You are on page 1of 2

PENGENALAN

Tajuk jurnal yang ingin dibincangkan ialah Kesan Penggunaan Gajet Kepada
Perkembangan Kognitif dan Sosial Kanak-Kanak. Jurnal ini ditulis oleh Shima Dyana Binti Mohd
Fazree dan Siti Marziah Zakaria daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Tujuan membincangkan jurnal ini adalah untuk mengulas kesan-kesan
penggunaan gajet kepada perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak. Merujuk jurnal ini
terdapat beberapa pengkaji yang mengkaji berkenaan dengan tajuk jurnal ini iaitu Beuty et al
(2015), Samsudin A.Rahim (1998), Kozuki et al. (2002), Fatin Afira (2017), Salmah Omar dan
Malisah Latip (2016), Muhammad Farooq Joubshi & Muhammad Asyraf Khurram dan lain-lain
lagi.

Gajet adalah alat peranti dalam pelbagai bentuk. Alat peranti yang sering digunakan
adalah tablet dan telefon pintar. Penggunaan tablet semakin menular di Malaysia khususnya bagi
tujuan mendidik. Pada zaman ini ibu bapa lebih menggunakan gadjet dan aplikasi untuk mengajar
anak-anak mereka. Hal ini akan membuatkan kanak-kanak menjadi ketagih kepada penggunaan
gadjet. Perkara ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak sekaligus menyebabkan
perkembangan sosial kanak-kanak menjadi terbantut. Penggunaan gadget memberi kesan yang
buruk kepada kesihatan kanak-kanan serta perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak.
Justeru, ibu bapa perlu memantau penggunaan gadget dan tidak mendedahkannya dalam usia
yang awal. Penggunaan pada jangka masa yang lama boleh menjejaskan perkembangan
bahasa, kemahiran membaca, memori, dan tumpuan. Penggunaan tanpa kawalan juga akan
merosakkan hubungan kekeluargaan dan sosial serta boleh membawa kepada penyakit-penyakit
fizikal mahu pun mental.

Menurut Beauty et al (2015), fungsi gajet adalah bagi menyediakan medium media sosial
untuk dicapai oleh penggunanya dengan mudah. Gadjet akan menyebabkan ketagihan kepada
penggunanya, menurut Kozuki et al. (2002) teknologi kini merupakan sesuatu yang mudah
diperolehi dan menyebabkan berlakunya perubahan dari segi budaya Malaysia (KKM, 2017).
Penggunaan gadjet memberikan kesan negatif kepada penggunanya. Contohnya mereka akan
lalai dan menggunakan masa yang panjang untuk menggunakan gadjet.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuktikan bahawa gajet tanpa wayar
seperti tablet dan telefon bimbit berisiko kepada penyakit kanser disebabkan oleh radiasi yang
dihasilkan (Berita Harian, 2015). Radiasi yang dihasilkan mampu melumpuhkan sistem imunisasi
kanak-kanak sekiranya mereka terdedah kepada radiasi yang tinggi atau terdedah sejak bayi lagi.
Malaysia mengalami era perubahan di mana ‘Bibik menggantikan Ibubapa’ dalam proses
pembesaran anak-anak. Tetapi ianya telah berubah di mana fenomenanya agak berbeza sedikit.
Fenomena yang menimpa bukan sahaja pada masyarakat di Malaysia, tetapi juga masyarakat di
luar negara, di mana ‘Gajet menggantikan Bibik/Ibubapa. ramai ibu bapa yang kurang sedar
terhadap kesan yang boleh memudaratkan anak-anak mereka. Rangsangan yang berlebihan dari
penggunaan gajet ini boleh menyebabkan pengecutan otak kanak-kanak, terutamanya kanak-
kanak yang berumur di bawah 3 tahun. Gajet yang dimaksudkan ini juga termasuklah
penggunaan televisyen dan apa sahaja yang ditonton (Fatin Afira, 2017).

You might also like