You are on page 1of 23

1

TOPIK 8
KETAKSAMAAN SOSIAL
3.1 PERBEZAAN SEMULAJADI DAN KETAKSAMAAN SOSIAL
Manusia memang mempunyai perbezaan-perbezaan semulajadi di antara mereka.
Perbezaan-perbezaan semulajadi ini adalah seperti perbezaan-perbezaan jenis
(seperti sahsiah, kecondongan yang berlainan) serta perbezaan-perbezaan darjat
(rank) (seperti keupayaan mental, bakat, kekuatan). Soalnya ialah sama ada
perbezaan-perbezaan semulajadi ini merupakan sebab utama mengapa
ketaksaman sosial wujud dan berterusan dalam masyarakat. Dalam ertikata lain,
adakah perbezaan kelas dan taraf dalam masyarakat diakibatkan oleh perbezaan-
perbezaan jenis dan darjat semulajadi?
Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan
ketaksamaan sosial. Sebagai permulaan, ketaksamaan sosial boleh dicirikan:
(i) Suatu penilaian akan perbezaan-perbezaan unsur-unsur tertentu. Sekiranya kita
memiliki unsur-unsur itu maka kita diberi penghormatan yang tertentu dan kalau kita
tidak mempunyainya, maka kita akan dinilaikan kepada suatu darjat kehormatan
yang lain.
(ii) Unsur-unsur yang dimaksudkan itu bergantung kepada penilaian sesuatu
masyarakat akan apa yang dianggap sebagai mempunyai nilai. Sekiranya
memperolehi kelulusan akademik adalah suatu yang mempunyai nilai yang tinggi
dalam sesuatu masyarakat, ini bermakna bahawa individu-individu yang telah
memperolehinya akan berpeluang untuk menikrnati kemudahan-kemudahan yang
dikaitkan dengannya (seperti pekerjaan pekerjaan yang 'baik', pendapatan yang
tinggi, taraf yang tinggi) manakala individu-individu yang tidak memilikinya akan
mendapat taraf yang lebih rendah dan orang-orang yang memperolehi kelulusan
yang tidak begitu tinggi akan mendapat suatu taraf di antara kedua-dua peringkat
tadi.
(ii)Sistem penilaian yang membezakan ini adalah suatu berterusan yang dalam
sesuatu jangkamasa yang panjang, iaitu, unsur-unsur yang mempunyai nilai dalam
masyarakat difikirkan sebagai boleh diwarisi dari satu generasi ke suatu generasi
yang lain (melalui penerusan sosial)
(iii)Bahawa pemilik art nilai-nilai yang dihargai itu mernpunyai kesan-kesan langsung
ke atas peluang-peluang. Contoh kita mengenai kelulusan akademik di atas
menunjukan bahawa nilai yang tinggi yang dikurniakan kepada mereka yang
mempunyai kelulusan yang tinggi juga disusuli dengan peluang-peluang hidup yang
tertentu, seperti memperolehi pendapatan yang tinggi kuasa membuat keputusan
dan sebagainya.
Mari kita kembali kepada soalan yang telah kita utarakan tadi. Adakah perbezaan-
perbezaan sosial itu diakibatkan oleh perbezaan-perbezaan semulajadi? Aristotle
pernah mengatakan bahawa manusia, pada semulajadinya terbahagi kepada dua
jenis, hamba dan orang-orang bebas. Ada juga yang berpendapat bahawa orang-
2

orang berkulit hitam di Selatan Amerika adalah miskin kerana mereka bodoh, hina,
hitam. Pendekatan, perbezaan-perbezaan jenis adalah sebab unggul mengapa
mereka miskin. Kejahilan logik seperti ini juga diguna untuk mereka-mereka yang
berpendapat bahawa ketidaksamaan sosial diakibatkan oleh perbezaan-perbezaan
darjat semulajadi.

Penghujahan seperti ini boleh diterima kerana:


(i) Mereka. mengandaikan bahawa manusia dilahirkan dengan kualiti- kualiti yang
tidak sama (men are born unequal). Andaian ini roboh apabila kita mengaadaikan
bahawa manusia “are born equal”. Andaian yang kedua ini lebih teguh dalam sains
kerana kita boleh membuktikan cadangan-cadangan yang dibuat mengikut andaian
ini. Umpamanya, kita boleh membuktikan bahawa orang-orang yang berkemahiran
adalah orang-orang yang telah mengikuti sesuatu bentuk latihan, manakala andaian
pertama tadi tidak boleh membuktikan bahawa bayi-bayi yang kecil tadi memang
sudah mempunyai kemahiran,
ii) Sejarah juga telah membuktikan bahawa andaian tersebut adalah suatu yang
palsu. Orang-o:cang yang dihina kerana mereka hitam telah membuktikan bahavva
kehitaman mereka adalah suatu ciri tidak bersangkut paut dengan unsur-unsur
semulajadi.

DIMENSI-DIMENSI KETAKSAMAAN
Ketaksamaan sosial boleh dilihat dari berbagai dimensil/segi:
a. Kelas
b. Taraf
c. Kuasa.
Klasifikasi ini adalah dari Runciman (1969). Pengkelasan ketaksamaan kepada 3
dimensi adalah untuk memudahkan kita mengamati bentuk-bentuknya dengan lebih
mendalam.
(a) Kelas
Yang dimaksudkan dengan kelas ialah orang-orang yang mempunyai kedudukan
yang sama dalam proses pengeluaran dan pemasaran.
la merujuk kepada pemilikan harta/modal dan kedudukan dalam pasaran barangan
dan pasaran buruh. Dari definasi ini, nyata bahawa kita boleh melihat ketaksamaan
atas sama ada seseorang itu mempunyai harta/modal atau tidak. Secara kasar,
sesuatu masyarakat boleh dikatakan mempunyai dua-dua kelas berada dan kelas
tidak berada. Kategori-kategori ini boleh dipecahkan lagi mengikut kepada jumlah
harta/modal yang dimiliki dan juga mengikut jenis/harta modal yang dimiliki.
3

Berekoran dari ini, maka kelas berada itu boleh dipecahkan, umpamanya kepada
pemodal besar dan pemodal kecil dan kepada industrialists, financiers atau traders
dan sebagainya.
Dan di kalangan kelas yang tidak berada, boieh juga kita pecahkannya kepada
pekerja-pekerja di sektor moden atau penanam-penanam padi/getah kecil.
Nyata bahawa seseorang individu itu boleh dikelaskan mengikut hubungannya
dengan alat pengeluaran dan juga jenis kerja yang dilakukan. Ini bermakna bahawa
kedudukan kelas bukanlah ditentukan semata-mata oleh jumlah pendapatan,
sepertimana yang selalu difahamkan, tetapi oleh punca pendapatan. Sekiranya
seseorang itu tidak berada (tidak mempunyai alat pengeluaran) sudah tentu sumber
pendapatannya adalah dari memburu; dia menjual buruhnya kepada si pemilik alat
pengeluaran, manakala sumber pendapatan si pemilik alat pengeluaran pula ialah
dari buruh yang bekerja untuknya. Adalah jelas bahawa kedudukan kelas seseorang
itu bergantung kepada hubungannya dengan alat pengeluaran dan jenis kerja yang
dikendalikan. Inilah mengapa pekerja-pekerja pengeluaran dalam kilang dan
pekerja-pekerja perkeranian merupakan dua kelas yang berlainan walaupun kedua-
dua kelompok ini adalah dari kelas tidak berada.
Selain dari hubungan dengan alat pengeluaran dan jenis pekerjaan, kedudukan
kelas juga bergantung kepada sesuatu kelompok mempengaruhi dan menguasai
pasaran. Pengaruh dan kuasa pasaran pula bergantung kepada
kepakaran/kemahiran seseorang. Kemahiran dan kepakaran di darjat yang tinggi
adalah kekurangan apabila dibandingkan dengan permintaannya. Kekurangan inilah
yang membolehkan individu-individu berkenaan memperolehi kadar bayaran
perkhidmatan yang tinggi. Jumlah ganjaran berasaskan kepada faktorfaktor
pembekalan dan permintaan. (Parkin 1974).
Menurut Weber pula, kedudukan dalam pasaran bergantung kepada pemilikan alat
pengeluaran dan jenis alat pengeluaran yang dimiliki. Orang-orang Yang mempunyai
alat pengeluaran lebih berpengaruh menentukan harga sesuatu kommoditi. Inilah
mengapa kaum buruh selalu kalah dalam penentuan harga buruh mereka.
(b)Taraf
Apakah yang dimaksudkan dengan taraf?
Taraf merujuk kepada gaya hidup - iaitu, ia merujuk kepada pola penggunaan. Ini
bermakna bahawa sesuatu kelompok taraf itu adalah berlainan dari kelas. Ahli-ahli
sesuatu kelompok taraf boleh berasal dari beberapa kelas. Harus seseorang yang
berpendapatan kecil mempunyai kelompok taraf yang sama dengan orang-orang
yang berpendapatan tinggi. Ini boleh berlaku kerana pola penggunaan dan gaya
hidupnya sama dengan orang-orang yang berpendapatan tinggi. Pemilikan harta
tidak semestinya merupakan kriteria terpenting melayakkan seseorang masuk ke
dalam sesuatu kelompok taraf yang disegani. Walau pun demikian, pemilikan harta
adalah pada perhitungan jangkamasa panjang, unsur yang terpenting.
(c) Kuasa/Parti
4

