You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ministry of Education Malaysia Telefon : 07-231 0000


Pengarah : 07-231 0198
Jabatan Pendidikan Negeri Johor Timbalan : 07-231 0191
Faks : 07-234 7132
Johor State Education Department Portal : www.jpnjohor.moe.gov.my
Jalan Tun Abdul Razak E-mel : jpn.johor@moe.gov.my
80604, Johor Bahru
Johor Darul Ta’zim
_________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : JPNJ.200-5/2/1 ( 64 )


Tarikh : 26 Oktober 2023

NAMA SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


JAWATANKUASA PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) SEKOLAH KEPADA
GURU-GURU DAN KOMUNITI SETEMPAT DI NEGERI JOHOR

Dengan segala hormatnya surat Jabatan Kebajikan Masyarakat bernombor rujukan


JKMN.Joh/PK700/01/1 JId.9 (44) dan bertarikh 25 Oktober 2023 adalah dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)


Negeri Johor akan mengadakan taklimat di atas dengan tujuan sebagai persediaan
dalam menghadapi bencana Monsun Timur Laut yang akan datang dengan
mendedahkan jawatankuasa pengurusan bencana kepada peranan dan tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan apabila berlakunya bencana kelak. Untuk makluman, sesi
taklimat ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh/Masa Tempat Daerah


30 Oktober 2023 Dewan Utama, i. Johor Bahru
(Isnin) Majlis Bandaraya Iskandar ii. Pasir Gudang
1.30 hingga Puteri (MBIP), Iskandar Puteri, iii. Pontian
5.00 petang Johor iv. Batu Pahat
30 Oktober 2023 i. Kluang
Dewan Hasil,
(Isnin) ii. Muar
Lembaga Hasil Dalam Negeri
1.30 hingga iii. Tangkak
Cawangan Kluang, Johor
5.00 petang iv. Segamat
5 November 2023
i. Kota Tinggi
(Ahad) Kolej Profesional Mara Bandar
ii. Kulai
1.30 hingga Penawar, Johor
iii. Mersing
5.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, tuan seperti senarai nama pada Lampiran A (Nama
dipilih oleh PPD) dikehendaki hadir ke program tersebut berdasarkan ketetapan jadual
di atas. Bersama-sama surat ini turut disertakan surat daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan aturcara taklimat.

...2/

You might also like