You are on page 1of 5

KVK Tutorial Centre (PG0509652-H)

No. 30, Lorong Aman Jaya, Taman Aman Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel: 012-2105199

NOTA RINGKAS
Pengekosan Proses
1. Pengenalan
• Satu sistem pengekosan produk yang mengirakan kos produk berdasarkan
kepada tahap ia telah disiapkan. Unit kos sesuatu produk dikira dengan
memperuntukkan jumlah kos kepada banyak unit yang serupa.
• Digunakan dalam proses pengeluaran berterusan dan mengeluarkan barangan
homogenous (sama jenis).
• Definisi Pengekosan Proses: “satu kaedah pengekosan asas yang boleh
digunakan apabila barang atau perkhidmatan dihasilkan daripada satu jujukan
kendalian atau proses yang berterusan atau berulangan dan kos dikira dengan
cara dipuratakan kepada unit yang dikeluarkan sepanjang sesuatu tempoh” –
CIMA.
• Jenis industri yang menggunakan pengekosan proses adalah pengeluaran
kayu/perabot, makanan, alat mainan, pemprosesan kimia, ubat-ubatan,
penapidan minyak, pemprosesan gula, cip kentang, semin dan lain-lain.
2. Ciri-ciri pengekosan proses
• Proses pengeluaran berterusan dan serupa
• Unit kos sukar dikenal pasti kerana setiap unit kos adalah sebahagian daripada
sesuatu proses.
• Kos produk / barang siap dikira pada proses yang terakhir
• Keluaran sesuatu proses menjadi input kepada proses yang selanjutnya.
• Setiap proses akan menjadi pusat kos dan kos dari setiap proses diperuntukkan
kepada unit keluaran.
3. Persamaan di antara pengekosan proses dan pengekosan kerja
• Kedua-duanya adalah kaedah untuk mengirakan kos unit keluaran
• Menggunakan akaun perkilangan asas yang sama, iaitu, inventori bahan
mentah, kawalan buruh langsung. Kawalan overhed, kerja dalam proses dan
barang siap.
• Aliran kos, pada asasnya, adalah sama, iaitu, BM/BL/OH ➔ KDP ➔ Brg Siap
4. Perbezaan di antara pengekosan proses dan pengekosan kerja
Aspek Pengekosan Proses Pengekosan Kerja
Perbezaan
Jenis produk Homogenous Heterogenous (mengikut
spesifikasi pelanggan)
Pengumpulan Dikumpul mengikut Dikumpul mengikut setiap kerja
kos proses/jabatan bagi satu
tempoh
Pengiraan kos Dikira setiap proses dan Dikira apabila kerja telah
dipindahkan ke proses disiapkan
selanjutnya. Kos produk dikira
pada proses terakhir
Pusat kos Setiap proses Setiap kerja
Dokumen kos Laporan pengeluaran proses Lembaran kos kerja
pengeluaran

KVK Tutorial Centre 1


KVK Tutorial Centre (PG0509652-H)
No. 30, Lorong Aman Jaya, Taman Aman Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel: 012-2105199

Pindahan Dipindah ke proses lain Tiada pindahan. Kerja disiapkan


Keseragaman Proses pengeluaran dan Proses penyiapan kerja / produk
produk yang seragam yang tidak seragam
Tahap Memerlukan tingkat kawalan Memerlukan tingkat kawalan
keupayaan yang rendah yang tinggi
mengawal
5. Konsep unit setara
• Unit setara juga dikenali sebagai unit persamaan.
• Konsep unit setara adalah kaedah yang digunakan bagi menukarkan unit separa siap
(seperti kerja dalam proses) kepada unit yang sama dengan unit siap sepenuhnya.
• Unit setara dikirakan secara berasingan bagi setiap input, iaitu bahan mentah, buruh
langsung, overhed (lazimnya, buruh langsung dan overhed digabungkan sebagai
kos penukaran) dan kos pindah masuk (jika ada proses 2).

