You are on page 1of 202

Dasar dan Analisis Fiskal

Siri Modul Kendiri PLK


Univer s i t i Ut ar a Mal a y s i a

Dasar dan Analisis Fiskal

Siti Alida John Abdullah

Pengajian Luar Kampus


Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia
penerbit@uum.edu.my
v
vi
GMGF2033

Dasar dan Analisis Fiskal


Siti Alida John Abdullah

Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)


Universiti Utara Malaysia
Sintok • 2012

vii
ISBN 983-2870-28-3

Cetakan Pertama, 2003


Cetakan Kedua, 2004
Cetakan Ketiga, 2005
Cetakan Keempat, 2007
© Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah,
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara
Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman.

Siri Modul Kendiri merupakan bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran


kendiri di bawah Program Pengajian Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia.
Siri Modul Kendiri diterbitkan tanpa melalui proses penilaian. Mutu Siri Modul
Kendiri ini diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas
daripada aktiviti pengajaran. Edaran buku ini terhad dalam kawasan Universiti
Utara Malaysia sahaja.

viii
KANDUNGAN

Prakata xi
Penghargaan xiii
Kata Kunci xv
Matlamat dan Objektif Kursus xvii
Pendahuluan xix

BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI


SEKTOR AWAM

Objektif Bab 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pasaran Swasta dan Pasaran Awam 2
1.3 Sektor Awam di Malaysia 5
1.4 Fungsi Perlindungan 6
1.5 Fungsi Peruntukan 7
1.6 Fungsi Pengagihan 16
1.6.1 Konsep dan Ukuran 17
1.6.2 Pilihan di antara Agihan Semula dan Peningkatan
Pendapatan 19
1.7 Fungsi Penstabilan 20
1.7.1 Penstabil Automatik 23
1.8 Rumusan 25
Soalan Penilaian Kendiri 26
Jawapan Soalan dalam Teks 27

BAB 2 INSTRUMEN DAN AMALAN FISKAL

Objektif Bab 30
2.1 Pengenalan 30
2.2 Instrumen Fiskal 31
2.2.1 Alat Penerimaan 31
2.2.2 Alat Perbelanjaan 34
2.3 Hubungan Fiskal Antara Kerajaan 36
2.3.1 Model Tiebout 39
2.3.2 Cukai Harta 39
2.3.3 Geran Antara Kerajaan 41
2.4 Penggunaan Dasar Fiskal di Malaysia 43
2.5 Meningkatkan Keberkesanan Dasar Fiskal 48
2.6 Rumusan 50
Soalan Penilaian Kendiri 50
Jawapan Soalan dalam Teks 51
BAB 3 PERTUMBUHAN SAIZ SEKTOR AWAM

Objektif Bab 52
3.1 Pengenalan 52
3.2 Saiz Sektor Awam 52
3.2.1 Trend Perbelanjaan Kerajaan 54
3.2.2 Pembiayaan Aktiviti-aktiviti Kerajaan 57
3.2.3 Guna tenaga Sektor Awam 59
3.2.4 Program-program Kredit dan Insurans 60
3.2.5 Sektor Awam di Negara-negara Maju 60
3.3 Teori Pertumbuhan Sektor Awam 61
3.3.1 Hukum Wagner 62
3.3.2 Hukum Engel 62
3.3.3 Model Pertumbuhan Tidak Seimbang Baumol 63
3.3.4 Hipotesis Peacock-Wiseman 64
3.3.5 Pertambahan Penduduk dan Kesesakan 64
3.3.6 Teori Pilihan Awam 64
3.3.7 Agihan Semula Pendapatan 65
3.4 Rumusan 66
Soalan Penilaian Kendiri 66
Jawapan Soalan dalam Teks 67

BAB 4 PENGUNDIAN DAN PILIHAN AWAM

Objektif Bab 70
4.1 Pengenalan 70
4.2 Sistem Pengundian dan Teori Pilihan Awam 70
4.2.1 Pembuatan Keputusan bagi Barangan Swasta 71
4.2.2 Pembuatan Keputusan di dalam Sektor Awam 72
4.3 Pengundian Sebulat Suara 72
4.4 Undian Majoriti 73
4.5 Logrolling 78
4.6 Pemilihan Ahli-ahli Politik 80
4.7 Birokrasi dan Penawaran Kerajaan 82
4.8 Kegagalan Kerajaan 83
4.9 Rumusan 84
Soalan Penilaian Kendiri 84
Jawapan Soalan dalam Teks 85

BAB 5 PENGENALAN KEPADA PENCUKAIAN

Objektif Bab 88
5.1 Pengenalan 88
5.2 Definisi Pencukaian 88
5.3 Peranan Cukai 89
5.4 Klasifikasi Cukai 90
5.4.1 Kaedah Pembayaran 91
5.4.2 Asas Cukai 92
5.4.3 Kadar Cukai 93
5.4.4 Implikasi Penggunaan Kadar Berbeza Terhadap
Jumlah Pembayaran Cukai 97
5.5 Prasyarat Cukai Sebagai Alat Agihan 99
5.6 Rumusan 101
Soalan Penilaian Kendiri 101
Jawapan Soalan dalam Teks 102

BAB 6 PRINSIP-PRINSIP PENCUKAIAN

Objektif Bab 104


6.1 Pengenalan 104
6.2 Ekuiti 105
6.2.1 Jenis Ekuiti 105
6.2.2 Pendekatan Ekuiti 106
6.3 Kecekapan Ekonomi 112
6.3.1 Cukai Neutral 112
6.3.2 Kerugian kecekapan 113
6.3.3 Kesan Laffer 115
6.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar 116
6.4 Keberkesanan Pentadbiran Cukai 119
6.4.1 Pengelakan dan Pelarian Cukai 121
6.4.2 Kos Pentadbiran dan Pematuhan Cukai 122
6.4.3 Kos-kos Lain 122
6.5 Rumusan 124
Soalan Penilaian Kendiri 124
Jawapan Soalan dalam Teks 125

BAB 7 JENIS-JENIS CUKAI

Objektif Bab 128


7.1 Pengenalan 128
7.2 Cukai Pendapatan Individu 128
7.2.1 Jenis Pendapatan yang Dikenakan Cukai 129
7.2.2 Pendapatan yang Dikecualikan Cukai 131
7.2.3 Pelepasan Cukai Pendapatan Individu 132
7.2.4 Potongan Cukai 133
7.3 Cukai Pendapatan Syarikat 136
7.4 Cukai Jualan dan Perkhidmatan 137
7.5 Cukai Eksais 139
7.6 Duti Eksport 140
7.7 Duti Import 141
7.8 Cukai Harta 141
7.9 Rumusan 141
Soalan Penilaian Kendiri 142
Jawapan Soalan dalam Teks 142
BAB 8 KOMPONEN BAJET

Objektif Bab 145


8.1 Pengenalan 145
8.2 Takrifan Bajet 146
8.3 Peranan Bajet 146
8.3.1 Bajet sebagai Instrumen Polisi Fiskal 147
8.3.2 Bajet sebagai Instrumen Pengurusan Kewangan 148
8.4 Ciri-ciri Bajet yang Baik 149
8.4.1 Ciri Dinamis 149
8.4.2 Ciri Responsif 149
8.5 Komponen Bajet Persekutuan 150
8.5.1 Hasil Kerajaan Persekutuan 150
8.5.2 Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 153
8.6 Analisis Bajet Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2012 155
8.7 Rumusan 157
Soalan Penilaian Kendiri 158
Jawapan Soalan dalam Teks 158

BAB 9 PROSES DALAM PUSINGAN BAJET AWAM

Objektif Bab 160


9.1 Pengenalan 160
9.2 Fasa Perancangan dan Analisis 160
9.3 Pembentukan Bajet 161
9.3.1 Penyediaan Bajet Mengurus 162
9.3.2 Penyediaan Bajet Pembangunan Tahunan 165
9.4 Proses Pelaksanaan Bajet 167
9.5 Proses Penilaian Bajet 169
9.6 Rumusan 170
Soalan Penilaian Kendiri 170
Jawapan Soalan dalam Teks 170

BIBLIOGRAFI 172

LAMPIRAN A 175
LAMPIRAN B: Jawapan Soalan Penilaian Kendiri 176

x
PRAKATA

Modul Dasar dan Analisis Fiskal ini disediakan khusus untuk pelajar
program BPM (Hons) melalui kaedah Pengajian Luar Kampus (PLK),
Universiti Utara Malaysia (UUM). Modul ini dihasilkan berdasarkan rangka
kursus dan silibus yang digunakan oleh pelajar program sepenuh masa
UUM. Ini bertujuan untuk memastikan kualiti lulusan program PLK
adalah setara dengan program sepenuh masa BPM. Walau bagaimanapun,
dalam menghasilkan modul yang lebih berbentuk self-contained ini, saya telah
mengambil kira sepenuhnya corak pembelajaran kendiri yang bakal dilalui
oleh pelajar.

Kursus ini memerlukan pemahaman awal mengenai beberapa konsep


asas ekonomi. Adalah lebih baik jika kursus ini diambil setelah pelajar
mengikuti kursus Ekonomi dalam Pengurusan Awam dan Dasar Awam
terlebih dahulu. Oleh yang demikian, modul ini tidak menyediakan lagi
penerangan mengenai konsep-konsep tersebut untuk mengelakkan daripada
membazir ruang dan menjemukan pelajar.

Saya berharap agar modul ini dapat membantu pelajar untuk memahami
dan mengikuti kursus ini dengan jayanya. Modul ini adalah sebagai
panduan sahaja dan pelajar juga dinasihatkan untuk membuat rujukan
melalui sumber buku-buku teks yang disenaraikan dalam senarai rujukan.
Sebagai edisi kedua mungkin masih terdapat kelemahan daripada pelbagai
aspek. Saya amat mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk
memperbaiki isi kandungan dan persembahan modul ini.

Akhir kata, diucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar PLK UUM
yang mengikuti kursus ini. Sesungguhnya kejayaan anda dalam kursus
ini bergantung kepada daya usaha dan komitmen berterusan daripada anda
sendiri.

Dr. Siti Alida John Abdullah

xii
PENGHARGAAN

Alhamdullilah ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana


dengan limpah kurnia-Nya, modul Dasar dan Analisis Fiskal (edisi kedua)
yang dipertanggungjawabkan kepada saya dapat disiapkan juga akhirnya.
Amat besar harapan saya agar modul ini dapat memberi manfaat kepada
anda sepanjang mengikuti kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada


semua pihak yang terlibat khususnya Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej
Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (UUM COLGIS)
dan Unit Pendidikan Jarak Jauh (UPJJ), Pusat Pendidikan Profesional
dan Lanjutan (PACE) yang telah memberi peluang, kepercayaan dan
kerjasama kepada saya dalam menghasilkan modul ini.

Seterusnya, saya ingin menyatakan rasa terharu di atas kesabaran dan


dorongan ahli keluarga dan rakan-rakan lain yang telah membantu
memudahkan proses penulisan yang mengambil masa beberapa bulan ini.
Tanpa doa dan pengorbanan semua pihak, usaha menerbitkan modul ini
mungkin tidak dapat dijayakan.

Walaupun ini merupakan edisi kedua, masih terdapat beberapa kelemahan


dan kekurangan dalam hasil yang dipersembahkan dalam modul ini. Oleh
itu, saya amat berbesar hati jika terdapat sebarang komen atau cadangan
yang membina bagi mempertingkatkan mutu penulisan ini. Modul ini akan
terus diperbaiki dari masa ke semasa bagi memastikan usaha pemantapan
ilmu akan berterusan dan berkekalan.

Dr. Siti Alida John Abdullah

xiv
KATA KUNCI

Terdapat beberapa lambang yang akan anda lihat di dalam modul ini.
Lambang tersebut memberi maksud tertentu seperti yang dinyatakan di
bawah. Lambang ini disediakan bagi membimbing dan melengkapkan
proses pengajaran dan pembelajaran anda.

Soalan Dalam Teks (SDT) adalah soalan latihan yang


merujuk kepada perbincangan dalam teks yang dipelajari.
Contoh jawapan disediakan di akhir setiap bab.

Soalan Penilaian Kendiri (SPK) adalah soalan ulang kaji


yang berkaitan dengan keseluruhan perbincangan bab.
Cadangan jawapan disediakan di akhir modul kursus.

Anda boleh menyemak jawapan latihan anda dengan


cadangan/skema jawapan yang disediakan di akhir bab atau
modul kursus.

Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang situasi di


sekeliling anda atau mengimbas kembali pelajaran yang
lepas. Pelbagai soalan berkaitan dengan pelajaran anda akan
dikemukakan.

xvi
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURSUS

MATLAMAT

Modul Dasar dan Analisis Fiskal ini merupakan sambungan daripada


kursus Pentadbiran Kewangan. Skop perbincangan modul ini lebih
menekankan kepada campur tangan kerajaan dalam ekonomi sesebuah
negara di mana kerajaan ialah salah satu sektor yang amat penting.
Tindakan-tindakan kerajaan melalui polisi pencukaian dan perbelanjaan
kerajaan akan memberi kesan kepada masyarakat secara langsung.

OBJEKTIF

Di akhir pembelajaran modul ini, anda diharap dapat:

1. Memahami liputan ekonomi sektor awam dan penggunaan


instrumen fiskal yang berbeza untuk mencapai matlamat
pertumbuhan, pembangunan, ekuiti dan kestabilan ekonomi.
2. Mengetahui prinsip-prinsip pencukaian yang baik dan jenis-jenis
cukai yang utama.
3. Mengetahui kepentingan, komponen dan proses bajet.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:

1. Menganalisis kesan penggunaan instrument-instrumen fiskal


yang berbeza.
2. Mengenal pasti teori-teori dan ukuran untuk membincangkan
perkembangan saiz sektor awam di Malaysia dan di negara-negara
lain.
3. Menerangkan tujuan dan keberkesanan pencukaian kepada
kerajaan dan masyarakat.
4. Menerangkan pengenaan dan implikasi beberapa jenis cukai yang
utama di Malaysia.
5. Menjelaskan kepentingan, komponen, dan keseluruhan proses
bajet.

xviii
PENDAHULUAN

Dasar dan Analisis Fiskal adalah lanjutan kepada kursus Pentadbiran


Kewangan. Melalui kursus ini anda akan didedahkan kepada penggunaan
alat-alat fiskal terutamanya alat pencukaian dan perbelanjaan kerajaan
bagi membantu mengurangkan masalah kegagalan pasaran swasta.
Sebagai pelajar pengurusan awam, anda perlu memahami dengan jelas
peranan kerajaan dalam sesebuah ekonomi.

Proses pembuatan keputusan oleh kerajaan adalah berlainan daripada


pembuatan keputusan dalam sektor swasta. Selain daripada perbezaan
dari segi aktor-aktor yang terlibat serta mekanisme yang digunakan,
tujuan pembuatan keputusan kerajaan juga berbeza daripada sektor
swasta. Selain daripada menentukan siapa mendapat apa dan bagaimana,
dasar fiskal juga berperanan untuk mengurangkan masalah-masalah
makro ekonomi yang sering dialami oleh sesebuah ekonomi. Walau
bagaimanapun, ia bukan mudah dilaksanakan disebabkan oleh
pertimbangan politik, keterbukaan sistem ekonomi pasaran dan masalah
jangkaan masa.

Walaupun semua pelajar yang mengikuti kursus ini tidak semestinya


menjadi pentadbir atau pembuat keputusan dalam sektor awam, bidang
ilmu ini amat penting untuk difahami oleh setiap penjawat awam dan juga
ahli masyarakat disebabkan implikasi polisi ke atas mereka. Semua polisi
yang diadakan bukan sahaja memberi faedah tetapi juga melibatkan kos
kepada pelbagai pihak. Sebagai pentadbir anda mungkin memilih polisi
yang membawa faedah terbesar pada kos terkecil. Sebagai individu, anda
ingin mengetahui sejauh mana sesuatu polisi akan memberi manfaat kepada
anda dan berapa banyak kos yang perlu disumbangkan. Menyedari
betapa pentingnya pengetahuan ilmu kewangan ini, kursus Pentadbiran
Kewangan dan Dasar dan Analisis Fiskal telah dijadikan kursus-kursus teras
program yang seharusnya diberi penekanan serius oleh pelajar-pelajar
program BPM (Hons.) UUM.

Semoga Anda Beroleh Kejayaan dan Ilmu yang Berkat

x
BAB 1

PENGENALAN KEPADA EKONOMI SEKTOR


AWAM

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda diharap dapat:


1. Memahami perbezaan antara pasaran swasta dan awam.
2. Mengetahui skop sektor awam di Malaysia.
3. Memahami mengenai fungsi-fungsi utama sektor awam.

1.1 PENGENALAN

Cuba anda bayangkan bagaimanakah keadaannya jika sektor awam dan


kerajaan tidak wujud? Sudah tentu tidak terdapat sistem kehakiman untuk
menegakkan keadilan dan menyelesaikan pertikaian. Pertahanan negara
tentu amat longgar atau mungkin timbul keadaan anarki. Bagaimana pula
jika perkhidmatan polis dan bomba tidak dapat diadakan?

Sebenarnya amat sedikit kehidupan kita yang tidak dipengaruhi oleh


sektor awam. Semua polisi kerajaan memberi faedah atau mengenakan kos
ke atas ahli-ahli masyarakat. Polisi-polisi awam menentukan kuantiti dan
kualiti beberapa perkhidmatan seperti pendidikan, kesihatan awam,
perpustakaan, taman permainan, jambatan, jalan raya dan lain-lain. Selain
itu, kita dapati sektor awam juga mengawal banyak tindakan individu dan
sektor swasta. Dapatkah anda nyatakan beberapa contoh kawalan kerajaan
ke atas kehidupan anda? Antara contoh kawalan kerajaan termasuk
menentukan had laju kenderaan, mengharamkan menyalahgunaan dadah
dan senjata api, di samping mengawal perjalanan bank, syarikat
penerbangan, industri dan lain-lain. Sebagai kesimpulannya, kita dapati
bahawa sektor awam banyak mempengaruhi kehidupan harian kita.

Untuk menilai bagaimana kerajaan mempengaruhi kehidupan masyarakat,


perlu bagi anda mengetahui mengenai satu cabang ilmu yang dinamakan
ekonomi sektor awam, atau kewangan awam. Kita akan cuba
mengupas beberapa persoalan untuk memahami, mengubah dan
memperbaiki cara-cara bagaimana sektor awam mempengaruhi hidup
kita. Dengan perkataan lain, pembelajaran mengenai kewangan awam
menyediakan asas bagi kita memahami penggunaan polisi-polisi pencukai-
an dan perbelanjaan kerajaan yang akan memberi kesan kepada kehidupan
ekonomi kita. Kewangan awam cuba menjawab persoalan- persoalan
seperti berikut:

1
(i) Adakah terdapat keadaan bila mana sektor swasta tidak
dapat memperuntukkan sumber dengan baik?;
(ii) Apakah fungsi yang perlu dilaksanakan oleh sektor awam
dan apakah pula aspek kehidupan kita yang patut
ditentukan oleh sektor swasta?;
(iii) Bagaimanakah kita hendak menilai faedah-faedah dan
kos-kos yang terhasil daripada polisi-polisi awam?;
(iv) Siapakah yang patut menerima faedah dan siapakah yang
patut membayar?; dan
(v) Bagaimanakah sektor awam memperuntukkan sumber-
sumber terhad?

1.2 PASARAN SWASTA DAN PASARAN AWAM

Kita sedia maklum bahawa kita hidup dalam dunia yang mempunyai
sumber-sumber yang terhad, sedangkan kehendak kita tidak terhad.
Amat perlu untuk kita mempelajari bagaimanakah sektor awam
memperuntukkan sumber-sumber terhad bagi memenuhi kehendak-
kehendak masyarakat yang pelbagai. Pilihan adalah penting kerana
sumber adalah terhad. Kos melepas (opportunity cost) ialah satu konsep yang
menerangkan bahawa apabila satu pilihan dibuat, kita terpaksa
melepaskan pilihan-pilihan yang lain kerana sumber yang telah digunakan
untuk satu pilihan tidak lagi dapat digunakan untuk memenuhi pilihan yang
lain pada masa yang sama. Contohnya, apabila anda berada di dalam kelas
pada masa ini, anda tidak dapat berada di rumah atau di kafe pada masa
yang sama. Anda juga tidak dapat mengikuti kuliah yang sedang
disampaikan oleh pensyarah lain pada masa yang sama.

Secara keseluruhan, bolehlah dikatakan bahawa dunia ini penuh dengan


kekangan-kekangan ekonomi. Oleh itu, semua ekonomi, sama ada yang
ditentukan oleh pasaran swasta atau yang dikawal oleh pasaran awam
perlu membuat tiga pilihan asas, iaitu

(i) Apakah barang dan perkhidmatan yang hendak


disediakan atau diadakan dalam ekonomi berkenaan?;
(ii) Bagaimanakah sumber-sumber terhad akan digunakan
dalam pengeluaran?; dan
(iii) Siapakah yang akan menerima barang dan perkhidmatan
tersebut?

Anda telah melihat di dalam kursus Ekonomi dalam Pengurusan Awam


bagaimana sistem harga bertindak untuk memperuntukkan sumber-sumber
dalam pasaran swasta. Anda telah pun faham bagaimana pengguna dan
pengeluar bertindak bagi menentukan harga dan pengeluaran.
Keuntungan pengeluar pula dikaitkan dengan keupayaan mereka untuk
memenuhi kehendak pengguna. Dalam sistem berpersaingan, pengguna
akan memilih pengeluar yang menawarkan barangan yang mereka
inginkan pada harga terendah. Pengeluar yang menggunakan sumber
dengan cekap akan dapat menyediakan barangan pada harga yang rendah
dan kualiti tinggi, serta akan mendapat keuntungan dalam jangka panjang.

2
Tidak dapat dinafikan bahawa perubahan-perubahan harga merupakan
petunjuk yang penting bagi menentukan peruntukan sumber dalam pasaran
swasta. Sebagai contoh, dalam pasaran kereta, peningkatan permintaan
untuk sejenis kereta akan meningkatkan harganya. Akibat daripada
permintaan yang bertambah, lebih banyak sumber akan diperuntukkan
bagi mengeluarkan kereta jenis itu. Pada masa yang sama, sumber yang
berkurangan akan diperuntukkan untuk pengeluaran lain- lain jenis kereta.

Seterusnya kita dapati bahawa pengeluaran barangan bukan hanya


ditentukan oleh pasaran swasta semata-mata. Pasaran awam juga didapati
menyediakan barang dan perkhidmatan tertentu dalam sesebuah
ekonomi. Kenapakah hal ini berlaku? Alasan yang selalu diberikan ialah
kerana pasaran swasta tidak menyediakan atau tidak menyediakan dengan
mencukupi sesuatu barang atau perkhidmatan berdasarkan kriteria-
kriteria tertentu. Di antara contoh-contoh yang dapat diberikan ialah

(i) Pasaran swasta mengeluarkan terlalu banyak rumah


mewah dan terlalu sedikit perumahan kos rendah atau
sederhana;
(ii) Pasaran swasta menawarkan terlalu banyak makanan
segera yang menggemukkan berbanding dengan program
makanan berkhasiat untuk kanak-kanak dan warga tua;
dan
(iii) Pasaran swasta menawarkan imbuhan yang jauh lebih
tinggi kepada kumpulan penghibur berbanding kepada
pendidik.

Kita menggunakan konsep kegagalan pasaran untuk menyatakan bahawa


pasaran swasta tidak selalunya memperuntukkan sumber mengikut apa
yang masyarakat rasakan sebagai patut atau betul. Melalui kursus ini anda
akan melihat bagaimana sektor awam (pasaran awam) memperuntukkan
sumber-sumber sebagai tindak balas kepada kegagalan pasaran dan juga
bagi memenuhi fungsi-fungsi sektor awam itu sendiri.

Dalam sistem demokrasi, kita dapati bahawa pengundi membuat


keputusan melalui proses pilihan raya dan pembuat polisi membuat
keputusan melalui proses pembuatan polisi bagi membolehkan sektor
awam memperuntukkan sumber-sumber dalam sesebuah ekonomi.
Polisi-polisi awam selalunya dibentuk untuk mengubah gelagat satu atau
lebih individu (pengguna atau pengeluar) dengan mengenakan peraturan
atau sekatan ke atas tindakan mereka. Contohnya, apabila kerajaan
mengadakan kawalan harga ke atas beberapa barangan utama pengguna
seperti beras dan tepung, ia merupakan satu cara untuk kerajaan
mempengaruhi tindakan pengguna dan pengeluar. Pengguna diharapkan
mendapat bekalan barangan keperluan ini pada harga yang berpatutan
tanpa perlu risau mengenai kenaikan harga yang berterusan. Pengeluar pula
dipaksa menjual pada harga yang ditetapkan untuk mengelakkan
kegiatan mengambil untung secara berlebihan atau mengehadkan jualan
kerana mengharapkan untung yang lebih tinggi akibat daripada kenaikan
harga pada masa depan.

3
Walaupun tujuan polisi-polisi awam adalah untuk meningkatkan
kesejahteraan orang ramai, kita tidak dapat nafikan bahawa ia selalu juga
dikritik kerana gagal mencapai matlamat yang diharapkan. Keadaan
seperti ini dikatakan sebagai kegagalan sektor awam atau pasaran awam.
Pencapaian matlamat sesuatu polisi awam bergantung kepada tindak
balas peserta pasaran dan keupayaan pihak kerajaan menguatkuasakan
polisi berkenaan.

Dapatkah anda fikirkan, kenapakah ada kalanya pihak


pengguna dan pengeluar membantah sesuatu kawalan
harga?

SOALAN DALAM TEKS 1.1

1. Beban membiayai sektor awam diagihkan secara


sama rata di kalangan ahli masyarakat.
Benar/Salah?
2. Perbezaan antara pasaran awam dan swasta ialah
A. Kos melepas dalam pasaran awam ialah sifar.
B. Hanya pasaran awam memerlukan pilihan
dibuat.
C. Pasaran awam mesti ditutup pada hari cuti
umum.
D. Pasaran swasta bergantung kepada harga-harga
untuk memperuntukkan sumber-sumber.
3. Terangkan mengenai konsep kos melepas dan beri
satu contoh.
4. Bezakan antara kegagalan pasaran dan kegagalan
kerajaan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Selain mendapat faedah daripada polisi-polisi awam, kita juga perlu


membayar kos mengadakan polisi-polisi berkenaan. Kita dapati apabila
perbelanjaan kerajaan meningkat, maka kutipan cukai juga meningkat.
Cukai boleh dikenakan ke atas pendapatan individu dan firma, jualan
barang dan perkhidmatan, serta harta. Bagaimanapun, anda perlu ketahui
bahawa mencukai bukanlah satu-satunya cara untuk kerajaan mendapatkan
hasil bagi membiayai aktiviti-aktiviti kerajaan.

Faedah daripada polisi-polisi awam tidak dinikmati secara sama rata di


kalangan rakyat, begitu juga, rakyat tidak menanggung kos yang sama rata
akibat daripada polisi-polisi berkenaan. Dalam sesetengah keadaan, pihak
yang mendapat faedah daripada polisi awam merupakan mereka yang akan
membayar kosnya. Ada kala pula, anda akan dapati rakyat membayar kos
bagi faedah yang dinikmati oleh orang lain. Ia juga digunakan untuk mem-
4
pengaruhi gelagat individu agar tidak menggunakan sesuatu barangan yang
dianggap sebagai membazir atau memudaratkan. Seterusnya anda akan
melihat bagaimana ekonomi sektor awam mengkaji jenis-jenis perbelanjaan
yang dibuat oleh kerajaan, berapa banyakkah perbelanjaan yang dilakukan
dan siapa yang akan menanggung beban cukai untuk membiayai
perbelanjaan tersebut.

1.3 SEKTOR AWAM DI MALAYSIA

Di bahagian yang lepas, kita telah membincangkan bagaimanakah kita


semua mendapat faedah daripada polisi-polisi awam. Semenjak merdeka,
rakyat Malaysia mendapat semakin banyak faedah akibat peningkatan
dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan. Peningkatan dalam
perbelanjaan kerajaan mencerminkan semakin banyak pengaruh sektor
awam ke atas kehidupan kita.

Sektor awam di Malaysia terdiri daripada Kerajaan Persekutuan (Pusat),


Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan-kerajaan Tempatan. Bagi
menjalankan tugas-tugas pemerintahan negara, agensi-agensi kerajaan
telah dibentuk untuk merancang, mengawal, membantu dan melaksanakan
segala aktiviti yang dikehendaki oleh kerajaan untuk mencapai segala
matlamat negara. Perbelanjaan tahunan agensi-agensi ini ditentukan oleh
keputusan badan perundangan dan dibiayai dengan menggunakan dana
terkumpul kerajaan. Dalam jentera pentadbiran sekarang, agensi-agensi
kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga komponen penting iaitu
kementerian, jabatan dan badan-badan berkanun.

Agensi di peringkat kementerian merupakan agensi utama yang berfungsi


menggubal dasar, merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan
perkara-perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab kementerian
berkenaan. Biasanya sebuah kementerian dipertanggungjawabkan kepada
seorang Menteri yang memegang sesuatu portfolio (ahli Jemaah Menteri)
dengan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha-setiausaha
Parlimen. Pegawai tadbir utama kementerian ialah Ketua Setiausaha
(KSU) kementerian tersebut. Beliau bertanggungjawab kepada Ketua
Setiausaha Negara (KSN). KSN ialah ketua setiausaha di Jabatan Perdana
Menteri iaitu kementerian yang paling utama.

Adakah anda tahu berapakah jumlah kementerian yang


ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran negara pada
masa ini?

Kita lihat pula kepentingan agensi yang berikut iaitu Jabatan. Ia


merupakan agensi yang melaksanakan sesuatu dasar. Aktiviti harian
jabatan melibatkan pemberian khidmat kepada masyarakat secara langsung.
Perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat meliputi bidang sosial,
keselamatan, pembangunan, dan lain-lain lagi. Ia diletakkan di bawah
pengawasan kementerian yang tertentu. Sebuah jabatan diketuai oleh
seorang pegawai tadbir utama iaitu Ketua Pengarah Jabatan (mengikut

5
nama jabatan).

Seterusnya, agensi-agensi di peringkat badan-badan berkanun ialah


agensi-agensi separa kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sesuatu
bidang selaras dengan aspirasi kerajaan. Badan-badan berkanun ditubuhkan
mengikut akta-akta tertentu bagi melaksanakan tugas khusus dan penting.
Penubuhan badan-badan berkanun dikaitkan dengan matlamat mengambil
faedah-faedah daripada perjalanan agensi kerajaan dan faedah-faedah
daripada amalan syarikat-syarikat swasta. Ia mempunyai autonomi penuh
atau separa, dimiliki atau dikawal oleh kerajaan, sama ada di peringkat
Persekutuan atau Negeri. Ia terlibat dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan
sosial melalui pengeluaran badan tersebut yang dipasarkan kepada
masyarakat. Apabila terlibat dalam aktiviti-aktiviti ekonomi secara langsung,
badan berkanun juga dikenali sebagai perusahaan awam. Di samping
memperoleh keuntungan, ia juga dikehendaki menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan kepada rakyat.

SOALAN DALAM TEKS 1.2

1. Bezakan antara Kementerian dan Jabatan.


2. Berikan satu contoh badan berkanun.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Kita akan bincangkan dengan teliti fungsi-fungsi yang biasanya


dilaksanakan oleh sektor awam dalam bab ini. Empat fungsi utama yang
dimaksudkan ialah perlindungan, peruntukan, pengagihan dan penstabilan.
Mari kita lihat fungsi yang pertama dan paling penting iaitu fungsi
perlindungan.

1.4 FUNGSI PERLINDUNGAN

Pada kebiasaannya, sistem pasaran dikatakan dapat memperuntukkan


sumber-sumber dengan cekap kerana individu mempunyai hak untuk
menukarkan output yang dikeluarkan oleh mereka dengan output yang
dikeluarkan oleh pihak lain. Andaian di sini ialah individu mempunyai hak
ke atas output yang dikeluarkan oleh mereka. Bagaimanapun, harus diakui
bahawa hak ini dilindungi dengan adanya sistem pertahanan, pasukan
polis dan sistem kehakiman. Kita katakan sektor awam menyediakan fungsi
perlindungan apabila ia melindungi harta benda dan hak-hak individu untuk
menguatkuasakan kontrak, memberi kebebasan kepada individu untuk
beragama, bercakap, bebas dari penganiayaan dan menyelesaikan pertikaian
yang wujud.

6
Kontrak yang perlu ada untuk melancarkan operasi pasaran tidak boleh
wujud tanpa perlindungan dan penguatkuasaan oleh sistem dan struktur
perundangan. Antara tanggungjawab kerajaan ialah menyediakan undang-
undang yang adil dan saksama kepada semua pihak dalam negara,
menegakkan keadilan dan menjamin keselamatan penduduk daripada
ancaman. Undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan oleh sektor
awam melibatkan juga sektor ekonomi dan kegiatan-kegiatan dalam
sektor berkenaan.

Adakah anda bersetuju bahawa tanpa perlindungan kerajaan terhadap


hak-hak individu, maka individu perlu melindungi sendiri hak-hak
mereka dan ini akan mengurangkan kecekapan ekonomi mereka? Sebagai
contoh, untuk menjaga keselamatan mereka, individu boleh mengambil
tindakan seperti tidak keluar malam, mengunci semua pintu dan tingkap,
memasang alat penggera keselamatan, menggaji pengawal keselamatan
atau mengadakan kawalan sendiri. Melindungi hak ke atas nyawa, harta
benda dan kebebasan sebenarnya sukar dilakukan sendiri oleh individu.
Oleh itu, manusia telah mencipta institusi pemerintah atau kerajaan
untuk melaksanakan fungsi ini bagi pihak mereka.

Bagi menyempurnakan fungsi ini, kerajaan perlu memperuntukkan


sumber-sumber. Sebagai contoh, apabila kerajaan berhasrat menyediakan
sistem pertahanan yang baik, ia memerlukan perbelanjaan yang besar. Ini
kerana kerajaan perlu membeli senjata dan kelengkapan pertahanan yang
lain, membina infrastruktur seperti markas dan kubu, membayar gaji
tentera, membiayai latihan perang dan banyak lagi. Anda tentu dapat
bayangkan perbelanjaan yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan
keselamatan dan ketenteraman awam serta menyelesaikan pertikaian di
antara ahli-ahli masyarakat.

Adakah semakin tinggi perbelanjaan kerajaan untuk


pertahanan negara, semakin tinggi kualiti perlindungan
kepada penduduk tempatan?

1.5 FUNGSI PERUNTUKAN

Mari kita lihat pula tanggungjawab kedua sektor awam yang tidak kurang
pentingnya. Proses di mana sumber-sumber terhad diperuntukkan dan
barangan ditukar milik boleh berlaku sama ada dalam pasaran swasta atau
pasaran awam. Anda telah maklum bahawa pasaran swasta beroperasi
dengan cekap apabila sumber-sumber diperuntukkan berdasarkan sistem
harga. Sebaliknya, pasaran awam memperuntukkan sumber melalui
keputusan pengundi dan pembuatan keputusan dalam proses pembuatan
polisi.

Oleh kerana kedua-dua sektor awam dan swasta wujud pada masa yang
sama dalam negara, maka negara tersebut perlu menentukan gabungan
peruntukan sumber antara sektor awam dan sektor swasta. Berapa
banyakkah barangan awam dan swasta yang hendak dikeluarkan dalam
negara tersebut? Ini kerana penyediaan barangan tersebut terpaksa
7
menggunakan sumber-sumber terhad. Anda tentu masih ingat perbincang-
an kita mengenai kos melepas sebelum ini. Jika kerajaan membuat
keputusan untuk mengeluarkan sesuatu barangan, katakanlah senjata
api, maka sumber-sumber seperti modal dan kakitangan adalah diperlukan.
Maka, sumber-sumber tersebut tidak dapat lagi digunakan untuk
pengeluaran barangan lain. Kos benar bagi barangan yang disediakan
atau dikeluarkan oleh sektor awam ialah nilai barang dan perkhidmatan
sektor swasta yang perlu dikorbankan apabila sumber-sumber dipindahkan
untuk kegunaan sektor awam.

Polisi-polisi perbelanjaan dan cukai selalu memberi kesan terhadap


peruntukan sumber. Perbelanjaan kerajaan untuk membina perumahan
awam, menyediakan sistem pertahanan dan membiayai program-program
penyelidikan merupakan antara polisi-polisi yang memenuhi fungsi
peruntukan. Polisi-polisi berkenaan bertujuan memindahkan sumber-
sumber daripada kegunaan yang kurang diperlukan kepada kegunaan
yang diingini. Malah, untuk mengumpulkan hasil kepada kerajaan dalam
bentuk cukai sekalipun melibatkan peruntukan sumber. Anda mungkin
hairan kenapakah sumber perlu diperuntukkan bagi mengumpulkan hasil
untuk kerajaan. Ia perlu kerana organisasi perlu diwujudkan, kakitangan
perlu dibayar, peralatan perlu dibeli dan beberapa perbelanjaan lain perlu
diadakan. Fungsi peruntukan memerlukan kerajaan menyediakan barangan
awam, menguruskan masalah eksternaliti, menggalakkan pasaran
berpersaingan dan melindungi individu akibat daripada kegagalan
mendapatkan maklumat bagi membuat keputusan.

Maka, semua ekonomi perlu menjawab soalan-soalan berikut:

(i) Apakah barang dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan?;


(ii) Bagaimanakah ia akan dikeluarkan? Adakah ia dikeluarkan
oleh sektor awam atau swasta?; dan
(iii) Siapakah yang akan mendapat barang dan perkhidmatan
yang dikeluarkan itu?

Oleh kerana kedua-dua sektor awam dan swasta dalam sesebuah negara
terlibat dalam penyediaan barangan, maka pembahagian peruntukan
sebenar (actual allocation) di antara kedua-dua sektor sememangnya wujud
setiap masa. Pada masa yang sama, perlu juga diketahui apakah gabungan
peruntukan yang optimum antara keluaran oleh sektor awam dan keluaran
sektor swasta. Gabungan peruntukan optimum ini melibatkan beberapa
angkubah seperti cita rasa dan permintaan pengguna, kedudukan ekonomi
dan sumber dalam negara, serta tekanan politik.

Keseimbangan antara pengeluaran oleh sektor awam dan swasta dapat


diperhatikan melalui keluk kemungkinan-pengeluaran. Anda dapat
melihat melalui Rajah 1.1 mengenai kombinasi pengeluaran oleh sektor
awam dan swasta dalam sesebuah ekonomi. Keluk ini mengandaikan
sumber-sumber produktif dan teknologi dapat ditentukan dan digunakan di
tahap maksimum. Pada titik A, DX1 unit barangan swasta dikorbankan oleh
individu bagi membolehkan kerajaan menyediakan 0K1 unit barangan.
Sumber-sumber yang sepatutnya digunakan untuk menyediakan DX1 unit

8
barang swasta telah digunakan oleh sektor awam bagi melaksanakan
fungsinya.

Rajah 1.1
Keluk Kemungkinan-Pengeluaran

Keluaran sektor
awam C
K2 B

K1 A

0 X2 X1 D
Keluaran sektor swasta

Semakin banyak barangan yang dikeluarkan oleh sektor awam, semakin


banyak sumber yang perlu dikorbankan oleh sektor swasta. Hal ini dapat
diperhatikan pada titik B. Peningkatan keluaran sektor awam kepada 0K2,
menyebabkan keluaran swasta terpaksa dikurangkan kepada 0X2. Bagi
tujuan ini, kerajaan mungkin mengenakan lebih banyak cukai dan ini
mengurangkan sumber yang dapat digunakan oleh sektor swasta.

Titik peruntukan sumber optimum dan titik peruntukan sebenar


mungkin sama. Andaikan A ialah pembahagian peruntukan optimum
sumber di antara kedua-dua sektor; di mana 75% sumber diperuntukkan
kepada sektor swasta dan 25% kepada sektor awam. Sekiranya
peruntukan sebenar juga adalah pada titik A, maka dikatakan berlaku
keseimbangan sosial dalam ekonomi tersebut. Ia menggambarkan
kehendak masyarakat untuk barangan awam dan swasta dalam negara
tersebut.

Jika peruntukan sebenar pada titik B, maka peruntukan tersebut dikatakan


tidak optimum. Dengan perkataan lain, peruntukan sebenar yang berbeza
daripada peruntukan optimum menunjukkan pembahagian sumber yang
kurang cekap atau tidak saksama. Maka, keseimbangan sosial tidak berlaku.
Bagaimanapun, anda perlu faham bahawa gabungan peruntukan optimum
di antara sektor awam dan swasta bukan sesuatu yang tetap. Ia berubah
berdasarkan kehendak masyarakat mengikut nilai- nilai tertentu pada satu-
satu masa.

Negara yang memilih supaya pembahagian sumber lebih banyak bagi


sektor awam dikatakan condong kepada orientasi sosial atau ekonomi
9
kebajikan. Sementara negara yang cenderung menggalakkan sektor swasta
memonopoli sumber dikatakan mengamalkan sistem ekonomi terbuka atau
ekonomi berorientasikan kapitalisme.

Melalui kursus Dasar Awam, anda telah maklum bahawa terdapat beberapa
barangan yang dipanggil sebagai barangan awam atau barangan sosial yang
tidak sesuai dikeluarkan secara langsung melalui mekanisme pasaran atau
transaksi biasa di antara pengguna dan pengeluar. Terdapat kes yang
menunjukkan pasaran gagal sepenuhnya manakala dalam kes yang lain, ia
hanya gagal berfungsi secara cekap. Sebelum dapat dibincangkan
kenapakah barangan ini tidak dapat ditawarkan secara cekap melalui
mekanisme pasaran, eloklah kita lihat semula ciri-ciri barangan untuk
menentukan jenis barangan.

Terdapat tiga jenis barangan dalam ekonomi. Pertama yang diklasifikasi-


kan sebagai barangan privet atau swasta. Ia mempunyai ciri-ciri
pengasingan dan persaingan. Kedua, barangan awam yang mempunyai ciri-
ciri tiada pengasingan dan tiada persaingan. Ketiga, barangan yang
mempunyai salah satu ciri pengasingan atau persaingan dan ia dikenali
sebagai barangan tol.

1. Ciri Pengasingan

Ciri pengasingan bermaksud sesuatu barangan itu dapat dibezakan di


antara pemilik dan bukan pemilik. Apabila anda membeli barangan
tertentu anda mendapat hak milik eksklusif ke atas barangan berkenaan.
Contohnya anda membeli sebungkus nasi lemak. Nasi lemak berkenaan
telah menjadi milik anda dan tidak dapat dibeli oleh orang lain. Jika anda
membeli sepasang kasut baru, ia akan menjadi milik anda.

2. Ciri Persaingan

Ciri persaingan bermaksud penggunaan barangan itu menimbulkan


faedah kepada pemilik atau pembeli sahaja. Faedah barangan tersebut
tidak dapat dirasai oleh semua orang. Apabila nasi lemak yang anda beli tadi
dimakan oleh anda, maka tentulah anda merasa puas dan kenyang. Orang
lain yang tidak dapat makan nasi lemak berkenaan tentu tidak merasa
faedah daripada kesedapan nasi lemak tadi. Dengan perkataan lain,
penggunaan oleh seorang individu akan menyebabkan faedah kepada
orang lain berkurangan atau terjejas.

3. Ciri Tiada Pengasingan

Ciri tiada pengasingan bermaksud penggunaan barangan tertentu tidak


terhad kepada seorang pengguna sahaja. Sebaliknya, ia dapat digunakan
oleh ramai orang pada masa yang sama. Contohnya, cahaya lampu jalan
dapat dinikmati oleh ramai orang pada masa yang sama. Ini bermaksud
tidak ada seorang individu yang mendapat hak penggunaan secara
eksklusif bagi barangan itu. Ciri ini juga dikatakan sebagai penggunaan
bersama.

10
4. Ciri Tiada Persaingan

Ciri tiada persaingan membawa implikasi bahawa faedah yang dinikmati


oleh seseorang pengguna tidak mengurangkan faedah yang didapati oleh
orang lain. Cahaya lampu jalan tadi tidak akan berkurangan apabila
terdapat lebih daripada seorang pengguna pada satu masa. Semua orang
mendapat cahaya yang sama banyak dan masing-masing mendapat
faedah daripada cahaya lampu jalan tersebut.

Dapatkah anda berikan beberapa contoh barangan


swasta dan awam?

Berdasarkan ciri-ciri tersebut, kita dapati mekanisme pasaran swasta


sesuai untuk menyediakan barangan swasta. Ini kerana ia berasaskan
pertukaran (exchange) dan pertukaran hanya boleh berlaku apabila terdapat
hak milik eksklusif ke atas barangan tersebut. Oleh itu, pengguna boleh
dihalang daripada menggunakannya jika tidak membayar harganya. Ciri
pengasingan sesuai untuk barangan swasta kerana apabila pengguna
membayar harganya, dia akan mendapat hak penggunaan. Sebaliknya,
bagi barangan awam, adalah tidak cekap untuk menghalang mana-mana
individu pengguna daripada menggunakan atau mendapatkan faedah
daripada barangan itu terutamanya apabila ia tidak menjejaskan penggunaan
orang lain.

Pengguna juga mengehendaki barangan awam sebagai sebahagian daripada


barangan keperluan mereka. Oleh itu, pengguna perlu menyatakan nilai
terhadap barangan awam seperti dia menyatakan nilai terhadap barangan
swasta. Bagi menentukan penawaran barangan awam, nilai yang dinyatakan
oleh pengguna tidak dicampurkan secara mendatar seperti barangan
swasta. Ia perlu dicampurkan secara menegak untuk menentukan harga.
Bagaimanapun, pengguna yang rasional tentu tidak mahu menyatakan nilai
barangan awam terhadap dirinya kerana merasakan sumbangan nilainya
terlalu kecil disebabkan terdapat ramai pengguna lain.

Bagi melihat dengan lebih jelas nilai yang diberikan oleh individu untuk
sesuatu barangan awam, kita gunakan contoh pertunjukan bunga api
yang diadakan semasa sambutan Hari Kemerdekaan. Andaikan pertunjukan
tersebut dapat disaksikan dengan jelas oleh 100,000 orang dan kos yang
diperlukan bagi menjayakan pertunjukan ialah RM10,000. Oleh itu, jika
100,000 orang memberikan nilai yang sama terhadap keseronokan
menikmati pertunjukan itu, maka kos atau harga yang perlu dibayar oleh
setiap orang hanyalah 10 sen. Ini menunjukkan bahawa sumbangan
setiap individu adalah kecil kerana terdapat ramai pengguna yang lain.
Semua orang yang dapat menyaksikan pertunjukan bunga api itu tahu
bahawa mereka tidak dapat dihalang daripada menyaksikan pertunjukan
walaupun mereka tidak membayar harga barangan itu. Maka, pengguna
akan bertindak sebagai penunggang bebas (free rider) kerana tidak mahu
membuat sebarang sumbangan dari segi bayaran tetapi mahu terus
menikmati barangan tersebut selagi ia disediakan untuk semua orang.
Apabila ramai orang bertindak begitu, maka terputuslah hubungan di antara
11
pengeluar dan pengguna. Walaupun pengeluar menanggung kos menyedia-
kan barangan awam tetapi pihak pengguna tidak mahu membayar harganya.

Disebabkan oleh ciri-ciri tiada pengasingan dan tiada persaingan, sukar


untuk menghalang mereka yang tidak membayar daripada menikmati
faedah yang diperolehi daripada barangan awam. Pasaran swasta
dikatakan cenderung untuk tidak menyediakan barangan awam dengan
mencukupi (under produce) kerana pengeluar swasta tidak mempunyai
keinginan untuk menyediakan sesuatu barangan di mana pengguna
mendapat faedah tetapi tidak mempunyai insentif untuk membayar
harganya. Oleh itu, pasaran swasta gagal menyediakan barangan awam
dengan mencukupi dan campur tangan kerajaan diperlukan bagi
memastikan barangan ini disediakan dengan secukupnya kepada orang
ramai.

Adakah telefon awam sejenis barangan awam? Nyatakan


ciri-cirinya.

Mekanisme pasaran sesuai bagi menyediakan barangan swasta dan


barangan tol. Sebaliknya, tindakan kerajaan didapati perlu untuk
menentukan penawaran yang berterusan dan cekap bagi barangan awam.
Tahukah anda bahawa terdapat perbezaan antara penyediaan (provision)
dan pengeluaran (production) barangan awam? Penyediaan awam
bermaksud barangan tersebut dibiayai melalui belanjawan awam dan
pengguna mendapat barangan tersebut secara percuma atau pada harga
yang rendah. Ini tidak bermaksud barangan tersebut mesti dikeluarkan oleh
sektor awam.

Pengeluaran awam pula bermaksud kakitangan awam akan digunakan


untuk menawarkan barangan tersebut. Kegagalan untuk membezakan
antara penyediaan dan pengeluaran awam telah menyebabkan monopoli
sektor awam dan beban yang besar untuk mengadakan barangan awam.
Keadaan akan bertambah rumit apabila semakin banyak barangan swasta
didefinisikan sebagai barangan awam.

Di Malaysia, penyediaan barangan awam tidak lagi menjadi aktiviti utama


kerajaan pada masa ini. Beberapa barangan yang biasanya dikeluarkan
oleh sektor awam telah disediakan melalui pasaran. Antaranya termasuk
bekalan elektrik, telefon dan pembetungan. Bagaimanapun, kita dapati
pengeluaran awam bagi barangan swasta yang kemudian dijualkan kepada
orang ramai boleh juga berlaku. Contoh yang paling mudah ialah
kerajaan menjual buku laporan ekonomi kepada orang ramai.

Kenapakah perkhidmatan kereta api dijadikan sebagai


perkhidmatan awam oleh sesetengah negara?

Selain daripada kerajaan, pihak swasta juga boleh mengeluarkan barangan


awam. Terdapat lima cara di mana pihak swasta boleh mengeluarkan
barangan tersebut dan mendapat keuntungan pada masa yang sama iaitu
12
melalui:

1. Kontrak daripada kerajaan

Walaupun kerajaan bertanggungjawab menyediakan barangan tersebut,


contohnya lampu isyarat dan jalan raya, aktiviti-aktiviti ini boleh dibuat
melalui kontrak kepada sektor swasta. Para kontraktor swasta ini akan
dipilih selepas proses tawaran dan hendaklah melaksanakan tugas mengikut
spesifikasi agensi kerajaan yang telah memberikan kontrak.

2. Hak atau francais monopoli

Apabila terdapat monopoli semula jadi atau ekonomi skala yang


memerlukan sesuatu barangan itu ditawarkan oleh hanya sebuah firma,
maka satu syarikat swasta boleh dilantik oleh kerajaan untuk menawarkan
barangan tersebut atas dasar monopoli. Pada peringkat permulaan, syarikat
akan bertanding sesama sendiri untuk mendapatkan hak tersebut. Oleh
kerana peralatan yang digunakan mempunyai tempoh hayat yang panjang
serta memerlukan kos yang besar, maka hak tersebut selalu diberikan
untuk tempoh yang panjang. Syarikat yang berjaya mendapat hak
pengeluaran barangan akan membuat semua pelaburan. Anda tentu dapat
berikan satu contoh barangan yang menggunakan teknik ini di Malaysia.

3. Kontrak pengurusan

Dalam keadaan ini, agensi awam akan mengekalkan tanggungjawab dari


segi pelaburan tetapi mengatur supaya pengurusan pihak swasta
digunakan. Kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan faedah daripada
pengurusan swasta yang lebih cepat dan tidak memerlukan pengesahan
daripada pelbagai peringkat. Sebagai contoh, perkhidmatan telefon di
Botswana diuruskan oleh sebuah syarikat swasta.

4. Baucar

Ia merupakan satu bentuk subsidi yang dapat diadakan dalam pelbagai


bentuk. Barangan yang ditawarkan kepada pengguna bukan merupakan
barangan awam tetapi barangan swasta yang disediakan oleh kerajaan bagi
Tujuan keadilan sosial atau menggalakkan penggunaan barangan yang
mempunyai eksternaliti positif. Kita dapat melihat beberapa jenis baucar
yang digunakan di beberapa negara. Di Amerika Syarikat, “food stamps”
diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk memboleh-
kan mereka mendapat barangan makanan secara percuma. Pihak pekedai
akan mengajukan baucar tersebut untuk mendapat bayaran daripada
kerajaan. Di Chile, baucar digunakan untuk membolehkan kanak-kanak
mendapat pendidikan awam di sekolah rendah yang menjadi pilihan ibu
bapa. Sementara di Malaysia pula, warga emas yang telah mencapai umur 55
tahun ke atas layak diberi potongan tambang LRT, monorel, kereta api dan
kapal terbang. Mereka juga dikecualikan daripada membayar caj
pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klini kesihtan termasuk
klinik 1Malaysia. Dalam Bajet 2012 kerajaan mengumumkan pemberian
sebanyak RM500 bagi isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Kerajaan juga memberi baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar
13
warga negara Malaysia di institusi pengajian awam dan swasta tempatan,
matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

5. Koperasi atau kelab atau persatuan

Organisasi yang dimaksudkan merupakan organisasi sukarela yang


dikendalikan oleh para ahli koperasi atau kelab yang berkenaan. Ia dibentuk
bagi tujuan memberi faedah kepada para ahli sahaja. Individu sanggup
menjadi ahli dengan membayar yuran dan mengeluarkan sumbangan
kerana percaya mereka akan mendapat faedah bersama jika berkongsi
menyediakan barangan awam. Sebagai contoh, kelab renang ditubuhkan
untuk memenuhi hasrat sesuatu kumpulan yang sanggup berkongsi kos
menyediakan kemudahan kolam renang. Ada persatuan yang menyediakan
kemudahan stesen radio untuk manfaat ahli-ahli.

SOALAN DALAM TEKS 1.3

1. Dalam negara yang mengamalkan ekonomi pasaran


terbuka, peranan sektor awam tidak diperlukan.
Betul/Salah?
2. Bezakan antara penyediaan dan pengeluaran
awam. Berikan satu contoh bagi setiap satu
konsep tersebut.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Seterusnya, eksternaliti merupakan kesan sampingan atau kesan limpahan


kepada pihak ketiga yang timbul akibat daripada pengeluaran atau
penggunaan sesetengah barangan. Ia juga dikatakan sebagai kesan luaran.
Ia akan menyebabkan berlakunya kegagalan pasaran apabila penawaran
dan permintaan tidak menunjukkan semua faedah dan semua kos untuk
mengeluarkan dan menggunakan sesuatu barangan. Oleh itu, harga yang
terhasil daripada interaksi penawaran dan permintaan bukan merupakan
harga yang betul.

