You are on page 1of 19

TAJUK PENTAKSIRAN:

FOLIO ETIKA KEUSAHAWANAN

NAMA AHLI KUMPULAN:


Nama No.IC Angka Giliran
MAXWELL GRUKA 040108-13-1325 K861JMTA017
MUQRI MIFZAL MUAZZAM BIN 041018-13-0577 K861JMTA024
MOHAMMED
JHAY ARYSHIN KAYUM 041019-13-1213 K861JMTA014

TAHUN :2023
NAMA PROGRAM: DMD2
NAMA PENSYARAH: RITA LAU CHAI YIUN
Bil Kandungan Halaman
1 Pengenalan Etika 3
2 ISU 1 4-6
3 ISU 2 7-9
4 ISU 3 10-12
ISU 4 13-15
5 ISU 5 16-18
6 Sumber rujukan 19

PENGENALAN ETIKA
Etika keusahawanan adalah prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan
yang diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan satu set nilai dan
peraturanyang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi perniagaan.
Padakebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai, pesaing dan individu menentukan apa
yang boleh
diterima umum. Sebagai contoh, seorang usahawan yang beretika pada kebiasaannya
adalah seorang yang jujur dan amanah.
Etika keusahawanan meliputi kepada beberapa prinsip. Antaranya ialah Prinsip
Kemudaratan. Prinsip ini membawa maksud perniagaan tidak boleh menyebabkan
kemudaratan. Selain itu, peniaga perlu menjaga kesejahteraan masyarakat, persekitaran
dan aspek fizikal serta emosi individu. Perniagaan juga tidak menyalahguna kuasa dan
sumber dengan sewenang-wenangnya.
Selain itu ialah Prinsip Keadilan. Prinsip ini menekankan bahawa usahawan mesti
melayan manusia lain dengan adil dan saksama iaitu tidak pilih kasih walaupun berlainan
bangsa. Perniagaan yang dijalankan juga perlu adil dalam amalannya iaitu dalam erti kata
lain perniagaan tidak boleh menindas pembeli.
Di samping itu ialah Prinsip Hak Manusia. Prinsip ini menekankan perniagaan patut
menghormati hak manusia contohnya tidak menjalankan perniagaan burung walit
berdekatan dengan premis kediaman yang boleh menyebabkan pencemaran bunyi berlaku.
Seterusnya ialah Prinsip Autonomi. Prinsip ini menjelaskan perniagaan tidak boleh
menafikan hak memilih individu iaitu dengan menghormati cara hidup orang lain serta
menghargai kepelbagaian manusia lain.
Akhir sekali ialah Prinsip Ketelusan. Prinsip ini membawa maksud perniagaan yang
dijalankan tidak mengelirukan masyarakat iaitu tidak meliputi unsur penipuan. Contohnya
tiada kos tersembunyi dalam pembelian barang-barang dan tidak memalsukan fakta dan
menyembunyikan kontrak perjanjian.

ISU 1
SUMBER :BH NASIONAL , ISNIN ,4 OKTOBER 2O21
bhnews@bh.com.my
October 4, 2021 @ 12:05pm

