You are on page 1of 2

Presentation falsafah

Teori tentang monad

Gottfried Leibniz merupakan ahli falsafah yang telah dilahirkan dua tahun sebelum
berakhirnya Perang Tiga Puluh Tahun ( Thirty Years’ War) di Leipzig, Jerman. Bapa
Gottfried merupakan seorang professor falsafah moral. Kemudian, Gottfried Leibniz juga
merupakan seorang ahli matematik. Beliau juga telah mencipta kalkulus yang sangat kecil,
tanpa mengetahui karya Newton yang dikatakan mempunyai persamaan. Terdapat beberapa
pemikiran yang diketengahkan oleh Gottfried Leibniz seperti:

Menurut Gottfried Leibniz monad (satu unit) adalah nama bagi pelbagai substansi.
Jika dilihat dalam sudut pandang matematik akan dilihat sebagai titik manakala dalam fizik
dikenali sebagai atom. Dari sudut metafizik pula dikenali sebagai monad.

Kewujudan tuhan

Matlamat dalam pemikiran Leibniz adalah untuk membuktikan kewujudan tuhan. Leibniz
juga berpandangan bahawa tuhan benar-benar wujud dalam kehidupan seharian manusia.
Leibniz menyatakan bahawa manusia mempunyai konsep kesempurnaan yang jelas
memaparkan kewujudan tuhan.

Kemudian, hujahan Leibniz juga berpandangan bahawa kekurangan alam semesta serta
kewujudannya membuktikan bahawa ada sesuatu di luarnya. Dalam pada itu, Leibniz juga
menyatakan bahawa kita sentiasa menginginkan kebenaran yang kekal namun kebenaran
seperti itu tidak dapat dicapai oleh manusia. Situasi ini juga telah menunjukkan bahawa tuhan
adalah fikiran yang kekal.

Kejahatan dan juga kebebasan

Leibniz berpegang teguh kepada dua konsep asas iaitu tuhan yang pertama, tuhan adalah
sempurna dan perbuatan tuhan sentiasa baik. Kemudian, yang kedua adalah berkaitan fakta
yang menyatakan bahawa kejahatan wujud di dunia. Leibniz juga berpendirian bahawa “
setiap yang datang dari tuhan adalah menurut kebaikan, keadilan serta kekudusan. Konsep
kedua juga menyatakan bahawa kesusahan , kemusnahan dan dosa adalah sesuatu yang
buruk. Dalam pada itu, dikatakan juga semua ini tidak seharusnya wujud kerana kebaikan
tuhan meliputi segala-galanya.
Kosmologi

Bukti kosmologi adalah bermula apabila Leibniz menghuraikan hujahnya dengan pemerhatian untuk
melihat alam semesta.

Kemudian, pemerhatian ini membawa kepada persoalan: mengapakah segala-galanya wujud? Oleh
itu, Leibniz telah menyatakan pandangan bahawa segala sesuatu yang wujud perlu mempunyai
penjelasan tentang kewujudannya, keperluan sifatnya, atau sebab yang kekal dan tuhan adalah
penjelasan kepada semua ini. Leibniz juga menyatakan bahawa alam semesta ini wujud kerana
tuhan adalah punca kepada segalanya. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa tuhan adalah asas
alam semesta. Selain itu, Leibniz menyatakan bahawa alam semesta adalah sesuatu yang sempurna.
Setiap kesempurnaan yang wujud pasti mempunyai sebabnya. Leibniz juga menyatakan bahawa
tuhan memiliki segala-galanya yang sempurna kerana tiada yang sempurna daripada zat sempurna
itu sendiri. Oleh itu, kewujudan tuhan ditegaskan melalui pembuktian kesempurnaan kosmologi dan
sebabnya

Ontology

Prinsip kepada asas hujah ini adalah realiti mesti menjadi asas kepada sesuatu yang
wujud supaya dapat membuktikan realiti adalah realiti. Dalam pada itu dengan kata
lain, tanpa tuhan sebagai wujud yang diperlukan, maka tidak akan ada yang nyata. Oleh itu
ini menunjukkan bahawa realiti yang mengandungi semua kemungkinan perlu mempunyai
asas semua konsep. Tanpa asas ini tiada yang nyata dalam kemungkinan serta tiada perkara
yang mungkin. Walau bagaimanapun, jika ada yang pasti boleh wujud, maka akan wujud
juga. Kemudian, Leibniz menyatakan bahawa kesempurnaan adalah sepadan dengan
kemungkinan. Beliau juga menyatakan keserasian adalah intipati itu sendiri. Oleh itu, sesuatu
itu mungkin wujud atau wujud keserasian kesempurnaannya.

You might also like