Eksternaliti dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu eksternaliti positif dan
negatif. Eksternaliti positif ialah kesan baik kepada pihak ketiga akibat
pengeluaran atau penggunaan barangan tertentu. Kita ambil suntikan
Rubela sebagai contoh. Suntikan ini diberikan kepada golongan wanita
ketika umur remaja. Ia bertujuan memberikan ketahanan kepada wanita
berkenaan daripada jangkitan penyakit campak. Penyakit ini tidaklah
berbahaya kepada wanita dewasa. Bagaimanapun, ia mungkin menyebabkan
komplikasi seperti kecacatan atau kematian bayi dalam kandungan jika ibu
menghidapi penyakit ini. Pihak pertama ialah pengguna barangan iaitu
wanita yang disuntik dengan vaksin berkenaan sementara pihak kedua
ialah pengeluar iaitu pembekal atau penjual vaksin itu. Bayi dalam
14
kandungan merupakan pihak ketiga yang menikmati faedah daripada
penggunaan barangan ini.

Dapatkah anda berikan contoh barangan lain yang


mempunyai kesan eksternaliti positif?

Eksternaliti negatif pula merupakan kesan buruk kepada pihak ketiga


disebabkan oleh pengeluaran atau penggunaan sesuatu barangan. Semua
jenis pencemaran merupakan contoh eksternaliti negatif. Anda dapat lihat
bagaimana masyarakat menanggung kos akibat daripada bunyi yang amat
bising, air yang tercemar atau udara yang tercemar. Rokok merupakan satu
barangan yang mempunyai eksternaliti negatif. Cuba perhatikan apa yang
berlaku apabila anda menghisap rokok. Asap yang keluar daripada rokok
tersebut akan mencemarkan udara yang disedut oleh orang lain di sekeliling
anda. Mereka mungkin bukan penggemar rokok tetapi mengalami sesak
nafas atau batuk-batuk akibat keracunan asap rokok anda. Siapakah yang
akan membayar ganti rugi kepada mereka akibat daripada kos yang mereka
tanggung itu?

Bagi barangan yang mempunyai ciri eksternaliti positif, ia mendatangkan


faedah sosial kepada orang lain dan sepatutnya ditingkatkan pengeluaran
atau penggunaannya. Tanpa campur tangan kerajaan, harga akan ditentukan
oleh interaksi antara permintaan dan penawaran dalam pasaran swasta.
Ia tidak mengambil kira faedah sosial kepada pihak ketiga. Oleh itu,
barangan ini selalunya lebih mahal daripada sepatutnya. Bagi menggalakkan
penawaran atau penggunaannya, kerajaan boleh mengambil tindakan seperti
berikut:

(i) Menawarkan sendiri secara percuma atau pada kos yang


rendah kepada masyarakat; atau
(ii) Memberikan subsidi kepada pengguna atau pengeluar
untuk meningkatkan penggunaan atau pengeluaran
barangan berkenaan.

Sebaliknya, bagi barangan yang mempunyai ciri eksternaliti negatif, kos


sosial yang timbul tidak diambil kira dalam penentuan harga menyebab-
kan harga barangan berkenaan murah daripada sepatutnya. Ini bermakna
bahawa pasaran swasta telah terlebih memperuntukkan sumber bagi
barangan ini. Disebabkan kesan yang tidak baik kepada masyarakat,
barangan ini perlu dihadkan penggunaan atau pengeluarannya. Antara
tindakan yang dapat dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan
negatif ini adalah melalui

(i) Pengenaan cukai;


(ii) Denda atau penalti; atau
(iii) Mengadakan peraturan atau sekatan.

Tindakan-tindakan tersebut akan menyebabkan harga barangan ini menjadi


lebih mahal kepada pengguna atau pengeluar. Diharapkan melalui kenaikan
harga atau kos kepada pengguna atau pengeluar, kuantiti diminta atau
15
ditawarkan dalam pasaran akan dapat dikurangkan.

1.6 FUNGSI PENGAGIHAN

Semua orang bersetuju bahawa isu agihan pendapatan dan kekayaan tidak
dapat diabaikan oleh kerajaan. Dapatkah anda terangkan apa yang
dimaksudkan dengan agihan pendapatan dan kekayaan yang adil dan
saksama? Sebenarnya, sukar untuk memberikan jawapan yang tepat
tentang persoalan ini kerana ia melibatkan pertimbangan nilai dalam
masyarakat. Antara pendapat beberapa ahli falsafah ialah seperti berikut:

(i) Setiap orang berhak mendapat apa yang diusahakan;


(ii) Agihan perlu mencapai kegembiraan atau kepuasan
maksimum bagi masyarakat; dan
(iii) Kebajikan disamaratakan.

Kita dapati pendapat-pendapat berkenaan sukar untuk diterjemahkan


dalam bentuk yang objektif. Ada pendapat yang terlalu memihak kepada
pihak yang bernasib baik dan berupaya dalam masyarakat. Sementara
yang lain terlalu mengutamakan golongan kurang bernasib baik sehingga
akan menindas pihak yang berada. Sebenarnya, perlu ada tolak ansur
dalam menyelesaikan isu agihan ini dan ianya bukanlahmudah untuk
dilaksanakan.

Selain itu, beberapa nilai sosial yang ingin dicapai dalam sesebuah
masyarakat mungkin memerlukan beberapa penyelarasan dalam agihan
pendapatan dan kekayaan yang timbul akibat daripada sistem pasaran atau
warisan. Pasaran swasta menawarkan ganjaran yang tinggi berdasarkan
kedudukan kewangan, kebolehan, pendidikan, bakat dan usaha seseorang.
Sebagai contoh, seseorang yang mendapat peluang memperolehi ijazah
biasanya ditawarkan gaji yang tinggi berbanding individu yang hanya
berpendidikan sekolah rendah. Jika anda mempunyai bakat menyanyi
seperti Siti Nurhaliza, anda tentu dapat menjana pendapatan yang lumayan.
Seseorang yang rajin selalunya mendapat ganjaran yang setimpal dengan
usahanya berbanding seseorang yang malas berusaha. Jika anda mempunyai
modal, tentu anda dapat menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan
mendapat keuntungan yang tinggi. Hasilnya, kita dapati pasaran swasta
akan menyebabkan agihan pendapatan dan kekayaan dalam negara menjadi
tidak saksama dan tidak seimbang.

Persoalan yang dapat dikemukakan di sini ialah, adakah agihan


sedemikian wajar? Jika jawapan anda ya, bagaimanakah keadaannya bagi
mereka yang miskin, kurang upaya atau kurang bernasib baik? Sesetengah
pihak tidak mendapat peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi
kerana tidak cukup wang, kurang pendedahan atau masalah lain. Ada pula
yang mengalami masalah kesihatan dan kecacatan. Mereka tidak minta
berkeadaan demikian tetapi disebabkan takdir, mereka tidak dapat bekerja
pada kapasiti yang tinggi. Apabila jurang agihan pendapatan di antara
penduduk adalah tinggi, berkemungkinan wujud perasaan tidak puas hati di
antara mereka. Masyarakat berpendapatan rendah tentu mengalami
tekanan yang menyebabkan mereka kurang selesa berdampingan dengan
16
golongan yang berpendapatan tinggi. Bagi mewujudkan dan mengekalkan
keharmonian, persefahaman dan toleransi di antara ahli masyarakat,
campur tangan daripada kerajaan perlu untuk mengurangkan jurang agihan
pendapatan dan kekayaan.

Secara umumnya, kita berasa gembira apabila terdapat ramai orang kaya
dalam sesebuah negara. Bagaimanapun, jika terdapat ramai orang miskin,
perkara-perkara negatif seperti ketidakpuasan, tiada toleransi, perpecahan
dan kegiatan jenayah boleh meningkat. Banyak kerajaan di dunia berasa
gusar apabila ramai rakyat mereka yang miskin kerana kemiskinan boleh
menyebabkan unsur-unsur sosialisme merebak dengan mudah.

1.6.1 Konsep dan Ukuran

Sebelum kita lihat pendekatan yang perlu diambil oleh kerajaan untuk
menangani isu agihan ini, elok jika kita bincangkan kedudukan agihan
dalam negara. Sebelum menilai atau mengukur kedudukan agihan, aspek
lain yang tidak kurang penting untuk diperhatikan ialah isu kemiskinan.

Kemiskinan dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu kemiskinan


mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak merupakan keadaan di
mana seseorang tidak dapat mencapai satu taraf hidup sara diri. Ini
bermakna dia tidak dapat memenuhi keperluan asas yang penting seperti
makanan, pakaian dan tempat tinggal yang memenuhi standard minimum
tertentu bagi masa dan kawasan tertentu. Biasanya ukuran yang digunakan
untuk menilai kemiskinan mutlak ialah garis kemiskinan. Jika seseorang
mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan, dia dikategorikan
sebagai miskin.

Tahukah anda berapakah garis kemiskinan rakyat


Malaysia pada masa ini?

Kemiskinan relatif pula bermaksud perbandingan kedudukan ekonomi di


antara individu atau kumpulan. Individu atau kumpulan tertentu mungkin
mempunyai pendapatan di atas garis kemiskinan tetapi merasakan diri
mereka lebih miskin berbanding dengan pihak lain. Dalam keadaan ini,
kemiskinan lebih berbentuk psikologi berbanding dengan keadaan taraf
hidup sebenar.

Ukuran yang paling kerap digunakan untuk mengkaji kedudukan


ketidaksamaan dan membuat perbandingan untuk suatu jangka masa dan di
antara negara-negara ialah keluk Lorenz dan ko efisien Gini. Keluk Lorenz
menunjukkan kepada kita peratus jumlah pendapatan yang dimiliki oleh
peratusan kumulatif penduduk dalam sesebuah negara (mengikut
kedudukan termiskin hingga yang paling kaya). Anda dapat perhatikan
contoh keluk Lorenz di dalam Rajah 1.2.

Bentuk melengkung keluk tersebut menandakan darjah ketidaksamaan

17
dalam agihan pendapatan. Keluk tersebut mesti menyentuh garis 45°
pada sudut bawah sebelah kiri (sifar peratus penerima pendapatan bagi
sifar peratus pendapatan) dan pada sudut kanan sebelah atas (100%
penerima mendapat 100% pendapatan). Jika semua penerima mendapat
pendapatan yang sama banyak, maka keluk Lorenz akan berada di atas garis
45° (saksama sepenuhnya). Jika hanya seorang sahaja menerima semua
pendapatan, maka keluk Lorenz hanyalah satu titik pada sudut bawah-
kanan rajah berkenaan. Semakin jauh keluk Lorenz dari garis 45°, semakin
tinggi darjah ketidaksamaan dalam negara berkenaan.

Rajah 1.2
Keluk Lorenz

- 100

- 90

- 80

- 70

- 60

- 50 % Pendapatan
A
- 40

- 30
B
- 20

- 10

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100
% Kumulatif Penerima Pendapatan

Seperti ahli statistik yang lain, anda mungkin ingin mendapatkan satu
ukuran nombor yang jelas untuk mengukur darjah ketidaksamaan yang
wujud dalam agihan pendapatan. Ukuran yang selalu digunakan untuk
tujuan ini ialah nisbah penumpuan Gini atau ko efisien Gini yang
diperolehi daripada keluk Lorenz. Nisbah ini diukur melalui nilai kawasan A
dibahagi dengan kawasan A campur B seperti di dalam Rajah 1.2.
Semakin besar kawasan A, semakin tinggi nilai nisbah penumpuan ini.
Secara teori, julat nilai nisbah ini ialah di antara sifar dan satu. Berikut
ditunjukkan formula nisbah penumpuan Gini:

A
G = (1.1)
A+B

18
0
G = = 0 ; pendapatan sama rata (1.2)
0+B

A
G = = 1 ; paling tidak saksama (1.3)
A+0

1.6.2 Pilihan di antara Agihan Semula dan Peningkatan Pendapatan

Secara tradisi, polisi-polisi agihan selalu melibatkan pengagihan semula


pendapatan dan kekayaan melalui cara mengenakan beberapa jenis cukai ke
atas golongan yang berkemampuan dan hasil tersebut dipindahkan kepada
golongan yang kurang berkemampuan. Dapatkah anda nyatakan beberapa
contoh cukai yang dikenakan untuk mencapai objektif agihan semula?
Benar, ia termasuk cukai pendapatan individu yang menggunakan kadar
progresif, cukai ke atas keuntungan perniagaan, cukai eksais ke atas
barangan mewah seperti pakej pelancongan, kereta mewah, barangan
keluaran kulit yang diimport dan barang-barang antik.

Seterusnya, pindahan kepada pihak yang kurang berkemampuan boleh


dibuat dalam bentuk pemberian tunai atau barang-barang kegunaan
harian dan input pertanian. Di samping itu, perkhidmatan kesihatan dan
pendidikan yang diberikan secara percuma juga merupakan dua bentuk
subsidi yang bertujuan meningkatkan produktiviti individu. Banyak lagi
contoh yang dapat anda berikan mengenai bentuk pindahan kepada
kumpulan yang kurang berkemampuan.

Anda perlulah faham bahawa teknik cukai-pindahan ini bukanlah


merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu agihan. Ketidak-
samaan juga dapat dikurangkan dengan cara meningkatkan kuasa
mendapatkan pendapatan bagi kumpulan miskin. Jika dapat dilakukan,
teknik kedua ini perlu diutamakan berbanding dengan teknik agihan
semula. Teknik kedua ini dapat mewujudkan masyarakat yang sihat
kerana mengurangkan ketidakpuasan hati kumpulan yang berkemampuan
dan pada masa yang sama menaikkan moral kumpulan yang kurang
berkemampuan. Ini kerana, kedudukan mereka dapat diperbaiki melalui
usaha sendiri dengan bantuan kerajaan.

Bagaimanakah kerajaan dapat membantu kumpulan yang kurang


berkemampuan untuk meningkatkan kuasa mendapatkan pendapatan
mereka? Ia dapat ditingkatkan melalui polisi meningkatkan produktiviti
dan corak pertumbuhan secara tertumpu kepada kumpulan sasaran.
Kumpulan sasaran ini boleh diberikan latihan kemahiran dalam bidang-
bidang terpilih atau bantuan modal untuk mengusahakan perniagaan atau
projek-projek lain. Antara projek kerajaan ke arah matlamat ini termasuk
mengadakan Skim Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang menyediakan
RM2.1 bilion pada tahun 2012 untuk pinjaman mikro kepada usahawan
terutama wanita.

19
SOALAN DALAM TEKS 1.4

1. Bilakah seseorang itu dikatakan miskin?


2. Apakah maksud kemiskinan relatif?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.7 FUNGSI PENSTABILAN

Fungsi penstabilan mempunyai kaitan langsung dengan pencapaian


makro ekonomi seperti guna tenaga tinggi, tingkat kestabilan harga yang
berpatutan dan kadar pertumbuhan ekonomi yang baik. Anda telah
maklum bahawa perkara-perkara tersebut tidak dapat dicapai secara
automatik melalui mekanisme pasaran tetapi memerlukan sokongan
polisi-polisi kerajaan. Tanpa campur tangan kerajaan, ekonomi selalu
mengalami turun naik yang besar, di samping mengalami gangguan dari segi
masalah pengangguran dan inflasi. Pengalaman pada tahun-tahun 1970-
an menunjukkan bahawa pengangguran dan inflasi boleh berlaku pada
masa yang sama. Semakin ekonomi menjadi lebih terbuka dan global,
maka kesan-kesan ketidakstabilan akan lebih mudah dipindahkan ke
negara-negara lain.

Teori ekonomi menunjukkan kepada kita bahawa tingkat guna tenaga dan
harga dalam ekonomi bergantung kepada tingkat permintaan agregat yang
mempunyai hubungan dengan jumlah output yang dikeluarkan. Tingkat
permintaan agregat bergantung kepada keputusan-keputusan pengguna,
pengeluar dan pelabur yang berdasarkan faktor-faktor seperti pendapatan
sekarang dan masa lalu, jangkaan pendapatan dan kedudukan ekonomi,
jumlah kredit dan banyak lagi. Mengikut ahli ekonomi John Maynard
Keynes, ketidakstabilan ekonomi adalah disebabkan oleh turun naik dalam
permintaan agregat. Apabila permintaan agregat berada pada paras rendah,
terhasillah pengangguran yang tinggi. Sebaliknya, apabila ekonomi
beroperasi pada kapasiti tinggi, permintaan agregat yang berlebihan akan
menyebabkan berlakunya inflasi. Jika permintaan agregat dapat dikawal
dengan baik, maka kestabilan ekonomi dan guna tenaga penuh akan
dicapai.

Oleh kerana polisi-polisi pencukaian dan perbelanjaan kerajaan boleh


mempengaruhi permintaan agregat, belanjawan kerajaan boleh digunakan
untuk menghadapi ketidakstabilan ekonomi, pengangguran dan inflasi.
Jika anda perhatikan persamaan di bawah, anda akan dapati bahawa
perbelanjaan kerajaan ialah satu komponen permintaan agregat. Ia boleh
mempengaruhi tingkat permintaan secara langsung. Cukai pula akan
memberi kesan terhadap pendapatan boleh guna pengguna dan keuntungan
firma. Maka, polisi pencukaian mempunyai kesan tidak langsung ke atas
penggunaan dan pelaburan yang merupakan sebahagian daripada
20
komponen permintaan agregat. Cukai dan perbelanjaan kerajaan
merupakan alat-alat fiskal. Kedudukan alat-alat fiskal ini dalam persamaan
permintaan agregat ditunjukkan di bawah:

AD = C + I + G

di mana AD ialah permintaan agregat, C ialah penggunaan, I ialah


pelaburan, dan G ialah perbelanjaan kerajaan.

Dalam keadaan pengangguran, harga dan upah sukar diharapkan sebagai


mekanisme yang dapat memperbaiki keadaan secara automatik (downward
rigid). Jika harga atau upah turun, maka permintaan untuk buruh dan
barangan akan naik, menyebabkan guna tenaga meningkat. Sebaliknya,
kita dapati disebabkan kekakuan dalam mekanisme harga dan upah, maka
kerajaan perlu membantu untuk meningkatkan permintaan agregat
melalui polisi fiskal pengembangan (expansionary) iaitu meningkatkan
perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai supaya pendapatan boleh
guna individu dan firma boleh ditingkatkan. Melalui cara ini penggunaan
dapat ditingkatkan.

Dalam keadaan inflasi pula, kerajaan bolehlah menggunakan polisi fiskal


mengecut (contractionary). Polisi fiskal juga akan memberi kesan kepada
kadar tabungan dan pelaburan yang secara langsung membabitkan kadar
pembentukan modal (capital formation) yang akan memberi kesan kepada
pertumbuhan ekonomi dan produktiviti.

Fungsi penstabilan ini menjadi lebih rumit kerana ekonomi setiap negara
tidak beroperasi secara berasingan. Sebaliknya, ekonomi sesebuah negara
dihubungkan dengan ekonomi-ekonomi lain melalui perdagangan dan
pengaliran modal. Polisi dalaman yang memberi kesan kepada tingkat
pendapatan dalaman dan harga juga akan memberi kesan kepada eksport,
import, imbangan pembayaran dan melibatkan negara-negara lain.

Bukan sahaja polisi belanjawan kerajaan mempunyai kesan ke atas


keadaan-keadaan ekonomi, tetapi keadaan ekonomi juga akan memberi
kesan kepada tingkat hasil dan perbelanjaan kerajaan. Dengan perkataan
lain, polisi belanjawan mungkin mendatangkan kesan yang bertentangan
daripada yang dirancangkan. Sebagai contoh, apabila ekonomi berada di
bawah paras guna tenaga penuh, potongan cukai mungkin membawa
kepada defisit yang kecil sahaja berbanding dengan yang dijangkakan. Ini
berlaku kerana, defisit terancang kerajaan telah menggiatkan kenaikan
dalam pendapatan sektor swasta yang akhirnya meningkatkan hasil cukai
kepada kerajaan.

Keadaan sebaliknya berlaku apabila cukai ditingkatkan atau perbelanjaan


kerajaan dikurangkan untuk mengelakkan defisit belanjawan, defisit
mungkin tetap akan berlaku. Kerajaan mungkin menjangkakan defisit
akan berlaku disebabkan jumlah pendapatan berada di bawah tingkat
guna tenaga penuh. Ahli politik pula berpendapat bahawa cukai perlu
dinaikkan dan perbelanjaan kerajaan dikurangkan untuk membawa
21
kepada belanjawan berimbang (balanced budget). Polisi sedemikian
mungkin akan menyebabkan keadaan ekonomi bertambah buruk. Anda
akan dapati kenaikan dalam cukai akan mengurangkan pendapatan boleh
guna, yang akan membawa kepada kejatuhan dalam penggunaan dan
permintaan agregat. Oleh kerana C + I + G telah jatuh, maka tingkat Y
akan jatuh menyebabkan perolehan sebenar daripada cukai akan
berkurangan dan bukannya bertambah seperti yang diharapkan. Maka,
berlaku defisit belanjawan yang tidak dirancang (unplanned).

Setelah mengikuti perbincangan di atas, anda dapat membuat kesimpulan


bahawa mengadakan perubahan-perubahan fiskal yang dapat menghasil-
kan guna tenaga tinggi dan pada masa yang sama mengurangkan
ketidakstabilan ekonomi bukanlah satu perkara yang mudah untuk
dilakukan. Ada kalanya sekatan-sekatan fiskal seperti dasar berjimat cermat
yang diadakan untuk menghadapi inflasi membawa kepada kelesuan
ekonomi. Sebaliknya, polisi-polisi makro ekonomi berbentuk
pengembangan pula mungkin membawa kepada keadaan di mana
ekonomi menjadi terlalu giat (overactive) dan membawa kepada inflasi.

Kerajaan pernah mengamalkan dasar berjimat cermat


pada pertengahan tahun-tahun 1980-an. Mengapakah
kerajaan mengambil tindakan sedemikian?

Soalan ini mungkin menimbulkan tanda tanya kepada anda. Kenapakah


pembuat-pembuat polisi ada kalanya gagal membentuk polisi yang betul
dan menyebabkan keadaan kestabilan? Antara jawapan-jawapan kepada
persoalan ini ialah

1. Kesilapan meramalkan keadaan ekonomi dan kelewatan


melaksanakan polisi fiskal

Seperti pembuat keputusan yang lain, pembuat-pembuat polisi bergantung


kepada pengetahuan yang tidak sempurna. Kebolehan untuk menjangkakan
keadaan inflasi dan kemelesetan agak terhad. Keadaan ekonomi
tersebut yang memerlukan perubahan dalam polisi fiskal mungkin
telah wujud sebelum ianya disedari. Seterusnya, walaupun jika keadaan
tersebut disedari dan polisi perlu diubah untuk menghadapi keadaan-
keadaan tersebut, kelewatan akan berlaku sebelum ianya dapat
dilaksanakan. Ini kerana, banyak pihak perlu dirujuk dan prosedur perlu
diikuti sebelum sebarang perubahan dalam polisi dapat dikuatkuasakan.
Kelewatan seperti ini dikatakan sebagai masalah jangkaan masa (time lag).

2. Jika kemelesetan ekonomi bersifat setempat (localized)


iaitu di sesuatu kawasan atau industri atau di kalangan
kumpulan tertentu, maka rangsangan ekonomi bersifat
umum adalah kurang efektif

Rangsangan yang terhasil daripada penurunan cukai atau peningkatan


dalam perbelanjaan kerajaan akan dirasai di semua bahagian ekonomi dan
keadaan ini akan memberi tekanan kepada bahagian yang tidak
22
bermasalah sebelumnya dan tidak dapat membantu bahagian yang
bermasalah. Dalam keadaan di mana masalah bersifat terhad atau
tertumpu, pendekatan mikro ekonomi adalah lebih baik. Polisi fiskal
mesti bersifat spesifik kepada masalah untuk membolehkan ia menjadi
efektif. Ini dapat dilakukan dengan membuat perancangan perbelanjaan
projek yang spesifik kepada sektor atau kumpulan bermasalah.
Bagaimanapun, masalah kepada penyelesaian bentuk ini ialah faktor
pertimbangan politik seperti yang dibincangkan di bawah.

3. Teori pilihan awam menunjukkan bahawa polisi fiskal


cenderung menyebabkan kesan inflasi (inflationary bias)

Jika polisi fiskal diharapkan supaya mempunyai pengaruh untuk


membetulkan keadaan ekonomi, ia perlu bertindak berdasarkan keadaan
ekonomi. Sebagai contoh, apabila keadaan ekonomi berubah daripada
keadaan menurun (kemelesetan) kepada keadaan menaik (mengembang),
polisi fiskal juga perlu diubah daripada bentuk pengembangan kepada
bentuk sekatan. Bagaimanapun, polisi fiskal tidak diubah oleh para ahli
ekonomi. Sebaliknya, ia merupakan tindakan oleh pembuat polisi iaitu
ahli-ahli politik. Mereka berminat mengetahui bagaimana polisi fiskal akan
memberi kesan kepada imej dan prospek pemilihan semula mereka. Oleh
itu, dapat dikatakan bahawa polisi fiskal dipengaruhi oleh pertimbangan
politik. Penurunan cukai dan peningkatan perbelanjaan kerajaan akan
membolehkan ahli politik memberi faedah kepada para pemilih. Faedah
seperti ini popular di kalangan rakyat. Sebaliknya, apabila keadaan
memerlukan supaya cukai dinaikkan dan perbelanjaan kerajaan
dikurangkan, ahli-ahli politik agak keberatan untuk melaksanakannya.

4. Kesan sampingan daripada polisi fiskal akan mengurangkan


keberkesanannya

Sebagai contoh, pembuat polisi telah bersetuju untuk meningkatkan


perbelanjaan kerajaan bagi menggalakkan permintaan agregat. Jika
tambahan perbelanjaan yang diperlukan itu dibiayai melalui pinjaman,
permintaan untuk dana pinjaman akan meningkat, menyebabkan tekanan
ke atas kadar bunga. Kadar bunga yang meningkat ini akan menyebabkan
tingkat pelaburan swasta dan pembelian barangan tahan lama terjejas.
Sekiranya cukai ditingkatkanuntuk membiayai perbelanjaan ini, ia akan
menyebabkan perbelanjaan swasta pula terjejas. Kadar cukai yang semakin
tinggi akan mengurangkan pendapatan boleh guna dan mengurangkan
perbelanjaan isi rumah dan firma.

Bagaimanakah pertimbangan politik dapat diminimumkan


bagi membolehkan pembuat-pembuat dasar memilih
polisi fiskal yang sesuai?

1.7.1 Penstabil Automatik

Terdapat beberapa program fiskal yang bertindak untuk menstabilkan


ekonomi secara automatik. Ia tidak memerlukan tindakan legislatif dan
masalah jangkaan masa juga dapat diminimumkan. Penstabil automatik ini
23
akan membawa kepada belanjawan defisit semasa ekonomi mengalami
kemelesetan dan akan menyebabkan belanjawan lebihan apabila ekonomi
berkembang. Apabila pengangguran meningkat dan pasaran menjadi
perlahan, penstabil automatik ini akan mengurangkan cukai dan
meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk membantu ekonomi
memulihkan keadaan. Sebaliknya, apabila ekonomi terlalu cepat
berkembang, ia akan bertindak seperti brek dengan meningkatkan hasil
cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Tiga daripada penstabil
automatik ini ialah:

1. Cukai keuntungan syarikat

Ia merupakan alat fiskal terbaik. Ini kerana keuntungan syarikat sangat


sensitif kepada keadaan turun naik dalam ekonomi. Dalam keadaan
kemelesetan, keuntungan syarikat akan jatuh menyebabkan hasil daripada
cukai ini juga berkurangan. Kejatuhan yang banyak dalam hasil cukai
akan membesarkan saiz defisit kerajaan. Pada masa ekonomi mengalami
kenaikan, cukai syarikat akan meningkat lebih cepat daripada upah,
pendapatan atau penggunaan. Peningkatan keuntungan syarikat ini akan
menyebabkan kenaikan yang banyak dalam hasil cukai kepada kerajaan
walaupun polisi cukai kerajaan tidak diubah pada masa ini.

2. Cukai pendapatan yang progresif

Semasa ekonomi sedang berkembang, pendapatan boleh guna pengguna


akan meningkat lebih perlahan berbanding dengan jumlah pendapatan. Ini
berlaku kerana dengan pendapatan yang lebih tinggi, cukai pendapatan
progresif akan menolak pengguna memasuki tingkat (bracket) cukai yang
lebih tinggi. Maka, hasil cukai meningkat kerana dua sebab. Pertama,
pendapatan yang diperolehi semasa ekonomi berkembang lebih tinggi
daripada sebelumnya. Kedua, kadar cukai yang lebih tinggi akan dikenakan
ke atas pendapatan marginal yang bertambah.

3. Pampasan pengangguran

Beberapa negara mengamalkan sistem mengenakan cukai ketika


seseorang mempunyai pekerjaan dan memberikan bayaran (compensation)
apabila beliau tidak bekerja. Apabila pengangguran tinggi, hasil daripada
cukai ini rendah kerana ramai orang tidak bekerja. Bayaran yang terpaksa
ditanggung oleh kerajaan akan meningkat kerana ramai orang layak
mendapat faedah ini. Program ini akan menghasilkan defisit secara
automatik semasa kemelesetan. Sebaliknya, apabila pengangguran rendah,
hasil cukai daripada sumber ini akan meningkat kerana semakin ramai
orang bekerja. Jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada penganggur
adalah sedikit pada masa ekonomi mengalami kadar pengangguran yang
rendah. Program ini akan menghasilkan lebihan semasa keadaan
ekonomi baik.

24
SOALAN DALAM TEKS 1.5

1. Apabila berlaku inflasi dalam keadaan guna tenaga


tinggi, kerajaan boleh menggunakan polisi fiskal
(mengembang/mengecut) untuk (menyekat/
meningkatkan) permintaan agregat.
2. Kenapakah polisi fiskal cenderung mengalami kesan
inflasi?
3. Terangkan mengenai dua bentuk penstabil automatik
yang ada di Malaysia.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.8 RUMUSAN

Setelah mengikuti bab ini anda tentu faham bahawa terdapat dua bentuk
pasaran dalam sesebuah negara iaitu pasaran swasta dan pasaran awam.
Kedua-duanya bertindak dengan cara yang berlainan untuk memenuhi
kehendak masyarakat. Harga adalah petunjuk yang penting dalam pasaran
swasta sementara pasaran awam pula mengutamakan hasrat pengundi
dan pembuat-pembuat polisi.

Anda telah didedahkan dengan keempat-empat fungsi utama sektor awam.


Sektor awam berkhidmat untuk memenuhi kepentingan dan kebajikan
masyarakat dengan menyediakan sistem pertahanan, keselamatan dan
keadilan yang memuaskan. Rakyat perlu merasakan diri mereka selamat
daripada ancaman musuh dari dalam mahupun luar negara. Tanpa
perlindungan ke atas harta benda, kebebasan dan nyawa rakyat maka
kerajaan negara berkenaan telah gagal menjalankan kewajipannya yang
paling penting.

Selain itu, sektor awam memerlukan sumber-sumber untuk melaksanakan


tanggungjawabnya. Melalui fungsi peruntukan, sumber- sumber dalam
negara diagih-agihkan untuk kegunaan sektor awam dan sektor swasta.
Sektor awam perlu mengadakan pelbagai barang dan perkhidmatan untuk
memenuhi tuntutan masyarakat. Oleh itu, ia perlu mendapatkan sumber
melalui cukai, pengenaan bayaran dan pinjaman.

Kepentingan kumpulan kurang bernasib baik dalam sesebuah negara juga


tidak boleh diabaikan. Satu pendekatan untuk mengurangkan jurang
ketidaksamaan ialah melalui teknik cukai-pindahan. Walau bagaimanapun,
kecenderungan pada masa kini adalah untuk mengurangkan jurang agihan
dengan cara menambahkan kuasa mendapatkan pendapatan bagi kumpulan
miskin.

Sektor awam juga diharapkan dapat memperbaiki prestasi dan menstabilkan


ekonomi melalui penggunaan dasar fiskal. Anda telah lihat bahawa
25
penggunaan dasar fiskal bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Ia mungkin menambahkan masalah yang sedang dialami atau bukan
merupakan penyelesaian yang terbaik.

Adalah jelas kepada kita bahawa tanggungjawab sektor awam amat berat
kerana keempat-empat fungsi ini bukan saling melengkapi. Penekanan
kepada mana-mana fungsi mungkin menyebabkan fungsi yang lain terjejas.
Oleh itu, pembuat-pembuat keputusan dalam sektor awam perlu membuat
pertimbangan yang terbaik bagi memenuhi matlamat negara dan masyarakat
pada satu-satu masa.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Mempelajari kewangan awam membolehkan anda

A. Mengkaji cara-cara kerajaan membiayai aktiviti-aktivitinya.


B. Mempunyai asas untuk memahami peranan ekonomi
kerajaan.
C. Melihat kesan-kesan tindakan kerajaan ke atas kebajikan
masyarakat.
D. Semua di atas.

2. Penyediaan barang dan perkhidmatan oleh kerajaan memerlukan


sumber

A. Buruh.
B. Peralatan.
C. Bangunan.
D. Tanah.
E. Semua yang dinyatakan.
3. Cukai-cukai yang dibayar mempunyai hubungan langsung dengan
faedah yang diterima daripada penyediaan barang dan
perkhidmatan oleh kerajaan.
Betul/Salah

4. Masalah penunggang bebas ialah satu contoh kegagalan kerajaan.

Betul/Salah
5. Tidak seperti pengguna, pembuat polisi membuat keputusan
berdasarkan pengetahuan sempurna.
Betul/Salah

6. “Penyiaran awam merupakan barangan awam.” Adakah anda


bersetuju dengan kenyataan tersebut? Jawapan anda perlu
merujuk kepada ciri-ciri barangan dan kepentingan penyiaran
kepada masyarakat.
26
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 1.1

1. Salah

2. D

3. Kos melepas ialah kos atau kerugian yang ditanggung apabila


membuat sesuatu pilihan. Disebabkan kekangan sumber seperti
modal dan tenaga, kita tidak dapat mencapai semua kehendak kita
pada masa yang sama. Contohnya jika anda mempunyai
lebihan pendapatan sebanyak RM100, maka anda dapat membeli
satu barangan pada harga tersebut atau menyimpan wang
berkenaan di bank atau meminjamkannya kepada rakan baik
anda. Bagaimanapun, anda hanya dapat memilih salah satu
daripada tindakan tersebut dan bukan semuanya. Jika anda
memilih untuk membeli barangan, maka anda terpaksa
mengorbankan peluang menyimpan wang tersebut dan peluang
berbakti kepada rakan anda.

4. Kegagalan pasaran berlaku apabila pasaran swasta tidak dapat


memperuntukkan sumber berdasarkan kehendak masyarakat.
Ada kalanya pasaran swasta menyediakan terlalu banyak kuantiti
sesuatu barangan yang membawa kesan negatif atau terlalu
sedikit barangan yang membawa kebaikan. Sebagai contoh, pasaran
swasta menyediakan pusat-pusat hiburan yang menguntungkan
pengusaha tetapi membawa implikasi negatif kepada sebahagian
ahli masyarakat.

Sebaliknya, kegagalan kerajaan berlaku apabila campur tangan


kerajaan dalam ekonomi tidak memberikan kesan yang lebih baik
daripada operasi pasaran swasta yang ada. Ini berlaku kerana
tindakan kerajaan mungkin menyebabkan kebebasan pengguna
dan pengeluar membuat keputusan telah tersekat dan semakin
banyak pihak menanggung kerugian akibat daripada campur
tangan kerajaan berbanding apabila pasaran swasta dibenarkan
beroperasi secara automatik.

SDT 1.2

1. Kementerian ialah agensi utama sektor awam. Ia berfungsi


sebagai penggubal dasar, di samping merancang, mengawal dan
27
menyelaraskan pelaksanaan perkara-perkara yang berkaitan dengan
tanggungjawab sesuatu kementerian. Sebaliknya jabatan ialah
agensi yang melaksanakan dasar. Aktiviti harian jabatan ialah
memberi khidmat secara langsung kepada masyarakat.
Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang dibantu oleh
Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen. Ketua Setiausaha
ialah pegawai tadbir tertinggi bagi kementerian. Bagi jabatan pula,
pegawai tadbir utama ialah Ketua Pengarah jabatan berkenaan.

2. Universiti Utara Malaysia.

SDT 1.3

1. Salah.

2. Penyediaan awam bermaksud penawaran barangan kepada


masyarakat dibiayai melalui belanjawan kerajaan. Masyarakat
biasanya mendapat barangan ini secara percuma atau pada harga
yang rendah. Kerajaan mungkin menggunakan teknik pemberian
kontrak atau francais monopoli kepada pihak swasta untuk
mengeluarkan barangan ini. Satu contoh yang dapat diberikan
ialah pemasangan lampu isyarat.

Pengeluaran awam pula bermakna penggunaan kakitangan dan


dana awam untuk menawarkan barangan kepada masyarakat. Satu
contoh ialah pendidikan di institusi pendidikan awam.
Kakitangan akademik dan sokongan merupakan kakitangan
awam yang mendapat gaji dan faedah daripada tabung kerajaan.

SDT 1.4

1. Kita dapat menyatakan seseorang sebagai miskin dengan


membandingkan jumlah pendapatan yang diterima dengan garis
kemiskinan. Jika pendapatannya berada di bawah garis kemiskinan,
maka dia dikatakan miskin pada masa itu.

2. Kemiskinan relatif bermaksud kedudukan ekonomi seseorang


atau satu kumpulan berbanding dengan pihak lain yang dirasai
lebih baik berbanding dengan individu atau kumpulan tersebut.
Kedudukan ekonomi individu atau kumpulan itu tidak semestinya
berada di bawah garis kemiskinan.

SDT 1.5

1. Mengecut, menyekat.

2. Polisi fiskal dapat memperbaiki keadaan ekonomi apabila ia


bertindak berdasarkan keadaan ekonomi. Pada masa kemelesetan,
28
polisi fiskal berbentuk pengembangan dengan peningkatan
perbelanjaan kerajaan dan penurunan cukai. Sebaliknya, dalam
keadaan inflasi, polisi fiskal perlu berbentuk sekatan. Ini
bermaksud perbelanjaan kerajaan dikurangkan dan cukai ditambah.
Bagaimanapun, polisi sedemikian tidak digemari oleh ahli-ahli
politik yang merupakan pembuat-pembuat keputusan. Polisi
sekatan tidak menaikkan imej dan prospek pemilihan semula
kerana ia seolah-olah satu ubat yang amat pahit kepada rakyat.
Ahli-ahli politik lebih menggemari polisi dalam bentuk
pengembangan dan jika ia terus dilaksanakan pada masa inflasi, ia
tidak membantu mengurangkan kesan inflasi, malah memburukkan
lagi keadaan.

3. Dua bentuk penstabil automatik yang ada di Malaysia ialah cukai


keuntungan syarikat dan cukai pendapatan individu yang
progresif. Dalam keadaan ekonomi berkembang, firma akan
mengalami peningkatan untung. Oleh itu, hasil kerajaan melalui
sumber cukai syarikat akan bertambah walaupun kerajaan tidak
mengubah struktur cukai berkenaan. Pada masa kemelesetan
pula, penurunan untung secara automatik akan menyebabkan
hasil kerajaan daripada sumber ini berkurangan. Ini akan
menyebabkan berlaku defisit pada masa kemelesetan.

Begitu juga dengan cukai pendapatan individu yang menggunakan


kadar progresif. Bila ekonomi mengalami pertumbuhan, individu
kebiasaannya akan mendapat lebih banyak pendapatan.
Pendapatan yang semakin tinggi ini akan menyebabkan cukai
yang semakin tinggi perlu dibayar. Ini berlaku kerana pendapatan
yang akan dicukai telah memasuki tingkat kadar yang lebih tinggi.
Oleh itu, kerajaan akan mendapat lebih banyak hasil cukai pada
masa ekonomi berkembang. Perkara sebaliknya akan berlaku
pada masa kemelesetan kerana individu mendapat pendapatan
yang kurang dan kadar yang dikenakan pun lebih rendah.

42

29
BAB 2

INSTRUMEN DAN AMALAN FISKAL

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda diharap dapat:


1. Memahami maksud alat penerimaan dan perbelanjaan kerajaan.
2. Mengetahui peranan alat-alat fiskal yang berbeza ke atas fungsi-
fungsi kerajaan.
3. Memahami konsep federalisme fiskal.
4. Mengetahui amalan dasar fiskal di Malaysia sejak tahun 1950an
hingga kini.

2.1 PENGENALAN

Seperti yang anda tahu, Malaysia mengamalkan sistem federalisme dengan


bidang kuasa yang luas kepada kerajaan Persekutuan. Bagaimana peringkat-
peringkat kerajaan yang berbeza mencari pendapatan dan apakah
perbelanjaan-perbelanjaan yang mesti dilakukan di antara peringkat-
peringkat kerajaan? Perbincangan tentang isu ini akan menfokuskan kepada
isu-isu fiskal dengan dikaitkan kepada teori-teori yang relevan.

Tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan telah melibatkan diri secara


langsung bagi membantu ekonomi Malaysia berkembang pesat terutamanya
dalam enam dekad yang lepas. Penglibatan ini dapat anda perhatikan
melalui peningkatan perbelanjaan awam berbanding dengan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK). Dasar-dasar kerajaan telah banyak diubah
bagi menyesuaikan dengan peredaran masa dan keperluan negara. Pada
tahun-tahun 1950-an hingga 1960-an, sistem ekonomi terbuka (laissez faire)
penjajah telah diteruskan. Mulai tahun 1970-an, ia telah digantikan dengan
campur tangan dan penglibatan secara aktif oleh kerajaan di dalam sektor-
sektor produktif dan strategik.

Kita dapati ekonomi Malaysia telah mengalami zaman kegemilangan


dengan kadar pertumbuhan melebihi lapan peratus dan juga keadaan
ekonomi yang sukar seperti kemelesetan dan inflasi. Pelbagai usaha melalui
perlaksanaan dasar fiskal telah dilakukan oleh kerajaan untuk menghadapi
masalah yang berlaku di samping meneruskan agenda kerajaan meningkat-
kan kesejahteraan kepada rakyat. Sebelum melihat penggunaan-nya di
Malaysia, kita akan bincangkan mengenai instrumen-instrumen fiskal
terlebih dahulu. Ia dibahagikan kepada dua komponen iaitu alat penerimaan
dan alat perbelanjaan kerajaan.

42

30
2.2 INSTRUMEN FISKAL

Instrumen atau alat-alat fiskal boleh diklasifikasikan sebagai penerimaan


atau pendapatan (receipts) dan perbelanjaan (outlays) yang dilakukan oleh
kerajaan. Kerajaan tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan
sahaja, malah mempunyai hak untuk mengumpulkan dana daripada
banyak sumber. Kepelbagaian hasil kerajaan ini akan meningkatkan
fleksibiliti dan autonomi kewangan sektor awam. Selain itu, kerajaan juga
dipertanggungjawabkan untuk membuat beberapa jenis perbelanjaan bagi
memenuhi fungsi-fungsinya seperti yang telah dibincangkan dalam bab
pertama. Perbelanjaan kerajaan dan cukai-cukai yang dikenakan oleh
kerajaan penting kepada setiap individu dalam negara. Oleh kerana
kepentingan yang begitu ketara, kita akan meneliti beberapa alat
penerimaan dan perbelanjaan kerajaan untuk memahami impak alat-alat
tersebut kepada kita sebagai ahli masyarakat.

2.2.1 Alat Penerimaan

Seperti yang disebutkan sebelum ini, penerimaan kerajaan ialah hasil atau
pendapatan yang diterima oleh kerajaan sama ada dalam bentuk cukai atau
bukan cukai. Dalam erti kata lain, ia adalah wang kita sebagai rakyat atau
bukan rakyat dalam pelbagai bentuk yang diserahkan kepada kerajaan.
Kerajaan juga tidak sewenang-wenangnya mengumpulkan wang ini
melainkan mengikut peruntukan undang-undang. Berikut disenaraikan
beberapa alat penerimaan kerajaan yang sering digunakan oleh sesebuah
kerajaan moden:

1. Cukai

Cukai merupakan sumbangan wajib tanpa faedah nyata atau langsung


didapati oleh pembayar cukai. Ia bertujuan supaya individu dan firma
menyerahkan kuasa beli (purchasing power) kepada kerajaan agar dapat
disalurkan penggunaannya untuk kepentingan kerajaan atau pihak lain.
Cukai akan mengurangkan pendapatan boleh guna dan kekayaan pihak
yang menanggung beban cukai. Kerajaan mengenakan pelbagai jenis cukai
dengan kadar-kadar cukai yang berbeza. Perkara ini dilakukan bagi
mengagihkan beban cukai di antara kumpulan-kumpulan berbeza dalam
masyarakat yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dicukaikan seperti
perniagaan atau penjualan dan lain-lain.

2. Bayaran yuran, lesen, royalti, sewa, faedah dan pendapatan


daripada perusahaan-perusahaan awam

Bayaran yuran, lesen dan royalti selalunya penting kepada negara-negara


yang mempunyai banyak hasil semula jadi. Selain itu, harta-harta yang
dimiliki oleh kerajaan seperti bangunan, tanah atau jentera juga boleh
dikenakan sewa bagi menjanakan pendapatan. Keuntungan yang
diperolehi oleh beberapa perusahaan milik negara juga menjadi punca
hasil kepada kerajaan. Bagaimanapun, sumber ini bukan menjadi
keutamaan kepada kerajaan kerana perusahaan awam tidak ditubuhkan
untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi juga untuk memenuhi
31
objektif yang lain.

3. Bayaran penggunaan (user charges)

Kerajaan juga mengenakan bayaran bagi beberapa perkhidmatan yang


disediakan olehnya. Pengenaan bayaran secara langsung ini hanya boleh
dilakukan bagi perkhidmatan yang tidak sepenuhnya bersifat awam
(barangan awam) seperti bayaran masuk ke muzium, kadar atau bil air,
bayaran yuran sekolah dan bayaran pendaftaran hospital. Ini tidak
bermakna bahawa pengguna membiayai sepenuhnya kos penyediaan
sesuatu perkhidmatan melalui bayaran. Sebahagian kos masih dibiayai
melalui perbelanjaan kerajaan. Ada pihak yang menyokong penggunaan
alat ini kerana pengguna dapat menghubungkan secara langsung faedah
yang diterima daripada sesuatu perkhidmatan kerajaan dengan kos yang
perlu ditanggung oleh pengguna. Pengguna akan menyatakan jumlah
permintaan yang sesuai bagi barangan yang disediakan oleh kerajaan
apabila mereka perlu membuat pembayaran secara langsung.

4. Geran daripada kerajaan-kerajaan lain atau institusi- institusi


antarabangsa

Di Malaysia, kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan mendapat geran


daripada kerajaan persekutuan sebagai satu punca hasil yang penting.
Kerajaan pusat pula ada kalanya menerima geran daripada kerajaan lain atau
institusi antarabangsa bagi tujuan tertentu seperti pembinaan infrastruktur,
penyediaan perkhidmatan kesihatan atau pendidikan.

5. Pinjaman (borrowing)

Belanjawan defisit akan berlaku apabila kerajaan membuat perbelanjaan


yang melebihi hasil cukai yang dikutip. Satu cara yang dilakukan oleh
Perbendaharaan untuk membiayai tanggungan kewangannya ialah dengan
membuat pinjaman daripada beberapa sumber. Pinjaman kerajaan
melibatkan pemindahan kuasa beli daripada individu, perusahaan tempatan
atau daripada bukan rakyat, kerajaan atau institusi kewangan luar negara
dengan pertukaran janji untuk membayar semula termasuk faedah.
Transaksi ini dilakukan secara sukarela oleh pemberi pinjaman.

Implikasi pinjaman daripada rakyat adalah pengurangan kecairan (wang


mudah tunai yang dipegang) tetapi tidak mengurangkan kekayaan mereka.
Ini kerana, pemiutang menukarkan satu aset (wang tunai) dengan aset
yang lain (bon atau surat janji hutang). Sebaliknya, pinjaman yang
dilakukan daripada luar negara akan membolehkan negara yang meminjam
meningkatkan import. Maka, kuantiti barang dan perkhidmatan yang boleh
digunakan oleh kerajaan dan pihak-pihak lain dalam negara dapat
ditingkatkan.

Persoalan di sini ialah siapa yang akan menanggung beban hutang


kerajaan? Ahli-ahli ekonomi mempunyai pendapat yang berbeza mengenai
isu ini. Tokoh-tokoh seperti Adam Smith dan James Buchanan
berpendapat bahawa ianya akan ditanggung oleh pembayar cukai di masa
32
hadapan kerana semua hutang kerajaan perlu dibayar melalui kutipan
cukai. Selain itu, pinjaman kerajaan juga didapati menyebabkan kenaikan
kadar bunga dan menurunkan pelaburan. Ini akan menjejaskan
pembentukan modal masa kini. Disebabkan kesan pinjaman kerajaan
terhadap kadar bunga dan pelaburan, kerajaan mungkin mengurangkan
kesan ini dengan menggantikan pinjaman dengan penciptaan wang iaitu
menggantikan hutang dengan wang.

6. Penciptaan wang ( money creation)

Kerajaan merupakan satu-satunya entiti dalam negara yang dapat


menggunakan cara ini untuk mendapatkan wang. Pada masa lalu,
penciptaan wang dilakukan dengan mencetak lebih banyak wang oleh
kerajaan. Pada masa sekarang, ia dilakukan dengan cara meminjam
daripada Bank Pusat. Kesan penciptaan wang terhadap ekonomi ialah
inflasi kerana nilai mata wang yang ada tidak selaras dengan nilai
komoditinya (tiada sandaran atau sekuriti). Ada pihak yang menganggap
bahawa inflasi ialah satu bentuk cukai yang tidak nyata.

Oleh kerana inflasi sering dianggap sebagai sesuatu yang tidak diingini, anda
mungkin bertanya kenapa kerajaan ingin menggunakan teknik penciptaan
wang untuk mendapatkan hasil. Kesan inflasi akibat penciptaan wang
akan meningkatkan keupayaan kerajaan mendapatkan hasil. Kenapakah
perkara ini boleh berlaku? Melalui sistem cukai pendapatan individu
yang progresif, pendapatan nominal yang lebih tinggi akan dikenakan
kadar cukai yang semakin tinggi. Hasilnya apabila berlaku inflasi, kerajaan
akan mendapat lebih banyak hasil. Ini kerana semasa berlaku inflasi,
pendapatan nominal individu meningkat dan tertolak ke tingkat kadar
yang lebih tinggi. Akibat daripada itu, individu berkenaan perlu membayar
jumlah cukai yang lebih tinggi. Fenomena ini dikenali sebagai bracket
creep. Pendapatan individu tertolak ke tingkat cukai yang lebih tinggi
kerana inflasi menyebabkan peningkatan dalam pendapatan nominal
melebihi peningkatan dalam pendapatan benar.

Selain itu, inflasi juga menguntungkan peminjam berbanding dengan


pemiutang. Jika kita mempunyai hutang yang memerlukan bayaran tetap,
inflasi akan mengurangkan nilai benar wang dan sekali gus mengurangkan
nilai bayaran tetap hutang itu. Pada kebiasaannya, kerajaan merupakan
penghutang yang terbesar dalam sesebuah negara dan inflasi akan
menguntungkan kerajaan kerana ia mengurangkan beban hutang negara
melalui pengurangan nilai hutang berkenaan.

Apakah yang terjadi kepada Kerajaan Indonesia dan


Jepun apabila mereka mencetak wang yang berlebihan
untuk menampung perbelanjaan negara?

7. Inisiatif Pembiayaan Swasta

Seperti juga pinjaman, Initiatif Pembiayaan Swasta (Private Finance


Initiative)(PFI) bukan sumber pendapatan sebenar kepada kerajaan. Ia hanya
menunda keperluan untuk membiaya beberapa jenis perbelanjaan kerajaan
33
terutamanya yang berkaitan dengan penyediaan aset-aset seperti bangunan.
Banyak negara maju dan membangun telah menggunakan alat ini untuk
menjamin penyediaan perkhidmatan awam tertentu di samping memenuhi
objektif mengurangkan perbelanjaan awam pada masa kini. Melalui
instrumen ini, pihak swasta akan mengeluarkan modal atau meminjam dana
bagi membina projek-projek besar seperti hospital atau sekolah. Pihak
swasta akan menyediakan perkhidmatan sampingan yang berkaitan hospital
atau sekolah berkenaan sementara kerajaan menyediakan perkhidmatan
asas. Bangunan yang dibina kemudian dipajak kepada kerajaan untuk satu
tempoh masa yang dipersetujui bagi membolehkan pihak swasta
memperoleh semula modal yang dilaburkan berserta untung. Rajah 2.1
menunjukkan contoh projek pembinaan hospital dan penyediaan
perkhidmatan kesihatan yang melibatkan Initiatif Pembiayaan Swasta.

Rajah 2.1
Projek Initiatif Pembiayaan Swasta

Rakan kongsi swasta Kerajaan


- Reka bentuk hospital baru - Guna hospital baru
- Bina hospital baru - Pengambilan kakitangan
- Biaya pembinaan hospital utama (doktor, jururawat)
- Sediakan perkhidmatan - Penyediaan perkhidmatan
sokongan (keselamatan, kesihatan
pembersihan, lain-lain)

2.2.2 Alat Perbelanjaan

Dapatkah anda memberi jawapan mengenai apakah perbelanjaan


kerajaan? Benar, ia adalah perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan
untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan, bayaran pindahan dan
pelaburan-pelaburan untuk mencapai matlamat-matlamat nasional. Walau
bagaimanapun, definisi ini telah mengetepikan perbelanjaan tidak nyata
(implisit) yang melibatkan kehilangan atau pengurangan hasil seperti
pengecualian cukai dan pemberian hutang pada kadar faedah yang rendah
berbanding dengan institusi kewangan komersial. Berikut disenaraikan
beberapa alat perbelanjaan kerajaan secara umum:

1. Perbelanjaan bagi mendapatkan barang dan perkhidmatan

Pembelian barang dan perkhidmatan merupakan satu cara yang


digunakan oleh kerajaan untuk melaksanakan aktiviti-aktivitinya dengan
menggunakan sumber-sumber secara langsung. Cuba anda berikan
beberapa contoh perbelanjaan kerajaan yang termasuk di bawah kategori
ini. Benar sekali jawapan anda! Antaranya termasuk penggajian kakitangan
awam dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam melalui
pembelian kelip, pen, kertas sehingga kepada kapal perang. Ia juga
termasuk bayaran utiliti seperti telefon, elektrik dan air yang digunakan
oleh agensi-agensi awam. Alat ini juga dikenali sebagai penggunaan
kerajaan (public consumption).
34
2. Bayaran pindahan

Bayaran pindahan melibatkan perbelanjaan seperti bayaran subsidi kepada


kumpulan-kumpulan tertentu, pencen dan ganjaran kepada kakitangan
awam, caruman kepada kumpulan-kumpulan wang berkanun seperti
Tabung Kewangan Antarabangsa, caruman kepada pertubuhan-
pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan
geran-geran yang dibayar kepada kerajaan-kerajaan lain. Bayaran pindahan
ialah bayaran kepada pihak tertentu, bukan sebagai pertukaran dengan
perkhidmatan yang diberikan tetapi berdasarkan status individu atau
organisasi tersebut.

