You are on page 1of 12

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

PELAN MENGAJAR TEORI


( TEORICAL LESSON PLAN )

KOD DAN NAMA


ME-020-3 HVAC SINGLE PHASE AIR-CONDITIONING
PROGRAM / PROGRAM EQUIPMENT ( INSTALLATION SERVICING
CODE AND NAME TROUBLESHOOTING & REPAIR )

TAHAP / LEVEL TAHAP 3

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / C07 – MANAGEMENT & TRAINING OF SERVICE
COMPETENCY UNIT
PERSONNEL
NUM. AND TITLE

NO DAN PERNYATAAN
1. HANDLE CAREER DEVELOPMENT TRAINING
AKTIVITI KERJA /
PROGRAM FOR SERVICE PROGRAM
WORK ACTIVITIES NO 2. TRAINING AND IMPARTS OF KNOWLEDGE AND
AND STATEMENT SKILL

NO. KOD / CODE NUM. ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka/Page :1 Drpd/of :12


TEMPAT : BILIK TEMPOH :
NO. KOD / Muka :2 Drp :12
KULIAH 30 MINIT ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM

TAJUK/TITLE : MENGURUSKAN PEMBANGUNAN KERJAYA DENGAN PROGRAM


LATIHAN KEPADA JURUTEKNIK

TUJUAN PENGAJARAN/INSTRUCTIONAL AIMS :

Pelatih-pelatih mesti boleh:-

1. Menyatakan jenis-jenis latihan yang disediakan oleh firma


2. Mempunyai kemahiran dalam motivasi

ALAT BANTUAN
NO. KOD /
MENGAJAR / TAJUK / TITLE
CODE NO.
INSTRUCTIONAL AIDS

BAHAN
Kertas Penerangan ME-020-3:2012-C07/P(2/2)
PEMBELAJARAN / KK
LEARNING MATERIALS Kertas Tugasan ME-020-3:2012-C07/T(2/2)

ALAT PANDANG Power Point Slide P


DENGAR /
AUDIO VISUAL AIDS White board WB
NO. KOD / ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka : 3 Drp :12

AKTIVITI PENGAJARAN INST. MASA


( Instructional Activities ) AIDS

PERSEDIAAN/PREPARATION :
Selesakan pelajar:
1. Beri salam dan salam sejahtera.
2. Tulis kursus, tahap dan tarikh.
3. Tanya khabar kesihatan pelajar.
4. Semak senarai kehadiran pelajar.
Tekan aspek:
1. Disiplin
2. Tatatertib
3. Kerjasama

Bawa pelajar kepada tajuk


- Imbas pelajar tentang pelajaran lalu “Rujukan semula pertanyaan pelanggan”

Tulis tajuk di ‘white board’


- “Pengurusan pembangunan kerjaya dengan program latihan kepada WB
juruteknik”

Tulis tujuan pengajaran di ‘white board’ dan nyatakan kepada para


5 MINIT
pelajar.
Pelatih-pelatih mesti boleh: PP
- Menyatakan jenis-jenis latihan yang disediakan oleh firma
- Mempunyai kemahiran dalam motivasi

Terangkan tujuan/kepentingan/faedah dari pelajaran ini.


- Digunapakai dalam bahagian pengurusan latihan dan pembangunan
pekerja.

Siasat pengetahuan pelajar berkenaan tajuk yang akan dipelajari.

Pernahkah anda menghadiri kiursus kerjaya?


Jika ya,dimana?

NO. KOD / ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka : 4 Drp :12


TOPIK PENGAJARAN TOPIK PENGAJARAN INST.
MASA
( Instructional Topic ) ( Instructional Topic ) AIDS

1.1 Latihan Awalan :


PENYAMPAIAN/  Sebarang aktiviti yang diperlukan
PRESENTATION : untuk menyediakan seorang pekerja
baru bagi memulakan tugas ataupun
1. Jenis-jenis latihan kerja pertamanya.

1.2 Latihan Orientasi :


 Latihan untuk memberikan
penerangan mengenai firma kepada
pekerja baru. Selalunya ia adalah
latihan yang sama sahaja untuk
semua pekerja baru.

1.3 Latihan Formal/Rasmi


 Aktiviti yang dijalankan merupakan
sebahagian daripada pelan latihan.

1.4 Latihan Tidak Formal/ Rasmi


 Latihan yang biasanya diberikan
oleh penyelia dan tidak kurang
penting mengenai tugasnya.
WB
1.5 Latihan Dalam Firma 15
 Diberikan keoada pekerja yang
baru/memasuki sesuatu organisasi. MINIT
PP
1.6 Latihan Terancang
 Latihan secara formal dan program
yang dijalankan telah dirancang dan
berkemungkinan Terdapat didalam
pelan latihan

1.7 Latihan Tidak Terancang


 Latihan tidak formal yang mana
dijalankan dengan tidak dirancang
ataupun secara tidak Sengaja.

