You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL 08000, SUNGAI


PETANI,
KEDAH DARUL AMAN

Nama : MUHAMMAD AZFAR BIN ABDULL RAZAK

No. K/P : 030901020357

Angka Giliran : 2022252440012

Kumpulan/Unit : 11A/Pengajian Melayu

Kod dan Nama Kursus : PIMK3233/Kemahiran al-Quran

Nama Pensyarah : Ustaz Ahmad Sahlan bin Abdul Hatim

Tarikh Hantar : 1 Oktober 2023

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: Azfar Tarikh : 01 Oktober 2023


Membaca al-Quran dengan tertib seperti memastikan sebutan huruf adalah tepat, mengetahui
keadaan untuk mengentikan dan menyambung bacaan serta hukum panjang pendek
merupakan asas-asas penting dalam mandalami ilmu tajwid (Berita Harian Online,
Julai.25.2019) . Hal ini dikatan demikian kerana Tajwid dari aspek bahasa membawa erti
memperelokkan sesuatu manakala dari sudut istilah pula ialah ilmu tentang cara membaca
al-Quran dengan sempurna berdasarkan hukum-hukum yang telah ditetapkan antaranya ialah
Iltiqa’ As-Sakinain, Waqaf, Ibtida’ dan Saktah. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Irsyad al-Fatwa siri ke-482, hukum mendalami ilmu tajwid ialah fardhu kifayah manakala
hukum membaca al-Quran secara bertjwid ialah fardhu ain. Oleh itu, mempelajari ilmu tajwid
serta membaca al-Quran secara bertajwid merupakan tanggungjawab seluruh umat Islam
yang perlu diutamakan.

Yang pertama ialah Iltiqa’ As-Sakinain yang merujuk kepada pertemuan dua tanda mati.
Dari aspek bacaan pula, kaedah tajwid ini merujuk kepada sesuatu kalimah al-quran yang
berakhir dengan baris mati (sukun) atau tanwin, bertemu dengan hamzah wasal. Seterusnya,
bagi kalimah yang berakhir dengan baris mati, ianya ditukarkan dengan baris bawah (kasrah).
Iltiqa’ Sakinain jenis ini telah sedia dibariskan di dalam al-Quran. Manakala bagi kalimah yang
berakhir dengan baris tanwin, salah satu dari baris tersebut ditukarkan kepada nun yang
berbaris bawah. Penukaran baris tanwin kepada nun yang berbaris bawah hanya melibatkan
pada bacaan Sahaja, namun kekal dari aspek tulisan. Yang ketiga ialah Iltiqa’ Sakinain pada
awal surah al-Imran yang telah tersedia nun pada tanwinnya.

Rajah 1.1. Contoh Iltiqa’ Sakinain pada tiga keadaan.


Umum mengetahui bahawa kesalahan membaca al-Quran sering berlaku paa wakaf
dan ibtida’. Wakaf dari segi bahasa bermaksud berhenti atau menahan manakala dari aspek
istilah ialah memberhentikan bacaan dengan cara memutuskan suara pada mana-mana akhir
kalimah al-Quran untuk bernafas dengan niat akan menyambung semula bacaan. Wakaf
terdiri daripada empat bahagian iaitu waqaf Idhtirari (wakaf kerana terpaksa), wakaf Ikhtibari
(wakaf untuk menguji pengetahuan murid oleh guru yang mengajar), wakaf Intizori (wakaf
untuk menunggu beberap wajah bacaan qiraat yang lain dan wakaf Ikhtiari (wakaf dengan
sengaja mengikut tempat-tempat yang diharuskan wakaf). Wakaf ikhtiari terbahagi kepada
empat bahagian iaitu wakaf Tam (berhenti sempurna), wakaf Kafi (berhenti memadai), wakaf
Hasan (berhenti baik) dan wakaf Qabih (berhenti buruk).