Bayaran pindahan ini akan bertindak untuk menambahkan kuasa beli


pihak yang menerima pembiayaan tersebut supaya dapat membuat
pembelian barang dan perkhidmatan dalam pasaran. Dengan perkataan
lain, ia bertindak sebagai satu alat agihan semula.

Dalam banyak negara maju, bayaran pindahan merupakan pembiayaan


untuk kebajikan sosial (social welfare) kepada masyarakat dan merupakan
item yang penting dalam belanjawan. Bagi negara-negara sedang
membangun pula, sebahagian besar bayaran pindahan ini dilaksanakan
dalam bentuk subsidi langsung kepada pengguna atau dalam bentuk
jualan di bawah harga kos oleh perusahaan-perusahaan awam.

3. Pemberian hutang

Kerajaan juga bertindak memberi kemudahan pinjaman kepada individu


dan firma dalam pelbagai bentuk. Di Malaysia, kakitangan awam yang layak
boleh mendapatkan pinjaman daripada kerajaan bagi tujuan pembelian
kenderaan atau rumah. Kerajaan pusat juga memberikan pinjaman dengan
kadar faedah yang rendah kepada kerajaan-kerajaan negeri, kerajaan-
kerajaan tempatan dan syarikat-syarikat tertentu untuk menambahkan kuasa
beli kesemua pihak ini.

4. Bayaran balik pinjaman

Pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan perlu dibayar beserta dengan


faedah. Sejumlah wang perlu diperuntukkan untuk tujuan pembayaran
semula. Jika jumlah pinjaman masa lalu tinggi, maka kerajaan mempunyai
tanggungan yang besar untuk membayar faedah dan pokok pinjaman.

5. Pembelian aset

Kerajaan juga mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk tujuan


pelaburan dengan membeli aset-aset seperti bangunan, tanah, loji dan
jentera. Aset-aset ini dapat digunakan untuk tempoh yang panjang dan
penting diadakan bagi kebanyakan program pembangunan.

35
SOALAN DALAM TEKS 2.1

1. Senaraikan tiga alat penerimaan yang penting bagi


Kerajaan Malaysia.
2. Apa yang dimaksudkan dengan kesan penolakan
pendapatan ke tingkat kadar cukai yang lebih tinggi
(bracket creep)?
3. Nyatakan kesan pemberian hutang oleh kerajaan
kepada kakitangan awam.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.3 HUBUNGAN FISKAL ANTARA KERAJAAN

Untuk memudahkan kerajaan melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cekap


dan saksama, beberapa peringkat kerajaan adalah diperlukan. Apabila
penyediaan kemudahan awam diagihkan-agihkan kepada peringkat kerajaan
yang lebih kecil, kita dapat melihat kepelbagaian perkhidmatan yang
disediakan berdasarkan pelbagai kehendak dan keperluan penduduk di
kawasan yang berbeza. Namun begitu, di samping menyediakan
kepelbagaian perkhidmatan, mewujudkan peringkat-peringkat kerajaan yang
berbeza mungkin juga menyebabkan berlakunya pembuatan keputusan yang
tidak selaras atau tidak cekap dan pertindanan tugas yang merugikan di
antara kawasan-kawasan yang berbeza.

Teori desentralisasi fiskal atau federalism fiskal berasas kepada tiga fungsi
kerajaan yang diketengahkan oleh Richard Musgrave (1939). Masihkah anda
ingat tiga fungsi utama kerajaan yang dibincangkan dalam bab yang lepas?
Federalisme fiskal merupakan agihan fungsi-fungsi kerajaan melalui dasar-
dasar pencukaian dan perbelanjaan kerajaan di antara beberapa peringkat
(unit) kerajaan. Secara umumnya, kerajaan pusat akan mengambil alih
penyediaan perkhidmatan seperti pertahanan yang memberi faedah secara
menyeluruh kepada masyarakat. Semua rakyat, tidak kira di mana mereka
berada akan mendapat faedah apabila sistem pertahanan yang baik
disediakan oleh kerajaan. Oleh sebab tiada kerajaan negeri yang dapat
mengawal masalah inflasi dan kemelesetan ekonomi secara bersendirian,
maka dasar-dasar kewangan dan fiskal biasanya dikendalikan oleh kerajaan
pusat. Selain itu, ada program-program agihan yang lebih sesuai diadakan di
peringkat pusat untuk mengelakkan perpindahan penduduk ke negeri-negeri
tertentu sehingga mewujudkan kesesakan dan beban kewangan yang berat
di negeri-negeri tersebut.

Sebaliknya, ada barang dan perkhidmatan yang memberikan faedah kepada


rakyat di sesebuah kawasan tertentu sahaja. Barangan seperti ini dipanggil
sebagai barangan awam tempatan (local public goods) dan ia wajar disediakan
oleh peringkat kerajaan yang lebih hampir kepada rakyat berkenaan, sama
ada kerajaan negeri atau kerajaan tempatan. Di antara kemudahan yang
36
dimaksudkan termasuk lampu jalan, lampu isyarat, sistem pengangkutan,
program pengindahan kawasan dan penyediaan tempat-tempat rekreasi.

Kenapa kerajaan Persekutuan diberikan tanggung-jawab


fiskal yang besar?

Setiap komuniti boleh menilai faedah dan kos barangan tersebut ke atas
masyarakat setempat dan kemudian menggunakan proses undian untuk
menentukan kuantiti yang sewajarnya disediakan. Oleh sebab unit-unit
kerajaan yang berbeza menawarkan barangan awam tempatan berdasarkan
kehendak, dan kehendak masyarakat di kawasan berlainan mungkin juga
berlainan, maka akan berlaku variasi atau kepelbagaian jumlah yang
disediakan oleh unit-unit kerajaan yang berbeza. Masyarakat di tempat
berlainan yang inginkan jumlah barangan awam yang berlainan tidak wajar
dipaksa menggunakan jumlah yang sama dengan semua orang yang lain.
Bagaimanapun, terdapat juga kelebihan jika barangan awam tempatan ini
disediakan oleh peringkat kerajaan pusat. Dengan meningkatkan saiz
kumpulan penduduk yang berkongsi menggunakan sesuatu barangan yang
disediakan, mungkin dapat mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung
oleh setiap pengguna.

Rajah 2.2
Faedah dan Kos Penggunaan Bersama

Faedah dan
kos agregat
daripada F
penggunaan
bersama

0 N* B saiz kumpulan

Rajah 2.2 menunjukkan faedah dan kos yang terhasil bagi saiz kumpulan
berbeza yang berkongsi menggunakan satu barangan awam tempatan.
Faedah dan kos agregat bagi penggunaan bersama ditunjukkan melalui paksi
menegak dan saiz kumpulan ditunjukkan oleh paksi mendatar. Garisan 0F
menunjukkan potensi faedah daripada penggunaan bersama. Penambahan
ahli dalam kumpulan yang berkongsi menggunakan barangan ini mungkin
dapat mengurangkan harga yang perlu dibayar oleh setiap ahli kumpulan.
37
Misalnya, pertahanan yang disediakan di peringkat nasional dapat
menyediakan sejumlah perlindungan pada kos yang lebih rendah bagi setiap
individu berbanding dengan sistem pertahanan yang disediakan oleh setiap
kerajaan negeri. Ini disebabkan oleh kewujudan ekonomi skala dalam
penyediaan beberapa barangan awam. Selagi keluk permintaan setiap
individu untuk barangan awam adalah mencerun ke bawah, harga yang lebih
murah akan meningkatkan jumlah lebihan pengguna setiap individu. Jumlah
faedah yang diperoleh individu kerana dapat menggunakan sesuatu
barangan awam pada kos yang lebih rendah ditunjukkan oleh ketinggian
keluk 0F. Keluk ini meningkat dengan cepat apabila kumpulan yang
berkongsi adalah kecil. Apabila saiz kumpulan berkenaan menjadi sangat
besar, kelebihan daripada ekonomi skala akan semakin berkurangan dan
keluk 0F semakin landai.

Terdapat juga keburukan akibat daripada penggunaan bersama. Oleh sebab


semua orang mendapat jumlah yang sama, ini bermakna ada yang mendapat
lebih atau kurang daripada jumlah yang mereka kehendaki. Garisan 0K
mengukur potensi kerugian kebajikan agregat yang dialami kerana
penggunaan yang berbeza daripada jumlah yang sebenarnya dikehendaki
pada suatu harga barangan itu. Garisan ini meningkat dengan cepat apabila
saiz kumpulan semakin besar kerana kerajaan terpaksa menyediakan jumlah
yang seragam kepada semua pengguna disebabkan terdapatnya kehendak
yang ekstrem di kalangan ahli kumpulan itu.

Perbezaan (trade-off) di antara kelebihan penggunaan bersama dan kerugian


kebajikan disebabkan jumlah penggunaan yang seragam dapat digunakan
untuk menentukan saiz optimum kumpulan yang berkongsi barangan
awam. Saiz kumpulan yang optimum didapati apabila faedah mengatasi kos
pada jumlah yang tertinggi. Dari segi geometri, saiz kumpulan yang dapat
memaksimumkan jarak menegak di antara 0F dan 0K ialah saiz yang
optimum. Jarak menegak ini ditunjukkan oleh garisan 0B dan saiz kumpulan
optimum ialah N*.

Perbincangan di atas memberikan gambaran mengenai ekonomi


federalisme. Penyediaan barangan awam di peringkat nasional adalah sesuai
apabila potensi peningkatan kebajikan daripada penggunaan bersama adalah
sungguh besar sehingga N* bersamaan dengan keseluruhan penduduk
negara berkenaan. Sekiranya nilai N* kurang daripada jumlah keseluruhan
penduduk, maka pembuatan keputusan mengenai penyediaan sesuatu
barangan awam boleh dilakukan oleh lebih daripada satu unit kerajaan.
Konsep ini diterangkan oleh Wallace Oates (1972) melalui teorem
desentralisasi iaitu:

Bagi barangan awam yang dapat digunakan mengikut pecahan kawasan,


dan kos menyediakan setiap tingkat output barangan tersebut dalam
setiap kawasan adalah bersamaan dengan kos yang ditanggung oleh
kerajaan tempatan atau kerajaan pusat, ia akan menjadi lebih cekap (atau
sama cekap) sekiranya sesebuah kerajaan tempatan menyediakan
barangan itu berdasarkan kehendak di kawasan tersebut berbanding jika
barangan tersebut disediakan oleh kerajaan pusat secara seragam atau
pada tingkat tertentu.

38
2.3.1 Model Tiebout

Satu model untuk menerangkan perbelanjaan kerajaan dalam sistem


desentralisasi telah dibangunkan oleh Charles Tiebout (1956). Menurut
Tiebout, tingkat dan gabungan antara perbelanjaan dan cukai adalah
berbeza-beza antara unit kerajaan tempatan yang berlainan. Penduduk boleh
memilih untuk tinggal di kawasan kerajaan tempatan yang mempunyai
peruntukan bajet yang memenuhi cita rasa mereka dari segi penyediaan
perkhidmatan dengan syarat mobiliti mereka tidak dihadkan. Maksudnya
jika perbelanjaan dan hasil kerajaan ditetapkan di peringkat tempatan maka
seseorang individu dapat memaksimumkan kebajikan mereka apabila dapat
memilih untuk tinggal di kawasan kerajaan tempatan yang disukai.

Model Tiebout mengandaikan semua penduduk boleh berpindah ke mana-


mana kawasan kerajaan tempatan dan mempunyai pengetahuan tentang
bajet kerajaan dalam kawasan-kawasan berbeza. Peluang-peluang pekerjaan
adalah hampir sama di semua kawasan. Saiz komuniti yang optimal telah
diterangkan melalui Rajah 2.2. Bagi komuniti yang belum mencapai saiz
optimal, usaha-usaha dilakukan untuk menggalakkan perpindahan masuk ke
kawasan tersebut dan bagi yang telah melebihi saiz optimal akan berusaha
mengelak kemasukan baru.

Pernahkah anda mendengar ungkapan “mengundi dengan


kaki”? Apakah maksud ungkapan ini?

Walaupun model Tiebout agak terhad penggunaannya, ia sedikit sebanyak


dapat menerangkan kecenderungan unit-unit kerajaan tempatan berbeza
membuat keputusan. Umumnya, penduduk tidak mudah berpindah dan
mempunyai pengetahuan terhad tentang bajet kerajaan tempatan. Peluang-
peluang pekerjaan juga berbeza antara kawasan. Namun begitu, dengan
kemudahan pengangkutan dan telekomunikasi didapati penduduk boleh
berpindah ke kawasan yang disukai dengan mudah tanpa menjejaskan
peluang pekerjaan mereka. Didapati penduduk gemar tinggal di kawasan
subbandar yang mempunyai kadar cukai tempatan yang lebih rendah tetapi
kualiti perkhidmatan yang tinggi berbanding kawasan bandar. Namun
begitu, model Tiebout tidak dapat menerangkan perpindahan penduduk
dalam satu negara yang besar atau antara negeri dan antara kawasan luar
bandar dan bandar.

2.3.2 Cukai Harta

Cukai harta adalah sejenis cukai yang dikaitkan dengan faedah yang diterima
oleh pemilik harta daripada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.
Kerajaan tempatan menggunakan cukai harta untuk memberi isyarat kepada
penduduk tentang kos barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh
kerajaan tempatan. Semakin tinggi kadar cukai harta yang dikenakan,
semakin tinggi kos perkhidmatan yang disediakan oleh penguasa tempatan.
Seperti yang dikemukakan melalui model Tiebout, penduduk akan memilih
kawasan penguasa tempatan yang mempunyai gabungan penyediaan
perkhidmatan dan pengenaan cukai tempatan yang memuaskan hati mereka.
39
Penduduk yang mahukan perkhidmatan yang lebih berkualiti perlu memilih
kawasan di mana cukai yang tinggi dikenakan. Sebaliknya jika mereka ingin
membayar cukai yang rendah, mereka perlu menerima perkhidmatan yang
minimum yang disediakan oleh penguasa di kawasan tersebut.

Untuk kemudahan, didapati cukai ke atas harta dikenakan secara terhad


kepada cukai ke atas tanah atau hartanah sahaja. Ini bermakna harta-harta
lain yang dimiliki seperti jentera atau inventori terlepas daripada dicukai.
Cukai ke atas harta alih yang lain lebih sukar dikenakan oleh kerajaan
tempatan.

Adakah anda memiliki rumah sendiri? Berapakah kadar


cukai taksiran yang dikenakan oleh penguasa tempatan di
ke atas harta tersebut?

Dari perspektif desentralisasi fiskal, persoalan yang perlu dijawab ialah cukai
apa yang perlu dikenakan oleh peringkat kerajaan yang berbeza.
Permasalahan ini dikenali sebagai masalah penyerahan cukai. Teori
pencukaian mencadangkan supaya kerajaan yang lebih rendah tidak
mengenakan cukai bukan berasaskan kaedah ke atas asas yang boleh
dipindahkan (misalnya modal atau pendapatan). Misalnya, jika dua pihak
penguasa tempatan mengenakan kadar cukai yang berbeza bagi cukai
penggunaan, pengguna daripada kedua-dua kawasan akan membeli
barangan daripada kawasan di mana kadar cukai penggunaannya lebih
rendah. Keadaan ini menyebabkan berlaku herotan cukai (tax distortion) di
antara kedua-dua pihak berkuasa tersebut.

Kerajaan pusat merupakan unit kerajaan yang sepatutnya mengenakan cukai


bagi asas atu faktor cukai yang boleh berpindah (mobile) seperti barangan,
perkhidmatan dan sumber-sumber ekonomi yang lain. Oleh sebab herotan
cukai yang disebabkan perpindahan faktor bukan isu kepada kerajaan pusat,
maka kerajaan pusat seharusnya boleh mengenakan cukai-cukai yang bukan
berasaskan faedah. Antaranya cukai ke atas pendapatan dan beberapa cukai
tidak langsung seperti cukai import dan eksport.

SOALAN DALAM TEKS 2.2

1. Tentukan unit kerajaan yang patut mengenakan cukai-


cukai berikut:
a. Cukai berkaitan dengan fungsi penstabilan.
b. Cukai berasaskan faedah diterima.
c. Cukai progresif bertujuan memenuhi objektif
agihan semula.
d. Cukai berasaskan penggunaan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

40
2.3.3 Geran Antara Kerajaan

Kapasiti fiskal mengukur kemampuan sesebuah unit kerajaan membiayai


perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Kapasiti fiskal antara unit-unit
kerajaan tempatan berbeza disebabkan nilai asas cukai tempatan berbeza-
beza. Perbezaan ini menimbulkan keperluan untuk bantuan melalui geran
antara kerajaan bagi memastikan satu tahap penyediaan perkhidmatan yang
mencukupi di semua kawasan dalam sesebuah negara. Unit-unit kerajaan
yang lebih rendah seperti kerajaan negeri dan kerajaan tempatan biasanya
bergantung pada bantuan geran daripada kerajaan pusat.

Geran antara kerajaan merupakan mekanisme penting untuk penurunan


kuasa dalam sistem federalisme. Ia juga perlu bagi mengagihkan
tanggungjawab fiskal di antara peringkat-peringkat kerajaan seperti yang
ditentukan melalui undang-undang negara. Perundangan negara
memperuntukkan fungsi fiskal yang perlu dilaksanakan oleh setiap peringkat
kerajaan.

Geran-geran bantuan ini berbeza bergantung pada sekatan yang dikenakan


terhadap penggunaannya oleh unit kerajaan yang menerima geran. Ada
geran yang tidak mengenakan sebarang sekatan dari segi penggunaan dan ia
dikenali sebagai geran tanpa syarat. Ada yang mengenakan syarat
penggunaan yang umum seperti perlu dibelanjakan untuk tujuan pembinaan
infrastruktur atau pendidikan. Geran yang terhad penggunaannya adalah bila
syarat yang dikenakan ketat supaya dibelanjakan bagi sesuatu perkhidmatan
atau projek yang ditetapkan. Ia bertujuan menggalakkan unit-unit kerajaan
yang menerima geran melaksanakan aktiviti-aktiviti yang seiringan dengan
hasrat kerajaan pusat. Ada juga geran yang memerlukan unit kerajaan yang
menerima geran menyediakan peruntukan yang bersamaan dengan jumlah
geran yang diberikan. Geran seperti ini dikenali sebagai geran sepadan
(matching grants). Ada juga geran yang diberi berdasarkan sesuatu formula
yang ditetapkan, misalnya jumlah penduduk tempatan.

Untuk melaksanakan fungsi-fungsi sektor awam, struktur kerajaan di


Malaysia secara umumnya dibahagkan kepada dua peringkat iaitu kerajaan
Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri. Sementara kerajaan-kerajaan
tempatan pula terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Perlembagaan Malaysia telah memberikan kuasa perundangan di antara
kedua-dua peringkat kerajaan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri
dan Senarai Bersama. Kuasa bakian yang ada diberikan kepada negeri.

Jika kita mengkaji perkara-perkara di bawah senarai-senarai berkenaan, kita


akan dapati bahawa pengaruh kerajaan Persekutuan amat kuat kerana ia
diamanahkan dengan perkara-perkara strategik seperti pertahanan,
keselamatan dalam negeri, undang-undang dan pentadbiran keadilan,
kewangan, perdagangan dan hubungan luar negeri. Oleh yang demikian,
peruntukan-peruntukan kewangan dalam Bahagian VII Perlembagaan
Malaysia memperuntukkan sumber-sumber hasil yang penting kepada
kerajaan Persekutuan. Di antaranya termasuk kuasa mengenakan cukai
pendapatan perseorangan, cukai pendapatan syarikat, cukai jalan, cukai
eksais, cukai import dan lesen daripada kereta motor. Kerajaan Persekutuan
41
juga berkuasa mengawal pinjaman yang boleh dibuat oleh negeri.

Sebaliknya, kerajaan-kerajaan negeri diperuntukkan dengan sumber hasil


yang tidak begitu penting selain daripada hasil daripada tanah dan hutan
(rujuk Lampiran A). Bukan semua negeri mempunyai sumber galian yang
bernilai seperti petroleum, bijih timah dan bijih besi untuk menikmati hasil
tambahan melalui bayaran royalti minyak dan cukai ad valorem ke atas nilai
eksport bilih. Bagi menampung kekurangan hasil ini, Perkara 109
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hak kepada kerajaan negeri untuk
mendapat pemberian dalam bentuk geran-geran daripada kerajaan
Persekutuan. Antaranya ialah geran kapitasi yang dikira berdasarkan
bilangan penduduk negeri dan geran jalan negeri. Implikasi peruntukan
Perlembagaan ini menyebabkan pihak negeri akan bergantung pada kerajaan
Persekutuan dari segi kewangan.

Jadual 2.1
Kedudukan Hasil Kerajaan Persekutuan dan Negeri
Berbanding KDNK, 2004 - 2009
Kerajaan Persekutuan Kerajaan Negeri
Tahun Jumlah (‘000) % daripada Jumlah (‘000) % daripada
RM KDNK RM KDNK
2004 9,995
2005 94,959 21.1 11,969 2.7
2006 101,955 21.5 12,742 2.7
2007 110,733 21.9 13,498 2.7
2008 126,844 23.8 14,086 2.6
2009 140,640 25
Sumber: Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia.

Jadual 2.2
Kedudukan Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan Negeri
Berbanding KDNK, 2004 - 2009
Kerajaan Persekutuan Kerajaan Negeri
Tahun Jumlah (‘000) % daripada Jumlah (‘000) % daripada
RM KDNK RM KDNK
2004 9,438
2005 172,681 38.4 10,692 2.4
2006 204,255 43 11,970 2.5
2007 231,263 45.8 13,770 2.7
2008 271,652 50.9 15,522 2.9
2009 262,551 46.7
Sumber: Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia.

Apabila dilihat dari perspektif perbelanjaan pula, kerajaan Persekutuan


diberikan tanggungjawab yang berat untuk membuat perbelanjaan dalam
bidang-bidang yang terdapat dalam Senarai Persekutuan. Antaranya
termasuk perbelanjaan mengenai pertahanan, keselamatan dalam negeri,
pelajaran, kesihatan dan kerja raya. Walaupun kerajaan negeri dikehendaki
42
membuat perbelanjaan yang kurang penting yang terdapat dalam Senarai
Negeri, tanggungjawab ini agak berat bagi negeri-negeri yang kecil dan
kurang maju seperti Perlis, Kedah dan Kelantan. Kedudukan hasil dan
perbelanjaan bagi kerajaan Persekutuan dan Negeri berbanding KDNK
dapat diperhatikan melalui Jadual 2.1 dan Jadual 2.2.

2.4 PENGGUNAAN DASAR FISKAL DI MALAYSIA

Semasa tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, fokus strategi pembangunan


negara ialah mempelbagaikan aktiviti-aktiviti ekonomi supaya dapat
mengurangkan kebergantungan kepada eksport getah dan bijih timah. Ia
bertujuan meluaskan asas ekonomi dan meningkatkan kestabilan ekonomi.
Oleh itu, perbelanjaan awam telah digunakan bagi menyediakan
infrastruktur asas dan kemudahan-kemudahan yang dapat mengiatkan
pengeluaran sektor swasta. Program untuk memodenkan sektor pertanian
dan menggalakkan pembangunan industri telah dilancarkan sebagai
sebahagian daripada usaha kerajaan ke arah pembangunan ekonomi dan
sosial yang terancang.

Fokus kerajaan ialah berdasarkan strategi neoklasikal di mana fungsi dan


campur tangan kerajaan dalam pasaran adalah terhad. Fungsi kerajaan
hanya terhad untuk memastikan keadilan, keamanan, keselamatan dan
melindungi harta benda rakyat. Perdagangan antarabangsa adalah bebas dan
digalakkan. Jika diukur dari segi pertumbuhan ekonomi, dasar-dasar
tersebut dapat dikatakan sebagai berjaya. Kadar pertumbuhan ekonomi
yang tinggi telah dicapai pada dekad yang pertama. Dalam tempoh
1960 hingga 1965, kadar purata pertumbuhan benar Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) ialah 5% setahun. Ia meningkat kepada 5.4%
setahun bagi tempoh 1966–1970.

Corak perbelanjaan awam berubah sejak 1970-an akibat daripada


rusuhan kaum yang berlaku dalam tahun 1969. Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang telah digubal untuk mengurangkan ketidakstabilan antara
kaum telah memperkenalkan dimensi baru bagi perbelanjaan kerajaan.
Selain bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kerajaan juga
berhasrat mencapai agihan kekayaan yang lebih saksama. Hasilnya,
kerajaan telah menjadi peserta ekonomi yang aktif bagi menyediakan asas
ekonomi produktif yang dikehendaki. Penglibatan langsung sektor awam
telah meningkat sepanjang tempoh 1970-an. Ia dapat dilihat melalui
nisbah jumlah perbelanjaan awam kepada KNK yang meningkat
daripada 29% dalam tahun 1970 kepada 40% pada tahun 1979. Di samping
itu, defisit sektor awam dan hutang kerajaan juga meningkat dalam tempoh
tersebut.

Sepanjang tahun-tahun 1970-an, aktiviti-aktiviti fiskal kerajaan telah


dilaksanakan dalam persekitaran pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan
stabil walaupun suasana perdagangan dunia pada masa itu kurang stabil
disebabkan kejutan minyak (oil shocks) dan kadar inflasi yang tinggi.
KDNK benar Malaysia telah meningkat daripada 7.3% setahun dalam
tempoh 1971–1975 kepada 8.5% setahun bagi tempoh 1975–1980.

Kerajaan juga telah menggunakan dasar fiskal untuk meningkatkan taraf


43
hidup di kalangan golongan miskin. Perbelanjaan kerajaan yang dibuat
selain daripada digunakan untuk memberikan subsidi terus dalam bentuk
wang tunai juga dilaksanakan dalam bentuk barangan keperluan dan input-
input pertanian seperti baja, benih dan racun serangga. Harga makanan asas
di Malaysia iaitu beras juga disubsidikan oleh kerajaan bagi meningkatkan
kualiti hidup golongan miskin.

Kerajaan juga membelanjakan hasil kerajaan dalam bentuk projek-projek


yang boleh meningkatkan kualiti hidup dan keupayaan menambahkan
pendapatan rakyat terutamanya golongan miskin. Barang dan perkhidmatan
yang membawa implikasi sosial yang besar seperti penyelidikan pertanian,
perumahan awam, pendidikan dan kemudahan kesihatan disediakan oleh
kerajaan supaya membolehkan semua pihak mendapat faedah. Selain itu,
projek-projek pembersihan kawasan luar bandar seperti sistem
pembetungan yang lebih sempurna, bekalan air bersih melalui paip dan
pencegahan penyakit berjangkit diadakan supaya produktiviti dan taraf
hidup penduduk luar bandar ditingkatkan.

Dekad 1980-an menandakan fasa yang agak berbeza bagi pembangunan


ekonomi negara. Kebanyakan negara industri utama di dunia mengalami
kemelesetan ekonomi yang teruk. Justeru itu, ekonomi Malaysia juga
mula mengalami kejatuhan akibat daripada dasar-dasar counter-cyclical yang
diputuskan oleh kerajaan. Tempoh 1981–1985 menyaksikan peningkatan
yang tinggi bagi perbelanjaan awam. Sekiranya dalam tempoh 1970-an
imbangan pembayaran menunjukkan lebihan, kini angka negatif mula
ditunjukkan. Defisit awam ini dibiayai kebanyakannya melalui pinjaman
daripada dalam dan luar negara. Keadaan ini memberikan tekanan ke atas
pasaran modal tempatan dan menyebabkan negara menanggung beban
hutang luar yang tinggi.

Pada peringkat mikro, dasar fiskal mengecut yang diamalkan pada tahun
1987–88 telah memberikan kesan negatif kepada pasaran buruh dan
modal. Pengurangan perbelanjaan kerajaan yang begitu besar telah
menjejaskan kadar pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kadar
pengangguran. Kejatuhan harga komoditi di pasaran antarabangsa telah
semakin memburukkan keadaan resesi yang dialami sejak 1985–86.

Strategi pertumbuhan seimbang yang memberi perhatian kepada kedua-dua


sektor pertanian dan perindustrian diteruskan. Di peringkat awal strategi ini
(1970-an), sektor pertanian, industri menggunakan output pertanian dan
industri barangan pengguna digalakkan. Dasar penggantian import
digunakan untuk membuka ruang kepada industri tempatan bersaing
dengan menyediakan pasaran tempatan bagi barangan keluaran negara.
Untuk itu, sekatan import melalui tarif yang tinggi bagi barangan import
telah diamalkan.

Mulai tahun 1980-an, dasar yang lebih terbuka iaitu yang berasaskan
eksport (export-oriented) telah diamalkan. Untuk membolehkan industri
tempatan mempunyai kelebihan di peringkat antarabangsa, kerajaan telah
campur tangan bagi menyediakan pelbagai insentif dan kemudahan. Dari
sudut perbelanjaan awam, jumlah perbelanjaan yang besar digunakan bagi
meningkatkan produktiviti rakyat. Oleh itu, sistem pendidikan,
perkhidmatan kesihatan dan penyelidikan diberikan peruntukan yang besar
44
untuk meningkatkan kebolehan dan kecekapan rakyat.

Seterusnya, kemudahan-kemudahan infrastruktur yang memuaskan telah


disediakan dan diselenggarakan dengan baik bagi melancarkan operasi
perdagangan. Antaranya termasuk jalan raya, jambatan, pelabuhan, sistem
penerbangan, penyimpanan/pergudangan, telekomunikasi, bekalan elektrik,
air bersih dan banyak lagi. Sektor perkhidmatan seperti perbankan, insurans
dan pengangkutan juga dimajukan.

Prestasi ekonomi Malaysia bagi dekad 1990-an adalah membanggakan


dengan catatan kadar purata KDNK sebanyak 8% setahun sehinggalah
negara-negara Asia Timur mengalami krisis kewangan pada pertengahan
tahun 1997. Hasilnya, KDNK benar mengecut buat pertama kalinya
semenjak tahun 1985. Kelembapan ekonomi yang dialami menyebabkan
permintaan agregat berkurangan dan sektor-sektor seperti pembinaan
dan perkilangan terjejas. Aktiviti ekonomi yang lembap dan kejatuhan
pendapatan boleh guna benar telah menyebabkan penurunan permintaan
bagi import.

Selepas mencatatkan lebihan fiskal yang kukuh sejak tahun 1993,


kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan telah mengalami defisit
dalam tahun 1998. Hal ini berlaku disebabkan kesan kelembapan aktiviti
ekonomi ke atas hasil kerajaan dan juga tindakan kerajaan meningkatkan
perbelanjaan kerajaan dengan banyak untuk menggiatkan ekonomi
supaya tidak terperangkap dalam kitaran kemelesetan yang berpanjangan.
Kerajaan telah mengubah pendekatan polisi fiskal yang digunakan
daripada polisi bajet berimbang kepada polisi fiskal mengembang.
Peningkatan ketara adalah dari segi perbelanjaan pembangunan iaitu
sebanyak 23% dalam tahun 1998 yang mana ia termasuk perbelanjaan bagi
membantu golongan berpendapatan rendah dan juga bagi
membantu syarikat-syarikat tempatan yang menghadapi masalah serius
semasa krisis ini.

Pemulihan ekonomi mula berlaku sejak separuh penggal kedua 1998


sehingga pertengahan 2001. Pada tahun 2001, ekonomi Malaysia sekali lagi
terjejas disebabkan kelembapan ekonomi dunia terutamanya Amerika
Syarikat dan Jepun, dua rakan dagangan utama negara. Sehubungan itu,
kerajaan telah mengadakan beberapa ransangan fiskal untuk mengukuhkan
aktiviti ekonomi dalam negara sehingga menyebabkan defisit negara
semakin meningkat. Walaupun begitu, kerajaan berusaha mengamalkan
dasar bajet berhemat dan memastikan sumber-sumber kewangan diuruskan
dengan cekap. Defisit negara adalah terkawal kerana sebahagian besarnya
dibiayai melalui sumber-sumber dalam negara yang tidak menimbulkan
tekanan inflasi.

Selain cabaran kemelesetan ekonomi yang berlaku beberapa kali sepanjang


tahun 2000 hingga 2008, negara juga mengalami cabaran inflasi disebabkan
tekanan kenaikan harga minyak dan makanan yang berterusan. Hal ini dapat
dilihat melalui Rajah 2.3. Kerajaan terpaksa mengambil beberapa langkah
untuk meringankan beban isi rumah dan mengatasi masalah kenaikan kos.
Harga minyak dunia berterusan meningkat dari tahun 2003 hingga mencapai
US$145.29 setong pada 3 Julai 2008. Sebagai pengeksport bersih minyak,
Malaysia mendapat keuntungan daripada harga minyak yang semakin tinggi
45
dalam tempoh berkenaan. Namun begitu, harga minyak yang tinggi juga
memberi kesan negatif kepada Malaysia. Sebagai negara yang mengamalkan
ekonomi terbuka, Malaysia terdedah kepada kesan daripada terjejasnya
pertumbuhan ekonomi dunia dan aktiviti-aktiviti penggunaan, pelaburan
serta pendapatan akibat kenaikan harga minyak.

Rajah 2.3
Trend Inflasi dan Pertumbuhan KDNK, 1970 - 2008

Sumber: Laporan Ekonomi 2008/2009.

Untuk melindungi rakyat akibat kenaikan harga minyak yang berterusan,


kerajaan memberi subsidi harga minyak petrol. Sebelum tahun 2005,
pemberian subsidi ini tidak menjejaskan kedudukan fiskal kerajaan kerana
harga minyak hanya sekitar USD30 hingga USD40 setong. Namun begitu,
dengan kenaikan melebihi USD100 setong, subsidi minyak sukar diteruskan
lagi. Pada tahun 2007, subsidi minyak berjumlah RM7.5 bilion sedangkan
pada tahun 2002 ia hanya berjumlah RM1.7 bilion. Oleh itu, kerajaan mula
menstruktur semula subsidi minyak pada 21 Mei 2008. Tindakan yang sukar
ini perlu diambil bagi mengelakkan defisit fiskal yang terlalu tinggi bagi
tempoh masa yang panjang.

Seperti juga minyak, harga bahan makanan dunia seperti beras, bijirin,
minyak dan lemak, gula, daging dan tenusu terus meningkat selepas tahun
2002. Kenaikan harga makanan dunia berlaku berpunca daripada faktor
kitaran dan struktural. Antara faktor kitaran yang merupakan fenomena
jangka pendek termasuk keadaan cuaca buruk seperti banjir dan kemarau di
beberapa negara pengeluar makanan, serangga perosak yang memusnahkan
tanaman (misalnya di Viet Nam pada tahun 2007), aktiviti spekulasi dan
penyusutan nilai dolar Amerika Syarikat. Selain itu, permintaan makanan
dunia juga meningkat disebabkan peningkatan pendapatan penduduk
46
terutamanya di China dan India.

Jadual 2.3
Pemberian Subsidi, 2011
Barang Harga Asal Rakyat Subsidi %
Bayar kerajaan Subsidi
Beras Super Tempatan (1 kg) RM2.40 RM1.80 RM0.60 25%
Gula (1 kg) RM2.50 RM2.30 RM0.20 8%
Minyak masak (1 kg) RM4.75 RM2.50 RM2.25 47%
Tepung gandum (1 kg) RM1.90 RM1.35 RM0.55 29%
Petrol RON 95 (1 liter) RM2.75 RM1.90 RM0.85 31%
Diesel (1 liter) RM2.66 RM1.80 RM0.86 32%
Gas memasak (Tong 14 kg) RM48.02 RM26.60 RM21.42 45%
Sumber: Utusan Malaysia, 8 Oktober 2011.

Sebaliknya, faktor struktur merupakan fenomena jangka sederhana dan


jangka panjang. Antaranya termasuk kenaikan harga bahan api,
pertambahan penduduk dan urbanisasi. Malaysia turut merasai beban yang
berat akibat kenaikan harga makanan dunia kerana negara kita belum
mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran beberapa jenis bahan makanan.
Kenaikan harga beras pada tahun 2007 menyebabkan kerajaan mengambil
beberapa langkah termasuk memberi subsidi dan menambahkan beberapa
inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran domestik bagi menjamin bekalan
yang mencukupi. Pada tahun 2008, Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Negara dilancarkan dengan dana berjumlah RM2.5 bilion bagi tahun
tersebut untuk menangani masalah kenaikan harga dan kekurangan bekalan
makanan.

Kerajaan telah melancarkan Pelan Hala Tuju Program Transformasi


Kerajaan (GTP) pada tahun 2010 untuk memacu negara ke arah mencapai
Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju. Kerajaan bercadang
membuat pelbagai perubahan drastik dari segi dasar, strategi dan
pendekatan untuk mencapai matlamat sosioekonomi yang diputuskan.
Proses ini baru bermula dan hasilnya mungkin tidak dapat dilihat dalam
jangka pendek.

SOALAN DALAM TEKS 2.3

1. Dalam sejarah sejak tahun 1970 hingga kini, telah


berlaku beberapa siri kenaikan harga minyak dunia
secara ekstrem. Senaraikan TIGA (3) insiden
kenaikan harga tersebut sehingga menjejaskan
ekonomi kebanyakan negara di dunia.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

47
2.5 MENINGKATKAN KEBERKESANAN DASAR FISKAL

Kedudukan kewangan Malaysia pada masa depan bergantung kepada usaha


untuk meningkatkan hasil cukai, meningkatkan produktiviti perbelanjaan
awam, meningkatkan tabungan, dan memperbaiki kecekapan perusahaan-
perusahaan awam. Langkah-langkah berikut dapat mengurang-kan jurang
fiskal yang wujud dan mengecilkan saiz hutang awam:

a) Mengubah suai cukai langsung

Usaha untuk meningkatkan kutipan hasil cukai pendapatan


memerlukan supaya asas cukai langsung diperluaskan. Setiap
individu perlu diwajibkan untuk mengisi borang retan cukai
walaupun mereka mempunyai pendapatan yang tidak tetap.
Pemberian atau pengecualian cukai yang tidak mendatangkan
manfaat yang besar kepada individu atau sektor korporat perlu dikaji
semula berdasarkan analisis kos faedah dan ditarik balik. Struktur
cukai perlu dipermudahkan dengan mengurangkan pelepasan-
pelepasan cukai yang diberikan. Selain itu, kadar cukai pendapatan
individu juga perlu dipermudahkan dan dikurangkan tingkatnya.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengira


jumlah pendapatan individu yang bekerja sendiri bagi
tujuan pengenaan cukai pendapatan?

Sistem maklumat yang cekap bagi mengesan pembayar-pembayar


cukai yang baru perlu diadakan bagi mengatasi masalah pelarian cukai.
Walaupun mencukai mereka yang bekerja sendiri merupakan cabaran
yang besar, kerajaan tidak boleh memandang remeh terhadap
kepentingan hasil cukai daripada sumber ini. Satu cara untuk
mencukai mereka adalah dengan menganggarkan potensi pendapatan
mereka dan mengenakan cukai berdasarkan dengan mengambil kira
faktor-faktor seperti jenis dan saiz perniagaan serta lokasinya. Mulai
Oktober 2001, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencari
dan mendaftarkan peniaga-peniaga kecil-kecilan yang masih belum
mendaftar dengan LHDN bagi maksud cukai. Selain itu, bajet 2003
telah menekankan kepentingan LHDN untuk memperkemaskan
pentadbiran dan pematuhan cukai di kalangan pembayar untuk
meningkatkan kutipan cukai.

b) Memodenkan sistem cukai tidak langsung

Untuk kemudahan pentadbiran dan ketelusan, elok sekiranya cukai


jualan dikenakan secara terbuka untuk meliputi kebanyakan barangan.
Bagi mengurangkan kesan kepada golongan berpendapatan rendah,
beberapa barangan keperluan hendaklah dikecualikan daripada cukai
ini. Resit jualan perlu menunjukkan pengenaan cukai ini agar pengguna
lebih jelas mengenai beban cukai sebenar yang ditanggung oleh
mereka. Pada masa ini, pengenaan cukai nilai ditambah tidak
48
dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Di beberapa negara maju,
pengenaan cukai ini telah mula dipersoalkan kerana ia menggalakkan
pengenaan cukai di pelbagai peringkat pengeluaran dan hanya
membebankan golongan pengguna tanpa mereka sedari.

c) Memperbaiki prestasi perbelanjaan awam

Selain daripada meningkatkan hasil cukai, langkah-langkah untuk


memperbaiki imbangan belanjawan melibatkan usaha-usaha untuk
mengurangkan perbelanjaan yang membazir atau meningkatkan
produktiviti sektor awam. Ini tidak bermaksud perbelanjaan awam
perlu dikurangkan bagi semua aktiviti sektor awam kerana langkah
seperti ini akan menjejaskan keupayaan produktif sektor-sektor
berkenaan dan juga mengurangkan kebajikan awam. Pengurangan
perbelanjaan sepatutnya ditujukan kepada perbelanjaan yang
memberikan faedah yang kecil kepada masyarakat atau yang
melibatkan kos yang terlalu tinggi. Untuk menentukan aktiviti mana
yang perlu diteruskan dan yang mana perlu dikecilkan, kajian yang
menyeluruh secara tahunan bagi semua aktiviti sektor awam perlu
dilakukan.

Selain itu, perbelanjaan dalam bentuk bayaran pindahan, geran dan


subsidi juga perlu diteliti semula. Kerajaan perlu berusaha untuk
mendapatkan semula sebahagian kos yang telah dibelanjakan untuk
menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai. Walaupun
penyediaan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kepada golongan
kurang mampu patut dilakukan, sebahagian besar masyarakat perlu
menanggung kos menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

d) Memperbaiki prestasi perusahaan awam

Potensi untuk menambahkan sumber-sumber awam bagi kegunaan


pembangunan masa depan terletak kepada perusahaan- perusahan
awam yang begitu banyak jumlahnya. Kebanyakan perusahaan ini
tidak menunjukkan prestasi yang begitu baik. Ada yang mendapat
keuntungan yang kecil berbanding dengan modal yang dilaburkan dan
ada pula yang menanggung kerugian yang besar. Walaupun beberapa
perusahaan awam boleh diswastakan, penekanan sepatutnya diberikan
kepada perusahaan yang mendatangkan kos yang tinggi dari segi
belanjawan kerajaan.

Keperluan utama ialah mencari ruang bagi meningkatkan kecekapan


dan keuntungan perusahaan awam. Ianya akan dapat dilakukan jika
semua perusahaan tersebut mempunyai objektif yang jelas dan
penilaian prestasi yang realistik. Mereka perlu diberi kuasa membuat
perancangan korporat sendiri, menentukan polisi harga dan
dikendalikan oleh ahli-ahli profesional yang bertanggungjawab bagi
kejayaan atau kegagalan sesebuah perusahaan itu.

49
2.6 RUMUSAN

Secara umumnya, instrumen fiskal dibahagikan kepada alat penerimaan dan


perbelanjaan. Cukai merupakan alat penerimaan yang paling penting. Selain
itu, kerajaan boleh menggunakan pinjaman, inflasi, nayaran penggunaan
dan beberapa alat lagi untuk membiayai keperluan sektor awam. Alat
perbelanjaan pula termasuk pembelian barang dan perkhidmatan,
pemberian hutang, bayaran balik pinjaman dan bayaran pindahan.

Sementara federalism fiskal pula melihat kepada agihan penggunaan


instrumen-instrumen fiskal di antara pelbagai peringkat kerajaan dalam
sesebuah negara. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan
kedudukan fiskal yang kuat di pihak kerajaan Persekutuan di mana ia dapat
mengutip hasil yang banyak. Pada masa yang sama, ia diberi tanggungjawab
yang berat untuk membuat perbelanjaan yang menelan jumlah yang banyak
seperti pertahanan, keselamatan dalam negeri, pendidikan dan kesihatan.

Sejak kemerdekaan, kerajaan telah menggunakan dasar fiskal untuk


memperbaiki prestasi erkonomi negara dan menjamin agihan yang semakin
baik untuk rakyat. Bagaimanapun, setelah beberapa tahun kita masih
merasai kesan daripada beberapa siri krisis ekonomi yang dialami sejak
pertengahan tahun 1997. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah
untuk menghadapi masalah tersebut termasuk melindungi ekonomi negara
daripada kesan luaran ekonomi global. Sejauh mana kedudukan kewangan
awam Malaysia dapat diperbaiki bergantung pada usaha untuk
meningkatkan hasil dan keberkesanan penggunaan wang awam.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Penciptaan wang akan menyebabkan inflasi berlaku. Adakah


kenyataan ini benar/salah? Berikan justifikasi kepada jawapan
anda.

2. Berikan DUA (2) contoh bayaran pindahan yang dilaksanakan


oleh Kerajaan Malaysia.

3. Nyatakan kebaikan dan keburukan inflasi. Kenapakah inflasi


dikatakan sebagai satu bentuk cukai tidak nyata?

4. Kenapakah ada pihak yang menganggap perbelanjaan cukai sebagai


satu alat perbelanjaan kerajaan? Berikan TIGA (3) contoh
perbelanjaan cukai yang anda tahu.

5. Bincang DUA (2) masalah utama dunia yang memberi kesan


terhadap penggunaan dasar fiskal di Malaysia sejak tahun 2007?

50
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 2.1

1. Tiga alat penerimaan yang penting bagi kerajaan Malaysia ialah

(i) Cukai
(ii) Pinjaman
(iii) Bayaran penggunaan, lesen, denda dan faedah.

2. Pada masa berlakunya inflasi, pendapatan nominal seseorang


akan meningkat walaupun pendapatan benarnya tidak semestinya
turut naik. Apabila pendapatan nominal meningkat, pendapatan
individu berkenaan akan memasuki tingkat kadar cukai progresif
yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, individu berkenaan perlu
membayar jumlah cukai pendapatan yang bertambah walaupun
nilai sebenar wang telah jatuh semasa inflasi.

3. Pemberian hutang oleh kerajaan kepada kakitangan awam dalam


bentuk pinjaman untuk membeli komputer peribadi, kenderaan
atau rumah akan menyebabkan peningkatan kuasa beli di pihak
kakitangan awam.

SDT 2.2

1. Cukai-cukai ini sepatutnya dikenakan oleh

(a) Kerajaan pusat.


(b) Kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
(c) Kerajaan pusat.
(d) Kerajaan pusat.

SDT 2.3

1. Tiga insiden kenaikan harga minyak yang dimaksudkan ialah

(i) Embargo Minyak oleh Negara-negara Arab, 1974.


(ii) Peperangan Iran-Iraq, 1982.
(iii) Perang Teluk, 1990.

51
BAB 3

PERTUMBUHAN SAIZ SEKTOR AWAM

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda diharap dapat:


1. Memahami ukuran saiz sektor awam.
2. Mengetahui perkembangan sektor awam di Malaysia.
3. Memahami beberapa hipotesis mengenai perkembangan sektor
awam di dunia.

3.1 PENGENALAN

Kita semua bersetuju bahawa sektor awam amat diperlukan dalam


kehidupan masyarakat moden. Sektor awam menyediakan dan mempen-
garuhi penyediaan banyak barang dan perkhidmatan dalam sesebuah
negara. Selain itu, ia juga mempengaruhi tingkah laku dan pembuatan
keputusan kita sebagai individu atau organisasi. Persoalan di sini ialah
sejauh mana sektor awam telah berkembang atau berubah dalam suatu
jangka masa tertentu. Adakah sektor awam kini terlalu besar atau terlalu
kecil? Bagaimanakah kita dapat mengukur saiz sektor awam?

Bab ini cuba memperihalkan perkembangan sektor awam dan ukuran-


ukuran yang dapat digunakan untuk menilai saiz sektor awam. Dalam
perbincangan ini, tumpuan akan diberikan kepada Kerajaan Persekutuan
Malaysia sebagai satu unit kerajaan yang paling penting dalam sistem
federalisme di Malaysia. Seterusnya, kita juga akan membincangkan
beberapa hipotesis yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji ekonomi
sektor awam bagi menerangkan fenomena perkembangan sektor awam.

3.2 SAIZ SEKTOR AWAM

Pengaruh kerajaan ke atas kehidupan kita boleh dilihat melalui


program-program perbelanjaan dan pinjaman, undang-undang pencukai-
an, peraturan-peraturan ke atas pengguna dan firma-firma perniagaan serta
program-program kredit dan insurans kerajaan. Pemeriksaan ke atas polisi-
polisi yang pelbagai ini dapat memberikan kefahaman dan gambaran
kepada kita tentang saiz sektor awam. Bagaimanapun, anda diingatkan
bahawa mengukur saiz sektor awam bukanlah sesuatu yang mudah
dilakukan kerana pengaruh sektor awam ke atas kehidupan kita sentiasa
bertambah dan sering pula berubah-ubah.

Secara umumnya, perkhidmatan kerajaan boleh dibahagikan kepada dua


sektor berdasarkan sumber pembiayaan iaitu sektor bajet dan bukan bajet.

52
Sektor bajet mengandungi semua aktiviti yang dibiayai sepenuhnya atau
sebahagian besarnya oleh bajet tahunan kerajaan. Sementara sektor bukan
bajet terdiri daripada perbadanan atau agensi yang membiayai sepenuh atau
sebahagian besar aktivitinya melalui dana atau keuntungannya sendiri hasil
daripada penjualan barang dan perkhidmatan. Agensi ini boleh dimiliki
sepenuhnya oleh kerajaan atau kerajaan mempunyai kepentingan majoriti.
Walaupun keuntungan yang dijanakan memberikan sejumlah autonomi
kepada institusi ini, kerajaan biasanya mempunyai kawalan dari segi
pelantikan Lembaga Pengarah, keputusan pelaburan dan dasar-dasar harga.
Di Malaysia, ianya dikenali sebagai Perusahaan Awam Bukan Kewangan
(PABK). Antaranya termasuk PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad,
Sistem Penerbangan Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad.

Dari segi penentuan saiz, istilah kerajaan merujuk kepada semua aktiviti
atau perkhidmatan oleh sektor bajet. Sementara istilah sektor awam lebih
umum dan ia merujuk kepada aktiviti dalam kedua-dua sektor bajet dan
bukan bajet.

Terdapat beberapa ukuran yang digunakan oleh pengkaji-pengkaji ekonomi


sektor awam apabila membincangkan mengenai saiz sesebuah kerajaan.
Bagaimanapun, ukuran saiz kerajaan yang paling kerap digunakan ialah
nisbah perbelanjaan kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK).

SK1 = Jumlah perbelanjaan kerajaan/KDNK (3.1)

Jumlah perbelanjaan kerajaan ialah jumlah perbelanjaan mengurus dan


pembangunan bagi barang dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan,
termasuk bayaran pindahan yang dibiayai melalui bajet tahunan.
Perbelanjaan kerajaan dihubungkan kepada KDNK kerana KDNK
mewakili kapasiti produktif sesebuah ekonomi. Dalam tahun 2009,
perbelanjaan kerajaan mewakili hampir 47% daripada KDNK. SK1 adalah
ukuran yang selalu digunakan kerana ia mudah dianggarkan, menunjukkan
jumlah semua barang dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan,
dapat menentukan keperluan mencukai dan juga memudahkan
perbandingan saiz kerajaan antara negara.

Pada pendapat anda, adakah saiz sektor awam di


Malaysia terlalu besar, sederhana atau terlalu kecil?
Berikan justifikasi kepada jawapan anda.

Ukuran lain saiz kerajaan ialah:


SK2 = Perbelanjaan barang dan perkhidmatan kerajaan/KDNK (3.2)

Ukuran kedua ini mengecualikan bayaran pindahan dan ia lebih konsisten


dengan konsep KDNK yang juga mengecualikan bayaran pindahan. Dalam
tahun 2009, ia adalah 30% daripada KDNK. Perbelanjaan kerajaan ke atas
barang dan perkhidmatan juga dikenali sebagai bayaran pakai habis.
Sebaliknya, bayaran pindahan memindahkan sumber untuk digunakan oleh
pihak lain. Maka, SK2 menunjukkan pengaruh langsung kerajaan dalam
penggunaan sumber. Kelemahannya, ia tidak menunjukkan keperluan

53
sebenar pembiayaan kerajaan kerana ia mengenepikan sebahagian daripada
fungsi utama kerajaan iaitu fungsi pengagihan.

Perbelajaan barang dan perkhidmatan kerajaan tidak mengambil kira


perbelanjaan yang dibuat oleh institusi luar bajet kerajaan. Mengambil kira
perbelanjaan oleh sektor bukan bajet ini akan menyebabkan pengiraan
berlebihan saiz kerajaan kerajaan sektor bukan bajet ini bukan sahaja
menjual keluarannya kepada firma swasta tetapi juga kepada kerajaan
sendiri. Untuk pengiraan saiz sektor awam yang lebih menyeluruh
berbanding SK1 dan SK2, ukuran ini boleh digunakan:

SK3 = (jumlah perbelanjaan barang dan perkhidmatan kerajaan +


perbelanjaan modal institusi bukan bajet kerajaan)/KDNK (3.3)

Ukuran ketiga ini jarang digunakan kerana walaupun institusi bukan bajet ini
sebahagian daripada sektor awam, biasanya institusi-institusi ini bertindak
sebagai badan komersial seperti firma swasta. Tambahan pula,
perbandingan ukuran ini antara negara sukar dilakukan. Maka, ukuran
keempat boleh juga dipertimbangkan kerana ia menfokus kepada peranan
kerajaan sebagai pengeluar barang dan perkhidmatan. Ukuran umum ini
ialah nisbah guna tenaga kerajaan berbanding jumlah keseluruhan guna
tenaga dalam negara berkenaan.

SK4 = Jumlah gunatenaga awam/jumlah keseluruhan guna tenaga (3.4)

Namun begitu, pada kebiasaannya, ukuran keempat ini lebih kecil


berbanding SK2. Hal ini berlaku kerana selain mengeluarkan barang dan
perkhidmatan secara terus menggunakan tenaga kerja awam (pengeluaran
awam), kerajaan juga membiayai penyediaan barang dan perkhidmatan yang
diperlukan oleh masyarakat melalui beberapa teknik seperti pemberian
kontrak dan lain-lain yang telah dibincangkan dalam bab pertama. Ini
bermakna ukuran ini tidak menunjukkan sejauh mana kawalan kerajaan
terhadap sumber-sumber dalam negara.

Selain itu, saiz kerajaan juga dapat diukur melalui nisbah hasil cukai kepada
KDNK.

SK5 = Jumlah hasil cukai/KDNK (3.5)

Ukuran ini agak penting kerana ia menunjukkan beban cukai yang


ditanggung oleh masyarakat. Namun begitu, kita selalu dapati bahawa beban
cukai biasanya lebih rendah berbanding perbelanjaan kerajaan kerana
sebahagian daripada perbelanjaan kerajaan ditampung oleh hasil-hasil bukan
cukai seperti bayaran penggunaan dan pinjaman. Ini bermakna ukuran
kelima ini juga tidak menunjukkan gambaran keseluruhan aktiviti kerajaan.

