You are on page 1of 27

PENDEKATAN MODULAR

DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Peneraju Pendidikan Negara


PENGENALAN

 Penyampaian kandungan adalah bersifat fleksibel dengan pembelajaran yang jelas dan
mudah difahami oleh murid.

 Kandungan modul direka untuk menghubungkan keperluan belajar, tujuan, hasil, sumber
pembelajaran, teknik dan strategi PdP serta kriteria pentaksiran.

 Mengintegrasikan domain kognitif, efektif dan kemahiran psikomotor dengan lebih baik.

 PdP lebih menarik dan objektif pembelajaran dicapai dengan lebih efektif.

Peneraju Pendidikan Negara


KELEBIHAN PENDEKATAN MODULAR

Memendek dan menjimatkan masa PdP.


Guru mudah mengawal pembelajaran murid.
Murid boleh menilai sama ada mereka terampil atau belum dalam
menguasai sesuatu tajuk.
Murid belajar dalam persekitaran setempat dan situasi semasa.
Murid boleh menggunakan modul secara individu, kumpulan kecil
atau kumpulan besar.

Peneraju Pendidikan Negara


KURIKULUM MODULAR
Kandungan di susun dalam unit-unit kecil iaitu bidang/
tajuk/ kemahiran/ nilai yang kendiri lengkap.
Membolehkan pembelajaran dilakukan mengikut konteks
serta keupayaan murid.
Sesuatu kandungan kurikulum boleh diubah tanpa
menjejaskan keseluruhan kandungan kurikulum.
Setiap modul mempunyai objektif yang tersendiri merujuk
kepada bidang/ tajuk/ kemhiran/ nilai dalam mata
pelajaran berkaitan.
Pendekatan modular dalam PdP merupakan salah satu
pendekatan yang membolehkan guru menyusun atur tajuk-
tajuk dan standard (STANDARD KANDUNGAN/STANDARD
PEMBELAJARAN) mengikut kesesuaian.
Pendekatan ini membolehkan pelbagai teknik dan kaedah
dilaksanakan mengikut keupayaan murid dan situasi semasa.

Peneraju Pendidikan Negara


KONSEP PENDEKATAN MODULAR (KSSR & KSSM)

 Kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai berlaku dalam mata pelajaran yang
sama/merentas mata pelajaran, di tahun/tingkatan yang sama atau berbeza.

Pendekatan modular secara linear:


• Standard Kandungan (SK)/Standard Pembelajaran (SP) disampaikan mengikut
TURUTAN seperti
yang dinyatakan dalam DSKP.

Pendekatan modular secara bukan linear:


• SK/SP disampaikan TIDAK mengikut turutan dalam DSKP.
• Kesesuaian bidang/tajuk/kemahiran/nilai berdasarkan kebolehian murid, keperluan
semasa atau situasi setempat.

Peneraju Pendidikan Negara


KONSEP PENDEKATAN MODULAR (KSSR & KSSM)

Mendatar Merentas Mata


Mendatar Dalam Mata Pelajaran Pelajaran
(Horizontal Within Subject) (Horizontal Across Subject)

PELAKSANAAN
PENDEKATAN MODULAR
BUKAN LINEAR

Menegak Dalam Mata Pelajaran Menegak Merentas Mata Pelajaran


(Vertical Within Subject) (Vertical Across Subject)

Peneraju Pendidikan Negara


KONSEP PENDEKATAN MODULAR (KSSR & KSSM)

i. Mendatar dalam Mata Pelajaran (Horizontal Within Subject) ( )


 SK atau gabungan SP daripada SK yang berbeza pada mata pelajaran dan Tahun/Tingkatan
yang sama untuk diajar dalam satu masa tertentu.
 SP daripada SK yang berbeza tetapi mempunyai konsep yang berkaitan.
 Contohnya dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2. SK 5.1 digabungkan dengan SK 5.2
seperti dibawah:

Standard 5.1 Kerajaan Alam Melayu (Tingkatan 2)


Kandungan 5.2 Warisan Kerajaan Alam Melayu (Tingkatan 2)

Standard 5.1.3 Memerihalkan kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang masyhur.


Pembelajaran
5.2.1 Menerangkan sisitem pemerintahan kerajaan Alam Melayu.

K 5.2.7 Menghuraikan kepentingan menghargai warisan kerajaan Alam Melayu.

Nota: ‘K’ Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik.

Peneraju Pendidikan Negara


KONSEP PENDEKATAN MODULAR (KSSR & KSSM)

ii. Mendatar Merentas Mata Pelajaran (Horizontal Across Subject) ( )


• Gabungan SP daripada SK yang berbeza pada mata pelajaran yang berbeza dalam
Tahun/Tingkatan yang sama untuk diajar dalam satu masa tertentu.
• SP daripada SK yang berbeza tetapi mempunyai konsep yang berkaitan.
• Contohnya dalam mata pelajaran Sejarah dan Geografi Tingkatan 1. SK 2.1Sejarah Tingkatan
1 digabung dengan SK 2.1 Geografi Tingkatan 1 seperti dibawah:

Standard 2.1 Bumi (Geografi Tingkatan 1)


Kandungan 2.1 Zaman Air Batu(Sejarah Tingkatan 1)

Standard 2.1.3 Mengenal pasti benua, lautan, laut utama dan selat. (Geografi)
Pembelajaran
2.1.6 Menilai kesan perubahan di Asia Tenggara. (Sejarah)

K 2.1.8 Menyatakan kepentingan sikap yang perlu diamalkan dalam menjaga


alam sekitar.

