You are on page 1of 10

ANGKA GILIRAN 2020162340092 KOD KURSUS EDUP3023

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

BUKU JAWAPAN
PEPERIKSAAN BAWA PULANG DISEMBER 2020

PROGRAM PISMP AMBILAN JUN 2020 SEM 1

ANGKA GILIRAN 2 0 2 0 1 6 2 3 4 0 0 9 2

NO. KAD PENGENALAN 0 1 0 1 0 6 0 2 0 3 7 6

KOD KURSUS E D U P 3 0 2 3

TAJUK KURSUS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

TARIKH PEPERIKSAAN 22 DISEMBER 2020 MASA 9.00 PAGI – 7.00 PETANG

ARAHAN KEPADA CALON

1. Isikan butiran yang dikehendaki dengan jelas.


2. Skrip jawapan anda hendaklah:
2.1. Ditaip dalam Microsoft Words;
2.2. Menggunakan font Arial 12;
2.3. Langkau 1.5 baris;
2.4. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di
sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.
3. Anda perlu menghantar jawapan kepada pensyarah melalui Google Classroom Unit
Peperiksaan dan Penilaian pada masa yang telah ditetapkan.
4. Anda perlu menghantar peringatan kepada pensyarah tentang penghantaran jawapan
tersebut dan pastikan pensyarah mengesahkan penerimaan jawapan anda.
5. Anda diingatkan untuk menyimpan satu Salinan softcopy dan satu Salinan bercetak
sebagai sandaran.
6. Calon yang GAGAL menghantar skrip jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dianggap telah GAGAL peperiksaan berkenaan.
7. Calon yang didapati MENIRU atau melakukan kesalahan PLAGIARISME boleh
dikenakan tindakan TATATERTIB.

1
ANGKA GILIRAN 2020162340092 KOD KURSUS EDUP3023

1. Huraikan ciri-ciri konsep kendiri negatif yang boleh menjurus kepada tindakan seperti
membunuh diri ini. Justeru, apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku dan
bincangkan peranan anda sebagai guru untuk mengelak kejadian ini daripada berlaku.

Konsep kendiri merangkumi keseluruhan perkembangan personaliti seseorang


individu. Konsep kendiri dimaksudkan sebagai perwakilan individu tentang segala
pengetahuan berkenaan dirinya sama ada secara positif atau negatif. Menurut Harter (1983)
dalam buku Personaliti: “Becoming a Person”, konsep kendiri ialah agen perkembangan diri
individu terutamanya kanak-kanak. Baginya, perkembangan kanak-kanak sangat menarik
dan tahap perkembangannya boleh diperhatikan. Konsep kendiri postif dapat dibentuk
dengan kerjasama daripada pelbagai pihak. Kes bunuh diri banyak terjadi kepada mereka
yang mempunyai konsep kendiri negatif. Statistik daripada Tinjauan Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan 2017 menunjukkan prevalen kemurungan, keresahan, dan tekanan
dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun masing-masing adalah 18.3%, 39.7%,
dan 9.6%. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan hampir 800,000 kes
bunuh diri direkodkan setiap tahun dan menjadi sebab kematian kedua tertinggi dalam
kalangan belia (15-29 tahun). Dalam Berita Harian yang diterbitkan pada 2016, seorang
kaunselor menceritakan pengalamannya menolong kanak-kanak yang berumur 10 tahun
dalam cubaan bunuh diri kerana tekanan perasaan. Oleh itu, isu ini sering menjadi isu yang
dibincangkan pelbagai pihak.

Ciri-ciri konsep kendiri negatif ialah personaliti yang tidak seimbang dan mempunyai
rasa rendah diri. Sebagai contoh, kanak-kanak tidak yakin akan kebolehan diri dan lebih
suka bergaul dengan mereka yang lebih muda atau kurang bijak daripadanya. Mereka juga
sering mengalami kegagalan akademik atau kokurikulum. Hal ini menyebabkan kanak-
kanak sering berasa tertekan dengan harapan ibu bapa yang menginginkan keputusan yang
cemerlang sehingga menyebabkan mereka mempunyai fikiran ingin bunuh diri. Selain itu,
mereka juga tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang diri mereka sendiri dan hanya
mengetahui sebahagian kecil daripada dirinya sahaja. Sebagai contoh murid yang
mempunyai konsep kendiri yang negatif ini hanya suka untuk melakukan tugasan yang
2
ANGKA GILIRAN 2020162340092 KOD KURSUS EDUP3023