1.8 Latihan Kenaikan Pangkat


 Apabila seseorang pekerja telah
bersedia untuk dinaikkan pangkat
dimana dia perlukanLatihan
kemahiran atau pengetahuan untuk
menjalankan kerja pertamanya.

1.9 Latihan berterusan


 Latihan untuk mengekalkan tahap
prestasi pekerja disamping
meningkatkan kemahiran pekerja.
NO. KOD / CODE NUM ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka : 5 Drp : 12

TOPIK PENGAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN INST.


( Instructional Topic ) ( Instructional Activities ) MASA
AIDS

2. KEMAHIRAN
MOTIVASI Pengenalan
Motivasi berpunca dari dalam
ataupun dari luar diri seseorang. Dalam
pembelajaran, guru perlu tahu sama ada
pelajarnya cenderung ke arah motivasi
yang timbul dari dalam ataupun dari luar
diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat
bertindak dengan sewajarnya bagi
memberikan rangsangan kepada
pelajarnya supaya berusaha. Motivasi
yang berpunca dari dalam diri iaitu yang
didorong oleh faktor kepuasan dan ingin
tahu disebut ‘motivasi intrinsik’. Motivasi
yang berpunca dari luar iaitu apabila kita
buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran
adalah ‘motivasi ekstrinsik’
WB
a) Motivasi Ekstrinsik
Motivasi ekstrinsik diwujudkan
daripada rangsangan luaran dengan 15 MINIT
tujuan menggerakkan individu supaya
melakukan sesuatu aktiviti yang membawa
faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini PP
dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk
seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan
membentuk suasana dan iklim
persekitaran yang kondusif bagi
mendorongkan pelajar belajar. Contohnya,
pujian yang diberikan oleh guru kepada
seseorang pelajar kerana kerjanya yang
baik akan menyebabkan daya usaha
pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah
suatu motivasi ekstrinsik yang boleh
memberi kesan kepada tingkah laku
seseorang pelajar.
NO. KOD / CODE NUM ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka : 6 Drp : 12

TOPIK PENGAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN INST.


( Instructional Topic ) ( Instructional Activities ) MASA
AIDS

Di dalam kelas, guru perlu tahu jenis


peneguhan yang hendak diberikan dan
sekerap mana ia perlu diberikan. Ada
peneguhan yang dapat diberikan dengan
kerap, contohnya pujian sokongan
ataupun pujukan. Menurut Kazdin(1984),
peneguhan lebih berkesan sekiranya
diberikan dengan kerap pada peringkat
pembelajaran baru. Oleh itu, semasa
pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan
yang baru, mereka sebaik-baiknya
diberikan pujian dan sokongan dengan
kerap. Hukuman ataupun deraan adalah
suatu bentuk peneguhan negatif dan ia
sebaik-baiknya tidak diberikan. Hukuman
lazimnya digunakan oleh guru bagi
menghapuskan kelakuan pelajar yang
tidak baik. Hukuman ini mungkin sebagai
kerja tambahan, kelas tahanan, deraan
fizikal dan pelbagai jenis hukuman lagi.
Guru juga menggunakan sindiran,
kemarahan dan kritikan bagi mengawal
kelakuan pelajar. Hampir semua jenis
hukuman memberikan kesan buruk
kepada pelajar. Oleh itu, peneguhan jenis
ini lebih baik dielakkan. Hukuman boleh
diberikan sekiranya jenis hukuman itu
dibenarkan oleh pihak sekolah, Jabatan
Pendidikan ataupun Kementerian
Pendidikan.
NO. KOD / CODE NUM ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka : 7 Drp : 12

TOPIK PENGAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN INST.


