You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT PERTAMA

MAJLIS PENGAKAP DAERAH BAU


Tarikh : 29 September 2022
Hari : Khamis
Masa : 2:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Pendidikan Daerah Bau

Kehadiran : Rujuk Lampiran 1

AGENDA
1.0 Ucapan Pengerusi
Encik Nelyson, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bau,mengucapkan selamat
petang, selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran para pegawai dari
Pejabat Pendidikan Daerah Bau, Jurulatih-jurulatih daripada Pasukan Latihan
Negeri, Persekutuan Pengakap Cawangan Sarawak; Penolong-penolong
Pesuruhjaya, dan para Pemimpin Pengakap Daerah Bau ke mesyuarat yang
pertama ini.

Beliau menerangkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk bersuai kenal,


menubuhkan Jawatankuasa Majlis Pengakap Daerah Bau, penerangan tentang
Pergerakan Pengakap oleh para Jurulatih daripada Pasukan Latihan Negeri,
perancangan aktiviti dan hal-hal lain yang berkaitan. Beliau amat berharap agar
semua yang hadir dapat memberi dan menyumbangkan idea demi kelancaran
mesyuarat.

2.0 Ucapan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bau


Encik Jong Tian Se, Timbalan SPBM, PPD Bau, mengucapkan terima kasih
kerana dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini, Beliau juga mengucapkan
tahniah kepada Encik Nelyson yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap
Daerah Bau dan menyatakan rasa bangga serta berharap Pergerakan
Pengakap Daerah Bau akan terus maju di masa yang akan datang.

Beliau menyatakan bahawa penyertaan dan penglibatan murid-murid dalam


aktiviti Pengakap dapat menambah markah PAJSK. Oleh itu, beliau amat
berharap agar sekolah-sekolah yang mempunyai Pergerakan Pengakap dapat
memberi galakan dan dorongan kepada para murid untuk terlibat aktif dalam
Pengakap sama ada aktiviti peringkat sekolah, Daerah, Bahagian, Negeri,
Kebangsaan dan Antarabangsa.

3.0 Sesi Perkongsian


3.1 Program Pengakap
Encik Abang Zulfikar Bin Abang Zaini, Pesurujaya Program Negeri, memberi
perkongsian tentang unit-unit yang terdapat dalam Pergerakan Pengakap
seperti berikut:

1
Unit Umur
1. Pengakap Kanak-kanak 10 – 12 tahun
2. Pengakap Muda 13 – 15 tahun
3. Pengakap Remaja 16 – 17 tahun
3. Pengakap Raja 18 tahun ke atas

Menurut beliau, Pergerakan Pengakap juga bercadang untuk menubuhkan


“Bee Scout” yang bermula dari PraSekolah hingga ke Tahun Tiga. Manakala
penubuhan dan penyertaan dalam Pengakap Kelana amat dialu-alukan dan
digalakkan.

Beliau menerangkan bahawa setiap sekolah yang mempunyai Pergerakan


Pengakap untuk membuat dan memperbaharui pendaftaran keahlian supaya
ahli-ahli Pengakap dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sama ada
aktiviti peringkat sekolah, Daerah, Bahagian, Negeri, Kebangsaan dan
Antarabangsa. Jika tidak, mereka hanya menyertai aktiviti di peringkat dalaman
iaitu terhad dalam sekolah sahaja.

Borang-borang Pembaharuan dan Pendaftaran perlu dihantar ke Ibu Pejabat


Pengakap Cawangan Sarawak untuk tindakan dan rekod. Sebagai makluman,
hanya dua buah sekolah di Daerah Bau iaitu SK Puak dan SK St Stephen yang
telah mendaftar pada tahun 2022. Oleh itu, beliau berharap agar lebih banyak
sekolah yang memperbaharui dan mendaftar keahlian Pengakap pada tahun
2023.

Seterusnya, beliau berharap agar para Pemimpin Pengakap dan Guru Penasihat
Pengakap Daerah Bau dapat mengubah minda dan melibatkan diri secara aktif
atau setidak-tidaknya mempunyai sedikit ilmu Pengakap. Ini adalah demi masa
depan para ahli Pengakap. Penglibatan aktif dalam Pengakap akan diberi
anugerah seperti Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Anugerah Pengakap
Raja, Anugerah Rambu dan yang seumpamanya. Para Pemimpin juga akan
diberikan anugerah jika terus melibatkan diri secara aktif dalam Pengakap.

