You are on page 1of 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (KEP.)

EES2133 PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK

TAJUK :
MASALAH PEMBELAJARAN DALAM MATEMATIK

Semester November 2023 (3/23/24)

Disediakan Oleh :
SUNSHINE (K44)

Disediakan Untuk :
Ms Irma Syuryani Binti Jaswir

Tarikh Penghantaran :
28 Desember 2023

1
Ahli Kumpulan :
Group member 1

Name : Nurzafirah Qasdina Binti Fahrol Razi


Matric ID : 4233007261
Home address : F-12-7 Pangsapuri Idaman Abadi, Persiaran
Tropicana Heights, 43500, Kajang, Selangor.
H/P No : 011-1868 1308

Group member 2

Name : Siti Nursyafiqah Aina Binti Mohd Tajuddin


Matric ID : 4233007271
Home address : No 2, Jalan Dendang 47, Taman Telok,
Teluk Panglima Garang, 42500, Selangor.
H/P No : 018-2030 467

2
Muka hadapan (cover assignment)
Isi kandungan
Tajuk Muka surat
1.0 Pengenalan topik 4
Perbincangan tajuk
1.1 Definisi masalah pembelajaran 5
1.2 Definisi matematik 6

2.0 Punca / sebab masalah 7


3 punca masalah pembelajaran dalam matematik

3.0 Elemen yang digunakan 9


Elemen yang digunakan dalam menyelesaikan masalah
pembelajaran matematik

4.0 Six Thinking Hats


4.1 Topi Putih 11
4.2 Topi Merah 12
4.3 Topi Hitam 12
4.4 Topi Kuning 12
4.5 Topi Hijau 13
4.6 Topi Biru 15

5.0 Rumusan / cadangan 16

6.0 Peta minda 16

7.0 Rujukan 17

Lampiran 18

3
1.0 Pengenalan topik

Pembelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran asas dan utama yang sering menjadi
cabaran bagi pelajar. Pembelajaran Matematik memerlukan asas pemahaman yang kukuh terhadap
konsep asas Matematik dan keupayaan untuk menyesuaikan aplikasi dengan situasi semasa. Peranan
guru adalah sangat penting untuk membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran
pembelajaran semasa. Terdapat beberapa kajian yang mengkaji masalah pembelajaran Matematik
sekolah rendah. Kajian oleh Kassim dan Zakaria (2015) memberikan tumpuan terhadap kepentingan
integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Kajian ini memberikan
tumpuan terhadap kepentingan integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran
Matematik. Kajian oleh Yoong dan Nasri (2021) memberikan tumpuan kepada masalah pembelajaran
matematik berayat dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Dalam kajian beliau mendapati salah satu
punca kelemahan pelajar adalah untuk memahami dan menukar masalah matematik dalam bentuk ayat
kepada nombor. Kajian oleh Seliaman dan Dollah (2018) dalam kalangan pelajar sekolah rendah yang
menggunakan pendekatan kontekstual. Dalam kajian ini tumpuan diberikan terhadap pendekatan
kontekstual dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran Matematik.

Menurut Ismail dan Hamzu (2020) ketidakupayaan guru untuk mengintegrasikan pembelajaran
Matematik dengan kemahiran berfikir aras tinggi merupakan salah satu masalah dalam pembelajaran
Matematik. Selain itu, peranan ibu bapa yang kurang pendidikan juga menyebabkan pelajar tidak
berupaya menguasai pembelajaran Matematik. Kajian menunjukkan sikap ibu bapa memainkan
peranan penting dalam kompetensi sosial dikalangan kanak-kanak (Zarinah & Rozumah, 2011). Kajian
juga menunjukkan peranan guru amat penting dalam menentukan pencapaian murid dalam penguasaan
sesuatu mata pelajaran (Alavi et al., 2012).

