You are on page 1of 4

Untukmu Malaysia

Video Merdeka yang Dibintangi oleh Anda

Tahun ini memang luar biasa. Krisis kesihatan yang sedang melanda negara
telah meninggalkan kesan terhadap kita semua.

Oleh itu, sempena meraikan Hari Merdeka pada tahun ini, kami mengalu-
alukan anda dan semua pemilik Mitsubishi untuk menjadi sebahagian
daripada mesej harapan kami.

Kami percaya bahawa inspirasi yang paling kuat adalah dari diri anda sendiri.
Cara menyertai video Untukmu Malaysia:

Langkah 1 - Rakam video pesanan anda secara melintang.

Cara merakam video anda:


1. Rakam video di dalam atau luar kenderaan Mitsubishi anda. JANGAN memandu
semasa merakam. Sertakan bendera Malaysia dalam video anda jika boleh.

2. Pastikan video anda mempunyai:


• Pengenalan diri (nama dan tempat tinggal anda)
• Pesanan anda untuk rakyat Malaysia
• Ucapan "Selamat Hari Kebangsaan" sebagai penutup video

3. Anda boleh merakam video dalam bahasa sendiri (termasuk dialek tempatan).

4. Kami menasihati agar anda meminta bantuan daripada orang lain atau ahli
keluarga untuk membuat rakaman video tersebut. Elakkan menggunakan kamera
hadapan telefon untuk memastikan kualiti rakaman terjamin.

5. Pastikan video anda tidak melebihi 1 minit.


Langkah 2 - E-melkan video anda dengan menggunakan WeTransfer.

Cara menghantar video melalui WeTransfer:

1. Pergi ke https://wetransfer.com/

2. Terima syarat perkhidmatan.

3. Tekan 'Add your files’ untuk muat naik video anda.

4. Email to: campaign.mitsubishi@gmail.com

5. Your Email: Sertakan alamat e-mel anda

6. Title: Isikan tajuk ‘Untukmu Malaysia’

7. Message: Sertakan Nama, Nombor Telefon, Nombor Kad Pengenalan and


Mombor Pendaftaran Kereta anda.

8. Tekan "Transfer.

9. Masukkan kod pengesahan yang dihantar ke e-mel anda. Tekan "Verify".


Pastikan anda memberi butiran maklumat diri yang tepat untuk kami mengesahkan
penyertaan anda.

Sebagai tanda penghargaan, semua peserta akan menerima hadiah eksklusif


daripada Mitsubishi. Peserta yang disenarai pendek juga akan menerima
Kad Petrol bernilai RM100.

Kami berharap agar pesanan anda dapat membangkitkan lagi semangat dan
harapan rakyat Malaysia yang lain untuk teruskan berjuang demi keselamatan dan
kemakmuran negara. Kita pasti boleh!

Jika anda memerlukan penjelasan lanjut mengenai cara menyertai video Untukmu
Malaysia, sila hantarkan e-mel kepada kami di campaign.mitsubishi@gmail.com

Terima Kasih!

Mitsubishi Motors Malaysia

You might also like