Kuasa ialah keupayaan seseorang mempengaruhi keputusan-keputusan orang Iain,


Parti politik, seperti kelas dan kelompok taraf merupakan suatu bentuk organisasi
sosial yang boleh mempengaruhi pengagihan kuasa dalam masyarakat.

Soalan Di dalam Teks

Kelas, taraf dan kuasa adalah tiga dimensi


ketaksamaan.

Adakah ketiga-tiga unsur itu saling berkaitan?


Huraikan.

JENIS-JENIS SISTEM PELAPISAN SOSIAL/STRATIFIKASI SOSIAL


Sistem-sistem pelapisan utama yang wujud diklasifikasikan ke dalam 3 jenis:
(a) Estate
(b) kasta
(c) kelas

(a) Estate
"Estate" ialah suatu jenis pelapisan sosial yang lebih sering dikaitkan dengan
pengalaman sejarah feudal Eropah, di mana masyarakat terbahagi kepada 4 jenis
golongan yang mempunyai taraf-taraf yang berlainan dan keahlian di dalam satu
daripada 4 jenis itu adalah suatu yang disokong oleh kepercayaan bahawa ia
ditentukan oleh kuasa tuhan.
Golongan-golongan yang dimaksudkan adalah: aristokrasi, tentera dan nobiliti (raja-
raja dan pemerintah-pemerintah), kleji (wakil - wakil gereja), pedagang-pedagang
dan "artisans" dan kaum tani (yang bebas dan yang terikat).
Kelahiran dalam sesuatu golongan ini menentukan jenis pekerjaan umum.
Walaupun demikian, jenis-jenis pekerjaan yang khusus tidak ditentukan seperti
yang terdapat dalam sistem kasta.
Keahlian dalam sesuatu golongan/estate juga menentukan jenis pakaian, cara
bertutur mahupun jenis pasangan hidup yang boleh dipilih.
(b) Kelas
Sistem pelapisan sosial ”kelas” adalah suatu sistem yang berasaskan kepada sistem
pasaran kommoditi yang tidak mengenali hubungan-hubungan bukan-pasaran. Ia
berasaskan kepada kriteria-kriteria yang lebih 'objektif” iaitu pemilikan sesuatu unsur
ekonomi yang diperolehi dari kedudukan seseorang dalam pasaran atau
pengeluaran. Ini bermakna bahawa kedudukan sosial seseorang tidak lagi
5

bergantung kepada kepercayaan agama mahupun mitos-mitos lain, tetapi kepada


kedudukan ekonominya.
(c) Kasta
Kasta ialah suatu sistem pelapisan sosial yang berasaskan kepada sekumpulan
individu yang dicirikan oleh endogami, keahlian yang "hereditary" dan suatu cara
atau gaya yang selalu dikaitkan dengan sesuatu jenis pekerjaan yang agak khusus,
yang berasaskan kepada konsep karma dan dharma. Karma merujuk kepada suatu
kepercayaan bahawa seseorang itu dilahirkan sebagai ahli sesuatu kasta kerana
tingkahlakunya sebelum kelahirannya di dunia ini adalah sesuai untuk sesuatu jenis
kasta. Dharma pula merujuk kepada suatu "moral code" yang bersesuaian dengan
sesuatu kasta.
Selain dari karma dan dharma, hubungan di antara ahli-ahli kasta yang berlainan
juga berasaskan kepada konsep "pencemaran" di mana sesuatu ahfi kasta yang
tinggi tarafnya akan melalui berbagai jenis upacara-amal untuk membersihkan
dirinya sekiranya beliau telah dicemar. Jenis-jenis kasta yang utama dalam
masyarakat Hindu ialah "Brahmin, Kshatriya, Vaishyas, Shudra dan untouchables
(Harijans) (Adi Dravida). (Lihal: Srinivas dan Beteille dalam Beteille, 1969).

Soalan Di Dalam Teks

Bezakan sistem-sistem estate, kelas, kasta

TIGA PERSPEKTIF KETAKSAMAAN


Perkara yang hendak dikaji seterusnya ialah bagaimana ketaksamaan sosial boleh
berlaku dan bagaimana ia dikekalkan.
Masalah asal-usul ketaksamaan tidaklah begitu penting. Ini adalah kerana
ketaksamaan, pada asalnya, boleh akibat dari beberapa punca yang berlaku secara
tidak langsung ('incidental'). Masalah yang lebih penting ialah bagaimana
ketaksamaan boleh berkekalan dan bagaimana bentuk-bentuknya berubah.
Bagaimana ketaksamaan muncul harus berlainan/berbeza dari bagaimana ia
dikekalkan dan bagaimana ia berubah. Ini adalah kerana kondisi-kondisi (pra-syarat-
pra-syarat) sejarah sesuatu fenomena berlainan dari kondisi-kondisi pergolakannya.
Umpamanya, pra-syarat sejarah kemunculan urbanisasi bergantung kepada
berlakunya perpindahan petani-petani dari kampung-kampung mereka ke sesuatu
bandar.
Apabila bandar itu sudah wujud kondisi ini tidak lagi perlu untuk proses urbanisasi
terus berlakua Inilah mengapa dirasakan bahawa asal-usul ketidaksamaan adalah
6

tidak begitu penting untuk dikaji. Sebagai contoh tambahan prasyarat seseorang
menjadi (kapitalis) adalah berlainan dari pra-syarat bagi beliau untuk terus kekal
menjadi seorang pemodal. Pra-syarat individu itu. menjadi pemodal boleh
bergantung kepada 'nasib' atau pengumpulan modal hasil dari titik peluh
itu .sendiri. Apabila modal itu dilabur, si pemilik modal itu menjadi seorang permodal;
dia membeli alat-alat pengeluaran dan mengupah buruh. Untuk beliau kekal menjadi
pemodal, modalnya mesti dilipatgandakan., bukan melalui titik peluhnya sendiri,
tetapi melalui titik peluh pekerja, (contoh ini akan menjadi lebih nyata apabila kita
mengkaji bagaimana perkara ini boheh berlaku). Contoh ini menunjukkan bahawa
prasyarat seseorang pemodal adalah berlainan dari pra-syaratnya untuk menjadi
pemodal. Pra-syarat pertama munculnya modal adalah dari titik-peluhnya sendiri.
Begitulah juga bezanya di antara asal-usul ketaksamaan sosial dan bagaimana ia
dikekalkan.
Ada beberapa jenis teori yang telah cuba menjelaskan mengapa dan bagaimana
ketaksaman sosial berlaku, berkekalan dan bagaimana ia berubah dalam
kelas/moden. Antara teori-teori yang akan dikaji;
1.Teori fungsionalisme.
2. Teori Weber ketaksamaan dalam pasaran komoditi.
3. Teori Karl Marx ketaksamaan dalam proses pengeluaran.

