You are on page 1of 8

1

TOPIK 4

KELOMPOK SOSIAL

1.0 PENGENALAN

Setiap satu dari kita adalah ahli kepada kelompok-kelompok tertentu. Kita adalah ahli kepada
keluarga, institusi pelajaran, "gang", "clique", kelab sukan, kelompok etnik, negara dan sebagainya.
Malah kita tidak boleh memperolehi keperluan-keperluan kita tanpa menjadi ahli kepada
kelompokkelompok tertentu. Apa yang Iebih penting ialah bahawa keahlian kita di dalam kelompok-
kelompok tertentu memerlukarr kita bertingkahlaku dalam bentuk-bentuk yang tertentu. Tetapi
sebelurn kita cuba memahami mengapa dan bagaimana keahlian di dalam suatu kelompok tertentu
mempengaruhi dan/atau menentukan bentuk-bentuk tingkahlaku, kita seharusnya mengenali apa
yang dimaksudkan dengan kelompok sosial.

1.1 MAKSUD KELOMPOK SOSIAL

Kita semua tahu bahawa kelompok itu adalah sekumpulan individu-individu. Apakah semua jenis
kumpulan individu boleh dianggap sebagai kelompok sosial? Bukan semua kumpulan individu adalah
kelompok sosial. Lihat beberapa contoh kumpulan individu di bawah dan pilih yang mana di
antaranya boleh dianggap sebagai kelompok sosial.

1. penumpang bas

2. pelajar-pelajar universiü

3. penonton-penonton wayang

4. orang-orang tua (Iebih dari 55 tahun)

5. perempuan

6. keluarga

7. kelompok etnik

8. pelanggan-pelanggan sebuah restoran

9. orang-orang miskin

10. kelas

Kumpulan-kumpulan 1,3 dan 8 umpamanya cuma merupakan sebagai kumpulan-kumpulan individu


di dalam sesuatu tempat. Itu sahaja yang membenarkan kita menggelarnya sebagai kumpulan.
Kumpulan-kumpulan individu seperti ini dipanggil 'aggregate". Ia adalah kumpulan individu yang
melakukan sesuatu di dalam sesuatu ruang tanpa mempunyai perhubungan yang nyata di antara
satu dengan yang Iain.

Kumpulan 4, 5 dan 9 tidak sama tarafnya dengan kumpulan-kumpulan 1, 3 dan 8 tadi. Dapatkah
anda mengenalpasti ciri-ciri yang membezakannya? Untuk menjawab soalan tersebut, kita perlu
mengenalpasti umum yang boleh didapati dalam kumpulan-kumpulan 4, 5 dan 9.
2

Sepertirnana yang boleh kita lihat dari kumpulankumpulan tersebut, mereka semua mempunyai
ahli-ahli yang mempunyai ciri-ciri yang sama, seperti rnelebihi sesuatu peringkat umur, terdiri dari
jantina yang sama atau yang memperolehi suatu peringkat pendapatan yang rendah, yang
digolongka:n sebagai miskin. Ahli-ahli kumpulan ini tidak mempunyai sesuatu hubungan yang
tertentu di antara satu dengan yang Iain. Seorang penoreh getah yang miskin di Sik umpamanya
tidak mempunyai hubungan yang nyata dengan seorang nelayan miskin di Kemaman. Begitu juga
dengan seorang perempuan dengan seorang perempuan yang Iain. Kumpulan-kumpulan yang
terdiri dari individu-individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama, tetapi tidak mempunyai
hubungan-hubungan yang nyata dinamakm kategori social.

