You are on page 1of 26

BUKU PANDUAN

UJIAN KENAIKAN PANGKAT


LANS KOPERAL
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH :
JAWATANKUASA TEKNIK
KADET REMAJA SEKOLAH
KUALA LUMPUR
PENDAHULUAN

Buku ini merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru-guru di sekolah
dalam ujian kenaikan pangkat Lans Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah. Guru dan murid
boleh menyesuaikan buku ujian ini berdasarkan keadaan persekitaran, budaya kaum dan
elemen-elemen lain berlandaskan teras dan kurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah. Namun
Buku Panduan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas KRS merupakan rujukan utama dalam
menjalankan aktiviti Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Ahli- ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah yang ingin menjalani ujian pangkat akan dapat
membuat persedian awal dan seterusnya mewujudkan daya saing yang sihat di kalangan ahli
-ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah dalam memperolehi pangkat. Sehubungan itu, ujian-ujian
ini akan melahirkan ahli-ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah yang berkualiti, berketrampilan dan
berwibawa yang bakal menjana generasi yang ’ Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ’.

Terhasilnya buku ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan meningkatkan ilmu
ahli-ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah selaras dengan motto Kadet Remaja Sekolah iaitu ’
ILMU, IMAN dan AMAL ’.

” Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan


semula dalam apa juapun bentuk tanpa terlebih dahulu mendapat izin Jawatankuasa
Teknik Kadet Remaja Sekolah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ”

2
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )
KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT

UJIAN KELAYAKAN : L/KPL TKRS


NAMA : TAHUN :
Syarat-Syarat :
i. Hendaklah menjadi ahli berdaftar selama 6 bulan
ii. Memiliki buku catatan khas

Bil Perkara Tarikh Lulus & Pengesahan

A. KEROHANIAN/ PENDIDIKAN MORAL ( Pilih 2 sahaja )


i) Menyenaraikan 10 nilai-nilai murni
ii) Karangkan satu cerita daripada satu nilai murni
itu. ( 50 - 80 pp.)
iii) Menyenaraikan Rukun Islam dan Rukun Iman
iv) Menghafaz surah 3 Qul
v) Menyenaraikan 5 perayaan kaum di Malaysia
vi) Menyanyikan lagu negaraku dan lagu negeri
vii) Menghafaz mana-mana 3 doa harian

B. KETATANEGARAAN
i. Mengenal dan Memahami Logo KRS
ii. Menghafaz dan Menyanyikan Lagu KRS

C. KETAHANAN DIRI
i. Kawad
- Melakukan kawat asas dengan baik.
ii. Perkhemahan
- Menyertai perkhemahan selama 1 hari
iii. Ikatan Tali
- Boleh melakukan 2 jenis simpulan

D. BANTU MULA
- Mengenal komponen dalam peti bantu mula

E. KHIDMAS
- Menyertai satu aktiviti gotong-royong di
sekolah

F. ALAM SEKITAR
- Menamakan 5 jenis pokok hiasan yang
terdapat di sekolah

G. KEUSAHAWANAN
- Menyediakan satu jenis masakan ringkas

I. KEBUDAYAAN
- Menyertai atau mempersembahkan satu
persembahan kebudayaan seperti nasyisd,
koir , pantun, dikir barat, syair dll.

3
A.1 KEROHANIAN

- Menyenaraikan Rukun Islam dan Rukun Iman.


- Menghafaz surah 3 Qul.
- Menghafaz mana-mana 3 doa harian.

ARAHAN UJIAN KEROHANIAN

1. Pelajar dikehendaki menyenaraikan Rukun Islam dan Rukun Iman dengan betul
pada kertas kajang yang disediakan.
2. Pelajar membaca secara lisan 3 Qul dengan lancar.
3. Pelajar membaca secara lisan 3 doa harian dengan lancar.