Selain itu, tanggapan terhadap sesuatu subjek memainkan peranan dalam membina rasa minat
anak-anak (Zarinah & Rozumah, 2011). Berdasarkan kepada kajian lepas dalam aspek masalah
pembelajaran Matematik sekolah rendah ini, terdapat pelbagai domain masalah yang dihadapi. Masih
kurang kajian yang meneroka masalah pelajar sekolah rendah luar bandar dalam pembelajaran
Matematik. Untuk itu kajian perlu dilaksanakan bagi meneliti apakah masalah utama yang sering
dihadapi oleh pelajar sekolah rendah luar bandar dalam mempelajari mata pelajaran Matematik.
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meneroka masalah pelajar sekolah rendah luar bandar
dalam menguasai mata pelajaran Matematik berdasarkan skrip jawapan pelajar dan pandangan guru
pakar.

4
Dapatan kajian ini penting untuk membolehkan pihak sekolah dan guru yang terlibat dalam pengajaran
membangunkan kaedah pengajaran yang lebih sesuai dan rencam bagi memenuhi keperluan
pembelajaran pelajar yang pelbagai. Dapatan kajian ini juga penting untuk membolehkan pihak ibu
bapa dan pentadbir sekolah bekerjasama dan merancang pendekatan yang sesuai untuk membantu
pelajar sekolah rendah luar bandar menguasai mata pelajaran matematik.

1.1 Definisi masalah pembelajaran


Masalah Pembelajaran adalah apabila seseorang mengalami masalah atau kesukaran
untuk pelajari sesuatu. Seringkali berlaku akibat kekurangan keupayaan kognitif atau
intelek pada seseorang individu itu.
Ia juga boleh berlaku hasil daripada kekurangan upaya contohnya masalah kurang
penglihatan, kurang pendengaran atau masalah fizikal. Namun, dalam kes-kes sebegini,
sekiranya kekurangan upaya ini dapat di atasi, dengan penggunaan cermin mata contohnya,
atau diberikan alat pendengaran seawall mungkin, serta diberi ransangan serta stimulasi
awal, masalah pembelajaran di kalangan individu ini dapat dikurangkan.

Masalah Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai


masalah kognitif ( kerencatan akal ) yang dianggap boleh diajar ( Educable ) dan boleh
mendapat pendidikan formal (Encik Abdul Rahman Bin Talib, 2007 ). Mereka ditempatkan
di dalam Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang diintegrasikan dengan
sekolah-sekolah biasa.

Menurut Individual With Disabilities Education Act ( IDEA, 1997 ), Masalah


Pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas
psikologi yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa samada pertuturan atau
penulisan dimana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir
dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah
pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan dan motor, kerencatan akal,
gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

Menurut The Joint Committee On Learning Disabilities ( NJCLD, 1990) pula,


Masalah Pembelajaran membawa maksud satu kumpulan yang pelbagai yang
mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat

5
keputusan atau menyelesaikan masalah Matematik. Masalah ini berpunca daripada
ketidakfungsian system saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah
mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi social mungkin wujud bersama-sama
masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya
masalah pembelajaran. Masalah Pembelajaran mungkin wujud seiring dengan
ketidakupayaan lain seperti masalah emosi, kerencatan mental atau gangguan emosi.

1.2 Definisi matematik


Matematik atau istilah awal yang digunakan di Malaysia adalah ilmu hisab.
Matematik adalah satu cabang ilmu yang secara amnya mengkaji kuantiti, struktur, ruang
dan perubahan atau dengan bahasa mudah ia adalah satu kajian mengenai nombor dan
gambar rajah. Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang menyeronokkan.
Setiap tajuk memerlukan murid berfikir secara kritis untuk mencari jalan penyelesaian.
guru perlu memupuk minat pelajar suka akan mata pelajaran matematik.

Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak


struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan
gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur
abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan
mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang
sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti,
struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya;
Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu".
Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada
membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek
fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk
merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan
ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.

