You are on page 1of 2

KAWAN ATHLETICS (003006718-T)

25, Jalan Awan Kecil 5, OUG, 58200 Kuala Lumpur.


Tel: 017-683 6413 Email: hello@kawanathletics.com

___________________________________________________________________________

Rujukan Kami : KA/EX/2010


Tarikh :

Tuan/Puan,

PROPOSAL USAHA BERSAMA KELAB OLAHRAGA KAWAN ATHLETICS.

1. Saya harap surat ini menemui anda dengan baik. Saya menulis kepada anda bagi pihak
Kelab Olahraga Kawan Athletics untuk meminta sokongan anda sebagai penaja untuk
menyumbang dari segi makanan atau apa – apa bentuk tajaan kepada kami bagi
melaksanakan pelbagai aktiviti sukan pada masa akan datang. Kami teruja dengan inisiatif ini
dan percaya bahawa perkongsian anda akan banyak menyumbang kepada kejayaan aktiviti
tersebut
2. Kelab Olahraga Kawan Athletics merupakan kelab olahraga persendirian yang telah
membuka peluang kepada atlet daripada pelbagai peringkat umur untuk mengasah bakat
mereka agar mereka dapat memberi performa terbaik dalam acara yang diminati oleh setiap
individu.Kelab Olahraga Kawan Athletic terdiri daripada 4 orang jurulatih dan lebih 80 atlet
daripada pelbagai peringkat umur. Sepanjang beberapa tahun yang lalu, kami telah mencapai
dan menerima pelabagai anugerah dalam sukan olahraga di peringkat sekolah, zon, negeri
dan kebangsaan. Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi kami tetapi juga
menunjukkan potensi kami untuk cemerlang dalam pertandingan tempatan dan kebangsaan.
3. Sebagai penaja, anda akan memainkan peranan penting dalam membantu kami
mencapai matlamat kami. Sumbangan anda akan secara langsung memberi impak yang besar
terhadap para atlet kami tanpa mengira peringkat umur.Hal ini dapat meningkatkan semangat
kesukanan mereka serta memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan bakat masing-
masing. Sebagai balasan untuk sokongan padu anda, kami dengan sukacitanya menawarkan
pelbagai faedah yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pemasaran dan penjenamaan
anda, termasuk:
 Pengiktirafan dalam program acara, bahan promosi, dan pengiklanan media sosial
 Peluang untuk wakil syarikat untuk melibatkan diri dengan atlet dan jurulatih kami
 Peletakan logo yang menonjol pada nombor bib dan banner yang akan diiklankan
4. Kawan athletics adalah kelab yang aktif menganjurkan dan menyertai pelbagai program
kem latihan, program temu bakat dan kejohanan Balapan dan padang anjuran luar dan anjuran
kami sendiri. Pada 27 May 2023 hingga 2 Jun 2023 pihak kami telah menganjurkan kem
latihan pusat di Cameron Highlands yang telah memberikan impak positive terhadap disiplin
diri setiap individu yang menyertai kem tersebut. Kami berharap program sebegini dapat
diteruskan pada masa akan datang dengan kerjasama pihak tuan/puan
KAWAN ATHLETICS (003006718-T)
25, Jalan Awan Kecil 5, OUG, 58200 Kuala Lumpur.
Tel: 017-683 6413 Email: hello@kawanathletics.com

5. Kami terbuka untuk membincangkan pakej penajaan yang memenuhi matlamat


pemasaran anda dan mempamerkan komitmen untuk mempromosikan kesihatan, kerja
berpasukan, dan penglibatan komuniti. Perkongsian anda bukan sahaja akan menyumbang
kepada pertumbuhan kami sebagai sebuah kelab olahraga tetapi juga akan membantu
memupuk rasa bangga dan inspirasi dalam masyarakat.
6. Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan peluang untuk membincangkan potensi
perjanjian penajaan dengan lebih terperinci. Terima kasih kerana mempertimbangkan
cadangan penajaan kami. Segala Kerjasama tuan/puan amatlah kami hargai.

Sekian,Terima kasih

You might also like