mudah dan tidak sukakan cabaran kerana mereka takut akan kegagalan. Mereka dianggap
sebagai orang yang malas oleh guru yang menyebabkan mereka sering didenda. Hal ini
menyebabkan mereka tertekan dan ingin bunuh diri. Seterusnya, kanak-kanak yang
bersikap pasif dan tidak bersedia untuk bersosial atau bekerjasama dengan orang lain juga
merupakan antara ciri mereka yang mempunyai konsep kendiri yang negatif. Misalnya,
mereka yang mempunyai konsep kendiri negatif ini mempunyai sikap mementingkan diri
sendiri, suka menagih simpati, murung dan sering tertekan, tidak sukakan cabaran, dan
perbuatan negatif yang lain. Mereka sering dipulaukan atau dibuli rakan yang menyebabkan
mereka mempunyai fikiran untuk membunuh diri. Akhir sekali, ciri kanak-kanak yang
mempunyai konsep kendiri yang negatif adalah sering menunjukkan riak wajah yang tidak
gembira, muram, dan mudah tersinggung pada nasihat dan kritikan yang diberikan oleh
orang lain. Konsep kendiri negatif yang stabil banyak disebabkan oleh pengaruh
persekitaran atau didikan ibu bapa.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kanak-kanak mempunyai konsep


kendiri yang negatif sehingga menyebabkan mereka ingin membunuh diri. Salah satu faktor
tersebut ialah faktor keluarga. Kanak-kanak yang mempunyai latar belakang keluarga yang
tidak sihat sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada konsep kendiri mereka. Sebagai
contoh, kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa
atau mereka yang lahir dalam keluarga yang mempunyai masalah rumah tangga seperti
penceraian, penggunaan barang terlarang dan sebagainya akan menyebabkan kanak-
kanak tidak cukup kasih sayang, berasa tidak diperhatikan dan tidak mempunyai motivasi
dalam meningkatkan kemampuan diri. Kanak-kanak yang lahir dalam suasana keluarga
yang tegas dan berpendidikan pula sering tertekan dengan harapan ibu bapa yang terlalu
tinggi dalam pencapaian mereka dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Hal ini
justeru membuatkan mereka berasa tertekan dan mempunyai fikiran untuk membunuh diri.
Perkara ini tidak patut dialami oleh kanak-kanak kerana hal seperti ini dapat menghalang
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Selain itu, faktor guru dan sekolah juga
merupakan salah satu faktor kanak-kanak mempunyai konsep kendiri negatif sehingga
menyebabkan mereka ingin bunuh diri. Hal ini disebabkan sikap guru yang suka marah dan
3
ANGKA GILIRAN 2020162340092 KOD KURSUS EDUP3023

mengkritik, mengejek-ejek gelaran nama dan rupa paras, melabel murid, kurang sabar, dan
pilih kasih akan memberi kesan negatif kepada konsep kendiri murid-murid. Guru perlu
berhati-hati dalam menangani masalah murid terutamanya mereka yang mempunyai
pencapaian yang rendah kerana mereka mungkin mempunyai masalah yang tersendiri.
Guru yang gagal mencari tahu masalah murid akan menyebabkan murid tertekan kerana
dikritik oleh guru atau guru memberi kerja sekolah yang banyak, malah mereka juga akan
berasa tidak semangat untuk pergi ke sekolah. Hal ini menyebabkan mereka kurang
memiliki rakan dan mempunyai tekanan perasaan yang parah sehingga menyebabkan
mereka ingin membunuh diri. Akhir sekali, faktor pengaruh masyarakat setempat juga dapat
memberikan kesan yang negatif kepada konsep kendiri kanak-kanak. Hal ini demikian
kerana masyarakat setempat di mana kanak-kanak setempat dibesarkan mempunyai impak
besar kepada konsep kendirinya. Sebagai contoh kanak-kanak yang berpindah dari luar
bandar ke bandar sudah tentu akan merasa diri mereka kekurangan berbanding dengan
mereka yang tinggal di bandar. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran yang memberi kesan negatif kepada konsep kendiri mereka.