1.Teori Fungsionalisme
Sebelum kita berpanjang lebar mengupas teori ketaksamaan sosial mengikut
pendekatan fungsionalisme, adalah penting kita mengenali unsur-unsur asas
pendekatan ini.
Seperti nama gelaran pendekatan ini, asas atau intipati pendekatan ini
mengutamakan fungsi tiap-tiap satu fenomena yang dikaji dan fungsi atau peranan
fenomena itu selalunya berkisar di sekeliling keteteraman kerukunan sosial yang
sedia ada. Sebagai contoh, marilah kita lihat beberapa teori, (i) dan (ii) telah
diutarakan oleh ii)Durkheim dan (iii) telah diutarakan oleh Davis dan Moore.
(i) Jenis-Jenis Teori Evolusionari
Ada di antara teori evolusionari yang mencadangkan bahawa perubahan itu adalah
" unilinear" , iaitu semua masyarakat melalui tahap-tahap yang sama dalam
pergolakannya. Auguste Comte telah mencadangkan bahawa masyarakat berubah
mengikut 3 tahap:
(a) zaman teologikal dan ketenteraan - di mana semua idea dan nilai mempunyai
unsur-unsur ' supernatural".
(b) zaman metafizikal dan "juridical" - suatu tahap yang tidak mempunyai ciri-ciri
yang jelas, melainkan mempunyai unsur-unsur tahap zaman teologikal dan
kententeraan dan zamaan sains dan perusahaan.
7

(c) zaman sains dan perusahaan - di mana konsepsi-konsepsi teoritis adalah


saintifik dan positif. Bagi Comte, manusia pada semulajadinya, mempunyai
kecenderungan untuk menyempurnakan dirinya. Jadi manusia akan bertambah maju
dari suatu masa ke suatu masa yang lain dan pola kemajuan bagi semua
masyarakat adalah seperti yang telah beliau cadangkan.

(ii) Teori-Teori Organismik (Herbert Spencer And Emile Durkheim)


Teori organismik adalah evolusionari kerana mereka berasaskan kepada premis
bahawa perubahan masyarakat adalah suatu yang menghala kepada bentuk-bentuk
yang lebih kompleks dan lebih saling berhubungan di antara bahagian-
bahagiannyaa
(1) Penghujahan seperti itu menganggap akibat sebagai sebab. Akibat
perkembangan pembahagian kerja sosial ialah perpaduan/kestabilan. Berlakunya
kestabilan digunakan sebagai menjelaskan iaitu sebagai sebab berlakunya
perkembangan pembahagian kerja sosial.
(2) la juga tidak dapat membuktikan. Ini adalah kerana apa saja akibat yang
berlaku akan dianggap sebagai bukti, walaupun akibat itu adalah bercanggahan dari
apa yang dijangkakan. Sebagai contoh wujudnya, "state" kerana ia menyelaraskan
aktiviti-aktiviti dalam negara. Sekiranya "state" itu tidak menyelaraskan tetapi
memisah-misahkan aktiviti-aktiviti dalam negara maka mereka akan menghujahkan
bahawa memisah-misahkan aktiviti merupakan sebagai suatu jenis penyelarasan.
(3) Pendekatan ini juga terlalu menekankan keharmonian perhubungan-
perhubungan sosial dalam masyakarat. Walaupun ini berlaku ini tidak bermakna
bahawa konflik boleh diabaikan.

A. Teori Ketaksamaan Pendekatan Fungsionalis


Hujah-hujah teori fungsionalis, seperti yang terdapat dalam penulisan K. Davis dan
W.E. Moore (Davis, K. and Moore, W.E.: "Some Principles Of Stratification", dalam
R. Bendix and S.M. Lipset, Class, Status And Power, 1966) adalah seperti berikut:
Ketaksamaan sosial wujud kerana ia perlu. la perlu kerana ia mempunyai dua fungsi
yang penting:
1. Mengagihkan ahli-ahlinya ke dalam peringkat-peringkat yang sesuai dengan
keupayaan individu-individu. Ini perlu kerana masyarakat mempunyai peranan-
peranan yang berlainan yang:
(a) ada di antaranya yang selesa/sesuai, manakala ada pula yang tidak.
(b) ada di antaranya yang memerlukan bakat dan kemahiran dan ada yang tidak.
(c)ada di antaranya yang lebih penting dari yang lain.
Maka adalah jelas bahawa masyarakat mempunyai peranan-peranan yang tidak
sama nilainya. Kalaulah semua peranan yang wujud adalah sama nilainya iaitu,
8

semuanya selesa, semuanya sama penting dan memerlukan jenis bakat yang lebih
kurang sama maka masalah mengagihkan peranan -peranan ini tidak wujud, ini
bermakna bahawa masalah pengagihan peranan wujud kerana tiap-tiap satu
peranan mempunyai nilai yang berbeza.
Oleh kerana itu, masyarakat mestilah mempunyai suatu sistem ganjaran untuk
menggalakkan atau memotivasikan sebahagian dari ahli-ahlinya memenuhi
peranan-peranan yang berlainan itu peranan-peranan (jawatan-jawatan) yang
tertentu akan diberi ganjaran lebih dari yang lain. Jadi, ketaksamaan ganjaran
adalah perlu untuk memotivasikan individu-individu yang berkebolehan untuk
memainkan peranan-peranan yang penting dan yang memerlukan kemahiram
2. Ketaksamaan juga perlu untuk menentukan supaya mereka menjalankan
tugas-tugas jawatan-jawatan itu.
Dengan itu, adalah nyata bahawa Davis dan Moore melihat ketaksamaan sebagai
ketaksamaan ganjaran di antara jawatan-jawatan.
Mengapa jenis-jenis jawatan (peranan) yang tertentu sahaja diberi ganjaran yang
lebih tinggi?
Cuma jenis-jenis peranan yang tertentu sahaja yang diberi ganjaran yang Ini adalah
kerana jenis-jenis peranan tersebut:
(a) adalah lebih penting fungsinya dalam masyarakat.
(b) memerlukan waktu latihan yang lama.
Dalam ertikata lain, jumlah ganjaran bergantung kepada nilai peranan itu kepada
"sosial survival" dan senang atau susahnya mendapat orang-orang yang terlatih
(masalah permintaan dan pembekalan).
Kelemahan-kelemahan
1 . Tidak ada cara yang boleh membuktikan bahawa sesuatu peranan itu adalah
lebih penting fungsinya dari yang lain: fungsi seorang jurutera adalah sama penting
dengan pekerja kerana kedua-duanya perlu untuk mengeluarkan sesuatu, fungsi
seorang penyelia juga tidak kurang pentingnya apabila dibandingkan dengan si
pekerja atau jurutera.
Telah diperkatakan bahawa kekurangan pembekalan orang-orang yang terlatih juga
mempengaruhi "functional importance” atau pentingnya fungsi sesuatu peranan;
iaitu, apabila pembekalan orang-orang terlatih/ berkemahiran terlalu kurang, maka
ganjarannya akan menjadi tinggi. Ini cuma benar dałam persaingan sempurna.
Dałam pasaran yang tidak sempurna, ada individu-individu yang mempunyai
keistimewaan-keistimewaan dan keistimewaan ini boleh mendatangkan ganjaran
yang tinggi, walaupun peranan yang dimainkan itu tidak begitu penting.
Umpamanya, seorang "broker" anak pegawai tinggi kerajaan atau ahli politik yang
luas pengaruhnya boleh mendapat beberapa keistimewaan seperti contacts yang
strategik; beliau akan tahu tanah mana yang akan mendapat harga yang tinggi dan
melalui saluran ini juga beliau tahu siapa yang mahu menjual dan membeli tanah.
9