6
2.0 Punca / sebab masalah
Berdasarkan kepada kajian lepas, terdapat pelbagai punca yang menjadi penghalang
penguasaan pelajar dalam pembelajaran Matematik. Salah satu punca utama adalah penguasaan
konsep asas Matematik. Pengetahuan asas Matematik dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta,
konsep, algoritma, hubungan konsep dan proses menyelesaikan masalah. Jika tidak, pelajar akan
mengalami kesukaran untuk mahir dalam mata pelajaran tersebut (Subahan, 1999). Untuk
menguasai mata pelajaran Matematik di peringkat yang lebih tinggi pelajar perlu mempunyai
pengetahuan peringkat sebelumnya. Menurut Subahan (1999) lagi, kelemahan kefahaman konsep
asas semasa melalui pembelajaran Matematik dalam kelas merupakan faktor utama yang
menentukan keupayaan pelajar dalam penguasaan pembelajaran Matematik. Kajian yang dibuat
oleh Lim (2000) mendapati pelajar sukar mempelajari Matematik yang dikaitkan dengan perkataan
berbanding Matematik yang melibatkan angka dan simbol. Kesulitan ini mungkin merupakan
sebab mengapa mereka kurang berjaya dalam Matematik. Menurut Zainuddin dan Rashidi (2010),
kerana kurang berkebolehan membuat koordinasi mental menggunakan nombor dan konsep.

Selain itu, kesukaran mengingat sering dihadapi pelajar yang berpencapaian rendah dalam
Matematik. Kesukaran menghafal ini menghalang pelajar daripada menyimpan fakta Matematik
dalam jangka masa yang lama. Ini melibatkan ketidakupayaan pelajar mengurus dan mengingati
maklumat. Di samping itu, pelajar juga menghadapi masalah menulis dan menyusun ayat
Matematik. Terdapat juga antara mereka yang menunjukkan kesukaran dalam penggunaan strategi
minda dan memberikan gambaran dalam pembelajaran Matematik (Miller & Mercer, 1997).
Pelajar-pelajar juga menghadapi masalah dalam memilih strategi yang betul dalam menyelesaikan
masalah Matematik. Masalah pembelajaran juga melibatkan pelajar yang tidak berupaya
menterjemahkan soalan yang berbentuk ayat kepada persamaan Matematik yang betul untuk
membuat pengiraan yang selanjutnya sering dihadapi oleh segolongan pelajar yang lemah.
Seseorang pelajar seolah-olah menghadapi sesuatu situasi pembelajaran bahasa asing dalam
mempelajari simbol-simbol, tata tanda dan istilah-istilah Matematik, (Radatz, 1979).

Proses utama pembelajaran Matematik peringkat rendah adalah dengan penekanan terhadap
proses asas mengira meliputi tambah, tolak, darab, bahagi serta penyelesaian masalah harian.
Walau bagaimanapun, proses pembelajaran ini sentiasa melalui perubahan untuk menyesuaikan
dengan kehendak semasa dan mengadaptasi dengan keperluan kurikulum dan keadaan
pembelajaran (Yahya, 2004). Apabila pelajar tidak menguasai konsep asas ini dengan baik, maka
adalah sukar untuk mereka mengikuti pembelajaran Matematik memandangkan penyelesaian

7
masalah Matematik bermula daripada penguasaan konsep-konsep asas ini. Apabila pelajar
berupaya menguasai proses ini, maka mereka akan diberikan penyelesaian masalah yang lebih
kompleks seperti membahagi dan mendarab secara songsangan.

Selain itu, masalah pembelajaran matematik juga timbul kerana kaedah pembelajaran
matematik memerlukan teknik penyelesaian masalah. Dalam kaedah ini, soalan rutin dan soalan
bukan rutin merupakan kaedah penting untuk pelajar memahami sesuatu konsep dengan baik.
Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin membolehkan pelajar menjawab soalan Matematik
dengan menggunakan kaedah dan algoritma yang telah dipelajari dan diaplikasikan kepada soalan
yang hampir sama (Harskamp & Suhre, 2007). Dalam soalan bukan rutin yang menghendaki
pelajar membuat analisis dan penyelesaian masalah Matematik memerlukan sokongan pengajaran
intensif seperti kaedah model dan bimbingan. Soalan bukan rutin ini memerlukan tahap kognitif
yang tinggi dalam menyelesaikan masalah dan menggalakkan kaedah berfikir aras tinggi bagi
membentuk pelajar yang kreatif. Soalan bukan rutin akan membolehkan pelajar berbincang bagi
mendapatkan penyelesaian kepada masalah. Berdasarkan kepada diskusi ini, pelbagai faktor yang
menjadi penyumbang kepada kelemahan pelajar dalam menguasai matematik. Oleh itu, kajian
penting untuk meneliti masalah ini khasnya di kalangan pelajar sekolah rendah Kawasan luar
bandar.

