You are on page 1of 1

KAEDAH MENGGUNAAN BBM DALAM BILK DARJAH

Setiap bahan bantu mengajar yang telah dihasilkan dan dibangunkan oleh guru itu
sendiri mempunyai harapan yang tinggi agar BBM yang dihasilkan itu dapat digunakan
oleh pelbagai lapisan sama ada guru subjek, murid-murid atau ibubapa itu sendiri.
Lebih-lebih lagi apabila bahan bantu mengajar yang dihasilkan itu mempunyai
keistimewaan dalam melancarkan urusan pengajaran dan pembelajaran (pdp) di dalam
kelas ataupun pada masa kini dapat digunakan walaupun secara maya.

BERIKUT MERUPAKAN KAEDAH PENGGUNAAN BBM DALAM BILIK DARJAH BAGI


BAHAN MEDIA (SLIDE):
Langkah 1 : Guru menyediakan segala kelengkapan yang hendak digunakan seperti
Komputer, LCD, dan pembesar suara.

Langkah 2: Guru memasang bahan yang telah dihasilkan di hadapan kelas

Langkah 3: Slide dipancarkan kepada murid

Langkah 4: Apabila telah bersedia guru mulakan pengajaran dan pembelajaran (pdp)
berdasarkan slide yang telah dipaparkan kepada murid.

Langkah 5: Setelah berakhirnya pengajaran dan pembelajaran (pdp) guru meneruskan


dengan bermain 3 permainan yang telah dihasilkan melalui pembelajaran sebentar tadi

Langkah 6: Permainan pertama ialah kefahaman diikuti dengan permainan kedua iaitu
tekaan dan permainan ketiga ialah aneka gaya.

BERIKUT PULA MERUPAKAN KAEDAH PENGGUNAAN BBM BAGI BAHAN PROJEK


3D:
Langkah 1: Guru membawa hasil karya yang telah siap ke dalam kelas
Langkah 2: Guru melatakkan hasil karya tersebut di hadapan kelas
Langkah 3: Guru menggunakan hasil karya tersebut sebagai simbolik tentang tajuk yang
akan dipelajari oleh murid-murid pada hari tersebut

You might also like