SKEMA UJIAN KEROHANIAN

Penilaian : LULUS @ GAGAL

( Pelajar MESTI dapat menyenaraikan dengan betul dan membaca secara lisan
dengan lancar untuk kesemua ujian )

4
HAFAZAN 3 QUL

A.2 Menyenaraikan 10 nilai-nilai murni

5
Tajuk : 10 nilai-nilai murni

Tempa t : Kawasan yang bersesuaian

Matlamat : Pelajar dapat mengenali dan menyemai nilai –nilai murni dalam
kehidupan

Objektif : Pelajar dapat mencontohi nilai-nilai murni dalam kehidupan


Mewujudkan perpaduan kaum
Menanam semangat kekitaan.

Peralatan : Alat tulis, kertas tulis, bahan edaran


Sebelum aktiviti: Memastikan semua kelengkapan/peralatan ada di tempat aktiviti.
Memastikan semua peserta telah bersedia untuk menjalan aktiviti
Memastikan semua bahan edaran ada unsur pengajaran
Mengasingkan antara lelaki dan perempuan

Semasa aktiviti: Memastikan peserta dalam keadaan terkawal


Memantu dan menilai perbincangan dan respon pelajar.
Memberi penerangan dan arahan yang jelas kepada pelajar

Selepas aktiviti : Guru mengadakan perbincangan dan aktiviti soal jawab dengan pelajar.
Jurulatih membuat rumusan

Kandungan Aktiviti
16 Nilai Murni

1. Kepercayaan kepada Tuhan 9. Kasih sayang


2. Amanah 10. Keadilan
3. Harga diri 11. Rasional
4. Bertanggungjawab 12. Kesederhanaan
5. Hemah Tinggi 13. Cintakan Negara
6. Toleransi 14. Kebersihan Diri
7. Berdikari 15. Kesabaran
8. Kerajinan 16. Kegigihan

Contoh Cerita Dari Nilai Murni (Kasih Sayang)


Nakhoda Tanggang
Sebuah keluarga miskin tinggal di sebuah kampung. Mereka mempunyai seorang anak
bernama Si Tanggang. Pada suatu hari, Si Tanggang ditangkap dan dibawa belayar. Si
Tanggang ditangkap dan dibawa belayar. Si Tanggang sangat rajin lalu dikahwinkan dengan
anak raja. Tetapi Si Tanggang lupa asal-usulnya. Dia menderhaka kepada ibunya.

Pengajaran
Jangan mudah lupa diri apabila kita mendapat kesenangan
Kita hendaklah sentiasa mentaati kedua ibu bapa kita agar menjadi insan yang berguna.

Soalan Penilaian:

6
1. Senaraikan 5 nilai-nilai murni yang anda fahami?
a.
b.
c.
d..
e.

2. Selain cerita Si Tanggang tuliskan cerita lain yang hampir sama tema dan jalan
ceritanya dengan cerita Si Tanggang?

3. Apakah pengajaran yang diperolehi daripada cerita Si Tanggang?

4. Karang satu cerita yang mengandungi nilai-nilai murni?

Skema Jawapan
1. i.Rasional
ii. Bertanggungjawab
iii. Kasih sayang
iv. Kebersihan diri
v. Kesabaran (5 Markah)

2. Cerita Malim Kundang (2 Markah)

3. i. Jangan menderhaka kepada ibu bapa


ii. Jangan mudah lupa dengan kemewahan hidup di dunia (2 Markah)

4. Jawapan berdasarkan cerita yang dikarang oleh guru.

v. Tajuk : 5 perayaan kaum di Malaysia


Kaedah: Perbincangan dan soal jawab
Tempat : Kawasan yang bersesuaian
Matlamat: Mewujudkan perpaduan antara kaum/pelajar
Objektif: Mendidik pelajar mengenal erti perpaduan
Memupuk pelajar menjadi pelajar yang berguna kepada negara
Melahirkan perasaan pentingnya perpaduan kaum.
Kumpulan sasar: peserta kursus
Peralatan : Alat tulis, kertas tulis, bahan edaran
Personel : Ketua aktiviti, jurulatih, peserta

Sebelum Aktiviti:
Mengenalpasti lokasi yang sesuai
Memastikan semua peralatan telah disediakan oleh pelajar
Mengasingkan antara lelaki dan perempuan.

