You are on page 1of 8

DIMENSI KOOP

BIL. 72 | 3/2022

Koperasi Sekolah:
Kalau Tidak Dipecahkan
Ruyung, Manakan Dapat
Sagunya

Hafizal Abu Bakar


Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan
hafizal@ikma.edu.my

30
DIMENSI KOOP
BIL. 72 | 3/2022

PENGENALAN

A pa yang terlintas dalam fikiran anda bila disebut


tentang koperasi sekolah? Mungkin anda akan
terbayang sebuah kedai yang mempunyai deretan buku,
alat tulis dan pakaian sekolah. Kalau di sekolah berasrama
pula, akan ada tambahan jualan makanan dan minuman
ringan serta beberapa barangan keperluan asas. Inilah
persepsi umum yang biasa terlintas dalam fikiran apabila
memperkatakan tentang koperasi sekolah. Akan tetapi,
adakah benar koperasi sekolah hanya menjalankan aktiviti
perniagaan ini sahaja?

31
DIMENSI KOOP
BIL. 72 | 3/2022

Koperasi sekolah bermula pada tahun 1965 hasil perintis koperasi sekolah. Selain daripada menjual
cetusan idea Y.M. Prof Diraja Ungku A. Aziz. peralatan persekolahan, koperasi sekolah juga
Penubuhan koperasi sekolah ini merupakan satu berperanan untuk melatih pelajar dalam bidang
fungsi baharu dalam gerakan koperasi di Malaysia keusahawanan berlandaskan kepada prinsip dan
pada ketika itu. Sebanyak sembilan buah koperasi nilai koperasi. Sembilan buah koperasi sekolah yang
sekolah ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai ditubuhkan untuk menjadi perintis ialah:

Jadual 1: Perintis Koperasi Sekolah pada Tahun 1969

Nama Koperasi Sekolah Tarikh Pendaftaran

Koperasi Sekolah Menengah Dr. Burhanudddin, taiping 04.11.1969

Koperasi Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu 24.11.1969

Koperasi Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan 24.11.1969

Koperasi Sekolah Menengah Abu Bakar, Kuantan 24.11.1969

Koperasi Sekolah Menengah Tengku Menteri, Changkat Jering, Taiping 18.12.1969

Koperasi Sekolah Menengah Padang Mindin, Kuala Terengganu 20.12.1969

Koperasi Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu 20.12.1969

Koperasi Kerjasama Jimat Cermat Penuntut-penuntut Sekolah Menengah


20.12.1969
Iskandar Shah, Jasin Melaka

Syarikat Kerjasama Jimat Cermat Murid-murid Sekolah Dato’ Jaafar, Johor


20.12.1969
Bahru

Selain itu, koperasi sekolah juga bertindak sebagai


Setelah lebih 50 tahun platform pembentukan kemenjadian murid yang
penubuhan, koperasi sekolah lebih cemerlang dan berketerampilan selari dengan
hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan secara
seharusnya berani keluar dari
langsung dapat merealisasikan matlamat utama
kepompong untuk terlibat Falsafah Pendidikan Negara (FPN).Sehingga 30
dalam perniagaan baharu Jun 2020, terdapat sebanyak 2,444 buah koperasi
yang lain daripada kebiasaan. sekolah telah didaftarkan oleh Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) dengan keanggotaan
Tidak lagi hanya menjalankan
seramai 1,632,583 orang dan perolehan sebanyak
aktiviti perniagaan tradisi RM 256,402,409. Daripada jumlah tersebut,
seperti menjual alat tulis, koperasi sekolah terbahagi kepada tiga fungsi
buku dan pakaian sekolah. iaitu pengguna (98.9%), pertanian (0.2%), dan
perkhidmatan (0.9%).