3.2.1 Trend Perbelanjaan Kerajaan

Apabila membincangkan saiz kerajaan, kita perlu mengkaji polisi-polisi


perbelanjaan kerajaan sebagai satu ukuran kasar aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan oleh sektor awam. Berikut ini dikemukakan beberapa trend
ukuran perbelanjaan kerajaan dan sektor awam bagi tempoh beberapa

54
tahun lalu:

1. Jumlah perbelanjaan kerajaan

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, jumlah perbelanjaan merupakan


satu ukuran yang paling kerap digunakan untuk melihat saiz kerajaan.
Rajah 3.1 menunjukkan trend perbelanjaan kerajaan Persekutuan Malaysia
berbanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tempoh
lima tahun. Ini bermaksud perbelanjaan kerajaan diletakkan dalam
perspektif keseluruhan ekonomi kerana ia menunjukkan bahagian
perbelanjaan ekonomi yang diperuntukkan kepada sektor awam bagi
negara ini. Secara mudah, ekonomi dibahagikan kepada dua komponen
iaitu sektor awam dan sektor swasta. Ini bermaksud sebarang peningkatan
dalam bahagian peruntukan sumber yang dikawal oleh sektor awam
membawa implikasi bahawa bahagian yang dikawal oleh sektor swasta
berkurangan dalam jangka masa tersebut.

Melalui Rajah 3.1 kita dapati bahawa dalam tempoh tersebut, peratus
perbelanjaan kerajaan Persekutuan ialah di antara 38 hingga 51% daripada
KDNK atau secara puratanya sebanyak 45%. Data perbelanjaan kerajaan
ini mengambilkira kedua-dua perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Pada tahun 2008, bagi setiap RM100, peruntukan bagi perbelanjaan
kerajaan ialah sebanyak RM50.90. Adakah anda bersetuju bahawa
peruntukan ini merupakan satu jumlah yang agak besar bagi sesebuah
negara?

Rajah 3.1
Peratus Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Berbanding dengan KDNK,
2005-2009

60
50
40
%
30
20
10
0
2005 2006 2007 2008 2009

Data dalam harga semasa


Sumber: Laporan Ekonomi 2008/2009.

2 Pembahagian Perbelanjaan Kerajaan

Selain membandingkan jumlah perbelanjaan kedua-dua sektor, mari kita


lihat pula trend perbelanjaan sektor awam dengan lebih terperinci melalui
pembahagian perbelanjaan awam mengikut kategori atau objek per-

55
belanjaan. Walaupun pembahagian ini agak bersifat umum, ia dapat
menunjukkan arah tuju polisi-polisi awam. Rajah 3.2 menunjukkan hanya
trend perbelanjaan mengurus kerajaan berbanding KDNK. Umumnya,
trend ini semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun begitu, jumlah ini tidak bersamaan dengan ukuran SK2 yang
dibincangkan sebelum ini. Perbelanjaan mengurus merupakan perbelanjaan
pakai habis di Malaysia tetapi antara komponennya termasuklah subsidi,
biasiswa, pencen, dan serahan kepada kerajaan-kerajaan negeri dan badan-
badan berkanun. Peratus agihan komponen-komponen bagi perbelanjaan
mengurus boleh diperhatikan melalui Jadual 3.1.

Rajah 3.2
Peratus Perbelanjaan Mengurus berbanding KDNK, 2005 - 2009

35
30
25
20
15
10
5
0
2005 2006 2007 2008 2009

Sumber: Laporan Ekonomi 2008/2009.

Jadual 3.1
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan Mengikut Objek,
2005 - 2009
2005 2006 2007 2008 2009
Emolumen 26.2% 26.5% 26.5% 24% 24.6%
Pencen dan Ganjaran 7 6.5 6.7 5.6 4.7
Bayaran Khidmat Hutang 11.9 11.6 10.5 8.7 8.7
Pemberian & Se r ahan kepada
2.7 2.6 3.2 2.9 3.2
Kerajaan Negeri
Bekalan dan Perkhidmatan 18.4 19.4 19.2 17.2 17.2
Subsidi 13.7 9.4 8.5 22.6 21.9
Biasiswa/Dermasiswa/Bayaran
3 2.7 2.5
Pengurusan Sekolah
Pembelian harta 1.6 1.8 2.1 1.5 1.5
Bayaran balik & Hapuskira 0.3 0.3 0.9 0.6 0.6
Pemberian kepada Badan Berkanun 8.5 8.5 8.7 8.7 9.0
Perbelanjaan Lain 6.9 10.7 11.3 8.3 8.6
Sumber: Laporan Ekonomi 2008/2009.

56
Sepanjang tempoh tersebut, perbelanjaan yang paling penting ialah
emolumen, iaitu pembayaran gaji dan elaun kepada kakitangan awam.
Seterusnya, kerajaan Persekutuan juga membelanjakan jumlah yang agak
besar untuk bekalan dan perkhidmatan serta subsidi. Keadaan ini
menunjukkan perubahan dasar yang ketara kerana bagi tempoh 1990 hingga
2000 peruntukkan subsidi hanya antara 1.7 hingga 8.5 peratus daripada
jumlah perbelanjaan mengurus. Perbelajaan subsidi bagi tempoh 2005
hingga 2009 meningkat dengan mendadak disebabkan kerajaan memberi
pelbagai subsidi bagi meringankan beban masyarakat akibat kenaikan harga
barangan perlu seperti makanan dan petrol.

3.2.2 Pembiayaan Aktiviti-Aktiviti Kerajaan

Sektor awam mempunyai beberapa cara untuk membayar polisi-polisi


perbelanjaannya. Masihkah anda ingat perbincangan kita mengenai alat-alat
penerimaan kerajaan? Sekiranya jawapan anda adalah ya, syabas diucapkan.
Jika kurang ingat, jangan lupa merujuk semula jawapannya dalam bab
yang berkenaan. Antara cara utama bagi membiayai perbelanjaan awam
ialah melalui hasil kerajaan dan pinjaman. Mari kita lihat dengan lebih
terperinci komponen-komponen berikut bagi melihat trend perkembangan
sektor awam di Malaysia.

1. Hasil kerajaan

Komponen hasil kerajaan terdiri daripada hasil cukai dan bukan cukai. Kita
akan membincangkan dengan terperinci jenis-jenis cukai dalam bab tujuh
dan hasil bukan cukai dalam bab lapan. Rajah 3.3 menunjukkan kepada
anda arah aliran hasil kerajaan Persekutuan semenjak tahun 2005. Bagi
tempoh tersebut, jumlah hasil kerajaan Persekutuan tidak pernah melebihi
25% daripada KDNK.

Rajah 3.3
Peratus Hasil Kerajaan Persekutuan Berbanding KDNK, 2005-2009

26
25
24
23
22
21
20
19
2005 2006 2007 2008 2009

Sumber: Laporan Ekonomi 2008/2009.

Jadual 3.2 memperincikan komponen hasil kerajaan kepada hasil cukai dan
bukan cukai. Hasil cukai terdiri daripada cukai-cukai langsung dan tidak

57
langsung. Anda dapat lihat bahawa kerajaan menumpukan kepada
pengutipan cukai-cukai langsung terutamanya cukai pendapatan bagi tujuan
mendapatkan hasil. Trend penumpuan kepada cukai langsung adalah selaras
dengan amalan di negara-negara maju. Di antara hasil cukai langsung yang
paling utama ialah cukai pendapatan ke atas syarikat dan petroleum.
Sebaliknya, cukai-cukai tidak langsung seperti cukai eksport, cukai import
dan cukai tokok tidak menjana hasil yang besar kepada kerajaan. Pengenaan
cukai-cukai seperti ini memenuhi tujuan-tujuan lain yang lebih diutamakan
seperti menggalakkan pertumbuhan industri tempatan, menggiatkan aktiviti
pemprosesan bahan-bahan mentah dan separa mentah kepada barangan
siap, dan lain-lain.

Jadual 3.2
Kedudukan Hasil Kerajaan Persekutuan, 2005 – 2009

2005 2006 2007 20081 20092


Cukai Langsung 50.4% 49.8% 49.6% 48% 52.3%
Cukai Pendapatan 47.8 47.6 46.9 45.7 50.2
Syarikat 24.8 21.4 23.0 20.6 20.3
Perseorangan 8.1 8.3 8.3 9.0 8.7
Petroleum 13.7 16.7 14.6 15.2 20.3
Koperasi 1.1 1.2 1.0 0.9 0.8
Lain-lain 2.6 2.3 2.7 2.3 2.1
Cukai Tidak Langsung 25.4 20.3 18.4 18.7 18.3
Duti Eksport 2.0 1.9 1.7 1.8 1.7
Duti Import dan Tokok 3.2 2.2 1.7 1.5 1.3
Duti Eksais 8.8 6.9 6.4 6.4 6.3
Cukai Jualan 7.3 5.3 4.7 4.7 4.6
Cukai Perkhidmatan dan
4.3 4.0 3.9 4.2 4.5
lain-lain
Hasil Bukan Cukai 24.2 29.9 32 33.3 29.4
1Anggaran disemak; 2 Anggaran
Bajet tidak mengambil kira perubahan cukai 2009.
Sumber: Laporan Ekonomi 2008/2009.

2. Defisit dan lebihan bajet

Sekiranya jumlah perbelanjaan dan hasil kerajaan adalah sama, kita


katakan bahawa kerajaan mengamalkan dasar bajet berimbang. Pada
kebiasaannya, fenomena ini agak jarang berlaku. Selalunya bajet mengalami
keadaan defisit, di mana hasil kerajaan tidak dapat membiayai semua
perbelanjaan yang dibuatnya. Keadaan yang agak jarang berlaku ialah bajet
lebihan di mana hasil melebihi perbelanjaan. Dasar fiskal seperti ini boleh
diamalkan oleh kerajaan jika ekonomi mengalami pertumbuhan yang pesat.
Dalam sejarah Malaysia, keadaan ini pernah berlaku dalam tempoh 1993

58
hingga 1996 walaupun jumlah lebihan tersebut tidak begitu besar.

Jadual 3.3
Defisit/Lebihan Keseluruhan Kerajaan, 2005 – 2009
Tahun RM (‘000)
2005 7,252
2006 -1,630
2007 9,542
2008 -27,926
2009 -18,872
Sumber: Laporan Ekonomi 008/2009.

Jadual 3.3 menunjukkan keadaan defisit berlaku sebanyak tiga kali dalam
tempoh lima tahun yang dikaji. Pengiraan ini telah mengambilkira lebihan
semasa yang dihasilkan melalui perusahaan-perusahaan awam bukan
kewangan (PABK). Dalam tempoh ini, defisit kerajaan kebanyakannya
dibiayai melalui sumber pinjaman dalam negeri.

3.2.3 Guna Tenaga Sektor Awam

Satu lagi ukuran saiz sektor awam yang selalu digunakan ialah jumlah
kakitangannya. Rajah 3.4 menunjukkan kepada anda bahawa guna tenaga
sektor awam di Malaysia agak kecil saiznya jika dibandingkan dengan
jumlah keseluruhan guna tenaga. Pada puratanya, peratus guna tenaga
awam berbanding dengan jumlah keseluruhan guna tenaga adalah sekitar
10.3%. Namun begitu, penggunaan ukuran ini sering dikritik kerana ia
tidak memberikan gambaran sebenar mengenai saiz kerajaan atau sektor
awam. Ini kerana banyak aktiviti sektor awam yang tidak dilaksanakan
secara langsung oleh kakitangan awam. Sebaliknya, kerajaan banyak
memberikan kontrak kepada pihak swasta untuk melaksanakan beberapa
perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.

Rajah 3.4
Peratus Guna Tenaga Awam Berbanding dengan Jumlah
Keseluruhan Guna Tenaga di Malaysia, 2000 - 2008

11

10.5

10

9.5
1982

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008


1984

1986

1988

1990

1992

1994

1996

Sumber: Laporan Ekonomi 008/2009.

59
3.2.4 Program-Program Kredit dan Insurans

Sektor awam biasanya ialah penghutang terbesar sesebuah negara dan


juga menjadi pemiutang terbesar. Di antara polisi pemberian hutang oleh
kerajaan termasuklah faedah kredit untuk pembelian hartanah, kenderaan
dan komputer kepada kakitangan awam, memberi pinjaman kepada
kerajaan negeri dan kerajaan tempatan, pemberian pinjaman kepada
pelajar institusi pengajian tinggi dan pembayaran caruman Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja. Semasa kemelesetan, kerajaan juga memberikan
pinjaman pada kasar faedah rendah bagi membantu industri-industri
strategic negara.

3.2.5 Sektor Awam di Negara-Negara Maju

Selain daripada melihat saiz sektor awam di Malaysia, elok juga jika kita
membuat perbandingan saiz sektor awam di Malaysia dengan negara-
negara lain. Rajah 3.5 menunjukkan kepada anda saiz sektor awam di
beberapa negara maju. Ukuran yang digunakan di sini ialah peratus
perbelanjaan kerajaan berbanding KDNK. Anda dapat melihat bahawa saiz
sektor awam di kebanyakan negara maju jauh lebih besar berbanding
dengan Malaysia. Di antara negara yang terdapat dalam senarai tersebut,
Sweden dan Denmark merupakan antara negara yang mempunyai saiz
sektor awam yang besar sekali. Kedua-dua negara kebajikan (welfare state) ini
mengadakan pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Antaranya termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan percuma.

Umumnya, kita dapati sebahagian daripada negara yang disenaraikan ini


cuba mengawal perbelanjaan mereka dengan menunjukkan trend
perbelanjaan yang semakin menurun pada masa ini. Jika anda
mengumpulkan data saiz negara-negara ini menggunakan ukuran peratus
hasil cukai berbanding KDNK, anda akan mendapati trend yang hampir
serupa di negara-negara berkenaan. Hal ini berlaku kerana jika sesebuah
negara mempunyai tingkat perbelanjaan awam yang tinggi, ia perlu
diimbangi dengan kutipan hasil cukai yang tinggi supaya tidak berlalu
masalah kewangan yang kritikal terhadap negara seperti beban hutang yang
tinggi dan inflasi yang tidak terkawal.

Semua ukuran yang telah dibincangkan tidak dapat digunakan secara


bersendirian untuk menerangkan saiz sebenar sektor awam. Ada pihak yang
merasakan bahawa segala bentuk campurtangan kerajaan dalam kehidupan
masyarakat perlu diterjemahkan dalam bentuk kewangan supaya dapat
diukur pengaruh sebenar sektor awam. Ini termasuk penggubalan undang-
undang dan peraturan-peraturan pentadbiran. Semua aktiviti bagi setiap
unit kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan
tempatan atau separa kerajaan perlu diukur dan dicampurkan bagi
menentukan saiz sebenar sektor awam. Anda tentu dapat merasakan betapa
sukar untuk mencari data bagi menentukan dengan tepat saiz sektor awam.

60
Rajah 3.5
Saiz Sektor Awam di Beberapa Negara Maju
(Perbelanjaan Kerajaan sebagai Peratusan daripada KDNK)

70
60
50
40
30
20
10
0

Denmark
German
Kanada

Sweden
Australia

Sepanyol
Jepun

Perancis
US

1981 UK
2005

Sumber: OECD, Economic Outlook, Series 8191, Januari 2006.

SOALAN DALAM TEKS 3.1

1. Nyatakan TIGA (3) ukuran yang dapat digunakan


bagi melihat saiz sektor awam di sesebuah negara.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan defisit dan
lebihan bajet? Bagaimanakah trend defisit dan
lebihan bajet di Malaysia?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.3 TEORI PERTUMBUHAN SEKTOR AWAM

Secara umum, saiz sektor awam yang semakin meningkat telah lama
diperhatikan oleh para pengkaji ekonomi sektor awam. Anda dapat
meneliti beberapa pendapat mengenai sebab musabab kepada fenomena ini
yang menjadi begitu ketara sejak kurun ke sembilan belas. Perlu
diingat bahawa pendapat yang akan dinyatakan ini masih diperdebatkan
walaupun ia telah dikemukakan semenjak kurun ke sembilan belas.

61
3.3.1 Hukum Wagner

Seorang ahli ekonomi Jerman iaitu Adolf Wagner telah mengemukakan


pandangan beliau bahawa peranan sektor awam ialah untuk mewujudkan
kesejahteraan kepada masyarakat secara keseluruhan. Beliau tidak bersetuju
dengan sistem ekonomi laissez-faire yang dilihatnya sebagai hanya
mengutamakan kumpulan pemodal semata-mata. Beliau percaya bahawa
walaupun peranan sektor awam tidak perlu melibatkan semua aspek
kehidupan masyarakat, ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan
untuk ditunaikan oleh kerajaan. Di antaranya ialah menyediakan
kemudahan pendidikan yang bersesuaian bagi meningkatkan keupayaan
rakyat dan mengadakan program agihan semula untuk mencapai keadilan.
Beliau juga mengingatkan bahawa keperluan fiskal kerajaan adalah
sebahagian daripada tanggungjawab ahli-ahli masyarakat.

Wagner telah mengutarakan apa yang dikatakan sebagai hukum


peningkatan aktiviti sektor awam. Hukum ini menyatakan bahawa
apabila ekonomi berkembang pesat, maka terdapat tekanan daripada
masyarakat untuk meningkatkan kemajuan sosial. Oleh itu, sektor awam
perlu meningkatkan aktivitinya bagi memenuhi keperluan dan kehendak
semasa masyarakat. Ini bermakna peranan dan saiz sektor awam
cenderung untuk terus meningkat.

3.3.2 Hukum Engel

Seorang ahli akademik Jerman pada kurun kesembilan belas, Ernst


Engel, telah mendapati bahawa terdapat hubungan di antara corak
perbelanjaan dengan pendapatan isi rumah. Menurut beliau, semakin
tinggi pendapatan maka semakin kecil peratusan perbelanjaan bagi
barangan keperluan sara hidup. Dapatlah kita katakan bahawa di peringkat
pendapatan sara hidup, seseorang lebih memerlukan makanan, pakaian dan
tempat tinggal. Apabila tingkat pendapatan sara hidup telah dilepasi, maka
permintaan untuk keperluan seperti kemudahan kesihatan, pendidikan,
jalanraya, pertahanan dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh sektor
awam akan bertambah. Tidak dapat dinafikan bahawa permintaan
barangan swasta juga akan turut meningkat selepas pendapatan sara hidup.

Bagi kebanyakan barangan, peningkatan dalam pendapatan akan


meningkatkan permintaan bagi barang berkenaan. Keanjalan permintaan-
pendapatan mengukur tindak balas permintaan terhadap peningkatan
dalam pendapatan. Ia didefinisikan sebagai peratus perubahan dalam
kuantiti yang diminta dibahagi dengan peratus perubahan dalam
pendapatan. Jika keanjalan permintaan-pendapatan adalah 0.5, maka
kuantiti permintaan akan meningkat sebanyak lima peratus apabila
pendapatan meningkat sebanyak 10 peratus. Kajian oleh Thomas
Borcherding (1977) mendapati bahawa keanjalan pendapatan bagi barangan
awam adalah lebih rendah berbanding dengan barangan swasta. Beliau
mengatakan bahawa keanjalan pendapatan bagi barangan awam adalah
0.75.

62
Seterusnya, keanjalan permintaan-harga mengukur tindak balas sesuatu
barangan terhadap perubahan harga. Ia didefinisikan sebagai peratus
perubahan dalam kuantiti barangan yang diminta dibahagi dengan
peratus perubahan dalam harga. Jika peratus perubahan kuantiti lebih
besar daripada peratus perubahan harga, maka keanjalan harga adalah
melebihi 1.0 dan permintaan dikatakan sebagai anjal harga. Sebaliknya, jika
peratus perubahan kuantiti kurang berbanding harga, ia dikatakan tidak
anjal harga (keanjalan kurang 1.0). Lain-lain perkara tidak berubah, jika
harga sesuatu barangan meningkat, jumlah perbelanjaan bagi barang
berkenaan akan berkurangan jika ia anjal harga. Sebaliknya, bagi barangan
yang tidak anjal harga, jumlah perbelanjaan akan meningkat jika harga
meningkat.

Sekali lagi, kita dapat mengambil penemuan oleh Thomas Borcherding


sebagai asas untuk menunjukkan bahawa keanjalan harga bagi barangan
awam adalah kurang anjal, iaitu sebanyak 0.56. Ketidakanjalan harga bagi
barangan awam akan menyumbang kepada pendapat Engel dan Wagner
bahawa peningkatan perbelanjaan sektor awam akan berterusan.

3.3.3 Model Pertumbuhan Tidak Seimbang Baumol

William Baumol (1967) telah merangka satu model pertumbuhan


ekonomi tidak seimbang yang dapat menjelaskan kepada kita sebab-
sebab perbelanjaan sektor awam cenderung untuk meningkat. Andaian
yang digunakan ialah semua aktiviti ekonomi dapat dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu aktiviti yang dapat menggunakan teknologi bagi
meningkatkan produktiviti dan aktiviti yang tidak dapat menggunakan
teknologi secara progresif.

Baumol dan ramai pengkaji mendapati bahawa produktiviti dalam sektor


awam rendah berbanding dengan sektor swasta. Bagi Baumol, hal ini
berlaku kerana perkhidmatan kerajaan bersifat intensif buruh. Malah,
buruh bukan sahaja merupakan input tetapi juga sebagai produk akhir.
Sebagai contoh, perkhidmatan polis yang disediakan oleh sektor awam
memerlukan manusia untuk menyelesaikan masalah dan penggunaan
teknologi tidak dapat meningkatkan produktiviti dengan ketara.

Apakah implikasi daripada perbezaan produktiviti bagi kedua-dua sektor


ini? Apabila produktiviti meningkat dalam sektor swasta, upah dapat
ditingkatkan tanpa menyebabkan harga barangan meningkat. Bagi
mengekalkan guna tenaga yang berkualiti dalam sektor awam, maka
kerajaan perlu membayar upah yang tidak terlalu jauh berbeza dengan apa
yang didapati dalam sektor swasta walaupun produktiviti dalam sektor
awam tidak meningkat dengan banyak. Ini akan menyebabkan kos barangan
yang dikeluarkan oleh sektor awam meningkat berbanding dengan kos
barangan sektor swasta. Apabila kos pengeluaran sektor awam bertambah
ia akan menyebabkan kenaikan dalam jumlah perbelanjaan sektor awam.
Perbezaan produktiviti dan keanjalan harga yang rendah bagi barangan
awam dapat menjelaskan kenapa Wagner yakin bahawa saiz sektor awam
cenderung untuk meningkat.

63
Bagaimanakah teknologi dapat membantu meningkatkan
produktiviti pegawai pendakwa dan hakim?

Bagaimanakah mengukur output kakitangan awam bagi


menentukan sejauh mana produktiviti telah meningkat?

3.3.4 Hipotesis Peacock-Wiseman

Pada kurun kedua puluh, dua orang pengkaji saiz sektor awam iaitu Alan
Peacock dan Jack Wiseman telah membuat kajian tentang peningkatan
perbelanjaan awam di England. Tempoh kajian mereka adalah di antara
tahun 1890 hingga 1955. Yang menariknya ialah mereka telah mendapati
bahawa peningkatan aktiviti sektor awam bukan berlaku secara linear dan
berterusan. Sebaliknya, ia mengalami keadaan menaik secara bertingkat-
tingkat. Kenaikan akan berlaku bagi tempoh peperangan atau persediaan
menghadapi peperangan dan kemudian mengalami keadaan mendatar
sehingga berlaku pula peperangan atau ancaman peperangan yang lain.
Dengan perkataan lain, kekacauan atau gangguan sosial dan ekonomi juga
merupakan alasan kepada pertumbuhan perbelanjaan sektor awam di
England. Jika anda membuat kajian, anda akan dapat mengesan keadaan
yang serupa berlaku di Amerika Syarikat. Misalnya semasa Kemelesetan
Besar, Perang Dunia Kedua dan Perang Vietnam.

3.3.5 Pertambahan Penduduk dan Kesesakan

Kita dapat mengandaikan bahawa saiz penduduk di sesebuah negara juga


mempengaruhi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan yang
disediakan oleh sektor awam. Pertambahan penduduk akan meningkatkan
permintaan bagi barangan awam.

Seterusnya, apabila jumlah penduduk di sesebuah negara semakin


bertambah, maka tumpuan penduduk akan berlaku. Bandar akan
bertambah padat dan sesak, sementara hubungan sesama penduduk akan
semakin rapat dan berhubungkait. Apabila ini berlaku, maka semakin
banyak konflik perlu diselesaikan, tahap kebersihan dan mutu kesihatan
perlu diawasi, semakin banyak pencemaran perlu dikawal dan pertahanan
perlu ditingkatkan. Dengan perkataan lain, pertambahan penduduk dan
penumpuan penduduk akan menyebabkan peningkatan dalam tindakan
dan aktiviti kerajaan. Hasilnya, kos sektor awam akan turut meningkat.

3.3.6 Teori Pilihan Awam

Seperti yang telah anda lihat dalam bab yang pertama, barangan awam
mempunyai ciri tiada pengasingan. Disebabkan ciri tersebut, penyediaan
barangan ini melalui mekanisme pasaran swasta tidak dapat dilakukan
dengan cekap. Apabila harga tidak dapat ditentukan melalui pasaran swasta,
pembayaran bagi barangan awam mesti dilakukan secara berasingan
daripada penerimaan faedah. Maka, penyediaan barangan tersebut perlu
dilakukan melalui proses keputusan awam.

64
Melalui proses pembuatan keputusan awam, hubungan di antara harga
barangan awam dan faedah yang dinikmati tidak dapat ditunjukkan
secara langsung. Oleh itu, kita dapati keputusan perbelanjaan awam
selalunya bebas daripada keputusan mencukai. Seperti yang anda maklum,
sebahagian besar keputusan awam adalah keputusan politik. Ahli politik
mempunyai kecenderungan untuk menyediakan semakin banyak
perkhidmatan yang diminta oleh pengundi kerana perkara ini meningkatkan
peluang mereka dipilih semula. Walau bagaimanapun, peningkatan
perbelanjaan awam akan kemudiannya membawa kepada peningkatan
dalam cukai yang perlu dibayar.

3.3.7 Agihan Semula Pendapatan

Saiz kerajaan boleh meningkat apabila kumpulan berpendapatan rendah


menggunakan sistem politik untuk mengagih semula pendapatan dalam
negara kepada kumpulan ini. Hal ini berlaku kerana ahli-ahli politik
berusaha mendapatkan undi dengan menarik sokongan pengundi yang
pendapatan mereka berada di bawah tahap median. Ahli-ahli politik
menawarkan faedah agihan semula kepada kumpulan ini walaupun perlu
mengenakan kos kepada kumpulan yang mempunyai pendapatan di atas
tahap median. Selagi pendapatan purata melebihi pendapatan median dan
mekanisme untuk mengadakan program agihan semula tidak menjejaskan
insentif, maka ahli politik boleh meningkatkan skop program agihan semua.

Andaikan terdapat lima orang pengundi dengan pendapatan RM5,000;


RM10,000; RM15,000; RM25,000 dan RM40,000. Pendapatan median ialah
RM15,000 dan pendapatan purata ialah RM19,000. Ahli politik yang
mencadangkan program pindahan pendapatan kepada kumpulan
berpendapatan kurang RM25,000 akan mendapat majoriti undi. Namun
begitu, program agihan semula tidak hanya tertumpu pada kumpulan
berpendapatan rendah. Di kebanyakan negara, program agihan semula juga
memberi manfaat kepada kumpulan berpendapatan sederhana dan tinggi.
Sebagai contoh, subsidi dalam bentuk wang tunai kepada isi keluarga miskin
bersifat khusus kepada golongan ini tetapi subsidi beras dan minyak petrol
menguntungkan semua lapisan masyarakat.

Di antara semua penerangan di atas, yang manakah pada


pandangan anda menerangkan perkembangan saiz sektor
awam di Malaysia?

SOALAN DALAM TEKS 3.2

1. Nyatakan pendapat yang dikemukakan oleh Alan


Peacock dan Jack Wiseman mengenai pertumbuh-
an sektor awam di England. Adakah perkara yang
sama dapat dikesan di Malaysia?
2. Bezakan di antara keanjalan pendapatan dan
keanjalan harga bagi barangan awam.

65
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.4 RUMUSAN

Fenomena peningkatan saiz sektor awam amat ketara semenjak kurun


kesembilan belas. Anda telah melihat trend pertumbuhan sektor awam di
Malaysia, terutama bagi kerajaan Persekutuan semenjak tahun 1970. Di
antara ukuran-ukuran yang biasa digunakan bagi menilai saiz sektor
awam termasuk jumlah dan jenis perbelanjaan awam, jumlah hasil dan hasil
cukai, kedudukan lebihan atau defisit bajet dan jumlah guna tenaga sektor
awam. Daripada ukuran-ukuran tersebut, kita dapati bahawa saiz sektor
awam di Malaysia tidak terlalu besar jika dibandingkan dengan negara-
negara maju di dunia.

Selain daripada menilai data-data masa lalu mengenai saiz sektor awam,
anda juga telah melihat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh para
pengkaji mengenai kecenderungan saiz sektor awam untuk meningkat. Di
antara sebab yang diberikan ialah pertambahan penduduk dan disekonomi,
keanjalan permintaan-pendapatan bagi barangan awam selepas pendapatan
sara diri, ketidak anjalan harga barangan awam, produktiviti rendah
dalam sektor awam dan kecenderungan pembuat keputusan awam untuk
meningkatkan perbelanjaan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Siapa yang telah mengutarakan pendapat bahawa kos perbelanjaan


sektor awam cenderung meningkat disebabkan perbezaan
produktiviti antara sektor swasta dan awam?

A. Adolf Wagner
B. Ernst Engel
C. William Baumol
D. Jack Wiseman

2. Manakah di antara ukuran berikut dapat menerangkan mengenai


saiz sektor awam?

A. Jumlah perbelanjaan sektor awam


B. Jumlah cukai
C. Bilangan guna tenaga
D. Semua yang dinyatakan

3. Berbanding dengan kebanyakan negara maju, saiz sektor awam di


Malaysia adalah besar. Benar/Salah?

66
4. Rajah di bawah menunjukkan tahap-tahap pendapatan negara yang
berbeza. Bincangkan saiz sektor awam pada tahap I dan II dengan
mengemukakan justifikasi kepada perbezaan jumlah perbelanjaan
kerajaan pada kedua-dua tahap tersebut.

Tahap I Tahap II Tahap III


Y

5. Kenapakah Adolf Wagner merasakan bahawa saiz sektor awam


akan berterusan meningkat?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 3.1

1. Tiga ukuran yang dapat digunakan bagi melihat saiz sektor awam di
sesebuah negara ialah

(i) Jumlah perbelanjaan sektor awam berbanding dengan


KDNK.
Ukuran ini dapat menerangkan peratusan sumber-sumber
dalam negara yang digunakan oleh sektor awam bagi
tempoh tertentu. Selain itu, boleh juga dikaji mengenai
perbezaan di antara jumlah perbelanjaan sektor awam
berbanding dengan jumlah perbelanjaan sektor swasta. Ini
kerana, secara mudah terdapat dua sektor dalam sesebuah
negara iaitu sektor awam dan sektor swasta. Sumber yang
tidak digunakan oleh sektor awam dapat digunakan oleh
sektor swasta. Jika sumber yang banyak digunakan oleh
sektor awam, maka sektor swasta akan mendapat sumber
yang sedikit sahaja untuk kegunaannya.

(ii) Jumlah hasil yang diperolehi oleh sektor awam berbanding


dengan KDNK.
Ukuran ini menerangkan kepada kita bahagian pendapatan
negara yang didapati oleh sektor awam berbanding dengan
keseluruhan ekonomi. Kebanyakan negara juga
menggunakan ukuran jumlah hasil cukai berbanding
dengan KDNK kerana cukai merupakan hasil kerajaan

67
yang paling penting bagi sesebuah negara.

(iii) Peratusan guna tenaga sektor awam berbanding dengan


keseluruhan guna tenaga.
Ukuran ini menunjukkan penggunaan tenaga kerja dalam
sesebuah negara. Bagaimanapun, ukuran ini tidak dapat
menerangkan saiz sebenar sektor awam kerana banyak
aktiviti sektor awam yang tidak dilaksanakan secara
langsung oleh kakitangan awam.

2. Defisit dan lebihan bajet mengukur perbezaan di antara jumlah


hasil dan jumlah perbelanjaan kerajaan. Jika jumlah hasil melebihi
jumlah perbelanjaan, dikatakan berlaku lebihan bajet. Sebaliknya,
jika jumlah perbelanjaan melebihi jumlah hasil, maka berlaku pula
defisit bajet.

Jika kita kaji trend bajet Malaysia, kita akan dapati bahawa
sepanjang tempoh 1970 hingga 1992, bajet kerajaan Persekutuan
mengalami defisit. Trend defisit adalah semakin menaik dan
menjadi amat tinggi pada penghujung tahun-tahun 1970-an dan
awal 1980-an. Selepas itu, defisit mula berkurangan dan bajet
mengalami lebihan mulai 1993 hingga 1997. Sejak tahun 1998
hingga 2012, telah berlaku lagi beberapa siri defisit bajet.

SDT 3.2

1. Mengikut kajian oleh Alan Peacock dan Jack Wiseman, trend


pertumbuhan sektor awam di England bercorak menaik secara
bertingkat-tingkat. Kenaikan seperti ini berlaku kerana England
mengalami beberapa kali gangguan sosial dalam bentuk peperangan
atau persediaan menghadapi peperangan. Setiap kali gangguan
sosial tercetus, kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan awam
dan menambah kutipan cukai bagi menampung keperluan tersebut.
Jumlah perbelanjaan dan cukai tidak berkurangan selepas perang
atau ancaman perang. Sebaliknya ia kekal mendatar untuk suatu
tempoh masa kerana membiayai keperluan selepas berlaku
gangguan itu. Hal ini berterusan sehingga berlaku kemungkinan
gangguan sosial yang baru.

Keadaan yang sama mungkin dapat dikesan di Malaysia jika kita


membuat kajian siri masa yang berpanjangan. Satu keadaan
gangguan sosial yang hampir serupa yang dialami ialah semasa
konfrantasi dengan Indonesia pada tahun 1963 dan Peristiwa 13
Mei 1969.

2. Keanjalan pendapatan bagi barangan awam mengukur tindak


balas permintaan terhadap barangan awam apabila berlaku
peningkatan dalam pendapatan. Ia didefinisikan sebagai peratus
perubahan kuantiti barangan awam yang diminta dibahagi dengan
peratus perubahan dalam pendapatan. Sebaliknya keanjalan harga

68
bagi barangan awam mengukur tindak balas permintaan terhadap
barangan awam apabila berlaku perubahan dalam harga. Ia
didefinisikan sebagai peratus perubahan kuantiti barangan awam
yang diminta dibahagi dengan peratus perubahan dalam harga.

69
BAB 4

PENGUNDIAN DAN PILIHAN AWAM

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda diharap dapat:


1. Mengetahui perbezaan teknik pembuatan keputusan dalam sektor
awam dan swasta.
2. Memahami masalah akibat perdagangan undi.
3. Memahami perbezaan matlamat ahli politik dan birokrat dalam
pembuatan keputusan awam.

4.1 PENGENALAN

Di dalam bab-bab sebelum ini, anda telah melihat kenapa kerajaan


menyediakan sesetengah jenis barangan dan juga fenomena perkembangan
saiz sektor awam. Di dalam bab ini, kita akan menilai samada penawaran
barang dan perkhidmatan oleh kerajaan adalah pada jumlah yang cekap dan
ekonomik. Adakah pembuatan keputusan melalui proses politik dapat
membawa kepada satu set penawaran barangan oleh sektor awam yang
dapat memenuhi kehendak-kehendak individu yang pelbagai di dalam
masyarakat?

Pemahaman mengenai proses politik memerlukan kita meramalkan motif


rakyat, ahli politik, birokrat dan kumpulan seminat. Ahli-ahli teori pilihan
awam biasanya mengandaikan bahawa manusia bersifat ego, rasional dan
berusaha memaksimumkan utiliti. Rakyat dikatakan gemarkan projek-projek
yang memberi faedah peribadi kepada mereka dan membantah jika ia
merugikan mereka. Walaupun mempunyai kesedaran sosial, mereka tidak
akan menyokong sesuatu semata-mata kerana ia baik dari segi sosial. Ahli-
ahli politik juga mempunyai kepentingan diri. Mereka biasanya mengambil
tindakan yang akan membantu mereka menang di dalam pilihanraya. Para
birokrat pula digambarkan sebagai pemaksimum bajet. Semakin besar saiz
bajet program yang dikendalikan, semakin besar pengaruh dan kuasa
mereka. Kita tidak dapat gambarkan mereka akan berusaha mengecilkan
atau menghapuskan sesebuah agensi yang mereka ditadbirkan. Kumpulan-
kumpulan seminat pula berusaha mempengaruhi ahli-ahli politik dan
legislatif bagi memberi faedah kepada kumpulan yang mereka wakili.

4.2 SISTEM PENGUNDIAN DAN TEORI PILIHAN AWAM

Ahli-ahli teori pilihan awam menekankan kepentingan kos maklumat


sebagai satu faktor untuk memahami gelagat para pengundi di kalangan
rakyat, ahli-ahli politik, para birokrat dan kumpulan-kumpulan seminat.
Para pengundi di kalangan rakyat tidak boleh mendapatkan maklumat
mengenai semua hal yang berkaitan dengan hal-ehwal awam kerana ia terlalu
70
mahal. Maka, satu kelebihan demokrasi berperwakilan berbanding
demokrasi langsung ialah para pengundi di kalangan rakyat dapat
mengurangkan bilangan isu yang perlu mereka ketahui dengan mendalam.

Hubungan di antara para pengundi dan ahli-ahli politik adalah kompleks.


Bagaimanapun, kos maklumat yang tinggi mungkin menerangkan kenapa
rakyat sanggup membenarkan banyak hal diputuskan oleh wakil-wakil yang
dipilih. Kos maklumat juga mempengaruhi hubungan di antara pihak
eksekutif dan legislatif yang dipilih dengan para birokrat. Walaupun pihak
eksekutif dan legislatif meluluskan peruntukan kewangan, mereka tidak
mungkin mengetahui secara terperinci semua aspek bagi semua program
yang dilaksanakan oleh sektor awam. Agensi-agensi kerajaan yang
bertanggungjawab akan melaksanakan projek-projek yang diluluskan dan
para birokrat akan menjadi pakar dalam hal tersebut. Keadaan ini
mendapatkan pengaruh dan prestij kepada para birokrat.

Kumpulan-kumpulan seminat pula mempunyai peranannya yang tersendiri.


Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti kesatuan pekerja
menjalankan aktiviti melobi untuk mempengaruhi keputusan-keputusan
kerajaan. Aktiviti melobi dapat menyediakan maklumat penting pada kos
yang rendah kepada ahli-ahli politik, birokrat dan rakyat yang bukan
merupakan ahli kumpulan-kumpulan seminat tersebut. Bagaimanapun,
tindakan melobi kadang-kadang dianggap negatif apabila sumbangan
kewangan dan bukannya maklumat digunakan untuk mempengaruhi para
pembuat keputusan.

Teori pilihan awam mendapati terdapat potensi berlakunya konflik


kepentingan di dalam sesebuah persekitaran politik. Seseorang atau sesuatu
kumpulan mungkin menyokong sesuatu program yang memberi faedah
bersih kepada mereka tetapi akan mendatangkan kos yang mengatasi faedah
kepada masyarakat secara keseluruhannya. Maka, program sedemikian tidak
wajar dilaksanakan. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya masyarakat tidak
suka membayar cukai tetapi mahu terus menikmati faedah yang timbul
daripada program-program yang disediakan oleh kerajaan? Ahli-ahli politik
pula mungkin memberikan penekanan kepada program-program yang
menumpukan faedah kepada kumpulan-kumpulan tertentu tetapi dibiayai
melalui cukai-cukai yang dikenakan secara menyeluruh ke atas masyarakat.
Para birokrat pula mungkin cenderung merangka program-program yang
memberi faedah nyata dalam jangka pendek berbanding program-program
yang memberi faedah secara tidak langsung dalam jangka panjang.

4.2.1 Pembuatan Keputusan bagi Barangan Swasta

Di dalam pasaran barangan swasta, pihak-pihak yang terlibat membuat


keputusan ialah pembeli dan penjual. Walaupun kadang-kadang ada pihak
lain terlibat secara tidak langsung disebabkan transaksi yang dilakukan, kita
abaikan kesan kepada pihak ketiga dalam perbincangan di sini. Apa yang
penting dalam transaksi barangan swasta tulin ialah pendapat atau kehendak
penjual atau pembeli. Kita menyatakan kehendak mengenai sesuatu
barangan swasta dengan menawarkan bayaran bagi mendapatkan barangan
tersebut. Semakin kuat keinginan untuk sesuatu barangan, semakin tinggi
harga yang kita sanggup bayar untuknya.
71
Di dalam pasaran bebas, urusan jual beli dapat dilaksanakan apabila kedua-
dua pihak bersetuju mengenainya. Peraturan yang dipakai ialah persetujuan
sebulat suara (unanimous consent) tanpa sebarang paksaan. Proses pasaran
dapat memenuhi pelbagai citarasa orang ramai untuk pelbagai jenis
barangan swasta. Sesiapa yang inginkan kuantiti yang banyak boleh membeli
banyak, dan sesiapa yang hanya inginkan sedikit sahaja boleh membeli
sedikit jumlah sesuatu barangan. Semua transaksi itu dikatakan memenuhi
kriteria Pareto kerana tindakan yang dilakukan dapat memperbaiki
kedudukan sesetengah individu tanpa menyebabkan kerugian kepada mana-
mana pihak.

4.2.2 Pembuatan Keputusan di dalam Sektor Awam

Di dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, rakyat mempunyai


hak untuk mengundi. Ini tidak bermakna semua orang layak untuk
mengundi. Hanya sebahagian rakyat diberi hak mengundi apabila mereka
memenuhi beberapa syarat seperti mendaftar, tinggal di kawasan tertentu
dan mencapai had umur layak mengundi. Apa yang hendak ditekankan di
sini ialah agihan undi bagi isu-isu sektor awam berbeza dengan transaksi
sektor swasta. Bagi transaksi sektor swasta, undian dan pernyataan
kehendak dilakukan melalui wang, sesiapa yang mempunyai lebih wang
mempunyai lebih undi. Sebaliknya, di dalam sektor awam, undi diagihkan
secara sama dalam kalangan sekumpulan rakyat yang mempunyai hak
mengundi.

Di dalam sektor awam, keputusan selalunya berasaskan undian majoriti.


Adakalanya majoriti dua pertiga, tiga perempat atau majoriti penuh
diperlukan untuk mencapai sesuatu keputusan. Bagaimanapun, secara
umumnya majoriti mudah adalah mencukupi untuk mencapai sesuatu
keputusan. Ia bermaksud sesuatu pilihan akan menang jika mendapat 50%
campur satu undi. Di dalam pasaran swasta, wang merupakan cara yang
cekap untuk menyatakan kekuatan kehendak untuk mendapatkan sesuatu
barangan. Di dalam sektor awam, perdagangan undi (vote trading) tidak
digalakkan tetapi aktiviti melobi oleh kumpulan seminat, logrolling dan
pernyataan dasar parti politik adalah tatacara yang digunakan untuk
menyatakan kekuatan kehendak bagi sesuatu perkara.

Dapatkah anda bezakan di antara pembuatan keputusan di


dalam sektor awam dan swasta?

4.3 PENGUNDIAN SEBULAT SUARA

Keistimewaan pasaran bebas ialah ia mampu memenuhi kehendak manusia


yang pelbagai bagi barangan swasta. Bagaimana halnya dengan barangan
awam? Semua orang menggunakan jumlah yang sama walaupun bukan
semua orang memberikan nilai faedah yang sama mengenai sesuatu
barangan awam. Mungkin tiada ada orang yang menganggap sesuatu
barangan awam memberi faedah negatif kepada mereka.

72
Andaikan terdapat tiga individu iaitu A, B dan C yang sedang
mempertimbangkan mengenai penyediaan satu barangan awam yang
memerlukan kos RM3,000. Faedah kepada mereka adalah seperti berikut: A
menilai faedahnya sebagai 0; B dan C pada RM2000 setiap seorang. Apa
yang akan diputuskan oleh mereka?

Pertama, individu tidak dapat membuat keputusan yang tepat sekiranya


mereka tidak mengetahui kos yang akan mereka tanggung untuk
mendapatkan barangan awam itu. Hanya mereka yang terlalu kolot akan
menganggap penyediaan barangan awam adalah percuma dan bertindak
menyokong semua cadangan penyediaan barangan awam. Andaikan ketiga-
tiga individu itu dikehendaki berkongsi kos secara sama rata, di mana setiap
seorang perlu membayar RM1,000. Mereka kini dapat membuat keputusan
samada mendapat faedah atau sebaliknya jika barangan itu disediakan.
Secara logiknya, individu B dan C akan menyokong tetapi A menentang
penyediaan barangan itu. Jika keputusan dibuat berdasarkan undian majoriti,
barangan itu akan disediakan. Ini bermakna peraturan undian majoriti tidak
semestinya selaras dengan kecekapan Pareto kerana hanya B dan C
mendapat faedah sedangkan A mengalami kerugian.

Seorang ahli ekonomi, Knut Wicksell (1896) mengatakan bahawa kecekapan


dapat dicapai sekiranya keputusan dibuat berdasarkan undian sebulat suara
(unanimous). Mungkin terdapat satu skim agihan cukai yang boleh membawa
kepada keputusan sebulat suara bagi kes di atas. Jika A tidak perlu
membayar apa-apa tetapi B dan C masing-masing membayar RM1,500,
tidak ada sebab ketiga-tiga mereka tidak akan menyokong usul mengadakan
barangan tersebut. Kedua-dua B dan C akan mendapat faedah bersih
daripada barangan itu sedangkan A tidak peduli jika barangan itu disediakan
kerana dia tidak perlu menanggung kos. Ada juga agihan cukai lain yang
membawa kepada keputusan sebulat suara. Andaikan A tidak perlu
membayar apa-apa, B dikehendaki membayar RM 1,100 dan C sebanyak
RM1,900. Sekali lagi, tidak ada pihak yang akan mengalami kerugian jika
memilih supaya barangan itu disediakan.

Masalah dengan undian sebulat suara ialah ianya terlalu sukar untuk
dilaksanakan secara praktikal. Memilih sistem cukai yang dapat diterima
oleh semua orang akan membazirkan masa dan membingungkan
masyarakat umum. Undian sebulat suara hanya sesuai jika bilangan yang
terlibat untuk membuat keputusan adalah sedikit. Semakin bertambah
bilangan yang terlibat, semakin kurang sesuai jika teknik undian ini
digunakan.

4.4 UNDIAN MAJORITI

Peraturan mengundi yang selalu digunakan untuk membuat keputusan di


dalam sektor awam ialah undian majoriti. Ia merupakan alat pentadbiran
yang mudah digunakan. Bagaimanapun, adakah ianya cekap dan berkesan
untuk menterjemahkan kehendak masyarakat kepada realiti politik? Untuk
mentafsirkan ciri-ciri kecekapan terhadap hasil sesuatu sistem undian
majoriti bukanlah mudah. Kita ambil pembinaan sebuah rumah api sebagai
contoh. A memilih sebuah rumah api yang besar saiznya (kos : RM100,000);
B memilih rumah api yang sederhana besarnya (kos: RM50,000) dan C lebih
73
suka jika tiada rumah api yang dibina. Susunan pilihan pertama, kedua dan
ketiga dalam kalangan individu itu dapat dilihat melalui Jadual 4.1.

Jadual 4.1
Susunan Pilihan Bagi Membina Sebuah Rumah Api

Pengundi
Susunan Pilihan A B C
Pertama RM100,000 RM50,000 RM0
Kedua RM50,000 RM100,000 RM50,000
Ketiga RM0 RM0 RM100,000

Kita dapati peraturan majoriti tidak semestinya membawa kepada satu


kesimpulan yang mudah dicapai mengenai pilihan saiz rumah api yang
hendak dibina. Jika setiap orang dikehendaki mengundi sekali, saiz rumah
api berbeza akan menerima satu undi setiap satu. Tidak ada keputusan
majoriti dicapai. Bagaimana kita hendak menggunakan teknik undian
majoriti kepada masalah ini? Jawapannya ialah mengurangkan pilihan
individu kepada sepasang pilihan sahaja. Prosedur pengundian seperti ini
dikatakan memenuhi kriteria Condorcet.

Ketiga-tiga individu tadi diminta memilih di antara rumah api yang kosnya
RM50,000 atau tiada rumah api dibina. Daripada jadual di atas, kita dapati
bahawa rumah api yang bernilai RM50,000 akan mendapat majoriti kerana
dipilih oleh A dan B berbanding tiada rumah api. Anda mungkin
mengatakan pengundian ini tidak adil kerana pilihan bagi membina rumah
api yang besar tidak dipertimbangkan. Cuba anda lihat pilihan di antara
rumah api besar dan yang sederhana saiznya. Kita dapati rumah api
sederhana masih mendapat majoriti kerana kedua-dua B dan C lebih
gemarkan rumah api sederhana berbanding yang besar saiznya. Hanya A
yang menyukai rumah api yang besar.

Dapat disimpulkan bahawa undian majoriti bukan sahaja memutuskan


pilihan mengenai saiz rumah api tersebut tetapi juga dapat mencapai hasil
yang dianggap sebagai satu bentuk kompromi. Pilihan yang bersifat ekstrim,
saiz besar atau tiada langsung, tidak akan dipilih di dalam sistem undian
majoriti. Keputusan undian memihak kepada pilihan B yang mempunyai
citarasa sederhana. Dalam perkataan lain, keputusan yang bersifat Pareto
optimum mungkin tidak dicapai kerana bukan semua kedudukan individu
diperbaiki apabila rumah api sederhana itu dibina.

Hasil undian majoriti biasanya mencerminkan kehendak pihak yang


mempunyai citarasa sederhana atau median. Bagaimanapun, hal ini hanya
berlaku jika kehendak setiap individu dapat dianggap sebagai mengikut
urutan atau berpuncak-satu (single-peaked). Susunan pilihan setiap individu di
dalam Jadual 4.1 dikatakan sebagai berpuncak-satu atau tersusun secara
teratur. A lebih gemarkan saiz rumah api besar berbanding saiz sederhana
atau tiada langsung rumah api dibina. Bagi C pula, dia lebih suka jika tiada
rumah api dibina. Pilihan keduanya ialah rumah api sederhana dan akhirnya
baru yang bersaiz besar. Susunan pilihan B juga boleh dikatakan sebagai
74
teratur. Dia memilih rumah api yang sederhana. Pilihan keduanya samada
saiz lebih besar atau lebih kecil. Gambaran keutamaan mereka itu
ditunjukkan melalui Rajah 4.1. Paksi menegak mewakili skala kedudukan
pilihan dan paksi mendatar mengukur saiz rumah api. Kita dapati bahawa
pilihan puncak satu oleh pengundi median akan mendapat undian majoriti.

Rajah 4.1
Susunan Pilihan Berpuncak-Satu

1 A

Susunan
2 B
Pilihan

3 C

RM0 RM50,000 RM100,000


Saiz rumah api

Jika susunan keutamaan adalah teratur, hasil undian majoriti ialah pilihan
median. Bagaimana pula jika terdapat susunan keutamaan yang tidak
teratur? Apa akan berlaku jika pilihan pertama A ialah saiz rumah api yang
besar tetapi pilihan keduanya tiada rumah api dibina dan pilihan ketiga
barulah saiz rumah api yang sederhana? Susunan pilihan seperti ini
menghasilkan pelbagai-puncak (multipeaked) seperti yang digambarkan
melalui Jadual 4.2. Dalam keadaan ini, jika saiz rumah api yang besar
dipadankan dengan saiz sederhana, pilihan saiz sederhana akan menang
kerana B dan C akan mengundi saiz tersebut. Sebaliknya, jika saiz rumah
api yang sederhana dipadankan dengan tiada rumah api, maka C dan A
memilih supaya tiada rumah api dibina. Bagi lebih mengelirukan, kita dapati
bahawa jika saiz rumah api yang besar dipadankan dengan tiada rumah api,
maka saiz rumah api yang besar akan terpilih! Ia berlaku kerana dipilih oleh
A dan B. Keadaan seperti ini dipanggil sebagai masalah majoriti pusingan
(cyclical majority problem) atau paradoks pengundian.

Jadual 4.2
Susunan Pilihan Pelbagai -Puncak

Pengundi
Susunan Pilihan A B C
Pertama RM100,000 RM50,000 RM0
Kedua RM50,000 RM100,000 RM50,000
Ketiga RM0 RM0 RM100,000

Masalah ini bukanlah sesuatu yang remeh kerana keputusan undian majoriti
menjadi tidak dapat dijangkakan kerana berubah mengikut padanan atau
aturan atau susunan pilihan (order) dan bukan berasaskan kehendak
pengundi. Hasil undian mungkin tidak memihak kepada pengundi median.
75
Cuba anda bayang jika pilihan yang diberikan bukan berciri seragam dan
bersifat lebih atau kurang (jumlah peruntukan) tetapi berbeza sama sekali
sifatnya. Misalnya memilih antara membina sebuah perpustakaan, klinik
1Malaysia atau tadika. Kemungkinan berlaku pilihan pelbagai-puncak adalah
tinggi.

SOALAN DALAM TEKS 4.1

1. Berikut merupakan susunan pilihan oleh tiga orang


pengundi (Anis, Farhana dan Jalil) bagi memilih
agihan peruntukan bagi pembelian senjata api
untuk tahun 2012: A (rendah), B (sederhana) dan C
(tinggi).

Pengundi
Pilihan Anis Farhana Jalil
1 A C B
2 B A C
3 C B A
a) L
akarkan susunan pilihan pengundi-pengundi
tersebut.
b) A
dakah mana-mana projek akan terpilih melalui
peraturan undi majoriti? Jika ya, yang mana
satu? Jika tidak, terangkan kenapa.

2. Andaikan terdapat lima orang pengundi yang


menyenaraikan susunan pilihan mereka terhadap
projek-projek A, B, C dan D seperti berikut:

Aba Abe Abi Abo Abu


A A D C B
D C B B C
C B C D D
B D A A A

a) Lakarkan susunan pilihan pengundi-pengundi


tersebut.
b) A
dakah mana-mana projek akan terpilih melalui
peraturan undi majoriti? Jika ya, yang mana
satu? Jika tidak, terangkan kenapa.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

76
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, pengundi median ialah pengundi
yang mempunyai pilihan sederhana. Pilihannya berada di tengah-tengah di
antara susunan pilihan semua pengundi. Mengikut teorem pengundi
median, selagi semua pilihan bersifat puncak-satu, keputusan pengundian
majoriti akan membawa kepada keputusan yang dipilih oleh pengundi
median. Untuk menerangkan teorem ini, andaikan terdapat lima orang
pengundi yang ingin membuat keputusan mengenai bayaran bagi jamuan
yang akan diadakan. Mereka mempunyai pilihan berpuncak-satu. Pilihan
keutamaan mereka ditunjukkan melalui Jadual 4.3.