3.2 Latihan
Encik Ngatiman Bin Sarepin, Pesuruhjaya Latihan Negeri, memaklumkan
bahawa para Pemimpin harus terlebih dahulu melengkapkan diri dengan
menghadiri Kursus Manik Kayu (KMK) agar dapat ditauliahkan sebagai
Pemimpin di sekolah. Para Pemimpin adalah digalakkan untuk mengambil
peluang dan memperuntukkan masa untuk menghadiri Kursus Manik Kayu yang
dianjurkan oleh Pasukan Latihan Negeri. Info lanjut tentang KMK akan dimajukan
kepada Pesuruhjaya Daerah untuk disampaikan kepada para Pemimpin.

Beliau juga menerangkan tentang Skim-skim Latihan Lencana yang telah


disediakan untuk ahli-ahli Pengakap di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Buku-buku Skim tersebut boleh dibeli di Kedai Pengakap, Ibu Pejabat Pengakap
Cawangan Sarawak, Batu Lintang.

2
3.3 Pengakap Udara
Encik Tay Wei Wei, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak,
(Pengakap Udara) menyarankan agar MGB dapat mengusulkan tentang
kepentingan Pembaharuan dan Pendaftaran Keahlian Pengakap dalam
mesyuarat. Beliau juga berharap agar Pengakap Daerah Bau dapat menubuhkan
Majlis Daerah (L A ) bagi memastikan Pergerakan Pengakap dapat ditadbir
dengan baik.

Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa Pengakap Udara di Sarawak telah


dihidupkan semula oleh Kapten Zainuddin Bin Hamdan Sirat, pada tahun 2004.
Terdapat dua kursus yang dianjurkan iaitu Kursus Asas Pemimpin dan Kursus
Asas Kelana. Maklumat lanjut tentang Pengakap Udara boleh diapadati dengan
menghubungi Encik Tay Wei Wei atau Pesuruhjaya Daerah.

4.0 Pemilihan dan Pelantikan AJK Majlis Pengakap Daerah Bau


Setelah berbincang, semua yang hadir telah bersetuju dengan pelantikan AJK yang
berikut;

Jawatan Nama
Penaung YB Miro Anak Simuh, ADUN, N18
Serembu
Pesuruhjaya Daerah Encik Nelyson Anak Kinot
Pengerusi
Setiausaha Encik Charles Bayang Anak Albert Nyawin
Timbahan Setiausaha Encik Wilblen Saybit Anak Matem
Bendahari Puan Noyen Anak Misid
Penolong Pesuruhjaya Latihan Encik Limpak Anak Bungsu
Penolong Pesuruhjaya Program Encik Dino
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Helwani Puan Mazuin Anak Dehey
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Remaja Puan Tina Anak Gulil
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Muda Puan Aileen Anak Juking
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kanak- Puan Norija Anak Nyoep
kanak

5.0 Perancangan Aktiviti


Encik Nelyson memaklumkan bahawa sebenarnya terdapat banyak aktiviti yang
telah dirancangkan dan kebanyakannya adalah di atas talian. Memandangkan
masa semakin suntuk, maka satu-satunya aktiviti yang dapat dijalankan ialah
Kursus Manik Kayu (KMK) Pengenalan. Beliau akan berhubung dengan Pasukan
Latihan Negeri bagi menetapkan tarikh dan tempat KMK akan
diadakan.Seterusnya, beliau berharap agar lebih banyak aktiviti dapat dirancang
dan dilaksanakan pada tahun 2023.

3
6.0 Hal-hal lain.
6.1 PAJSK
Encik Jong Tian Se, Timbalan SPBM, PPD Bau, sekali lagi berharap agar
Pengakap Daerah Bau dapat melahirkan Pengakap yang cemerlang dalam
bidang Ko-Kurikulum sebagai penglibatan mereka dikira dalam PAJSK.
Seterusnya, beliau memohon agar Sekolah Menengah terus bergiat aktif dalam
persatuan beruniform.

7.0 Penangguhan Mesyuarat


Oleh kerana tidak ada perkara yang hendak dibincangkan lagi, maka mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 4:40 petang.

MINIT DISEDIAKAN OLEH:

………………………………………………………
(CHARLES BAYANG ANAK ALBERT NYAWIN)
Setiausaha,
Majlis Pengakap,
Daerah Bau.

