You are on page 1of 4

Ulasan Artikel

Artikel yang bertajuk “Preparing adults with autism spectrum disorders for employment”
telah dipilih untuk diulas. Artikel ini merupakan penyelidikan oleh Pricess M. Cullum (2014)
yang telah diterbitkan di dalam “Online Journal for Waorkforce Education and Development”.
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menerokai amalan-amalan yang dilaksanakan di
sesebuah institut teknologi bagi penghidap dewasa yang mempunyai ASD (Autism Spectrum
Disorder ataupun Kecelaruan Spektrum Autisme) untuk menentukan strategi melibatkan kepada
pekerjaan, integrasi teknologi dan juga penyediaan terhadap pekerjaan. Penyelidik juga turut
mengariskan dua persoalan terhadap kajian ini iaitu pertama, apakah amalan-amalan yang
berkesan dalam menyediakan penghidap dewasa dengan ASD bagi pekerjaan dalam bidang
teknologi dan kedua adalah, apakah teknik untuk latihan teknologi yang boleh digunakan dalam
menyediakan penghidap dewasa dengan ASD sesuatu pekerjaan dalam reka bentuk permainan
video.

Isu yang diketengahkan dalam penyelidikan ini adalah menjurus kepada kurangnya
hujah-hujah dalam penyelidikan berkenaan dengan keperluan penghidap-penghidap dewasa
dengan ASD terutamanya melibatkan kepada keperluan dan juga bentuk latihan yang
bersesuaian sebagai satu persediaan ke alam pekerjaan. Penyelidik juga berharap agar
penyelidikan dapat diteruskan dalam konteks yang lebih luas melibatkan kepada rekabentuk
kualitatif dan quantitatif dengan penghidap dewasa yang menghidapi ASD. Selain itu, satu
penyelidikan berkenaan dengan majikan yang tidak mahu mengambil penghidap dewasa dengan
ASD juga perlu dilaksanakan demi untuk membongkar persepsi mereka dan juga isu-isu yang
berkaitan serta pandangan-pandangan yang lain.

Penghidap ASD seringkali diabaikan dalam sektor pekerjaan akibat daripada


ketidakupayaan penghidapnya untuk berkomunikasi dengan baik selain mempunyai gangguan
saraf melibatkan kepada tingkah laku dan juga interaksi sosial. Meskipun begitu, ramai
penghidap ASD ini mempunyai pengetahuan dan berkemahiran, mereka juga memilih untuk
bekerja separuh masa akibat daripada permasalahan yang dihadapi. Penyelidik ingin melihat
penghidap ASD ini bagi memenuhi keperluan teknologi berintensif melibatkan kepada perisian
1
dan perkakasan, menulis struktur-struktur program komputer dan juga melakukan peralatan ujian
yang boleh menjadi autonomi dimana hanya memerlukan sedikit sahaja interaksi sosial selain
bergantung kepada pengalaman serta kemahiran teknikal.

Untuk melengkapi penyelidikan ini, seramai 7 penghidap dewasa dengan ASD telah
dipilih dari pelbagai latar belakang dan dua orang pengasas yang ditugaskan untuk membantu
penyelidik. Perlaksanaan penyelidikan ini dilaksanakan di sebuah institut teknologi di North
Texas yang menyediakan penghidap dewasa dengan ASD termasuklah reka bentuk permainan
video, kelengkapan reka bentuk dan peralatan, pembinaan peta dan model 3D. Seterusnya, hasil
dapatan daripada penyelidikan yang dilakukan, penyelidik telah mendapati bahawa melalui
pertemuan secara bersemuka ini, maklumat merupakan intipati yang penting bagi keduanya.
Tambahan lagi, untuk berinteraksi dengan mereka, pengasas memerlukan kesabaran dan
persefahaman dalam memberi latihan dan menyediakan mereka untuk menggunakan teknologi.
Bahkan, kedua-dua pengasas ini juga menyatakan bahawa, latihan secara individu, kefungsian
pendekatan untuk mempelajari teknologi dan aktiviti yang berorientasikan kepada aplikasi begitu
diperlukan untuk membantu pelajar mengetahui intipatinya secara umum ke kawasan-kawasan
yang lain.