Oleh demikian, si broker tersebut akan memperolehi pendapatan yang tinggi,


walaupun peranan 'broker” iłu tidak begitu "penting" dałam masyarakat.
Pasaran persaingan sempurna iłu juga tidak wujud. Ini bermakna bahawa individu-
individu tidak mempunyai peluang-peluang yang sama dałam persaingan. Ini
bermakna bahawa anak-anak orang kaya mempunyai peluang yang lebih dałam
persaingan. Dengan ini, orang-orang yang lebih berbakat, tetapi miskin, tidak akan
mendapat peranan-peranan yang menjadi rebutan ramai. Jadi, andaian pasaran
persaingan sempurna itu tidak wajar diguna.
3. “Scarcity” atau kekurangan ini juga bukanlah suatu yang 'inevitable'.
Kekurangan pembekalan juga boleh dari tekanan-tekanan kelompok-kelompok
tertentu, dan dengan iłu kekurangan iłu direkakan. Pembekalan doktor boleh
dikurangkan sekiranya doktor-doktor yang sedia ada mewujudkan sekatan-sekataan
tertentu ke atas jumlah atau jenis pelajar yang diberi peluang untuk mengikuti kursus
perubatan.
4. Prestij dan ganjaran-ganjaran material bukanlah satu-satunya bentuk
ganjaran. Ada cara-cara lain yang boleh menggalakkan seseorang memainkan
peranan.

Soalan Di dalam Teks

Fungsionalisme adalah suatu jenis pendekatan


yang berasaskan kepada andaian bahawa
wujudnya sesuatu institusi itu adalah kerana ia
berfungsi dan fungsi-fungsi tersebut sering dilihat
sebagai perlu kerana tanpa masyarakat tidak
dapat menemui kehendak-kehendaknya.
Bagaimanakah pendekata

B. Teori Pelapisan Sosial Max Weber


Pendapat-pendapat Weber mengenai kelas telah dipengaruhi oleh perbincangan-
perbincangan Karl Marx atas perkara yang sama dan penulisan-penulisan beliau
(Weber) telah dilihat sebagai suatu perdebatan dengan Marx. Pendapat ini adalah
tepat; penulisan Weber dalam The Methodology of the Social Science jelas
mencerminkannya1.
Teori kelas Weber boleh dikenali dan dibezakan dari teori-teori kelas lain dengan
kaitan yang telah beliau hubungkan dengan hubungan-hubungan pasaran.
Dengan itu, pelajar-pelajar dinasihatkan supaya meneliti akan bentuk hujah beliau
mengaitkan kemiskinan dan ketaksamaan dengan hubungan pasaran.
10

1
Akan tetapi, sebahagian besar dari perbincangannya mendebat dengan apa yang
sekarang dikenali sebagai "crude Marxism".
Pengenalan
Sebelum kita memulakan perbincangan mengenai pendapat-pendapat Weber
mengenai pelapisan sosial, adalah wajar kita mengenali kaedah yang beliau
gunakan.
Unsur yang terpenting dalam kaedah Weber ialah bahawa sebab-sebab berlakunya
sesuatu fenomena tidak boleh dijelaskan oleh satu faktor atau sebab sahaja:
"Jumlah dan jenis sebab-sebab yang telah mempengaruhi sesuatu peristiwa selalu
adalah tak finit (terhingga) dan tidak ada sesuatu dalam satu-satu sebab itu sendiri
yang boleh memisahkannya sebagai faktor unggul yang patut diberi perhatian2
Oleh itu, penjelasan bagi kemunculan kapitalisme atau apa-apa fenomena yarrg lain,
tidak boleh diakibatkan oleh kuasa-kuasa ekonomi atau sesuatu kuasa lain sahaja:
Menjelaskan semua dengan sebab-sebab ekonomi sahaja tidak mencukupi dari
segi apa jut pun, valaupun. dalam bidang ekonomi send.iri ... la tidaklah mencukupi
sepertimana. umpamanya kita menjelaskan kapitalisme dengan merujuk kepada
perubahan-perubahan dalam idea-idea agama yang telah memainkan suatu
peranan dalam pembangunan sikap kapitalistik', ia juga sama tidak mencukupi kalau
struktur politik dijelaskan oleh latarbelakang ilmu alam3
Inilah mengapa saya rasa Weber berpendapat bahawa masalah pelapisan sosial
harus dikaji dari- berbagai "dimensi". "Dimensi-dimensi' yang beliau maksudkan
ialah' kelas, taraf dan parti. Ketiga-tiga dimensi ini merupakan pengagihan kuasa.
Pelapisan sosial mencerminkan ketaksamaan dalam pengagihan kuasa. Kuasa itu
adalah keupayaan untuk mempengaruhi keputusan-keputusan orang lain. Oleh
kerana kuasa itu boleh diperolehi dari sumber-sumber yang berlainan, maka
ketidaksaman boleh dilihat dari beberapa dimensi. Dari susunan ekonomi — cara-
cara barangan dan perkhidmatan ekonomi diagihkan - terdapat kelas-kelas sosial;
dari susunan sosial, terdapat kelompokl-kelompok taraf dan dari susunan 'legal'
terdapat 'partai'.

2
Weber, M: The Methodology cf the Social Sciences, New Yorlc, Free *Press, 1949,
P. 48.
3
Weber, M: p. 71.

Mengapa Weber tidak bersetuju dengan pendapat Marx bahawa faktor ekonomi itu
faktor terpenting mempengaruhi tingkahlaku manusia? Sebelum menjawab soalan
ini adalah baik sekiranya dicatitkan bahawa Weber telah menentang 'vulgar
Marxism', iaitu satu pendekatan 'Marxis' yang mekanistik yang telah mengutarkan
bahawa semua tingkahlaku.
11

Mengapa Weber tidak bersetuju dengan pendapat Marx bahawa faktor ekonomi itu
faktor terpenting mempengaruhi tingkahlaku manusia? Sebelum menjawab soalan
ini adalah baik sekiranya dicatitkan bahawa Weber telah menentang 'vulgar
Marxismt , iaitu satu pendekatan marxis yang mekanistik yang telah mengutarakan
bahawa semua tingkahlaku manusia ditentukan oleh kuasakuasa ekonomi.
Tentangan ini kepada penulisan-penulisan Marx adalah tidak tepat (Aschcraft, 1972,
Giddens, 1975). Tentangan ini lebih tepat sekiranya ia dirujukkan kepada pengikut-
pengikut Marx yang kurang memahami kaedah Marx sendiri di Germany pada masa
itu. Keadaan inilah yang mempengaruhi Weber pada masa yang sama. Latar
belakang singkat ini dapat mencelikkan kita kepada kaedah yang dipilih oleh Weber.
Bagi beliau sains sosial tidak mampu menerima apa-apa teori umum (general
theory/grand theory) atau apa-apa rukun umum. Ini adalah kerana keadaan empiris
adalah tak terhingga.
Oleh kerana itu tiap-tiap pengkaji mestilah menganalisakan dari beberapa sudut dan
bukan dari satu keseluruhan abstrak (abstract totality). Tiap-tiap suatu keseluruhan
abstrak tidak mampu menjelaskan apa yang berlaku dalam dunia empiris dan
sekiranya ia digunakan ia akan menjadi terlalu umum sehinggakan ia tidak dapat
menampung apa-apa isi. Di sini terletaknya kelemahan kaedah Weber. Kalau pun
dunia empiris ini tak finit, ini tidak bermakna bahawa kita tidak boleh membentuk
suatu teori umum atau suatu keseluruhan abstrak. Kalau kita tidak dilengkapi
dengan sesuatu keseluruhan abstrak, kita akan mempunyai berbagai masalah
dalam memahami kehidupan sosial kerana kita dapat mengaitkan/ menghubungkan
sesuatu fenomena dengan sesuatu angkubah dengan cara yang konsisten. Dan ini
Weber sendiri mengakui:
"Tidak dapat kita mengutarakan apa-apa formula umum yang boleh meringkaskan
kuasa-kuasa substantif bandingan berbagai-bagai faktor dalam sesuatu perubahan
atau yang boleh meringkaskan bentuk penyesuaian di antara satu faktor dengan
yang lain 4 .
Ketaksamaan Weber menghubungkan sesuatu faktor dengan faktor-faktor lain
dengan jelas telah mengakibatkan beliau tidak mempunyai suatu teori perubahan
sosial5.

