You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

MPU3081

KOKURIKULUM PERSATUAN - TUGASAN 2

Nama : YAP ZHAN WEI


No. K/P : 010608-10-0421
Angka Giliran : 2020122340024
Program : 4 PISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : BAHASA MELAYU 1
Nama Pensyarah : DR. ZALI BIN A. RAHMAN
Tarikh Hantar : 3 DISEMBER 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:___YAP ZHAN WEI_________ Tarikh : 3 DISEMBER 2021

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop
Tarikh Tarikh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Tanda tangan pelajar

.............YAP ZHAN WEI .....................


( YAP ZHAN WEI )

Tarikh :
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan
LAPORAN KAJIAN KES

Kelab Doktor Muda

1.0 Persatuan dan Pertubuhan di Malaysia

Kelab Doktor Muda (KDM) merupakan salah satu komponen kokurikulum bagi kelab
dan persatuan yang terdapat di SJK(C) Sin Ming. KDM terbuka kepada murid-murid
tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’.
Pada 30 November 2021 (Selasa), saya telah menghubungi pihak sekolah SJK(C)
Sin Ming, Semenyih dan berpeluang untuk mengadakan temu bual secara dalam
talian dengan guru penasihat KDM, iaitu En. How Wan Chong. Soalan-soalan yang
telah dibincangkan termasuklah sejarah KDM, aktiviti atau perkhidmatan yang
ditawarkan, sumber kewangan, isu-isu berbangkit serta cara penyelesaiannya.

2.0 Sejarah Persatuan

Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan
Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari
tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya.
Program ini kemudian bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan
Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991. Pada tahun 2000,
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai
salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan.
Segala perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini turut dilaksanakan
di seluruh negara bersama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada
Mei 2006, KPM telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti
kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai KDM. Penerimaan program
Doktor Muda sebagai aktiviti kokurikulum merupakan satu pengiktirafan KPM
terhadap program ini kerana telah terbukti membawa banyak faedah kepada murid
sekolah.

3.0 Kaedah dan Proses Penubuhan

Mesyuarat penaja akan diadakan untuk melantik jawatankuasa penaja di peringkat


sekolah terlebih dahulu. Jawatankuasa Penaja kemudian akan mengemukakan surat
permohonan penubuhan KDM kepada Guru Besar SJK(C) Sin Ming, iaitu Pn. Lew
Siew Moi. Setelah menerima kelulusan, jawatankuasa penaja akan mengadakan
satu mesyuarat agung untuk menubuhkan KDM dan memilih ahli-ahli jawatankuasa
kelab tersebut. Jawatankuasa penaja pula dibubarkan setelah terbentuknya
jawatankuasa KDM. Selepas itu, setiausaha kelab mengemukakan laporan secara
bertulis kepada guru besar dalam tempoh 14 hari. Laporan itu mengandungi
perlembagaan persatuan, senarai ahli jawatankuasa dan senarai aktiviti utama KDM.
KDM akan ditubuhkan secara rasminya apabila mendapat surat pengesahan
penubuhan dan pendaftaran persatuan serta surat perlantikan daripada guru besar
kepada guru penasihat kelab tersebut. Menurut En. How, majlis perasmian telah
diadakan di tapak perhimpunan sekolah pada 27 Jun 2016 (Isnin).

4.0 Aktiviti / Perkhidmatan

Antara aktiviti yang dijalankan ialah demonstrasi menggosok gigi. Beberapa murid
yang merupakan ahli KDM akan dipilih menjadi fasilitator dalam aktiviti memberus
gigi setiap hari di sekolah. Selepas waktu rehat, murid akan berkumpul lalu
memberus gigi beramai-ramai serta dipantau oleh guru penasihat. Ahli-ahli kelab
akan berada di bahagian depan untuk dijadikan rujukan kepada murid-murid lain.

Selain itu, KDM juga berkompromi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
untuk mengadakan ceramah kesihatan kepada semua murid sekurang-kurangnya 2
kali setahun. Hal ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan murid mengenai
amalan pemakanan yang seimbang serta menanam kesedaran murid tentang
kepentingan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Risalah kesihatan turut
akan diedarkan oleh KKM kepada semua murid.
Di samping itu, KDM memberikan perkhidmatan dalam pemeriksaan gigi. Beberapa
jururawat terlatih akan diupah untuk melakukan pemeriksaan gigi murid sebanyak
sekali setahun. Perkhidmatan ini diberikan untuk menjaga tahap kesihatan gigi murid
serta mencegah daripada kerosakan gigi.