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/05/818741/ahli-perniagaan-didakwa-tipu-
jualan-pelitup-muka
ULASAN /PENERANGAN
Artikel di atas menyatakan seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen
kerana atas tuduhan penipuan perniagaan pelitup muka berjumlah RM352000. Tertuduh,
Tjeong Shin Chan, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan
dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir. Beliau didakwa menipu dengan
memperdayakan seorang lelaki berusia 37 tahun mengenai perniagaan pelitup muka yang
tidak wujud sehingga mendorong menyerahkan wang berjumlah RM352000.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Puchong Jaya antara 28 April hingga 13
Mei 2020. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan
tidak lebih 10 tahun, sebat serta denda juga boleh dikenakan mengikut Seksyen 420 Kanun
Keseksaan. Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali menawarkan jaminan
RM150,000 bersama seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian meminta agar wang jaminan dikurangkan
kepada RM15,000. Dia juga memaklumkan sudah mengembalikan sejumlah wang kepada
lelaki berkenaan. Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang
penjamin dan sebutan semula kes adalah pada 14 Julai. Peniaga yang menipu dalam
jualan pelitup muka telah melanggar Prinsip Ketelusan.
CADANGAN /PENAMBAHBAIKAN
Antara Cadangan dibuat adalah rakyat haruslah berwaspada dalam urus niaga peniagaan
kerana ia adalah perkara yang penting untuk mengelakkan terjadinya penipuan dalam
perdagangan. Selain itu, jika terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab didapati
melakukan penipuan urus niaga bersama anda seharusnya anda melaporkan aduan
tersebut kepada pihak polis. Pihak polis juga memberikan peranan iaitu dengan melakukan
penyiasatan ke atas mana-mana individu yang masih melakukan penipuan urus niaga ini
untuk membendung sebarang jenayah yang akan berlaku.
Peniaga yang mengaku bersalah atas penipuan ini akan dikenakan kompaun wang dan
penjara jika tertangkap.
ISU 2

SUMBER ASTRO AWANI,JUMAAT ,16 JUN 2023.


Jun 16, 2023 20:00 MYT
https://www-astroawani-com.cdn.ampproject.org/v/s/www.astroawani.com/berita-
malaysia/salah-guna-lesen-perniagaan-penjaja-peniaga-mahu-pbt-kaji-punca-
laksana-tindakan-proaktif-424285?
amp=1&amp_gsa=1&amp_js_v=a9&usqp=mq331AQIUAKwASCAAgM
%3D#amp_tf=Daripada%20%251%24s&aoh=16908082408486&referrer=https%3A%2F
%2Fwww.google.com&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-
malaysia%2Fsalah-guna-lesen-perniagaan-penjaja-peniaga-mahu-pbt-kaji-punca-
laksana-tindakan-proaktif-424285
ULASAN /PENERANGAN

Di dalam artikel ini menceritakan tentang proses pemberian lesen yang telus dan
menkaji punca sebenar berlakunya pemberian lesen perniagaan oleh penjaja tempatan
kepada warga asing. Tambahan pula, dimaklumkan bahawa ada perniaga yang
mempunyai sehingga tujuh lesen untuk berniaga di pasar malam malah pihaknya juga
menerima laporan terdapat segelintir penjaja tempatan yang memberikan lesen perniagaan
mereka kepada warga asing. Para peniaga yang memiliki banyak lesen ini hanya berniaga
di sebahagian tempat manakala lesen selebihnya dijual kepada peniaga dalam kalangan
warga asing.
Menurut Pengerusi Komuniti Peniaga Kedai Melor di Kelantan, mereeka meninta supaya
PBT meneliti semula pemilikan premis perniagaan oleh warga asing di negeri itu susulan ia
mula bertambah sejak beberapa tahun lepas malah ada juga premis perniagaan warga
asing beroperasi menggunakan lesen rakyat tempatan selepas bangunan perniagaan dijual
kepada warga asing. Pihak MBKT sememangnya tidak memberikan lesen kepada penjaja
warga asing katannya lagi.
Dasar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) juga sememangnya tidak pernah memberikan
lesen penjaja kepada warga asing termasuk yang berstatus pemastautin tetap (PR) dan
pihaknya turut menempatkan pegawai termasuk di pasar harian dan pasar malam untuk
menjalankan pemantauan bagi membendung masalah berkenaan. MBS juga akan
menamatkan dan menarik balik lesen penjaja jika terbukti peniaga menyewakan lesen atau
mengalibabakan kepada pihak ketiga atau warga asing. Ahli Majlis Bandaraya Seberang
Perai (MBSP) di Pulau Pinang, P. David Marshel pula berkata, MBSP mengambil pelbagai
inisiatif bersama agensi berkaitan untuk menghalang dan menghentikan penyalahgunaan
lesen itu dengan melaksanakan tindakan sita serta menarik lesen penjaja jika ia
disalahgunakan. Penjaja tempatan yg memberi lesen berniaga mereka kepada warga asing
telah melanggar Prinsip Ketelusan.
CADANGAN /PENAMBAHBAIKAN

