You are on page 1of 2

CERITA PIALA PERPADUAN

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Kita satu bangsa..

Kita satu negara..

Kita satu matlamat..

Salam sejahtera dan salam madani kepada hadirin sekalian.

Pada pagi Ahad yang lalu, Siti, Ah Chong dan Muthu bertembung di kopitiam. Mereka

menyertai aktiviti gotong-royong yang dijalankan di kampung mereka.

“ Selamat pagi kawan-kawan.. Apa khabar?” tanya Siti.

“Selamat pagi Siti. Kami khabar baik” kata Ah Chong dan Muthu.

“Adakah kamu berdua menyertai aktiviti gotong-royong yang akan dijalankan nanti?” tanya

Muthu.

“Ya,kami sertai. Kalau bukan kita, siapa lagi.. Kita semua harus mengambil berat tentang

kebersihan kampung kita. Apabila kebersihan tempat tinggal kita terjaga, barulah kita dapat

hidup dengan selesa.” kata Siti.

“Betul cakap Siti! Kesihatan kita juga terjamin kerana tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat

dihapuskan semasa aktiviti bergotong-royong. Maka, kes demam denggi dapat dielakkan.” kata

Ah Chong.

“Betul, betul, betul bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati,” kata Muthu.

“Ayuh kita pergi ke Dewan Orang Ramai Kampung Muhibah!” ajak Ah Chong.

Sebaik sahaja tiba di Dewan Orang Ramai Kampung Muhibah, ramai penduduk kampung

telah berkumpul di sana. Setelah penghulu kampung memberi sepatah dua kata, ahli jawatan

kuasa pun mengagihkan tugasan kepada penduduk. Antara tugasan yang diagihkan ialah

membersihkan longkang, menanam pokok, memotong rumput dan sebagainya. Ada juga penduduk

yang bertanggungjawab untuk membersihkan taman permainan kanak-kanak. Siti, Ah Chong dan

Muthu pula ditugaskan untuk mengutip sampah di sekeliling kampung.

“Wah! Saya amat kagum melihat penduduk Kampung Muhibah berganding bahu membersihkan

kawasan di sekitar kampung.” ujar Siti dengan kagum.


“Penduduk Kampung Muhibah bekerjasama bagai aur dengan tebing semasa menjalankan aktiviti

gotong-royong tanpa mengira warna kulit, agama dan jantina,” hairan Ah Chong.

“Kawan, terharu sangat melihat situasi ini! Situasi ini sudah pastinya amat menarik hati

pelancong asing yang melawat kampung kita,” kata Muthu.

“Saya amat besar hati menjadi penduduk Kampung Muhibah kerana penduduk saling membantu

dan mengambil berat antara satu sama lain” katanya Siti.

“Saya juga……saya juga.” kata Muthu sambil mengangguk kepala.

“Itulah semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan penduduk Kampung Muhibah,” katanya Ah

Chong dengan bangganya.

Walaupun berasa letih, penduduk kampung gembira kerana kampung mereka kini telah

berjaya mengeratkan tali silaturahim antara penduduk kampung.

Air mengalir dalam terusan,

Mengairi sawah beratus relung;

Bekerjasama segala urusan,

Tanda bersatu bergotong-royong.

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Sekian, terima kasih.

You might also like