You are on page 1of 3

PEMIMPIN YANG SAYA KAGUMI

Cikgu Haidir Bin Haji Tasmin


Mantan Guru Besar SK Kalabakan Tawau
(2012 – 2019)
Cikgu Haidir Bin Haji Tasmin adalah seorang pemimpin yang saya kagumi. Beliau merupakan mantan Guru Besar
di sekolah saya. Cikgu Haidir merupakan seorang guru dan pentadbir sekolah yang berpengalaman. Cikgu Haidir Hj
Tasmin memulakan kerjayanya sebagai seorang guru pada 1996. Beliau telah bertugas di beberapa buah sekolah bandar,
luar bandar, malah pernah juga mendidik di sekolah pedalaman sebelum dilantik menjadi seorang Penolong Kanan dan
akhirnya menjadi Guru Besar di sekolah rendah yang berjaya.

Beliau memimpin dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Kalabakan Tawau sebagai Guru Besar lebih kurang selama
7 Tahun (2012-2019). Cikgu Haidir Hj Tasmin memiliki banyak pencapaian yang telah mempengaruhi sistem
pendidikan di SK Kalabakan Tawau dan masyarakat setempat. Beliau membangunkan pendidikan di SK Kalabakan atas
penekanannya pada pembelajaran aktif dan kreatif. Di bawah pimpinannya, SK Kalabakan Tawau telah mencapai
prestasi akademik yang cemerlang dan pelbagai anugerah di peringkat daerah dan negeri terutama kecemerlangan di
bidang akademik (pencapaian UPSR). Beliau juga telah berjaya membangunkan kokurikulum SK Kalabakan sebagai
juara bertahan sukan Bola Baling dan Bola Tampar samada di peringkat zon pedalaman Sabah dan daerah Tawau.
Seterusnya menjadikan sukan bola baling dan bola tampar sebagai sukan kebitaraan di SK Kalabakan.
Ciri-ciri pemimpin instruksional yang dimiliki oleh Cikgu
Haidir Hj Tasmin adalah :
Mempunyai Kemahiran Pendidikan yang tinggi
Mengamalkan Kepimpinan berorientasikan prestasi
Mempunyai sifat keterbukaan terhadap perubahan
Kemahiran berkomunikasi beliau juga sangat berkesan
Komitmen beliau kepada pembangunan kesejahteraan
murid sangatlah konsisten

You might also like