Nota: ‘K’ Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik.

Peneraju Pendidikan Negara


KONSEP PENDEKATAN MODULAR (KSSR & KSSM)

iii. Menegak dalam Mata Pelajaran (Vertical Within Subject) ( )


• Mengabungkan SP daripada SK yang berbeza dalam mata pelajaran yang sama dan
Tahun/Tingkatan yang berbeza untuk diajar dalam satu masa tertentu.
• SP daripada SK yang berbeza tetapi mempunyai konsep dan kandungan yang berkaitan.
• Contohnya dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. SK 6.1 Sejarah
Tingkatan 2 digabungkan dengan SK 1.1 Sejarah Tingkatan 1 seperti dibawah:
Standard 1.1 Pengenalan Ilmu Sejarah (Tingkatan 1)
Kandungan 6.1 Kesultanan Melayu Melaka (Tingkatan 2)

Standard 1.1.4 Membincangkan sumber sejarah. (Tingkatan 1)


Pembelajaran
6.1.1 Menceritakan pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. (Tingkatan 2)

K 6.1.7 Merumuskan iktibar yang diperolehi daripada sejarah Kesultanan Melayu


Melaka.

Nota: ‘K’ Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik.

Peneraju Pendidikan Negara


KONSEP PENDEKATAN MODULAR (KSSR & KSSM)

iv. Menegak Merentas Mata Pelajaran (Vertical Across Subject) ( )


• SP daripada SK yang berbeza, mata pelajaran dan Tahun/Tingkatan yang berbeza diajar dalam
satu masa tertentu.
• SP daripada SK yang berbeza tetapi mempunyai konsep dan kandungan yang berkaitan.
• Contohnya dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2 dan Geografi Tingkatan 1.
SK 5.1 Sejarah Tingkatan 2 digabungkan dengan SK 1.2 Geografi Tingkatan 1 seperti dibawah:

Standard 5.1 Kerajaan Alam Melayu (Sejarah Tingkatan 2)


Kandungan 1.2 Kedudukan (Geografi Tingkatan 1)

Standard 5.1.3 Memerihalkan kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang masyhur. (Sejarah)


Pembelajaran
1.2.1 Membincangkan kedudukan relative sesuatu tempat berdasarkan peta.
(Geografi)

K 5.1.5 Menghuraikan kepentingan kedudukan strategic yang menyumbang kepada


kemajuan sesebuah kerajaan.

Nota: ‘K’ Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik.

Peneraju Pendidikan Negara


KONSEP PENDEKATAN MODULAR (KSSR & KSSM)

Contoh Penggabungan SP/SK Melalui Pendekatan Mendatar dan Menegak:

Peneraju Pendidikan Negara


PELAKSANAAN PENDEKATAN MODULAR DALAM PdP

Membolehkan guru mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran


berdasarkan kebolehan dan perkembangan murid.
Mengambil kira perkara-perkara seperti:
i. Berpusatkan murid
ii. Kesepaduan
iii. Linear dan Bukan Linear
iv. Fleksibel
Peranan Guru sebagai:
i. Perancang Pembelajaran
ii. Fasilitator

Peneraju Pendidikan Negara


PELAKSANAAN PENDEKATAN MODULAR DALAM PdP

1. Berpusatkan Murid
Bertujuan menggalakkan pelibatan murid secara aktif dalam PdP.
Murid menggunakan kandungan, aktiviti dan bahan berdasarkan kebolehan sendiri.
Guru – murid berinteraksi dua hala, murid menunjukkan sifat-sifat bersosial yang positif.
Murid menjalani pembelajaran secara:
i. Self Directed – pembelajaran terarah kendiri, murid menentukan sendiri tajuk dalam sesuatu
bidang yang ingin dipelajari.
ii. Self Access – pembelajaran akses kendiri, murid mencari dan mendapatkan maklumat tentang
tajuk yang dipelajari daripada pelbagai sumber.
iii. Self Assessed – penilaian kendiri, murid membuat penilaian/pentaksiran sendiri mengenai tajuk
yang dipelajarinya.
iv. Self Paced – pembelajaran langkah demi langkah mengikut kebolehan sendiri.

Peneraju Pendidikan Negara


PELAKSANAAN PENDEKATAN MODULAR DALAM PdP

2. Kesepaduan
Penggabungjalinan kemahiran, penyerapan ilmu dan nilai (SK/SP) dalam mata pelajaran
dan antara mata pelajaran berdasarkan keperluan dan kesesuaian.
Konsep kesepaduan:
i. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran.
ii. Penggabungjalinan kemahiran antara mata pelajaran.
iii. Penyerapan pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentas mata pelajaran.
iv. Penyerapan nilai dalam mata pelajaran.
v. Elemen merentas kurikulum.
vi. Kesepaduan antara kurikulum dan kokurikulum.
vii. Kesepaduan antara pengetahuan dengan amalan.
viii. Kesepaduan antara pengetahuan sedia ada murid dengan pengalaman murid.