C. Pelapisan Sosial Dalam Penulisan Weber


Weber dikenali sebagai ahli sosiologi yang telah menyediakan suatu pendekatan
alternatif yang menarik. Sama ada ia lebih menarik dari pendekatan-pendekatan lain
- seperti pendekatan Marx atau Durkheim - cuma boleh dibuat selepas memahami
akan landasan-landasan teori mereka.
Seperti yang telah dikatakan tadi, Weber melihat pelapisan sosial sebagai
ketaksamaan dalam pengagihan kuasa dan oleh kerana punca kuasa itu boleh
berasal dari berbagai sumber, maka ketaksamaan sosial tidak boleh disebabkan
oleh kuasa ekonomi sahaja; malah ia juga boleh berpunca dari kedudukan taraf
ataupun parti seseorang. Inilah mengapa Runciman (1969) mengintripitasikan
12

bahawa Weber telah mengutarakan tiga dimensi pelapisan sosial. Walaupun kita
tidak menyangkal bahawa kelas, taraf dan pa.rü telah dibincangkan sebagai unsur-
unsur yang berlainan, namum intripitasi Runciman boleh dipersoalkan. Ini akan kita
bincangkan selepas mengulas apa yang telah Weber huraikan.
Kelas
Kelas tidak merupakan sebagai kommuniti. Kelas adalah sekumpulan individu yang
mempunyai peluang-peluang hidup yang sama seperti mana ia ditentukan oleh
pemilikan barangan (harta/modal) dan perkhidmatan dan pasaran komoditi.
Pemilikan perkara-perkara ini adalah tidak sama rata. Ketaksamaan ini mempunyai
kesan langsung ke atas individu-individu yang bertemu dalam pasaran. Orang„orang
yang berharta boleh melabur dan ini akan menggandakan lagi kedudukan ekonomi
mereka, manakala orang yang tidak berharta akan tidak dapat memperolehi kuasa
ekonomi. Sebagai contoh, kuasa merunding (bargaining power) para buruh adalah
rendah kerana bekalannya adalah banyak. Ini sebaliknya bagi pemilik harta. Para
buruh akan kebuluran kalau mereka tidak menukar tenaga buruh mereka untuk
upah,
Ini bermakna bahawa keupayaan seseorang menguasai pasaran barangan atau
perkhidmatan bergantung kepada ada atau tidak adanya harta (Weber, 1978:927) -
inilah unsur-unsur asas yang menentukan kedudukan kelas seseorang. Jadi,
kedudukan kelas ditentukan oleh kuasa merunding sesuatu pihak dalam pasaran
(dalam pertukaran). Bertolak dari perkara asas ini, kelas dibahagikan mengikut:
(a) jenis harta yang boleh digunakan untuk mendapat keuntungan dan, (b) jenis
perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran.
Dengan mengambil kira perkara-perkara tersebut, Weber telah mengindentifikasi 3
jenis kelas:
1. Kelas-kelas harta.
2. Kelas-kelas perdagangan (commercial classers) dan,
3. Kelas-kelas sosial.

1. Kelas-Kelas Harta
Kedudukan kelas ditentukan oleh ada atau tidak adanya harta. Kelas ini boleh pula
dibahagikan kepada:
(a) yang keistimewaan,
(b) tidak keistimewaan dan
(c) kelas menengah

2. Kelas-Kelas Perdagangan
13

Mereka ini berlainan dan dikenali sebagai kumpulan-kumpulan yang berkaitan


dengan pengurusan. Merekajuga telah dibahagikan kepada:
(a) yang keistimewaan,
(b) (b) tidak keistimewaan dan,
(c) kelas menengah.
Kedudukan kelas ditentukan oleh peluang-peluang perkhidmatan dalam pasaran.
(Perhatikan bahawa kriteria yang digunakan di sini adalah agak kabur kerana
perbezaannya dengan kelas-kelas harta di atas tidak jelas).

3. Kelas-Kelas Sosial
Kelas-kelas sosial merujuk kepada ”keseluruhan kedudukan kelas dalam mana
mobiliti individu dan generasi adalah senang dan tipikal (typical)". Kelas-kelas sosial
yang diidentifikasikan oleh beliau ialah: kelas-kelas prolitariat, 'petite-bourgeoisie's
profesional—profesional dan kelas berharta. Weber mungkin telah membezakan
kelas ini dari yang lain kerana kelas sosial merujuk kepada corak-corak hidup pada
keseluruhannya. Corak-corak hidup di sini bukan sahaja merujuk kepada kedudukan
ekonomi pada sesuatu masa tetapi juga pengalaman sejarah mereka. Lantaran itu
mobiliti generasi diambil

Taraf
Taraf merujuk kepada 2 perkara:
(i) gaya (style of life) dan,
(ii) perasaan kekitaan.
Taraf seseorang boleh ditentukan oleh beberapa perkara - ekonomi, politik dan
sebagainya. Jadi, kedudukan taraf boleh ditentukan oleh kedudukan kelas, tetapi
tidak begitu. Sesuatu kelompok taraf boleh terdiri dari individu-individu yang
berlainan kedudukan kelasnya. Umpamanya, dari segi gaya hidup (penggunaan),
kelompok diraja boleh juga dilihat sebagai satu contoh dari segi perasaan kekitaan,
kelompok suku-kaum boleh dikatakan sebagai suatu kelompok taraf (Wallerstein,
1977).
Konsep kelompok taraf merupakan suatu perkara yang menarik dan ia juga adalah
suatu tambahan yang Marx tidak selidik. Namun demikian, Weber sendiri
menganggap bahawa kelompok taraf semakin hari berkurangan pentingnya. Ini
adalah kerana. hubungan-hubungan pasaran-pasaran semakin lama memusnahkan
kewujudannya.
Kelompok-kelompok taraf ialah kelompok yang wujud atas dasar-dasar bukan-
pasaran, Keahlian kelompok itu berasaskan kepada monopoli atas barangan dan
perkhidmatan dan monopoli ini berkekalan kerana barangan dan perkhidmatan-
14

perkhidmatan itu tidak dijadikan komoditi dalam pasaran tidak ditawarkan untuk
dijual-beli.
Mengenai kesan umum susunan taraf, cuma satu kesan boleh dicatitkan, tetapi ia
adalah suatu yang penting: membatas pembangunan pasaran
Susunan masyarakat kapitalis semakin memusnahkan kewujudan kelompok-
kelompok taraf. Ini adalah kerana masyarakat kapitalis adalah masyarakat
kommoditi yang tertinggi. Maka,
"As the money economy expands and with it, both the growing differentiation of
needs capable of being satisfied by indirect barter and the independence from land
ownership, such a situation of fixed, hereditary appropriation normally creates a
steadily increasing of individual parties :in the possibility of using their vested
property rights for exchange with the highest bidder, even though he be an
outsider ..... In turn, an emerging capitalistic economy, the stronger it becomes, the
greater will be its efforts to obtain the means of production and labour services in the
market without limitations by sacred or status bonds, and to emancipate the
opportunities to sell its products from the restrictions imposed by the sales
monopolies of status groups".
Petikan di atas jelas menunjukkan bahawa kelas dan kelompok taraf bukanlah dua
"dimensi" yang berasingan, tetapi bahawa "kelas-kelas dan komuniti-komuniti taraf
merupakan dua mode pembentukan kelompok yang bersaingan dalam pengagihan
kuasa dalam masyarakat. "7 Inilah mengapa pendapat seperti Runciman tadi boleh
dipersoalkan.

