You are on page 1of 13

JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

ANALISIS ARTIKEL :

PENGUATKUASAAN DASAR MONOPOLI KERAJAAN OLEH BRITISH DAN

KESANNYA TERHADAP PERDAGANGAN CANDU DI SELANGOR, 1911–1941

DISEDIAKAN OLEH :

1. EZWAN BIN CHE HUSSAIN JK/14099/22

2. RAHMAN BIN SUDIRMAN JK/14195/22

3. RABIATUL HASANAH BINTI ABDUL GHANI JK/14194/22

DISEDIAKAN UNTUK :

DR. SAIYID RADZUWAN SYED SOPI


JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

BIL TAJUK MUKA SURAT

i. PENGHARGAAN 3

1. PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan Artikel 4

2. DUA KAEDAH BAGAIMANA PERNIAGAAN CANDU


DI SELANGOR DIKEMBANGKAN

1.1. Kaedah 1
1.2. Kaedah 2

3. DUA PERBINCANGAN UTAMA YANG BOLEH


DITONJOLKAN DALAM ARTIKEL INI

1.3. Tajuk Perbincangan 1


1.4. Tajuk Perbincangan 2

4. BAGAIMANA PENULIS BOLEH MENGEMBANGKAN


DAPATANNYA

5. PENILAIAN MUKTAMAD MENGENAI SUMBANGAN


ARTIKEL TERHADAP KEPENTINGANNYA KEPADA
PENGEMBANGAN ILMU

6. RUJUKAN

2
JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi di atas izin dan rahmat-Nya dapatlah

kami menyiapkan tugasan kumpulan bagi Kursus JKJ203 Falsafah Sains Sosial. Fokus utama

tugasan ini adalah untuk membuat ulasan terperinci berdasarkan artikel ‘Penguatkuasaan

Dasar Monopoli Kerajaan Oleh British Dan Kesannya Terhadap Perdagangan Candu Di

Selangor, 1911–1941’. Artikel ini telah diterbitkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

menerusi Jurnal Arkeologi Malaysia (April 2022) Vol.36 No.1 (hlm. 13-28) ISSN 0128-0732

e-ISSN 2590-4302.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada pensyarah kursus ini iaitu Dr. Saiyid Radzuwan Syed Sopi yang telah

banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar dan panduan kepada kami sepanjang sesi kuliah

yang telah diadakan secara atas talian. Tugasan ini telah memberikan kami satu sudut

pandang berbeza dalam melihat kajian sains sosial secara menyeluruh. Tidak dapat dinafikan

bidang pengajian Sains Sosial adalah suatu ilmu yang sangat luas dan subjektif. Ini dapat

ditunjukkan melalui kaedah kualitatif secara analisis ke atas sumber primer dan sekunder

yang telah digunakan oleh penulis-penulis asal dalam menghasilkan artikel tersebut.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan yang telah turut

sama bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun masing-masing

mempunyai komitmen terhadap kerja hakiki dan tanggungjawab kepada keluarga, mereka

tetap sudi untuk meluangkan masa bersama-sama dalam menyempurnakan tugasan yang telah

diamanahkan ini.

3
JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

1. PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan Artikel

Tajuk Artikel : Penguatkuasaan Dasar Monopoli Kerajaan Oleh British

Dan Kesannya Terhadap Perdagangan Candu Di

Selangor, 1911–1941

Tajuk Jurnal : Jurnal Arkeologi Malaysia

Tarikh Penerbitan : April 2022

Tempat Penerbitan : Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

No. Isu & volume : Isu No.1, Vol.36

ISSN 0128-0732 e-ISSN 2590-4302

Nama Penulis : 1. Nur Azrin Mohammed Mohayaddin

2. Adnan Jusoh, Ph.D

Halaman : 13 – 28

Tujuan utama artikel ini diterbitkan adalah untuk memahami kaedah

penguatkuasaan Dasar Monopoli Kerajaan oleh British ke atas perdagangan candu

di Selangor dari tahun 1911 hingga 1941. Terdapat dua objektif dalam artikel ini :

(i) Membincangkan senario perdagangan candu di Selangor setelah

British melaksanakan Dasar Monopoli Kerajaan bagi menggantikan

kaedah lama yang dikenali dengan Sistem Pajakan Hasil, dan

(ii) Membincangkan kesan dasar tersebut terhadap sektor ekonomi

negeri Selangor sepanjang tempoh penguatkuasaannya.

Pada awalnya dapat dilihat perdagangan candu bermula dengan kemasukan

imigran Cina yang membawa bersama mereka budaya menghisap candu. Penjajah

British yang mula campur tangan dalam pentadbiran negeri Selangor telah

4
JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

memperkenalkan Sistem Pajakan Hasil Candu untuk mendapatkan keuntungan.