Semasa Aktiviti:
Memastikan peserta mendapat arahan yang jelas

7
Memastikan peserta dalam keadaan terkawal
Pelajar membuat ujian bertulis

Selepas Aktiviti
Pelajar membuat soaljawab.
Jurulatih membuat rumusan
Peserta bersurai dengan mengucapkan terima kasih kepada jurulatih.

Perincian Aktiviti

Kita menerima dan menghormati upacara keagamaan sendiri dan orang lain.

1. Hari Raya Aidilfitri (Islam)


2. Hari Wesak (Buddha)
3. Thaipusam (Hindu)
4. Good Friday (Kristian)
5. Vasakhi (Sikh)

Kita mesti mengetahui cara-cara menghormati upacara keagamaan orang lain


-Cara-cara menghormati upacara keagamaan orang lain
 Bertolak ansur sekiranya ada perarakan di jalan raya atau kawasan perumahan.
 Tidak mengejek atau mempersendakan amalan dalam upacara
 Menziarahi semasa sambutan dan sama-sama meraikannya.
 Bersabar dengan amalan dan cara orang lain bersembahyang
 Menghantar kad ucapan sempena perayaan.
 Menghormati amalan keagamaan dan mengawal tingkah laku dan pertuturan.

Kita mesti menerima dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang
diwarisi secara turun-temurun dalam sesuatu kaum.

Masyarakat Melayu
Adat Perkahwinan, adat berkhatan, adat bercukur rambut, adat bersanding, adat berinai.

Masyarakat Cina
Adat sembahyang moyang nenek, adapt makan besar, adat minum teh, adat perkahwinan,
Adat kematian.

Masyarakat India
Adat perkahwinan, adat kematian , adat sadanggu (cukup umur), adat kelahiran, adat tindik
telinga.

Kepentingan adat dan tradisi bangsa


Mengekalkan identiti keluarga, merapatkan hubungan kekeluargaan, melahirkan masyarakat
yang unik dan pelbagai budaya, menanam sikap menghormati keunikan bangsa.

8
Soalan Penilaian
1. Berikan lima upacara keagamaan rakyat negara kita. (5 Markah)
i.

ii.

iii.

iv.

v.

2. Mengapakah kita perlu menerima dan menghormati upacara keagamaan orang


lain? (10 Markah)
i.

ii.

iii.

iv.

v.

3. Terangkan kepentingan mengamalkan dan meneruskan adat tradisi secara turun-


temurun (5 Markah).

Skema Jawapan
1.Hari Wesak, Thaipusam, Hari Raya Korban.
2. Kerana rakyat Malaysia bebas mengamalkan upacara keagamaan kaum lain.
Menjamin hubungan harmoni antara kaum
Kita bertolak ansur dengan unsur keagamaan kaum lain.
3.Mengekalkan identiti keluarga , merapatkan hubungan kekeluargaan,
menanam sikap menghormati keunikan keluarga.

9
Tajuk: Lagu Negaraku dan Lagu Patriotik
Kaedah: Persembahan Pelajar
Tempat: Kawasan yang bersesuaian
Matlamat: Melahirkan pelajar yang cintakan negara dan sanggup untuk negara.
: Mendedahkan pelajar akan perlu menghayati lagu rasmi negara.
; Menyedarkan pelajar tentang kepentingan mempertahankan negara dan
mempertahankan kemerdekaan negara.
Kumpulan sasar: Pelajar
Peralatan: Alat tulis, kertas tulis, buku rujukan
Sebelum Aktiviti: Memastikan semua kelengkapan yang diperlukan untuk
perbincangan telah disediakan oleh pelajar.
Mengasingkan antara lelaki dan perempuan
Semasa Aktiviti: taklimat jurulatih
: memantau dan membuat penilaian semasa pelajar membuat
ujian.
: pelajar membuat ujian
Selepas Aktiviti: pelajar berbincang dan membuat soal jawab
: jurulatih membuat rumusan
; pelajar bersurai dengan mengucapkan terima kasih.

LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertahta

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan


Raja kita selamat bertahta

KEMEGAHAN NEGARAKU
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang kucintai
Seumurnya gagah perkasa
Kedaulatan ibu pertiwi

Malaysiaku maha perkasa


Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia raya
Negaraku yang kucintai

10
Soalan Penilaian
1. Apakah faedah rakyat menghayati Lagu Negaraku?(3m)

2. Apakah yang membanggakan anda sebagai rakyat Malaysia?(3m)

3. Sebagai rakyat apakah peranan anda untuk meneruskan kesinambungan


kesejahteraan rakyat?(2m)

4. Senaraikan tiga cabaran yang dihadapi oleh warga Malaysia?(2m)

5. Bagaimanakah cara mewujudkan masyarakat yang mempunyai jatidiri yang


tulin?

Skema Jawapan
1. Memastikan negara maju, rakyat bebas bersuara, rakyat hidup harmoni.
2. Negara harmoni, Masyarakat hidup berbilang bangsa, Negara Maju.
3. Hidup bersatu-padu, saling menghormati antara kaum,
4. Perpaduan kaum, Wawasan 2020, Kesedaran sivik
5. Menerapkan pendidikan agama/moral, menjalin hubungan kemanusiaan yang baik,
melakukan aktiviti yang berfaedah dan bertindak dengan wajar dan bijak.

11
B : KETATANEGARAAN

ARAHAN/TUGASAN :
1. Mengenal dan memahami logo KRS
2. menghafaz dan menyanyikan lagu KRS

a. LOGO KRS
a. Logo Rasmi KRS

12
b. Pengertian Logo KRS

1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat
2. Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Negara
Malaysia
3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan
4. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira kaum, agama dan latar
belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan
negara yang tercinta.
7. Warna kuning melambangkan warna Diraja yang menjadi tonggak kedaulatan
Negara Malaysia.
8. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

2) LAGU KRS
KADET REMAJA SEKOLAH

Kadet Remaja Sekolah


Menuju Satu Ikatan Bersaudara
Bersatu Menjulang Keamanan Negara
Menjayakan ILMU, IMAN DAN AMAL

Marilah Kita Membina Peribadi


Membentuk Insan Yang Kreatif
Ke arah Kecemerlangan Diri
Sepanjang Masa Yang Berterusan

Remaja, Sambutlah Cabaran


Menjadi Bangsa Malaysia
Maju dan Cemerlang, Remaja Berwawasan
Jangan Kita Lupa Kepada Pencipta

Remaja Hayati Budaya


ILMU, IMAN DAN AMAL
Kekalkan Di Hati Dan Jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

Lagu : Allahyarham Mejar Muhd Thani Sha’aban


Lirik : Leftenan Ustaz Roslan Bin Abdul Rahman
Muzik : Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM

13
SOALAN

Nama : ..................................................................... No K/P : ............................

1. Peserta dikehendaki melukis logo rasmi KRS dan mewarnakan mengikut warna yang
berkaitan. (4 markah)

2. Berikan pengertian warna yang terdapat di dalam logo rasmi KRS

a. HIJAU : __________________________________________ (1M)

b. MERAH : __________________________________________ (1M)

c. KUNING : __________________________________________ (1M)

d. PUTIH : __________________________________________ (1M)

3. Berikan pengertian Logo berikut.

a. Perisai : __________________________________________

__________________________________________ (1M)

b. Bulan dan bintang : __________________________________ (1M)

4. Arahan : Pelajar dikehendaki menyanyikan lagu KRS mengikut lirik dan irama yang betul
dengan penuh semangat. ( 4M)

5. Tuliskan nama penuh penulis lagu KRS.

___________________________________________________ (1M)

14
SKEMA PEMARKAHAN

1. Rujuk Nota

2.
a. HIJAU : alam sekitar yang sihat (1M)

b. MERAH : keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan


negara tercinta (1M)

c. KUNING : Warna Diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara


Malaysia (1M)

d. PUTIH : Keikhlasan serta kesucian (1M)

3. a) Perisai : Benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat (1M)
b) Bulan dan bintang : Agama Islam agama rasmi (1M)

4. Arahan : Pelajar dikehendaki menyanyikan lagu KRS mengikut lirik dan irama yang betul
dengan penuh semangat. ( 4M)

5. Tuliskan nama penuh penulis lagu KRS.

Mejar Muhd Thani Bin Sha’aban (1M)

Catatan :

Markah Penuh 15
Markah Lulus 10 dan ke atas

C. KETAHANAN DIRI

15
C.1 PANDUAN KAWAT

MATLAMAT

Mendedahkan kepada anggota Lans Kopral Tunas Kadet Remaja Sekolah tentang
bahasa hukuman dan perbuatan kawat yang betul mengikut Kawat Kaki KRS.