Parti
Parti dimaksudkan suatu persatuan (formal atau tidak formal) yang berorientasikan
kepada pengagihan kuasa - dan ia boleh berasaskan kepada kelas atau kelompok
taraf. Dengan itu, parti bukanlah suatu 'dimensi' yang berasingan. Organisasi
tersebut mempengaruhi bagaimana kuasa diagihkan. Kemenangan pilihanraya
sesuatu parti sudah tentu mengalihkan kuasa kepada ahli-ahlinya.
Kesedaran Kelas Dan Tindakan Kelas
Seperti mana yang telah dikatakan di atas Weber berpendapat bahawa kelas itu
bukanlah komuniti, Apakah yang dimaksudkan? Bagi Weber, kelas adalah
kedudukan objektif seseorang individu. Kalau pun kedudukan objektif ini adalah
sama bagi sebahagian besar masyarakat, ia cuma bermakna bahawa ramai ahli
masyarakat itu mempunyai cuma bermakna bahawa ramai ahli masyarakat itu
mempunyai ciri-ciri atas hubungan-hubungan ekonomi yang sama. Komuniti kelas
itu cuma wujud apabila wujud perasaan kekitaan dan kesedaran dan bertindak atas
kesedaran tersebut untuk memperjuangkan kepentingan kelas yang dimaksudkan
(Weber, 1946:183). Sekali lagi beliau telah membidas Marx kerana Marx dikatakan
sebagai mengatakan bahawa kesedaran kelas dan tindakan kelas berlaku di
kalangan tiap-tiap satu kelas, Apa yang ditekankan oleh Weber ialah bahawa "class
in itself", jauh berbeza dari "class for itself'.
15

Oleh kerana kedudukan kelas tidak dengan secara langsung dan otomatis,
mengakibatkan munculnya kesedaran kelas, maka adalah tidak di dalam logik
Weber untuk bersetuju dengan Marx bahawa dinamin terpenting dalam masyarakat
adalah perjuangan kelas. Bagi Weber, kecondongan berlakunya perjuangan kelas
bergantung kepada kebudayaan, terutamanya kebudayaan intelektual sesuatu kelas
itu dan sebagainya. Organisasi kelas pula lebih mudah diselenggarakan.
(i) Sekiranya perjuangan itu adalah di antara kelas-kelas yang berdekatan,
contoh: di antara buruh dengan pihak pengurusan,
(ii) Apabila sesuatu kelas itu ramai ahlinya.
(iii) Apabila ahli-ahli kelas itu tertumpu di suatu kawasan. Contoh - buruh kilang.
(iv) Apabila matlamat-matlamat perjuangan kelas itu mudah difahami.
Selain dari perkara-perkara di atas ada dua perkara lain yang penting:
(i) bahawa Weber berbeza dari Marx kerana beliau menekankan bahawa
hubungan kelas itu adalah hubungan pasaran, dan
(ii) oleh kerana itu, harta atau tenaga buruh cuma dilihat sebagai komoditi-
komoditi yang ditukar dalam pasaran: bagi Marx pula, perkara-perkara itu bukan
sahaja komoditi-komoditi yang ditukarkan tetapi adalah juga komoditi-komoditi yang
saling berhubungan dalam proses pengeluaran. Kesemua perbezaan ini bertapak
dari kaedah-kaedah yang berbeza.

Soalan Di dalam Teks

Kelas, taraf dan partai adalah tiga dimensi ketaksamaan


yang berbeza. Huraikan pendapat ini dengan kritis?

III. Pendekatan Marxian


Teori ketaksamaan Marxian ini boleh dikenali dengan kaitan yang dibuat di antara
ketaksamaan dan kemiskinan dengan proses pengeluaran. Pada sepintas lalu, teori
Marx sehaluan dengan teori Weber: iaitu kedudukan kelas seseorang ditentukan
oleh pemilikan harta atau modal. Namun demikian, pemilikan harta ini penting bukan
sahaja kerana ia menentukan kedudukan seseorang dalam pasaran dan
perhubungan-perhubungan pasaran seperti yang ditegaskan oleh Weber, tetapi juga
kerana pemilikan harta menentukan kedudukan seseorang dalam proses
pengeluaran. Perbezaan ini merupakan perbezaan yang memisahkan Weber dari
Marx. Weber cuma menganggap perhubungan-perhubungan pasaran, manakala
Marx telah meliputi perhubungan-perhubungan pengeluaran. Weber tidak
mempunyai satu teori penindasan manakala Marx telah membentuk teori tersebut
melalui kupasan yang dibuat oleh beliau ke atas proses pengeluaran.
16

Apa itu proses pengeluaran?


Proses pengeluaran yang dimaksudkan di sini adalah sama dengan maksud yang
diertikan dalam penggunaan umum - iaitu ia merujuk kepada proses-proses yang
berlaku dalam pengeluaran - proses mengeluarkan sesuatu barangan yang berguna
(barangan itu mempunyai suatu nilai guna). Unsur-unsur proses pengeluaran
meliputi:
(a) kerja (pengembelingan tenaga)
(b) objek ke atas mana kita mencurahkan tenaga kita contoh:
besi waja yang diguna untuk membuat bahagian-bahagian tertentu seperti jentera
motokar dan,
(c) alat-alat pengeluaran (instruments of production) - iaitu alat-alat yang
digunakan dalam proses mengubah alam semulajadi untuk mengeluarkan sesuatu
yang spesifik.
Perkara (b) dan (c) boleh diklasifikasikan sebagai alat-alat pengeluaran (means of
production).
Dalam sesuatu proses pengeluaran, tenaga yang digembelingkan ke atas sesuatu
objek (contoh: kayu) melalui alat-alat pengeluaran (gergaji) mengakibatkan sesuatu
perubahan ke atas objek berkenaan. Ini benar bagi semua proses pengeluaran. Jadi
setiap proses pengeluaran adalah suatu proses di mana alam semulajadi
diubahsuaikan.
Dengan itu, kerja adalah suatu aktiviti yang 'conscious', yang dirancangkan, dalam
proses mana manusia mengubahsuaikan alam semulajadinya. Pengubahsuaian
alam semulajadi pula mengubah manusia. Manusia telah mencipta bagaimana
hendak menggunakan minyak dan bagaimana hendak mencari dan menggalinya.
Pencapaiannya ini mempunyai suatu implikasi yang besar dan kita boleh
menggambarkan bagaimana manusia telah berubah.
Suatu lagi perkara penting mengenai proses pengeluaran ialah bahawa ia adalah
suatu proses sosial. Manusia bukan kerja berseorangan tetapi dengan berhubung
dan bekerjasama dengan orang lain. Kita mempunyai perhubungan-perhubungan
tertentu dalam proses kita mengembelingkan tenaga dan ini dipanggil (hubungan-
hubungan pengeluaran). Hubungan-hubungan pengeluaran merujuk kepada
perhubungan di antara pemilik alat-alat pengeluaran dengan objek dan alat-alat
pengeluaran dan dengan hasil pengeluaran. Atau sebaliknya ia merujuk kepada
perhubungan di antara buruh dengan objek dan alat-alat pengeluaran dan dengan
hasil pengeluaran. (Perhubungan ini juga boleh meliputi perhubungan di antara
pekerja-pekerja yang bekerjasama). Hubungan-hubungan pengeluaran berubah dari
satu masa ke suatu masa. Mengikut Marx sejarah dunia Barat memperlihatkan
5jenis perhubungan pengeluaran komunisme, primitif, perhambaan, feudalisme,
kapitalisme, sosialisme dan (pada masa akan datang bagi Marx) komunisme. Setiap
satu jenis mempunyai corak bentuk perhubungan-perhubungan pengeluaran yang
tertentu.
17