Peneraju Pendidikan Negara


PELAKSANAAN PENDEKATAN MODULAR DALAM PdP

3. Linear dan Bukan Linear


Pendekatan linear – guru menyampaikan kandungan seperti susunan dalam DSKP. Guru
menghasilkan RPH mengikut susunan DSKP.

Pendekatan bukan linear – guru memilih mana-mana SK/SP berdasarkan keperluan


seperti: tema, kebolehan murid, situasi semasa.

Pemilihan pendekatan – guru perlu memahami keperluan kandungan kurikulum dan


situasi semasa. (Aspek: keperluan kurikulum, kesediaan murid, penggunaan alat bantu
mengajar, penggunaan tema).

Peneraju Pendidikan Negara


PELAKSANAAN PENDEKATAN MODULAR DALAM PdP

4. Fleksibel

Boleh diubah atau disesuaikan – mudah laras dalam pemilihan bidang/ tajuk/ kemahiran/
nilai mengikut objektif yang hendak disampaikan berdasarkan tahap penguasaan murid
atau situasi semasa.

PdP yang dilaksanakan oleh guru mampu mengikut kesesuaian keperluan murid.

Memudahkan murid memahami kandungan disampaikan guru – menghasilkan suasana


pembelajaran berkesan dan menarik.

Peneraju Pendidikan Negara


CONTOH PEMBELAJARAN MODULAR

Peneraju Pendidikan Negara


(1a) PENDEKATAN MODULAR DALAM MATA PELAJARAN BAHASA

Pendekatan Modular merujuk kepada susunan kemahiran yang digubal dalam kurikulum mata
pelajaran Bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa
Antarabangsa dan Bahasa Etnik).
Kemahiran dan aspek tersebut membentuk lima modul iaitu:
i. Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur
ii. Modul Kemahiran Membaca
iii. Modul Kemahiran Menulis
iv. Aspek Seni Bahasa
v. Aspek Tatabahasa
Dalam KSSR dan KSSM, pendekatan modular dilaksanakan secara berfokus iaitu guru mengajar
hanya satu kemahiran dalam satu sesi PdP dalam bilik darjah – bertujuan membantu guru
membimbing murid mencapai kemahiran tersebut dengan lebih baik.

Peneraju Pendidikan Negara


(1b) PENDEKATAN MODULAR DALAM MATA PELAJARAN BAHASA

 Contoh – guru merancang untuk mengajar kemahiran


mendengar dan bertutur, fokus PdP adalah membina
aktiviti membawa kepada kemahiran mendengar dan
bertutur.
 Penggabungjalinan dengan kemahiran lain seperti
membaca dan menulis dibolehkan bagi mencapai
atau menyokong kepada kemahiran mendengar dan
bertutur seperti rajah 2.
 Penggabungjalinan kemahiran bertujuan untuk
mengukuhkan proses mencapai fokus kemahiran
yang ingin dicapai dalam aktiviti PdP.

Peneraju Pendidikan Negara


(1c) PENDEKATAN MODULAR DALAM MATA PELAJARAN BAHASA

Peneraju Pendidikan Negara


(2a) PENDEKATAN MODULAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK

Peneraju Pendidikan Negara


(2b) PENDEKATAN MODULAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK

Sambungan…

Peneraju Pendidikan Negara


(3a) PENDEKATAN MODULAR DALAM MATA PELAJARAN SAINS

Pendekatan Modular Secara Linear dan Bukan Linear:

1. Linear.
 Mengikut tema dalam DSKP.
 Bidang pembelajaran Sains sekolah menengah telah dipakejkan mengikut
modul (aras kognitif dan umur murid).
 Tiada pengulangan topik dari tingkatan 1 hingga 5.
 Guru boleh menggunakan kreativiti dan justifikasi sendiri untuk menyusun
tema mana yang perlu diajar terlebih dahulu.

2. Bukan Linear.
 Melibatkan guru merancang, menyusun dan menggabungkan beberapa
SK atau SP dalam DSKP.
 Menjimatkan masa dalam menyampaikan kandungan dan mempunyai
lebih masa untuk membangunkan kemahiran murid. Rajah 3 - Contoh
pendekatan modular bukan linear.

Peneraju Pendidikan Negara


(3b) PENDEKATAN MODULAR DALAM MATA PELAJARAN SAINS

Peneraju Pendidikan Negara


(3c) PENDEKATAN MODULAR DALAM MATA PELAJARAN SAINS

Peneraju Pendidikan Negara


(4) CONTOH-CONTOH PENDEKATAN MODULAR DALAM MATA
PELAJARAN LAIN

(A) BUKU PANDUAN PENDEKATAN PENGAJARAN MODULAR


PENGAJARAN
MODULAR
(B) APLIKASI PENGAJARAN MODULAR

Peneraju Pendidikan Negara


TERIMA KASIH

Peneraju Pendidikan Negara

You might also like