim al-Lughawiyah al-Arabiyah. Beirut: Dar al-Malayin.
Ibrahim bin Ahmad. 2002. Perkamusan Melayu: Suatu pengenalan. Kuala Lumupur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi keempat. 2006. Kuala Lumpur: DBP.
Malaysia Kita. 1994. Kuala Lumpur: INTAN.
Muhammad Abdul Jabbar. 1977. Arabic loan-words in Malay. Bangi: UKM.
Noresah Baharom. Selayang pandang sejarah perkamusan Melayu. Berita Harian, 9 Jun 2005.
Diperoleh 1 Jun 2008 daripada http://www1.bharian.com.my/Misc
/DBP/Artikel/Berita/20050609135632
Osman Hj. Khalid. 2006. Kamus Besar Dewan Arab Melayu. DBP. Kuala Lumpur.
Rusli Abdul Ghani. (2009). Teknologi Terjemahan untuk Belajar Bahasa. Kelestarian Bidang
Penterjemahan. Kuala Lumpur : Persatuan Perterjemah Malaysia. Ms. 65-76.
Tate, Calandra Rilette. (2008). An Investigation of the Relationship Between Automated Machine
Translation Evaluation Metrics and User Performance on an Information Extraction Task. A
Thesis of Doctor of Philosophy. University of Maryland.
Cavalier, Tim. (2001). Perspectives on machine translation of patent information. Volume 23, Issue 4
of World Patent Information: 367-371.
Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Kamus Marbawi rujukan pelajar bahasa Arab. Berita Harian, 28 Mac
2006. Diperoleh 1 April 2006 daripada http://www.bharian.com.my/m/
BHarian/Tuesday/Agama/ 20060327223641/Article.

11

View publication stats

You might also like