6. Tatacara pengiraan kos seunit keluaran apabila adanya kerja dalam proses
• Dua kaedah boleh digunakan bagi pengiraan kos keluaran seunit. Kaedah-kaedah
ini adalah:
i. Kaedah purata wajaran. Mengandaikan bahawa kos kerja dalam proses
awal ditambahkan kepada kos semasa dan dibahagikan dengan jumlah
unit setara.
ii. Kaedah masuk dahulu keluar dahulu (MDKD) – tiada dalam sukatan
STPM. Mengandaikan bahawa kos seunit setara dikirakan berdasarkan
kepada kos semasa sahaja.
• Dua pendekatan boleh digunakan bagi mengirakan kos unit siap dan kos kerja
dalam proses:
i. Pendekatan tanpa penjadualan formal
ii. Pendekatan penjadualan (Jadual unit setara dan Jadual kos keluaran)
• Pendekatan tanpa penjadualan menggunakan langkah-langkah berikut:
▪ Langkah 1: Kirakan jumlah kos bagi setiap komponen kos dan secara
jumlah. Ini terdiri daripada kos kerja dalam proses awal dan kos tempoh
semasa.
▪ Langkah 2: Kirakan jumlah unit setara keluaran bagi setiap komponen
kos, iaitu unit siap yang 100% siap dan kerja dalam proses akhir
mengikut peratusan siap yang diberikan.
▪ Langkah 3: Kirakan kos seunit setara, iaitu langkah 1 dibahagi dengan
langkah 2.
▪ Langkah 4: Kirakan kos unit siap dan kos kerja dalam proses akhir
dengan jawapan yang diperolehi daripada langkah 3
• Pendekatan penjadualan memerlukan penyediaan dua jadual, iaitu:
▪ Jadual aliran unit fizikal dan setara pengeluaran. Unit fizikal merujuk
kepada unit yang diproses tanpa mengambilkira peratusan siapnya. Unit
setara adalah menukarkan unit separa siap kepada unit fizikal.
▪ Jadual kos pengeluaran. Jadual ini menunjukkan jumlah kos input, kos
seunit setara dan kos unit siap serta kos kerja dalam proses akhir

KVK Tutorial Centre 2


KVK Tutorial Centre (PG0509652-H)
No. 30, Lorong Aman Jaya, Taman Aman Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel: 012-2105199

• Contoh penyediaan laporan kos pengeluaran mengikut kaedah purata wajaran

Syarikat KKB mengeluarkan kerusi kayu nyatok bagi kegunaan di sekolah-sekolah tempatan.
Kayu yang tersedia mesin dibeli dan melalui proses pemasangan dan varnis. Maklumat unit
dan kos di Jabatan Pemasangan bagi bulan Januari 2014 adalah seperti berikut:
Proses 1: Pemasangan
KDP awal 200 unit
Unit dimulakan dalam bulan Januari 1,000 unit
Kos KDP awal
Bahan mentah (100% siap) RM2,400
Kos penukaran (60% siap) RM3,800
Kos yang ditambah dalam bulan Januari
Bahan mentah RM14,800
Kos penukaran RM26,200

KDP akhir 400 unit


Bahan mentah 100% siap
Kos penukaran 30% siap

Dikehendaki:
(a) Kirakan kos purata seunit setara bagi Proses pemasangan dengan menggunakan kaedah
purata wajaran.
(b) Kirakan kos unit yang dipindahkan ke Jabatan Varnis dan kos KDP akhir di Jabatan
Pemasangan

Jawapan – Pendekatan tanpa menyediakan jadual

Langkah 1: Kirakan jumlah kos bagi bulan Januari


Kos BM = kos KDP awal (BM) + Kos ditambah (BM)
= 2,400 + 14,800 = RM17,200
Kos KP = kos KDP awal (KP) + Kos ditambah (KP)
= 3,800 + 26,200 = RM30,000