5.0 Perbandingan Perkhidmatan

Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan kelab biasa untuk memberikan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Terdapat persamaan antara
kedua-dua kelab, iaitu terbuka kepada individu yang rela membantu orang lain dalam
mewujudkan susana persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif. Perbezaan pula
dapat dilihat dari aspek fungsi utama. KDM melatih murid membentuk tabiat
kesihatan untuk dijadikan pembimbing kepada rakan sebaya dan anggota keluarga
manakala kelab PRS melatih murid menjadi kawan yang berkesan kepada rakan
sebaya terutamanya apabila mereka memerlukan pertolongan.

6.0 Sumber Kewangan

Antara sumber kewangan KDM adalah daripada pihak sekolah yang memberikan
peruntukan wang sebagai modal untuk memulakan aktiviti kesihatan di sekolah.
Seterusnya, KDM juga meminta sumbangan wang daripada pihak Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) untuk menyediakan bengkel, ceramah serta penyertaan
dalam program-program kesihatan di dalam dan di luar sekolah. KDM juga
melakukan kutipan yuran keahlian sebanyak RM3 untuk seorang setahun. Kutipan
wang ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan bagi aktiviti dan jamuan
persatuan yang akan diadakan pada setiap tahun. Selain meraikan kesemua ahli
KDM, jamuan ini juga sebagai salah satu platform untuk mengeratkan hubungan
antara murid dan guru-guru yang menjadi tulang belakang kelab ini.

6.0 Isu-isu Berbangkit

Melalui proses penyelidikan dalam laporan KDM tahun-tahun lepas, antara isu yang
didapati ialah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini adalah kurang dan ada
yang tidak dijalankan mengikut rancangan takwim yang ditetapkan. Hal ini berpunca
daripada faktor ibu bapa yang tidak berfikiran terbuka dan kurang prihatin terhadap
penglibatan anak mereka dalam aktiviti kokurikulum. Oleh sebab ibu bapa lebih
memfokuskan kecemerlangan akademik anak dan menghantar anak ke pusat
tuisyen, murid dilarang atau tidak mempunyai masa terluang untuk melakukan aktiviti
kokurikulum selepas sekolah. Maka, kesedaran ibu bapa yang rendah menyebabkan
aktiviti KDM masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Selain itu, dana yang diperuntukkan oleh kerajaan adalah terhad dan pihak sekolah
perlu menguruskan pembahagian dana tersebut. Oleh itu, guru-guru penasihat
menghadapi isu dalam mengagihkan dana tersebut kepada setiap kelab dan
persatuan. Hal ini demikian kerana ada persatuan akademik menganggap persatuan
bukan akademik tidak memerlukan peruntukan wang yang banyak dalam
menjalankan aktiviti. Selain itu, kemahiran guru persatuan yang kurang dalam
menguruskan kewangan persatuan menyebabkan banyak aktiviti terpaksa
dibatalkan.

7.0 Analisis SWOT

Bil. Aspek Huraian


1. Kekuatan KDM mendapat sumber kewangan daripada pelbagai
(Strengths) pihak. Sumber kewangan utama KDM adalah daripada
pihak sekolah dam peruntukan tersebut dijadikan modal
untuk menjalankan aktiviti jualan bagi menjana sumber
kewangan persatuan serta kegunaan bagi aktiviti-aktiviti
yang lain seperti aktiviti kesihatan. Selain itu, KDM juga
mendapat sokongan daripada pihak PIBG yang bersedia
memberikan sumbangan wang.

Faedah penubuhan KDM adalah untuk memupuk tabiat


kesihatan dalam kalangan murid di peringkat sekolah
rendah. Murid-murid akan memperoleh pengetahuan dan
kemahiran asas kesihatan serta belajar untuk menjaga
kesihatan diri mereka. Di samping itu, melalui penyertaan
KDM, murid-murid dapat menguasai dan mengamalkan
kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Akhir sekali,
murid-murid juga akan membentuk sikap positif terhadap
anggota-anggota kesihatan yang menunjukkan dedikasi
dalam menjaga kesihatan rakyat jelata.
2. Kelemahan KDM telah menghadapi masalah kekurangan ahli. Hal ini
(Weaknesses) demikian kerana bilangan murid tahap 2 di SJK(C) Sin
Ming tidak begitu ramai. Oleh itu, aktiviti-aktiviti menjadi
agak terhad kerana aktiviti besar-besaran tidak boleh
dilaksanakan secara jayanya. Tambahan pula, murid-
murid tahap 2 khasnya tahun 6 banyak terlibat dalam
aktiviti sekolah atau luar sekolah seperti tuisyen dan kelas
tambahan. Hal ini menyebabkan peluang mereka untuk
turut serta dalam aktiviti KDM jarang ada.