( Instructional Topic ) ( Instructional Activities ) MASA
AIDS

3. KEMAHIRAN
MENGENDALIKAN b)Motivasi intrinsik
Motivasi intrinsik diwujudkan
KARENAH
secara semula jadi daripada rangsangan
PELANGGAN dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan
minat individu bagi melakukan sesuatu
aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta
ganjaran. Sebagaimana yang sudah
dibincangkan, Bruner (1966) mengaitkan
motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin
tahu dan dorongan mencapai kecekapan
bagi murid yang baru masuk sekolah.
Bagaimanapun, bukan semua motivasi
intrinsik diwujudkan secara semula jadi.
Terdapat juga motivasi intrinsik dibentuk
daripada pembelajaran dan pengalaman
yang membawa kepuasan. Contohnya,
tabiat membaca buku cerita dan bermain
alat muzik adalah gerakan motivasi
intrinsik yang dibentuk daripada
pembelajaran dan pengalamannya. Harter
(1981) mengenal pasti lima dimensi
kecenderungan motivasi intrinsik dalam
bidang pembelajaran. Dimensi-dimensi ini
adalah cabaran, insentif bekerja bagi
memuaskan minat dan sifat ingin tahu,
percubaan penguasaan yang bebas,
penilaian yang bebas berkenaan apa yang
hendak dilakukan di dalam kelas dan
kriteria dalaman untuk kejayaan.Pelajar
yang lebih cenderung ke arah motivasi
intrinsik sukakan pekerjaan yang
mencabarkan. Mereka mempunyai insentif
yang lebih untuk bekerja bagi
memanfaatkan kepuasan diri sendiri
daripada mengambil hati guru bagi
mendapat gred yang baik. Mereka lebih
suka mencuba mengatasi masalah dengan
sendiri daripada bergantung pada bantuan
ataupun bimbingan guru. Mereka juga
menerapkan suatu sistem penguasaan
matlamat dan taraf penilaian yang
membolehkan mereka membuat penilaian
bebas berkenaan kejayaan ataupun
kegagalan mereka di dalam kelas tanpa
bergantung pada guru bagi mendapat
maklumat ataupun penilaian
NO. KOD / CODE NUM ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka : 8 Drp : 12

TOPIK PENGAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN INST.


( Instructional Topic ) ( Instructional Activities ) MASA
AIDS

Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik


dapat diterangkan sebagai suatu keadaan
psikologi yang diakibatkan apabila individu
menganggap diri mereka berkebolehan
dan dapat menentukan sesuatu dengan
sendiri. Seseorang itu mengalami motivasi
intrinsik yang tinggi sekiranya dapat
melakukan sesuatu yang digemari seperti
memandu kereta, melawat tempat-tempat
yang disukai, memilih tempat penginapan
dan memilih makanan yang diidamkan.
Sekiranya dia diberikan hadiah seperti
lawatan ke tempat-tempat yang ditentukan
oleh badan penganjur, tempat penginapan
dan jenis makanan juga ditentukan oleh
pihak itu, dia tidak mendapat peluang
hendak menentukan segala-galanya
sendiri. Oleh itu, motivasi intrinsik nya
menjadi terlalu rendah.

Guru yang mahu meningkatkan


motivasi intrinsik pelajar dalam bidang
akademik perlu mewujudkan suasana
akademik yang memberi peluang kepada
pelajar mengawal. Guru juga perlu
menentukan pelajar itu dapat
melakukannya dengan cemerlang dalam
keadaan itu. Walau bagaimanapun, perlu
ditentukan terlebih dahulu yang pelajar itu
mempunyai persepsi yang diri mereka
berkebolehan. Sekiranya mereka tidak
mempunyai persepsi seperti itu, peluang-
peluang yang diberikan bagi mengawal
tidak akan digunakan dengan sempurna.
NO. KOD / CODE NUM ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka : 9 Drp : 12

TOPIK PENGAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN INST.


( Instructional Topic ) ( Instructional Activities ) MASA
AIDS

FUNGSI MOTIVASI
Motivasi mendorong timbulnya kelakuan
dan mempengaruhi serta merubah
kelakuan. Fungsi motivasi tersebut
adalah :
1) Mendorong timbulnya kelakuan
atau suatu perbuatan.
2) Tanpa motivasi tidak akan
timbul sesuatu tindakan atau
perbuatan.
3) Motivasi berfungsi sebagai
pengaruh ertinya mengarahkan
perbuatan untuk mencapai
tujuan yang di inginkan.
4) Motivasi berfungsi sebagai
penggerak . Besar kecilnya
motivasi akan menentukan cepat
atau lambatnya suatu pekerjaan.