Jadual 4.3
Susunan Pilihan Pelbagai -Puncak
Pengundi Perbelanjaan
Amin RM10
Nurul RM50
Syifa RM100
Zikri RM150
Sakina RM200

Oleh sebab pilihan semua pengundi berpuncak-satu, semakin dekat tingkat


perbelanjaan kepada puncak pilihan seseorang pengundi, semakin tinggi
penerimaan sesuatu pilihan oleh pengundi. Pergerakan perbelanjaan
daripada RM0 kepada RM10 diterima oleh semua pengundi berbanding
tiada perbelanjaan. Pergerakan pilihan daripada RM10 kepada RM50 akan
dipersetujui oleh Nurul, Syifa, Zikri dan Sakina. Seterusnya, pergerakan
pilihan daripada RM50 kepada RM100 akan diterima oleh Syifa, Zikri dan
Sakina. Bagaimanapun, sebarang pilihan melebihi RM100 akan ditolak oleh
Amin, Nurul dan Syifa. Ini bermakna, undi majoriti ialah perbelanjaan
RM100. Pilihan ini merupakan pilihan Syifa yang merupakan pengundi
median.

Hasilnya, apabila semua pilihan pengundi berpuncak-satu, undian majoriti


akan membawa kepada keputusan yang stabil dan memihak kepada
pengundi median. Bagaimanapun, apabila pilihan pengundi bersifat
pelbagai-puncak, paradoks pengundian mungkin timbul. Disebabkan pilihan
pelbagai-puncak selalu berlaku dalam keadaan sebenar, pengundian majoriti
tidak semestinya dapat membawa kepada keputusan pilihan awam yang
konsisten.

Bagi menghadapi masalah ini, Kenneth Arrow (1951) telah mengemukakan


beberapa syarat yang mesti ada bagi mewujudkan pembuatan keputusan
yang rasional secara kolektif untuk mewujudkan proses pilihan sosial yang
munasabah dan keseimbangan politik. Melalui Teorem Ketidakmungkinan
Arrow, beliau mengemukakan syarat-syarat berikut:

1. Semua pengundi mempunyai kebebasan memilih di dalam pilihanraya


dan pilihan awam tidak boleh dilakukan oleh mana-mana individu yang
bertindak sebagai diktator.

2. Satu keseimbangan politik yang unik perlu dikekalkan walau apapun


kehendak individu-individu di kalangan pemilih tersebut. Kita tidak
77
boleh menafikan kemungkinan ada pengundi yang mempunyai pilihan
berbentuk pelbagai-puncak.
3. Jika semua pengundi mengubah susunan pilihan mereka mengenai
sesuatu alternatif (samada ke atas atau ke bawah), maka pilihan awam
yang timbul tidak boleh bergerak ke arah yang bertentangan. Misalnya,
jika kini semua pengundi lebih gemarkan pengecilan dalam fungsi
pertahanan, maka kita tidak akan jangkakan pilihan awam yang dipilih
ialah pertambahan fungsi pertahanan.

4. Pilihan awam dan keseimbangan politik tidak boleh dipengaruhi oleh


aturan pilihan yang dipersembahkan kepada para pengundi.

5. Pilihan awam tidak boleh dipengaruhi oleh penghapusan atau


penambahan alternatif untuk diundi. Jika pengundi memilih A
berbanding dengan B di dalam sesuatu pengundian bagi memilih A atau
B, maka mereka tidak boleh memilih B berbanding dengan A apabila
alternatif C dimasukkan.

6. Pilihan awam hendaklah bersifat konsisten: jika A dipilih berbanding


dengan B dan B dipilih berbanding C maka A mesti dipilih berbanding
C.

Syarat-syarat yang dikemukakan membayangkan bahawa sepatutnya


paradoks pengundian yang dapat merosakkan hasil undian tidak berlaku. Ia
juga mengandaikan bahawa sebarang pilihan yang dapat merosakkan hasil
undian tidak berlaku. Ia juga mengandaikan bahawa sebarang pilihan boleh
muncul sebagai satu keseimbangan politik. Strategi-strategi seperti
mengawal agenda untuk perdebatan politik atau memanipulasikan aturan isu
yang hendak dibincangkan dapat mempengaruhi keputusan politik.

4.5 LOGROLLING

Di dalam persekitaran politik yang kompleks terdapat banyak isu untuk


ditentukan dan kita tidak boleh mengharapkan agar semua orang
mempunyai pendapat berasaskan maklumat yang tepat bagi semua isu.
Selain daripada kos yang mahal untuk mendapatkan maklumat, bukan
semua isu penting kepada semua orang. Oleh yang demikian, satu cara
penyelesaian ialah memilih orang lain melakukan undian bagi pihak kita.
Ahli-ahli politik dan parti politik merupakan satu bentuk kemudahan kerana
mereka bertindak mengundi bagi pihak lain dalam banyak perkara. Oleh
kerana ahli politik atau parti politik membuat keputusan mengenai beberapa
isu serentak, mereka membenarkan kita menyatakan perbezaan kekuatan
pandangan kita mengenai beberapa isu. Saya mungkin sangat bersetuju
supaya lebih banyak hospital dibina, tetapi tidak begitu menyokong projek
perparitan, pengindahan bandar-bandar dan sebagainya. Bagaimanapun,
saya mungkin akan mengundi untuk memilih calon atau parti yang berjanji
akan membina hospital walaupun calon atau parti itu bertentangan
pendapat dengan saya mengenai perkara-perkara lain.

Perdagangan undi (vote trading) merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima
berdasarkan prinsip-prinsip demokrasi. Bagaimanapun, amalan pertukaran
undi seperti ini banyak berlaku di kalangan ahli legislatif di Amerika
78
Syarikat. Ia dipanggil sebagai logrolling. Dalam bahasa mudah, ia bermaksud
saya mengundi untuk projek anda jika anda mengundi untuk projek saya.
Andaikan terdapat dua isu yang hendak diundi. Kedua-duanya tidak
mungkin dipilih kerana hanya memberi faedah kepada kumpulan kecil
daripada pengundi tersebut. Salah satu isu memberikan faedah yang besar
kepada para pengilang, dan satu lagi membawa faedah yang besar kepada
pekebun-pekebun kecil. Andaikan para pengilang mendapat faedah yang
besar jika isu mereka diluluskan, dan faedah tersebut melebihi kerugian yang
akan mereka tanggung jika mereka mengundi untuk meluluskan isu yang
dipentingkan oleh pekebun kecil. Para pengilang mempunyai insentif untuk
menawarkan undi mereka bagi membantu meluluskan isu yang dipenting-
kan pekebun kecil dengan pertukaran sokongan undi daripada pekebun
kecil bagi isu yang berkepentingan kepada pengilang. Pekebun kecil akan
bersetuju dengan usaha tersebut selagi mereka mendapat faedah bersih
daripadanya.

Logrolling tidak nyata berlaku apabila parti politik berjaya memasangkan


beberapa pilihan yang amat dititik beratkan oleh beberapa kumpulan yang
berbeza di dalam satu undian atau rang undang-undang. Misalnya, dua isu
yang tidak berkaitan, mengadakan kuota import dan membeli pesawat
pejuang, dipasangkan bersama di dalam sesuatu pengundian. Dengan cara
ini, ahli-ahli legislatif akan mengundi kedua-dua isu itu serentak walaupun
mereka hanya mendapat faedah bagi salah satu daripada isu tersebut. Jika
kedua-dua isu itu diundi secara berasingan, kedua-duanya mungkin tidak
diluluskan kerana hanya memanfaatkan sekumpulan kecil sahaja.

Banyak pihak mengatakan bahawa logrolling boleh dianggap positif kerana ia


membolehkan rakyat menyatakan kekuatan kehendak mereka bagi
mendapatkan sesuatu keputusan dengan cara bertukar-bertukar undi.
Tanpa logrolling, peraturan undi majoriti mudah selalunya membawa
keputusan yang tidak memihak kepada kumpulan-kumpulan minoriti. Jika
kumpulan-kumpulan minoriti tidak ada cara memastikan kehendak mereka
tercapai, maka akan berlaku ketidakpuasan hati dan ketidakstabilan sosial.

Keadaan ini boleh dibuktikan melalui contoh berikut. Andaikan sebuah


komuniti ingin mengundi bagi memilih satu daripada projek yang
dicadangkan: hospital, sekolah dan perparitan. Terdapat tiga orang pengundi
iaitu Zakuan, Ariff dan Hanna dan faedah kepada setiap mereka
ditunjukkan melalui Jadual 4.4. Tanda negatif menunjukkan kerugian bersih
atau kos melebihi faedah. Kita dapati bahawa setiap projek tersebut
mendapat faedah bersih yang positif. Ini bermaksud komuniti tersebut
mendapat keuntungan jika semua projek berkenaan dilaksanakan. Apa
terjadi jika semua projek berkenaan diundi satu per satu? Zakuan akan
menyokong pembinaan hospital kerana faedah yang beliau dapati adalah
positif, sebaliknya kedua-dua Ariff dan Hanna akan menentang projek
berkenaan. Keadaan yang sama akan berlaku bagi pengundian untuk projek
sekolah dan perparitan. Akibatnya, semua projek tidak berjaya menang
dalam pengundian.

Perdagangan undi dapat mengatasi masalah tersebut. Andaikan Zakuan


bersetuju mengundi untuk pembinaan sekolah jika Ariff sanggup mengundi
menyokong pembinaan hospital. Zakuan masih mendapat faedah sebanyak
160 (= 200 – 40) melalui persetujuan tersebut. Ariff juga mendapat
79
keuntungan sebanyak 100 (= 150 – 50). Melalui pakatan antara keduanya,
maka projek hospital dan sekolah akan mendapat sokongan. Pada masa
yang sama, Zakuan juga boleh berpakat dengan Hanna di mana Zakuan
menyokong projek perparitan apabila Hanna sanggup mengundi untuk
projek hospital. Melalui logrolling seperti ini ketiga-tiga projek akan diterima.

Jadual 4.4
Logrolling dan Peningkatan Kebajikan

Pengundi Faedah
Bersih
Projek Zakuan Ariff Hanna
Hospital 200 -50 -55 95
Sekolah -40 150 -30 80
Perparitan -120 -60 400 220

Walaupun logrolling dapat menyalurkan kekuatan kehendak, ia juga dapat


digunakan oleh ahli-ahli politik untuk mendapat persetujuan bagi program-
program yang mendatangkan faedah kepada kumpulan-kumpulan tertentu
sahaja dan bukannya faedah bersih secara menyeluruh kepada masyarakat.
Logrolling dipercayai dapat menghasilkan saiz sektor awam yang lebih besar
daripada sepatutnya. Keadaan ini boleh dibuktikan apabila projek-projek
yang tidak cekap berjaya dipilih akibat daripada logrolling. Jadual 4.5
menunjukkan bahawa semua projek tidak sepatutnya dipilih kerana tidak
menguntungkan komuniti. Andaikan Zakuan menawarkan sokongan bagi
projek sekolah dengan pertukaran sokongan Ariff bagi projek hospital.
Pakatan ini boleh berlaku kerana kedua-dua mereka akan beroleh
keuntungan; Zakuan sebanyak 160 (= 200 – 40) dan Ariff sebanyak 40 (=
150 – 110). Hasilnya, kedua-dua projek hospital dan sekolah akan berjaya
diundi. Ariff juga boleh berpakat bertukar undi dengan Hanna bagi
memilih projek sekolah dan perparitan.

Jadual 4.5
Logrolling dan Kerugian Kebajikan

Pengundi Faedah
Bersih
Projek Zakuan Ariff Hanna
Hospital 200 -110 -105 -15
Sekolah -40 150 -120 -10
Perparitan -270 -140 400 -10

4.6 PEMILIHAN AHLI-AHLI POLITIK

Kita telah bincangkan sebelum ini bahawa pengundian langsung


(referendum) mengenai isu-isu fiskal adalah tidak cekap dan jarang
dilakukan. Kebiasaannya rakyat memilih wakil yang akan membuat
keputusan bagi pihak mereka. Kita boleh menggunakan teorem pengundi
median untuk menjelaskan bagaimana calon-calon wakil rakyat ini
menetapkan pendirian mereka bagi mendapatkan sokongan rakyat.
80
Dalam satu pilihan raya terdapat dua orang calon, Amin dan Zikri.
Andaikan para pengundi mempunyai kehendak berpuncak-satu dalam
pandangan politik mereka. Pengundi akan mengundi bagi memaksimumkan
kebajikan mereka dan calon-calon berusaha memaksimumkan undi yang
boleh didapati. Secara logiknya, ahli politik yang ingin memaksimumkan
undi akan mengambil pendekatan mempromosikan program-program yang
disokong oleh pengundi median. Untuk mengetahui kenapa hal ini berlaku,
kita perlu mengandaikan para pengundi menyenaraikan keutamaan pilihan
program mereka mengikut asas sama ada mereka bersikap terbuka/toleran
(liberal) ataupun konservatif. Rajah 4.2 menunjukkan agihan pengundi
berdasarkan pendirian politik mereka.

Rajah 4.2
Teorem Pengundi Median dalam Pilihanraya

Bilangan
undi

median

Liberal A Z Konservatif

Andaikan Amin memilih pendirian A, iaitu pendirian sederhana atau


median, dan Zikri pula memilih pendirian Z yang lebih konservatif. Oleh
sebab para pengundi mempunyai kehendak berpuncak-satu dan ingin
memaksimumkan kebajikan, mereka akan memilih calon yang mempunyai
pendirian paling hampir dengan mereka. Zikri akan memenangi semua undi
di sebelah kanan Z dan sebahagian di antara Z dan A. Oleh sebab A adalah
median, separuh daripada jumlah undi berada di kiri A. Amin akan
menerima semua undi tersebut dan juga sebahagian undi antara A dan Z
menyebabkan beliau mendapat majoriti dan menang dalam pilihan raya
tersebut. Kita boleh membuat kesimpulan bahawa calon yang ingin menang
dalam pilihan raya seharusnya memilih pendirian sehampir mungkin dengan
pengundi median.

Walaupun kita dapat membuat kesimpulan bahawa dalam sistem dua parti,
kedua-dua parti akan berusaha memilih pendirian sederhana bagi
memenangi pilihan raya, beberapa perkara juga perlu dipertimbangkan.
Antaranya:

1. Susunan Aturan Berpuncak-satu. Teorem pengundi median akan


gagal dipenuhi sekiranya semua pendirian politik tidak dapat disusun
dalam satu spektrum seperti Rajah 4.2. Hal ini kerana identiti pengundi
median bergantung pada isu-isu berbeza yang dipertimbangkan.
Pengundi median dalam isu kebebasan bersuara mungkin berbeza
dengan pengundi median dalam isu agihan semula kekayaan.
Bayangkan sekiranya terdapat banyak isu yang menjadi pertikaian dalam
sesuatu pilihan raya. Tindakan bagi memenangi pilihan raya menjadi
81
lebih kompleks dan keputusan sukar diramalkan.

2. Ideologi. Penerangan mengenai tindakan calon sebagai


pemaksimum undi mungkin tidak sesuai jika ahli-ahli politik sebenarnya
lebih mengutamakan ideologi yang dipegang berbanding memenangi
pilihan raya.

3. Personaliti dan kepimpinan. Andaian bahawa keputusan pengundi


hanya bergantung pada isu juga adakalanya tidak realistik. Personaliti
dan corak kepimpinan calon juga penting. Kita dapat lihat beberapa
contoh di mana ahli politik seperti Reagan dan Suharto yang
mempunyai ciri-ciri kebapaan telah diterima oleh pengundi.

4. Keputusan mengundi. Analisis mengenai pengundi median


mengandaikan semua pengundi yang layak akan keluar mengundi.
Dalam realiti kita dapati hal ini tidak berlaku. Disebabkan pendirian
kedua-dua calon hampir sama, sebilangan pengundi mungkin
merasakan tidak perlu lagi mengundi kerana keputusan undian tidak
akan menghasilkan sesuatu yang berbeza. Pengundi juga mungkin
merasakan satu undi beliau tidak akan memberi kesan kepada
keputusan pilihan raya dan bertindak tidak keluar mengundi. Jika ramai
pengundi berpendirian begini maka sistem demokrasi akan menemui
kegagalan. Maka semua rakyat perlu disedarkan tentang kepentingan
setiap undi mereka dalam menentukan kebajikan mereka dan masa
depan negara.

Dapatkah anda beri contoh ahli-ahli politik di Malaysia


yang memenangi pilihan raya atas ciri-ciri
keperibadiannya?

4.7 BIROKRASI DAN PENAWARAN KERAJAAN

Kewujudan kerajaan membawa implikasi pembangunan satu institusi yang


dipanggil sebagai birokrasi yang bertanggungjawab melaksanakan pilihan-
pilihan atau keputusan-keputusan awam yang dibuat melalui institusi-
institusi politik. Birokrasi juga mempengaruhi kecekapan penyediaan dan
pengeluaran barang dan perkhidmatan yang diluluskan. Selain mem-
pengaruhi kos pengeluaran barangan awam, gelagat birokrat merupakan
penentu penting tentang terma mengenai pengeluaran dan penyaluran
barangan tersebut kepada orang ramai. Dalam perkataan lain, birokrat
mempengaruhi penawaran barangan awam dan juga mempengaruhi
keseimbangan politik yang terhasil.

Satu masalah utama wujud apabila mengukur kecekapan pengeluaran oleh


para birokrat. Di dalam banyak keadaan, output yang dikeluarkan tidak
dapat dijadikan unit-unit kecil atau dijual untuk mendapatkan keuntungan di
pasaran. Adalah sukar untuk menentukan samada agensi-agensi kerajaan
mengeluarkan output mereka pada kos minimum. Bagi firma swasta yang
bersaing dengan firma lain untuk mengeluarkan barangan yang serupa,
maklumat sedemikian mudah didapati daripada perkiraan untung dan rugi.
Birokrat pula tidak memiliki secara langsung input yang mereka gunakan.
82
Pembiayaan datangnya daripada sumber luaran misalnya dana awam dan
tidak terdapat kelebihan kewangan kepada birokrat yang meningkatkan
kecekapan pengeluaran.

Mengikut William Niskanen (1971), birokrat berusaha memaksimumkan


kuasa yang bersangkutan dengan sesuatu jawatan yang dipegang. Kuasa
berkenaan mempunyai hubungan dengan sumber-sumber di bawah kawalan
birokrat tersebut. Ianya berkaitan dengan saiz bajet sesebuah agensi masing-
masing. Niskanen membuat andaian bahawa birokrat berusaha untuk
memaksimumkan bajet agensi masing-masing. Implikasi analisis ini ialah
usaha birokrat memaksimumkan bajet akan membawa kepada
perkembangan sektor kerajaan secara menyeluruh melebihi daripada tingkat
output yang cekap.

4.8 KEGAGALAN KERAJAAN


Di dalam kursus Dasar Awam anda telah diperkenalkan dengan konsep
kegagalan pasaran. Secara mudah ia bermaksud pasaran swasta gagal
memperuntuk dan mengagih sumber-sumber dalam ekonomi secara cekap
dan saksama. Melalui Bab Satu anda dapati kerajaan mengambil tindakan-
tindakan untuk menghadapi kegagalan pasaran melalui pelaksanaan fungsi-
fungsi peruntukan, pengagihan dan penstabilan. Namun begitu, tindakan
yang diambil oleh kerajaan tidak semestinya membawa kepada hasil yang
cekap dan saksama. Keadaan ini dikenali sebagai kegagalan kerajaan.

Kegagalan kerajaan timbul daripada dua sumber. Pertama, prosedur-


prosedur dalam sistem demokrasi dan peraturan-peraturan pengundian
boleh membawa kepada hasil yang tidak cekap. Kita telah lihat bagaimana
logrolling dan penetapan agenda dapat membawa kepada penyediaan awam
yang berlebihan atau yang tidak mencerminkan kehendak sebenar
masyarakat. Kedua, kegagalan kerajaan juga disebabkan tindakan oleh pihak
tengah atau wakil yang bertindak bagi pihak para pengundi dalam
demokrasi. Ahli politik dan birokrat merupakan agen para pengundi juga
menyebabkan ketidakcekapan.

Dalam hubungan agensi, di mana satu individu atau kumpulan bertindak


bagi pihak individu atau kumpulan lain, boleh menimbulkan ketidakcekapan
sekiranya terdapat maklumat yang tidak serupa di antara agen dan prinsipal,
matlamat agen dan prinsipal berbeza dan pihak prinsipal tidak dapat
meneliti tindakan-tindakan agen tanpa menimbulkan kos. Masalah ini
menjadi lebih serius kerana dalam demokrasi berperwakilan terdapat
beberapa masalah agensi yang berlaku serentak seperti yang ditunjukkan
melalui Jadual 4.6.

Jadual 4.6
Masalah Agensi dalam Kerajaan
Prinsipal Agen
Pengundi Kerajaan
Ahli-ahli politik Birokrasi
Birokrasi Sektor-sektor yang dikawal
Menteri Timbalan Menteri

83
Penyokong parti Ahli politik parti
Masalah agensi boleh dikurangkan dengan meningkatkan perolehan
maklumat di antara kedua-dua agen dan prinsipal atau mengurangkan jurang
matlamat di antara kedua-dua pihak. Penelitian aktiviti kerajaan dan
pelaporan yang sistematik dapat membantu meningkatkan maklumat yang
boleh diperolehi oleh prinsipal. Misalnya, laporan Ketua Audit Negara
mengenai prestasi kerajaan membantu masyarakat mendapat maklumat yang
sangat diperlukan untuk menilai tindakan pihak eksekutif dan jentera
kerajaan. Agen boleh diberikan insentif untuk mengubah tindakan mereka
supaya selaras dengan matlamat prinsipal. Skim gaji yang dikaitkan dengan
prestasi kerja penjawat awam serta penswastaan dapat meningkatkan
kecekapan birokrasi. Meningkatkan peruntukan sumber untuk mendedah-
kan salahlaku dan korupsi dalam kalangan ahli politik dan penjawat awam
boleh mengurangkan masalah agensi.

4.9 RUMUSAN
Kita dapati bahawa semua pihak yang terlibat dalam pembuatan keputusan
awam cuba memaksimumkan faedah yang dapat mereka capai daripada
sesuatu keputusan undian. Individu rakyat cuba memaksimumkan kebajikan
peribadi, sementara ahli politik pula berusaha memaksimumkan undi untuk
memenangi pilihanraya. Birokrat dikatakan sebagai pemaksimum bajet
kerana hal itu dapat meningkatkan kuasa dan pengaruh mereka. Kumpulan-
kumpulan seminat pula sentiasa berusaha mempastikan kebajikan ahli-ahli
mereka dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang membuat keputusan
mengenai sesuatu perkara dalam sektor awam. Selain itu, peraturan
pengundian majoriti yang diamalkan di dalam sektor awam tidak semestinya
membawa kepada hasil yang cekap seperti pembuatan keputusan di dalam
sektor swasta. Masalah-masalah di dalam pembuatan keputusan sektor
awam juga boleh menyebabkan peningkatan saiz sektor itu.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Andaikan sebuah komuniti terdiri daripada tiga individu (Syahmi, Syafiq


dan Syazwi) yang menggunakan peraturan undi majoriti untuk
menentukan peruntukan bagi sebuah kemudahan riadah (taman
awam). Terdapat tiga pilihan iaitu RM1juta (peruntukan besar),
RM500,000 (peruntukan sederhana) dan RM100,000 (peruntukan
rendah). Berikut adalah susunan pilihan mereka:

Susunan Syahmi Syafiq Syazwi


1 RM500,000 RM100,000 RM1juta
2 RM100,000 RM500,000 RM500,000
3 RM1juta RM1juta RM100,000

a. Lakukan pengundian pilihan secara berpasangan. Apakah


keputusan bagi setiap pengundian. Adakah peraturan undian

84
majoriti dapat membawa kepada satu keputusan yang stabil dalam
aspek perbelanjaan ke atas kemudahan rekreasi awam?
b. Andaikan susunan pilihan Syafiq diubah seperti berikut: pilihan
pertama (RM100,000), pilihan kedua (RM1juta) dan pilihan ketiga
(RM500,000). Bagaimana perubahan ini memberi kesan kepada
keputusan pengundian?

2. Tentukan matlamat utama setiap pihak berikut:


a. Pengundi
b. Ahli politik
c. Birokrat

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 4.1
1a). Berikut ini adalah lakaran susunan pilihan pengundi-pengundi
berkenaan:

1 Farhana

Susunan
2 Jalil
Pilihan

3 Anis

Rendah (A) Sederhana (B) Tinggi (C)


Perbelanjaan Senjata Api

1b). Tiada pilihan yang akan mendapat undi majoriti disebabkan paradoks
pengundian. Rajah di atas menunjukkan keputusan pelbagai-puncak.
Walaupun pilihan setiap individu adalah konsisten, pilihan secara
menyeluruh didapati tidak konsisten. Bukti ini dapat dilihat apabila
pilihan diundi secara berpasangan seperti berikut:

Pengundian bagi pasangan pilihan: Peruntukan Rendah (A) dan


Sederhana (B)

Pengundi A B
Anis X
Farhana X
Jalil X

Keputusan undian: Pilihan Rendah (A) menang.


85
Pengundian bagi pasangan pilihan: Peruntukan Sederhana (B) dan
Tinggi (C).

Pengundi B C
Anis X
Farhana X
Jalil X
Keputusan undian: Pilihan Sederhana (B) menang.

Pengundian bagi pasangan pilihan: Peruntukan Rendah (A) dan


Tinggi (C).

Pengundi A C
Anis X
Farhana X
Jalil X
Keputusan undian: Pilihan Tinggi (C) menang.

2a). Berikut ini adalah lakaran susunan pilihan pengundi-pengundi


berkenaan:

1 Abu Abi

Susunan
2 Aba
Pilihan

3 Abo

4 Abe

A B C D
Perbelanjaan Senjata Api

2b). Lakaran menunjukkan berlakunya pilihan perbagai-puncak dengan kecenderungan


kepada pilihan B dan C. Bagaimanapun, pilihan C akan dipilih kerana ia merupakan
pilihan median. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengundian berpasangan.
Pengundian bagi pasangan pilihan: A dan B.
Pengundi A B
Aba X
Abe X
Abi X
Abo X
Abu X
Keputusan undian: Pilihan B menang.

86
Pengundian bagi pasangan pilihan: B dan C.
Pengundi B C
Aba X
Abe X
Abi X
Abo X
Abu X
Keputusan undian: Pilihan C menang.

Pengundian bagi pasangan pilihan: C dan D.


Pengundi C D
Aba X
Abe X
Abi X
Abo X
Abu X
Keputusan undian: Pilihan C menang.

Pengundian bagi pasangan pilihan: A dan C.


Pengundi A C
Aba X
Abe X
Abi X
Abo X
Abu X
Keputusan undian: Pilihan C menang.

Pengundian bagi pasangan pilihan: A dan D.


Pengundi A D
Aba X
Abe X
Abi X
Abo X
Abu X
Keputusan undian: Pilihan D menang.

Pengundian bagi pasangan pilihan: B dan D.


Pengundi B D
Aba X
Abe X
Abi X
Abo X
Abu X
Keputusan undian: Pilihan B menang.

87
Apabila pengundian berpasangan dilakukan, pilihan B menang dua kali dan
pilihan C sebanyak tiga kali. Secara keseluruhan, pilihan C akan menang.

88
BAB 5

PENGENALAN KEPADA PENCUKAIAN

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda diharap dapat:


1. Mengetahui definisi cukai.
2. Memahami tujuan pencukaian.
3. Mengetahui bagaimana mengelaskan cukai berdasarkan kaedah
pembayaran, asas dan kadar cukai.
4. Memahami kesan cukai ke atas agihan semula pendapatan.

5.1 PENGENALAN

Seperti yang telah dibincangkan dalam bab yang pertama, kewangan


awam merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji kegiatan-kegiatan
ekonomi kerajaan, terutamanya bagaimana kerajaan mendapatkan hasil dan
bagaimana ia dibelanjakan. Bab yang lepas telah menyebut bahawa cukai
merupakan sumber hasil kerajaan yang paling penting. Setiap rakyat yang
bertanggungjawab dan ingin melihat pembangunan sesebuah negara
diteruskan perlu menerima hakikat bahawa cukai adalah perlu.

Beberapa kurun yang lalu, negarawan Perancis, Jean-Baptiste Colbert


mencadangkan supaya “seni mencukai dilakukan seperti mencabut bulu
angsa supaya mendapatkan seberapa banyak bulu dengan jeritan kesakitan
yang paling sedikit.” Ekonomi moden mempunyai pandangan yang lebih
liberal mengenai pencukaian. Ia menekankan supaya pencukaian dilakukan
sebegitu cara agar dapat meningkatkan kecekapan ekonomi di samping
mencapai agihan pendapatan yang adil.

Anda telah membayar banyak jenis cukai kepada kerajaan sama ada ia
disedari atau tidak. Ini kerana kerajaan cenderung untuk mengadakan
pelbagai jenis cukai ke atas masyarakat. Bab ini cuba menerangkan
kenapakah cukai itu perlu bagi sesebuah negara dan bagaimanakah ia
dikenakan ke atas pembayar cukai.

5.2 DEFINISI PENCUKAIAN

Apakah cukai? Cukai merupakan bayaran atau sumbangan wajib daripada


pihak yang dicukai kepada kerajaan. Cukai yang dikutip ini akan digunakan
untuk menyediakan atau mengeluarkan beberapa barang dan perkhidmatan
atau untuk diagihkan semula kepada sebilangan rakyat. Oleh yang
demikian, kita tidak dapat katakan cukai sebagai denda walaupun terdapat
unsur paksaan dari segi pembayarannya. Ia juga tidak dapat disamakan
dengan harga walaupun ia dalam bentuk bayaran. Ini kerana harga lebih
88
bersifat sumbangan sukarela daripada pihak pembeli yang ingin
mendapatkan faedah tertentu.

Dari segi arah aliran ekonomi, cukai ditakrifkan sebagai pindahan wajib
sumber ekonomi daripada sektor swasta kepada sektor awam. Pindahan
sumber ini berasaskan kriteria tertentu yang telah dikenal pasti terlebih
dahulu seperti berdasarkan penggunaan barangan atau pemilikan
pendapatan dan kekayaan. Selalunya ia tidak dihubungkan secara terus
dengan jumlah faedah yang diterima oleh pembayar cukai daripada
perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Anda juga perlu faham
bahawa pemindahan sumber boleh berlaku dari sektor awam kepada
sektor swasta. Antara contoh pindahan dalam bentuk ini ialah subsidi atau
pencen. Subsidi dikenali juga sebagai cukai negatif.

Adakah inflasi dapat dikatakan sebagai satu bentuk


cukai?

5.3 PERANAN CUKAI

Cukai diadakan oleh kerajaan untuk mencapai beberapa matlamat


tertentu. Antara peranan utama pencukaian adalah seperti berikut:

1. Punca hasil kerajaan

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, cukai adalah sumber


pembiayaan kerajaan yang paling penting. Ini tidak bermaksud cukai
merupakan satu-satunya cara untuk kerajaan mendapatkan hasil.
Kerajaan boleh juga mencetak wang atau membuat pinjaman. Walau
bagaimanapun, kedua-dua cara ini dapat mencetuskan inflasi dan tidak
begitu digalakkan. Pencukaian akan menyebabkan kerajaan mendapat hasil
melalui pengurangan penggunaan dan pelaburan sektor swasta. Ini tidak
bermakna kerajaan boleh bertindak mengenakan kadar cukai yang terlalu
tinggi sehingga menjejaskan kegiatan sektor swasta dan seterusnya
menyebabkan protes daripada pembayar cukai dan pengurangan hasil oleh
kerajaan.

2. Agihan semula pendapatan

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, pasaran akan menyebabkan


berlakunya jurang agihan pendapatan dan kekayaan di kalangan ahli-ahli
masyarakat. Kita semua bersetuju sama ada berdasarkan alasan ekonomi
atau sosial bahawa tidak wajar dibiarkan hanya segelintir individu
memiliki kebanyakan kekayaan negara atau terdapat ramai orang yang
menanggung kesempitan hidup.

Dari segi ekonomi, penting untuk meningkatkan keupayaan mengguna sut


(marginal propensity to consume) dalam negara bagi menggiatkan pertumbuhan
ekonomi. Keupayaan mengguna sut di kalangan orang kaya adalah lebih
kecil berbanding dengan keupayaan mengguna sut di kalangan orang
miskin. Melalui pencukaian, bahagian pendapatan dan kekayaan negara
89
yang dimiliki oleh golongan miskin akan dapat ditingkatkan. Cukai yang
dikutip daripada golongan kaya dapat dipindahkan untuk kegunaan
golongan miskin. Ada pihak yang merasakan bahawa golongan yang lari
daripada membayar cukai sama seperti mereka yang mencuri daripada
orang miskin yang memerlukan.

3. Kestabilan harga

Salah satu fungsi kerajaan ialah menstabilkan ekonomi negara. Tidak wajar
bagi kerajaan menambahkan perbelanjaan awam dengan jumlah yang
banyak untuk jangka panjang tanpa mengubah cukai. Jika ia dilakukan,
peningkatan perbelanjaan awam dan swasta akan menyebabkan
berlakunya lebihan permintaan dalam ekonomi dan seterusnya
mencetuskan inflasi. Masalah ini akan menjadi lebih serius jika ekonomi
tersebut hampir mencapai guna tenaga penuh.

Sekiranya kerajaan berhasrat membiayai sesuatu projek yang besar, ia


boleh menggunakan dana daripada beberapa sumber. Bagaimanapun,
untuk mengelakkan inflasi, kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaannya
untuk projek-projek lain atau mengurangkan perbelanjaan swasta melalui
cara mencukai atau kedua-duanya sekali. Perlu diingat bahawa cara untuk
mengawal inflasi bukan hanya melalui dasar pencukaian sahaja. Kerajaan
boleh juga menggunakan dasar kewangan untuk tujuan ini.

4. Pertumbuhan ekonomi dan guna tenaga penuh

Pada masa lalu, kerajaan memungut cukai sebagai hasil utama untuk
membiayai perbelanjaan yang akan dilakukan. Ahli-ahli ekonomi klasik
berpendapat bahawa kedudukan ekonomi pasaran cenderung ke arah
mencapai guna tenaga penuh dan tidak memerlukan campur tangan
kerajaan untuk tujuan ini.

Semenjak berlaku kemelesetan besar (Great Depression) pada tahun-tahun


1930-an, banyak negara menerima pandangan ahli ekonomi John Maynard
Keynes bahawa kerajaan perlu terlibat bagi meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara dan mencapai guna tenaga penuh. Teori Keynes telah
menafikan kecenderungan jumlah permintaan untuk menyamai jumlah
penawaran pada tingkat guna tenaga penuh. Kenapakah hal ini berlaku? Ia
berlaku kerana upah dan harga agak sukar untuk turun (downward rigid) bagi
mencapai keseimbangan ini. Oleh itu, campur tangan kerajaan melalui
polisi cukai dan perbelanjaan awam diperlukan untuk membetulkan
lebihan atau kurangan dalam jumlah permintaan.

Bagaimana dasar kewangan dapat digunakan untuk


mengawal inflasi?

5.4 KLASIFIKASI CUKAI

Seperti yang telah anda maklum, terdapat pelbagai jenis cukai yang
90
dikenakan oleh kerajaan. Mari kita lihat bagaimana cukai-cukai yang
berbeza ini diklasifikasikan. Terdapat tiga cara utama untuk mengelaskan
cukai iaitu melalui kaedah pembayaran cukai, asas cukai yang berbeza dan
kadar-kadar cukai yang digunakan.

5.4.1 Kaedah Pembayaran

Di bawah kaedah pembayaran cukai, cukai dapat dibahagikan kepada dua


bentuk iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung
ialah sejenis cukai di mana pihak yang membayar cukai adalah juga pihak
yang menanggung beban (liabiliti) atau kerugian akibat pengenaan cukai
tersebut. Dengan perkataan lain, pembayar cukai tidak dapat mengalihkan
beban cukai kepada pihak lain. Bagaimanakah kita dapat membuktikan
sama ada sesuatu cukai itu dapat dialihkan bebannya kepada pihak
lain atau tidak? Bagi tujuan ini, anda perlu memahami konsep insiden
undang-undang (statutory incidence) dan insiden ekonomi (economic incidence).

Apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua konsep ini? Insiden


undang-undang merujuk kepada pihak yang ditetapkan oleh statut atau
undang-undang untuk menyampaikan bayaran cukai kepada pihak kerajaan.
Sebaliknya, insiden ekonomi merujuk kepada pihak yang menanggung
kerugian akibat pengenaan sesuatu cukai. Apabila insiden undang-undang
sama dengan insiden ekonomi, kita katakan bahawa cukai itu adalah
cukai langsung. Sebaliknya, apabila insiden undang- undang sesuatu cukai
tidak sama dengan insiden ekonominya, cukai itu merupakan cukai tidak
langsung. Ini kerana, pihak yang diwajibkan membayar cukai kepada
kerajaan mungkin dapat mengalihkan sebahagian atau sepenuhnya beban
sesuatu cukai kepada pihak lain. Pengalihan beban cukai boleh dilakukan
melalui kenaikan harga barang atau perkhidmatan.

Untuk melihat dengan lebih jelas lagi, kita akan mengambil beberapa
contoh cukai sebagai perbandingan iaitu cukai pendapatan individu, cukai
harta benda dan cukai jualan. Dapatkah anda tentukan kaedah pembayaran
cukai bagi contoh-contoh cukai berkenaan menggunakan konsep insiden
undang-undang dan insiden ekonomi? Mari kita bincangkan cukai tersebut
satu persatu. Bagi cukai pendapatan individu, telah menjadi tanggungjawab
individu yang dicukai untuk menyampaikan sebahagian daripada
pendapatannya sebagai bayaran cukai kepada kerajaan. Individu itu tidak
dapat memindahkan beban cukai pendapatannya kepada pihak lain. Ia
merupakan satu contoh cukai langsung.

Hal yang sama berlaku bagi cukai ke atas harta benda. Sebaliknya, bagi
cukai jualan, pihak yang bertanggungjawab menyampaikan bayaran cukai
kepada kerajaan adalah penjual (peniaga), tetapi beliau berkemungkinan
dapat mengalihkan beban cukai kepada pengguna melalui kenaikan harga
barangan. Oleh itu, ia dikategorikan sebagai cukai tidak langsung. Sebanyak
mana beban ini dapat dialihkan bergantung kepada keanjalan permintaan
dan penawaran barangan berkenaan. Penerangan yang lebih mendalam
mengenai beban cukai dapat anda lihat dalam bab keenam.

91
SOALAN DALAM TEKS 5.1

1. Nyatakan kaedah pembayaran bagi beberapa jenis


cukai berikut:
A. cukai pendapatan syarikat
B. cukai jalan
C. cukai pintu
D. cukai eksais
E. duti setem

2. Bezakan antara insiden undang-undang dan insiden


ekonomi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.4.2 Asas Cukai

Asas cukai adalah item atau aktiviti ekonomi di mana cukai itu dikenakan.
Dengan perkataan lain, asas cukai merujuk kepada cara pengenaan cukai
untuk menentukan jumlah atau nilai yang akan dikenakan cukai. Secara
umum, asas cukai dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu

1. Pendapatan

Pendapatan individu atau firma akan dikira untuk menentukan nilai yang
akan dikenakan cukai. Dari segi ekonomi, pendapatan ditafsirkan sebagai
jumlah keseluruhan nilai penggunaan barangan dan tabungan dalam
tempoh setahun. Ia selalu dianggap sebagai satu petunjuk yang baik bagi
menentukan keupayaan membayar cukai.

2. Perbelanjaan

Cara mengira asas perbelanjaan ialah dengan mencampurkan segala


pendapatan (dibuktikan) dan kemudian ditolak jumlah tabungan yang
dapat dibuktikan. Asas ini digunakan bertujuan menggalakkan aktiviti
menabung di kalangan masyarakat dan juga untuk mendenda gelagat
berbelanja yang keterlaluan.

3. Penggunaan

Ini merupakan asas yang paling kerap digunakan. Cukai akan dikenakan
apabila barang atau perkhidmatan yang dikenakan cukai dijual. Antara
contoh cukai berdasarkan asas ini ialah cukai eksais ke atas rokok dan
minuman keras, cukai import bagi barangan import, cukai eksport bagi
barangan eksport dan cukai jualan.
92
4. Kekayaan

Kekayaan ialah nilai bersih stok terkumpul seseorang sama ada dalam
bentuk simpanan atau pelaburan. Cukai yang dikenakan ke atas harta atau
aset yang dimiliki oleh individu atau firma tergolong dalam asas ini. Harta
yang dimaksudkan boleh didapati dalam bentuk boleh alih seperti cukai ke
atas kenderaan (cukai jalan) atau tidak alih seperti bangunan (cukai taksiran
atau cukai pintu). Ia boleh dikenakan setiap tahun seperti cukai taksiran
atau sekali sahaja apabila berlaku kematian atau pemindahan hak milik
seperti cukai harta pusaka.

5. Urus niaga

Telah menjadi kebiasaan bagi kerajaan mengenakan cukai ke atas transaksi


atau urus niaga tertentu. Perkara ini dapat anda perhatikan apabila berlaku
transaksi seperti jual beli (cukai jualan dan cukai nilai ditambah), urus niaga
eksport (cukai eksport), urus niaga import (cukai import atau duti kastam)
dan transaksi yang mempunyai implikasi sah di sisi undang-undang seperti
pemeteraian perjanjian (duti setem) atau duti harta pusaka.

5.4.3 Kadar Cukai

Kadar cukai boleh dibahagikan kepada tiga jenis kadar utama iaitu kadar
tetap, progresif dan regresif. Kadar-kadar ini boleh dikenakan ke atas unit
barangan yang dijual atau nilai barangan tersebut. Apabila dikenakan ke atas
setiap unit barangan yang kena cukai, ia dipanggil cukai ke atas unit.
Sebaliknya, jika dikenakan ke atas nilai atau harga barangan, ia dikenali
sebagai cukai ad valorem. Mari kita lihat perbezaan di antara ketiga-tiga
kadar yang disebutkan di atas.

1. Kadar tetap

Cukai berkadar tetap atau berkadaran adalah cukai yang mempunyai


kadar bersifat malar atau tetap walaupun asas cukai bertambah. Contoh
yang dapat diberikan di sini ialah pengenaan duti setem sebanyak satu
peratus daripada nilai sesuatu transaksi. Jika nilai transaksi seperti kontrak
atau perjanjian ialah RM10,000, maka jumlah cukai yang perlu dibayar ialah
RM100. Jika nilai transaksi ialah RM250,000, maka jumlah cukai ialah
RM2,500 kerana kadar yang dikenakan tetap sama iaitu satu peratus.

Formula: Asas cukai x kadar = Jumlah cukai


RM10,000 x 1% = RM100
RM250,000 x 1% = RM2,500

Rajah 5.1 menunjukkan secara grafik penggunaan kadar tetap. Paksi


mendatar menunjukkan nilai asas cukai (RM) dan paksi menegak
menunjukkan kadar cukai (%). Secara umumnya kadar ini mudah untuk
digunakan.

93
Rajah 5.1
Struktur Cukai Berkadar Tetap

kadar cukai
(%)

asas cukai (RM)

2. Kadar progresif

Mari kita lihat pula penggunaan kadar progresif. Apabila kadar cukai
semakin bertambah dengan peningkatan nilai asas cukai, kita katakan
kadar yang digunakan itu sebagai kadar progresif. Adakah anda tahu
bilakah kadar seperti ini digunakan? Benar, kadar ini selalu digunakan
untuk cukai pendapatan individu. Apabila pendapatan boleh cukai
bertambah, maka kadar cukai yang boleh dikenakan juga akan
bertambah. Ia dikenali juga sebagai kadar bertingkat (graduated rates). Dari
segi grafik, hubungan nilai asas cukai dan kadar progresif dapat
ditunjukkan melalui Rajah 5.2. Semakin curam garis cukai yang bercerun
positif, semakin progresif struktur cukai tersebut.

Rajah 5.2
Struktur Cukai Menggunakan Kadar Progresif

kadar cukai
(%)

asas cukai (RM)

Anda dapat melihat penggunaan kadar progresif dengan lebih jelas


melalui Jadual 5.1. Berdasarkan jadual tersebut, anda dapat perhatikan
bahawa apabila pendapatan boleh cukai bertambah, maka kadar cukai
yang dikenakan akan bertambah. Pada pendapatan RM2,500 yang pertama,
kadar yang dikenakan ialah empat peratus sahaja. Apabila pendapatan
tersebut meningkat melebihi RM2,500, kadar akan naik menjadi tujuh
peratus. Oleh yang demikian, jika pendapatan boleh cukai ialah RM10,000,
maka jumlah cukai yang terpaksa dibayar ialah RM775. Adakah anda
mendapat jawapan yang sama? Jika ya, syabas. Jika tidak, jangan bimbang.
94
Cara pengiraannya adalah seperti berikut:

RM2,500 x 4% = RM100 +
RM2,500 x 7% = RM175 +
RM5,000 x 10% = RM500
RM775

Jadual 5.1
Struktur Cukai Progresif
Kumpulan Pendapatan (RM) Kadar (%)
1 - 2,500 4
2,501 - 5,000 7
5,001 - 20,000 10
20,001 - 30,000 12
35,001 - 50,000 17
50,001 - 70,000 22
70,001 - 100,000 27
> 100,000 32

3. Kadar regresif

Kadar regresif ialah kadar yang semakin berkurangan apabila asas cukai
bertambah. Kadar ini digunakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan
negatif ke atas insentif bekerja kuat untuk mengumpulkan pendapatan dan
kekayaan, di samping meningkatkan kecekapan, produktiviti dan
pengeluaran. Rajah 5.3 menunjukkan hubungan antara asas cukai dan kadar
regresif. Semakin curam garis cukai yang bercerun negatif, semakin regresif
struktur cukai tersebut. Jika pendapatan adalah asas cukai ini, maka kadar
regresif akan menyebabkan semakin tinggi pendapatan semakin rendah
kadar yang dikenakan. Anda tentu bersetuju bahawa kadar seperti ini
mendenda golongan kurang berkemampuan.

Rajah 5.3
Struktur Kadar Regresif

kadar cukai
(%)

asas cukai (RM)

Selain daripada melihat perubahan dalam kadar cukai apabila asas cukai
berubah, kadar cukai juga boleh dibezakan menggunakan konsep kadar
cukai purata (KCP)(average tax rate) dan kadar cukai sut (KCS)(marginal
tax rate). Kadar cukai purata adalah jumlah cukai yang dibayar dibahagi
95
dengan nilai asas cukai. Kadar cukai sut pula bermaksud tambahan cukai
yang dibayar apabila asas cukai itu bertambah. Dengan perkataan lain, kadar
cukai berubah apabila asas cukai berubah. Formula kedua-duanya adalah
seperti berikut:

Jumlah cukai yang perlu dibayar


Kadar cukai purata = (5.1)
Saiz asas cukai

Tambahan jumlah cukai yang perlu dibayar


Kadar cukai sut = (5.2)
Pertambahan saiz asas cukai

Bagi cukai yang berkadar tetap, kadar cukai purata bersamaan dengan kadar
cukai sut. Ini kerana, kadar cukai tidak berubah walaupun tingkat asas cukai
berubah. Jika kadar cukai sut ialah satu peratus, maka kadar cukai purata
juga ialah satu peratus. Rajah 5.4 menunjukkan keadaan ini secara grafik.
Paksi mendatar mengukur pendapatan sebagai asas cukai.

Bagi kadar cukai progresif pula, anda akan dapati KCS lebih besar
berbanding dengan KCP. Jika anda merujuk kepada pendapatan boleh
cukai RM10,000 yang menggunakan kadar progresif seperti dalam Jadual
5.1, jumlah cukai yang perlu dibayar ialah RM775. Ini bermaksud KCP
pada tingkat pendapatan boleh cukai RM10,000 ialah sebanyak 7.75
peratus atau (RM775/RM10,000) x 100. KCS mengukur kadar cukai yang
dikenakan pada tingkat pendapatan terakhir yang dikenakan cukai.

Rajah 5.4
Hubungan antara Kadar Cukai Purata dan Kadar Cukai Sut

KCS (%) KCS


KCP
KCP KCP
KCP = KCS KCS

RM RM RM
(1) Kadar Tetap (2) Progresif (3) Regresif

Pada tingkat pendapatan RM10,000, kadar cukai yang dikenakan ialah 10


peratus. Keadaan sebaliknya akan berlaku bagi cukai yang menggunakan
kadar regresif. Bagi cukai yang menggunakan kadar regresif, KCS adalah
kurang berbanding dengan KCP.

96
SOALAN DALAM TEKS 5.2
1. Kirakan jumlah cukai yang perlu dibayar mengguna-
kan kadar progresif dalam Jadual 5.1 jika pendapatan
boleh cukai ialah
A. RM30,000 B. RM55,000

2. Kirakan KCS dan KCP bagi pendapatan boleh cukai:


A. RM30,000 B. RM55,000

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.4.4 Implikasi Penggunaan Kadar Berbeza Terhadap Jumlah


Pembayaran Cukai

Mari kita lihat kesan penggunaan kadar cukai yang berbeza ke atas
jumlah atau liabiliti cukai yang ditanggung oleh pembayar cukai. Persoalan
di sini ialah, kadar cukai yang manakah yang akan menyebabkan jumlah
pembayaran cukai bertambah? Sebenarnya, ketiga-tiga kadar tersebut akan
membawa implikasi pembayaran cukai yang bertambah apabila asas cukai
semakin meningkat. Ini bermaksud penggunaan kadar tetap, progresif
mahupun regresif akan membawa kepada jumlah cukai yang semakin
meningkat. Bezanya ialah dari segi darjah penambahan. Keadaan ini dapat
anda lihat dengan lebih jelas melalui Jadual 5.2. Andaikan pendapatan
sebagai asas cukai. Individu A mempunyai pendapatan boleh cukai
sebanyak RM10,000, pendapatan boleh cukai individu B ialah RM20,000
dan individu C mempunyai pendapatan boleh cukai sebanyak RM30,000.

Anda dapat perhatikan bahawa apabila kadar tetap digunakan, ketiga-tiga


individu tersebut perlu membayar jumlah cukai yang berbeza. Semakin
tinggi pendapatan, semakin banyak cukai yang dibayar menggunakan
kadar tetap sebanyak 20 peratus. Jadual tersebut juga menunjukkan
kepada anda bahawa kadar cukai sut dan kadar cukai purata adalah sama
bagi ketiga-tiga tingkat pendapatan.

Sebaliknya, anda akan dapati bagi cukai yang menggunakan kadar progresif
pula, individu A cuma perlu membayar cukai sebanyak RM1,000
berbanding dengan individu B dan C yang perlu membayar cukai sebanyak
RM3,000 dan RM6,000 setiap seorang. Seterusnya, kadar cukai sut pula
sentiasa lebih tinggi berbanding dengan kadar cukai purata pada ketiga-tiga
tingkat pendapatan tersebut. Fenomena ini menunjukkan bahawa
penggunaan kadar progresif tidak semestinya menyebabkan bayaran cukai
yang lebih tinggi berbanding dengan kadar tetap. Ini kerana pada
pendapatan yang rendah, struktur ini menggunakan kadar yang lebih
rendah dan bila pendapatan mencapai tingkat berikutnya barulah kadar
cukai yang lebih tinggi dikenakan ke atas tingkat pendapatan tingkat kedua
dan seterusnya.
97
Jadual 5.2
Perbezaan Liabiliti Cukai

(1) Kadar Tetap : Kadar ialah 20% ke atas semua tingkat pendapatan boleh cukai.

Individu KCS dan Jumlah Cukai Dibayar KCP

A 20% x RM10,000 = RM2,000 (RM2,000/RM10,000) 100 = 20%

B 20% x RM20,000 = RM4,000 (RM4,000/RM20,000) 100 = 20%

C 20% x RM30,000 = RM6,000 (RM6,000/RM30,000) 100 = 20%

(2) Progresif : Kadar cukai sut bagi tiga tingkat pendapatan boleh cukai adalah seperti
berikut: 10% ke atas pendapatan RM10,000 pertama, 20% ke atas RM10,000 kedua
dan 30% bagi RM10,000 ketiga.

Individu KCS dan Jumlah Cukai Dibayar KCP


A 10% x RM10,000 = RM1,000 (RM1,000/RM10,000) 100 = 10%
B
10% x RM10,000 = RM1,000
20% x RM10,000 = RM2,000
Jumlah RM3,000 (RM3,000/RM20,000) 100 = 15%

C 10% x RM10,000 = RM1,000


20% x RM10,000 = RM2,000
30% x RM10,000 = RM3,000

Jumlah RM6,000 (RM6,000/RM30,000) 100 = 20%

(3) Regresif : Kadar cukai sut bagi tiga tingkat pendapatan boleh cukai adalah seperti
berikut: 30% ke atas pendapatan RM10,000 pertama, 20% ke atas RM10,000 kedua
dan 10% bagi RM10,000 ketiga.

Individu KCS dan Jumlah Cukai Dibayar KCP

A 30% x RM10,000 = RM3,000 (RM3,000/RM10,000) 100 = 30%

B 30% x RM10,000 = RM3,000


20% x RM10,000 = RM2,000

Jumlah RM5,000 (RM5,000/RM20,000) 100 = 25%

C 30% x RM10,000 = RM3,000


20% x RM10,000 = RM2,000
10% x RM10,000 = RM1,000

Jumlah RM6,000 (RM6,000/RM30,000) 100 = 20%

Bagi kadar regresif pula, anda dapat melihat bahawa semakin tinggi
pendapatan, semakin tinggi cukai yang perlu dibayar. Bagaimanapun, pada
tingkat pendapatan RM10,000 jumlah cukai yang perlu dibayar adalah
tinggi berbanding dengan kadar tetap dan progresif. Ini menunjukkan
bahawa golongan berpendapatan rendah mengalami kerugian akibat
pembayaran cukai yang tinggi jika kadar regresif digunakan. Oleh yang
98
demikian, individu perlu berusaha untuk meningkat--kan pendapatan agar
dapat menikmati pengurangan kadar seterusnya.

Pada pandangan anda, penggunaan kadar cukai yang


mana satukah yang lebih adil?

5.5 Prasyarat Cukai Sebagai Alat Agihan

Telah disebut sebelum ini bahawa salah satu peranan cukai ialah untuk
mencapai agihan pendapatan dan kekayaan yang lebih adil dan saksama.
Jadual 5.2 pula menunjukkan bahawa pembayaran cukai yang lebih tinggi
tidak semestinya berlaku bagi sistem cukai yang menggunakan kadar
progresif sahaja. Bagaimanapun, demi mengelakkan kesan tanggungan
yang tinggi ke atas golongan kurang berkemampuan, penggunaan kadar
progresif adalah lebih sesuai berbanding dengan kadar tetap dan regresif.
Penggunaan kadar progresif dijadikan sebagai pra syarat kepada
pembentukan struktur cukai bagi tujuan agihan semula. Ada beberapa
faktor lain yang perlu diambil kira bagi tujuan ini. Antaranya ialah

1. Ketinggian kadar cukai sut

Dikatakan bahawa semakin tinggi kadar cukai sut, semakin berkesan


sistem cukai itu dalam mengagihkan semula pendapatan. Rajah 5.5
menunjukkan dua sistem cukai yang menggunakan struktur progresif dan
berkadaran. Sistem A mempunyai garisan kadar bercerun positif yang lebih
curam berbanding dengan sistem B. Oleh itu, kadarnya dikatakan lebih
progresif berbanding dengan sistem B. Bagaimanapun, sistem B
mempunyai kadar cukai sut yang lebih tinggi iaitu 55 peratus berbanding
dengan sistem A pada 35 peratus. Maka, sistem B dikatakan lebih
berkesan untuk tujuan agihan semula berbanding dengan sistem A.

