You are on page 1of 4

Cikgu Roslan Daud

MENDENGAR : AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT

Standard Pembelajaran
1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai jenis komunikasi lisan dengan betul.

Panduan Menjawab Soalan Ujian Mendengar


1. Apabila kertas soalan boleh dibuka, sila baca soalan terlebih dahulu.
2. Gariskan kehendak soalan.
3. Petikan akan dibaca selama dua kali sahaja.
4. Untuk kali yang pertama, tulis jawapan yang anda dengar.
5. Untuk kali yang kedua, tulis jawapan yang masih belum lengkap dan semak semula jawapan
yang telah ditulis.
6. Ikut arahan soalan seperti bulatkan, tanda [ / ] atau [ X ], tulis SALAH atau BETUL dan
sebagainya.
7. Elakkan kesalahan ejaan supaya tidak kehilangan markah.

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan rencana berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

(1) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) merupakan agensi di bawah ____________________________
__________________________.
[1 markah]

(2) Nyatakan dua khidmat yang ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK).
(i) ____________________________________________________________
(ii) ____________________________________________________________
[2 markah]

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 3.


(3) Yang manakah antara berikut, bukan cabaran yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS)?
A kos pinjaman perniagaan yang tinggi
B trend yang sentiasa berubah
C pasaran yang kecil
D persaingan
[1 markah]
Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 4.
(4) Yang berikut merupakan pelan yang diwujudkan kerajaan bagi membantu PKS, kecuali ...
A Pelan Pemulihan Negara
B Pelan Pembangunan Ekonomi
C Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
D Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi
[1 markah]

(5) Tandakan [ / ] bagi pernyataan yang betul manakala [ X ] bagi pernyataan yang salah.

(i) Kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

(ii) PKS banyak gulung tikar kerana kerugian akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

(iii) PKS perlu membuat persediaan kendiri bagi menghadapi cabaran yang mendatang.

[2 markah]

1
Cikgu Roslan Daud

BERTUTUR : HUTANG

Standard Pembelajaran
1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai jenis komunikasi lisan dengan betul.

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian isikan carta di bawah dengan punca masyarakat gagal membayar hutang dan
langkah-langkah mengelakkan hutang.

Punca : ____________________
Langkah : __________________
__________________________

Punca : ____________________ Punca : ____________________


Langkah : __________________ Langkah : __________________
__________________________ __________________________

HUTANG
KELILING
PINGGANG?

Punca : ____________________ Punca : ____________________


Langkah : __________________ Langkah : __________________
__________________________ __________________________

2
Cikgu Roslan Daud

MENDENGAR : AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT

Standard Pembelajaran
1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai jenis komunikasi lisan dengan betul.

Baca petikan rencana di bawah.

AKPK sedia khidmat nasihat percuma kepada PKS


Oleh : Wartawan BH

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) komited untuk terus memberikan khidmat nasihat kepada
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas dalam mendepani cabaran kewangan ketika era COVID-19 yang belum
berakhir. Menurut agensi di bawah Bank Negara itu, kewujudannya menyediakan khidmat nasihat kewangan, pendidikan
kewangan dan pengurusan kewangan hutang untuk semua individu dan PKS. AKPK menjelaskan, rata-rata semua yang terbabit
dalam bidang perniagaan termasuk PKS menerima kesan dan tempias akibat daripada sekatan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang menyebabkan perniagaan mengalami pengurangan pendapatan atau jualan. Terdapat juga beberapa perniagaan
berjaya menakluki cabaran yang datang bersama pandemik namun masih ramai juga yang terkesan. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka bukan sahaja terpaksa melawan musuh perniagaan yang baharu ini, namun terpaksa juga menghadapi cabaran
perniagaan lazim persaingan, kurang pasaran, kualiti produk atau servis, trend yang sentiasa berubah dan kos pinjaman
perniagaan yang tinggi.

Walaupun pelbagai bantuan kerajaan telah disalurkan kepada PKS seperti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) atau Pelan Pemulihan Negara (PPN), PKS
tetap perlu bangkit semula dengan persiapan dari dalaman PKS sendiri. Persediaan kendiri ini mirip dengan program vaksinasi
tetapi dari aspek perniagaan, jika diterapkan cadangan pelan imunisasi berikut, hal ini mampu mempersiapkan ketahanan diri
PKS daripada serangan luar kerana telah tersedia menghasilkan sel imuniti dan antibodi yang diperlukan untuk menghadapi
sebarang cabaran yang mendatang. Mengenai kenyataan membabitkan pengurusan kewangan PKS, AKPK menjelaskan, laporan
media berkenaan disalah tafsir dan diletakkan dalam konteks yang tidak sesuai.
Sumber : Berita Harian

(1) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) merupakan agensi di bawah Bank Negara. [1 markah]

(2) Nyatakan dua khidmat yang ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK).
(i) nasihat kewangan
(ii) pendidikan kewangan
(iii) pengurusan kewangan hutang [2 markah]

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 3.


(3) Yang manakah antara berikut, bukan cabaran yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS)?
C pasaran yang kecil [1 markah]

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 4.


(4) Yang berikut merupakan pelan yang diwujudkan kerajaan bagi membantu PKS, kecuali ...
B Pelan Pembangunan Ekonomi [1 markah]

(5) Tandakan [ / ] bagi pernyataan yang betul manakala [ X ] bagi pernyataan yang salah.

(i) Kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). /
(ii) PKS banyak gulung tikar kerana kerugian akibat Perintah Kawalan Pergerakan. X

(iii) PKS perlu membuat persediaan kendiri bagi menghadapi cabaran yang mendatang.
/
[2 markah]

3
Cikgu Roslan Daud

BERTUTUR : HUTANG

Standard Pembelajaran
1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai jenis komunikasi lisan dengan betul.

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian isikan carta di bawah dengan punca masyarakat gagal membayar hutang dan
langkah-langkah mengelakkan hutang.

Punca : Sikap boros berbelanja


Langkah : Membeli barangan
keperluan sahaja

Punca : Kad kredit tidak terkawal Punca : Sikap tamak


Langkah : Mengawal penggunaan Langkah : Meneliti latar belakang
kad kredit syarikat

HUTANG
KELILING
PINGGANG?

Punca : Kenaikan harga barangan Punca : Dibuang kerja


Langkah : Membuat perbandingan Langkah : Menjanakan pendapatan
harga sampingan

You might also like