Sebagai seorang guru, peranan saya untuk mengelakkan kejadian ini daripada
berlaku ialah saya akan memberi peluang kepada murid untuk meneroka kebolehan dan
menggunakan bakat unik yang ada untuk meningkatkan keyakinan mereka. Saya akan
membantu mereka untuk mengembangkan potensi yang sedia ada sama ada dalam bidang
akademik, kesukanan, kesenian, atau lain-lain. Hal ini demikian kerana seorang guru boleh
membuat ekspektasi dan kepercayaan tentang kebolehan muridnya dengan mengambil kira
tentang latar belakang keluarga dan personaliti muridnya. Keadaan ini akan memberikan
kesan terhadap konsep kendiri murid secara positif. Jika guru percaya muridnya boleh
berjaya, maka murid akan cenderung ke arah kejayaan. Hal ini disebabkan menurut
Rosenthal dan Jacobson (1968) dan Saphier dan Gower (1997), jangkaan guru
mempengaruhi cara guru bertingkah laku terhadap murid berkenaan. Guru juga tidak boleh
membandingkan murid dengan murid yang lain kerana setiap daripada mereka berbeza dan
mempunyai keunikan tersendiri. Oleh itu, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi
guru yang sensitif dan peka kepada teori konsep diri dan cuba melakukan perubahan
4
ANGKA GILIRAN 2020162340092 KOD KURSUS EDUP3023

terhadap konsep diri murid secara positif. Selain itu, sebagai guru, saya juga akan
melakukan interaksi atau komunikasi yang baik dengan murid. Sebagai contoh, seorang
guru tidak boleh melabel muridnya dengan panggilan seperti bodoh, lambat, lembap, dan
sebagainya. Saya akan berusaha untuk membimbing mereka dengan memberikan nasihat
dan dorongan kepada mereka supaya mereka lebih percaya diri. Seterusnya, saya akan
peka dengan kebolehan dan minat setiap murid. Sebagai contoh saya akan memberikan
nasihat kepada ibu bapa murid tentang apa yang diminati anak mereka supaya mereka lebih
bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu perkara. Hal ini dapat mengurangkan
tekanan murid kerana murid dapat melakukan hal yang disukainya. Perkara ini sudah tentu
akan menjauhkan murid daripada kemurungan yang akan menyebabkan mereka
melakukan perbuatan yang berbahaya seperti bunuh diri. Akhir sekali, saya akan
merancang aktiviti yang berpusatkan murid. Hal ini dilakukan supaya mereka dapat
berkomunikasi dengan rakan sebaya dan lebih seronok untuk melakukan sesuatu. Aktiviti
yang berpusatkan murid dapat melatih kemahiran yang sedia ada seperti kemahiran
membaca, mendengar, bertutur, dan sebagainya. Oleh itu, murid-murid akan lebih seronok
dan gembira untuk pergi ke sekolah.

(1100 patah perkataan)

5
ANGKA GILIRAN 2020162340092 KOD KURSUS EDUP3023

2. Berdasarkan ciri-ciri di atas, analisis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh Adrian.
Bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh guru untuk membantu Adrian dalam
pembelajarannya. Berikan contoh aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk menyokong hujah anda.

Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh Adrian ialah disleksia. Masalah


pembelajaran mempunyai kaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis,
dan menyimpan maklumat. Disleksia berasal daripada dua perkataan Greek, iaitu ‘dys’ dan
‘lexis’ yang masing-masing membawa makna ‘kesukaran atau kesusahan’ dan ‘bahasa atau
pertuturan’. Gabungan dua perkataan ini akan membawa maksud kesukaran atau
kesusahan untuk membaca dan menulis. Oleh itu, murid-murid yang mengalami disleksia
tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dengan
huruf itu sendiri, dalam suku kata atau dalam perkataan. Menurut World Federation of
Neurology (1986), disleksia merupakan satu kecelaruan kepada kanak-kanak. Murid-murid
ini gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis, dan mengeja selaras
dengan kemampuan intelektual mereka walaupun telah melalui pengalaman bilik darjah
konvensional. Murid-murid disleksia sering mengalami kesukaran dalam membaca
walaupun mempunyai IQ yang sama dengan murid normal. Statistik menunjukkan terdapat
lebih 600,000 orang yang mengalami disleksia di Malaysia terutamanya kanak-kanak lelaki.

Murid-murid disleksia diketahui mempunyai kemahiran membaca yang lemah.