Mengapakah proses dan perhubungan pengeluaran penting dalam “paradigm” Karl


Marx?
Bagi Marx, hubungan pengeluaran adalah unsur terpenting dalam susunan sosial
dan dengan demikian ia juga merupakan unsur yang boleh menjelaskan kemiskinan
dan ketaksamaan. Mengapakah hubungan pengeluaran begitu penting? Ini adalah
kerana:
(i) Pengeluaran merupakan perkara yang terpenting dalam hidup kita. Tiap-tiap
individu perlu menyara hidup keluarga dan dirinya - iaitu dia perlu bekerja untuk
menyara hidup.
Pembangunan masyarakat berlandaskan kepada pengeluaran. Segala kekayaan
dihasilkan melalui pengeluaran. Maka bentuk susunan hubungan-hubungan
pengeluaran sudah tentu akan mempengaruhi bagaimana kekayaan diagihkan.
(ii) Dari (i), kita dapat melihat bahawa pengeluaran adalah nadi bagi individu dan
juga bagi masyarakatnya. Ia juga penting kerana cuma dengan memburuh sahajalah
dapat manusia mencipta dan membentuk sejarahnya yang kaya raya. Ini
menunjukkan bahawa proses pengeluaran merupakan proses melalui mana potensi
mental dan fizikal manusia diguna.
Ketaksamaan dan hubungan-hubugan kelas
Proses pembentukan kelas telah bermula apabila manusia
berkemampuan/berupaya mengeluarkan hasil lebihan dan bila mana hasil lebihan itu
dikuasai oleh sesuatu kelas. (Hasil lebihan adalah hasil yang lebih dari keperluan
hidup).
Bagaimana kelas tersebut menguasai hasil/pengeluaran lebihan itu berbeza
mengikut tempat dan masa - iaitu ia bergantung kepada susunan hubungan-
hubungan pengeluaran. Sebagai contoh kita akan membezakan bentuk penguasaan
hasil lebihan dalam sistem feudal dan sistem kapitalis. Dalam sistem feudal, hasil
lebihan rakyat jelata (petani) diperas melalui paksaan politik non-economic coercion
manakala pemerasan dalam sistem kapitalis adalah melalui paksaan atau desakan
ekonomi economic coercion.
Oleh kerana kelas atasan feudal menguasai tanah - ekoran dari kedudukan politik
dan militernya, maka tiap-tiap petani dipastikan menyerah sebahagian dari hasil-
hasil pengeluarannya (sewa feudal) atau menyerah tenaga tenaga buruhnya untuk
beberapa hari (buruh kerah). Bagi pilihan pertama kerja dilakukan di tanah petani
sendiri, manakala bagi pilihan kedua kerjanya dilakukan di tanah kelas atau feudal.
Sama ada petani itu bersetuju atau tidak dia terpaksa berbuat demikian.
Kewajiban ini terpaksa dipatuhi kerana kelas memerintah mempunyai kuasa militer
atau kuasa undang-undang. Oleh kerana petani itu memiliki (atau 'effectively
possess) pemindahan hasil lebihan tadi (dalam bentuk sewa atau buruh kerah)
mestilah dipaksakan. Ia mesti dipaksa kerana petani itu tidak perlu menjual tenaga
buruhnya untuk menyara hidup.
18

Dalam sistem kapitalis paksaan politik tidak perlu. Hasil lebihan yang diperolehi oleh
kelas kapitalis adalah melalui desakan-desakan ekonomi. Ini boleh berlaku kerana
kelas kapitalis memeras hasil lebihan dari kelas buruh upah (wage labour), suatu
kelas yang telah diceraikan dari segala pemilikan alat pengeluaran. Oleh kerana
mereka tidak mempunyai alat pengeluaran, maka mereka terpaksa menjual tenaga
mereka kepada orang-orang yang mempunyai alat-alat ini. Perhubungannya
dengan pemilik/majikan itu adalah suatu perhubungan kontrak, iaitu suatu penjualan
atau pembelian tenaga buruh yang boleh diberhentikan/dimansuhkan selepas
memberi notis. Ini bermakna bahawa buruh upah adalah suatu kelas yang bebas
(ini berbeza dengan kaum tani dalam sistem feudal yang dipaksa); bebas dalam dua
erti kata:
(i) mereka dibebaskan (diceraikan) dari segala pemilikan alat pengeluaran.
(ii) mereka bebas memilih kepada siapa tenaganya dijual, bebas mengubah
majikannya dan bebas memberhentikan penjualan tenaganya.
Hasil lebihan diperolehi dalam proses pengeluaran. Dalam proses pengeluaran,
buruh diupah. Upah yang diberi sekadar menyara hidup buruh, bukan sekadar nilai
yang dihasilkan. oleh buruh. Perbezaan di antara jumlah nilai yang telah dihasilkan
oleh buruh dalam proses pengeluaran dan jumlah nilai. yang diupah kepada buruh
merupakan 'keuntungan' atau dalam istilah Marx, nilai lebihan".
Contoh-contoh di atas menunjukkan bagaimana bentuk-bentuk proses memperolehi
hasil lebihan bergantung kepada hubungan pengeluaran.
Seterusnya, mengikut Marx,. individu-individu yang mempunyai kedudukan yang
sama dalam proses pengeluaran dikatakan sebagai suatu kelas. Jadi, secara kasar,
contoh-contoh tadi boleh menunjukkan bahawa masyarakat feudal mempunyai dua
kelas yang penting: Kelas pemerintah dan kaum tani (yang diperintah'). Dari contoh
sistem kapitalis: Kelas kapitalis dan kelas buruh upah.
Pemilikan dan penguasaan alat-alat pengeluaran merupakan unsur yang
membezakan satu kelas dari yang lain. Orang-orang yang memiliki alat pengeluaran
atau yang boleh menguasai/mempengaruhi susunan proses perburuhan (sistem
feudal: kelas pemerintah tidak memiliki semua tanah tetapi masih dapat menentukan
penyerahan buruh kepadanya) merupakan sebagai satu kelas yang terasing dari
orang-orang yang tidak memiliki alat pengeluaran atau susunan proses perburuhan.
Ini adalah kerana pemilikan ke atas alat-alat tersebut membenarkan pemilik
menguasai atas segala yang berkaitan dengannya.

Pemilikan sumber-sumber ekonomi bukan sahaja menentukan siapa yang akan


menindas dan siapa ditindas, siapa yang kaya dan siapa yang miskin, tetapi ia juga
menentukan kuasa kelas itu dalam aspek-aspek lain seperti kuasa politik dan kuasa
ideologi (contoh: kuasa meluluskan sesuatu interpretasi agama dan mencegah yang
19

lain). Bagi Marx, kuasa ekonomi adalah yang terpenting: struktur ekonomi
menentukan bentuk struktur masyarakat yang lain. Dalam prakata dalam The
Critique of Political Economy Marx telah menggaris pendekatan:
"Semua hubungan pengeluaran ini merupakan struktur ekonomi masyarakat
asas tulin atas mana dibentuk superstruktur-superstruktur undang-undang dan
politik dan kepada mana wujud bentuk-bentuk kesedaran sosial tertentu yang
bersesuaian. Ragam pengeluaran dalam kehidupan kebendaan (material life)
menentukan bentuk umum proses-proses hidup sosial, politik dan spiritual.
Bukan kesedaran manusia yang menentukan hidupnya, tetapi, sebaliknya,
hidup sosialnya yang menentukan kesedarannya (Dipetik dari Zeit.lin,
I.L:Ideology and the Development of Sociology Theory, New Delhi, Prentice
Hall, 1969, m.s. 98).