Wakaf Tam merupakan perbuatan berhenti pada kalimah yang tiada kaitan dengan
kalimah setelahnya contohnya di akhir ayat yang mempunyai tanda nombor. Wakaf Kafi ialah
perbuatan berhenti pada akhir kalimah yang berkait dengan ayat selepasnya dari segi makna
sahaja. Wakaf Hasan pula ialah perbuatan berhenti pada kalimah yang sempurna maknanya
namun makna dan lafaznya masih terikat dengan kalimah setelahnya. Oleh itu pembaca
diharuskan untuk memulakan bacaan dari beberapa kalimah sebelumnya untuk
melengkapkan susunan ayatnya. Akhirnya ialah wakaf Qabih, perbuatan berhenti pada
kalimah yang tidak sempurna maknanya dan tiada kaitan dengan kalmah selepasnya dari segi
makna dan lafaz. Adalah tidak harus menggunakan wakaf Qabih kecuali jika dalam keadaan
terdesak. Wakaf ini juga membawa hukum haram jika pembaca sengaja berhenti pada
kalimah tertentu yang dapat menjatuhkan syahadah.

Bukan itu sahaja terdapat juga kepelbagaian tanda-tanda wakaf yang terdapat di dalam
al-Quran seperti wakaf Lazim (mesti berhenti), wakaf Nahi (dilarang berhenti), wakah Jaiz
(diharuskan berhenti), wasal Ula (afdhal menyambung bacaan), wakaf Ula (afdhal berhenti)
dan wakaf mu’aniqah (berhenti pada salah satu titik tiga).
Rajah 1.2. Jenis-jenis tanda wakaf di dalam al-Quran

Hukum Tajwid seterusnya ialah saktah yang bermaksud ‘diam’ dari segi bahasa
manakala dari segi istilah, saktah bermaksud menghentikan bacaan tanpa bernafas dengan
kadar dua harakat, seterusnya menyambung semula bacaan dengan nafas yang sama.
Menurut Riwayat Tariq al-Syatibi, hukum saktah terdapat empat tempat dalam al-Quran. Bagi
surah al-qiyamah:27 dan Muthofifin:14, lebih afdal diwasalkan berserta saktah manakala pada
surah al-Kahfi:1 dan Yaasin:52 pula adalah lebih afdal diwakafkan. Secara umumnya,
terdapat lambang saktah (sin kecil) yang menjadi petunjuk kepada saktah.
Rajah 1.3. Saktah pada empat tempat dalam al-Quran

Selain daripada itu, terdapat juga dua tempat bacaan yang menggunakan saktah
seperti akhir surah al-Anfal dan bersambung dengan awal surah at-Taubah jika memilih untuk
wasal kerana surah at-Taubah tidak mempunyai Basmalah (Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan. 7 Disember 2022). Saktah yang kedua ialah pada surah Haqqah:28-29, harus
saktah jika memilih untuk wasal (Menyambung bacaan).

Hukum tajwid seterusnya ialah Ibtida’. Dari segi bahasa, ia bermaksud memulakan
manakala dari segi istilah bermaksud memulakan semula bacaan al-Quran setelah
memberhentikan atau memutuskan bacaan. Ibtida’ terbahagi kepada dua, iaitu Ibtida’Jaiz
(permulaan yang diharuskan) dan Ibtida’ Mamnu’. Ibtida’ Jaiz terbahagi kepada dua iaitu
Ibtida’ Tam (permulaan sempurna) dan Ibtida’ Kafi (permulaan yang mencukupi). Ibtida’ Tam
merupakan permulaan ayat pada kalimah yang maknanya dapat difahami serta tidak
bercanggah dengan kehendak Allah. Antaranya ialah memulakan bacaan pada awal surah,
awal ayat kisah-kisah kaum terdahulu, pada awal ayat-ayat hukum, pada awal yang berkisar
tentang syurga dan neraka dan awal ayat yang menceritakan sifat orang beriman, munafik
dan juga kafir.
Bagi Ibtida Kafi pula ialah permulaan bacan pada kalimah yang maknanya akan dapat
difahami tetapi tidak pada lafaznya serta tidak bersalahan dengan ayat setelahnya.
Seterusnya, Ibtida’ Mamnu’ terbahagi kepada dua iaitu Ibtida Qabih (permulaan buruk) dann
Ibtida Iqbah (permulaan paling buruk). Contoh Ibtida Qabih ialah memulakan bacaan pada

kalimah Inna wa-akhawatuha ( ‫أَن‬, ‫ َكأَن‬, ‫لَ ِكن‬, ‫لَ َعل‬...). Bagi Ibtida Iqbah pula berkait dengan
permulaan bacaan yang memberi makna yang berlawanan dengan kehendak syara’. Ini
merujuk kepada menyambung ayat yang tidak sempurna sehingga dapat mengubah
maknanya.