OBJEKTIF

# Anggota yang berpangkat lans kopral dapat melaksanakan perbuatan kawat


yang betul mengikut arahan ketua.

# Dapat memupuk semangat kerjasama dan mematuhi arahan ketua.

# Dapat melahirkan anggota TKRS yang berdisiplin dan yakin pada diri.

PENGISIAN

Bab 1 - Latihan Kawat Statik


Bab 2 - Latihan kawat Dinamik
Bab 3 - Ujian Kawat

BAB 1

( KAWAT STATIK )

1.1 SEDIA

Hukumannya :
"Skuad ..............Sedia"

1.2 SENANG DIRI

Hukuman :
"Senang ..................Diri"

1.3 REHATKAN DIRI

Hukuman :
"Rehatkan ................Diri"

1.4 MASUK BARIS

16
Arahan masuk baris :
"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan
saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di
hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad".

Hukuman :
"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"

1.5 MEMBETULKAN BARISAN

Hukuman:
" Ke kanan ............ Lurus"

Hukuman:
''Pandang.............depan''

Hukuman:
”Ke Kiri…… Lurus”

Hukuman :
"Luruskan ............ Barisan"

1.6 NOMBOR

Hukuman :
" Dari kanan ...........Nombor"

1.7 BUKA / TUTUP BARISAN

Hukuman :
"Buka Barisan .................Gerak".

Hukuman :
"Tutup Barisan.......Gerak".

1.8 BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG

Hukumannya :
”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".

Hukumannya,
”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".

Hukumannya :
Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".

1.10 BERSURAI DAN KELUAR BARIS

17
Hukuman :
"Ber..............surai".

Hukuman :
"Keluar ............... Baris"

1.11 PARAS

Hukuman :
"Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".

"Dari kanan........... Nombor"

"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah


ke belakang...........gerak".

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke


kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing".

"Jadikan tiga barisan, .........cepat jalan".

1.12 JADIKAN DUA BARISAN DARIPADA TIGA BARISAN

Hukuman:
"Jadikan Dua ....... Barisan "

1.13 JADIKAN TIGA BARISAN DARIPADA DUA BARISAN

Hukuman:
" Jadikan tiga.......... barisan"

BAB 2

( KAWAT DINAMIK )

2.1 Cepat jalan

Hukuman :
"Dari kanan/kiri, cepat jalan"

2.2 BERHENTI

Hukuman :
"Skuad.. ..........Henti"

2.3 PERLAHAN JALAN

18
Hukuman :
"Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan"

BERHENTI SEMASA PERLAHAN JALAN

Hukuman
“ Skuad............Henti “

2.4 LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG

Hukuman :
"1/2/3 Langkah ke hadapan / ke belakang .............Gerak"

2.5 LANGKAH MERUSUK

Hukuman :
"1/2/3/4/5/6/7/8 ......................... langkah ke kiri/kanan .............. gerak".

2.6 BELOK

Hukuman :
"Kanan/kiri ......... Belok"

2.7 HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI DALAM CEPAT JALAN

SEMASA CEPAT JALAN

Hukumannya
’’Hentak........kaki’’

Hukuman :
"Maju"

HENTAK KAKI CEPAT SEMASA BERHENTI

Hukuman :
" Hentak kaki ......... cepat"

Hukuman:
”Skuad...........henti”

2.8 TUKAR LANGKAH DALAM MASA CEPAT JALAN

Hukuman :
"Tukar langkah masa berjalan, tukar ............langkah"

2.9 HENTAK KAKI, BERHENTI DALAM MASA BERLARI

Hukuman:
" Dari kiri/ kanan........ cepat lari"