Antaranya, Pihak berwajib haruslah menubuhkan organisasi badan kerajaan yang


memberikan keadilan tentang lesen perniagaan. Kempen juga boleh digunakan sebagai
satu faktor yang akan membantu orang awam untuk memberikan aduan atau laporan
tentang pemberian lesen perniagaan kepada warga asing. Orang awam juga berperanan
sebagai saksi dan sebagai pemberian aduan kepada pihak berwajib. Laporan boleh
dikemukan kepada pihak polis atau kepada Majlis bandaraya dan Ahli Majlis Bandaraya
Seberang Perai (MBSP). Ini dapat mengelakkan kepada penyeludupan lesen kepada
warga asing yang sukar dielakkan oleh perniaga sekitar.

Selain itu, Perniaga seharusnya tidak sesekali memberikan lesen perniaga kepada warga
asing yang ditukar dalam bentuk wang dan sebagainya. Jika perniaga tertangkap
melakukan jual-beli lesen perniagaan kepada warga asing boleh dikenakan denda penjara
dan dikompaun sejumlah wang kerana telah melanggar Akta Kastam 1967 (Akta 235) dan
Akta Eksais 1976 (Akta176).
ISU 3

Masyarakat Mesti Peka tentang kemudaratan e-rokok, vape

SUMBER SINAR HARIAN ,KHAMIS 13 JULAI 2023


13 Julai 2023 09:07pm
https://api.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/11/95282/masyarakat-mesti-peka-
kemudaratan-e-rokok-vape
Ulasan

Dalam artikel ini ada menyatakan tentang kemudaratan e-rokok dan vape kepada masyarakat sedunia.
Isu e-rokok dan vape menjadi agak 'panas' dalam seminggu dua ini apabila kerajaan mengambil
keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok ala generasi baharu ini. Penjual jualan e-rokok
kini dapat menjual rokok jenis moden dan tidak akan tertangkap. Tetapi ini akan memberikan
kemudaratan kepada rakyat lain. Sebagai seorang pengamal perubatan dan aktif bersama Ikatan
Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) iaitu badan bukan kerajaan (NGO), ingin
mengajak pihak berwajib dan kerajaan, ibu bapa serta remaja dan juga mereka yang berkepentingan
untuk memahami isu e-rokok dan vape dengan lebih mendalam.

Terdapat 500 aduan daripada ibu bapa dan pihak sekolah yang terdapat segelintir pelajar yang dilihat
sewenang-wenang menghisap dan membawa e-rokok ini kesekolah dan ia memrikan impak besar
kepada pihak sekolah. Penjualan e-rokok di Malaysia sudah tidak dapat dinafikan lagi kerana ia
berkembang dengan cepat disebabkan dengan 'trend' terkini yang mengsyorkan e-rokok kepada
masyarakat kini. Sebelum ini masih ada juga penjual yang ditangkap kerana menjual barangan e-rokok ini
tetapi masih ada yang menjualnya kepada budak bawah umur dan ini boleh mengakibatkan
kemudaratan kepada ibu bapa yang tidak mengetahui gerak-geri anak mereka. Penjual barangan e-
rokok atau vape ini telah melanggar Prinsip Kemudaratan.
CADANGAN /PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan yang boleh dikemukan adalah pihak berwajib seharusnya tidak meluluskan penjualan
sebegini kerana boleh memberikan impak besar jika tidak ditanggani dengan betul. Selian itu, Peranan
pihak sekolah adalah supaya membuat satu spot check sebelum murid-murid masuk ke sekolah. Hal ini
kerana murid-murid tersebut boleh menyimpan barangan terlarang ini ke sekolah dan dapat meracuni
murid lain untuk mencuba trend ini. Peniaga pula seharusnya melarang barangan ini disyorkan kepada
masyarakat yang berumur di bawah 18 tahun untuk mengelakkan penderitaan ditangkap dan
sebagainya. Peniaga yang degil pula yang masih menjualkan barangan larangan ini kepada masyarakat
yang berumur di bawah 18 tahun boleh dikenakan tindakan iaitu di bawa ke mahkamah dan akan
didenda kompaun wang atau penjara. Kerana telah melanggar Akta Jualan Dadah 1952. "Ia hanya boleh
dijual oleh ahli farmasi yang berlesen dan pengamal perubatan yang berdaftar dan perlu direkodkan”.

