You are on page 1of 2

LAPORAN EKSPERIMEN DOH

Pernyataan Adakah kuantiti yis mempengaruhi ketinggian doh selepas


masalah 30 minit dalam pembuatan roti

Hipotesis Saiz dan ketinggian doh meningkat dengan kuantiti yis


sebanyak 3 sudu berbanding doh dengan kuantiti yis
sebanyak 2 dan 1 sudu

Pemboleh ubah Dimanipulasi : kuantiti yis


Bergerak balas : saiz dan ketinggian doh selepas 30 minit
Dimalarkan : kuantiti tepung

Bahan dan radas Sekampit tepung, yis, sudu, bekas, balang, jam, kain lembab
dan air suam.

Prosedur 1) 4 sudu tepung bersamaan 56.4 gram dituangkan kedalam


bekas .

2) Yis dituangkan kedalam bekas sebanyak 1 sudu dan


dilarutkan dengan air suam.

3) Campuran yis dituang ke dalam bekas diisi tepung apabila


sudah mengembang dan berbuih.

4) Tepung digaul didalam bekas dan dikeluarkan lalu


diletakkan di atas permukaan meja .

5) Doh diuli selama 10 minit sehingga licin, elastik dan tidak


melekit.

6) Doh diletak di dalam balang. Doh ditekan ke bawah dan


ketinggian awal direkodkan.

7) Balang ditutup dengan sehelai kain bersih yang lembab


dan diletakkan di tempat bersuhu sederhana.

8) Jam dimulakan dan masa direkod.


9) Keseluruhan prosedur diulang tetapi menggunakan 2 dan
3 sudu yis.

10) Hasil eksperimen ditulis dan dicatat dalam jadual.

Persembahan
Saiz dan Saiz dan
data Kuantiti yis ketinggian doh ketinggian doh
awal eksperimen selepas 30 minit
1 sudu 2 cm 2.5 cm
2 sudu 2 cm 3 cm
3 sudu 2 cm 4.5 cm

Pemerhatian 1) Ketinggian doh yang mempunyai 3 sudu yis meningkat


dari 2 cm ke 4.5 cm.

2) Ketinggian doh yang mempunyai 2 sudu yis agak


meningkat daripada 2 cm ke 3 cm.

3) Ketinggian doh yang mempunyai 1 sudu yis pula hanya


meningkat 0.5 cm sahaja.

Inferens Ketinggian doh yang mempunyai 3 sudu yis akan lebih


meningkat berbanding doh lain kerana mengandungi
kuantiti yis yang banyak. Yis bernafas menghasilkan gas
karbon dioksida yang menyebabkan gas ini memenuhi ruang
di dalam doh lalu mengembang dan meninggi.

Kesimpulan Hipotesis diterima. Semakin meningkat kuantiti yis, semakin


meningkat ketinggian doh yang diambil selepas 30 minit.

You might also like