2. Titik permulaan

Titik permulaan cukai menentukan pendapatan yang pertama dikenakan


cukai. Pada kebiasaannya, anda dapat perhatikan bahawa kerajaan tidak
mengenakan cukai bagi sejumlah tertentu pendapatan yang pertama. Ini
kerana ia digunakan untuk sara hidup seperti memenuhi keperluan asas
makan dan minum. Pemberian ini dikatakan sebagai perbelanjaan cukai atau
pelepasan cukai.

Rajah 5.5 menunjukkan sistem A mula mengenakan kadar cukai pada


pendapatan Y2 sedangkan sistem B mengenakan cukai pada Y1. Untuk
tujuan agihan dan keadilan dalam masyarakat, cukai yang baik ialah sistem
yang mengenakan cukai pada pendapatan yang lebih rendah seperti sistem
B. Melalui sistem ini, lebih banyak individu akan membayar cukai dalam
masyarakat itu. Sebaliknya, individu lebih gemarkan sistem yang banyak
memberikan pelepasan cukai.

99
3. Titik minimaks

Apakah yang dimaksudkan dengan titik minimaks? Ia adalah titik terakhir


pendapatan yang menggunakan kadar progresif. Sebenarnya, tidak ada
negara yang mengenakan kadar progresif secara berterusan sehingga
mencapai 100%. Jika ia dilakukan, tidak ada individu dalam negara
tersebut yang ingin mengumpulkan pendapatan yang terlalu tinggi kerana
kebanyakan atau semuanya akan diambil oleh kerajaan sebagai cukai. Oleh
itu, kadar tetap akan digunakan selepas penggunaan kadar progresif.

Titik pendapatan terakhir yang menggunakan kadar progresif dalam


sistem A ialah Y3. Bagi sistem B pula, titik minimaksnya ialah Y4. Jika anda
merujuk Jadual 5.1, titik minimaks bagi sistem tersebut ialah RM100,000.
Titik minimaks yang lebih tinggi dikatakan lebih baik bagi tujuan agihan
semula.

Kesimpulannya di sini ialah sistem cukai B lebih berkesan dari segi


agihan semula pendapatan kerana ia mempunyai kadar cukai sut dan titik
minimaks yang lebih tinggi berbanding dengan sistem A. Selain itu, titik
permulaan cukai bagi sistem B lebih awal berbanding dengan sistem A.
Bagaimanapun, kadar bagi sistem A adalah lebih progresif berbanding
dengan sistem B.

Rajah 5.5
Sistem Cukai Pendapatan

Kadar Cukai
Sut (%)
80

60 D Sistem B

40
C Sistem A

20

Y1 Y2 Y3 Y4 Tingkat Pendapatan

100
5.6 RUMUSAN

Cukai dapat didefinisikan sebagai pindahan wajib daripada sektor swasta


kepada kerajaan untuk membolehkan kerajaan melaksanakan tanggung-
jawabnya kepada masyarakat dalam negara berkenaan. Ia tidak dapat
disamakan dengan harga ataupun denda. Selain membawa hasil kepada
kerajaan, cukai juga digunakan sebagai alat untuk menstabilkan harga,
mengagih semula kekayaan dalam negara dan menggiatkan pertumbuhan
ekonomi negara. Cukai dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu cukai
langsung dan tidak langsung. Lima asas cukai ialah pendapatan, kekayaan,
perbelanjaan, penggunaan dan urus niaga. Tiga kadar utama yang digunakan
ialah kadar tetap, progresif dan regresif.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bezakan cukai dengan harga.

2. Manakah di antara kadar-kadar berikut akan membawa kepada


liabiliti cukai yang bertambah apabila asas cukai bertambah?

A. kadar tetap
B. kadar progresif
C. kadar regresif
D. semua di atas

3. Apabila anda mengunjungi restoran makanan segera di negara


ini, anda akan dapati ada sejenis cukai yang dikenakan ke atas nilai
pembelian makanan tersebut. Cukai sebanyak 5% ini dikenali
sebagai cukai perkhidmatan.
(i) Nyatakan insiden undang-undang cukai ini.
(ii) Nyatakan insiden ekonomi cukai ini.
(iii) Adakah ia sejenis cukai langsung atau tidak langsung?
(iv) Apakah jenis kadar yang digunakan?
(v) Adakah ia cukai ke atas unit atau cukai ad valorem?

4. Kerajaan-kerajaan negeri mengenakan cukai tanah ke atas


pemilikan tanah di sesebuah negeri. Pada kebiasaannya tanah
pertanian dikenakan kadar yang lebih rendah berbanding dengan
tanah kediaman dan komersial. Jawab soalan-soalan berikut
mengenai cukai tanah.
(i) Ia merupakan cukai ke atas kekayaan. Benar/Salah?
(ii) Ia adalah cukai tidak langsung. Benar/Salah?
(iii) Tujuan utama pengenaan cukai ini adalah untuk mendapat-
kan hasil kepada kerajaan negeri. Benar/Salah?
(iv) Mengapakah kadar yang berlainan dikenakan ke atas
jenis-jenis kegunaan tanah?
101
Jadual 5.3
Kadar Cukai Pendapatan
Pendapatan (RM) Kadar (%)

1 – 2,500 5
2,501 – 5,000 8
5,001 – 10,000 12
10,000 – 20,000 15
20,001 – 35,000 20
35,001 – 50,000 25
50,001 – 70,000 30
70,001 – 100,000 35
> 100,000 40

5. Rujuk Jadual 5.3 untuk menjawab soalan a hingga e. Struktur cukai


ini memberikan pelepasan cukai sebanyak RM10,000 bagi setiap
individu yang dikenakan cukai.
(i) Berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar oleh seorang
individu dengan pendapatan RM50,000 setahun?
(ii) Nyatakan kadar cukai sut tertinggi bagi sistem cukai ini.
(iii) Berapakah kadar cukai purata bagi pendapatan sebanyak
RM50,000?
(iv) Nyatakan titik permulaan cukai.
(v) Nyatakan titik minimaks bagi struktur cukai ini.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 5.1

1 A. Selalu dikategorikan sebagai cukai langsung. Bagaimanapun,


jika pemilik syarikat dapat memindahkan sebahagian
daripada beban kepada pengguna melalui kenaikan harga
atau kepada pekerja melalui pengurangan faedah di tempat
kerja, maka ia menjadi cukai tidak langsung.
B. Cukai langsung.
C. Cukai langsung.
D. Cukai tidak langsung.
E. Cukai langsung.

2. Insiden undang-undang bermaksud pihak yang telah diwajibkan


102
oleh undang-undang atau akta tertentu untuk menyampaikan
bayaran cukai kepada kerajaan. Sebagai contoh, kerajaan telah
menetapkan pemilik tanah untuk menyampaikan sejumlah cukai
disebabkan pemilikan tanah tersebut. Jika tuan punya tanah gagal
menyampaikan bayaran cukai itu, tindakan undang-undang boleh
diambil ke atas beliau.

Sementara insiden ekonomi pula bermaksud pihak yang sebenarnya


menanggung kerugian akibat pengenaan sesuatu cukai. Ini
bermakna cukai itu telah menyebabkan individu mengalami
pengurangan dalam pendapatan boleh guna atau kekayaannya
kerana membayar cukai. Sebagai contoh, jika penjual dapat
memindahkan sebahagian daripada beban cukai jualan melalui
kenaikan harga, maka insiden ekonomi adalah penjual dan pembeli.

SDT 5.2

1. A. RM3,675

B. RM9,175

2. A. MTR = 17%
ATR = 12.25%

B. MTR = 27%
ATR = 16.68%

103
BAB 6

PRINSIP-PRINSIP PENCUKAIAN

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memahami prinsip-prinsip pencukaian yang baik.
2. Mengetahui implikasi pengenaan cukai ke atas kerajaan,
pengguna dan pengeluar.

6.1 PENGENALAN

Setelah mengetahui definisi dan tujuan pencukaian, anda akan didedahkan


kepada kriteria-kriteria yang perlu ada bagi membentuk satu sistem
pencukaian yang baik. Kriteria ini disebut juga sebagai prinsip pencukaian.
Anda mungkin mempunyai pendapat sendiri mengenai apakah yang
dikatakan sebagai cukai yang baik. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahli
ekonomi bersetuju bahawa cukai perlu mencapai beberapa matlamat
tertentu. Antara matlamat umum pencukaian termasuk mengutip sejumlah
hasil kepada kerajaan, di samping mengubah gelagat individu supaya
mengambil atau tidak mengambil tindakan tertentu. Kerajaan juga perlu
mengkaji kesan-kesan yang timbul akibat daripada pengenaan sesuatu cukai
bukan sahaja ke atas individu atau masyarakat tetapi juga ke atas kerajaan
sendiri.

Antara prinsip-prinsip pencukaian yang sering menjadi ukuran


keberkesanan sesuatu cukai ialah ekuiti, kecekapan ekonomi dan
keberkesanan pentadbiran cukai. Prinsip ekuiti memerlukan cukai diadakan
dengan adil lagi saksama ke atas masyarakat. Kecekapan ekonomi pula
bermaksud pencukaian tidak sepatutnya membebankan masyarakat dengan
kos lebihan yang boleh dielakkan di samping tidak menghalang objektif
pembangunan ekonomi. Keberkesanan pentadbiran membawa implikasi
bahawa taksiran dan kutipan hasil cukai tidak melibatkan kos yang tinggi
ke atas kerajaan dan pembayar cukai.

Walaupun ketiga-tiga prinsip ini diterima secara umum, terdapat konflik


atau percanggahan di antara prinsip-prinsip tersebut. Sukar untuk kerajaan
mencapai ketiga-tiga kriteria tersebut secara serentak apabila melaksanakan
sesuatu polisi pencukaian. Ini kerana, penekanan kepada prinsip ekuiti akan
membawa kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi dan
melibatkan kos pentadbiran yang tinggi. Tumpuan kepada aspek
kecekapan ekonomi mungkin membawa kepada ketidakadilan. Perhatian
kepada keberkesanan pentadbiran pula mungkin menyebabkan penolakan
inovasi-inovasi yang boleh meningkatkan kecekapan ekonomi dan ekuiti.
104
Oleh itu, perlu ada keseimbangan dan tolak ansur dalam
mengimplementasikan ketiga-tiga prinsip berkenaan demi mewujudkan satu
sistem pencukaian yang dapat diterima oleh masyarakat dan membawa
kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhannya.

6.2 EKUITI

Ekuiti merupakan prinsip asas yang penting bagi setiap ahli masyarakat.
Kita bersetuju bahawa setiap pembayar cukai perlu menyumbang bayaran
yang saksama dalam bentuk cukai bagi membiayai kos pentadbiran
negara. Namun begitu, tidak terdapat persetujuan yang spesifik bagaimana
agihan sumbangan oleh pembayar cukai perlu dilakukan untuk mencapai
keadilan kepada semua pihak. Dua teori yang selalu digunakan untuk
membincangkan prinsip ini di kalangan ahli ekonomi ialah teori faedah
dan teori keupayaan membayar. Sebelum kita membincangkan dengan
mendalam mengenai kedua-dua teori berkenaan, eloklah kita mengetahui
dahulu mengenai konsep-konsep ekuiti yang menjadi asas kepada kedua-
dua teori berkenaan. Konsep- konsep ekuiti yang dimaksudkan ialah
ekuiti mendatar dan menegak.

6.2.1 Jenis Ekuiti

Ekuiti mendatar atau melintang merujuk kepada agihan cukai di antara


individu yang sama kedudukan boleh cukainya. Apakah yang anda faham
daripada kenyataan tersebut? Ia bermaksud bahawa individu yang
mempunyai kedudukan kewangan yang sama perlu membayar jumlah
cukai yang sama. Sebagai contoh, En. Abu dan En. Abi mempunyai
pendapatan boleh cukai sebanyak RM10,000. Untuk mencapai ekuiti
mendatar, kedua-duanya perlu membayar jumlah cukai yang sama banyak,
katakan RM1,000.

Sebagaimana yang kita semua maklum, dalam mana-mana masyarakat, tidak


semua individu mempunyai kedudukan kewangan yang sama. Ada yang
mempunyai pendapatan yang tinggi dan ada pula yang berpendapatan
rendah. Ada yang mempunyai tanggungan yang ramai dan ada yang tidak
perlu menyara orang lain. Oleh itu, mengenakan kadar cukai yang sama ke
atas semua individu tentu tidak adil. Maka, ekuiti menegak perlu untuk
dilaksanakan. Ekuiti menegak bermaksud individu dicukai pada kadar yang
berlainan mengikut kedudukan ekonomi masing- masing. Kebiasaannya,
mereka yang kaya akan dicukai dengan kadar yang lebih tinggi berbanding
dengan yang miskin.

Jika kita mengambil contoh di atas secara lebih terperinci, didapati


bahawa En Abi mempunyai seorang isteri dan enam orang anak.
Sebaliknya En. Abu masih bujang. Keadaan ini menunjukkan kedua-dua
mereka mempunyai tanggungan yang berlainan dan akan memberi kesan
kepada kemampuan membayar cukai masing-masing. Oleh itu, pengenaan
cukai yang sama banyak dalam keadaan ini tentu tidak adil. Untuk
mencapai ekuiti menegak, En Abu sepatutnya dikenakan kadar cukai yang
lebih tinggi. Maka, beliau akan membayar jumlah cukai yang lebih banyak
berbanding dengan En. Abi.

105
SOALAN DALAM TEKS 6.1

1. Bezakan di antara ekuiti mendatar dan menegak.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.2.2 Pendekatan Ekuiti

Dua pendekatan ekuiti akan dibincangkan iaitu prinsip faedah yang diterima
dan juga keupayaan membayar cukai. Prinsip faedah menyatakan bahawa
mereka yang menggunakan perkhidmatan kerajaan dan menikmati faedah
daripada kemudahan awam perlulah membayar cukai. Mereka yang
menikmati faedah yang sama banyak daripada perkhidmatan kerajaan
perlu membayar jumlah cukai yang sama banyak. Ini selaras dengan
konsep ekuiti mendatar yang dibincangkan sebelum ini. Manakala mereka
yang menikmati lebih banyak faedah daripada orang lain pula perlu
membayar cukai yang lebih banyak. Dalam erti kata lain, kadar pembayaran
cukai oleh individu adalah mengikut berapa banyakkah faedah yang
diterima daripada kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Ini bermakna mereka yang tidak mahu menggunakan perkhidmatan
kerajaan tidak boleh dipaksa membayar cukai. Oleh kerana kadar
pembayaran cukai adalah mengikut jumlah faedah yang diterima oleh
individu, ia selaras dengan konsep ekuiti menegak.

Pada pendapat anda, di antara orang kaya dan orang


miskin, siapakah yang mendapat lebih banyak faedah
daripada kemudahan yang disediakan oleh kerajaan?

Prinsip faedah ini melihat cukai sebagai harga yang perlu dibayar untuk
mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Harga yang
dibayar mencerminkan faedah yang diterima oleh individu. Konsep ini
lebih kurang sama dengan konsep harga yang dibayar oleh pengguna
untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan yang dijual oleh
firma di pasaran swasta.

Oleh kerana cukai yang dikenakan ke atas sesuatu barang atau


perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan disifatkan sebagai harga,
maka ia adalah satu pembayaran ke atas penggunaan (user charge) bagi
barang atau perkhidmatan itu. Konsep ini akan lebih jelas apabila kita
hubungkan dengan jenis cukai tertentu seperti bayaran tol dan cukai
pintu. Hanya mereka yang berkenderaan dan menggunakan lebuh raya
dikenakan bayaran tol. Cukai pintu pula hanya dikenakan ke atas tuan
rumah di kawasan tertentu yang menerima kemudahan (pemeliharaan
kebersihan dan pengindahan) daripada pihak Kerajaan Tempatan. Di
106
kawasan yang tidak disediakan kemudahan ini, pihak Kerajaan Tempatan
tidak mengutip cukai pintu.

Secara praktik, prinsip faedah ini sukar untuk dilaksanakan. Ini kerana
terdapat kesulitan untuk mengenal pasti dengan tepat siapakah yang
menikmati faedah dan berapa banyakkah faedah yang diterima daripada
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Sistem
pencukaian yang baik tidak boleh berdasarkan prinsip faedah sahaja. Ianya
juga harus mengambil kira keupayaan individu untuk membayar. Untuk itu,
mari kita lihat pula pendekatan yang digunakan dalam teori keupayaan
membayar.

Mengikut prinsip keupayaan membayar cukai yang telah diketengahkan


sejak penulisan ahli-ahli ekonomi seperti Adan Smith dan John Stuart Mill,
setiap pembayar cukai perlu menanggung pengorbanan yang sama banyak
dari segi pembayaran cukai. Seperti yang disebutkan dalam bab terdahulu,
bayaran cukai ialah satu kewajipan kepada masyarakat, sama ada mereka
suka atau tidak. Oleh itu, ada pihak yang menganggap pembayaran cukai
kepada sektor awam sebagai kerugian atau pengorbanan yang ditanggung
oleh pembayar cukai dari segi kegunaan alternatif jumlah cukai yang
dikenakan itu. Jika wang itu tidak dibayar sebagai cukai, ia dapat digunakan
untuk tujuan lain yang lebih diutamakan oleh pembayar cukai.

Asas utama kepada prinsip keupayaan membayar ini ialah pengorbanan


utiliti yang subjektif sifatnya. Utiliti ini boleh membawa maksud kebajikan
atau kepuasan. Ia boleh dijelaskan dengan lebih lanjut melalui konsep ekuiti
mendatar dan menegak. Mengikut konsep ekuiti mendatar, pengorbanan
yang sama di antara pembayar cukai dapat dicapai sekiranya individu yang
mempunyai kedudukan boleh cukai yang sama dicukai dengan liabiliti
yang sama. Dengan perkataan lain, individu dengan kapasiti boleh cukai
yang sama perlulah menanggung beban cukai yang sama.

Mengikut konsep ekuiti menegak pula, individu yang berlainan


kedudukan ekonomi atau keupayaan membayar cukai, mesti dicukai
sebegitu cara supaya pengorbanan mereka disamaratakan. Ini bermaksud,
orang yang mempunyai keupayaan membayar yang berbeza perlulah
membayar jumlah cukai yang berbeza. Individu yang mempunyai
keupayaan membayar yang lebih perlu membayar cukai yang lebih
berbanding dengan individu yang mempunyai keupayaan membayar yang
rendah.

Bagi mengaplikasikan pendekatan ekuiti ini, adalah penting untuk anda


mengetahui definisi keupayaan membayar cukai (tax paying ability).
Masyarakat selalunya membuat perbandingan pendapatan di antara individu
sebagai petunjuk utama keupayaan membayar cukai. Kadang-kadang
didapati perbandingan kekayaan dan penggunaan juga digunakan.

Usaha untuk membentuk struktur cukai yang berasaskan keupayaan


membayar telah dilaksanakan dengan melihat kepada bentuk pengorbanan
yang terlibat dalam pembayaran cukai. Salah satu pendekatan di bawah
prinsip keupayaan membayar cukai ini beranggapan bahawa sistem cukai
107
perlu dibentuk supaya kebajikan yang dikorbankan dalam pembayaran
cukai oleh setiap individu adalah sama. Dengan perkataan lain, ia
bermaksud pendekatan ini memerlukan setiap orang membayar cukai
mengikut kemampuan masing-masing. Pendekatan yang lain pula
mengatakan bahawa pembentukan sistem cukai ialah untuk mewujudkan
jumlah atau agregat pengorbanan yang paling minimum dalam masyarakat
secara keseluruhan. Secara mudah, pendekatan ini mengehendaki supaya
mereka yang kaya sahaja diwajibkan membayar cukai.

Dalam setiap sistem, pengorbanan sebagai akibat daripada pencukaian


ditentukan mengikut fungsi utiliti marginal seperti yang digambarkan
oleh Rajah 6.1. Adakah anda ingat apa yang dikatakan sebagai utiliti
marginal? Anda pernah mendengar mengenai konsep ini apabila
membincangkan mengenai kepuasan pengguna dalam kuliah Ekonomi
dalam Pengurusan Awam. Utiliti marginal pendapatan dalam konteks ini
didefinisikan sebagai kebajikan atau kepuasan yang bersangkutan dengan se
unit tambahan ringgit pendapatan. Keluk utiliti marginal yang dilukis
diandaikan mempunyai kecerunan yang negatif, iaitu setiap tambahan
ringgit akan memberikan tambahan kebajikan yang semakin menurun
kepada pemiliknya. Beberapa ringgit pendapatan yang pertama selalunya
digunakan untuk membeli makanan dan minuman. Ringgit berikutnya akan
digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluanblain. Bagi mengaplikasi-
kan pendekatan-pendekatan pengorbanan yang akan diterangkan selepas
ini, kita perlu mengandaikan bahawa kebajikansemua individu boleh
dicerminkan oleh keluk utiliti marginal yang serupa. Kita akan bincangkan
di sini dua pendekatan utama di bawah teori keupayaan membayar iaitu

1. Pendekatan pengorbanan mutlak saksama

Pendekatan ini memerlukan supaya semua individu merasai kerugian


kebajikan yang sama dalam usaha mereka untuk membantu sektor awam.
Ini bermaksud semua orang perlu menyumbang ke arah pembayaran
cukai tetapi tidak bermaksud sama banyak jumlah cukainya. Sebagai
contoh, untuk mencapai ekuiti mendatar di antara dua individu dengan
tingkat pendapatan boleh cukai sebanyak OA, adalah perlu untuk mencukai
pada jumlah yang sama ke atas kedua-dua individu tersebut, katakan
sebanyak BA. Mereka akan merasai jumlah pengorbanan kebajikan yang
sama banyak yang dapat diukur oleh kawasan ABCD dalam Rajah 6.1.

Pengorbanan mutlak saksama juga mengehendaki supaya individu dengan


tingkat pendapatan yang berbeza merasai pengorbanan yang sama. Ini
bermakna individu dengan OE sebelum cukai hanya perlu membayar
cukai sebanyak EF. Kita dapat simpulkan bahawa doktrin pengorbanan
mutlak saksama tidak memerlukan pembayaran cukai yang sama banyak
oleh semua individu tetapi memerlukan pengorbanan kebajikan
disamaratakan, iaitu EFGH = ABCD. Walau bagaimanapun, adalah jelas
bahawa keluk utiliti marginal yang semakin mencerun ke bawah
menunjukkan bahawa orang yang kaya akan membayar cukai yang lebih
berbanding dengan orang yang lebih miskin.

108
Rajah 6.1
Keluk Utiliti Marginal Pendapatan

utiliti
marginal

C D

utiliti
marginal

0 F E $50,000 B A $100,000
pendapatan

2. Pendekatan Pengorbanan Sut Saksama

Mengikut pendekatan kedua ini, cukai yang terbaik ialah cukai yang akan
membawa pengorbanan yang paling sedikit kepada kumpulan masyarakat
secara keseluruhan. Seperti biasa, ekuiti mendatar mengehendaki supaya
setiap individu dengan pendapatan yang sama membayar jumlah cukai yang
sama. Bagi merasai pengorbanan yang sama, anda tentu bersetuju sekiranya
dua individu dengan pendapatan yang sama, katakan OA, perlu membayar
jumlah cukai yang sama.

Seterusnya, pendekatan ini yang juga dikenali sebagai pengorbanan


agregat minimum mengehendaki supaya mereka yang kaya dicukai
sehingga pendapatan selepas cukai mereka mencapai tingkat kumpulan
kedua terkaya. Contoh di dalam Jadual 6.1 menunjukkan kedudukan
pendapatan lima individu pembayar cukai dalam sebuah masyarakat.
Sekiranya kerajaan ingin mengumpulkan hasil cukai sebanyak $50,000 dan
cukai ini perlu menyebabkan pengurangan kebajikan yang paling kecil
bagi kumpulan masyarakat ini, maka kesemua dana hendaklah diambil
daripada individu A sahaja.

Jika dirujuk Rajah 6.1, anda akan dapati bahawa pendapatan antara
$50,000 dan $100,000 memberi pemiliknya penambahan kepuasan yang
kecil sahaja. Oleh itu, tidak ada agihan beban cukai lain yang akan
menyebabkan pengorbanan yang lebih kecil ke atas masyarakat berkenaan.
Ini kerana setiap ringgit yang diambil daripada individu B hingga E akan
melibatkan pengorbanan yang lebih daripada setiap ringgit yang diambil
daripada A selagi cukai itu tidak mengakibatkan tingkat pendapatan selepas
cukai bagi A kurang daripada B.

109
Jadual 6.1
Agihan Cukai untuk Mencapai Pengorbanan Sut Saksama

Individu Pendapatan Jumlah Pendapatan Jumlah Pendapatan


pembayar sebelum cukai selepas cukai selepas
I cukai $50,000 cukai $60,000 cukai
II III IV V VI
A $100,000 $50,000 $50,000 $55,000 $45,000

B 50,000 0 50,000 5,000 45,000

C 40,000 0 40,000 0 40,000

D 30,000 0 30,000 0 30,000

E 20,000 0 20,000 0 20,000

Selanjutnya, ruangan V dan VI dalam Jadual 6.1 menunjukkan kepada kita


agihan cukai dan pendapatan selepas cukai di antara individu berkenaan
sekiranya kerajaan ingin mengumpulkan hasil sebanyak $60,000. Baki
$10,000 akan datang daripada individu A dan B dalam jumlah yang sama.
Ini kerana, selepas cukai sebanyak $50,000 dibayar oleh A, individu A dan
B akan berkedudukan sama.

Contoh 6.1

Berikut adalah agihan cukai di antara individu dalam sebuah negara


hipotetikal jika kerajaan ingin mengumpulkan hasil sebanyak $70,000 dan
$150,000.

Individu Pendapatan Cukai Pendapatan Cukai Pendapatan


sebelum $70,000 selepas $150,000 selepas
cukai cukai cukai
Sumbing $50,000 $0 $50,000 $12,500 $37,500
Lembing 70,000 10,000 60,000 32,500 37,500
Baling 10,000 0 10,000 0 10,000
Jeling 30,000 0 30,000 0 30,000
Bimbing 100,000 40,000 60,000 62,500 37,500
Lesing 80,000 20,000 60,000 42,500 37,500
Jumlah cukai $70,000 150,000

Pendekatan ini membawa implikasi bahawa kadar cukai meningkat


mengikut pendapatan dan mungkin mencapai tingkat perampasan
(confiscatory). Anda mungkin merasakan bahawa pandangan pencipta teori
ini mengenai konsep keadilan dalam agihan bayaran cukai agak melampau.
Walaupun benar jurang agihan pendapatan dan kekayaan dapat dirapatkan
melalui pendekatan ini, ia akan menyebabkan implikasi yang negatif ke
atas kegiatan ekonomi. Dalam realiti, kerajaan sememangnya mengamalkan
110
penggunaan kadar progresif seperti yang telah dibincangkan dalam bab
yang lepas. Bagaimanapun, kadar progresif ini tidak pernah dikenakan
begitu tinggi sehingga mencapai 100% daripada pendapatan boleh cukai
seseorang individu.

Kedua-dua pendekatan pengorbanan telah dikritik dengan hebat. Dalam


kehidupan sebenar, tidak banyak orang yang mempunyai keluk utiliti
marginal yang sama di mana mereka menikmati kepuasan yang sama
seperti orang lain bagi setiap ringgit pendapatan masing-masing. Walaupun
kita bersetuju bahawa terdapat kesukaran untuk mengukur utiliti dengan
tepat atau membuat perbandingan utiliti di antara individu, ini tidak
bermakna pendekatan pengorbanan perlu ditolak sama sekali. Seperti yang
telah disebut di awal perbincangan ini, prinsip ekuiti adalah amat penting
bagi masyarakat. Masyarakat perlu merasakan bahawa sesuatu cukai yang
dikenakan adalah adil dan saksama.

Pada pendapat anda, Malaysia menggunakan


pendekatan pengorbanan mutlak saksama atau
pengorbanan sut saksama dalam pengenaan cukai
pendapatannya?

SOALAN DALAM TEKS 6.2

1. Berapakah agihan cukai bagi setiap individu jika


kerajaan ingin mengumpulkan $250,000 sebagai
hasil cukai menggunakan pendekatan pengorbanan
agregat minimum?

Bilangan individu dengan Pendapatan individu


pendapatan yang sama sebelum cukai

4 50,000
3 70,000
4 10,000
4 30,000
2 100,000
3 80,000

Berapakah agihan cukai jika kerajaan ingin mengumpul-


kan cukai sebanyak $400,000 melalui pendekatan yang
sama?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

111
6.3 KECEKAPAN EKONOMI

Seperti mana yang telah anda tahu, cukai bertujuan mendapatkan hasil yang
diperlukan dan memindahkan sumber-sumber daripada kegunaan swasta
kepada awam. Walaupun begitu, cukai mempunyai kesan-kesan sampingan
yang akan memberi kesan ke atas gelagat atau tingkah laku ekonomi
individu. Kita mengakui bahawa ada kalanya cukai atau subsidi memberi
kebaikan kepada individu. Sebagai contoh, cukai ke atas rokok dan
minuman keras mungkin menghalang individu daripada mengamalkan
aktiviti yang membahayakan kesihatan dan membazirkan wang. Biasiswa
(cukai negatif) pula diharapkan dapat mendorong individu untuk
meningkatkan taraf pendidikan mereka.

Dalam perbincangan kita mengenai kecekapan ekonomi, kita hanya akan


melihat kepada kesan-kesan negatif akibat daripada pencukaian. Apabila
kadar cukai rendah dan sektor awam merupakan sektor yang kecil dalam
ekonomi, kesan cukai ke atas gelagat ekonomi individu berkemungkinan
tidak signifikan. Ini dapat menjelaskan kepada anda kenapakah kerajaan
lebih cenderung untuk membina satu sistem yang mempunyai pelbagai
jenis cukai dan mengenakan kadar yang rendah berbanding dengan hanya
satu cukai pada kadar yang tinggi. Jika pelbagai cukai dikenakan pada kadar
yang tinggi, maka kesan sampingan yang tidak diingini akan mempunyai
impak yang sangat besar kepada ekonomi. Mari kita lihat dengan lebih
teliti beberapa kesan sampingan yang timbul akibat pengenaan cukai jualan
ke atas beberapa jenis barangan.

6.3.1 Cukai Neutral

Cukai yang tidak menjejaskan pilihan pasaran individu disebut sebagai cukai
neutral. Rajah 6.2 menggambarkan cukai neutral melalui interaksi antara
keluk penawaran dan permintaan dalam pasaran. Cuba anda perhatikan
ciri-ciri keluk permintaan dan penawaran yang digambarkan. Keluk
permintaan AD adalah keluk permintaan normal yang bercerun dari kiri ke
kanan (kecerunan negatif). Apakah yang dapat anda fahami apabila melihat
keluk permintaan sedemikian? Benar, ia menunjukkan bahawa apabila harga
barangan mahal, pengguna akan hanya membeli pada kuantiti yang kecil.
Sebaliknya jika harga murah, pengguna akan meningkatkan kuantiti
permintaan.

Keluk penawaran pula adalah menegak dengan keanjalan sifar (tidak anjal
sempurna). Ini menunjukkan bahawa kuantiti barangan yang ditawarkan
dalam pasaran adalah terhad dan tidak dapat ditambah dalam jangka
pendek. Dapatkah anda berikan satu contoh barangan yang mempunyai
penawaran seperti itu? Antara barangan yang mempunyai keanjalan
penawaran sifar ialah tanah, barangan antik dan barangan seni karya asal
seniman terkemuka.

Persilangan keluk permintaan dan penawaran pada titik keseimbangan E


akan menyebabkan harga keseimbangan dalam pasaran bagi barangan ini
ialah pada P dan kuantiti yang diminta pada Q. Pada pendapat anda,
112
apakah yang akan berlaku sekiranya cukai sebanyak EC dikenakan ke atas
jualan barangan ini? Jawapannya, tidak ada sebarang perubahan dalam
harga dan kuantiti dalam pasaran. Jumlah barang yang sanggup dibeli oleh
pengguna pada tingkat harga P tidak berubah walaupun cukai tersebut
dikenakan. Pembeli tahu berapa banyak wang yang ingin mereka belanjakan
ke atas barangan tersebut, tetapi mereka berkecuali tentang siapa yang akan
menerima wang mereka, sama ada penjual atau pengutip cukai.

Rajah 6.2
Cukai Neutral

Harga
S
A

P E

B C

0 Q Kuantiti

Dalam kes ini, kita dapati cukai tidak dapat mempengaruhi penawaran yang
mempunyai keanjalan sifar. Kuantiti yang ditawarkan adalah tetap dan tidak
berubah mengikut harga. Kita ambil potret Mona Lisa yang asal sebagai
contoh barangan yang mempunyai keanjalan penawaran sifar. Terdapat
hanya satu sahaja potret berkenaan dan ia tidak dapat ditambah atau
dikurangkan untuk mengubah harga. Oleh kerana harga barangan tidak
berubah, maka ia tidak memberi kesan kepada pembeli. Bagaimanapun,
cukai ini tetap membawa hasil kepada kerajaan. Oleh kerana sejumlah Q
barangan ini dijual pada harga P, maka kerajaan akan mendapat hasil
sebanyak BPEC (EC x Q). Penjual pula mendapat pendapatan sebanyak
0PEQ (0P x Q) tetapi terpaksa menyerahkan BPEC kepada kerajaan
sebagai cukai. Oleh itu, keuntungan bersih yang akan diperolehi hanya
sebanyak 0BCQ atau 0PEQ – BPEC. Ini bermakna walaupun cukai ini
merupakan satu cukai yang tidak menjejaskan pilihan pengguna, ia tetap
memberi kesan kepada pihak lain dalam pasaran iaitu penjual. Pihak penjual
menanggung semua beban akibat cukai ini kerana hanya penjual mengalami
kerugian iaitu pengurangan keuntungan apabila cukai ini dikenakan.

6.3.2 Kerugian Kecekapan

Mari kita lihat pula kesan cukai apabila barangan yang dicukai
mempunyai keluk permintaan yang normal (JH) tetapi keluk penawaran
mendatar seperti yang ditunjukkan melalui Rajah 6.3. Keluk penawaran (S)
113
dilukis begini jika sesuatu barangan itu mempunyai keanjalan infiniti atau
anjal sempurna. Ia bermaksud barangan ini dapat dihasilkan berulang
kali pada kos malar selepas sejumlah kos overhead telah digunakan untuk
pengeluaran barangan tersebut.

Berikan contoh barangan yang mempunyai keanjalan


penawaran infiniti.

Rajah 6.3
Beban Berlebihan dan Keluk Hasil-Kadar Cukai

Kadar/Harga
J

F S + T3
P3

C S + T2
P2

A S + T1
P1

S
R2 R1 Hasil P G D B E

0 Q3 Q2 Q1 Q

Keseimbangan sebelum cukai bagi barangan ini ialah pada titik persilangan
E iaitu harga P dan kuantiti yang dijual ialah Q. Andaikan seunit cukai
sebanyak AB dikenakan ke atas barangan ini. Selagi pandangan pengeluar
terhadap berapa banyakkah wang yang akan diperolehi daripada barangan
ini tidak berubah, maka kedudukan penawaran selepas cukai boleh
digambarkan oleh keluk S + T1. Anda dapat melihat bahawa kesan cukai
dalam kes ini berbeza daripada apa yang berlaku dalam kes sebelum ini.
Keseimbangan harga telah berubah menjadi P1, iaitu harga yang lebih tinggi
daripada harga asal, P. Kuantiti keseimbangan bergerak menjadi Q1,
berbanding sebelumnya pada Q.

Rajah tersebut menunjukkan bahawa cukai ini telah mendatangkan hasil


sebanyak PP1AB kepada kerajaan. Di samping itu, ia juga telah
menyebabkan kesan sampingan. Harga barangan telah meningkat dan ini
dijangka mendorong pengguna menggantikan barangan berkenaan dengan
barangan lain yang menjadi pilihan kedua. Sebelum cukai dikenakan,
pengguna mendapat lebihan pengguna sebanyak PJE apabila membeli
barangan ini pada harga P. Bagaimanapun, setelah harga barangan
114
meningkat kepada P1, lebihan pengguna telah jatuh menjadi P1JA. Ini
bermaksud pengguna telah mengalami kerugian sebanyak PJE – P1JA =
PP1AE.

Adakah anda masih ingat definisi pencukaian? Benar, ia adalah pemindahan


sumber daripada sektor swasta kepada sektor awam. Dalam kes di atas,
sektor awam hanya mendapat hasil sebanyak PP1AB daripada cukai ini
sedangkan pengguna (sektor swasta) mengalami kerugian yang lebih besar
iaitu sebanyak PP1AE. Apabila ditolak PP1AE daripada PP1AB kita
akan mendapat kawasan ABE. Kawasan ini ditafsirkan sebagai kerugian
kecekapan atau beban berlebihan akibat cukai. Ia merupakan kerugian
kebajikan sebagai kesan sampingan cukai tersebut.

Secara lebih khusus, beban berlebihan merupakan satu kerugian kepada


kecekapan ekonomi. Ini kerana, kerugian yang dialami oleh sektor swasta
adalah lebih besar berbanding dengan sumber yang diperolehi oleh
sektor awam daripada cukai tersebut. Anda tentu bertanya kenapakah
perkara ini berlaku. Ia berlaku disebabkan perubahan gelagat kepenggunaan
di mana pengguna bertindak balas menggantikan barangan yang dicukai
yang merupakan barangan pilihan utama dengan satu barangan lain yang
tidak dicukai tetapi merupakan pilihan kedua. Pilihan kedua ini kurang
digemari atau tidak memberi faedah sebanyak pilihan utama kepada
pengguna. Akibatnya kepuasan pengguna telah berkurangan.

6.3.3 Kesan Laffer

Selain daripada fenomena di atas, Rajah 6.3 juga memaparkan satu lagi
kesan pencukaian. Kesan kedua ini lebih penting kepada kerajaan.
Persoalan di sini ialah adakah kadar cukai yang lebih tinggi akan sentiasa
meningkatkan hasil kepada kerajaan? Sebelum menjawab soalan berkenaan,
elok diperhatikan semula Rajah 6.3. Apabila cukai sebanyak AB dikenakan,
kerajaan akan mendapat hasil sebanyak PP1AB. Jika kadar cukai dinaikkan
menjadi CD, hasil akan bertambah menjadi PP2CD. Justeru itu, apabila
kadar dinaikkan, hasil cukai akan bertambah. Bagaimanapun, jika kadar
terus dinaikkan menjadi FG, kita dapati hasil cukai mula berkurangan
menjadi PP3FG. Keadaan ini dapat ditunjukkan melalui keluk hasil-kadar
cukai di bahagian kiri Rajah 6.3. Jumlah hasil cukai sebanyak R1
ditunjukkan di atas rajah apabila kadar AB dan FG dikenakan sementara
R2 menunjukkan hasil cukai apabila kadar CD dikenakan.

Hubungan di antara kadar cukai dan hasil cukai yang dibincangkan telah
diketengahkan oleh ahli ekonomi bernama Arthur Laffer. Oleh itu, ada
pihak yang merujuk keluk hubungan ini sebagai keluk Laffer. Bagi
memudahkan anda, sila rujuk Rajah 6.4 yang memperlihatkan dengan
lebih jelas hubungan tersebut. Dapatlah kita simpulkan bahawa pengenaan
kadar cukai yang tinggi tidak semestinya membawa kepada jumlah hasil
yang bertambah kepada kerajaan. Kebiasaannya apabila kadar ditingkatkan
dari 0 kepada k, hasil akan mula bertambah. Jika kadar yang dikenakan
melebihi k, hasil cukai akan mula berkurangan dan boleh mencapai jumlah
sifar.

115
Rajah 6.4
Hubungan antara Kadar dan Hasil Cukai

Hasil
Cukai

0 k Kadar Cukai

6.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Setelah membincangkan mengenai kesan cukai ke atas kecekapan


ekonomi dan hasil kerajaan, anda akan melihat pula kesan cukai ke atas
pihak pengguna dan pengeluar. Bagi memastikan pihak mana yang akan
menanggung beban daripada sesuatu cukai jualan, kita perlu mengkaji
mengenai lebihan pengguna dan lebihan pengeluar. Adakah anda masih
ingat mengenai konsep lebihan pengguna dan pengeluar? Perkara ini
telah dibincangkan dalam Prinsip Ekonomi dan juga di awal modul ini.

Melalui Rajah 6.5 anda dapat melihat kesan cukai ke atas pengguna dan
pengeluar apabila keluk-keluk permintaan (AD) dan penawaran (SF)
adalah normal. Kebanyakan barangan mempunyai keluk permintaan dan
penawaran yang begini sifatnya. Sebelum cukai dikenakan, harga di pasaran
ialah P1 dan kuantiti Q1. Dapatkah anda nyatakan jumlah lebihan
pengguna dalam keadaan ini? Benar, lebihan pengguna ialah sebanyak
AP1E, manakala pengeluar pula mendapat lebihan pengeluar atau
keuntungan sebanyak P1EF.

Rajah 6.5
Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Harga
A S+T

P2 C S

E
P1
H G

F D

0 Q2 Q1 Kuantiti

116
Apakah pula yang akan berlaku jika kerajaan mengenakan cukai sebanyak
CG ke atas barangan ini? Pengenaan cukai akan mendatangkan hasil
kepada kerajaan, selain daripada mempengaruhi keseimbangan harga dan
kuantiti. Pengenaan cukai sebanyak CG akan menyebabkan keluk
penawaran berganjak ke atas menjadi S+T. Hasilnya, harga barangan
berkenaan dalam pasaran telah meningkat menjadi P2 tetapi kuantiti
keseimbangan pasaran berkurang kepada Q2. Ini akan memberi kesan
kepada lebihan pengguna kerana faedah bersih daripada penggunaan
barangan ini telah berkurangan menjadi AP2C akibat daripada kenaikan
harga. Dengan perkataan lain, pengguna mengalami kerugian sebanyak
P1P2CE apabila cukai sebanyak CG dikenakan ke atas barangan ini.

Kita lihat pula apa yang berlaku di sebelah pihak pengeluar. Cukai
berkenaan telah menyebabkan lebihan pengeluar berkurangan daripada
P1EF menjadi HGF sahaja. Jumlah kerugian kepada pengeluar ialah
kawasan P1EGH. Hal ini berlaku kerana pihak pengeluar terpaksa
menanggung sebahagian beban cukai tersebut. Pengeluar tidak dapat
menaikkan harga barangan itu sebanyak CG untuk ditanggung oleh
pengguna kesemuanya kerana sifat barangan ini yang mempunyai
pengganti.

Berapa banyakkah hasil cukai yang akan didapati oleh kerajaan? Kita
darabkan kadar cukai CG dengan kuantiti yang dijual iaitu 0Q2. Maka
jumlah hasil kepada kerajaan ialah sebanyak HP2CG. Cuba anda
bandingkan jumlah tersebut dengan kerugian yang dialami oleh pihak
pengguna dan pengeluar. Kerugian pengguna ialah sebanyak P1P2CE
dan P1EGH ialah kerugian yang ditanggung oleh pengeluar. Maka,
jumlah kerugian kepada sektor swasta ialah HP2CEG sedangkan hasil cukai
kepada sektor awam ialah HP2CG. Ini bermaksud terdapat beban
berlebihan sebanyak CGE yang ditanggung oleh sektor swasta.

Kita lihat satu lagi keadaan apabila cukai dikenakan ke atas barangan yang
mempunyai keanjalan permintaan sifar tetapi keanjalan penawaran adalah
normal. Cuba anda berikan satu contoh barangan yang mempunyai sifat
begini. Benar, barang ini merupakan barang mesti yang tidak mempunyai
pengganti seperti makanan dan minuman. Bagaimanapun adalah tidak
tepat untuk mengatakan semua jenis makanan mempunyai keanjalan
permintaan sifar. Ini kerana ia dapat diganti dengan jenis makanan yang
lain. Nasi sebagai contoh mempunyai pengganti seperti mee, laksa dan
roti. Cuma makanan secara keseluruhan sahaja mempunyai keanjalan
permintaan yang menegak seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 6.6. Semakin
banyak pengganti sesuatu barangan, semakin anjal keluk permintaannya.
Jika hanya terdapat sedikit pengganti maka ia mempunyai permintaan yang
kurang anjal.

Adakah garam sejenis barang mesti dengan keanjalan


permintaan sifar?

Disebabkan barangan ini adalah barangan mesti, Q merupakan kuantiti


117
yang diperlukan oleh pengguna. Ia ditunjukkan oleh keluk permintaan
DQ. Persilangan antara keluk penawaran LS dengan keluk permintaan
akan menentukan harga keseimbangan di pasaran iaitu sebanyak P. Jika satu
cukai sebanyak FE dikenakan ke atas barangan ini, ia akan menyebabkan
keluk penawaran bergerak ke atas menjadi S + T. Apabila hal ini berlaku,
kita akan mendapat keseimbangan baru pada titik F. Harga barangan
akan meningkat menjadi P1. Dalam keadaan ini, anda akan dapati pengguna
adalah pihak yang akan menanggung keseluruhan beban cukai ini. Ini
dibuktikan oleh lebihan pengguna yang semakin berkurangan. Kerugian
pengguna dan hasil kepada kerajaan ialah sebanyak PP1FE. Ini
menunjukkan tidak berlaku kerugian kecekapan apabila cukai dikenakan
ke atas barangan yang mempunyai keanjalan permintaan sifar. Keadaan
yang sama kita dapati apabila cukai dikenakan ke atas barangan yang
mempunyai keanjalan penawaran sifar.

Rajah 6.6
Kesan Cukai Bagi Barangan dengan Keanjalan Permintaan Sifar

Harga D

S +T

P1 F S

P E

0 Q Kuantiti

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah cukai yang baik dari segi
kecekapan ekonomi adalah cukai yang dikenakan ke atas barangan yang
mempunyai keanjalan permintaan dan penawaran yang rendah. Dari segi
jumlah beban cukai, beban yang ditanggung oleh pengguna akan meningkat
apabila semakin anjal penawaran atau semakin kurang anjal permintaan
bagi sesuatu barangan. Bagi pengeluar pula, mereka akan menanggung
beban cukai yang besar apabila penawaran kurang anjal dan permintaan
sangat anjal.

Antara minuman beralkohol dan bir, yang manakah


yang lebih baik dikenakan cukai? Bincangkan.

118
SOALAN DALAM TEKS 6.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan beban


berlebihan dan kenapakah ia berlaku?
2. Terangkan mengenai kesan Laffer.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.4 KEBERKESANAN PENTADBIRAN CUKAI

Seperti yang telah disebutkan di awal bab ini, kriteria pentadbiran


pencukaian yang berkesan juga penting bagi membentuk satu sistem
cukai. Anda tentu maklum bahawa pentadbiran cukai akan menggunakan
beberapa sumber. Penilaian dan pengutipan cukai memerlukan
penggunaan kakitangan dan peralatan. Aktiviti pentadbiran cukai
merupakan salah satu aktiviti perkhidmatan awam dan mesti dilaksana-
kan dengan cekap. Perkhidmatan yang berkualiti ini perlu diadakan
dengan menggunakan kos yang berpatutan.

Ciri sistem pencukaian yang baik ialah cukai yang mempunyai kos
pentadbiran yang tidak terlalu tinggi. Kos ini akan semakin meningkat jika
struktur cukai adalah kompleks. Sebagai contoh, cukai kepala (poll tax)
adalah lebih mudah strukturnya dan murah kos untuk ditadbirkan
berbanding dengan cukai jualan. Cukai jualan pula lebih murah kos
pentadbirannya berbanding dengan cukai pendapatan. Namun begitu,
cukai yang kompleks strukturnya mungkin lebih adil berbanding dengan
cukai yang mudah strukturnya. Oleh itu, perlu ada keseimbangan dalam
menentukan setakat mana struktur sesuatu cukai itu boleh dijadikan
kompleks untuk tujuan keadilan.

Seperti juga seperti peraturan dan undang-undang lain, pengakuran


(compliance) yang lebih efektif dapat diperolehi sama ada dengan cara

(i) pengenaan denda atau penalti yang tinggi terhadap


pihak yang bersalah atau ingkar; atau
(ii) membelanjakan kos yang tinggi daripada segi penguat-
kuasaan untuk memastikan semua pihak melaksanakan
kewajipan masing-masing.

Persoalan yang mungkin anda fikirkan ialah apakah standard atau


piawaian yang sepatutnya ditetapkan untuk mencapai pentadbiran cukai
yang berkesan. Rajah 6.7 menunjukkan piawaian yang boleh dijadikan
asas dalam menilai keberkesanan pentadbiran cukai. Bagi setiap panel, paksi
mendatar mengukur unit pentadbiran cukai.

119
Rajah 6.7
Jumlah Pentadbiran Cukai yang Optimum

$
KM
(I)

FM

0 N unit pentadbiran cukai

100%
kutipan
hasil
cukai
(II)
50%

0 N unit pentadbiran cukai

% kos
pentadbiran
berbanding
dengan jumlah
hasil cukai

(III) 3%

0 N unit pentadbiran cukai

Bagi memudahkan perbincangan, kita andaikan unit ini sebagai bilangan


pengutip cukai yang digunakan. Panel (1) menunjukkan kepada kita dari
sudut kecekapan ekonomi, bilangan pengutip cukai yang diperlukan
ialah sebanyak N orang. Keluk FM menunjukkan faedah marginal yang
akan diperolehi daripada kerja-kerja yang dilakukan oleh pengutip cukai.
Keluk ini ditunjukkan mencerun ke bawah kerana pulangan yang
didapati akan semakin berkurangan apabila semakin ramai pengutip cukai
digunakan. Ianya sama dengan konsep utiliti marginal yang telah kita
bincangkan sebelum ini. Bagaimanapun, kita tahu bahawa pengutip cukai
tidak bekerja secara percuma. Keluk KM menunjukkan kos marginal

120
yang berkaitan dengan penggunaan tenaga kerja ini. Panel (I) menunjukkan
bahawa apabila (N+1) pengutip cukai digunakan, kos yang ditanggung oleh
kerajaan melebihi faedah yang akan diterima.

Panel (II) dan (III) melihat perkara ini daripada perspektif lain. Panel (II)
menunjukkan bahawa secara normal pihak kerajaan tidak sepatutnya
berharap dapat mengutip semua hasil yang wajib dibayar oleh semua
orang. Perkara ini berlaku kerana individu mungkin mengambil tindakan
untuk mengelakkan atau melarikan diri daripada membayar cukai. Dua
tindakan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut selepas ini. Tindakan
mengelak atau lari daripada membayar cukai akan semakin meningkat
apabila kadar inflasi dalam negara meningkat dan apabila kadar cukai
dinaikkan atau menjadi semakin progresif.

Seterusnya, kos-kos pentadbiran juga dapat dihubungkan dengan jumlah


hasil cukai yang dikutip. Kos pentadbiran sebagai peratusan daripada
jumlah cukai dikutip boleh dijadikan petunjuk kepada kecekapan
pentadbiran. Hubungan ini dapat anda lihat melalui Panel (III). Disebabkan
pelbagai kos yang wujud, maka pengiraan jumlah keseluruhan kos pentad-
biran bukan mudah untuk dilakukan. Bagaimanapun, prinsipnya ialah kos
pentadbiran cukai tidak boleh terlalu tinggi berbanding dengan hasil cukai.

6.4.1 Pengelakan dan Pelarian Cukai

Tidak ramai orang yang suka membayar cukai walaupun kita semua
memahami sebab cukai amat diperlukan. Tanpa cukai tentu banyak
kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tidak dapat diadakan. Walau
bagaimanapun, naluri manusia untuk mengurangkan beban cukai adalah
sesuatu yang normal. Andainya seseorang berjaya mengurangkan beban
cukai sebanyak RM100, maka ini akan menyebabkan pendapatan bawa
baliknya bertambah sebanyak RM100. Ada dua tindakan yang dapat
dilakukan oleh individu bagi mengurangkan beban cukainya iaitu melalui
tindakan pengelakan cukai ataupun melalui pelarian cukai. Mari kita lihat
perbezaan di antara kedua-dua tindakan ini.

Pengelakan cukai merupakan tindakan sah yang dilakukan oleh individu


untuk mengurangkan liabiliti cukainya. Sebagai contoh, seorang peminum
arak mengambil tindakan untuk berhenti meminum arak dan menggantikan
minuman kegemarannya itu dengan minuman susu yang tidak dicukai,
ataupun jika seseorang mengambil tindakan membeli polisi insurans nyawa
untuk mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar olehnya.
Anda mungkin dapat memberikan banyak lagi contoh tindakan yang
diambil oleh anda bertujuan untuk mengurangkan bayaran cukai.
Walaupun pihak kerajaan akan mendapat hasil yang berkurangan akibat
daripada tindakan-tindakan tersebut, ia tidak dapat dipertikaikan kerana
menjadi hak individu untuk berbuat begitu.

Sebaliknya, pelarian cukai merupakan tindakan yang menyalahi undang-


undang bertujuan untuk mengurangkan bayaran cukai atau supaya tidak
membayar cukai sama sekali. Andainya anda menipu jumlah pendapatan
sebenar yang diperolehi ataupun sengaja tidak melaporkan pendapatan
121
untuk mengelak daripada membayar cukai, ia adalah tindakan yang tidak
sah. Jika anda membeli rokok yang diseludup maka anda juga melakukan
tindakan pelarian cukai. Ini kerana semua rokok yang dijual dikenakan
cukai eksais. Jika anda ingin meneruskan tabiat menghisap rokok, maka
anda perlu membayar cukainya. Jika tidak, berhenti sahaja daripada
menghisap rokok.