Tarikh : 29 September 2022

4
Lampiran 1
Senarai Kehadiran
Bil Nama Jabatan / Sekolah / Jawatan
1. Encik Jong Tian Se Timbalan SPBM, PPD Bau
2. Puan Chung Sok Lian Penolong PPD, UPBM, PPD Bau
3. Encik Ngatiman Bin Sarepin Pesuruhjaya Latihan Negeri
4. Encik Abang Zulfikar Bin Abang Pesuruhjaya Program Negeri
Zaini
5. Encik Tay Wei Wei Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Sarawak (Pengakap Udara)
6. Encik Nelyson Anak Kinot SK Pedaun Bawah
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bau
7. Encik Charles Bayang Anak SK Gumbang
Albert Nyawin
8. Puan Norija Anak Nyoep SK Puak
9. Puan Aileen Anak Juking SMK Paku
10, Encik Limpak Anak Bungsu Kampung Kaman, Krokong.
11. Puan Oui Ling Po SJK Chung Hua Taiton
12. Encik Ng Chah Kiang SJK Chung Hua Bau
13. Puan Mazuin Anak Dehey SK Puak
14. Puan Josephine Anak Nyipong SK Grogo
15. Puan Noyien Anak Misid SK Bau
16. Puan Tina Anak Gulil SMK Lake
17. Puan Aka Anak Bonti SK Simpang Kuda
18. Puan Chin Li Foon SJK Chung Hua Keranji
19. Encik Chiew Soon King SJK Chung Hua Siniawan
20. Puan Veronica Jesny Anak SMK Bau
Jiliam
21. Encik Chin Wee Kiong SJK Chung Hua Sebuku
22. Encik Tony Anak Asiap SK St Stephen
23. Encik Lipeng Anak Nyogien SK Serabak
24. Encik Abdul Malik Dadang Bin SK Opar
Abdullah
25. Encik Geeral Anak Dari SK St Teresa
26. Encik Teo Soon Kiun SK Suba Buan
27. Encik Rabi Anak Matius SK Jagoi
28. Encik Abdul Rahim Bin Abol SMK Matang 2
29. Encik Kepri Anak Jiko SK Bobak Sejinjang
30. Encik Ting Leong Huong SJK Chung Hua Musi
31. Encik Lee Kok Chung SJK Chung Hua Buso
32. Encik Shamsul Anuar SK St Patrick, Krokong
33. Puan Nurhayati Binti Hussin SK Serembu
34. Encik Wilblen Saybit Anak SK Puak
Matem
35. Encik Dino SK Tringgus

i
MINIT MESYUARAT PERTAMA
MAJLIS PENGAKAP DAERAH BAU 2023

Tarikh : 21 MAC 2023


Hari : Selasa
Masa : 2:00 petang
Tempat : Bilik Tayangan, Pejabat Pendidikan Daerah Bau

Kehadiran : RujuK Lampiran 1

AGENDA :

1.0 Ucapan Pengerusi


Encik Nelyson, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bau,mengucapkan selamat
petang, selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran para pegawai dari
Pejabat Pendidikan Daerah Bau, Penolong-penolong Pesuruhjaya, dan para
Pemimpin Pengakap Daerah ke mesyuarat yang pertama ini untuk tahun
2023.

2.0 Ucapan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bau


Encik Mathew Apok Timbalan SPBM Pejabat Pendidikan Bau memberi kata-
kata aluan beliau dan mengucapkan terima kasih kerana dijemput. Beliau
mengatakan bahawa aktiviti pengakap ini dapat mengembangkan potensi murid
dan para pemimpin dapat memberi sumbangan yang besar dalam membimbing
anak-anak. Beliau juga menekankan penerapan bidang STEM dalam aktiviti
pengakap. Pemimpin pengakap juga perlu ada kemahiran,proaktif selaras
dengan teknologi terkini. Beliau juga ada menegaskan mengenao anjuran aktiviti
luar perlu dibuat permohonan awal dan diproses dalam tempoh 14 hari di JPN.

3.0 Pendaftaran dan Pembaharuan Pengakap Tahun 2023


Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bau, Tuan Nelyson menyatakan tentang
pendaftaran dan pembaharuan Persatuan Pengakap sekolah perlu diperbaharui
setiap tahun. Untuk borang pendaftaran, boleh rujuk kepada lampiran
berkenaan. Yuran dan bayaran boleh di bank in kepada SARAWAK SCOUT
COUNCIL. Borang pendaftaran boleh menggunakan borang PPM1(A) dan PPM1
( B ). Untuk yuran keahlian adalah seperti berikut :

Pengakap Kanak-Kanak - RM7


Pengakap Kelana -RM10
Penolong Pemimpin - RM10
Pemimpin - RM10

Beliau juga menegaskan tentang perjumpaan Persatuan Pengakap di sekolah


mesti diadakan sekurang-kurangnya 12 kali perjumpaan.
4.0 Kursus Manik Kayu

Tuan Nelyson mengucapkan Tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua
Pemimpin Pengakap yang telah berjaya menamatkan KMK – Peringkat
Pengenalan yang telah diadakan pada 26 November 2022 bertempat di SK St
Patrick, Bau.Untuk KMK seterusnya iaitu peringkat 1 yang akan diadakan selama 3
hari 2 malam, dan untuk peringkat II akan diadakan secara LDP di sekolah masing-
masing. Beliau juga menyatakan bahawa kepada pemimpin yang belum mengikuti
peringkat pengenalan boleh mengikut Kursus itu di kawasan ZON tengah yang
mungkin akan diadakan pada bulan Mei nanti.