32
DIMENSI KOOP
BIL. 72 | 3/2022

MEMECAH TRADISI PERNIAGAAN anggota Kelab Koperasi mendapat idea untuk


KOPERASI SEKOLAH mengatasi masalah tersebut. Berdasarkan
kepada hasil penyelidikan, mereka mendapati
Selaras dengan peredaran masa, terdapat beberapa daun gelenggang boleh digunakan sebagai
koperasi sekolah mula mengorak langkah memecah bahan yang berkesan untuk membantu merawat
tradisi perniagaan dari zaman penubuhannya. kulit yang bermasalah. Oleh itu, anggota Kelab
Terdapat koperasi yang menjalankan perniagaan Koperasi ini telah mencadangkan kepada guru
dengan mengambil peluang daripada faktor kelab untuk menghasilkan pelembap berasaskan
persekitaran dan ada juga yang bermula daripada daun gelenggang. Hasilnya, ia bukan sahaja
permasalahan yang dihadapi oleh anggota koperasi dapat membantu pelajar yang menghadapi
itu sendiri. Sebagai contoh, terdapat empat buah masalah kulit malah turut membantu menjana
koperasi sekolah di dalam Negeri Johor yang telah pendapatan kepada Kelab Koperasi.
mengambil inisiatif untuk lari dari kepompong
perniagaan tradisi koperasi sekolah. Ia adalah: Faktor sumber utama iaitu daun gelenggang
yang mudah didapati di sekitar Batu Pahat
i. Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad memberi kelebihan kepada koperasi di
Sebagai salah sebuah Sekolah Berasrama samping mendapat bantuan dan bimbingan
Penuh, jangkitan penyakit kulit antara penyakit daripada pengusaha produk tempatan. Produk
yang sering dihadapi para pelajar. Hal ini kerana pelembap ini dinamakan sebagai Cassia
mereka banyak berkongsi kemudahan seperti senna bersempena nama saintifik bagi daun
menggunakan dobi dan penyidai pakaian yang gelenggang itu sendiri. Penghasilan produk
sama. Masalah ini juga turut dihadapi oleh Cassia senna ini bukan semata diperbuat
pelajar di MRSM Batu Pahat yang berhadapan berasaskan daun gelenggang sahaja tetapi
dengan penyakit kulit seperti eczema, kurap, turut mempunyai kandungan lain seperti madu
kegatalan dan panau. Masalah ini menyebabkan kelulut dan minyak kelapa dara.

33
DIMENSI KOOP
BIL. 72 | 3/2022

Ternyata gabungan idea dan tenaga ALK serta makanan ringan seperti wafer dan air minuman
anggota koperasi mendatangkan kejayaan ini pada mulanya hanya untuk memberi
sehingga Koperasi MRSM Batu Pahat berjaya pendedahan dan pengalaman kepada pelajar
merangkul Johan Terbaik Negeri dan peringkat untuk mempelajari cara berinteraksi dengan
MRSM dalam Anugerah Kecemerlangan pelanggan. Pada tahun 2013, koperasi
Koperasi Sekolah (AKKS) serta Anugerah Projek mengambil langkah berani dengan menceburi
ke-3 Terbaik peringkat kebangsaan dalam bidang peruncitan dan bermulalah perniagaan
Konvensyen Young Entrepreneur for Success kedai serbaneka KoopMart milik koperasi
(YESS). Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad sekolah.
juga telah berjaya memahatkan nama sebagai
Koperasi Sekolah Terbaik Negeri Johor 2019. Pada tahun 2015, koperasi melebarkan sayap
dengan melancarkan Pelan Pembangunan
ii. Koperasi SMK Senggarang Batu Pahat 5 Tahun Koperasi SMK Senggarang 2015
Berhad – 2020. Berbekalkan visi, misi dan objektif
Daripada sebuah koperasi yang hanya untuk memperoleh jualan sebanyak RM1 juta,
menjalankan aktiviti perniagaan menjual maka terbinalah sebuah bangunan khas milik
barangan asas keperluan pelajar sekolah, koperasi sepenuhnya. Bangunan ini telah secara
Koperasi SMK Senggarang Batu Pahat Berhad rasminya menjalankan operasi bermula April
mengorak langkah dengan membina sebuah 2018 dengan membawa jenama Kedai Harga
kios pada tahun 2012. Kios yang menjual Patut IMCOOP.