8
3.0 Elemen yang digunakan
Pembelajaran Matematik ini merupakan satu mata pembelajaran asas dan utama yang sering
menjadi cabaran bagi setiap pelajar. Pembelajaran Matematik memerlukan asas pemahaman yang
kukuh terhadap konsep asas Matematik dan keupayaan untuk menyesuaikan aplikasi dengan
peredaran masa bagi melahirkan pelajar yang lebih berdedikasi dan semangat dalam pendidikan.
Seiring dengan derasnya arus globalisasi kea rah kemodenan, tahap intelek manusia juga tidak
pernah berhenti berkembang. Tambahan pula, kanak – kanak zaman kini lebih terdedah dalam
penggunaan Teknologi informasi dan komunikasi ( ICT ) berbanding dengan kanak – kanak
terdahulu.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Norshafariza dan Muhammad Nubli (2022),
terdapat pelbagai punca yang menjadi penghalang penguasaan pelajar dalam pembelajaran
Matematik. Salah satu punca yang sering kita dengari adalah kerana tidak gemar atau menganggap
pembelajaran Matematik ini sukar untuk difahami. Dalam memperkukuhkan lagi penyataan
tersebut, menurut Norshafariza dan Muhammad Nubli (2022) juga menyatakan di dalam kajian
mereka, terdapat guru – guru di prasekolah mahupun tadika masih menggunakan cara
pembelajaran yang lama dan kurang menyeronokkan.

Seperti kita tahu, kanak – kanak ini tidak lari daripada lumrahnya. Mereka menganggap
setiap hari merupakan cabaran dan pengalaman baharu. Kesulitan ini mungkin merupakan sebab
mengapa mereka kurang berjaya dalam mengusai sepenuhnya dalam Matematik. Oleh itu, dengan
menggunakan elemen permikiran kritis dan kreatif iaitu Teknik Enam Topi Pemikiran atau lebih
dikenali sebagai Six Tops Thinking dalam menyelesaikan masalah pembelajaran dalam Matematik
dengan lebih efektif dan berkesan.

Gambar Rajah 1 : Kaedah 6 topi pemkiran

9
“Kanak – kanak ini ibarat kain putih dan suci” , ungkapan ini membawa maksud bahawa kanak
– kanak yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa, bahkan mereka juga tidak tahu membezakan
mana yang baik dan mana yang buruk buat mereka. Dalam satu pepatah Afrika juga pernah
menyatakan, “it takes a village to raise a child” yang bermaksud, seisi kampung diperlukan untuk
membesarkan seorang anak. Oleh itu, dengan bantuan pendidik sebagai peranan penting dan batu
lonjatan bagi memupuk sifat cinta akan ilmu pendidikan di dalam diri kanak – kanak. Bagi
memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
dibangunkan dengan matlamat untuk memperkembang dan menyuburkan potensi kanak-kanak yang
secara menyeluruh dan seimbang meliputi segenap aspek perkembangan sama ada fizikal, emosi,
rohani, intelek dan sosial.( Norly Jamil, 2015 ). Ia menunjukkan bertapa pentingnya pengetahuan dan
kepercayaan guru terhadap awal matematik dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Justifikasinya, dengan adanya kaedah Enam Topi Pemikiran ini, ia dapat memperkukuhkan lagi jalan
penyelesaian dalam masalah pembelajaran bagi Matematik.

“ Six Thinking Hats” atau lebih dikenali sebagai Teknik Enam Topi Pemikiran ini merupakan
model yang dicipta oleh Edward de Bono (1991) dan beliau merupakan seorang pemikir dan penulis
termuka Barat. Ia merupakan satu teknik atau instrumen yang penting dan berkesan di dalam sesebuah
organisasi mahupun dalam segi pembelajaran. Kaedah berfikir secara paralell ini bertujuan untuk
meluaskan perspektif, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik ( Qhairil, Zamri 2018 ) . Kaedah ini
selalunya digunakan untuk mencabar norma perbincangan kumpulan dan pemikiran individu
berdasarkan topi yang diberikan 6 warna yang berbeza untuk melahirkan konsep pemikiran selari
dalam menganalisis isu atau pelan yang diperbincangkan.

