You are on page 1of 2

1. Apa itu minit mesyuarat?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, minit ialah catatan perbincangan yang telah
dipersetujui sama ada dalam perundingan, mesyuarat dan lain-lain. Kemudian, minit
mesyuarat ialah catatan perkara-perkara yang dibincangkan dan diputuskan di dalam
sesuatu mesyuarat.

2. Huraikan jenis-jenis mesyuarat?


a) Mesyuarat Jawatankuasa
• Biasanya melibatkan mesyuarat persatuan atau organisasi yang dipilih
melalui mesyuarat agung.
• Kekerapan mengadakan mesyuarat ditentukan oleh Perlembagaan
persatuan.
• Turut melibatkan jawatankuasa yang ditubuhkan untuk keperluan seperti
jawatankuasa penganjur seminar, jawatankuasa program dan lain-lain.
b) Mesyuarat Agung Tahunan
• Biasanya diadakan sekali setahun.
• Membentangkan laporan aktiviti,laporan kewangan, perancangan aktiviti
akan datang, memilih jawatankuasa yang baharu dan meluluskan usul-usul
yang dikemukakan.
c) Mesyuarat Agung Luar Biasa
• Diadakan atas desakan ahli-ahli yang mahu membuat pertukaran ahli
jawatankuasa, mengubah perlembagaan dan menyelesaikan masalah
kewangan.
• Selain itu,diadakan apabila ahli hilang kepercayaan kepada seluruh ahli
jawatankuasa atau ada sesuatu isu yang mendesak.
d) Mesyuarat Khas
• Diadakan untuk membincangkan semula atau mengubah keputusan yang
telah dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa sebelumnya. Contohnya,
mempercepatkan tarikh program yang telah diputuskan.
• Selain itu, diadakan apabila mesyuarat jawatankuasa yang hendak diadakan
tidak dapat diadakan kerana tidak cukup kuorum sedangkan mesyuarat perlu
diadakan untuk membincangkan sesuatu yang mustahak dan memerlukan
keputusan segera.
e) Mesyuarat Tergempar
• Diadakan bertujuan membincangkan sesuatu isu yang memerlukan kata
putus segera oleh ahli jawatankuasa.
• Contohnya, menggantung keahlian ahli yang didapati melanggar disiplin
persatuan.

You might also like