Cadangan yang lain pula adalah pihak badan budak kerajaan boleh membuat satu kempen iaitu dengan
mendedahkan isi pati di dalam cecair vape tersebut dan melarang individu yang ingin mencuba barangan
ini dengan mendedahkan akta yang diberikan dan apa yang akan berlaku jika mereka ditangkap.
ISU 4

SUMBER ,BENAR NEW , ISNIN 18 JAN ,2021

https://www.benarnews.org/malay/berita/my-buruhpaksa-as-220810-08102022162133.html

Seorang kakitangan perubatan menanggalkan tangan getah selepas mengambil sampel semasa ujian
COVID-19 di dewan badminton di Petaling Jaya, dekat Kuala Lumpur, 18 Jan, 2021

Tiga belas pekerja Bangladesh menyaman dua syarikat iaitu dari Amerika dan
Australia di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat yang didakwa "secara sedar
mendapat keuntungan" daripada pekerja buruh paksa di kilang membuat sarung tangan
di Malaysia, demikian menurut kumpulan yang memfailkan saman itu.

Menurut saman yang difailkan di Washington pada Selasa, plaintif dalam kes terhadap
Kimberly-Clark Corp (KCC) dan Ansell itu memohon untuk mewakili beribu-ribu pekerja
lain yang didakwa secara sistematik telah diperdagang untuk terlibat dalam skim buruh
paksa di kilang-kilang milik Kumpulan Brightway.

“Perkataan tanpa tindakan tidak bermakna dan sama sekali tidak menyelesaikan
tanggungjawab dari segi undang-undang atau moral syarikat. Dasar syarikat telah
berjaya mengelirukan pengguna namun tidak mengambil sebarang tindakan untuk
mengatasi isu buruh paksa dalam rantaian bekalan mereka. Malah kenyataan itu
membuktikan bahawa syarikat terbabit mempunyai pengetahuan mengenai isu buruh
paksa dan mengiktiraf akauntabiliti mereka."

Saman itu diakhiri dengan tuntutan bagi relief membabitkan lima dakwaan terhadap
kedua-dua syarikat yang dikaitkan dengan buruh paksa, penyeludupan manusia,
pengayaan yang tidak adil, pengawasan yang cuai dan sengaja menimbulkan tekanan
emosi. Ia bagaimanapun tidak menyenaraikan tuntutan khusus bagi ganti rugi untuk 13
warga Bangladesh terbabit. Syarikat yang terbabit telah melanggar prinsip keadilan dan
ketelusan.
CADANGAN /PENAMBAHAIKAN

Berdasarkan pemerhatian ke atas semua punca kerosakan dan kawasan berpotensi menyebabkan
pencemaran, pihak premis telah mengambil langkah pencegahan dengan baik dan mematuhi
arahan dikeluarkan sebelum ini.
Ia juga memerlukan pemeriksaaan pada setiap kilang untuk memastikan keselamatan dan
penyalahgunaan bahan. Dalam hal ini, memerlukan tindakan yang serius terhadap kilang-kilang
yang menggunakan buruh paksa dalam dalam pengeluaran produknya .Pindaan Seksyen 90B yang
dibuat pada 2022 dan berkuatkuasa 1 Janauri 2023 ini telah mentakrifkan ugutan, penipuan atau

paksaan oleh majikan sebagai amalan buruh paksa. Jika majikan didapati bersalah dan

mengamalkan buruh paksa, pekerja boleh membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja
Semenanjung Malaysia dengan hukuman denda sebanyak RM100,000 atau penjara sehingga 2
tahun atau kedua-duanya sekali.
ISU 5