Gesaan untuk mengharamkan candu di peringkat antarabangsa telah memaksa

British memperkenalkan Dasar Monopoli Kerajaan yang memberikan mereka

kuasa mutlak dalam perdagangan candu. Secara ringkasnya, proses perdagangan

candu seawal daripada membawa masuk candu mentah sehinggalah kepada

penjualan candu yang sudah diproses adalah di bawah kawalan British.

5
JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

2. DUA KAEDAH BAGAIMANA PERNIAGAAN CANDU DI SELANGOR

DIKEMBANGKAN

2.1. Kaedah 1

ISI

2.2. Kaedah 2

ISI

6
JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

3. DUA PERBINCANGAN UTAMA YANG BOLEH DITONJOLKAN DALAM

ARTIKEL INI

3.1. TAJUK PERBINCANGAN 1

Berikut adalah salah satu perbincangan utama mengenai pelaksanaan Dasar

Monopoli Candu oleh British dalam artikel ini:

- Pada tahun 1910, Sistem Pajakan Hasil Candu yang selama ini diamalkan

dihapuskan dan digantikan dengan satu dasar baru yang dinamakan sebagai 'Dasar

Monopoli Candu'. Ini adalah berikutan desakan gerakan anti-candu baik di

peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

- Menerusi Dasar Monopoli Kerajaan, British mengambil alih dan mengawal

kesemua proses perdagangan candu bermula daripada membawa masuk candu

mentah sehingga kepada penjualan candu yang sudah diproses kepada orang awam.

Ini dilakukan sebagai satu usaha untuk membanteras isu monopoli perdagangan

candu dalam kalangan orang Cina.

- British membentuk Jabatan Monopoli Candu untuk menguruskan segala urusan

perdagangan candu. Di bawahnya, pelbagai peraturan dan undang-undang

berkaitan candu turut digubal atau diperketatkan. Ini termasuk larangan menghisap

candu di tempat-tempat awam, syarat pemberian lesen dan sebagainya.

- Dasar ini membolehkan British mengawal sepenuhnya perdagangan candu

termasuk menetapkan harga jualan candu. Ini memberi kesan besar terhadap

7
JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

ekonomi di negeri Selangor kerana British mampu mengaut untung besar daripada

hasil jualan candu.

Jadi secara ringkasnya, salah satu perbincangan utama artikel ini adalah bagaimana

pelaksanaan Dasar Monopoli Candu oleh British telah mengambil alih kawalan

penuh terhadap perdagangan candu di Selangor.

3.2. TAJUK PERBINCANGAN 2

Perbincangan utama kedua yang terdapat dalam artikel ini adalah kesan

penguatkuasaan Dasar Monopoli Candu terhadap ekonomi negeri Selangor.

Beberapa kesan yang dihuraikan adalah:

1. Walaupun terdapat penurunan permintaan terhadap candu, tetapi pihak British

masih dapat mendapatkan pendapatan yang tinggi hasil daripada pelaksanaan dasar

monopoli yang diperkenalkan. Pendapatan yang diperoleh lebih tinggi berbanding

dengan sistem sebelumnya iaitu Sistem Pajakan Hasil Candu.

2. Dasar ini telah memberi kesan kepada harga jualan candu di mana ia dikawal

oleh pihak British. Pegawai British dan polis akan melakukan pemeriksaan untuk

mengelakkan peniaga menaikkan harga sendiri.

3. Statistik menunjukkan hasil perdagangan candu masih memberi sumbangan

yang besar kepada ekonomi NNMB walaupun dengan dasar baru ini. Jumlah hasil

candu yang dijual pada tahun 1915 hingga 1919 menunjukkan pulangan yang tetap

tinggi.

8
JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

4. Akhirnya pada tahun 1940-an, permintaan candu mengalami penurunan

mendadak yang menyebabkannya dikeluarkan daripada bajet NNMB dan

pengharaman candu dilaksanakan sepenuhnya.

Jadi secara ringkasnya, penguatkuasaan dasar ini memberi impak penting terhadap

ekonomi British di Selangor walaupun menyaksikan penurunan permintaan candu

pada akhirnya.

