You are on page 1of 3

LATIHAN BAB 5 - 5.

3 LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

2. Jelaskan empat perbezaan antara latihan dan pembangunan [6]

Jawapan:
Antara empat perbezaan antara latihan dan pembangunan ialah:
Perkara Latihan Pembangunan
Fokus Pekerjaan semasa Pekerjaan masa hadapan

Skop Individu Kumpulan pekerja

Jangka Masa Jangka pendek Jangka panjang


(semasa) (masa hadapan)

Matlamat @ Tujuan Meningkatkan prestasi kerja Meningkatkan prestasi kerja


semasa sepanjang kerjaya

Contoh Program kemahiran bahasa Program pengurusan krisis

3. Huraikan tiga kepentingan latihan dan pembangunan [6]

Jawapan:
Antara tiga kepentingan latihan dan pembangunan ialah:
i. Meningkatkan produktiviti pekerja:
- Pekerja akan menjadi lebih cekap, output juga akan meningkat dengan penggunaan
sumber secara optimum selepas latihan dan pembangunan.
ii. Meningkatkan kemahiran pekerja:
- Melalui pemberian latihan dan tunjuk ajar yang spesifik seperti kemahiran komputer,
kemahiran menggunakan mesin dan sebagainya.
iii. Mengurangkan kesilapan pekerja:
- Kesilapan pekerja boleh dikurangkan ke tahap minimum. Hal ini dikatakan demikian kerana
sebarang bentuk kesilapan mendatangkan kos kepada organisasi.
5. Berikan maksud latihan di luar tempat kerja dan nyatakan dua kelebihan dan dua
kelemahan. [5]

Jawapan:
Maksud latihan di luar tempat kerja ialah:
- Latihan kepada pekerja yang dijalankan oleh organisasi sendiri atau organisasi luar dan
dijalankan di luar waktu kerja dan di luar tempat kerja atau di lokasi yang lain.

Dua kelebihan dan dua kelemahan bagi latihan di luar tempat kerja ialah:
i. Dua kelebihan:
- Membantu peserta menjana idea baharu yang boleh diaplikasikan di tempat kerja.
- Pekerja tidak berasa tertekan kerana tidak perlu berhadapan dengan suasana kerja
sebenar.
- Pekerja akan lebih berminat menjalani latihan kerana dikendalikan pihak luar.
ii. Dua kelemahan:
- Melibatkan kos yang tinggi kerana melibatkan pihak luar yang memiliki kepakaran.
- Kandungan program mungkin berbeza daripada keperluan organisasi dan tidak sesuai
dilaksanakan.
- Masa perlaksanaan program sukar ditetapkan kerana waktu bekerja peserta yang berbeza.

6. Berikan maksud latihan sambil bekerja dan nyatakan dua kelebihan dan dua
kelemahannya [5]

Jawapan:
Maksud latihan sambil bekerja ialah:
- Latihan yang dijalankan di premis atau organisasi semasa bekerja. Latihan ini
membekalkan pengalaman kerja sebenar kepada pekerja. Hal ini memberi peluang kepada
pekerja untuk mempelajari selok-belok di tempat kerja melalui usaha sendiri.

Dua kelebihan dan dua kelemahan bagi latihan sambil bekerja ialah:
i. Dua kelebihan:
- Mudah dilaksanakan kerana boleh dijalankan semasa waktu bekerja dan dianggap sebagai
sebahagian daripada tugas yang perlu dibuat.
- Latihan teori dan amali boleh dijalankan secara serentak dan ini memudahkan proses
penerimaan latihan.
- Menjimatkan masa latihan.

ii. Dua kelemahan:


- Risiko kesilapan yang yang tinggi kerana melakukan kesalahan semasa bekerja yang
boleh menjejaskan reputasi organisasi.
- Pelatih boleh merasa tertekan apabila melaksanakan sesuatu tugas.
- Kurang berkesan jika jurulatih kurang pengalaman untuk mengajar.

You might also like