You are on page 1of 1

UCAPAN YDP PIBG SEMPENA PERSARAAN GURU BESAR

SEKOLAH KEBANGSAAN KIARAMAS

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera…

Yang diraikan, Yang berusaha En. Ooi Hock Leong, Guru Besar SK Kiaramas

Yang dihormati, Pn. Raba’ah Binti Kadir, Guru Penolong Kanan Tadbir dan
Kurikulum, En. Khairul Nizam Bin Shaharudin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Pn. Zarinom Binti Md. Noor, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, barisan
guru, Jawatan kuasa penganjur Majlis Persaraan Guru Besar serta murid-murid
sekalian.

Terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi ruang kepada saya
sebagai YDP PIBG untuk memberi ucapan di majlis yang indah ini. Seperti yang kita
sedia maklum, guru besar akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai pendidik
setelah 37 tahun menabur ilmu dan jasa pada dunia pendidikan pada hari ini.

Bagi pihak jawatan kuasa PIBG, kami turut merasai satu kehilangan yang besar di
atas persaraan tuan guru besar kita. Saya tertarik dengan corak pentadbiran beliau
sepanjang perkhidmatan beliau di sini. Sikap beliau yang tegas, mesra dan fleksibel
sebenarnya menjadi tunggak di dalam pentadbiran yang berkesan.

Sepanjang beliau menerajui sekolah ini, telah banyak sumbangan dan jasa bakti
yang telah beliau curahkan. Kesungguhan beliau jelas terpapar melalui setiap
tindakan dan keputusan bagi memastikan perkhidmatan sekolah ini mencapai
sasaran, matlamat dan standard yang telah ditetapkan. Oleh sebab itu, beliau amat
disenangi oleh semua ibu bapa di sekolah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan selamat bersara dan selamat
maju jaya kepada tuan guru besar kita. Semoga beliau terus diberi kesihatan yang
baik agar dapat terus berbakti kepada masyarakat.

Akhir kata, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

You might also like