You are on page 1of 1

KISAH KORPORAT

Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah


mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang
dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan yang lain. Kejayaannya
bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, namun terpaksa
mengharungi pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan
keyakinan diri , beliau dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai
menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging
burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20
tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.

Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di


sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan
makanan sejuk beku, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan
daging burger dan sosej yang halal . Selain itu, beliau tidak pernah
putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat.

Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting


terutama isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya. Di
samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran,
menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan
pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya. Ini jelas
menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen
dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan
beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan
Terbaik.

Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di


Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman
Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan
peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran
produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran
Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.

You might also like