Bagaimana pula dengan kumpulan-kumpulan 6 dan 7? Ahli-ahli keluarga dan kelompok etnik bukan
sahaja mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi juga mempunyai hubungan-hubungan tertentu di
antara satu dengan yang Iain , tetapi juga mernpunyai perasaan kekitaan. la selalunya dibentuk atas
suatu atau beberapa kepentingan atau minat yang sama dan ahli-ahlinya juga menyertai dalam
berbagai aktiviti yang sama. Kelas juga boleh juga dianggap sebagai suatu kelompok sosial sekiranya
ahli-ahlinya juga mempunyai suatu perasaan kekitaan. Adakah ”kelas social” adalah kelompok
sosial? Kelas cuma dianggap sebagai suatu kelompok sosial sekiranya ahli-ahli yang mempunyai
suatu rangkaian perhubungan di antara mereka yang mempunyai kepentingan yang sama juga
mempunyai suatu kesedaran kekitaan.

Ahli-ahli sesuatu kelas yang didefinisikan sebagai individu-individu yang mempunyai kedudukan
pengeluaran yang sama (yang seterusnya ditentukan oleh pemilikan alat-alat pengeluaran dan
kedudukan seseorang dalam pasaran buruh) seharusnya bertindak sebagai orang-orang yang sedar
akan kewujudannya dan memperjuangkan kepentingan-kepentingan kelompoknya sebelum ia
boleh dipanggil "kelompok sosial".

Sekiranya ia mempunyai individu-individu yang mempunyai ciri-ciri perhubungan yang tertentu di


antara mereka dan kepentingan-kepentingan bersama tanpa mempunyai suatu perasaan kekitaan,
maka ia adalah di antara "kategori sosial" dan "kelompok sosial".

Kita boleh merujuknya sebagai "quasi group" atau "kelompok quasi". Dalam ertikata Iain, kelompok-
kelompok quasi adalah kumpulan-kumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama (seperti
kategori-kategori sosial), perhubungan-perhubungan yang tertentu, tetapi tidak mempunyai suatu
perasaan kekitaan dan tidak bertindak sebagai suatu kuasa sosial. Kelompok-kelompok quasi boleh
berubah menjadi kelompok-kelompok sosial apabila mereka mempunyai suatu perasaan kekitaan
dan bertindak sebagai suatu kuasa. Dalam contoh ini, "Class in-itself"' itu adalah suatu kelompok
quasi dan "Class for itself" pula adalah kelompok sosial.

Garis perbezaan yang telah dicadangkan mengenai kelompok quasi dan kelompok sosial mungkin
terlalu sempit dan boleh dibahaskan. la boleh dibahaskan dari dua aspek:

(a) bahawa kelompok sosial adalah suatu fenomena yang terpencil kerana perasaan kekitaan
yang efektif cuma timbul di bawah keadaan-keadaan yang tertentu. Sebagai contoh, perasaan
kebangsaan' (patriotism) atau kemegahan negara-bangsa cuma timbul di bawah keadaan-keadaan
yang tertentu. Sebagai contoh, perasaan kebangsaan' (patriotism) atau kemegahan negara-bangsa
cuma timbul dengan jelas apabila adanya penggugatan atau pencerobahan dari luar.

(b) perbezaan itu sempat kerana kefahaman mengenai "bertindak sebagai suatu kuasa"
ditafsirkan cuma sebagai tindakan kolektif. Sekiranya ia ditafsirkan demikian maka sukarlah kita
melihat kelompok-kelompok sosial kerana (a). Ini terutamanya sempit kerana ahli-ahli kumpulan itu
3

setiap hari bertindak secara kecil-kecilan dan tindakan-tindakan tersebut adalah tindakan-tindakan
yang muncul dari hubungan-hubungan sosial yang dihadapi.

1.2 KLASIFIKASI KELOMPOK-KELOMPOK SOSIAL

Kita menjadi ahli kepada berbagai jenis kelompok. Untuk memudahkan kefahaman kita mengenai
kelompok-kelompok yang berbagai jenis itu kita haruslah mengklasifikasikannya. Klasifikasi
kelompok-kelompok sosial boleh diasaskan kepada beberapa kriteria. Di antara kritera-kritera yang
sering digunakan ialah fungsi, saiz, "duration", bentuk hubungan dan sebagainya.

