You are on page 1of 1

Contoh Surat Rasmi

Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Labok,
18500 Machang,
Kelantan Darul Naim.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Labok,
18500 Machang,
Kelantan Darul Naim. 21 MAC 2023
Tuan,

Meminta Kebenaran Mengadakan


Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku

Dengan hormatnya dimaklumkan


bahawa Persatuan Bahasa Melayu
bercadang mengadakan lawatan
sambil belajar ke pameran buku.

2. Lawatan ini bertujuan untuk


memberi peluang kepada ahli
persatuan membeli buku-buku
sebagai rujukan dan latihan bagi
meningkatkan prestasi dalam
pelajaran.

3. Butiran lawatan adalah seperti


berikut:
Tarikh : 31 Ogos 2023
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00
petang
Tempat : Dewan Majlis Daerah
Kota Bharu
4. Saya berharap agar
permohonan ini dapat
pertimbangan daripada pihak tuan.
Kerjasama daripada pihak tuan
amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Aisyah
(SITI AISYAH BINTI JOHARI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Labok.

You might also like