Ini bermakna bahawa kelas yang berkuasa adalah kelas yang memiliki dan
menguasai sebahagian besar dari alat-alat pengeluaran dalam masyarakat. Kuasa
mereka tidak terhadap kepada bidang ekonomi, kerana kuasa ekonomi mereka
menentukan suara mereka didengari dan dipatuhi baik mengenai soal undang-
undang kuasa politik dan sebagainya. Umpamanya syarikat-syarikat gergasi seperti
Exxon, Shell dan sebagainya mempunyai kuasa ekonomi yang boleh digunakan
untuk mendapatkan sesuatu keputusan politik tertentu.

Jadi bagi Marx, susunan masyarakat adalah susunan hubungan-hubungan kelas.


Bukan sahaja susunan masyarakat merupakaan susunan kelas; tetapi perhubungan
di antara satu kelas dengan yang lain adalah bercanggahan; percanggahan ini
timbul kerana perhubungan-perhubungan kelas adalah menindas atau
bersaingan (exploitative or competitive). Perhubungan menindas berlaku di antara
kelas yang memburuh dan kelas yang memeras buruh, manakala sesuatu
perhubungan dikatakan bersaingan apabila perhubungan itu adalah di
antara puak-puak (yang berlainan), sesuatu kelas. Bentuk perhubungan kelas yang
menindas senang kita contohkan - di antara pemodal dan buruh. Bagi
perhubungan bersaingan kita boleh ambil contoh buruh tempatan dan buruh asing di
Singapura. Kesatuan-kesatuan buruh tempatan Singapura tidak mmeperjuangkan

hak-hak asasi pekerja Malaysia (seperti kadar bayaran yang berlainan, buruh
Malaysia tidak diselindungi insuran dan sebagainya). Ini adalah kerana buruh
tempatan atau segelintir kecil pemimpin-pemimpin darinya tidak mahu bahagian
mereka terjejas. Satu lagi contoh ialah di antara kelas kapitalis birokrat dan puak
pemodal-pernodal kecil.
20

Marx berpendapat bahawa perhubungan-perhubungan yang menindas adalah


utama. Ini adalah kerana persaingan berlaku dalam proses pemerasan hasil atau
nilai lebihan. Persaingan tidak boleh wujud persendirian. (It cannot persist in and
for itself).

Walaupun benar bahawa kelas-kelas berhubungan kerana mereka saling


bergantungan, saling bergantungan ini adalah asymmetrical atau tidak sama.

Percanggahan asas dalam masyarakat ialah percanggahan di antara hubungan-


hubungan pengeluaran dengan kuasa-kuasa pengeluaran (buruh, alat-alat
pengeluaran). Jadi walaupun pengeluar adalah suatu aktiviti sosial (kerjasama
di antara pekerja-pekerja) dan hasilnya adalah barangan produksi sosial, yang
menguasainya dan yang memiliknya adalah individu-individu, bukan masyarakat
seluruhnya (iaitu hubung pengeluarannya juga menentukan mekanisme
pengagihan bertentang dengan kuasa-kuasa pengeluaran) (Persaingan ini telah
dibincangkan dalam K.S. Jomo, 1978)

Percanggahan di antara kelas-kelas sosial juga adalah unsur yan mengakibatkan


perubahan sosial. Apabila kelas-kelas terjeja kepentingannya, mereka akan
berjuang untuk mengekalkan memperkembangkan kepentingan kelas masing-
masing dan dengan demiki mencetus gerak-antara kelas-kelas akan
mengakibatkan perubahan.

Bagi Marx, sesuatu kelas itu cuma akan berjuang dengan bersungguh sungguh
apabila ia sedar akan kepentingan-kepentingannya class for itself. Kalau tidak,
sesuatu kelas itu cuma adalah suatu class in itself sahaja.

Perbincangan pendek di atas tidak mendalam. la cuma dapat menggariskan rangka


kasar penulisan Marx. Rangka kasar ini sudah tentu tidak memadai dan ia juga tidak
melambangkan penulisan Marx dengan cara yang berpatutan. Ini adalah kerana
pendapat-pendapat Marx berasaskan kepada proses-proses pemikiran yang lebih
mendalam dan kepada simplistik seperti mana yang telah kita huraikan. Oleh kerana
itu, adalah perlu bagi kita sekurang-kurangnya melihat pertahanan Marx kepada
hujah-hujah Weber.

A. Petikan dari Zeitlin (1960) tadi harus menyakinkan pengikut-pengikut Weber,


Marx mahupun Engels tidak boleh difahami dari suatu cedokan/petikan sahaja;
malah rnereka mesti dianalisa dari keseluruhan penulisan-penulisan mereka.
Dengan membuat demikian, pemodal-pemodal bersaingan di antara kita akan
21

dapati bahawa Marx dan Engels tidaklah mekanistik - iaitu, mereka. tidak
menganggap tiap-tiap fenomena sosial sebagai akibat kuasa-kuasa ekonomi
sahaja, malah kuasa-kuasa. politik atau ideologi juga boleh rnempengaruhi
ekonomi. Perhubungan di antara kuasa-kuasa ekonorni dan ideologi-politik adalah
dialetikal dan bukan satu hala sahaja.

Pembidasan Weber juga tidak tepat kerana Marx dan Engels cuma mengutarakan
kenyataan bahawa fenomena sosial adalah pada akhirnya, akibat dari kuasa-kuasa
ekonomi. Ini berlainan dari kritikan Weber bahawa Marx telah mengatakan bahawa
semua fenomena sosial adalah akibat dari kuasa-kuasa ekonomi sahaja. Analisis-
analisis empiris sedia. menjelaskan pendirian beliau (Ashcraft, 1972:138-140).

Walau bagaimanapun, adalah tepat sekiranya kita menyatakan bahawa Marx


telah berpegang teguh kepada prinsip bahawa kehidupan ekonomi menentukan
corak hidup politik ideologi dan sosial.

Tetapi ini mestilah dilihat sebagai suatu prinsip di peringkat abstrak yang tertinggi.

B. Hujah Weber bahawa perjuangan kelas itu adalah suatu perkara yang tidak
otomatis memang tepat. Tetapi pendapat ini juga dipersetujui oleh Marx.

C. Marx tidak menyediakan suatu kupasan butir akan konsep-konsep yang beliau
gunakan. Ini sebaliknya bagi Weber. Oleh kerana itu Weber telah memecahkan
suatu kelas kepada berbagai-bagai puak yang berbeza. Oleh kerana itu, Weber
sering disanjung tinggi kerana beliau tidak terlalu simplistik seperti Marx, kerana
Marx selalu dikatakan sebagai berpendapat bahawa masyarakat kapitalis cuma
mempunyai 2 kelas borjuise dan kelas prolitariat. Ini tidak berasaskan kerana Marx
sendiri telah sering memecahkan sesuatu kelas kepada berbagai puak.

Soalan Di dalam Teks


22

Apakah perbezaan yang boleh anda dapati dalam penghurai


Weber dan Marx mengenai ketidaksamaan?

Bagaimanakah ketaksamaan dikaitkan dengan proses


pengeluaran?

Bahan-Bahan Rujukan

Bottomore, T.B.Sociology : A Guide To Problem And Literature, London, Unwin


University Books, 1962, Bab 11.

Dahrendorf, R., On The Origin Of Inequality Among Men, dalam A. Beteille, Social
Inequalit, Harmondsworth, Penguin, 1969 and Heald R.

Haralambos, M. and Heals R.: Sociology: Themes and Perspectives, University


Tutorial Press,1980, m.s 24 -27.

Worsley, P. et. al : Introducing Sociology, Harmondsworth, Penguin Books, 1970,


Bab 7. m.s. 283 – 336.
23

-57

You might also like