3. Peluang Antara peluang yang dikenalpasti ialah pihak sekolah


(Opportunities) hendaklah menjalinkan hubungan baik dengan pihak
penaja seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta
kerjasama bersama orang politik agar dapat menampung
pembiayaan aktiviti KDM. Justeru, permuafakatan dengan
pihak luar memainkan peranan penting dalam penajaan
dana KDM di sekolah ini. Seterusnya, KDM juga boleh
mengadakan aktiviti-aktiviti khas seperti lawatan ke klinik
kesihatan untuk menarik minat murid menyertai KDM.

4. Ancaman Masalah utama yang dihadapi oleh KDM adalah daripada


(Threats) pihak ibu bapa. Ada ibu bapa mempersoalkan pengutipan
yuran ahli kelab dan juga pembiayaan program luar yang
diikuti oleh anak mereka. Hal ini secara tidak langsung
memberikan ancaman kepada persatuan dalam menjana
wang. Dunia teknologi maklumat dan komunikasi yang
berkembang pesat menyebabkan sebarang isu senang
untuk disebarkan melalui laman-laman sosial. Oleh itu,
isu-isu negatif tersebut akan menyebabkan reputasi pihak
sekolah terjejas.

8.0 Cadangan Penambahbaikan

Antara masalah yang dihadapi oleh KDM adalah kekurangan sokongan ibu bapa.
Maka, guru berperanan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa murid supaya mereka
sedar akan kepentingan kokurikulum dalam kehidupan murid. Penglibatan secara
aktif dalam aktiviti kokurikulum akan membawa banyak kebaikan kepada murid. Ibu
bapa haruslah mengetahui bahawa kecemerlangan murid tidak hanya bergantung
kepada pencapaian akademik kerana aktiviti kokurikulum juga dapat membina sifat
keperibadian yang baik dalam kalangan murid seperti sifat kepimpinan, bekerjasama,
keyakinan dan sebagainya.

Seterusnya, masalah yang sering dihadapi oleh KDM ialah ibu bapa tidak memberi
sokongan dari aspek kewangan. Bagi mengelakkan isu kutipan wang daripada pihak
persatuan disebarkan ke laman sosial, pihak sekolah boleh berkolaborasi dengan
pihak PIBG sekolah untuk mengeluarkan surat berkaitan pengutipan wang yuran ahli
dan dana untuk menjalankan aktiviti persatuan. Hal ini demikiran kerana PIBG
merupakan platform permuafakatan antara ibu bapa dan sekolah. Oleh itu, konflik
dengan ibu bapa dapat dielakkan.

Tambahan pula, bagi meningkatkan kemahiran pengurusan wang persatuan dan


ilmu pengetahuan mengenai kesihatan, guru penasihat boleh menghadiri kursus-
kursus berkenaan agar menjadi lebih kompeten dalam pengurusan wang serta
berupaya melatih murid dalam membudayakan kesihatan dengan betul. Akhir sekali,
hubungan baik dengan penaja luar seperti NGO Kesihatan dan orang politik juga
dilihat sebagai pelaburan yang lumayan. Hal ini demikiran kerana KDM tidak perlu
mengeluarkan perbelanjaan yang banyak apabila penaja sudah menaja ahli.

9.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa prestasi persatuan KDM adalah


memuaskan. KDM amat berguna kepada murid-murid agar mereka sedar tentang
kepentingan menjaga kesihatan diri sendiri. Diharapkan semua pihak bekerjasama
dan memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan kelab tersebut agar
murid-murid di SJK(C) Sin Ming lebih berminat untuk menyertai KDM.
Rujukan

Ab. Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Hamid Awang, Azali Rahmat, Mohd Ra‟in Shaari, Adenan Ayob, & Abdullah Yusof.
(2012). Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah. Emeritus
Publications Tanjong Malim Perak.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (n.d.). Buku panduan pengurusan aktiviti


kokurikulum sekolah rendah. Bahagian Sekolah.

Omardin Ashaari (1999). Pengurusan Persatuan: Suatu Panduan Lengkap. Utusan


Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Othman Endut. (2014). Penubuhan dan Pengurusan Organisasi. Majlis Belia Negeri
Terengganu.
Lampiran

Soalan-soalan yang ditanya semasa temu bual:


1. Apakah sejarah penubuhan KDM secara umum?
2. Bagaimanakah proses penubuhan KDM di sekolah?
3. Apakah aktiviti atau perkhidmatan yang boleh memanfaatkan murid-murid melalui
KDM?
4. Bagaimanakah anda menjana sumber kewangan KDM secara berhemah?
5. Bolehkan anada menerangkan isu-isu berbangkit yang pernah ada dalam KDM?
Bagaimanakah anda menangani isu-isu tersebut?

Mengadakan temu bual dengan En. How melalui Google Meet

You might also like