Gambar Rajah 2 : Makna bagi setiap warna topi

Melalui enam topi pemikiran ini, setiap pemikiran ini, setiap pemikiran dianalogi kepada topi
yang mempunyai warna-warna tertentu, antaranya adalah putih, merah, hitam, kuning, hijau dan biru
( Qhairil, Zamri 2018 ). Konsep warna ini memainkan peranan penting dalam diri kanak – kanak ,

10
lebih – lebih lagi murid di peringkat prasekolah mahupun sekolah rendah. Ia mudahkan murid untuk
membuat perkaitan serta dapat meningkatkan daya ingatan mereka dalam sesuatu pembelajaran.
Dengan perkataan lain, setiap topi mewakili peranan fikiran yang digunakan dalam proses pemikiran.
Dengan mengubah dari satu topi ke topi yang lain, ianya memberi gambaran yang lebih luas
sebagaimana kita melihat sesuatu isu dan senario dari perlbagai perspektif. Pendekatan bagi setiap topi
mempunyai maksud dan peranan tersendiri

3.1 Topi Putih.


Bagi Topi Putih ( White Hats ) ini dikenali sebagai Neutral and objective. Teknik ini
memberi fokus kepada data dan maklumat sedia ada. Dengan melihat maklumat sedia ada,
jurang pengetahuan dapat diperbaiki atau dapat dihapuskan mengikut isu yang dialami.
Peranan topi putih ini juga memboleh seseorang itu untuk menganalisa corak data sedia ada
serta cuba untuk membuat jangkaan berdasarkan data yang mereka perolehi. Terdapat beberapa
soalan yang digunakan semasa ‘memakai’ topi ini, contohnya seperti:
a. Apakah maklumat yang ada?
b. Apakah maklumat yang diperlukan?
c. Apakah soalan yang perlu ditanya?

Dalam perbincangan ini, kaedah Enam Topi Pemikiran akan digunakan bagi mengupas
isu masalah pembelajaran dalam Matematik. Salah satu kaedah topi pemikiran iaitu topi putih,
kita boleh lihat, dalam dunia pendidikan ini tidak akan pernah lari daripada menghadapi
pelbagai cabaran dan masalah mengikut peredaran masa. Terdapat beberapa masalah yang
dihadapi mengenai guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap pengajaran dan
pembelajaran (PdP) awal matematik. Antaranya adalah kekurangan pengetahuan dan
keyakinan diri dalam diri seorang guru.

Hal ini kerana, dibahagikan kepada dua faktor iaitu guru lama dan guru baharu.
Berdasarkan kajian Norly Jamil mengenai faktor ini , guru yang telah berkhidmat dalam dunia
pendidikan dan telah mempunyai pengalaman yang agak luas tentang pendidikan terutamanya
bagi mata Pelajaran Matematik menunjukkan mereka boleh menerangkan dengan lebih
teperinci berdasarkan pemahaman matematik itu tersendiri. Berlainan dengan dengan guru
yang baharu, mereka kurang rujukan berbanding dengan guru lama dalam mengetahui atau
memahami sesuatu tajuk dalam Matematik.

11
3.2 Topi Merah
Bagi Topi Merah ( Red Hat ) pula dikenali sebagai “Suggesting Anger And
Emotions” . Teknik ini melihat masalah dan isu dengan menggunakan gerakhati dan emosi.
Teknik ini diambil kira pandangan orang lain atai pihak luar serta bagaimana mereka akan
berindak balas dari segi emosi. Topi Merah ini dikenali membolehkan seseorang
menggunakan gerak hati dan perasaan dalam membuat keputusan tanpa perlu memberi
sebarang sebab.

Dalam perbincangan ini, apabila kita melihat berdasarkan prespektif topi merah
dalam penyelesaian masalah dalam matematik, ia tidak dapat diselesaikan dengan baik
kerana memberi tekanan kepada kanak – kanak dalam memahami konsep matematik yang
sebenar.

3.3 Topi Hitam


Seterusnya bagi Topi Hitam ( Black Hat ) dikenali sebagai “Somber and Cautious”.
Warna hitam seumpama warna jubah hakim yang mana ia turut melambangkan ketelitian
di dalam membuat sebarang keputusan. Dengan menggunakan topi ini, seseorang boleh
melihat keburukan sesuatu masalah atau isu yang diperbincangkan. Teknik ini sangat
penting kerana ia dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan sesuatu masalah tersebut dan
mencari langkah yang bersesuaian. Topi Hitam dianggap sebagai topi yang paling berguna
serta merupakan topi yang seringkali digunakan.