34
DIMENSI KOOP
BIL. 72 | 3/2022

Selain daripada itu, pandemik COVID-19


yang melanda negara pada 2020 memberi
idea kepada ALK koperasi untuk menceburi
bidang perniagaan secara digital. Ketakutan Koperasi sekolah juga
dan keterbatasan penduduk setempat untuk bertindak sebagai platform
keluar membeli barangan asas memberi
peluang kepada koperasi untuk menyediakan
pembentukan kemenjadian
perkhidmatan pembelian barangan secara murid yang lebih cemerlang
dalam talian dan menghantar terus kepada dan berketerampilan selari
pengguna menggunakan lori milik koperasi.
dengan hasrat Kementerian
Melihat kepada respons yang baik daripada
penduduk setempat, koperasi terus melangkah Pelajaran Malaysia dan
ke hadapan dengan membangunkan aplikasi secara langsung dapat
platform e-dagang. Aplikasi ini sedang dalam merealisasikan matlamat
proses pembinaan dan akan dilancarkan tidak
lama lagi. Hasil usaha ALK yang komited serta
utama Falsafah Pendidikan
berpandangan jauh akhirnya terbalas apabila Negara (FPN).
Koperasi SMK Senggarang dinobatkan sebagai
koperasi sekolah nombor 2 terbaik dalam
Negeri Johor pada tahun 2019.
membangunkan Mersing Geopark,
iii. Koperasi MRSM Mersing Berhad jajaran Lebuh raya Pantai Timur 4
Mersing merupakan daerah yang mempunyai serta pembinaan Lapangan Terbang
keindahan alam semula jadi dan dikelilingi Pelancongan Mersing.
oleh banyak pulau yang menarik dan
menjadi tumpuan pelancong domestik dan BM2: Bandar Mersing Sebagai Bandar
antarabangsa. Jika dilihat kepada Rancangan Pelancongan dan Perkhidmatan pula
Tempatan Daerah Mersing 2030, terdapat menyasarkan pembangunan pinggiran
2 daripada 5Big Moves (BM) yang berkisar sungai dan laut, pembangunan
tentang pelancongan di Mersing. Big Moves Bandar Baru Mersing dan cadangan
ini merupakan rangka kerja yang holistik dan menaiktarafkan Agrobox Mersing sebagai
terperinci bagi memandu ke arah pembangunan pusat budaya dan makanan tempatan.
daerah yang dinamik, mampan dan mempunyai
daya ekonomi yang tinggi. Ia meliputi: Melihat kepada perkembangan ini, Koperasi
MRSM Mersing Berhad telah mengorak
BM1: Mersing Destinasi Pelancong (2 juta langkah untuk turut sama menjayakan sektor
setahun) mencadangkan projek pelancongan di Mersing dengan merangka
strategik, utama dan sokongan seperti pakej pelancongan. Island hoping merupakan
memperkukuh pulau peranginan, salah satu produk pelancongan yang mendapat

35
DIMENSI KOOP
BIL. 72 | 3/2022

sambutan hangat di Mersing terutamanya koperasi menyasarkan promosi ini kepada


menjelang hujung minggu. Ini terbukti golongan guru, ibu bapa dan pelajar. Koperasi
apabila terdapat banyak pakej island hoping juga mempunyai kelebihan kerana mempunyai
yang diiklankan dalam media sosial seperti jaringan dengan sekolah dan juga MRSM
Facebook dan Instagram. Oleh itu, koperasi seluruh Malaysia.
MRSM Mersing juga tidak mahu ketinggalan
untuk menceburi bidang perniagaan yang iv. Koperasi SMK Pasir Gudang Johor Berhad
sememangnya berpotensi besar ini. Melalui I n t e r S c h o o l C o o p e r a t i v e To u r i s m o f
kerjasama dengan penyedia bot tempatan, ANGKASA (CoopISTAC) merupakan nama
koperasi merangka pakej pelancongan baharu bagi Program Pelancongan Koperasi
dan dalam proses merangka satu konsep Sekolah (PKS). Program ISTAC diasaskan oleh
pelancongan pendidikan bertujuan menarik ANGKASA dengan usaha sama Kementerian
minat pelajar-pelajar sekolah dari Negara Pendidikan Malaysia (KPM) bermatlamat untuk
Singapura untuk datang ke Daerah Mersing. mengembangkan potensi koperasi sekolah
Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan supaya bergerak lebih proaktif. Sehingga
Malaysia tidak membenarkan sebarang aktiviti Disember 2019, terdapat 120 buah koperasi
air yang melibatkan pelajar sekolah. Namun, sekolah yang berdaftar di bawah CoopISTAC.
para pelajar ini bebas mengikuti aktiviti air Bermula pada 2020, CoopISTAC diletakkan di
jika dilakukan secara persendirian. Oleh itu, bawah Bahagian Koperasi Sekolah, ANGKASA.