Sebagai contoh Adrian lemah dalam membaca atau mengeja dan tidak suka membaca
buku. Murid disleksia juga boleh dikesan kerana mempunyai beberapa ciri seperti
mempunyai masalah dalam ejaan. Sebagai contoh murid mengalami masalah dalam
sebutan (fonologi) di mana murid tidak dapat menyebut perkataan yang ditulis. Murid juga
sukar untuk menyebut huruf vokal dan sering meninggalkannya. Misalnya seperti Adrian
yang menghadapi kesukaran untuk memberikan respon terhadap arahan gurunya dan sukar
untuk membentuk huruf. Adrian juga sering melakukan pembalikan menulis perkataan.
Misalnya, ‘tuhan’ menjadi ‘hutan’ atau ‘ibu’ menjadi ‘ubi’. Hal ini menyebabkan murid
disleksia menghadapi masalah dalam membaca. Murid disleksia akan membaca sesuatu
dengan sebutan yang kurang tepat kerana membaca terlalu cepat. Ada juga yang membaca
6
ANGKA GILIRAN 2020162340092 KOD KURSUS EDUP3023

secara terputus-putus dan lambat disebabkan kesan keterbalikkan. Selain itu, ciri murid
disleksia adalah mempunyai masalah dalam ingat. Mereka sukar mengingat susunan hari,
bulan dan tahun. Seterusnya, masalah Adrian yang lambat menyalin nota dan banyak
melakukan kesilapan juga merupakan antara ciri mereka yang mempunyai masalah
pembelajaran disleksia. Akhir sekali, murid disleksia juga menghadapi masalah yang sama
dihadapi oleh Adrian, iaitu masalah kekeliruan. Mereka selalu keliru dengan abjad yang
kelihatan sama seperti ‘b’ dan ‘d’ atau ‘p’ dan ‘q’. Mereka bukan keliru dengan abjad dan
perkataan sahaja, malah mereka juga keliru dengan konsep ruang seperti atas, bawah,
depan, belakang dan sebagainya.

Tindakan yang boleh diambil oleh guru yang mengajar Adrian untuk mengatasi
masalah ini ialah guru perlu meluangkan lebih banyak masa bersama Adrian atau murid
disleksia yang lain untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh,
guru boleh mengadakan kelas tambahan khusus untuk Adrian atau murid disleksia yang
lain kerana mereka memerlukan kaedah pengajaran yang khusus untuk membantu mereka,
lebih-lebih lagi dalam aspek membaca dan menulis. Waktu yang diperuntukkan untuk
mengajar murid disleksia mungkin lebih lama berbanding dengan murid normal yang lain.
Untuk memberikan pemahaman dan pembelajaran yang lebih mudah kepada murid-murid,
guru perlulah menyiapkan alat bantu mengajar (ABM) yang menarik dan dapat menarik
minat mereka. Sebagai contoh menggunakan pasir atau biji kacang hijau untuk mengajar
murid disleksia seperti Adrian mengenal huruf. Hal ini akan menggalakkan pembelajaran
secara menyentuh. Oleh itu, mereka akan berasa seronok untuk belajar dan dapat
menguasai kemahiran bahasa yang diperlukan. Selain itu, guru juga perlu memberi arahan
berulang-ulang kali supaya murid disleksia dapat memahami arahan tersebut. Hal ini
demikian kerana murid disleksia mempunyai sedikit kesulitan dalam memahami arahan
yang diberikan seperti Adrian. Guru juga harus memberi mereka lebih banyak masa untuk
berfikir dan menyiapkan tugasan. Dalam hal ini, kesabaran merupakan komponen yang
sangat penting bagi seorang guru untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas seperti
murid disleksia. Guru tidak boleh memberikan tugasan atau aktiviti yang terlalu banyak
kepada murid disleksia supaya mereka tidak berasa terbeban dengan proses pembelajaran
7
ANGKA GILIRAN 2020162340092 KOD KURSUS EDUP3023