6.4.2 Kos Pentadbiran dan Pematuhan Cukai

Kita telah menyentuh mengenai beban berlebihan apabila membincangkan


mengenai kecekapan cukai. Walaupun ia sukar diukur, ia tetap merupakan
kos kepada sektor swasta. Apa yang anda akan lihat di bahagian ini ialah
kos-kos lain yang berkaitan dengan pentadbiran cukai. Berikut ialah kos-kos
yang terlibat dalam pentadbiran cukai:

a. Kos Pentadbiran

Sesuatu sistem cukai perlu ditadbirkan oleh agensi kerajaan. Semua


perbelanjaan yang ditanggung oleh agensi berkenaan ialah kos pentadbiran
cukai. Perbelanjaan ini dapat anda lihat melalui dokumen-dokumen bajet
agensi berkenaan. Di Malaysia, kita dapati kebanyakan cukai langsung
ditadbirkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Cukai tidak langsung pula
ditadbirkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Perlu diingat di sini bahawa perbelanjaan yang ditanggung oleh kedua- dua
agensi berkenaan bukanlah kos keseluruhan pentadbiran cukai. Ini kerana
terdapat pihak-pihak lain yang terlibat dalam proses pembuatan keputusan
mengenai sesuatu cukai. Pada peringkat Persekutuan misalnya, ia
melibatkan Bahagian Cukai yang terdapat di Perbendaharaan, Kabinet dan
Parlimen. Selain itu, kos penguatkuasaan juga adalah sebahagian daripada
kos pentadbiran dan ia melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pengauditan,
penangkapan, pendakwaan, perbicaraan dan lain-lain.

b. Kos Pematuhan

Pihak yang membayar cukai juga menanggung kos apabila mereka


membayar cukai. Individu mungkin perlu menyimpan rekod-rekod, mengisi
borang cukai setelah menyemak semua maklumat yang diperlukan atau
mengupah pihak tertentu seperti akauntan atau perunding cukai untuk
melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. Semakin kompleks
struktur sesuatu cukai, semakin tinggi kos pengakuran yang wujud. Bagi
cukai yang mudah strukturnya seperti cukai jualan, maka kos pengakuran
adalah rendah kepada pembeli tetapi tinggi bagi penjual.

6.4.3 Kos-Kos Lain

Selain daripada kos-kos yang dijelaskan di atas, terdapat juga kos-kos lain
yang wujud dalam perlaksanaan sesuatu sistem cukai. Antaranya ialah
perbelanjaan cukai, perlindungan cukai, kos melobi dan pengampunan
cukai. Kesemua yang disebut di atas melibatkan kerugian dari segi hasil
kepada kerajaan.

122
Perbelanjaan cukai ialah polisi-polisi cukai yang melibatkan pengecualian,
pelepasan atau penolakan sebahagian daripada pendapatan daripada
dicukai atau apabila kadar yang lebih rendah diberikan. Ia juga termasuk
pemberian kredit cukai atau pelanjutan tempoh pembayaran cukai. Sebagai
contoh, pendapatan daripada pencen dikecualikan daripada cukai. Ini
bermakna kerajaan telah kehilangan hasil daripada cukai pendapatan bagi
pendapatan pencen. Polisi kerajaan untuk memberikan pelepasan cukai bagi
perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa bertujuan mewujudkan
masyarakat penyayang tetapi ia menyebabkan pengurangan hasil cukai.

Perlindungan cukai pula timbul hasil daripada sesuatu polisi cukai yang
menyebabkan beban cukai pembayar cukai berkurangan tanpa disedari
secara langsung oleh pembuat dasar. Perundangan cukai yang diluluskan
mungkin menyebabkan sumber-sumber dialihkan daripada penggunaan
yang efisien kepada yang kurang efisien dan ini merugikan negara. Ini
kerana perlindungan cukai menyebabkan sesuatu aktiviti menjadi tidak
produktif kepada individu atau syarikat berbanding dengan aktiviti- aktiviti
lain. Sebagai contoh, kerajaan mengecualikan pendapatan daripada
simpanan tetap daripada dicukai sedangkan pendapatan daripada sumber
lain dikenakan cukai. Ini mungkin menyebabkan ada individu bertindak
menyimpan semua wang mereka dan tidak digunakan bagi tujuan pelaburan
dalam perniagaan.

Kos melobi pula ialah kos yang ditanggung oleh pihak swasta untuk
mendapatkan pengecualian atau pelepasan cukai daripada kerajaan. Ada
kalanya sesuatu industri membelanjakan sejumlah wang untuk mem-
pengaruhi para pembuat keputusan supaya beban cukai ke atas industri
berkenaan dikurangkan. Anda mungkin pernah mendengar bahawa aktiviti
melobi ini amat banyak dilakukan di luar negara dan ia disahkan dalam
sistem mereka.

Seterusnya, ada kerajaan yang memberikan pengampunan cukai kepada


pembayar cukai di mana mereka diberi peluang membayar cukai-cukai yang
tertangguh dengan mengurangkan atau mengecualikan penalti yang
seharusnya dikenakan ke atas mereka. Kerajaan akan mendapat kembali
sebahagian daripada hasil cukai yang tidak dibayar. Bagaimanapun,
pengampunan cukai ini merupakan satu isu kontroversi. Ramai pihak
berpendapat ianya tidak adil kepada orang yang membayar cukai pada
masa yang ditetapkan. Jika anda adalah pembayar cukai yang mematuhi
peraturan, anda mungkin merasakan bahawa wajar jika kerajaan berusaha
mencari pengelat cukai dan mengambil tindakan ke atas mereka.
Pengampunan cukai dilihat sebagai satu tindakan menghalalkan gelagat
yang tidak sah dan menyediakan insentif untuk pembayar cukai mengelak
daripada membayar cukai pada masa ini dengan harapan pengampunan
cukai akan terus diberikan pada masa depan.

Pernahkan anda mendengar aktiviri melobi dilakukan


untuk mendapat keistimewaan cukai dilakukan di
Malaysia?

123
SOALAN DALAM TEKS 6.4

1. Bezakan di antara tindakan pelarian cukai dan


pengelakan cukai.
2. Senaraikan lima jenis kos yang akan memberi kesan
kepada keberkesanan pentadbiran cukai.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.5 RUMUSAN

Sesuatu sistem cukai yang baik perlu memenuhi beberapa kriteria tertentu.
Antara kriteria-kriteria tersebut ialah sistem cukai yang dapat menjana
sejumlah hasil yang diperlukan oleh kerajaan, bersifat adil dan saksama ke
atas pembayar cukai, cekap dari segi ekonomi dan berkesan dari segi
pentadbiran. Bagaimanapun, bukan mudah untuk mencapai kesemua
prinsip-prinsip cukai yang baik secara sekali gus. Oleh itu, kerajaan perlu
memilih kriteria-kriteria yang akan digunakan ketika membentuk sesuatu
cukai. Cukai yang berlainan akan menggunakan kriteria-kriteria yang
berlainan.

Sebagai pembayar cukai, anda perlu faham kenapakah sesuatu cukai itu
diadakan dan apakah prinsip-prinsip pencukaian yang digunakan.
Pemahaman mengenai perkara ini memudahkan kita mengambil tindakan
yang sah untuk mengurangkan beban cukai di samping tidak mengabaikan
tanggungjawab sebagai rakyat.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan dengan terperinci prinsip-prinsip pencukaian yang


digunakan apabila kerajaan mengadakan cukai pendapatan individu
dan cukai jalan.

2. Pendekatan pengorbanan agregat minimum adalah pendekatan


yang tidak praktikal. Komen kenyataan tersebut.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

124
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 6.1

1. Ekuiti mendatar mengukur agihan cukai di antara individu yang


sama kedudukan boleh cukai. Misalnya, individu yang sama
pendapatan boleh cukai perlu dicukai sama banyak untuk
mencapai keadilan di antara mereka. Sebaliknya, ekuiti menegak
mengukur agihan cukai di kalangan mereka yang tidak sama
kedudukan boleh cukai. Mereka yang lebih berkemampuan
membayar cukai perlu dicukai pada kadar yang lebih tinggi
supaya mereka membayar amaun cukai yang lebih banyak
daripada individu yang kurang berkemampuan.

SDT 6.2

1. Agihan cukai $250,000 menggunakan pendekatan pengorbanan


agregat minimum.

Bilangan Pendapatan Cukai Cukai Pendapatan


Individu Sebelum Cukai Individu Kumpulan Selepas
Selepas
Cukai

4 $50,000 $0 $0 $50,000
3 70,000 20,000 60,000 50,000
4 10,000 0 0 10,000
4 30,000 0 0 30,000
2 100,000 50,000 100,000 50,000
3 80,000 30,000 90,000 50,000
250,000

2. Agihan cukai $400,000 menggunakan pendekatan pengorbanan


agregat minimum.

Bilangan Pendapatan Cukai Cukai Pendapatan


Individu Sebelum Individu Kumpulan Selepas
Cukai Cukai
4 $50,000 $12,500 $50,000 $37,500
3 70,000 32,500 97,500 37,500
4 10,000 0 0 10,000
4 30,000 0 0 30,000
2 100,000 62,500 125,000 37,500
3 80,000 42,500 127,500 37,500
400,000
125
SDT 6.3

1. Beban berlebihan ialah satu kerugian kebajikan yang berlaku


kepada pihak swasta (pengguna dan pengeluar) akibat daripada
pengenaan beberapa jenis cukai. Ia dipanggil juga sebagai kerugian
kecekapan kerana kerugian yang dialami oleh sektor swasta
lebih besar daripada hasil yang diperolehi oleh sektor awam. Ia
berlaku kerana pengguna bertindak balas mengubah gelagat
kepenggunaan mereka untuk mengelak daripada membayar cukai.
Pengguna bertindak menggantikan barangan yang dicukai yang
merupakan pilihan utama dengan barangan yang kurang digemari
atau kurang baik tetapi tidak dicukai. Sebagai contoh, jika susu
tepung dicukai, maka ibu bapa menggantikan susu tersebut dengan
susu pekat manis (tidak dicukai) yang tidak sebaik susu tepung.

2. Kesan Laffer merujuk kepada kesan pengenaan kadar cukai


terhadap hasil cukai kepada kerajaan. Semakin tinggi kadar yang
dikenakan, semakin tinggi hasil cukai sehingga mencapai paras
maksimum (k) di mana jika kadar terus dinaikkan, hasil cukai
akan berkurangan. Fenomena ini dapat dilihat melalui rajah di
bawah.

Hasil
Cukai

k Kadar Cukai

SDT6.4

1. Pengelakan cukai adalah tindakan mengurangkan beban cukai


dengan mengambil tindakan yang sah di sisi undang-undang
seperti mengurangkan penggunaan barangan yang dicukai atau
mengelakkan aktiviti yang dicukai. Sebagai contoh, menggantikan
arak yang dicukai dengan kopi yang tidak dicukai.

Sebaliknya, tindakan pelarian cukai merupakan tindakan


mengurangkan beban cukai secara tidak sah di sisi undang-
undang. Antaranya ialah menyeludup barangan yang dicukai,
menipu kerajaan melalui tindakan tidak mengisytiharkan harta
atau mengisytiharkan jumlah atau nilai yang rendah daripada
sebenar supaya bayaran cukai dapat dielakkan atau dikurangkan.

2. Lima kos yang akan memberi kesan kepada pentadbiran cukai


ialah
126
(i) Kos Pentadbiran: Ia melibatkan perbelanjaan oleh agensi-
agensi kerajaan bagi meluluskan undang- undang cukai,
mengutip cukai daripada pihak yang dicukai dan
menguatkuasakan hukuman terhadap pihak yang ingkar.

(ii) Kos Pengakuran: Kos yang ditanggung oleh pembayar


cukai dalam usaha membayar cukai kepada kerajaan.
Pembayar cukai perlu mempelajari peruntukan-peruntukan
cukai atau menggaji pihak profesional bagi membantu
menguruskan bayaran bagi pihak mereka, menyimpan resit
dan rekod- rekod, selain mengisi borang cukai.

(iii) Kos Perbelanjaan Cukai: Pelepasan, pengecualian dan


penolakan cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada
pembayar cukai merupakan kerugian kepada kerajaan dari
segi hasil.

(iv) Kos Melobi: Kos yang ditanggung oleh pihak swasta bagi
mendapatkan pengecualian atau pelepasan cukai bagi
aktiviti-aktiviti atau barangan yang dikeluarkan oleh mereka.

(v) Pengampunan Cukai: Apabila kerajaan memberi


pengampunan cukai dengan cara menghapuskan atau
mengurangkan cukai atau penalti, ini bermaksud kerajaan
telah kerugian sebahagian daripada hasil atau penalti yang
sepatutnya dikutip.

127
BAB 7
JENIS-JENIS CUKAI

OBJEKTIF BAB

Setelah anda mengikuti bab ini, anda diharap dapat:


1. Mengetahui beberapa jenis cukai yang dikenakan oleh
kerajaan.
2. Memahami tujuan pengenaan cukai-cukai berkenaan.
3. Mengetahui teknik pengiraan cukai pendapatan individu di
Malaysia.

7.1 PENGENALAN

Dalam bab sebelum ini anda telah didedahkan tentang kepentingan,


tujuan dan cara cukai dikelaskan. Anda juga telah mendapat kefahaman
mengenai prinsip-prinsip percukaian yang baik dan juga implikasi
pengenaan cukai terhadap kerajaan, pengguna dan juga pengeluar.

Untuk membiayai perbelanjaan sektor awam, kerajaan perlu mendapatkan


sumber-sumber pendapatan bagi tujuan ini dengan mengenakan beberapa
jenis cukai ke atas rakyat dan bukan rakyat. Selain daripada pendapatan
sebagai asas cukai, cukai penggunaan, cukai harta dan cukai kematian
adalah antara beberapa jenis cukai yang dapat dikenakan oleh kerajaan.
Ada yang dikenakan setahun sekali seperti cukai pendapatan individu, cukai
pendapatan syarikat dan cukai ke atas harta. Ada pula yang dikenakan setiap
kali kita membeli barangan seperti cukai jualan, cukai eksais, cukai
perkhidmatan dan cukai import.

Di dalam bab ini, kita akan membincangkan tentang pengenaan beberapa


jenis cukai, tujuan cukai berkenaan diadakan dan teknik perlaksanaannya.
Di antara cukai-cukai tersebut, cukai pendapatan individu dan cukai
pendapatan syarikat merupakan antara yang terpenting kepada kerajaan.
Sebagai individu, wajarlah kita mengetahui cara kita menyumbang kepada
kos menyediakan perkhidmatan dan mentadbir negara ini melalui
pembayaran cukai yang pelbagai.

7.2 CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

Sejak sekian lama cukai pendapatan dan cukai ke atas kekayaan telah
dianggap sebagai satu bentuk pencukaian terbaik kerana ia menepati
konsep keupayaan membayar. Secara amnya, cukai pendapatan bermaksud
cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas semua jenis pendapatan
128
yang melebihi daripada suatu jumlah tertentu. Cukai ini dikenakan bagi
membolehkan kerajaan membiayai aktiviti-aktivitinya untuk kesejahteraan
rakyat seperti pembinaan jalan, sekolah, penyediaan perkhidmatan dan
sebagainya. Cukai pendapatan boleh dikenakan terhadap individu dan juga
syarikat perniagaan.

Anda tentu ingin mengetahui cara cukai pendapatan ditaksirkan. Cukai


pendapatan seseorang ditaksir dengan mengambil kira jumlah pendapatan
yang diterima oleh individu dan ciri-ciri individu itu sendiri. Ciri-ciri
individu inilah yang akan menentukan bentuk-bentuk pelepasan yang akan
diperolehi oleh seseorang individu dalam mengurangkan jumlah cukai
yang perlu dibayar. Ini juga boleh dianggap sebagai satu bentuk
perbelanjaan cukai bagi kerajaan dan pengelakan cukai kepada individu
berkenaan. Contohnya bagi seseorang yang ingin mengurangkan beban
cukai, beliau boleh merancang untuk menambah bilangan anak atau pun
menderma kepada badan-badan yang diiktiraf oleh Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN). Tindakan seperti ini sah dari segi undang-undang dan
tidak dianggap sebagai pelarian cukai.

Selain itu, adalah penting untuk mengetahui pihak-pihak yang akan


dikenakan cukai pendapatan. Menurut Seksyen 3 Akta Cukai Pendapatan
(ACP) 1967, suatu cukai yang dikenali sebagai cukai pendapatan
dikenakan bagi setiap tahun taksiran ke atas semua jenis pendapatan
seseorang yang terakru dalam Malaysia atau diterima dari luar Malaysia.
Pengenaan cukai pendapatan individu di Malaysia adalah berasaskan taraf
pemastautin iaitu seseorang itu berada 182 hari di Malaysia untuk satu
tahun tanpa mengira taraf kewarganegaraan atau kerakyatan. Bagi bukan
pemastautin, mereka hanya dikenakan cukai bagi pendapatan yang diterima
di Malaysia sahaja.

Di bahagian berikut, anda akan melihat pengenaan cukai pendapatan


individu berdasarkan pengalaman Malaysia.

7.2.1 Jenis Pendapatan yang Dikenakan Cukai

Peruntukan tentang jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai ini


terdapat dalam Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967. Ia termasuk
perolehan atau keuntungan daripada sesuatu perniagaan, perolehan atau
keuntungan daripada sesuatu pekerjaan, dividen, faedah atau diskaun,
sewaan, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain,
dan perolehan atau keuntungan lain yang tidak dinyatakan di atas.

Mari kita lihat satu jenis pendapatan yang dikenakan cukai iaitu
pendapatan penggajian. Ia didefinisikan sebagai perolehan atau
keuntungan daripada sesuatu pekerjaan termasuk bayaran tunai dan
bukan tunai seperti berikut:

• Upah iaitu sejenis pendapatan yang diberi kepada seseorang


pekerja tanpa mengambil kira sesuatu tempoh.
• Gaji iaitu suatu bayaran yang boleh diterima oleh seseorang
pekerja pada setiap hujung bulan ataupun setiap minggu
129
atau seperti yang dinyatakan dalam perjanjian pekerjaan.
• Komisen yang biasanya dibayar kepada jurujual berdasarkan
nilai jualan atau tertakluk kepada produktivitinya.
• Bonus iaitu bayaran saguhati yang dibayar oleh majikan
kepada pekerja-pekerja dan biasanya diterima pada akhir
tahun kewangan syarikat.
• Elaun yang dibayar kepada pekerja seperti elaun keraian,
pengangkutan dan persidangan.
• Ganjaran yang diberi apabila seseorang pembayar cukai
meninggal dunia atau bersara.
• Manfaat bukan tunai yang disediakan majikan seperti
pembantu rumah, tukang kebun, pemandu, perabot,
perkakas rumah dan barangan.

Tempoh asas bagi pengiraan cukai bagi sumber penggajian biasanya


setahun iaitu mengikut tahun berakhir 31 Disember. Pembayar cukai
perlu mengisi dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan
(BNCP) sebelum 30 April setiap tahun kepada Lembaga Hasil Dalam
Negeri. Melalui borang berkenaan pembayar cukai melaporkan pendapatan,
perbelanjaan yang layak menerima pelepasan, potongan dan rebat cukai
serta mengira cukai pendapatan yang perlu dibayar. Pembayaran cukai
dibuat sendiri atau melalui Potongan Cukai Berjadual oleh majikan.
Pembayar cukai perlu menyimpan dokumen-dokumen seperti Borang
EA/EC yang dikeluarkan oleh majikan, resit premium insurans, sijil-sijil
kelahiran, sijil nikah dan sebagainya sebagai rekod untuk tujuan pengauditan
jika diminta oleh pihak LHDN.

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian oleh pembayar cukai ialah dari
segi pengiraan cukai sebagai individu atau sebagai suami isteri. Isteri boleh
memilih secara bertulis untuk mengumpulkan segala pendapatannya dengan
jumlah pendapatan suami dan ditaksirkan atas nama suami. Taksiran jenis
ini dinamakan sebagai taksiran bersama. Manakala jika isteri memilih
untuk dibuat taksiran atas namanya sendiri ia dinamakan sebagai taksiran
berasingan. Jika pasangan suami isteri memilih taksiran bersama, ini
bermakna suami layak mendapat potongan untuk isteri sebanyak RM3,000
sahaja. Sebaliknya, jika taksiran berasingan dipilih, maka:

• Isteri akan diberi pelepasan diri sendiri sebanyak RM9,000.


• Isteri layak menerima pelepasan untuk premium insurans
nyawa dan caruman kepada KWSP atau Kumpulan Wang
Pencen yang diluluskan sebanyak RM6,000. Suami juga
layak menerima pelepasan RM6,000.
• Suami tidak layak menerima pelepasan untuk isteri
sebanyak RM3,000.
• Isteri layak menuntut pelepasan perbelanjaan rawatan ibu
bapanya sehingga RM5,000.
• Isteri layak mendapat pelepasan sehingga RM5,000 untuk
pembelian alat sokongan asas hilang upaya untuk diri
sendiri, anak atau ibu bapa.
• Isteri layak menerima potongan rebat sebanyak RM400, jika
130
pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000.
• Pelepasan anak-anak boleh dikongsi bersama di antara
suami dan isteri.

7.2.2 Pendapatan yang Dikecualikan Cukai

Jadual 6 di bawah Seksyen 127 ACP 1967 telah memperuntukkan 34 jenis


pendapatan yang dikecualikan cukai. Antara pendapatan yang dikecualikan
cukai termasuklah emolumen bagi raja-raja, pendapatan ahli diplomatik,
pendapatan kepada kerajaan dan hadiah yang diterima oleh ahli sukan
profesional. Untuk tujuan cukai pendapatan individu, disenaraikan
beberapa pendapatan yang dikecualikan cukai iaitu

• Pendapatan penggajian bagi pelawat jangka pendek


Untuk melayakkan seseorang dikecualikan daripada
membayar cukai pendapatan, beliau mestilah tidak
ditakrifkan sebagai pemastautin bagi maksud cukai di
Malaysia pada tahun berkenaan. Seseorang ditakrif sebagai
pelawat jangka pendek jika tinggal di Malaysia kurang
daripada 60 hari dan menerima pendapatan bagi kerja
kurang daripada 60 hari. Pengecualian ini bagaimanapun
tidak terpakai bagi penghibur antarabangsa.

• Pencen
Pencen pertama atau tertinggi yang diperolehi oleh
individu dikecualikan daripada cukai pendapatan dengan
syarat beliau bersara pada umur wajib bersara ataupun
persaraannya disebabkan oleh keuzuran.

• Ganjaran persaraan
Seseorang yang bersara pada umur wajib atau bersara
kerana uzur tidak dikenakan cukai ke atas ganjaran
persaraan yang diterimanya. Selain itu, kakitangan awam
yang bersara pilihan juga mendapat keistimewaan ini.

• Pampasan kerana kehilangan pekerjaan


Keseluruhan jumlah pampasan akan dikecualikan sepenuh-
nya jika kehilangan pekerjaan disebabkan oleh keuzuran.
Bagi kes lain, sejumlah RM4,000 pampasan bagi tiap satu
tahun penuh perkhidmatan dengan majikan yang sama
adalah dikecualikan cukai.

• Faedah
Termasuk di bawah kategori ini ialah faedah atas akaun
simpanan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau
syarikat kewangan, akaun simpanan tetap sehingga
RM100,000 untuk tempoh 6 bulan dengan BSN, akaun
simpanan tetap bagi tempoh lebih 12 bulan dengan BSN,
deposit sehingga RM50,000 untuk sebarang akaun
simpanan di bawah Bank and Financial Institution Act 1989
131
dan syarikat kerjasama serta bonus akaun simpanan
Lembaga Urusan Tabung Haji.

• Dividen daripada syarikat perintis atau syarikat koperasi dan


pertubuhan unit amanah yang diluluskan bagi dividen tidak
melebihi RM5,000.

7.2.3 Pelepasan Cukai Pendapatan Individu

Pelepasan cukai merupakan sejumlah potongan yang dibenarkan bagi


mengurangkan jumlah pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Semua
tuntutan pelepasan berupa perbelanjaan haruslah disertakan resit asal.
Disenaraikan di bawah ini beberapa pelepasan cukai yang diberikan bagi
tahun taksiran 2012 iaitu

• Pelepasan diri sendiri dan saudara tanggungan sebanyak


RM9,000. Jumlah ini juga diberikan kepada wanita yang
sudah berkahwin dan memilih untuk ditaksirkan cukai di
atas namanya sendiri.
 Pelepasan sebanyak RM6,000 bagi individu pembayar cukai
yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya.
• Pelepasan untuk suami/isteri/bayaran alimoni kepada bekas
isteri sebanyak RM3,000 jika taksiran bersama dipilih.
 Pelepasan sebanyak RM3,500 bagi suami/isteri kurang
upaya.
• Pelepasan untuk anak-anak sebanyak RM1,000 setiap
seorang dengan syarat anak berumur 18 tahun atau
kurang dan belum berkahwin. Pelepasan sebanyak RM1,000
juga diberikan bagi setiap anak yang berumur lebih 18
tahun tetapi sedang menuntut sepenuh masa.
 Pelepasan sebanyak RM4,000 diberikan jika anak berumur
18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti
pengajian diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat
ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang
diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
 Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 diberikan bagi anak
kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum
berkahwin dan mengikuti pengajian diploma ke atas di
dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia
dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa
Kerajaan yang berkaitan.
 Bil perubatan ibu bapa berasaskan jumlah sebenar atau
maksimum RM5,000.
• Pembelian alat sokongan asas perubatan untuk kegunaan
pembayar sendiri, suami/isteri, anak dan ibu bapa yang
tidak berupaya. Pembayar cukai perlu mengemukakan surat
pengesahan daripada Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat. Jumlah maksimum yang
diberikan ialah RM5,000.
 Caruman KWSP dan premium insuran nyawa diberi
132
berasaskan caruman atau bayaran sebenar yang dibayar
dalam tahun berkenaan dengan jumlah maksimum
RM6,000.
• Insurans pendidikan dan perubatan diberi berasaskan
bayaran sebenar yang dibayar dalam tahun berkenaan
dengan jumlah maksimum sebanyak RM3,000.
• Skim anuiti baru atau skim tambahan sehingga RM1,000.
• Pelepasan bagi tabungan bersih dalam skim SSPN sehingga
maksimum RM3,000 setahun.
• Pelepasan sehingga RM500 bagi pemeriksaan penuh
perubatan.
• Pelepasan untuk perbelanjaan perubatan bagi penyakit yang
sukar diubati seperti AIDS, barah, dan lain-lain sehingga
jumlah maksimum RM5,000.
• Pelepasan bagi yuran pengajian seseorang pembayar cukai
dalam bidang teknik, vokasional, sains dan teknologi
sehingga jumlah maksimum RM5,000 setahun.
 Pelepasan sebanyak RM3,000 untuk pembelian komputer
peribadi untuk individu.
• Pelepasan sebanyak RM1,000 untuk pembelian buku,
majalah dan jurnal.
 Pelepasan sehingga RM300 bagi pembelian peralatan sukan.
 Yuran langganan jalur lebar sehingga RM500.
 Pelepasan sehingga RM10,000 bagi faedah pembelian
rumah kepada pemastautin warganegara Malaysia dengan
syarat-syarat tertentu (rujuk www.hasil.org.my)

7.2.4 Potongan Cukai

Selain itu, undang-undang cukai pendapatan individu di Malaysia juga


membenarkan sejumlah potongan diberikan bagi mengurangkan jumlah
pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Semua tuntutan potongan ini
haruslah disertakan resit asal. Disenaraikan di bawah ini beberapa potongan
cukai yang diberikan bagi tahun taksiran 2010 iaitu

• Derma/hadiah wang kepada kerajaan/institusi/organisasi


yang diluluskan.
 Derma/hadiah wang/kos sumbangan manfaat kepada aktiviti
sukan/badan sukan yang diluluskan.
 Derma/hadiah wang/kos sumbangan manfaat kepada projek
berkepentingan negara yang diluluskan.
 Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan.
 Derma/hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan
 Derma/hadiah wang/sumbangan manfaat bagi menyedia-kan
kemudahan di tempat awam untuk orang kurang
upaya/peralatan kemudahan kepada mana-mana badan
rawatan kesihatan.
 Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara/Negeri.

133
Kerajaan juga memberikan rebat cukai pendapatan bagi individu yang
mempunyai pendapatan bercukai kurang daripada RM35,000 sebanyak
RM400 bagi setiap suami dan isteri. Selain itu, rebat juga diberikan untuk
pembayaran zakat dan fitrah dan levi pekerja asing.

Contoh:
Encik Ali telah menerima pendapatan berikut bagi tahun berakhir 31
Disember 2010: Gaji dan bonus RM50,000 dan sewa bersih RM5,000.

En. Ali telah membeli insurans nyawa dan membayar premium sebanyak
RM5,000 pada tahun berkenaan. Beliau juga menderma kepada badan yang
diluluskan sebanyak RM2,000 dan membayar zakat/fitrah tahunan
sebanyak RM1,500. Isteri En. Ali tidak bekerja dan tiada pendapatan
sendiri. Mereka mempunyai lima orang anak. Anak pertama berumur 23
tahun sedang menuntut pengajian peringkat sarjana di University
Wisconsin. Anak kedua berumur 20 tahun, seorang kurang upaya, sedang
menuntut di Universiti Utara Malaysia. Anak yang ketiga hingga kelima
berumur 18 tahun atau kurang dan masih menuntut di sekolah menengah.
En. Ali menabung sebanyak RM100 sebulan untuk setiap anak ketiga
hingga kelimanya. Kirakan cukai pendapatan Encik Ali menggunakan
kadar cukai yang ditunjukkan melalui Jadual 7.1.

Jadual 7.1
Kadar Cukai Pendapatan Individu
Banjaran Pendapatan Kadar Cukai
Pengiraan (RM)
Bercukai (RM) (%) (RM)
1 – 2,500 2,500 pertama 0 0
2,501 – 5,000 2,500 berikutnya 1 25
5,001 – 10,000 5,000 pertama 25
5,000 berikutnya 3 150
10,001 – 20,000 10,000 pertama 175
10,000 berikutnya 3 300
20,001 – 35,000 20,000 pertama 475
15,000 berikutnya 7 1,050
35,001 – 50,000 35,000 pertama 1,525
15,000 berikutnya 12 1,800
50,001 – 70,000 50,000 pertama 3,325
20,000 berikutnya 19 3,800
70,001 – 100,000 70,000 pertama 7,125
30,000 berikutnya 24 7,200
Lebih 100,000 100,000 pertama 14,325
Setiap ringgit berikut 26 …

Jawapan

Pendapatan Gaji dan bonus RM50,000


Sewa bersih 5,000
Pendapatan agregat 55,000
- Derma 2,000
134
Pendapatan Bercukai 53,000

- Pelepasan-pelepasan
Diri dan saudara tanggungan 9,000
Isteri 3,000
Anak pertama 4,000
Anak kedua 4,000
Anak kedua (kurang upaya) 4,000
Anak ketiga hingga kelima 3,000
Insurans nyawa 5,000
Tabungan SSPN 3,000 35,000
Pendapatan boleh dicukai 18,000

Pengenaan cukai ke atas pendapatan RM18,000


Cukai ke atas RM10,000 pertama 175
Cukai ke atas RM8,000 berikutnya (RM8,000 x 3%) 240
Jumlah cukai 415

Tolak rebet
Rebat diri 400
Rebat isteri 400
Zakat/fitrah 1,500 2,300

Jumlah cukai perlu dibayar RM0

SOALAN DALAM TEKS 7.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pelepasan


cukai?
2. Bilakah seseorang itu layak untuk membayar cukai
pendapatan individu di Malaysia?
3. Bezakan antara taksiran bersama dan taksiran
berasingan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Pada pendapat anda, kenapakah kerajaan memberikan


pelbagai jenis pelepasan cukai kepada individu?

135
7.3 CUKAI PENDAPATAN SYARIKAT

Cukai ini adalah sejenis cukai yang penting kepada kebanyakan kerajaan.
Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut mengenai pengenaan cukai ini,
elok kita perhatikan maksud korporat atau syarikat terlebih dahulu.
Perniagaan komersial dapat dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu
perniagaan milik perseorangan (proprietorship), usahasama (partnership) dan
syarikat (corporation). Syarikat merupakan entiti sah yang mempunyai
beberapa keistimewaan tertentu antaranya, pemilik-pemilik syarikat yang
dikenali sebagai pemegang-pemegang saham dapat mengumpulkan
modal yang banyak bagi menjalankan perniagaan kerana bilangan pemilik
boleh melebihi dua orang. Dengan modal yang banyak, perniagaan dapat
dijalankan pada skala yang besar dan dapat menjanakan keuntungan yang
tinggi.

Selain itu, pemilik juga dapat menghadkan liabiliti atau tanggungan


mereka berdasarkan jumlah modal yang telah mereka laburkan ke dalam
syarikat berkenaan. Bagi bentuk-bentuk perniagaan yang lain, sekurang-
kurangnya seorang pemilik mempunyai tanggungan tidak terhad ke atas
hutang-piutang perniagaan tersebut.

Kelebihan lain yang dapat kita perhatikan adalah dari segi jangka hayat
syarikat. Syarikat tidak perlu dibubarkan setiap kali pemilik utamanya
berubah. Saham-saham syarikat boleh dipindah milik atau dijual dengan
mudah. Bagi perniagaan bentuk perseorangan atau usahasama, perubahan
pemilikan agak sukar dilakukan. Oleh sebab itu, pemilik saham syarikat
dikatakan mempunyai darjah kecairan modal yang lebih tinggi berbanding
dengan pemilik bentuk perniagaan yang lain.

Pada pendapat anda, adakah pengenaan cukai syarikat


sesuatu yang wajar?

Walaupun sesetengah negara mengkategorikan cukai syarikat sebagai


sejenis cukai langsung, ahli-ahli ekonomi masih tidak dapat mencapai
kata sepakat mengenai hal ini. Ini kerana insiden cukai ini masih samar-
samar. Adakah beban cukai syarikat ditanggung sepenuhnya oleh pemilik
saham syarikat atau beban berkenaan dapat dipindahkan sebahagian atau
semuanya kepada pihak lain? Dalam perkataan lain, dapatkah beban
cukai itu dipindahkan kepada pekerja syarikat melalui pengurangan
insentif atau kepada pengguna melalui kenaikan harga barangan? Jika
beban cukai ini ditanggung oleh pemilik saham, yang dianggap mempunyai
keupayaan membayar yang tinggi, maka cukai syarikat boleh dikatakan
sebagai bersifat progresif dan merupakan sejenis cukai langsung.
Bagaimanapun, jika beban cukai ini dapat dipindahkan kepada pengguna
atau pekerja, ia dikatakan sebagai cukai tidak langsung dan bersifat regresif
iaitu merugikan pihak yang kurang mampu lebih daripada pihak yang
mampu membayar cukai.

Pengenaan cukai syarikat menimbulkan kontroversi di kalangan beberapa


136
pihak. Ada pihak yang mengatakan bahawa ianya tidak adil dan
menghalang kecekapan ekonomi. Namun begitu, ramai juga yang
berpendapat bahawa ianya wajar disebabkan bentuk perniagaan ini
mempunyai banyak keistimewaan. Oleh yang demikian adalah adil jika ia
dikenakan cukai yang khas.

Selain itu, mencukai syarikat adalah seperti mencukai ramai orang pada satu
masa. Syarikat biasanya mempunyai pendapatan yang berlipat kali ganda
berbanding dengan individu. Maka, kerajaan akan mendapat hasil yang
banyak dengan kos pentadbiran yang lebih rendah jika ia mencukai
pendapatan syarikat berbanding dengan mencukai pendapatan individu.

Mencukai pendapatan syarikat adalah perlu kerana kebanyakan definisi


pendapatan individu bagi tujuan pengenaan cukai pendapatan individu
mengambil kira pendapatan daripada dividen atau keuntungan syarikat yang
diagihkan kepada pemilik saham tetapi jarang meliputi keuntungan syarikat
yang tidak diagihkan oleh syarikat. Apabila definisi pendapatan individu
tidak meliputi keuntungan yang tidak diagihkan, ia memberi ruang kepada
individu (pemegang saham) untuk mengelak daripada membayar cukai
pendapatan individu bagi pendapatan yang diperolehi daripada keuntungan
syarikat. Ianya dapat dilakukan dengan cara mengekalkan sebanyak
mungkin keuntungan tidak diagihkan di dalam syarikat. Untuk mengelak
keuntungan yang tidak diagihkan daripada terlepas daripada dicukai,
maka perlu dikenakan cukai ke atas pendapatan syarikat yang diagihkan dan
yang tidak diagihkan. Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa
aspek ekuiti yang dititikberatkan dalam pencukaian diambil kira apabila
cukai pendapatan syarikat dikenakan. Apabila cukai syarikat telah dikenakan
ke atas pendapatan syarikat, maka pendapatan syarikat dalam bentuk
dividen sudahpun dikenakan cukai dan tidak perlu dicukai lagi di peringkat
cukai pendapatan individu.

SOALAN DALAM TEKS 7.2

1. Nyatakan bentuk-bentuk perniagaan.


2. Berikan tiga alasan untuk mencukai syarikat.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.4 CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN

Cukai jualan dan perkhidmatan merupakan sejenis cukai penggunaan yang


mempunyai asas pengenaan cukai yang luas dan sudah tentu ia
mendatangkan hasil yang lumayan kepada kerajaan. Bagaimanapun, ada
pihak yang mengkritik bahawa pengenaan cukai ini tidak adil kepada
golongan miskin. Mereka percaya bahawa beban cukai ini bersifat regresif
mengikut pendapatan.

Justifikasi yang diberikan ialah cukai ini akan meningkatkan harga dan
137
dengan itu bebannya akan dirasai menerusi penggunaan barangan yang
dibeli. Memandangkan golongan miskin menggunakan kebanyakan
pendapatan mereka untuk membeli barangan keperluan berbanding
dengan golongan kaya, maka tanggungan beban cukai adalah lebih tinggi
terhadap mereka yang miskin. Golongan kaya menggunakan sebahagian
pendapatan untuk pembelian barangan, sebahagian untuk simpanan dan
mungkin juga untuk pelaburan bagi menjana lebih banyak pendapatan di
masa depan.

Di samping itu, beban cukai jualan juga meningkat dengan peningkatan saiz
isi rumah. Hal ini berlaku kerana semakin ramai ahli keluarga sesebuah
isi rumah, semakin tinggi pendapatan isi rumah yang akan digunakan
untuk pembelian barang dan perkhidmatan. Maka, peningkatan dalam
penggunaan akan menyebabkan bayaran bagi tujuan cukai jualan meningkat
untuk keluarga berkenaan. Untuk mengurangkan kesan regresif daripada
pengenaan cukai jualan, kerajaan selalunya mengecualikan beberapa
barangan keperluan seperti makanan dan ubat- ubatan daripada cukai ini.

Beberapa negara menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dengan


cukai nilai ditambah (value-added tax)(VAT). Kita dapati sesuatu produk
melalui beberapa proses sebelum ia dapat dijual sebagai barangan siap
kepada pengguna. Nilai tambah pada setiap peringkat pengeluaran
bermaksud perbezaan antara harga jualan dengan kos input dalam
pengeluaran. Cukai nilai ditambah bermaksud peratusan cukai ke atas nilai
tambah yang dikenakan pada setiap peringkat pengeluaran. Jadual 7.2
menunjukkan jika kadar cukai bilai ditambah ini ialah 5%, maka penjual roti
perlu membayar sebanyak RM10 bagi nilai tambah yang diperoleh pada
peringkat jualan roti kepada pengguna. Secara keseluruhan kerajaan akan
mendapat hasil cukai sebanyak RM60 setelah produk ini melalui empat
peringkat pengeluaran. Sebagai alternatif, kerajaan boleh mengenakan cukai
jualan sebanyak 5% ke atas jualan produk ini dan mendapat hasil sebanyak
RM60.

Jadual 7.2
Pelaksanaan Cukai Nilai Ditambah
Pengeluar Pembelian Jualan Nilai Tambah VAT 5%
Petani RM0 RM400 RM400 RM20
Pengilang 400 700 300 15
Pembuat roti 700 1,000 300 15
Penjual 1,000 1,200 200 10
Jumlah RM2,100 RM3,300 RM1,200 RM60

Bagaimanakah cara pelaksanaannya? Mari kita rujuk semula Jadual 7.2.


Setiap pengeluar adalah bertanggungjawab membayar cukai berkenaan
berasaskan jualan tetapi beliau dapat pelepasan bagi cukai yang telah
dibayar oleh penjual input sebelumnya. Sebagai contoh, pembuat roti perlu
membayar cukai sebanyak RM50 bagi jualan RM1,000. Namun beliau boleh
mendapat rebat sebanyak RM35 bagi cukai-cukai yang telah dibayar oleh
petani dan pengilang gandum menyebabkan liabiliti sebenar cukai beliau

138
hanyak sebanyak RM15. Syaratnya rebat cukai diberikan jika dapat
dibuktikan dengan invois (dokumen). Ini bermakna semua pihak
mempunyai insentif untuk melakukan transaksi secara formal dengan
menggunakan invois. Jika pengilang dan petani lari dari membayar cukai,
maka pembuat roti terpaksa membayar cukai sebanyak RM50 kerana tidak
dapat membuktikan pembelian dan cukai yang telah dibayar oleh penjual
input kepadanya. Ini bermakna cukai nilai ditambah dapat mengurangkan
aktiviti pelarian cukai.

Sepintas lalu kita dapati bahawa cukai nilai ditambah akan menimbulkan
kos pentadbiran dan pematuhan yang tinggi disebabkan ia lebih kompleks
berbanding cukai jualan. Namun begitu, beberapa negara menggunakan
satu kadar sama rata ke atas semua produk di semua peringkat pengeluaran
berbanding cukai jualan dan perkhidmatan yang menggunakan pelbagai
kadar bagi jenis produk berbeza.

Berikan contoh negara yang mengamalkan cukai nilai


ditambah.

7.5 CUKAI EKSAIS

Anda tentu pernah mendengar mengenai cukai eksais. Apakah bezanya di


antara cukai jualan dan cukai eksais? Apabila cukai penggunaan
mempunyai asas yang sempit dan hanya meliputi beberapa jenis barangan
tertentu, ia dikatakan sebagai cukai eksais dan apabila asas cukai meliputi
kebanyakan barangan ia dipanggil sebagai cukai jualan.

Kesan cukai eksais terhadap pengguna dan pengeluar telah dibincangkan


dalam bab lima di bawah topik kecekapan cukai. Secara amnya, cukai eksais
dikenakan untuk mendapatkan hasil kepada kerajaan. Ia juga merupakan
sejenis cukai yang mudah untuk ditadbirkan. Selain itu, pengenaan cukai
eksais ke atas barangan terpilih juga bertujuan untuk mengubah gelagat
pengguna daripada menggunakan sesetengah barangan yang dianggap
membazir atau merbahaya dari segi kesihatan seperti rokok dan minuman
keras. Peningkatan harga barangan berkenaan disebabkan pengenaan cukai
diharap dapat mengurangkan penggunaan barangan tersebut. Oleh kerana
permintaan bagi kedua-dua barangan ini kurang anjal, ia akan membawa
hasil yang lumayan kepada kerajaan. Keadaan ini dianggap sebagai patut
kerana individu yang menggunakan barangan berkenaan masih bebas
menggunakannya tetapi mereka menyumbang kepada penyediaan prasarana
seperti hospital melalui cukai yang dibayar. Cukai eksais seperti ini dipanggil
sebagai cukai kawalan penggunaan (sumptuary tax).

Sekiranya cukai eksais dikenakan bagi tujuan mendapatkan hasil, adalah


lebih berkesan jika ianya dikenakan ke atas barangan yang mempunyai
permintaan yang kurang anjal seperti yang ditunjukkan melalui Panel (I)
dalam Rajah 7.1. Sebaliknya, jika ia bertujuan mengurangkan penggunaan
sesuatu barangan, maka sebaiknya cukai eksais dikenakan ke atas barangan
yang lebih anjal permintaannya seperti yang dapat anda saksikan melalui
139
Panel (II) rajah berkenaan.

Rajah 7.1
Kesan Ekonomi Akibat Cukai Eksais

(I) (II)
Harga D1 Harga
Seunit Seunit
S+T S+T

S S

D1

Kuantiti Kuantiti

Berikan contoh barangan yang mempunyai keanjalan


permintaan seperti yang ditunjukkan melalui Rajah 7.1.

SOALAN DALAM TEKS 7.3

1. Bezakan di antara cukai jualan dan cukai eksais.


2. Nyatakan beberapa kelebihan cukai eksais.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.6 DUTI EKSPORT

Cukai jenis ini kurang dipentingkan oleh kebanyakan kerajaan. Anda


tentu hairan kenapa kerajaan mengenakan cukai eksport yang akan
membuatkan harga barangan tempatan lebih mahal dan mungkin
menghalang ia bersaing di pasaran antarabangsa. Sebenarnya, cukai jenis ini
jarang dikenakan ke atas barangan siap sebaliknya ia dikenakan ke atas
barangan mentah atau separuh siap. Ia bertujuan untuk mengurangkan
eksport barangan jenis ini dan menggalakkan supaya ianya diproses
dalam negara sehingga menjadi barangan siap yang mempunyai nilai
tambah yang lebih tinggi. Pendapatan negara daripada eksport barangan
siap lebih lumayan berbanding dengan eksport barangan mentah atau
separuh siap.

140
7.7 DUTI IMPORT

Duti import dikenali juga sebagai duti kastam atau cukai import. Ia
merupakan sejenis cukai eksais kerana dikenakan secara terpilih ke atas
beberapa barangan yang diimport oleh sesebuah negara. Dari segi sejarah,
ia merupakan antara cukai yang terawal dikenakan iaitu semenjak
berkembangnya perdagangan antarabangsa. Pada masa lalu, cukai ini
dikenakan bagi mendapatkan hasil kepada kerajaan.

Disebabkan kepelbagaian cukai yang dikenakan kerajaan pada masa ini,


maka tujuan mendapatkan hasil bukan lagi keutamaan kerajaan apabila
memutuskan untuk mengenakan cukai jenis ini. Dengan terbukanya sistem
ekonomi, semakin banyak negara mengurangkan kebergantungan kepada
cukai ini. Sebaliknya, ia dijadikan alat bagi membantu industri tempatan
dengan cara mengurangkan persaingan daripada industri yang sama dari
luar negara. Adalah diharapkan agar harga barangan import yang lebih
mahal disebabkan kesan cukai ini akan membuatkan pengguna tempatan
beralih menggunakan barangan tempatan yang sama jenis. Semakin
anjal permintaan bagi barangan yang diimport semakin berkesan
penggunaan cukai import bagi membantu industri tempatan. Dalam
perkataan lain, pengguna tempatan akan menanggung kerugian atau
berkorban bagi memenuhi kepentingan industri tempatan.

7.8 CUKAI HARTA

Selalunya, cukai jenis ini dikenakan secara sempit ke atas harta seperti
tanah, bangunan, kenderaan, jentera atau bon. Di Malaysia, cukai harta
ialah cukai yang penting bagi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Bagi
kerajaan tempatan, hasil daripada cukai taksiran atau cukai pintu iaitu cukai
yang dikenakan ke atas nilai bangunan merupakan sumber hasil yang
terpenting. Cukai harta seperti cukai ke atas tanah atau bangunan
diwajarkan dengan alasan bahawa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan
menyediakan beberapa perkhidmatan yang bersifat tempatan seperti
jalan, lampu jalan, sistem pembetungan, penyediaan air bersih,
perkhidmatan mengutip sampah dan pengindahan kawasan.

7.9 RUMUSAN

Cukai merupakan sumber pendapatan kerajaan yang paling penting.


Untuk mengurangkan kesan negatif yang timbul akibat pencukaian,
kerajaan biasanya mengenakan pelbagai jenis cukai supaya beban
membiayai sektor awam dapat diagih-agihkah di kalangan rakyat.
Sesetengah jenis cukai dikenakan bagi mendapatkan hasil yang lumayan
kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, ada juga cukai yang dikenakan bagi
mengubah gelagat aktor-aktor dalam sektor swasta seperti pengguna dan
pengeluar supaya bertindak mengikut keutamaan kerajaan. Antara
keutamaan yang dimaksudkan termasuk menggiatkan aktiviti
pemerosesan bahan mentah dan separuh siap, meningkatkan daya saing
industri-industri terpilih, menggalakkan penggunaan barangan tempatan
dan mengurangkan pengaliran wang keluar negara.
141
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Encik Jamil dan isterinya, Puan Aini, kedua-duanya adalah pekerja


bergaji. Pendapatan mereka bagi tahun taksiran 2011 ditunjukkan di
bawah. Mereka mempunyai empat orang anak yang berumur
daripada 21 hingga 7 tahun. Anak sulung mereka yang berumur 21
tahun sedang belajar di UUM, sementara anak keduanya berumur
19 tahun telah melanjutkan pengajian diploma di UiTM.

Encik Jamil menuntut RM900 sebagai belanja perubatan ibunya.


Puan Aini juga menuntut RM1,000 untuk belanja rawatan bapanya.
Resit-resit disertakan.

En. Jamil Pn. Aini

Gaji RM36,000 RM33,000


Pendapatan komisen 3,200
Pembelian komputer 3,960
Premium insuran nyawa 3,600 1,200
Zakat 500 250
Buku dan majalah 500

Kirakan cukai yang kena dibayar oleh Encik Jamil dan isterinya jika
mereka memilih taksiran berasingan. Gunakan Jadual 7.1 sebagai
panduan untuk mengira jumlah cukai dan tunjukkan jalan
pengiraan. Semua pelepasan anak diberi kepada Encik Jamil.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 7.1

1. Pelepasan cukai merupakan potongan cukai yang dibenarkan oleh


kerajaan bagi mengurangkan pendapatan boleh cukai. Implikasi
daripada pemberian potongan ini ialah cukai yang kena dibayar oleh
seseorang akan berkurangan.

2. Seseorang layak membayar cukai pendapatan di Malaysia jika dia


mendapat pendapatan di Malaysia atau daripada sumber luar negeri
yang dibawa masuk ke Malaysia. Bagaimanapun, jika beliau bukan
pemastautin bagi maksud cukai, hanya pendapatan yang diperolehi
142
di Malaysia sahaja yang akan dikenakan cukai. Seseorang dianggap
sebagai pemastautin jika tinggal di Malaysia selama 182 hari atau
lebih.

3. Taksiran bersama bermaksud pendapatan suami dan isteri


dicampurkan dan suami merupakan pembayar cukai. Oleh yang
demikian, suami berhak mendapat pelepasan untuk isteri
sebanyak RM3,000. Sebaliknya, taksiran berasingan bermaksud
pendapatan suami dan isteri akan diasingkan. Isteri akan dilayan
sebagai individu yeng berasingan daripada suami dan akan
menerima pelepasan seperti yang diterima oleh suami. Mereka
boleh membuat keputusan berkongsi pelepasan untuk anak-anak
atau memilih supaya salah seorang daripada mereka menerima
kesemua pelepasan tersebut.

SDT 7.2

1. Terdapat tiga bentuk perniagaan iaitu persendirian (proprietorship),


usahasama (partnership) dan syarikat (corporation).

2. Tiga alasan untuk mencukai syarikat ialah

• Mencukai syarikat akan mendatangkan hasil yang lumayan


kepada kerajaan kerana sesebuah syarikat biasanya
mempunyai pendapatan yang banyak berbanding dengan
individu. Ia seperti mencukai ramai orang pada satu masa.
Oleh itu, ia akan menjimatkan kos pentadbiran cukai.

• Perniagaan bentuk syarikat juga mempunyai banyak


keistimewaan. Antaranya, syarikat dapat mengumpulkan
modal yang banyak bagi menjalankan aktivitinya. Jumlah
modal yang banyak dapat memudahkan syarikat membuat
pelaburan yang dikehendaki, menjalankan kegiatan pada
skala besar dan menjanakan keuntungan yang tinggi. Selain
itu, pemilik syarikat mempunyai liabiliti yang terhad
terhadap hutang-piutang syarikat. Liabiliti pemilik terhad
kepada jumlah modal yang telah mereka laburkan dalam
syarikat berkenaan. Selain itu, syarikat juga mempunyai
jangka hayat yang panjang. Ini kerana, syarikat tidak perlu
dibubarkan setiap kali pemiliknya berubah. Saham syarikat
boleh ditukarmilik secara mudah. Disebabkan beberapa
keistimewaan seperti ini, adalah wajar bagi syarikat untuk
membayar satu cukai khas kepada kerajaan yang telah
menyediakan iklim perdagangan yang kondusif untuk
syarikat beroperasi.

• Cukai syarikat juga dikenakan bagi mengelakkan


keuntungan syarikat yang tidak diagihkan daripada terlepas
daripada dicukai. Ini kerana, keuntungan syarikat yang
diagihkan dalam bentuk dividen kepada pemilik saham
143
sahaja akan dikenakan cukai pendapatan individu. Maka,
untuk mengelakkan ketidakadilan kepada individu lain yang
tidak mempunyai pendapatan daripada keuntungan
syarikat, samada yang diagihkan atau yang tidak diagihkan,
adalah wajar satu cukai dikenakan di peringkat syarikat.

SDT 7.3

1. Kedua-dua cukai berkenaan termasuk dalam kategori cukai


penggunaan. Apabila asas cukai penggunaan didefinisikan secara
sempit ke atas beberapa barangan secara terpilih, ia dikatakan
sebagai cukai eksais. Sebaliknya, apabila cukai penggunaan bersifat
umum dengan asas yang lebih meluas, ia merupakan cukai jualan.

2. Beberapa kelebihan cukai eksais ialah ia dapat membawa hasil


yang banyak kepada kerajaan. Ia dianggap cukai yang baik kerana
dapat mengagihkan kos pembiayaan sektor awam secara langsung
kepada pihak yang menggunakan barang atau perkhidmatan
tertentu. Sebagai contoh, cukai eksais ke atas rokok merupakan satu
cara bagi kerajaan mendapatkan pendapatan daripada perokok
untuk digunakan bagi membina pusat rawatan kanser. Selain itu,
cukai eksais ke atas petrol atau kenderaan berenjin membolehkan
kerajaan mendapat hasil bagi membina lebih banyak lebuh raya.
Seterusnya, cukai eksais merupakan cara terbaik bagi kerajaan
untuk mengubah gelagat pengguna agar menggantikan barangan
yang dicukai dengan barangan yang tidak dicukai.

144
BAB 8

KOMPONEN BAJET

OBJEKTIF BAB

Setelah anda mengikuti bab ini, anda diharap dapat:


1. Mengetahui takrifan bajet daripada pelbagai perspektif.
2. Memahami apakah dua peranan utama bajet.
3. Mengetahui secara tersusun pengkelasan hasil negara.
4. Mengetahui komponen utama perbelanjaan negara.

8.1 PENGENALAN

Bentuk, jenis dan saiz bajet sesebuah negara adalah tidak serupa.
Kandungan, proses dan matlamat ditentukan oleh pihak kerajaan masing-
masing serta dibuat mengikut latar belakang dan keperluan tersendiri.
Namun, mana-mana bajet yang dibuat adalah merupakan kompilasi angka-
angka yang berhubungan dengan hasil, perbelanjaan, pinjaman dan
komitmen kewangan kerajaan kepada rakyat.

Semenjak awal penubuhan kerajaan, Malaysia mengamalkan bajet ‘unified’


atau lebih mudah disebut bajet ‘persekutuan’ yang digubal dan diluluskan
oleh kerajaan peringkat persekutuan setiap tahun. Bajet merupakan
dokumen yang mengandungi maklumat berhubung dengan semua hasil
yang diterima oleh kerajaan dan perbelanjaan negara daripada hasil-hasil
tersebut.

Memahami perjalanan dan pentadbiran bajet adalah satu perkara yang akan
menarik perhatian pelajar dalam kursus ini. Pelajar akan dapat mengetahui
cara bajet digunakan oleh pihak kerajaan untuk mengatur siapa, dan berapa
banyak cukai akan dibayar oleh rakyat serta bagaimana program-program
dan aktiviti yang dijalankan kepada rakyat ditentukan. Tugas-tugas berkaitan
dengan bajet akan dijalankan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang tertentu
serta agensi-agensi kerajaan lain yang diberi autoriti.

