You are on page 1of 1

SENARAI AKTIVITI UTAMA KELAB BOLA BALING

S.K. ST. FRANCIS XAVIER KENINGAU TAHUN 2023


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Perjumpaan Gerakerja Kokurikulum - dijalankan setiap minggu berdasarkan jadual


yang diatur oleh pihak pentadbiran sekolah mengikut arahan yang ditetapkan
kementerian.

2. Pembentukan Ahli Jawatankuasa Kelab - dilakukan semasa perjumpaan kali pertama


diadakan bagi memudahkan guru-guru pembimbing berhubung dengan ahli-ahli kelab
kerana maklumat akan hanya disampaikan kepada wakil mengikut tahun yang dipilih
oleh ahli.

3. Undang-undang dan Peraturan Permainan - taklimat berkaitan perlu diberikan


kepada para pemain agar mereka dapat memahami tentang permainan bola baling
dimainkan.

4. Latihan Asas Permainan - dilakukan pada setiap kali perjumpaan kelab diadakan
untuk mengukuhkan dan memberi kemahiran yang semaksimum mungkin kepada ahli-
ahli.

5. Latihan Gelanggang - aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pemain-
pemain tentang cara permainan sebenar bola baling dimainkan.

6. Pembentukan Pasukan 12TKB - aktiviti ini dilakukan melalui beberapa saringan


pemilihan pemain di samping pemain-pemain yang sedia ada iaitu yang pernah
mewakili sekolah pada tahun 2023.

7. Latihan Pasukan 12TKB Lelaki dan Perempuan - latihan awal dan berterusan
dijalankan untuk memantapkan pasukan bola baling sekolah bagi menghadapi
pertandingan peringkat zon/daerah serta mencapai sasaran agar pasukan bola baling
tahun ini dapat memasuki pertandingan akhir.

8. Menyertai Pertandingan Peringkat Zon/Daerah 12TKB - pasukan sekolah akan


menyertai pertandingan peringkat Zon Bandar/Daerah Keningau dan mensasarkan
layak ke perlawanan akhir bagi kedua-dua kategori tersebut dan juga mensasarkan
agar lebih ramai lagi pemain dari sekolah ini dapat terpilih untuk mewakili Zon
Bandar/Daerah Keningau pertandingan peringkat negeri pada Tahun 2024 nanti.

You might also like