yang sedang dilakukan. Tugasan yang banyak akan menyebabkan motivasi mereka untuk
belajar akan semakin berkurang dan mereka tidak akan suka atau seronok untuk belajar.
Akhir sekali, tindakan yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu Adrian ialah guru
perlu merancang aktiviti pengajaran yang lebih kreatif untuk murid disleksia dan berbeza
daripada pengajaran untuk murid normal. Hal ini demikian kerana murid disleksia tidak dapat
belajar membaca, mengeja, dan menulis dengan cara yang sama dengan murid normal.
Mereka lebih memerlukan bahan bantu mengajar (BBM) dan kaedah pengajaran yang lebih
menarik dan berbeza. Sebagai contoh untuk mengajar murid-murid disleksia mengeja, guru
dapat menggunakan kaedah ejaan visual. Contohnya seperti guru memberi murid melihat
perkataan dan menyuruh mereka untuk menggambarkan perkataan yang dilihat dalam
fikiran mereka, kemudian guru tutup perkataan tersebut dan menyuruh mereka
menggambarkan semula perkataan tersebut. Seterusnya, guru menyuruh murid-murid
untuk tulis perkataan dan akhirnya guru menyemak perkataan yang ditulis.

Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid disleksia seperti Adrian.
Misalnya seperti menggunakan papan sintok untuk membaca. Contoh bahan-bahan yang
diperlukan dalam aktiviti ini ialah blok huruf yang mempunyai tinggi 5.5 cm, lebar 3.5 cm,
dan ketebalan 5 mm. Hal ini demikian kerana blok ini merupakan saiz yang paling sesuai
pada jari kecil kanak-kanak. Selain itu, blok ini juga menggunakan fon yang khusus untuk
murid disleksia di mana saiz fon yang besar membolehkan guru untuk membuat tanda
aturan menulis huruf dan murid pula boleh menjejak tanda sambil memadam tanda tersebut.
Aktiviti ini diyakini berkesan kerana berdasarkan teori ‘core-affect’, papan sintok berfungsi
sebagai alat yang digunakan untuk mengenal huruf, mengeja, dan menulis. Hal ini demikian
kerana papan sintok ini menyokong pembelajaran dengan menggunakan kaedah
multisensori yang boleh mengimbangkan kesukaran kanak-kanak dalam proses
pembelajaran kerana mereka dapat menggunakan pancaindera seperti deria sentuh bagi
mencari perbezaan antara huruf-huruf dengan lebih tepat. Papan sintok ini juga
memudahkan huruf untuk dibezakan kerana mempunyai warna dan mengeluarkan bunyi
‘pelatuk’ apabila disusun di tempatnya. Murid disleksia dapat merasai huruf a hingga z
dengan memegang setiap blok huruf ini. Berbeza dengan pembelajaran yang biasa seperti
8
ANGKA GILIRAN 2020162340092 KOD KURSUS EDUP3023

kad huruf yang tidak boleh dicam melalui sentuhan. Akhir sekali, contoh aktiviti yang boleh
dilakukan untuk membantu Adrian ialah dengan mengadakan teater bercerita. Hal ini
demikian kerana aktiviti ini dapat merangsang interaksi antara guru dengan murid dan murid
dengan murid. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan kefasihan dan keyakinan
murid-murid disleksia dan mengurangkan rasa bosan ketika belajar. Aktiviti ini dapat
memberi peluang kepada mereka untuk berimaginasi dan menyampaikan perasaan
mereka. Mereka juga dapat mempelajari perasaan atau riak muka yang perlu ditunjukkan
ketika sedang bercerita. Oleh itu, aktiviti ini dapat mengembangkan kemahiran komunikasi
dan sosial murid-murid.

(1024 patah perkataan)

9
ANGKA GILIRAN 2020162340092 KOD KURSUS EDUP3023

Rujukan

Harter, S. (1983). Developmental perspectives on the self-system. In E. M. Hetherington


(Ed.), Handbook of child psychology (pp. 275-385). New York: John Wiley.

Rosenthal, R., & Jacobson, L. (1968). Pygmalion in the Classroom: Teachers’ Expectations
and Pupils’ Intellectual Development. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Saphier, J., Gower, R. (1997). Expectations. In The Skillful Teacher: Building Your Teaching
Skills (5th ed., pp. 293-342). Carlisle, MA: Research For Better Teaching, Inc.

World Federation of Neurology. (1968). Report of Researcb Group on Dyslexia and World
Illiteracy. Dallas, TX.: World Federation of Neurology.

Internet

Wan Nor Hayati Wan Alias. (2016). Gejala penyakit mental: Usia 10 tahun cuba bunuh diri:
Berita Harian. Dimuat turun pada 16 September 2016 daripada,
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/09/189284/gejala-penyakit-mental-
usia-10-tahun-cuba-bunuh-diri.

10

You might also like