HENTAK KAKI SEMASA BERLARI

19
Hukuman:-
‘’Hentak… kaki''

2.13 TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI

DARI CEPAT JALAN KE PERLAHAN JALAN

Hukuman:
" Tukar langkah perlahan, perlahan .........jalan"

Dari Perlahan ke Jalan Cepat

Hukuman:-
''Tukar langkah cepat, cepat...jalan"

2.14 HORMAT DALAM MASA BERHENTI

Hukuman:
"Hormat , ke hadapan .... hormat "

2.15 MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN

HORMAT KE HADAPAN

Hukuman:
"Hormat ke hadapan .......... hormat ."

HORMAT KE KANAN/KIRI:

Hukuman:
"Hormat ke kanan/kiri ...............hormat"

2.16 HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL

Hukuman:
"Selaku terima sijil, Hormat ke hadapan .......... Hormat"

C. ii KRAF PERKHEMAHAN

20
Pengenalan.

Dalam menjalankan aktiviti berkhemah, khemah merupakan antara alatan yang penting.
Mengenali jenis-jenis khemah, bahagian-bahagian khemah dan mengenalpasti lokasi
mendirikan khemah yang sesuai dan selamat adalah penting. Selain itu seni berkhemah
seperti membina beberapa gajet ringkas seperti tempat meletak kasut, tempat meletakkan
peralatan dapur dan makanan, membina lubang untuk sampah dan sisa makanan ( lubang
kering dan lubang basah ) , membina tandas juga perlu dikuasai.

Jenis-jenis khemah.

1. Khemah jenis ‘A’


2. Khemah dome
3. khemah igloo
4. khemah ringkas
5. khemah 180 pound

SKEMA PEMARKAHAN
(Markah penuh 25 markah)

1. Dapat membuat dua jenis ikatan dan menerangkan kegunaanya (10


markah)

2. Telah mengikuti aktiviti perkhemahan sekurang-kurangnya satu hari dengan


menunjukkan buku laporan perkhemahan yang telah ditandatangani oleh
Penyelaras Perkhemahan. (15 markah)

C. iii AKTIVITI TALI.

21
Pengenalan.
Ikatan dengan menggunakan tali adalah merupakan asas perkemahan. Tali adalah
merupakan alat yang paling sesuai untuk menjalankan aktiviti menyambung, mengikat,
menyelamat, memasang khemah, membuat gajet dan sebagainya. Pelajar-pelajar Tunas KRS
semestinya cergas dan berkebolehan menjalankan aktiviti berasaskana tali. Ini menjadi
indikasi tahap kecergasan dan keupayaan survival pelajar.

Jenis-jenis ikatan

1. Ikatan Simpul Lapan (Figure of Eight)

Kegunaan Tali

Untuk membuat ikatan pada kayu sokongan (anchor)

2. Simpulan Buka Sila

Kegunaan tali

Ikatan dan simpulan untuk menyambung dua tali yang sama besar. Ia juga mudah dibuka.
Simpulan Buka Sila hendaklah digunakan untuk mengikat pembalut atau andoh.

3. Simpul Bunga Geti

22
Kegunaan Tali

Untuk menyambung antara dua tali yang licin atau yang tidak sama saiz dan mudah
dirombak semula.

4. Simpul Manok

Kegunaan Tali
Simpulan ini digunakan untuk mengikat objek dan lain-lain

D: KETAHANAN DIRI ( BANTU MULA )

- Mengenal komponen dalam dalam peti bantu mula.

MATLAMAT
Mendedahkan pelajar Tunas KRS kepada ilmu bantu mula asas agar mereka dapat
melakukan rawatan bantu awal bagi luka-luka ringan atau luka kecil.

OBJEKTIF
1. Pelajar dapat mengenal kain anduh
2. Pelajar dapat mengenal bahan-bahan dalam kotak atau peti pertolongan
cemas
3. Pelajar dapat melakukan rawatan luka kecil dengan betul.
4. Pelajar dapat membuat dua balutan luka dengan betul.