Tidak semua dari kritera-kriteria yang disebutkan itu sesuai. Menjeniskan kelompok-kelompok sosial
mengikut fungsi umpamanya adalah terhad penggunaannya. Ini adalah kerana kita tidak akan
mendapat gambaran yang Iebih mendalam selain dari mengenali fungsi yang dikendalikan olehnya.
Saiz juga tidak mencadangkan sesuatu yang tertentu mengenai struktur perhubungan sosial dalam
kelompok-kelompok sosial. 'Duration" atau riwayat hidup sesuatu kelompok juga terhad
penggunaannya kerana kita cuma akan mempunyai suatu katalog kelompok-kelompok sosial yang
merapunyai riwayat hidup yang berbeza.

Bentuk perhubungan merupakan satu kriteria yang lebih berguna kerana ia memerlukan kita
melihat dan membezakan kelompok-kelompok sosial dari inti patinya. Bentuk perhubungan di sini
merujuk kepada pola-pola saling tindakan yang wujud di antara ahli-ahlinya.

Dua jenis perbezaan terkenal yang telah dicadangkan adalah melalui konsep gemeinschaft-
gesellschaft (community-society) kelompok asas-sekunder (primary-secondary groups).

Perbezaan gemeinschaft-gesellschaf itu telah dicadangkan oleh Ferdinand Tonnies, seorang ahli
sosiologi kurun ke 19 dari Germany. Perbezaan ini sebenarnya boleh digunakan bukan sahaja untuk
membezakan kelompok-kelompok sosial tetapi juga untuk membezakan jenis-jenis masyarakat.

Perbezaan gemeinschaft-gesellschaft ini adalah konsep-konsep yang cuba menghuraikan perubahan


asas-asas perseikatan yang telah berlaku dalam masyarakat Eropah, di mana perseikatan tidak lagi
berasakan kepada perasaan-perasaan sentimen dan emosi tetapi kepada tujuan-tujuan utiiitarian
dan detached involvement. Perhubungan-perhubungan tidak lagi personal dan rapat tetapi
impersonal dan renggang. Ini adalah kerana pembahagian kerja sosial telah mencapai suatu tahap
yang tinggi. Oleh kerana itu sebahagian besar dari keperluan-keperluan terpaksa diperolehi melalui
orang-orang lain. Dengan demikian, densiti saling-tindakan bertambah dan kita seterusnya
berhubung mengikut keperluan yang boleh dipenuhi.

Apabila digunakan untuk membezakan kelompok-kelompok sosial kita juga dapat melihat
perbezaan-perbezaan yang sama; iaitu ada kelompok-kelompok di mana tali-persaudaraan di
dalamnya adalah rapat dan ketat. Kelompok-kelompok tersebut adalah seperti keluarga, rakan-rakan
karib dan sebagainya. Dalam hubungan-hubungan itu kita saling bertindak sebagai whole persons
iaitu kita kenal individu-individu kelompok itu secara menyeluruh - sahsiah dan tabiatnya dan
bertindak dengan mengambil kira akan keseluruhannya ini. Satu lagi ciri penting kelompok-kelompok
tersebut ialah bahawa kita mempunyai perhubungan yang rapat, yang berasaskan kepada perasaan
kasih sayang atau kemesraan.
4

Kelompok-kelompok yang berasaskan kepada perseikatan gesellschaft sebaliknya berasaskan kepada