9
JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

4. BAGAIMANA PENULIS BOLEH MENGEMBANGKAN DAPATANNYA

Satu perkara yang menarik tentang artikel ini adalah bagaimana British dengan

kuasa yang ada pada mereka dengan secara sistematiknya telah berjaya menghapuskan

monopoli perdagangan candu dalam kalangan orang Cina. Kami ingin mencadangkan

kepada penulis supaya mengembangkan lagi dapatannya berkenaan artikel ini dengan

membincangkan apakah kesan Sistem Pajakan Hasil Candu dan Dasar Monopoli

Kerajaan kepada masyarakat Melayu. Adakah orang Melayu mendapat keuntungan

daripada aktiviti perdagangan candu ini ? Dalam tempoh akan datang, penulis

dicadangkan untuk meluaskan fokus kajian ke atas perdagangan candu di Negeri-negeri

Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat serta kesan ketagihan candu kepada

produktiviti pekerja-pekerja lombong. Hala tuju kajian ini adalah untuk melihat sejauh

mana eksploitasi penjajah British ke atas imigran Cina dalam mengawal perdagangan

candu dan kesannya ke atas ekonomi orang Melayu pada ketika itu. Kajian ini juga boleh

dikembangkan lagi dengan menggunakan beberapa pendekatan, seperti :

(i) Mengadakan satu program kerjasama dengan negara-negara serantau di

mana para penyelidik boleh berkongsi maklumat atau dokumen-dokumen

yang berkaitan dengan tema kajian,

(ii) Menyediakan satu blog khas untuk kajian ini, sebagai satu langkah menarik

perhatian para penyelidik yang berminat memandangkan isu yang

melibatkan perdagangan candu pernah menjadi isu global pada satu ketika

dahulu (Britannica, 2023), dan

(iii) Membuat terjemahan artikel ini ke beberapa bahasa utama terutamanya

bahasa ibunda bagi negara-negara yang satu ketika dahulu sangat terkesan

dengan aktiviti perdagangan candu.

10
JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

5. PENILAIAN MUKTAMAD MENGENAI SUMBANGAN ARTIKEL TERHADAP

KEPENTINGANNYA KEPADA PENGEMBANGAN ILMU

Secara literalnya, artikel ini membincangkan tentang penguatkuasaan Dasar

Monopoli Kerajaan British terhadap perdagangan candu dalam tempoh empat dekad dan

bagaimana berkembangnya perdagangan candu serta sedikit maklumat mengenai latar

belakang dan sejarah kehadiran British di negeri Selangor. Namun artikel ini dilihat

mampu memberi sumbangan besar kepada perkembangan ilmu bukan sahaja di Malaysia

bahkan juga seluruh dunia.

Dalam sudut ekonomi, perdagangan candu di Asia boleh dikatakan bermula pada

awal kurun ke-18 apabila penjajah British mula menggantikan kapas dari India kepada

candu untuk dihantar ke China. Tindakan ini berlaku setelah British menyedari

perdagangan yang melibatkan komoditi seperti sutera, teh atau tembikar hanya akan

memberi keuntungan kepada China. Perang Candu Pertama (1839-1842) telah

melemahkan empayar China sehingga mereka terpaksa menyerahkan wilayah Hong Kong

melalui Perjanjian Nanking (Wong, 2018).

Artikel ini banyak memberi pemahaman kepada pembaca tentang keadaan sosio-

politik pada masa itu, di mana sektor perlombongan hanya pihak British dan imigran Cina

sahaja yang memainkan peranan utama. Tindakan monopoli pihak British dalam

mengawal perdagangan candu terutama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada awal

kurun ke-19 hanya memberi kelebihan kepada mereka dan golongan kapitalis Cina.

Tindakan licik penjajah British yang telah mengehadkan kuasa pemerintahan Sultan

melalui Sistem Residen pastinya telah menyedarkan orang Melayu. Pembaca juga pasti

menyedari bahawa kehadiran imigran Cina turut membawa bersama pengaruh negatif ke

Tanah Melayu dengan wujudnya tempat perjudian serta rumah pelacuran dan pihak

11
JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

British mengeluarkan lesen untuk membenarkannya selagi ia membawa keuntungan

kepada kerajaan mereka.

Sewajarnya artikel ini dijadikan sebahagian dari silibus sejarah untuk pelajar

sekolah menengah memandangkan betapa signifikannya kajian ini terhadap

perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada Tanah Melayu pada waktu itu.

12
JKJ 203 FALSAFAH SAINS SOSIAL

6. RUJUKAN

Britannica, E. E. (2023, November 10). Opium Trade, British and Chinese history.
Didapatkan dari United Nations Digital Library:
https://www.britannica.com/money/topic/opium-trade
Wong, J. D. (2018). From the Treaty of Nanking to the JointDeclaration: The Struggle for
Equalitythrough State Documents. Law & Literature,vol.30,issue2, 309–329.
Didapatkan dari Asia Pacific Curriculum: https://asiapacificcurriculum.ca/learning-
module/opium-wars-china

13

You might also like