Langkah 2: Kirakan jumlah unit setara


Unit setara (BM) = Unit siap (BM) + % KDP akhir (BM)
= (1,200 – 400) + (100% x 400)
= 800 + 400 = 1,200 unit setara
Unit setara (KP) = Unit siap (KP) + % KDP akhir (KP)
= (1,200 – 400) + (30% x 400)
= 800 + 120 = 920 unit setara
Langkah 3: Kirakan kos purata seunit setara
Jumlah kos (BM)
Kos purata seunit setara (BM) = ---------------------------------------
Jumlah unit setara (BM)
= 17200 / 1200 = RM14.33

Jumlah kos (KP)


Kos purata seunit setara (KP) = ----------------------------------------
Jumlah unit setara (KP)
= 30000 / 920 = RM32.61

Kos purata seunit setara ialah 14.33 + 32.61 = 46.94

KVK Tutorial Centre 3


KVK Tutorial Centre (PG0509652-H)
No. 30, Lorong Aman Jaya, Taman Aman Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel: 012-2105199

Langkah 4: Mengirakan kos unit yang dipindah dan kos KDP akhir
Kos unit siap dipindahkan:
= Jumlah unit siap dipindah x kos purata seunit setara
= 800 x RM46.94 = RM37,552

Kos unit KDP akhir:


Kos BM = Unit setara KDP akhir (BM) x kos purata seunit setara (BM)
= 400 x 14.33 = RM5,732
Kos KP = Unit setara KDP akhir (KP) x kos purata seunit setara (KP)
= 120 x RM32.61 = RM3913.20
Jumlah kos KDP akhir = 5,732 + 3,913.20 = RM9,645.20

Jawapan – Pendekatan menyediakan jadual aliran unit dan kos pengeluaran

Langkah 1: Sediakan Jadual aliran unit fizikal dan unit setara pengeluaran
Jadual aliran unit fizikal dan setara pengeluaran
Aliran unit pengeluaran Unit Unit setara
fizikal Bahan mentah Kos penukaran
KDP awal 200
Unit dimulakan 1000
Unit perlu diperakaunkan 1200

Unit siap 800 800 800


KDP akhir: 400
Bahan mentah 400 120
Kos penukaran
Unit telah diperakaunkan 1200
Unit setara 1200 920

Langkah 2: Sediakan Jadual kos Pengeluaran bagi Jabatan Pemasangan


Jadual Kos Pengeluaran bagi Jabatan Pemasangan
Aliran kos pengeluaran Kos Kos unit setara
Pengeluaran Bahan mentah Kos penukaran
KDP awal 6,200 2,400 3,800
Unit dimulakan 41,000 14,800 26,200
Kos perlu diperakaunkan 47,200 17,200 30,000
(÷) Jumlah unit setara 1,200 920
Kos seunit setara 46.94 14.33 32.61

Unit siap 37,552 11,464 26,088


KDP akhir: 9,645.2
Bahan mentah 5,732 3913.2
Kos penukaran
Kos telah diperakaunkan 47,197.2 17,196 30,001.2

KVK Tutorial Centre 4


KVK Tutorial Centre (PG0509652-H)
No. 30, Lorong Aman Jaya, Taman Aman Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel: 012-2105199

7. Kelebihan pengekosan proses


• Sesuai untuk industri yang mengeluarkan unit produk yang tidak dapat dikenalpasti
secara berasingan
• Membantu dalam penyemakan kos kerana kos setiap proses dikirakan pada akhir
tempoh
• Pengiraan kos purata seunit adalah mudah kerana keseragaman proses dan produk
• Kerja dan belanja perkeranian yang kurang
• Kos operasi sistem ini adalah lebih rendah berbanding dengan sistem pengekosan
kerja.
8. Limitasi pengekosan proses
• Kos dilaporkan setelah ia telah berlaku. Maka tidak sesuai untuk tujuan kawalan.
• Pengiraan kos purata seunit tidak tepat, terutamanya apabila banyak jenis produk
dikeluarkan daripada fasiliti yang sama.
• Ketidakpastian kos seunit mempengaruhi ketepatan penilaian inventori dan
penetapan harga.
• Kos ketidakefisienan sesuatu proses akan dipindahkan ke proses yang berikutnya.

KVK Tutorial Centre 5

You might also like