4. KEMAHIRAN MOTIVASI DI Motivasi adalah kunci kepada kepuasan


kerja dan kejayaan dalam hidup. Motivasi
TEMPAT KERJA ialah daya dinamik yang mendorongkan
tingkah laku pekerja untuk mencapai
prestasi kerja cemerlang atau matlamat
yang lebih baik. Motivasi merupakan suatu
dinamo kuasa terpendam, apabila
digunakan dengan betul, dapat membina
semangat bertekun dalam individu dan
kumpulan untuk mencapai matlamat-
matlamat unggul walaupun mereka
menempuhi banyak cabaran-cabaran dan
halangan-halangan besar. Walaupun
subjek motivasi ini sangat penting, namun
banyak organisasi tidak memberi latihan
rasmi kemahiran motivasi yang mencukupi
untuk melengkapkan pekerja apabila
melantik mereka ke pangkat penyeliaan
atau ketua kumpulan. Mereka beranggap
bahawa apabila dilantik, penyelia atau
ketua kumpulan secara automatik akan
tahu memotivasikan orang-orang dibawah
jagaan mereka. Anggapan ini bukan
sahaja salah, malah ia menimbulkan
banyak isu-isu di mana ramai pekerja-
pekerja bawahan merasa tiada kepuasan
kerja dan menghampakan
NO. KOD / CODE NUM ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka :10 Drp :12

TOPIK PENGAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN INST.


( Instructional Topic ) ( Instructional Activities ) MASA
AIDS

5. KEMAHIRAN MOTIVASI - Percaya atau tidak, orang yang


BERFIKIR SECARA KREATIF mempunyai kemahiran berfikir secara
kreatif adalah orang yang susah
hidupnya.Kesusahan hidup mendesak
minda orang itu untuk memikirkan cara-
cara kreatif bagaimana keluar dari
kemiskinan. Orang sebegini, apabila
menghadapi masalah, fikirannya lebih
terarah kepada memikir penyelesaian,
bukan pada memikir masalah itu sendiri.
Oleh kerana mindanya terarah kepada
mencari penyelesaian, tanpa dia sedari dia
telah melatih mindanya supaya berfikir
secara kreatif, iaitu mencari penyelesaian
kepada permasalahan yang di hadapi
olehnya. Desakan hidup membuat dia
memiliki kemahiran berfikir secara kreatif,
menjadikan dia memiliki idea-idea tidak di
miliki oleh orang lain, mengeluarkan idea
lebih cepat daripada orang lain serta
membuat analisis dengan cukup
mendalam. Minda yang dibentuk oleh
desakan akan mempunyai kekuatan
tersendiri.

Minda yang tidak di desak dengan tekanan


akan menjadi jumud, iaitu tidak
berkembang, tidak menyerlahkan
kehebatan. Orang yang memiliki minda
sebegini akan tenggelam dalam
kesenangan yang mela laikan.
NO. KOD / ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka :11 Drp :12

INST.
TOPIK PENGAJARAN MASA
( Instructional Topic ) AIDS

PENGGUNAAN/APPLICATION :

1. Edarkan Kertas Penerangan.


2. Arahkan pelajar menyemak helaian setiap mukasurat Kertas
Penerangan
3. Arah pelajar baca Kertas Penerangan
4. Arahkan pelajar melakukan aktiviti dari mula hingga akhir.
5. Uji kefahaman pelajar dengan beberapa soalan berkaitan
tajuk yang telah diajar.

S1 : Kemahiran berfikir secara kreatif adalah?


a. J1 : Kesusahan hidup mendesak minda orang itu KP 5 MINIT
untuk memikirkan cara-cara kreatif bagaimana keluar
dari kemiskinan

S2 : Latihan dalam Firma adalah latihan?


J1 : Yang diberikan keoada pekerja yang
baru/memasuki sesuatu organisasi.

6. Segera bantu/perbetulkan kesilapan pelajar dan akui


jawapan yang diberi dan beri pujian/motivasi.
7. Beri penekanan kepada perkara-perkara penting
NO. KOD / ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka :12 Drp :12

TOPIK PENGAJARAN INST. AIDS MASA


( Instructional Topic )

PENGESAHAN/CONFIRMATION :

1. Edarkan kertas tugasan kepada pelajar.


- pastikan pelajar mendapat kertas soalan dan semak kertas
soalan.
- nyatakan dengan jelas tugas pelajar.
- beri arahan menjawab soalan dengan jelas supaya pelajar
faham.
- penilaian adalah berdasarkan kandungan pelajaran.
2. Nyatakan markah terampil :-
- markah lulus - 75 %
3. Minta pelatih tulis nama, nombor KP dan sebagainya.
4. Arah pelajar hantar tugasan pada tarikh yang ditetapkan KT 5 MINIT
5. Beri ringkasan mengenai apa yang telah diajar dan
faedahnya. Pelajar boleh mengaplikasikan dalam kegunaan
harian.
6. Minta pelajar bersedia untuk topik yang akan datang
”Melatih dan Menyamoaikan Latihan Kemahiran dalam
industri’ dan ucapkan salam perpisahan.
7. Ucapkan salam.

You might also like