3.4 Topi Kuning


Bagi Topi Kuning (Yellow Hat) dikenali sebagai ‘Sunny and positive’. Teknik ini
membantu pemikiran posited dan optimims dalam menilai sesuatu masalah. Ia juga
membantu kelompok pemikiran untuk menyelesaikan masalah dengan secara positif
walaupun terdapat kesukaran dalam membuat keputusan. Terdapat beberapa soalan yang
akan timbul apabila menggunakan Teknik Topi Kuning ini, contohnya seperti :
a. Apakah kebaikan Cadangan ini ?
b. Di manakah kelebihan cadangan ini?
c. Siapakah yang akan mendapat manfaat cadangan tersebut?
d. Apakah nilai-nilai lain yang terlibat?

12
Dari segi penilaian topi kuning dalam penambahbaikan cara pembelajaran yang
diterapkan dalam matematik awal kanak – kanak, Ia memberi impak yang besar secara
keseluruhan kepada kanak – kanak dan guru. Seperti kita tahu, Matematik ini memerlukan
banyak latihan dan berfikir dalam menyelesaikan masalah. Pemilihan kaedah yang
boleh memberikan kesan yang dalam kepada kanak-kanak, bukan hanya memahami
apa yang telah dibelajar tetapi mengingati cara dan formula yang diajar oleh guru. ( Norly
Jamil, 2015 ) Dengan cara ini, kanak-kanak dapat mengingati pelajaran matematik dengan
lebih cepat dan tahan lama. Ianya juga menjamin peningkat kadar prestasi dalam
matematik awal kanak – kanak yang lebih baik.

3.5 Topi Hijau


Bagi Topi Hijau (Green Hat) dikenali sebagai “ abundance and creativity”. Teknik
ini merupakan platform untuk mengembangkan kreativiti penyelesaian masalah.
Penggunaan topi ini bertujuan untuk membolehkan kelompok pemikiran membandingkan
alternatif-alternatif penyelesaian serta variasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Selain daripada itu, dari segi penggunaan topi hijau pula, kita tahu dimana guru
mempunyai kelemahan dari segi kaedah pengajaran. Terdapat segelintir guru yang masih
mengamalkan konsep pengajaran lama dan kurang menyeronokkan dengan terus mengajar
kanak – kanak simbol 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor – nombor ini dengan
objek di sekeliling mereka. (Rohani et. al, 2004). Dari sudut lain, matematik ini
memerlukan banyak latihan dan aktiviti yang melibatkan aktiviti berfikir dalam
menyelesaikan masalah. Ini menyebabkan kanak – kanak kurang memberi perhatian di
dalam kelas dan tidak gemar dengan mata pelajaran tersebut. Subjek matematik ini tidak
seperti mata pelajaran yang lain kerana sukatan pelajarannya yang bermula daripada tahap
rendah hingga ke tahap yang lebih tinggi dan ia merupakan pelajaran yang berkembang
daripada satu bab ke bab yang lain.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, antara cara yang paling
berkesan dalam menyelesaikan masalah pembelajaran matematik adalah pembelajaran
sambil bermain. Aktiviti bermain merupakan salah satu cara untuk menarik minat kanak –
kanak untuk mempelajari matematik dengan lebih mudah. Aktiviti bermain adalah asas
dalam proses pembelajaran kanak – kanak. Tambahan pula, kanak – kanak mula menerima
sesuatu pengalaman dan pengetahuan melalui bermain. Pada waktu yang sama, ia dapat

13
memberi sumbangan kepada perkembangan kanak-kanak dari segi aspek fizikal, akal,
bahasa, emosi dan sosial.(Dunia Kanak-Kanak, 2010). Kalau dilihat dari sudut penilaian
topi kuning, Frobel (1805) percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah
sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti
pilihan bagi kanak - kanak. Antaranya adalah permainan Gumnut, permainan tulis nombor
menggunakan doh, permainan bitnik badan haiwan ( Animal Spots Game ) dan sebagainya.