perhubungan yang cetek, di mana kita berhubung dengan individu lain untuk mendapat sesuatu
darinya sahaja. Oleh itu perhubungan kita adalah utilitarian dan fungsional. Oleh itu kita tidak
mengenali orang-orang lain secara menyeluruh, tetapi secara terhad. Dengan demikian,
perhubungan kita adalah seperti mengikut perjanjian kontrek - kita kenal Ahmad sebagai pekedai
runcit; kita tidak tahu siapa dia sebenarnya, iaitu kita tidak tahu asal-usulnya, sahsiahnya dan
sebagainya. Perhubungan kita dengannya terhad kepada pertukaran, seorang membayar dan
seorang lain memberi barangan-barangan tertentu. Dalam ertikata lain, kita saling bertindak dengan
orang lain mengikut keperluan/kepentingan kita. Ini bermakna bahawa kita cuma berhubungan
untuk mendapatkan sesuatu. Dan kalaupun kita memberi sesuatu atau meluangkan masa untuk
seseorang kita sering melakukannya untuk mendapat pulangan-pulangan tertentu. Kita berkira. Kita
boleh melihat ciri-ciri lain yang berekoran dari unsur-unsur asas ini:

Gemeinschaft Gesellschaft
personal/menyeluruh tak personal
tak formal formal ("contractual")
tradisional utilitarian
sentimental realistik
umum khusus

Seperti Perbezaan gemeinschaft-gesellschaft, perbezaan kelompok asas-sekundar juga bertujuan


menggambarkan fenomena yang sama. Perbezaan kelompok asas-sekundar ini telah diutarakan oleh
C.H. Cooley, seorang ahli sosiologi dari Amerika Syarikat.

Menurut Cooley, kelompok adalah kelompok-kelompok dibentuk atas perhubungan yang lama dan
dalam keadaan yang tak formal, seperti keluarga, jiran, gang, clique. Di antara ciri-ciri pentingnya
ialah perseikatan rapat bersemuka (intimate face-Ito-face association) di mana individu-individu
yarlg saling berhubugan mendapat kepuasan dari perhubungan itu vvalaupun ia tidak mempunyai
tujuan yang khusus. Malah perhubungan di dalam kelompok-kelompok asas adalah diffuse atau
umum. Oleh kerana perhubungan-perhubungannya adalah tidak bertujuan untuk mendapat
kepuasan-kepuasan tertentu, maka perhubungan-perhubungannya Iebih dicirikan oleh perasaan tali
persaudaraan.

Sepertimana yang dapat kita lihat di atas ciri-ciri kelompok sekunder adalah bertentangan denp,an
apa yang didapati di kalangan kelompok-kelompok

Kelompok Asas Kelompok Sekunder


Rapat / bersemuka renggang
umum khusus
kecil besar
tak formal formal
sentimental contractual
5

1.3 PERTENTANGAN Dl ANTARA KELOMPOK-KELOMPOK

ASAS DAN SEKUNDER

Seperti yang telah kita nya.tak:an tadi, peningkatan pembahagian kerja sosial dan pemodenan telah
mengakibatkan pertumbuhan organisasi-organisasi formal (seperti syarikat-syarikat besar, sekolah,
birokrasi, hospital dan sebagainya). Bagaimanakah ini berlaku?

Apabila kita melihat masyarakat-masyarakat kuno ('primitif). Kita akan mendapati bahawa mereka.
mernpunyai suatu peringkat pembahagian kerja sosial yang renilah (iaitu, pengkhususan kerja tidak
berleluasa). Dalam keadaan tersebut ahli-ahli sesuatu masyarakat itu mempunyai peranan yang
sama; sernua orang lelaki, umpamanya, adalah pemburu, pengawal keselamatan. Oleh kerana
masyarakat-masyarakat tersebut adalah kecil dan oleh kerana peringkat pengkhususan kerja mereka
adalah rendah, maka perseikatan-perseikatan yang wujud dalam keadaan tersebut adalah
berasaskan kepada ciri-ciri kelornpok-kelompok asas (atau perseikatan gemeinschaft:) di mana
perpac:luan di antara ahli-ahli.nya adalah berasaskan kepada persamaa.n. Perpaduan ini dipanggil
"perpaduan mekanikal".