5.0 Aktiviti Majlis Pengakap Daerah Bau 2023

Antara aktiviti yang dicadangkan akan diadakan pada tahun ini ialah seperti berikut :

- Kursus Manik Kayu – Peringkat 1A


- Perkhemahan Bersepadu
- Kursus Kepimpinan Ketua Sekawan/ Ketua Patrol
- Aktiviti anjuran Persekutuan Pengakap Daerah

Tarikh dan tempat akan dicadangkan kemudian mengikut zon masing-masing.

Aktiviti JOTA JOTI akan diadakan pada bulan Oktober . Aktiviti ini dijalankan untuk
semua ahli pengakap berkomunikasi seluruh dunia. BOTA – Beach On The
Activation juga akan diadakan pada 27 – 29 Mei 2023 bertempat di Sampadi Beach
, Sampadi.
Tuan Pesuruhjaya menegaskan kepada sesiapa pemimpin yang berminat untuk
menyertai boleh berhubung dengan pusat Latihan pengakap Negeri.

6.0 Skim Lencana Pengakap

Cikgu Tina dari SMK Lake bertanya tentang lencana yang perlu ada pada baju
Uniform Pengakap Kelana. Cikgu Norija , Penolong Pesuruhjaya Daerah Bahagian
Pengakap Kanak-kanak menerangkan tentang uniform dan lencana yang perlu ada
boleh dirujuk di laman WEB Persekutuan Pengakap Malaysia. Beliau juga
menerangkan tentang skim latihan lencana yang perlu dibuat semua sekolah iaitu
untuk sekolah rendah Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak boleh dirujuk kepada
buku Skim Latihan PKK yang berwarna kuning dan boleh didapati di Ibu Pejabat
Pesekutuan Pengakap Sarawak di Batu Lintang. Beliau juga berharap sekurang-
kurangnya 5 orang PKK dari Daerah Bau akan mencapai Anugerah Rambu PKK.
7.0 Kewangan Majlis Pengakap Daerah Bau

Tuan Pesuruhjaya ,Encik Nelyson menyatakan bahawa tentang dana Majlis


Pengakap yang dulu telah diserahkan kepada beliau iaitu berjumlah RM4,284.60
pada 4 Oktober 2022 yang lalu. Dana itu akan diserahkan kepada Bendahari Majlis
Pengakap Daerah Bau. Selain dari dana , juga turut diserahkan Fail Pengakap dan
Bendera Pengakap Daerah Bau.

8.0 Pembukaan Akuan Kelab dan SOP Aktiviti Perkhemahan

Encik Johnny anak Tukak ,wakil dari PPD Bau menerangkan tentang
pembukaan akaun kelab perlu disertakan dengan satu surat yang mengandungi
penama dan syarat-syarat. 3 daripada 2 orang wakil kelab sahaja yang boleh
mengeluarkan duit tunai daripada pihak bank. Untuk aktiviti Perkhemahan, beliau
menyatakan tentang pentingnya ada SOP yang perlu diikuti. Surat kebenaran dari
ibu bapa juga penting jika ada aktiviti diluar kawasan sekolah. Jika berlaku
kemalangan, kita akan diwakili oleh peguam KPM,oleh itu keakuran untuk semua
guru mematuhi perkara yang betul amat diperlukan supaya semua dapat berjalan
dengan selamat. Untuk penggunan Bas pula, menurut beliau , Bas yang digunakan
perlulah berdaftar dan selamat. Jika menggunakan kenderaan sendiri, kenderaan
itu perlu didaftarkan terlebih dahulu.

9.0 Hal Hal Lain

Cik Chung Sik Lian,wakil dai PPD Bau, berharap agar Pengakap Daerah Bau
dapat mengikuti SOP apabila ada mengikut aktiviti yang dijalankan dan berharap
semua sekolah dapat didaftar dan diperbaharui semua dengan lengkap. Semoga
Persekutuan Pengakap Daerah Bau dapat melahirkan generasi pemimpin yang
mahir dalam semua bidang.

10. Penangguhan Mesyuarat

Oleh kerana tidak ada perkara yang hendak dibincangkan lagi, maka mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 4:00 petang.

MINIT DISEDIAKAN OLEH:

………………………………………………………
(CHARLES BAYANG ANAK ALBERT NYAWIN)
Setiausaha,
Majlis Pengakap,
Daerah Bau.

Tarikh : 21 Mac 2023

You might also like