36
DIMENSI KOOP
BIL. 72 | 3/2022

Melalui pembacaan artikel di dalam majalah


Pelancar terbitan Angkasa, menimbulkan rasa
ingin tahu mengenai program pelancongan Harus diingatkan agar ALK
koperasi sekolah ini kepada Puan Sharifah koperasi supaya merancang
Raudzah binti Syed Junid, seorang guru di dengan teliti dan membuat
SMK Pasir Gudang. Melihat kepada aktiviti
yang dijalankan dalam program ini telah
kajian secukupnya sebelum
membuatkan beliau rasa seronok untuk turut menceburi sesuatu
terlibat sama. Atas inisiatif beliau berhubung bidang perniagaan. Ilmu
dengan pihak ANGKASA, satu lawatan dibuat
pengetahuan juga sangat
ke SMK Batu Kikir Negeri Sembilan untuk
merasai sendiri pengalaman terlibat dalam penting supaya apa
aktiviti pelancongan koperasi sekolah. Bermula yang direncanakan dan
daripada hanya menjadi Hos kepada Tamu dilaksanakan mendatangkan
daripada sekolah dalam Malaysia, Koperasi SMK
Pasir Gudang Johor Berhad terus mengorak
keuntungan kepada koperasi.
langkah dengan menerima Tamu antarabangsa
dari Negara Jepun.
Koperasi Sekolah yang terkini, pengerusi koperasi
hendaklah dilantik dari kalangan pengetua.
Penutup Sekiranya pengetua merangkap pengerusi ini
berjiwa koperasi dan memahami aspirasi koperasi,
Setelah lebih 50 tahun penubuhan, koperasi sekolah ia akan membantu ke arah pembangunan dan
seharusnya berani keluar dari kepompong untuk kemajuan koperasi. Guru-guru koperasi yang
terlibat dalam perniagaan baharu yang lain daripada dilantik juga turut tidak terkecuali memainkan
kebiasaan. Tidak lagi hanya menjalankan aktiviti peranan penting dalam memastikan koperasi
perniagaan tradisi seperti menjual alat tulis, buku sekolah sentiasa bergerak maju.
dan pakaian sekolah. Walau bagaimanapun, harus
diingatkan agar ALK koperasi supaya merancang Daripada contoh koperasi sekolah yang dinyatakan
dengan teliti dan membuat kajian secukupnya di atas, terbukti kejayaan koperasi sekolah bukan
sebelum menceburi sesuatu bidang perniagaan. sahaja terdiri daripada kalangan koperasi sekolah
Ilmu pengetahuan juga sangat penting supaya apa berasrama penuh sahaja. Sekolah harian turut
yang direncanakan dan dilaksanakan mendatangkan mampu bersaing dan membuktikan bahawa
keuntungan kepada koperasi. mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah. Apa yang penting adalah keberanian
Sebagai entiti koperasi berasaskan sekolah, koperasi ini untuk memecah tradisi, bersaing
sokongan padu daripada pengetua sekolah amat dalam dunia perniagaan dan keluar dari zon
diharapkan. Melalui pindaan Undang-undang Kecil selesa.

37

You might also like