JENIS UJIAN
1. Mengenal bahan-bahan dalam kotak pertolongan cemas

ARAHAN UJIAN BANTU MULA


1. Pelajar menjawab soalan yang disediakan berkaitan dengan bahan-bahan dalam
kotak pertolongan cemas.

PEMARKAHAN UJIAN
1. Pelajar dapat menyenaraikan 5 daripada 10 bahan atau alat dalam kotak
pertolongan cemas ( 20 markah )

KANDUNGAN SUKATAN KETAHANAN DIRI ( BANTU MULA )

23
a. Apa itu pertolongan cemas ?
Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan
sementara yang diberikan kepada orang yang cedera sebelum bantuan
ambulans tiba atau mereka yang berkelayakan
b. Alat dan bahan dalam kotak pertolongan cemas
Sungguhpun dalam kemalangan anda boleh melakukan rawatan tanpa
alat atau bahan yang sediaada ,tetapi adalah lebih baik jika mempunyai alat
pertolongan cemas yang lengkap.
Diantaranya ialah pembalut merekat kalis air,pembalut steril,anduh
segitiga,paket kasa bersegi,gulungan kapas,pembalut bergulung,gulungan
pita,pek sapuan antiseptik, penyepit kecil, gunting, pin, termometer,bekas
plastik, aodin dan lain-lain ubatan yang difikirkan perlu.
Simpan semua peralatan ini dalam kotak yang bersih,kering dan kedap
udara.labelkan kotak tersebut dengan terang dan jauhkan daripada kanak-
kanak.

Gambarrajah kotak pertolongan cemas.

E : KHIDMAT MASYARAKAT (KHIDMAS)

24
SUKATAN

 menyertai satu khidmat masyarakat dengan masa tidak kurang daripada satu jam

OBJEKTIF

 menggembleng tenaga menjadi satu pasukan gotong royong


 menyedari kepentingan bekerja dalam satu pasukan (contoh : kerja yang berat
menjadi ringan, kerja yang lama menjadi singkat). Konsep berat sama dipikul ringan
sama dijinjing.

PELAKSANAAN

 pelajar dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu dan diketuai oleh ketua platun.
 urusetia akan menyelia tugasan dan meluluskan tugasan

F : ALAM SEKITAR

SUKATAN

 Menamakan lima (5) jenis pokok hiasan yang terdapat di sekolah. Contoh:
o Bunga kertas, bunga raya, bunga hati-hati, pokok puding, orkid, keembong,
bunga tanduk rusa, bunga mawar, bunga kemboja, dll

OBJEKTIF

 Memberi kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dan isu-isu yang berkaitan
dengan alam sekitar
 mendekatkan pelajar dengan alam ciptaan tuhan

PELAKSANAAN

 melukis/mengumpul dan menamakan lima (5) jenis bunga yang terdapat di sekolah
masing-masing.

G : KEUSAHAWANAN

25
SUKATAN

 Menyediakan satu (1) jenis masakan ringkas. Contohnya :


o telur separuh masak, telur mata kerbau, ”scramble eggs”, ikan goreng, burger,
ikan/sotong/udang bakar,

OBJEKTIF

 menanamkan minat keusahawanan di kalangan pelajar


 memberi pengetahuan tentang kemahiran hidup

PELAKSANAAN

 menghasilkan projek secara individu


 menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan dengan anggaran kos

I. KEBUDAYAAN

- Menyertai atau mempersembahkan satu persembahan kebudayaan seperti


nasyid, koir, pantun, dikir barat, syair atau persembahan lain yang sesuai
mengikut kebudayaan kaum-kaum yang lain.

ARAHAN UJIAN KEBUDAYAAN

1. Persembahan pelajar lelaki sahaja atau pelajar perempuan sahaja dalam bentuk
kumpulan.
2. Kedudukan penonton pelajar lelaki dan perempuan diasingkan.
3. Persembahan pelajar harus berlandaskan teras kurikulum bersepadu TUNAS
KRS.

PEMARKAHAN UJIAN

1. Gaya dan penampilan - 15 markah


2. Kreativiti - 15 markah
3. Mesej - 15 markah
4. Peralatan - 5 markah

26

You might also like