Selain daripada itu, kaedah pemilihan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih
dan menarik juga mampu menarik minat kanak – kanak untuk belajar matematik. Seperti
kita tahu bahan bantu mengajar ini dijadikan salah satu pelengkap untuk membantu guru
dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian Rabaah Abdullah,
Wan Noorlizawati dan Adnan Jusoh, keperluan ini menjadi keutamaan dalam memenuhi
tuntutan kerajaan yang mahukan para guru mencipta inovasi dalam BBM selaras dengan
pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pembelajaran abad ke-21 turut memberi
penekanan kepada pembinaan BBM yang dapat memenuhi tiga kemahiran iaitu pertama,
kemahiran pembelajaran dan inovasi. Kedua, kemahiran maklumat, media dan teknologi
seterusnya yang ketiga, kemahiran hidup dan kerjaya. Ia juga merangkumi semua benda
yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dihidu, digunakan dan
sebagainya.( Rabaah Abdullah, Wan Noorlizawati W.M.A, Adnan Jusoh, 2021).

Menurut daripada Blog Mohdshamsurizal menyatakan, penggunaan bahan bantu ini


mengajar juga dapat mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi
penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan
suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan
dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan
mencetuskan minat pelajar. Oleh itu, dengan pengunnaan Bahan Bantu Mengajar ini dilihat
menjadi aspek penting dalam pembelajaran kerana ia dapat meningkat daya rangsangan
ketika belajar dan lebih mudahkan kanak – kanak untuk memahami topik yang dipelajari.

Seterusnya, antara cara menyelesaikan masalah pembelajaran dalam Matematik


adalah dengan menerapkan konsep muzik dalam pembelajaran. Muzik dan nyanyian
merupakan salah satu pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) prasekolah. Muzik dan nyanyian begitu sinonim terutamanya pada peringkat kanak-
kanak. Secara semulajadi, kanak-kanak menyukai bunyi dan muzik dan membuatkan

14
mereka lebih terhibur. Oleh yang demikian, muzik dan nyanyian dapat dilihat memberi
kesan positif serta menarik perhatian kanak-kanak di dalam bilik darjah (Harriet et al,
2014). Ini bukan sahaja menarik perhatian kanak – kanak malah ia merupakan satu
rangsangan yang memberi impak yang positif terhadap perkembangan minda kanak –
kanak terutamanya di dalam bilik darjah.

Cara ini sesuai diaplikasikan dalam pelajaran yang menggunakan kemahiran seperti
matematik dan subjek bahasa. Bermain dengan muzik dalam proses pembelajaran juga
boleh menggalakkan murid untuk berfikir dan meningkatkan fungsi kognitif secara
keseluruhan. Contohnya, dalam menghafal bentuk dan bunyi nombor, guru boleh
menggunakan rentak dan irama dalam menghafal dan mengecam nombor tersebut. Ia
memberi menunjukkan kanak – kanak lebih seronok dan memberikan tumpuan sepenuhnya
ketika di dalam sesi pembelajaran berlangsung.

3.6 Topi Biru


Akhir sekali iaitu Topi Biru (Blue Hat) dikenali sebagai “ Manager and Process “ .
topi ini bertanggungjwab untuk megupas masalah yang dihadapi dan segala idea yang lahir
dalam menanggani masalah. ia sering digunakan di dalam permulaan perbincangan,
menekan kesimpulan, rumusan dan juga perkara yang bakal berlaku seterusnya. Contoh
soalan yang akan digunakan dalam teknik ini adalah :
a. Apakah langkah seterusnya?
b. Apakah pencapaian kita setakat ini?

Menurut masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar dalam masalah
pembelajaran matematik ini, sistem pendidikan mula kembali percaya bahawa kemahiran
berfikir perlu dikuasai dengan betul dan komprehensif jika ingin menjadi negara maju
standing Korea dan Jepun. Muhamad Sidek et al. (2013). Kaedah ini bagaikan televisyen.
Ia mempunyai warna – warna tiub tersendiri dan akan mengeluarkan warna yang penuh
apabila bergabung untuk mengeluarkan satu gambaran yang sempurna. Oleh itu, boleh
dikatakan Enam Topi Pemikiran ini merupakan cara yang paling ideal untuk menilai
sesuatu keputusan daripada pelbagai perspektif dan dapat membudayakan KBAT di dalam
kalangan pelajar di peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi.