Selanjutnya, penyelidik juga mendapati bahawa, arahan yang jelas dalam pembinaan
pasukan, memberi panduan terhadap kumpulan sosial dan kemuafakatan adalah penting. Dalam
tema yang diberikan iaitu struktur program komputer, pengasas menjelaskan bahawa, peserta
dapat menyediakan dan melengkapkannya dengan baik. Pengasas juga berharap bahawa,
masyarakat dapat memahami dan memberi peluang kepada penghidap dewasa dengan ASD
untuk bekerja dalam bidang teknologi sama ada dalam organisasi swasta mahupun awam.
Seterusnya, penyediaan latihan industri melibatkan kepada perisian standard adalah perlu
diberikan kepada mereka. Pengalaman pekerjaan setiap responden adalah berbeza sebelum
memasuki institut ini. Pada akhirnya, syarikat-syarikat yang berasaskan kepada teknologi perlu
bersama-sama untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan penempatan pekerjaan serta
pembangunan modal kepada penghidap dewasa dengan ASD ini. Penghidap dewasa dengan
ASD ini juga seharusnya diberi peluang untuk menjalani kehidupan dan mempunyai pekerjaan
seperti individu normal yang lain meskipun perlu disesuaikan dengan skop kerja tertentu.
2
Perbincangan mengenai Autisme atau kecelaruan spektrum autisme (ASD) dikalangan
penghidap dewasa di Malaysia begitu kurang ditekankan, sebaliknya lebih menfokuskan kepada
kanak-kanak. Meskipun begitu, perangkaan yang dikeluarkan oleh CDC (Centre for Disease
Control), Malaysia mempunyai 300,000 penghidap kanak-kanak dan penghidap dewasa yang
mempunyai autisme. Penghidap dewasa dengan ASD ini mempunyai pelbagai gejala
terutamanya dalam berkomunikasi dan juga berinteraksi dengan individu lain. Mereka juga turut
mempunyai masalah dengan emosi dan tingkah laku, lantaran itu, mereka tidak dapat memahami
bahasa tubuh oleh individu di persekitaran mereka. Keadaan ini menjadi bertambah buruk
apabila ibubapa yang mendidik mereka sejak kecil tidak memberi pendedahan dan bimbingan.
Menjadi kebiasaan kepada ibubapa di Malaysia yang akan memarahi anak-anak dan juga
memberi tumpuan kepada anak-anak yang nakal tetapi tidak mengendahkan apabila anak-anak
menunjukkan ataupun melakukan sesuatu kebaikan.

Penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik ini boleh diterapkan di Malaysia sekiranya
semua pihak mengambil inisiatif untuk membantu golongan penghidap dewasa dengan ASD ini.
Penghidap dewasa dengan ASD ini mampu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang
dikhususkan kepada mereka dan melakukan kerja yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Persekitaran kerja mereka juga seharusnya tidak memerlukan mereka berinteraksi dengan banyak
dan penyelia yang menguruskan mereka juga memerlukan kesabaran dan kesefahaman selain
mempunyai latihan dalam menyampaikan dan memberi arahan kepada mereka agar tidak berlaku
salah faham dan sebagainya.

Situasi ini kurang diterapkan di Malaysia kerana penghidap dewasa dengan ASD di
Malaysia kebiasaanya akan lebih cenderung untuk tinggal bersama dengan ahli keluarga dan
tidak bekerja. Untuk memasuki alam pekerjaan bukanlah perkara yang mudah kerana penghidap
dewasa dengan ASD perlu berhadapan dengan situasi yang boleh memberi masalah dan konflik
kepada diri mereka selain faktor-faktor persekitaran yang melibatkan kepada kekangan terhadap
aktiviti-aktiviti sosial termasuklah stigma masyarakat dan lain-lain faktor. Penghidap juga masih
perlu bergantung rawatan untuk mengetasi masalah seperti gangguan cemas, tidur atau
berkemungkinan mencederakan diri mereka sendiri. Tambahan lagi, para majikan yang tidak
mahu mengambil risiko dalam memberi peluang kepada penghidap dewasa dengan ASD ini.
3
Rujukan

Princess M. Cullum. (2014). Preparing adults with Autism spectrum disorders for employment.
Online Journal for Workforce Education and Development. Volume VII (1), pp. 1-24

You might also like