You are on page 1of 2

Maksud rangkap 1

Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah


digambarkan oleh penutur yang berbicara dan bertutur
dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.
Maksud rangkap 2
Penyajak menyatakan bahasa yang maju sentiasa
mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik
walaupun berlaku perubahan zaman.

Maksud rangkap 3
Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematik
sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan.
Maksud rangkap 4
Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi
pengikat hubungan sesama insan.
Maksud rangkap 5
Bahasa juga digunakan berkomunikasi

Maksud rangkap 6
Bahasa didapati begitu indah melalui ungkapan-ungkapan dan
susunan kata serta bahasa yang puitis.
TEMA

Tema yang ingin disampaikan oleh Abdul Hadi Yusof dalam


sajaknya "Kunci Bahasa" ialah kepentingan bahasa kepada
setiap masyarakat di dunia amnya dan Malaysia khasnya.
Bahasa memiliki pelbagai kepentingan dalam kehidupan
masyarakat misalnya bahasa itu digunakan dalam komunikasi
sesama manusia. Tanpa bahasa kehidupan masyarakat akan
terbatas.

PERSOALAN

Persoalan Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi


ini, antaranya:

i. Persoalan penggunaan bahasa yang bersusila.

Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa yang digunakan


secara bersusila menggambarkan keperibadian penuturnya
serta mengelakkan jati orang lain tergores.

ii. Persoalan silaturahim yang terjalin melalui bahasa.


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa hubungan sesama
manusia terjalin melalui bahasa yang difahami oleh kedua-dua
pihak. iii. Persoalan perkembangan bahasa.
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa seharusnya
menerima perkataan -perkataan baharu untuk membolehkan
bahasa itu berkembang.

You might also like