15
4.0 Rumusan / cadangan
Perkembangan kanak – kanak pada usia mereka melangkah ke alam persekolahan ini
amatlah penting kerana ia mempengaruhi cara pemikiran dan masa depan seseorang kanak – kanak
tersebut. Pembelajaran matematik ini sepatutnya bukan dijadikan sebagai batu penghalang bagi
kanak – kanak untuk mencintai ilmu matematik tetapi seronok untuk dipelajari. Dengan
menggunakan teknik Enam Topi Pemikiran , guru berupaya menganalisa sejauh manakah
keseriusan isu ini dan kesannya terhadap kanak – kanak serta mempertimbangkan langkah yang
tepat dan efektif bagi menanganinya sebelum kian membarah. Oleh itu, pendidik di dalam bidang
matematik seharusnya memberi penekanan yang lebih dalam cara penyampaian dan pembelajaran
dengan mengunakan masa yang ada bagi mencari pengalaman, mencari kebolehan baharu serta
strategik agar kanak-kanak akan lebih memahami dan seronok untuk mendalami keindahan dunia
matematik ini.

5.0 Peta minda

16
6.0 Rujukan
Abdullah, Khadijah. “DUNIA KANAK-KANAK: Mengapa Kanak-Kanak Perlu Bermain?”

DUNIA KANAK-KANAK, 18 July 2010, kamianak.blogspot.com/2010/07/semua-kanak-

kanak-normal-suka-bermain.html.

admin. “Malasah Pembelajaran - PORTAL MyHEALTH.” PORTAL MyHEALTH, 13 Sept. 2011,


www.myhealth.gov.my/malasah-pembelajaran/

Gna, Ed. “Pengajaran Matematik Dalam Prasekolah | PDF.” Scribd, 22 June 2014,

www.scribd.com/doc/230802022/Pengajaran-Matematik-Dalam-Prasekolah.

Jamil, Norly. “PEMAHAMAN GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TERHADAP

KONSEP AWAL MATEMATIK.” Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan,

vol. 4, 18 Dec. 2015, pp. 64–80, ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/847.

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/847

Kalsom, Umi. “Muzik Dalam Proses Pembelajaran: Membantu Atau Tidak?” Pandai Blog, 25

Apr. 2023, blog.pandai.org/muzik-dalam-proses-pembelajaran-membantu-atau-tidak

https://blog.pandai.org/muzik-dalam-proses-pembelajaran-membantu-atau-
tidak/#:~:text=Salah%20satu%20manfaat%20muzik%20dalam,dalam%20jangka%20ma
sa%20yang%20pendek

Mamat, Norshafariza, and Muhammad Nubli Abdul Wahab. “Kajian Masalah Pembelajaran

Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar.” Malaysian Journal of

Social Sciences and Humanities (MJSSH), vol. 7, no. 6, 20 June 2022, p. e001531,

https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i6.1531.

Mohamad Azam Samsudin, and Kamariah Abu Bakar. “(PDF) Kepentingan Muzik Dan

Nyanyian Dalam Pendidikan Prasekolah.” ResearchGate, May 2018,

17
www.researchgate.net/publication/338293436_Kepentingan_Muzik_dan_Nyanyian_dala

m_Pendidikan_Prasekolah.

Ng, Jane. Teknik Enam Topi Berfikir | Panduan Lengkap Terbaik Untuk Pemula Pada 2024 -

AhaSlides. 5 Apr. 2023, ahaslides.com/ms/blog/six-thinking-hats

Shamsurizal, Mohd. “Alat Bantu Mengajar: KEBAIKAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR

(BBM).” Alat Bantu Mengajar, 6 May 2021, mohdshamsurizal.blogspot.com/p/kebaikan-

bahan-bantuan-mengajar-bbm.html.

https://mohdshamsurizal.blogspot.com/p/kebaikan-bahan-bantuan-mengajar-bbm.html

18
Lampiran

Aktiviti belajar sambal bermain (permainan Gumnut)

Bahan bantu mengajar (BBM) dalam mata pelajaran matematik.

19
20

You might also like