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 3, 2023 @ 11:28am

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1109513/kpdn-kedah-ambil-tindakan-
peniaga-degil-jual-gula-bersyarat
ULASAN / CADANGAN

Artikel di atas menyatakan terdapat tindakan peniaga sebuah premis perniagaan di Guar
Chempedak, yang degil mengenakan syarat pembelian gula kepada pelanggan
mengundang padah apabila dikenakan tindakan mengikut Akta Kawan Bekalan 1961.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah,
Affendi Rajini Kanth berkata, dalam operasi Op Manis semalam, sepasukan pegawai
penguat kuasa KPDN Kedah melakukan pemeriksaan sekitar jam 10.45 pagi di premis
terbabit. Seorang pegawai penguat kuasa KPDN menyamar sebagai pelanggan dengan
berpakaian preman di premis berkenaan untuk membeli gula pasir kasar yang berharga
RM2.85 satu kilogram.

Hasil penyamaran yang dilakukan di premis itu mendapati premis terbabit mengenakan
pembelian bersyarat yang mana setiap pembelian satu kg gula pasir kasar yang berharga
RM2.85 sebungkus, pelanggan perlu membeli satu kg gula putih premium yang berharga
RM4.60 sebungkus. Kes disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan
jika sabit kesalahan mengikut akta ini boleh dikenakan tindakan iaitu bagi mana-mana
orang perseorangan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang kedua boleh didenda tidak melebihi
RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali manakala
pertubuhan perbadanan pula boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan
yang kedua didenda tidak melebihi RM5 juta," katanya. Peniaga premis ini telah melanggar
Prinsip Keadilan di mana dia berlaku tidak adil terhadap pelanggan-pelanggan lain.
CADANGAN /PENAMBAHBAIKAN

Mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan mengikut
akta ini boleh dikenakan tindakan iaitu bagi mana-mana orang perseorangan boleh didenda
tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan yang kedua boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali manakala pertubuhan perbadanan pula
boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan yang kedua didenda tidak
melebihi RM5 juta
SUMBER RUJUKAN

1.Norzamira Che Noh . Ahli perniagaan didakwa tipu jualan pelitup muka.31 julai 2023 .
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/05/818741/ahli-perniagaan-didakwa-tipu-
jualan-pelitup-muka

2.Bernama. Salah guna lesen perniagaan: Penjaja, peniaga mahu PBT kaji punca, laksana
tindakan proaktif. 31 julai 2023.
https://www-astroawani-com.cdn.ampproject.org/v/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/
salah-guna-lesen-perniagaan-penjaja-peniaga-mahu-pbt-kaji-punca-laksana-tindakan-
proaktif-424285?amp=1&amp_gsa=1&amp_js_v=a9&usqp=mq331AQIUAKwASCAAgM
%3D#amp_tf=Daripada%20%251%24s&aoh=16908082408486&referrer=https%3A%2F
%2Fwww.google.com&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-
malaysia%2Fsalah-guna-lesen-perniagaan-penjaja-peniaga-mahu-pbt-kaji-punca-laksana-
tindakan-proaktif-424285

3.rencana . Masyarakat Mesti Peka tentang kemudaratan e-rokok, vape.31 julai 2023.
https://api.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/11/95282/masyarakat-mesti-peka-
kemudaratan-e-rokok-vape

4.John Bechtel. Buruh Paksa: Syarikat kaut keuntungan di kilang sarung tangan Malaysia

disaman.31 julai 2023.

https://www.benarnews.org/malay/berita/my-buruhpaksa-as-220810-08102022162133.html

5. Zuliaty Zulkiffli. KPDN Kedah ambil tindakan peniaga degil jual gula bersyarat .31 julai
2023 .https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1109513/kpdn-kedah-ambil-
tindakan-peniaga-degil-jual-gula-bersyarat

You might also like