Dengan peningkatan pembahagian kerja sosial, daya pengeluaran manusia bertambah


pembangunan dan perkembangan sains dan teknologi, masyarakat menjadi lebih besar penumpuan
penduduk bertambah (contoh: bandar-bandar) dan organisasi masyarakaf lebih berpusat
(centralized). Kesemua ini mengakibatkan perbezaan sosial di mana ahli-ahli masyarakat lebih
khusus peranannya dan dengan itu menambahkan pergantungan seorang individu kepada individu-
individu yang lain. Pergantungan yang extensif itu mengakibatkan pertambahan perhubungan di
antara mereka dalam masyarakat pada keseluruhannya seperti yang telah dikatakan oleh Emile
Durkheim dalam bukunya, The Division Of Labour In Society:

Social relations - more exactly, intra-social consequently become more numerous, since they extend,
on all sides, beyond their original limits.

Durkheim telah seterusnya menghujah bahawa peningkatan pembahagian kerja sosial telah
mengakibatkan suatu bentuk perpaduan baru perpaduan organik iaitu, perpaduan yang berasaskan
kepada perbezaan, seperti anggota-anggota badan itu.

Apakah implikasi-implikasi pertambahan hubungan-hubungan sosial, atau dalam istilah Durkheim


"pertambahan densiti moral" ini? Pembangunan pembahagian kerja sosial tentunya mengakibatkan
perubahan-perubahan yang radikal ke atas bentuk-bentuk perseikatan kita dan organisasi sosial
pada keseluruhannya. Semakin individu lebih bergantung kepada individu lain iaitu semakin
hubungan-hubungannya dengan orang lain bertambah, maka beliau tidak akan berupaya untuk
mengenali mereka secara menyeluruh tetapi cuma sebagai individu yang memainkan peranan-
peranan tertentu. Dalam erti kata lain, kita berhubungan dengan mereka untuk memenuhi
keinginan-keinginan yang khusus, di mana tindakan kita berasaskan kepada kepentingan-
6

kepentingan tertentu. Hubungan-hubungan kita adalah rasional, tidak lagi berasaskan kepada
perasaan subjektif, emosi. Inilah yang dikatakan perseikatan-perseikatan gesellschaft.

Dilihat dari sudut yang Iain, perubahan-perubahan dalam pembahagian kerja sosial telah
memperlihatkan perubahan-perubahan organisasi sosial seperti kemunculan negara-bangsa,
syarikat-syarikat perusahaan dan perdagangan, seperti sekolah-sekolah, polis dan tentera, hospital-
hospital, birokrasi dan sebagainya. Pemodenan telah mengakibatkan pertumbuhan organisasi-
organisasi formal dan sekunder.

Pembangunan hubungan-hubungan yang utilitarian dan organisasi-organisasi formal/sekunder


adalah dua muka syiling yang sama. Ini adalah kerana peningkatan pembahagian kerja sosial telah
mengakibatkan pengkhususan. Proses ini memisahkan peranan-peranan yang pernah dimainkan
oleh kelompok-kelompok asas. Pemodenan umpamanya, telah memisahkan pengusahaan ekonomi
dari unit-unit keluarga, iaitu keluarga tidak sering lagi merupakan suatu unit ekonomi. Ini bermakna
bahawa ahli-ahlinya bekerja di tempat-tempat yang berlainan. Peranan mengasuh anak juga
semakin sering diambilalih oleh institusi-institusi formal seperti nursery, tadika. Pendidikan kanak-
kanak diambilalih oleh sekolah-sekolah, pengawalan keselamatan oleh polis, tentera, perubatan oleh
klinik-klinik dan hospital.