Pengaplikasian dhabt al-Quran di dalam mashaf Uthmani juga menjadi hal yang penting
selain daripada tajwid al-Quran. Dari aspek bahasa, dhabt al-Quran ialah pemeliharaan
sesuatu perkara supaya matlamat tercapai. Dari segi istilah pula ialah suatu ilmu penandaan
terhadap huruf-huruf al-Quran dari aspek baris, mad dan lain-lain. Dhabt al-Quran ini
mempunyai sejarah yang tersendiri yang mejadikannya perkara yang penting dalam al-Quran.
Terdapat dua bahagian utama dhabt al-Quran iaitu nuqat al-I’rab dan nuqat al-I’jam. Nuqat al-
I’rab bertumpu kepada simbol-simbol seperti fathah, dhommah kasrah dan lain-lain lagi
manakala nuqat al-I’jam bertumpu kepada tanda titik untuk membezakan huruf yang

mempunyai bentuk yang sama seperti huruf Jim( ‫)ﺝ‬, Ha(‫ )ﺡ‬dan Kho(‫)ﺥ‬. Ilmu dhabt al-

Quran ini diwujudkan supaya pembaca dapat membaca dengan lancar dan betul.

Membaca al-Quran merupakan salah satu kewajipan umat Islam sepanjang zaman
kerana ia merupakan cahaya (panduan) kepada umat Islam (Fouziah Amir. 8 Julai 2023).
Bukan itu sahaja, membaca al-Quran dengan baik seperti menjaga bacaan dari segi tajwid
dan sebagainya merupakan sunnah yang patut dijadikan ikutan umat Islam (Haslina Hasan.
24 November 2019). Oleh itu, setiap tajwid al-Quran mempunyai kepentingan tersendiri
antaranya ialah memudahkan dan memperindahkan bacaan. Bukan itu sahaja, wujudnya
tajwid dan dhabt al-Quran adalah untuk memelihara maksud ayat-ayat al-Quran serta
mengekalkan kaedah bacaannya sepanjang zaman. Dengan itu, al-Quran tidak dapat diubah-
suai oleh golongan-golongan tertentu.

Berdasarkan hukum tajwid al-Quran berdasarkan kaedah Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Tariq
Asy-Syatibiyy serta cara mengaplikasikan dhabt al-Quran dalam mashaf Uthmani, adalah
disimpulkan bahawa bacaan al-Quran mengikut Riwayat tersebut merupakan amalan rasmi
di negara ini yang perlu dipatuhi dari segi tatacara atau manhaj tertentu. Sehubungan dengan
itu, pembacaan al-Quran secara bertajwid amatlah dititikberatkan bagi mengelakkan
kepesongan dalam bacaan al-Quran (Hanis Alia Hidzir. 19 Julai 2022).
Rujukan

Fouziah Amer. (8 Julai 2023). Hayati al-Quran Untuk Memartabatkan Manusia. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/267115/khas/wacanaquran/hayati-al-quran-
untuk-memartabatkan-manusia

Haslina Hasan. (24 November 2019). Membaca al-Quran Ikut Cara Nabi SAW. Berita Harian
Online. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/11/631552/membaca-al-
quran-ikut-cara-nabi-saw

Hanis Alia Hidzir. (19 Julai 2021). Teknik Mudah Pantas Kuasai Ilmu Tajwid. My Metro.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/732387/teknik-mudah-pantas-kuasai-
ilmu-tajwid

Latifah Arifin. (25 Julai, 2029). Berguru Dalami Ilmu Tajwid. Berita Harian Online.
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/07/588867/berguru-dalami-ilmu-
tajwid

Muhammad Farhan. (2 April 2020). Irsyad al-Fatwa siri ke-482: Hukum Membaca al-Quran
Dengan Bertajwid. Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4409-irsyad-al-
fatwa-siri-ke-482-hukum-membaca-al-quran-dengan-bertajwid

You might also like