Perkembangan hubungan-hubungan utilitarian yang berasaskan kepada orientasi yang rasional, di


mana matlamat, cara-cara mencapainya dan kemungkinan-kemungkinan sekunder diambilkira
secara teratur, berkait rapat dengan pembangunan pembahagian kerja sosial dan pembangunan
ekonomi wang yang memperantarakan perhubungan di antara individu-individu yang saling
bergantung di antara satu dengan yang lain. Oleh kerana si petani yang menghasilkan padi (atau
beras sekiranya beliau sendiri memperosesnya) perlu menukar berasnya dengan nelayan untuk
lauknya, kilang gula untuk air kopinya, penanam kopi untuk kopinya, penerbit untuk suratkhabamya
dan sebagainya. Sudah tentu dia tidak membawa berasnya di merata tempat kerana kesemua
pertukaran itu dilakukan dengan wang. Sudah tentu juga bahawa petani tersebut menukarnya pada
harga yang berpatutan (dengan nilai tenaga yang telah disumbangkan oleh beliau untuk
menghasilkan beras tersebut). Dalam erti kata lain mereka perlu "berkira" dalam hubungan mereka
dengan orang lain, kerana semuanya memerlukan wang. Ini adalah kerana semuanya sudah menjadi
kommoditi, barangan yang dijual-beli. Orientasi berkira ini juga telah meresap ke dalam
perhubungan-perhubungan kita yang personal seperti perhubungan kita dengan ibu-bapa, ibu-bapa
mertua serta juga perhubungan kasih sayang dengan isteri kita. Umpamanya, mungkin telah anda
dengar kes-kes di mana ibu-bapa mertuanya tidak begitu mesra dengan seseorang itu kerana gajinya
rendah, ibu-bapanya miskin. Kita juga sering berkelahi kerana wang dengan isteri atau suami kita,
mungkin kerana dia terlalu membazir atau kerana dia terlalu banyak memberi sumbangan
kewangannya kepada ibu-bapanya dan sebagainya. Kesemua ini diakibatkan oleh perkembangan
ekonomi kewangan yang seterusnya berlaku kerana pembangunan ekonomi pasaran. Ekonomi
pasaran pula adalah akibat pembangunan pembahagian kerja sosial.

Contoh-contoh di atas memperlihatkan bahawa kesan ekonomi kewangan atau ekonomi pasaran itu
ialah bahawa ia mendesak kita untuk berkira dan kepada sesiapa pun. Kesannya terlalu impersonal.
Komen Max Weber mengenai fenomena ini sungguh tepat dan tajam:

"The market community as such is the most impersonal relationship of practical life into which
humans can enter with one another ... . The reason for the impersonality of the market is its market-
of-factness, its orientation to the commodity and to that. Where the market is allowed to follow its
own autonomous tendencies, its participants do not look toward the persons of each other but only
7

toward the community; there are no obligations of brotherliness or reverence and none of those
spontaneous human that are sustained by personal unions".

Tekanan-tekanan yang dialami mengakibatkan kita berkira sehinggakan perhubungan-perhubungan


di kalangan ahli-ahli kelompok asas - walaupun masih berasaskan kepada hubungan-hubungan
emotif - juga dilakukan dalam had perakaunan pasaran; tidak seperti keadaan di dalam beberapa
masyarakat bukan-pasaran di mana perakaunannya jauh berbeza.

Selain dari itu pembangunan pembahagian kerja sosial dan pasaran ekonomi telah juga
mengakibatkan perubahan-perubahan organisasi. Oleh kerana pembangunan pembahagian kerja
sosial dan pasaran ekonomi telah membentuk tindakan-tindakan yang rasional, maka cara-cara
bagaimana sesuatu matlamat itu dicapai juga perlu diubah; ia tidak boleh dikendalikan melalui
organisasi-organisasi zaman lampau. Max Weber melihat bahawa birokrasi adalah bentuk organisasi
yang telah tumbuh untuk memenuhi keperluan tersebut dan birokrasi yang dimaksudkan oleh beliau
ialah

I . Bierstedt, R: The Social Order, New York, MacGraw-Hi11 Book Co., 1974 (4th edition) Bab IO (m.s.
280 - 309).

2. Bottomore, T. B: Sociology: A Guide To Problems And Literature, London, Unwin University


Books, 1962, Bab 6.

3. Hafalambos, M. and Heald R.M.: Sociology: Themes And Perspectives, Slough, University
Tutorial Press, 1980, Bab 7 (m.s. 278 286 sahaja).
8

You might also like