Bajet terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang berlangsung dalam satu pusingan.


Ia memerlukan penglibatan yang luas dan aktif daripada badan-badan yang
dipanggil eksekutif dan legislatif. Oleh kerana negara kita mengamalkan
bajet tahunan, maka proses bajet menjadi satu usaha yang berulang-ulang
setiap tahun di kalangan pihak eksekutif dan legislatif yang terlibat.

145
8.2 TAKRIFAN BAJET

Bajet tahunan adalah merupakan ‘suatu kontrak yang dipersetujui oleh


badan-badan eksekutif dan legislatif setiap tahun yang membenarkan
agensi-agensi dan jabatan-jabatan, persekutuan dan negeri- negeri mendapat
dan membelanjakan wang awam dengan cara-cara yang tertentu bagi satu
tahun fiskal yang akan datang, biasanya bermula dari 1 Januari hingga 31
Disember.

Bajet tahunan juga boleh dilihat sebagai merupakan satu penyataan hasil
dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancang
dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara. Bajet merupakan
kompas yang menentukan arah yang harus diambil oleh kerajaan dalam
pentadbiran dan pengurusan kewangannya serta pada masa yang sama
bertindak sebagai roda yang mengawal arah itu.

Takrifan-takrifan di atas dilihat daripada perspektif yang umum. Bajet


juga boleh ditakrif secara khusus mengikut perspektif tertentu. Bagi
seseorang pentadbir, bajet ialah alat kawalan eksekutif iaitu apabila
peruntukan tahunan diberi kepada agensi kerajaan, maka peruntukan
tersebut mesti dibelanjakan mengikut polisi dan prosedur yang ditetapkan
supaya matlamat agensi mereka tercapai di akhir tahun kewangan.
Sementara bagi ahli ekonomi pula, bajet ialah manipulasi hasil-hasil dan
perbelanjaan untuk mempengaruhi pengeluaran barang-barang dan
perkhidmatan kepada orang ramai.

Ringkasnya, setiap orang boleh mentakrifkan bajet mengikut perspektif


masing-masing. Tidak semestinya perlu wujud takrifan yang terbaik dan
ideal. Apa yang penting untuk difahami oleh pelajar ialah what a budget does to
the people atau faedah bajet kepada orang ramai!

Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang rakyat


melihat dan mentakrif bajet?

8.3 PERANAN BAJET

Bajet persekutuan yang telah lama dipraktikkan di negara kita sebenarnya


telah mempermudahkan kegunaan bajet sebagai instrumen polisi ekonomi
dan membolehkan kerajaan membentuk keutamaan-keutamaan ke atas
program-program yang dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan. Setiap
bajet tahunan bertujuan untuk menganalisis situasi semasa ekonomi
negara seperti kitaran keluaran negara, kadar pertumbuhan keluaran
negara kasar (KNK), imbangan pembayaran, tingkat penggunaan agregat,
tingkat pelaburan, kadar inflasi dan kedudukan perbelanjaan kewangan
kerajaan.

Peranan bajet boleh dibahagikan kepada dua, iaitu

(i) instrumen polisi fiskal, dan

146
(ii) instrumen pengurusan kewangan.

8.3.1 Bajet sebagai Instrumen Polisi Fiskal

Setiap kali bajet diluluskan, ia akan berkuat kuasa bagi satu tempoh yang
dipanggil tahun fiskal. Sepanjang tempoh tersebut, matlamat yang ingin
dicapai dalam bajet yang telah dibentuk akan direalisasikan. Biasanya,
kerajaan menggunakan bajet bagi mencapai matlamat pembangunan dan
penstabilan ekonomi melalui dasar percukaian yang berkesan dan dasar
perbelanjaan yang cekap. Di sinilah kerajaan akan mempengaruhi ekonomi
dengan menetapkan polisi-polisi semasa yang bertujuan untuk
mengembangkan ekonomi serta mengawal tingkat inflasi dan guna tenaga.

Dasar fiskal akan membantu kerajaan menjalankan ekonomi dengan


lebih sempurna. Misalnya, dalam keadaan inflasi kerajaan mesti
mengurangkan tingkat perbelanjaan atau menggalakkan tabungan.
Sebaliknya, semasa dalam keadaan kemelesetan, kerajaan akan merangsang
ekonomi dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan atau mengurangkan
cukai yang dibayar oleh rakyat agar mereka dapat membawa wang masuk
ke dalam ekonomi. Dalam kata lain, tindakan kerajaan dalam menggunakan
bajet sebagai alat polisi fiskal adalah sebagai the balancing act atau tindakan
pengimbang. Matlamat akhir kerajaan adalah kepada bajet seimbang
yang lebih diterima oleh rakyat dan dipraktikkan oleh banyak negara di
dunia.

Dalam menjalankan peranan bajet sebagai instrumen polisi fiskal, kerajaan


akan terlibat dengan ratusan pembuatan keputusan baik yang berskala
kecil, sederhana atau besar. Keputusan kerajaan dalam konteks ini
melibatkan proses yang rumit kerana melibatkan banyak pihak di
samping berkait pula dengan polisi-polisi awam. Misalnya polisi
percukaian perlu mengambil kira beberapa aspek seperti keadilan,
kecekapan dan mudah tadbir sebelum sesuatu keputusan tentang kadar
cukai dibuat. Keputusan berhubung dengan cukai dibuat setiap tahun di
dalam bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan di hadapan wakil-
wakil rakyat di Parlimen. Penerimaan cadangan bergantung kepada
perbincangan panjang lebar di kalangan legislatif dan wakil eksekutif
kerajaan.

Bajet sebagai instrumen polisi fiskal boleh dikupas dalam tiga fungsi
bajet iaitu

(i) fungsi peruntukan,


(ii) fungsi agihan, dan
(iii) fungsi penstabil

Fungsi peruntukan merujuk kepada bajet sebagai alat untuk menyediakan


barangan dan perkhidmatan asas kepada orang ramai, dan ini merupakan
tanggung jawab utama kerajaan. Sementara fungsi agihan menjelaskan cara
bajet mengagihkan semula pendapatan yang diperolehi kerajaan melalui
perolehan hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat dan perbelanjaan
147
yang dilakukan oleh kerajaan ke atas sektor- sektor penting. Akhirnya,
fungsi penstabil ekonomi melihat kepada bajet yang berperanan untuk
mengawal pertumbuhan ekonomi, guna tenaga dan inflasi.

SOALAN DALAM TEKS 7.1

1. Apakah polisi fiskal dan sila ulas hubungannya dengan


peranan belanjawan sebagai instrumen polisi fiskal.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.3.2 Bajet sebagai Instrumen Pengurusan Kewangan

Bajet negara terbentuk bersama-sama dengan peraturan-peraturan dan


amalan-amalan yang telah terhimpun sejak awal konsep bajet kerajaan
dilaksanakan. Bajet adalah proses yang teratur, mempunyai kawalan di
pelbagai peringkat baik di peringkat badan eksekutif mahupun badan
legislatif. Sebuah kerajaan yang cekap akan cuba mengawal pelaksanaan
bajet agar ia tidak terkeluar daripada lunas-lunas yang telah ditetapkan.

Agensi-agensi kerajaan merupakan pelaksana utama dalam meng-


implementasikan bajet tahunan. Mereka juga telah pun terlibat di peringkat
pembentukan anggaran bajet. Merekalah pihak yang bertanggungjawab
dalam menentukan jumlah yang diperlukan bagi menyediakan program-
program kepada rakyat. Selepas bajet diluluskan oleh pihak legislatif,
seterusnya mereka akan melaksanakan program-program yang telah
dikemukakan. Penganalisa ekonomi di Perbendaharaan dan Bank Negara
adalah antara pihak yang terlibat dalam memberi input penting kepada
pihak kerajaan sebelum kabinet kerajaan membawa bajet tahunan ke
Parlimen.

Bajet bertindak untuk memastikan agar koordinasi dan kecekapan wujud


dalam pentadbiran. Matlamat dan objektif program telah digariskan
semasa di peringkat perumusan lagi, jadi pelaksanaan program tersebut
mestilah diselaraskan supaya pencapaian matlamat yang telah dibuat
terlaksana. Secara langsung, tugas pihak kerajaan turut menyumbang
kepada pencapaian matlamat bajet. Pendek kata, bajet menyediakan satu
garis panduan pengurusan, iaitu pengurusan yang merangkumi pem-
programan matlamat-matlamat yang telah dipersetujui oleh unit-unit
tertentu dengan sumber-sumber yang diperlukan.

Bajet juga menyediakan satu bentuk kawalan ke atas unit-unit eksekutif


dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan oleh perwakilan- perwakilan
legislatif di Parlimen. Kawalan oleh legislatif dibuat bagi mengelakkan
penyelewengan dan penyalahgunaan wang yang diperuntukkan ke atas
eksekutif. Tindakan ini merupakan bentuk pengawalan yang sah.

148
Menurut pandangan pengurus-pengurus program di agensi-agensi awam,
bajet disediakan oleh pengurus-pengurus program yang membuat
perancangan tahunan berhubung dengan skop dan saiz perbelanjaan
program mereka. Bajet memastikan agar pandangan strategik digalakkan
untuk dibuat bagi menghasilkan program-program yang lebih bermakna
dan berkesan kepada penerima faedah dan orang ramai.

Bajet di Malaysia menggunakan Sistem Bajet Diubah Suai atau Modified


Budgeting System (MBS) dengan ciri-ciri dan format yang telah ditetapkan
oleh agensi-agensi pusat. Dalam kata lain, sistem bajet merupakan
instrumen pengurusan dan pentadbiran kerajaan ke atas agensi-agensi
mereka.

Mengikut perspektif pengurusan juga, bajet boleh memudahkan


pemeriksaan operasi program daripada segi kecekapan ekonomi. Mana-
mana program yang telah menunjukkan elemen-elemen pembangunan yang
positif dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan akan dijadikan
contoh. Pengurus program juga akan dapat menguruskan penggunaan
sumber-sumber dengan berkesan bagi tujuan melaksanakan aktiviti- aktiviti
di masa depan. Menurut pandangan pengurus atasan, bajet memudahkan
pengawalan operasi agensi-agensi melalui perhubungan top- down dan bottom-
up serta mengetahui cara tanggung jawab dipikul. Kuasa undang-undang
akauntabiliti boleh digunakan bagi menentukan sama ada tanggung jawab
yang diberi kepada mereka dilaksanakan dengan sebaik- baiknya dan
penyelewengan pula tidak berlaku.

Pada pendapat anda, adakah terdapat perbezaan


antara bajet agensi awam dengan bajet sebuah
organisasi swasta?

SOALAN DALAM TEKS 7.2

1. Bagaimana kerajaan menggunakan bajet untuk


mengawal agensi-agensi kerajaan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.4 CIRI-CIRI BAJET YANG BAIK

Terdapat dua ciri yang mesti ada pada bajet. Menurut Profesor Doh Joon
Chien (1976), dua ciri tersebut ialah dinamis dan responsif. Dua ciri
tersebut boleh dihubungkan dengan sifat dalaman dan luaran sesebuah
bajet.

8.4.1 Ciri Dinamis

Ciri ini bermaksud bajet memiliki pendekatan yang anjal iaitu kandungan
149
polisi fiskal bajet boleh berubah dengan mudah agar dapat disesuaikan
dengan keadaan ekonomi semasa. Sebagai contoh, kerajaan boleh
mengamalkan dasar penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan apabila negara
berhadapan dengan isu kegawatan ekonomi yang berlaku di pertengahan
tahun 1998. Ciri dinamis bolehlah dikatakan dicerminkan oleh sifat
dalaman yang terkandung dalam sesebuah bajet yang boleh diubah suai
mengikut situasi ekonomi negara.

8.4.2 Ciri Responsif

Ciri responsif pula dikaitkan dengan sifat luaran yang dimiliki oleh sesebuah
bajet yang baik. Bajet haruslah responsif kepada perubahan persekitaran
seperti tekanan permintaan, perubahan dalam struktur ekonomi
masyarakat, dan bahkan pengaruh globalisasi. Bajet haruslah bertindak
balas kepada masalah-masalah negara yang tangibles atau yang ketara
seperti masalah kekurangan penawaran rumah kos rendah dan sederhana,
peningkatan kesedaran rakyat untuk memiliki komputer peribadi agar
dapat menggunakan kemudahan e-dagang, perniagaan elektronik dan
sebagainya, dan juga pelbagai masalah lain. Masalah-masalah tersebut dapat
diselesaikan atau dikurangkan dengan pihak yang terlibat secara langsung
dalam menyediakan bajet. Bagi bajet yang responsif, masalah-masalah yang
dihadapi oleh masyarakat dan negara akan membantu kepada melahirkan
kandungan bajet yang baik.

Adakah ciri dinamis dan responsif perlu ada bagi


sesebuah organisasi awam?

8.5 KOMPONEN BAJET PERSEKUTUAN

Komponen bajet kerajaan persekutuan terbahagi kepada dua bahagian


iaitu hasil dan perbelanjaan. Kita akan meneliti komponen hasil dan diikuti
dengan komponen perbelanjaan kerajaan.

8.5.1 Hasil Kerajaan Persekutuan

Kerajaan akan memberi tumpuan yang penting ke atas struktur hasilnya.


Keputusan yang baik ke atas struktur hasil akan memberi pendapatan yang
cukup kepada kerajaan dan tidak membebankan pembayar cukai. Hasil atau
pendapatan kerajaan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun kerana
komitmen kerajaan untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan
kepada rakyat juga bertambah setiap hari.

Tugas bagi menentukan banyaknya hasil yang dapat dicari oleh kerajaan
bukanlah mudah. Ambil contoh semasa kegawatan ekonomi yang melanda
negara pada pertengahan 1998 hingga penghujung 1999. Di pihak rakyat,
kegawatan mendorong kita berjimat cermat, sebaliknya kerajaan terpaksa
bekerja keras untuk mencari pendapatan yang pada hakikatnya pada masa
tersebut adalah terhimpit. Kerajaan mengambil langkah yang positif kerana
150
memberi penekanan kepada cara untuk memulihkan perolehan hasil negara
semasa ekonominya mengalami kegawatan. Dasar berjimat cermat dalam
konteks mengawal perbelanjaan juga turut berjaya memulihkan ekonomi
dalam tempoh yang tidak lama. Seterusnya, marilah kita mengenal pasti
apakah jenis-jenis hasil utama yang diterima oleh kerajaan persekutuan pada
hari ini.

a) Hasil cukai

Dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 96), kerajaan persekutuan


telah diberi kuasa dan autoriti melalui Parlimen untuk melevi dan
meluluskan penggunaan cukai. Ini bermaksud, tiada mana-mana pihak pun
boleh mengguna dan mengutip cukai tanpa mendapat kelulusan daripada
Parlimen. Sebarang perubahan terhadap cukai dan kadarnya harus dibuat
melalui kelulusan Parlimen. Menteri Kewangan akan membuat
pengumuman mengenai perubahan-perubahan kadar cukai sewaktu
membuat pembentangan bajet tahunan di Dewan Rakyat. Hasil cukai ialah
pendapatan utama negara. Daripada ciri-ciri kutipan yang tersendiri, hasil
cukai boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu cukai langsung dan cukai
tidak langsung.

• Cukai langsung
Cukai langsung ini dikenakan secara langsung kepada pembayar
cukai berasaskan pendapatan, kekayaan dan pemeteraian
dokumen perjanjian. Suatu kadar akan dikenakan mengikut
peruntukan pihak berkuasa dan individu atau pihak tersebut
tidak boleh memindahkan tanggungan cukai kena bayar kepada
orang lain. Antara jenis contoh cukai sebegini ialah cukai
pendapatan perseorangan, cukai pendapatan syarikat, duti harta
pusaka, duti setem, cukai jualan, dan cukai ke atas keuntungan
hartanah. Agensi yang diberi kuasa mengutip cukai langsung ini
adalah seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

• Cukai tidak langsung


Cukai ini dikenakan apabila seseorang individu membeli, atau
mengguna barangan, atau mengguna perkhidmatan yang dicukai
oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh, Jabatan Kastam Diraja
Malaysia mengenakan cukai import ke atas kereta keluaran
Jepun yang dibawa masuk ke dalam negara untuk dijual.
Pengimport akan membayar duti import tersebut dan kemudian
memindahkan beban duti itu kepada pembeli kereta tersebut.
Pemindahan ini dibuat ke atas harga barangan yang biasanya
akan memasukkan kos duti yang telah dibayar. Jika kerajaan
mengenakan peratus duti yang tinggi maka semakin tinggilah
harga kereta buatan Jepun dalam pasaran apabila sampai kepada
pembeli.

Adakah anda bersetuju bahawa tiada cukai boleh dilevi


melainkan dengan persetujuan rakyat?
151
b) Hasil-hasil bukan cukai

Kerajaan persekutuan juga ada menerima hasil-hasil selain daripada cukai


yang dipanggil hasil bukan cukai. Kutipan hasil-hasil ini merujuk kepada
bayaran yang dikenakan ke atas pengguna yang menggunakan
perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan secara langsung
kepada orang ramai. Sebagai contoh, Jabatan Imigresen mengenakan
bayaran memproses dan menyediakan paspot dan pas-pas tinggal kepada
penduduk yang hendak ke luar negara dan orang asing yang ingin tinggal
bekerja di negara kita. Contoh lain ialah Kementerian Kewangan
mengenakan bayaran ke atas syarikat yang berdaftar dengan mereka bagi
mendapat peluang kontrak-kontrak daripada agensi kerajaan. Banyak lagi
contoh hasil bukan cukai yang boleh diberikan. Anda boleh mencari dan
berbincang dengan rakan-rakan anda bagi memahami hasil yang
dibincangkan ini dengan lebih lanjut.

c) Terimaan-terimaan bukan hasil

Hasil cukai dan bukan cukai ialah sumber hasil utama negara yang
membekalkan perbelanjaan kerajaan. Terimaan bukan hasil pula ialah
bentuk hasil yang tidak diperolehi daripada rakyat tetapi daripada agensi-
agensi kerajaan yang memulangkan semula hasil atau peruntukan yang tidak
dihabiskan pada tahun fiskal itu. Mengikut prinsip perakaunan kerajaan,
sumber ini mesti dikelaskan ke atas sesuatu nama dan kod dan oleh sebab
itu ia dinamakan terimaan bukan hasil. Contoh lain ialah pemberian atau
pembayaran antara agensi awam dan jualan daripada apa- apa output
sampingan yang dikeluarkan oleh agensi secara langsung seperti buku
laporan dan majalah.

SOALAN DALAM TEKS 8.3

1. Sila bincang beberapa hasil cukai beserta siapakah


pihak yang berfungsi mengutip cukai tersebut?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

d) Hasil dari Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Labuan dan Putra Jaya ialah kawasan ekonomi dan
pentadbiran yang turut menyumbangkan sumber hasil kepada negara.
Kawasan-kawasan tersebut turut dibenarkan mengutip hasil cukai, bukan
cukai dan terimaan bukan hasil. Cawangan-cawangan agensi seperti LHDN,
JKDM, dan JPJ misalnya ditubuhkan untuk menguatkuasakan peraturan ke
atas pengguna-pengguna di kawasan tersebut. Kekuatan ekonomi tiga
kawasan wilayah ini semakin penting kepada kerajaan persekutuan dan
sumbangan kepada pendapatan negara adalah signifikan.
152
8.5.2 Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan

Selepas meneliti aspek hasil, marilah kita melihat pula komponen


perbelanjaan negara pada hari ini. Adalah penting untuk pelajar memahami
arah perginya hasil yang dikutip tadi. Terdapat dua komponen utama di
bawah perbelanjaan negara iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan.

a) Perbelanjaan mengurus

Perbelanjaan Mengurus (PM) diperuntukkan oleh undang-undang bagi


membenarkan anggaran perbelanjaan dibuat ke atas program-program
kerajaan (agensi-agensi) yang telah ditetapkan setiap tahun melalui anggaran
bajet tahunan.

Terdapat pula dua jenis perbelanjaan di bawah PM iaitu

(i) Perbelanjaan bekalan


(ii) Perbelanjaan tertanggung

i) Perbelanjaan bekalan

Perbelanjaan ini diperuntukkan oleh Akta Perbekalan apabila ia membenar-


kan perbelanjaan dibuat bagi pembiayaan aktiviti-aktiviti harian yang
berulang-ulang. Perbelanjaan ini harus dibawa ke perdebatan di Parlimen
bagi memberi kebenaran mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang
Disatukan (KWDS). Kebenaran ini akan berkuat kuasa untuk suatu
tempoh, dan biasanya pada satu tahun fiskal, dan ia akan luput selepas
tarikh tersebut tamat. Wang yang tidak habis dibelanjakan akan menjadi
terimaan bukan hasil. Sekiranya peruntukan yang diberi tidak mencukupi,
satu Undang-undang Perbekalan Tambahan boleh dibentangkan di
Parlimen sebelum tamat tahun fiskal.

Antara contoh-contoh perbelanjaan di bawah Perbelanjaan Bekalan ialah


emolumen ke atas kakitangan awam kerajaan, perkhidmatan dan bekalan
oleh agensi-agensi awam serta pembelian aset dan pemberian serta kenaan
tetap agensi. Biasanya huruf ‘B’ yang diikuti pula dengan nombor kepala
Perbelanjaan Bekalan akan ditulis bersama-sama dengan nama Pegawai
Pengawal Kementerian di dalam buku Anggaran Bajet.

ii) Perbelanjaan tertanggung

Di samping perbelanjaan bekalan, Perlembagaan Persekutuan turut


memperuntukkan satu perbelanjaan tahunan yang dipertanggungjawabkan
terus kepada Kumpulan Wang Disatukan melalui satu undang- undang
khas. Undang-undang ini berbeza daripada Akta Perbekalan yang memiliki
tempoh hayat setahun. Sifat undang-undang khas ini tidak akan luput setiap
tahun atau dalam kata lain tidak perlu diperbaharui setiap tahun bagi
mengeluarkan peruntukan tahunannya. Prosedur pengeluaran wang
daripada KWDS hanyalah melalui satu waran yang perlu disebut oleh
Menteri Kewangan di Parlimen. Ia tidak perlu melalui perdebatan seperti

153
mana perbelanjaan bekalan. Keperluan perbelanjaan tertanggung ini
sifatnya mestilah diutamakan daripada keperluan perbelanjaan bekalan.

Nombor kepala anggaran yang mengandungi peruntukan tersebut dikenali


dengan huruf ‘T’. Antara contoh perbelanjaan yang mendapat keistimewaan
ini ialah elaun Diraja, elaun dan gaji Ketua Audit Negara, Ketua Hakim dan
hakim-hakim, perbelanjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, pencen dan
hutang negara. Kesemuanya terdapat 15 kepala ‘T’ dalam buku Anggaran
Bajet.

b) Perbelanjaan pembangunan

Perbelanjaan Pembangunan (PP) merupakan perbelanjaan yang mula


diperkenalkan selepas merdeka selepas kerajaan menyedari tentang perlunya
perbelanjaan pembangunan dilakukan di samping PM yang disediakan
bagi tujuan operasi tahunan kerajaan. PP dikenali sebagai perbelanjaan
projek atau modal kerana perbelanjaan untuk pembangunan negara
biasanya mengambil masa lebih dari 1 tahun serta melibatkan modal
yang besar. Setiap tahun PP dikemukakan di parlimen untuk mendapat
kelulusan bersama-sama dengan Akta Perbekalan. Nama akta yang
membawa PP ialah Akta Kumpulan Wang Pembangunan. Ia dibentangkan
setiap tahun bagi mendapatkan kebenaran memperolehi jumlah wang
yang dijangka akan dibelanjakan untuk tahun itu sahaja sehinggalah projek
itu tamat. Anggaran asal bagi keseluruhan projek mestilah sentiasa
ditunjukkan di dalam buku Anggaran Bajet.

Pegawai Pengawal ialah individu yang diberi tanggung jawab bagi


memantau projek PP sesebuah agensi. Beliau hendaklah menyediakan satu
jadual rancangan perbelanjaan modal yang menunjukkan jumlah yang
perlu dibelanjakan bagi projek dari setiap tahun ke tahun yang seterusnya
sehingga projek tamat. Anggaran PP tahunan mesti mengandungi anggaran
kos yang dikemas kini bersama-sama setiap tahun dengan menyatakan kos
dan perbelanjaan bagi tahun yang lalu dan menambahkan satu tahun lagi.
Serahan ini dinamakan Kertas Turus yang akan diberi kepada Ketua
Setiausaha Perbendaharaan dan Unit Perancangan Ekonomi. Di peringkat
negeri pula, Pegawai Kewangan Negeri akan menyerahkan Kertas Turus
ini kepada pihak berkuasa kewangan negeri bagi tindakan kelulusan atasan.

Anggaran PP setiap agensi mengandungi peruntukan vot projek saraan


kakitangan sementara dan pembelian loji serta jentera untuk projek itu
sahaja. Saraan-saraan lain seperti saraan kakitangan tetap akan diletakkan
dalam pecahan-kepala emolumen anggaran agensi berkenaan dan hal ini
sama juga dengan loji dan jentera yang digunakan bagi output umum
agensi.

Dari manakah datangnya sumber wang untuk PP? Amalan pembiayaan


untuk PP di negara kita tidak diambil terus dari KWDS. Hal ini
bermakna, untuk menjalankan projek modal negara seperti projek LRT,
KLIA, Bakun, sekolah dan hospital, pihak kerajaan terpaksa mencari
sumber lain seperti membuat pinjaman dalam dan luar negara, lebihan
akaun semasa dan anggaran tambahan PP yang diperuntukkan daripada

154
Kumpulan Wang Luar Jangka. Bagi negara yang memiliki ramai
penduduk yang kaya, pihak kerajaan negara tersebut boleh membiayai
perbelanjaan projek modal mereka dari cukai yang dibayar oleh
penduduknya. Misalnya di California, rakyatnya tidak perlu membayar tol
lebuh raya kerana projek itu dibiayai daripada cukai pendapatan
rakyatnya.

Bolehkah kerajaan mengurangkan beban membayar tol


lebuhraya? Apakah implikasi yang mungkin terjadi?

SOALAN DALAM TEKS 8.4

1. Bincangkan tiga perbezaan antara perbelanjaan


bekalan dan tertanggung?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.6 ANALISIS BAJET KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI


TAHUN 2012

Mari kita melihat pula kedudukan anggaran hasil dan perbelanjaan


kerajaan pada tahun fiskal 2012. Hasil utama kerajaan masih diperolehi
daripada sumber cukai pendapatan iaitu sebanyak 41.9%, yang diikuti pula
oleh 24.5% daripada hasil bukan cukai dan cukai-cukai lain, 19% daripada
pinjaman dan penggunaan aset kerajaan, , 12.8% cukai tidak langsung, 0.9%
duti import dan 0.9% duti eksport.

Rajah 8.1
Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2012

Cukai Tidak Duti Import Duti Eksport


Langsung Lain 1% 1%
13%
Pinjaman &
Cukai
Penggunaan
Pendapatan
Aset Kerajaan
42%
19%

Hasil Bukan
Cukai & Cukai
Lain
25%
Sumber: Utusan Malaysia, 8 Oktober 2011.
155
Rajah 8.1 menunjukkan kedudukan anggaran hasil kerajaan Persekutuan
bagi tahun 2012. Keseluruhan hasil yang dijangka diperolehi adalah
sebanyak RM186.9 bilion. Ini merupakan kenaikan sebanyak 1.9%
berbanding hasil tahun 2011 (RM183.4 bilion). Jadual 8.1 menunjukkan
bahawa di bawah komponen cukai langsung, cukai pendapatan syarikat
menyumbang jumlah hasil tertinggi dan diikuti dengan cukai pendapatan
petroleum (PITA).

Jadual 8.1
Hasil Kerajaan Persekutuan, 2010 - 2012
RM juta Bahagian (%)
2010 20111 20122 2010 20111 20122
Hasil Cukai 109,515 129,182 135,618 68.6 70.4 72.6
Cukai Langsung 79,009 96,457 102,099 49.5 52.6 54.6
Cukai Syarikat 36,266 43,970 47,470 22.7 24.0 25.4
3
PITA 18,713 25,993 26,182 11.7 14.2 14.0
Individu 17,805 19,696 21,347 11.2 10.7 11.4
Cukai Tidak
30,507 32,725 33,519 19.1 17.8 17.9
Langsung
Duti Eksais 11,770 11,783 11,881 7.4 6.4 6.4
Cukai Jualan 8,171 8,605 8,965 5.1 4.7 4.8
Hasil Bukan
50,138 54,193 51,288 31.4 29.6 27.4
Cukai
Lesen/Permit 10,331 11,137 11,701 6.5 6.1 6.3
Pendapatan
34,576 37,832 33,980 21.7 20.6 18.2
Pelaburan
Jumlah Hasil 159,653 183,375 186,906 100.0 100.00 100.0
1Anggaran disemak, Anggaran Bajet, Cukai Pendapatan Pertoleum
2 3

Sumber: Berita Harian, 8 Oktober 2011.

Sementara itu, perbelanjaan kerajaan pula telah ditetapkan sebanyak


RM232.8 bilion ringgit bagi Bajet 2012. Rajah 8.2 menunjukkan sebanyak
RM181.6 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM51.2
bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Daripada perbelanjaan mengurus
tersebut, perbelanjaan ke atas pemberian dan kenaan bayaran tetap adalah
sebanyak RM96.5 bilion, perbelanjaan emolumen sebanyak RM52 bilion
dan RM30.5 bilion untuk Perkhidmatan dan Bekalan. Dengan perbelanjaan
yang melebihi anggaran hasil tersebut, maka bajet defisit masih dipakai
bagi tahun 2012 dengan jangkaan defisit sebanyak 12.97 bilion atau 4.4
peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Manakala di dalam perbelanjaan pembangunan, sektor ekonomi masih lagi


mendapat keutamaan peruntukan iaitu RM29.8 bilion untuk menampung
keperluan infrastruktur, perindustrian, pertanian dan pembangunan luar
bandar. Ia diikuti oleh sektor sosial sebanyak RM13.6 bilion (pendidikan
dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan
masyarakat), sektor keselamatan (RM4.4 bilion), perkhidmatan am (RM1.4
156
bilion) dan sebanyak RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

Rajah 8.2
Peratus Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Tahun 2012

Pentadbiran Am 0.6
2
Perkhidmatan Sosial 5.9
12.9
Perbelanjaan Lain 11.9
Pemberian kepada Kerajaan Negeri 2.5 14.4
5.2
Bekalan & Perkhidmatan 13.2
8.9
Emolumen
22.5
0 5 10 15 20 25

Jadual 8.1
Hasil Kerajaan Persekutuan, 2010 - 2012
RM juta Bahagian (%)
2010 20111 20122 2010 20111 20122
Emolumen 46,663 49,913 52,017 30.8 27.7 28.6
Bayaran Khidmat
15,621 18,517 20,453 10.3 10.3 11.3
Hutang
Pemberian &
Serahan kepada 4,689 5,511 5,846 3.1 3.1 3.2
Kerajaan Negeri
Pencen & Ganjaran 11,515 12,957 12,088 7.6 7.2 6.7
Bekalan &
23,841 29,532 30,480 15.7 16.4 16.8
Perkhidmatan
Subsidi 23,106 32,798 33,197 15.2 18.2 18.3
Pemberian kepada
12,407 13,368 14,451 8.2 7.4 8.0
Badan Berkanun3
Bayaran balik &
601 1,083 1,326 0.4 0.6 0.8
Hapus kira
Lain-lain 13,189 16,604 11,690 8.7 9.2 6.4
Jumlah 151,633 180,283 181,584 100.0 100.00 100.0
1 Anggaran disemak, 2 Anggaran Bajet, 3 Cukai Pendapatan Petroleum

Sumber: Berita Harian, 8 Oktober 2011.

8.7 RUMUSAN

Melalui bab ini, diharap pelajar sudah faham tentang peranan yang
dimainkan oleh bajet dan juga komponen hasil serta perbelanjaan yang

157
dilakukan oleh kerajaan setiap tahun. Walaupun jenis dan saiz bajet
berbeza antara negara-negara lain namun yang penting peranan yang
dimainkan adalah serupa. Kerajaan persekutuan merupakan peringkat
kerajaan yang akan menyedia dan mengemukakan dokumen bajet di
Parlimen. Kelulusan daripada Parlimen adalah penting kerana ia
menggambarkan persetujuan rakyat terhadap rancangan bajet tahunan
kerajaan. Bajet yang ideal ialah bajet yang dapat mengatasi masalah
ekonomi, menjaga kesejahteraan rakyat dan merancang pembangunan
negara yang berkesan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan secara ringkas dua peranan bajet yang boleh dikaitkan


dengan negara kita?

2. Terangkan dengan jelas kepentingan dan perbezaan antara


perbelanjaan mengurus dan pembangunan?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 8.1

1. Polisi fiskal adalah polisi perbelanjaan dan hasil kerajaan yang


digunakan untuk pertumbuhan ekonomi negara dan mengatasi
masalah-masalah ekonomi semasa yang dihadapi oleh negara.
Sebagai instrumen utama kerajaan, polisi fiskal boleh memainkan
beberapa peranan dalam bajet iaitu

• dasar percukaian yang akan menentukan sumber perolehan


negara setiap tahun.
• mengurangkan atau menaikkan tingkat perbelanjaan
kerajaan mengikut keadaan ekonomi yang ingin diperbaiki.
• membuat keputusan berskala kecil, sederhana dan besar
yang mempunyai implikasi kepada semua pihak.
• menjalankan tiga fungsi bajet iaitu fungsi peruntukan,
agihan dan penstabil.

158
SDT 8.2

1. Melalui bajet, kerajaan boleh mengawal agensi-agensi kerajaan


dengan memastikan arahan dan peraturan yang dibuat oleh agensi-
agensi pusat yang menjaga bajet akan dipatuhi setiapmasa. Jika
tidak, kelewatan untuk mendapatkan perbelanjaan tahunan
mungkin berlaku. Sistem Bajet Diubah Suai juga merupakan
mekanisme yang boleh digunakan.

SDT 8.3

1. Sumber hasil cukai seperti cukai pendapatan dikutip dan dijaga bagi
pihak kerajaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
2. Hasil cukai jalan dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di
setiap negeri.
3. Hasil cukai tidak langsung seperti duti import dikendalikan oleh
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

SDT 8.4

1. Perbelanjaan bekalan perlu melalui Rang Undang-undang


Perbekalan yang disediakan oleh Menteri Kewangan sedangkan
perbelanjaan tertanggung hanya perlu melalui waran tahunan
sahaja.
2. Perbelanjaan bekalan perlu diperdebatkan di Dewan Rakyat
sedangkan perbelanjaan tertanggung ialah perbelanjaan wajib yang
tidak perlu dibincangkan oleh ahli-ahli Parlimen.
3. Punca pembiayaan perbelanjaan mesti ditanggung terus oleh
Kumpulan Wang Disatukan walau dalam apa-apa keadaan
kewangan negara. Manakala perbelanjaan bekalan sifatnya sekunder
selepas dibuat pembiayaan ke atas perbelanjaan tertanggung.

159
BAB 9

PROSES DALAM PUSINGAN


BAJET AWAM

OBJEKTIF BAB

Setelah anda mengikuti bab ini, anda diharap dapat:


1. Mengetahui fasa-fasa dalam setiap pusingan bajet.
2. Memahami pusingan bajet tahunan di Malaysia.

9.1 PENGENALAN

Setelah kita melihat komponen-komponen yang perlu ada di dalam


sebuah bajet, sekarang mari kita lihat pula cara dokumen bajet dihasilkan.
Sesebuah bajet akan melalui satu proses yang dipanggil pusingan bajet.
Pusingan bajet ini melibatkan fasa perancangan, pembentukan dan
kelulusan, pelaksanaan dan penilaian. Anda tentu mendapat gambaran
yang kasar tentang betapa rumitnya proses ini berlaku. Bagi sesuatu bajet
tahunan, tempoh masa yang diperlukan dari peringkat perancangan hingga
penilaian memerlukan masa beberapa tahun.

Pusingan bajet berbeza antara satu kerajaan dengan kerajaan yang lain dan
antara satu agensi dengan agensi yang lain. Sekiranya sesebuah kerajaan atau
agensi adalah kecil, maka ia hanya memerlukan masa yang pendek bagi
menyediakan bajet. Sebaliknya bagi kerajaan atau agensi yang besar, masa
yang lebih panjang diperlukan untuk menyediakan dokumen bajet.

Anda tentu merasa pelik apabila mengetahui bahawa sesuatu pusingan bajet
mengambil masa beberapa tahun. Sebenarnya, peringkat pelaksanaan
bajet melibatkan tempoh setahun tetapi pada masa yang sama pihak
kerajaan dan agensi serta pegawai-pegawai bajet perlu melalui fasa
perancangan dan pembentukan bajet tahun akan datang di samping perlu
menilai dan melalui proses pengauditan bajet yang lepas. Untuk
mengelakkan kekeliruan, tahun-tahun di dalam pusingan bajet selalu
dikenali dengan nama-nama tertentu seperti tahun fiskal (FY) atau
tahun bajet (BY). Contohnya bajet tahun 2012. Mari kita lihat dengan
terperinci fasa-fasa yang terlibat dalam sesuatu pusingan bajet.

9.2 FASA PERANCANGAN DAN ANALISIS

Fasa yang pertama ini berlaku di awal pusingan bajet. Ia dinilai oleh pihak
eksekutif yang akan merancang anggaran perbelanjaan. Semua agensi perlu
merancang dengan teliti semua aktiviti dan program yang hendak
dilakukan. Pernahkah anda mendengar mengenai Rancangan Lima Tahun

160
atau RLT? Tentu jawapan anda adalah ya. Sehingga tahun 2010, Malaysia
telah menyediakan sebanyak sembilan RLT. Mulai tahun 2011 pula, kita
akan melaksanakan Rancangan Malaysia Kesepuluh. RLT merupakan bajet
pembangunan jangka panjang iaitu bagi tempoh lima tahun. Ia merupakan
alat dan proses bagi menentukan matlamat- matlamat pembangunan jangka
panjang Malaysia.

Pernahkah anda menyemak matlamat-matlamat dan


program-program yang dicadangkan dalam sesuatu RLT?

Selain daripada projek-projek baru, agensi juga perlu merancang dan


menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan supaya agensi
tersebut dapat mencapai matlamat yang diharapkan dengan cara yang paling
cekap dan berkesan. Terdapat pelbagai teknik perancangan dan analisis
yang boleh digunakan, antaranya termasuk pengunjuran, kos-faedah, kos-
keberkesanan dan analisis utiliti marginal.

9.3 PEMBENTUKAN BAJET

Di peringkat ini, bajet disediakan dan diluluskan. Seperti mana yang


kita tahu, bajet merupakan suatu alat yang penting bagi kerajaan
dalam melaksanakan dasar-dasarnya. Oleh kerana bajet merupakan alat
pengurusan dan kawalan yang penting kepada kerajaan, ia perlu disediakan
mengikut peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan.
Pihak yang bertanggungjawab menyediakan bajet adalah semua agensi
pelaksana. Pihak lain yang terlibat menyemak dan mengubah suai bajet
ialah agensi pusat, kabinet dan badan perundangan. Di Malaysia, proses
penyediaan bajet dapat dibahagikan kepada dua peringkat. Pertama, proses
penyediaan bajet jangka pendek atau dipanggil juga sebagai bajet tahunan
dan kedua, proses penyediaan bajet jangka panjang.

Adakah anda masih ingat tujuan-tujuan bajet seperti


yang telah dibincangkan di dalam bab yang lepas?

Seperti yang telah dinyatakan, proses penyediaan bajet jangka pendek


merupakan satu proses untuk menyediakan bajet yang dapat digunakan
bagi satu-satu tahun kewangan. Ia melibatkan kedua-dua agensi pusat dan
agensi pelaksana. Adakah anda masih ingat apakah itu agensi pusat dan
agensi pelaksana? Sekiranya ya, ini bermaksud ingatan anda sangat baik. Jika
tidak, tidak mengapa. Anda akan dapat mengimbas kembali kedua-dua
bentuk agensi ini apabila kita membincangkan proses penyediaan bajet
seterusnya.

Proses penyediaan bajet jangka pendek secara khusus bermaksud


penyediaan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan
tahunan. Definisi kedua-dua perbelanjaan ini telah dibuat dalam bab yang
lalu. Elok kita imbas kembali maksud kedua-duanya. Perbelanjaan
mengurus merupakan perbelanjaan bagi membiayai aktiviti harian dan
161
berulang agensi kerajaan. Sementara perbelanjaan pembangunan pula
merupakan perbelanjaan modal yang tidak berulang sifatnya dan akan
memberi pulangan kepada negara dalam jangka panjang. Mari kita teliti cara
kedua-dua perbelanjaan ini disediakan dan pihak yang akan terlibat dalam
proses ini.

9.3.1 Penyediaan Bajet Mengurus

Perbincangan mengenai penyediaan bajet mengurus akan dibahagikan


kepada dua aspek iaitu bagi peringkat agensi pusat dan peringkat agensi
pelaksana.

a) Peringkat agensi pusat

Agensi pusat yang paling penting bagi peringkat penyediaan bajet ialah
Bahagian Bajet, Perbendaharaan yang terletak di bawah Kementerian
Kewangan. Ia bertanggungjawab merancang, menimbang, melulus dan
mengawal penyediaan serta penggunaan bajet mengurus. Ia juga
menggubal dasar dan strategi bajet yang akan dituruti oleh agensi-agensi
kerajaan. Walau bagaimanapun, sebelum sesuatu perbelanjaan tahun
hadapan dapat dirancang, adalah penting bagi agensi ini untuk mengetahui
unjuran hasil negara. Untuk tujuan tersebut, bahagian ini akan
mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan daripada Bahagian
Ekonomi dan Bahagian Cukai di Kementerian Kewangan. Maklumat ini
digunakan sebagai asas bagi menyediakan unjuran bajet tahun hadapan.

Pusingan bajet akan bermula apabila pihak Perbendaharaan mengeluarkan


suatu surat pekeliling yang dikenali sebagai Pekeliling Perbendaharaan.
Surat pekeliling ini biasanya dikeluarkan pada awal Januari tahun sebelum
bajet itu dilaksanakan. Ia diedarkan kepada semua Jabatan dan
Kementerian. Surat pekeliling ini amat penting kepada semua agensi
pelaksana kerana ia mengandungi garis panduan dan penjelasan ringkas
tentang:

• Dasar dan strategi bajet untuk mencapai sasaran


makroekonomi;
• Asas-asas bagi menyediakan cadangan perbelanjaan
mengurus dan perbelanjaan pembangunan; dan
• Format-format bagi cadangan perbelanjaan untuk
disampaikan kepada Perbendaharaan.

Bagi melancarkan proses menyediakan cadangan anggaran bajet oleh


semua agensi, Bahagian Bajet mengamalkan pendekatan interaktif
dengan mengadakan satu forum preliminary hearings. Kenapakah forum
sebegini dirasakan perlu diadakan? Ini kerana di dalam forum ini, Bahagian
Bajet dan agensi-agensi pelaksana akan dapat membincang- kan isu-isu
penting seperti kedudukan kewangan negara, hasil negara dan lain-lain
aspek makro ekonomi yang akan memberi kesan ke atas cadangan
bajet mengurus. Ia amat penting bagi membolehkan kedua-dua pihak
iaitu agensi pusat dan agensi pelaksana mencapai persetujuan awal

162
mengenai jumlah perbelanjaan mengurus yang diperlukan. Hasilnya, pihak
agensi pelaksana akan dapat merancang dengan lebih teliti dan tepat
anggaran perbelanjaan yang diperlukan dan mendapat gambaran awal
jumlah yang akan diperuntukkan kepadanya.

Setelah Bahagian Bajet menerima cadangan-cadangan anggaran


perbelanjaan mengurus semua agensi, pegawai-pegawai bajet yang dikenali
sebagai Budget Review Officer akan meneliti cadangan berkenaan dan
kemudian menjemput wakil agensi-agensi menghadiri mesyuarat
pemeriksaan bajet untuk membincangkan cadangan bajet masing-
masing. Mesyuarat ini juga akan dihadiri oleh wakil daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perdana Menteri. Kenapakah kedua-dua
agensi pusat ini dijemput bersama di dalam mesyuarat pemeriksaan ini?
Ia bertujuan untuk memastikan semua pihak mendapat maklumat yang
tepat mengenai dasar-dasar kerajaan yang telah digubal. Setelah
pemeriksaan bajet selesai dilakukan, pegawai-pegawai Bajet akan
menyediakan beberapa perkara iaitu

• Kertas Turus Cadangan Bajet bagi pertimbangan Pengarah


Bahagian Bajet;
• Kertas Jemaah Menteri untuk anggaran bajet;
• Rang Undang-undang Perbekalan bagi Perbelanjaan
Mengurus dan Draf Usul bagi Anggaran Belanja
Pembangunan; dan
• Draf Ucapan Bajet untuk Menteri Kewangan.

Sebelum cadangan bajet itu dapat dibentangkan di Parlimen, ia perlu


dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan. Pada kebiasaannya,
Menteri Kewangan akan membentangkan cadangan bajet pada minggu
terakhir bulan Oktober atau minggu pertama bulan November. Anda tentu
biasa melihat di kaca televisyen apabila Menteri Kewangan
membentangkan cadangan bajet di Dewan Rakyat setiap tahun.

Kenapakah penting bagi kita untuk mengikuti pem-


bentangan cadangan bajet ini setiap tahun?

Setelah diluluskan di Dewan Rakyat, rang undang-undang perbekalan


tersebut akan dikemukakan ke Dewan Negara untuk mendapat kelulusan
sebelum diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan
Agung untuk diperkenankan. Dengan ini, tamatlah proses penyediaan bajet
jangka pendek oleh agensi Pusat iaitu Perbendaharaan. Mari kita lihat pula
peranan yang dijalankan oleh agensi pelaksana dalam proses ini.

Mulai tahun 2002, proses penyediaan dan pemeriksaan bajet telah diubah
daripada setiap tahun kepada dua tahun sekali dengan berkuatkuasanya
Pekeliling No. 2/2001. Namun begitu, perubahan prosedur ini hanya dari
segi pentadbiran sahaja dan tidak melibatkan pindaan kepada Perlembagaan
Persekutuan atau Akta Prosedur Kewangan, 1957. Maksudnya, bajet tetap
dikemukakan kepada Parlimen setiap tahun untuk pertimbangan dan

163
kelulusan. Walaupun Perbendaharaan perlu menyediakan peruntukan
tahunan untuk dikemukakan kepada Parlimen, pemeriksaan dan kajian
semula secara terperinci ke atas cadangan kementerian dan agensi hanya
dilaksanakan sekali dalam tempoh dua tahun.

Prosedur baru ini bertujuan meningkatkan kualiti dan kecekapan


pengurusan dan peruntukan bajet kerana dapat mengambilkira kedua-dua
dasar fiskal tahunan (jangka pendek) dan dasar jangka sederhana. Ia dapat
memudahkan penentuan kedudukan fiskal kerajaan, di samping
memperbaiki perancangan dan pengurusan aliran tunai kerajaan. Oleh itu,
keperluan pinjaman kerajaan dapat ditentukan dengan lebih tepat dan dapat
meminimumkan keperluan pinjaman oleh kerajaan. Selain itu, sumber-
sumber lain seperti tenaga manusia, masa dan wang dapat dijimatkan
melalui pemeriksaan dua tahun sekali ini. Kita tidak perlu merasa bimbang
kerana walaupun peruntukan bajet telah ditentukan dua tahun ke hadapan,
masih terdapat kelonggaran untuk menghadapi perkembangan yang tidak
dijangka.

b) Peringkat agensi pelaksana

Setelah menerima surat pekeliling Perbendaharaan, semua agensi akan


memulakan proses penyediaan cadangan bajet. Secara umumnya, proses ini
dibahagikan kepada empat aktiviti utama iaitu penentuan atau pengkajian
semula objektif dan strategi agensi, pemilihan program dan aktiviti,
pengukuran prestasi dan penentuan keperluan kewangan bagi program-
program dan aktiviti-aktiviti yang dipilih untuk dilaksanakan. Mari kita
lihat sepintas lalu aktiviti-aktiviti berkenaan.

• Penentuan objektif. Agensi menentukan hasil yang hendak


dicapai olehnya dengan ringkas dan jelas.
• Pemilihan program dan aktiviti. Agensi memilih program
dan aktiviti yang sesuai bagi melaksanakan objektif yang
telah ditetapkan.
• Pengukuran prestasi. Agensi perlu menilai sejauh mana ia
telah berjaya mencapai objektif melalui program dan
aktiviti yang dilaksanakan. Tiga kriteria yang dipentingkan
ialah kecekapan, keberkesanan, dan mutu serta taraf
perkhidmatan.
• Penentuan keperluan kewangan. Agensi menentukan
jumlah peruntukan yang diperlukan bagi melaksanakan
program dan aktiviti yang dirancang mengikut keperluan
Pekeliling Perbendaharaan.

Semua cadangan perbelanjaan mengurus agensi perlu mendapat kelulusan


Pegawai Pengawal Kementerian dan Jabatan sebelum dikemukakan kepada
Perbendaharaan. Ini bermaksud cadangan perbelanjaan bagi sesuatu
Kementerian atau jabatan perlu diluluskan di peringkat Kementerian atau
jabatan terlebih dahulu sebelum di hantar kepada Perbendaharaan bagi
proses yang berikut.

164
Siapakah Pegawai Pengawal bagi Universiti Utara
Malaysia?

Agensi pelaksana dikehendaki mengemukakan cadangan perbelanjaan


mengurus mereka pada awal bulan Mei tahun semasa. Cadangan tersebut
akan dikaji oleh pegawai bajet (BRO) bersama-sama pegawai- pegawai
dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Unit Perancang Ekonomi
(UPE). Selepas pemeriksaan bajet dilakukan, semua Kementerian dan
jabatan perlu menyediakan minit mesyuarat bajet dan kemudian mengkaji
anggaran perbelanjaan bagi setiap program, aktiviti dan projek untuk
disesuaikan dengan jumlah anggaran perbelanjaan yang telah dipersetujui.

SOALAN DALAM TEKS 9.1

1. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diikuti oleh


agensi pelaksana selepas ia menerima arahan
menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus
tahunan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan.
2. Nyatakan agensi pusat yang terlibat dalam proses
menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus
tahunan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.3.2 Penyediaan Bajet Pembangunan Tahunan

Bajet Pembangunan melibatkan tempoh masa beberapa tahun. Sekiranya


kita mengambil contoh suatu projek pembinaan infrastruktur iaitu
universiti awam, kita dapati ia mengambil masa beberapa tahun untuk
disiapkan. Namun begitu, adalah penting suatu perbelanjaan pembangunan
tahunan disediakan bagi membolehkan agihan peruntukan secara tahunan
dibuat. Peruntukan yang diberi secara tahunan lebih mudah untuk
diuruskan berbanding dengan pemberian yang terlalu banyak secara sekali
gus. Seksyen (4) Akta Kumpulanwang Pembangunan 1966 telah
memperuntukkan supaya anggaran perbelanjaan pembangunan tahunan
dibentangkan dalam bentuk usul di Parlimen setiap tahun untuk diluluskan.

Kita telah membincangkan mengenai perbelanjaan pembangunan di


dalam bab yang lepas. Jika anda kurang ingat, sila rujuk semula bab
berkenaan. Secara umumnya, ia melibatkan projek-projek Rancangan
Lima Tahun (RLT) yang telah diluluskan. Dari segi penyediaan cadangan
perbelanjaan pembangunan tahunan, agensi pelaksana perlu mengemuka-
kan cadangan tersebut kepada agensi-agensi berikut:
165
(i) Bahagian Bajet, Perbendaharaan;
(ii) Bahagian Perjawatan, Jabatan Perkhidmatan Awam;
(iii) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; dan
(iv) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP), Jabatan Perdana
Menteri.

Seperti juga penyediaan bajet mengurus, agensi pusat yang akan terlibat
secara langsung ialah Perbendaharaan. Setelah bahagian Bajet menerima
cadangan perbelanjaan pembangunan, ia akan memulakan proses
pemeriksaan. Ia kemudian akan mempengerusikan satu mesyuarat
pemeriksaan yang dihadiri bersama oleh pegawai-pegawai daripada agensi-
agensi pelaksana dan agensi-agensi pusat lain seperti JPA, UPE dan UPP.
Mengapakah agensi-agensi pusat ini perlu dipanggil bersama dalam
mesyuarat pemeriksaan berkenaan? Ia bertujuan untuk menasihati Bahagian
Bajet tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan projek yang telah
diluluskan oleh UPE dalam RLT dan perkara-perkara yang berkaitan
dengan pelaksanaan projek dan perjawatan.

Apabila pemeriksaan bajet tamat, Bahagian Bajet akan menyediakan dan


mengemukakan kertas usul perbelanjaan pembangunan kepada Jemaah
Menteri dan Parlimen untuk kelulusan sama seperti yang dilakukan bagi
perbelanjaan mengurus. Keseluruhan proses penyediaan bajet dapat di lihat
melalui Rajah 9.1.

Rajah 9.1
Proses Penyediaan Bajet Tahunan

(10) Waran Peruntukan kepada


Kementerian/Jabatan
(9) Waran Am kepada
Akauntan Negara (1) Pekeliling Perbendaharaan

(8) Menteri Kewangan (2) Penyediaan Bajet


Bentang Bajet oleh Agensi
Pelaksana
di Parlimen
(3) Pegawai
Pengawal
Melulus dan
(7) Perbendaharaan Menyelaraskan
Meluluskan Anggaran Agensi
Bajet

(6) Mesyuarat (4) Cadangan


Pemeriksaan Dikemuka kepada
Bajet Agensi Pusat

(5) Agensi Pusat Kaji


Cadangan Bajet

166
SOALAN DALAM TEKS 9.2

1. Nyatakan agensi-agensi pusat yang terlibat dalam


penyediaan bajet pembangunan tahunan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.4 PROSES PELAKSANAAN BAJET

Di dalam fasa ini, bajet digunakan sebagai panduan kepada pihak pentadbir.
Fasa ini berlaku dalam tahun semasa atau tahun bajet berkenaan.
Penggunaan kuasa berbelanja semasa pelaksanaan bajet ditentukan
mengikut peruntukan Perlembagaan dan Arahan Perbendaharaan.

Setelah sesuatu bajet sah termaktub sebagai rang undang-undang, Menteri


Kewangan akan mengeluarkan Waran Am bagi membolehkan Akauntan
Negara mengeluarkan wang daripada Kumpulanwang Persekutuan
Disatukan. Akauntan Negara akan mengeluarkan waran peruntukan bagi
membolehkan semua Kementerian dan Jabatan membuat perbelanjaan
seperti yang telah diluluskan. Walau bagaimanapun, sebagai satu bentuk
kawalan, peruntukan tidak diberi secara sekaligus. Sebaliknya ia dikawal
melalui pengagihan peruntukan (allotment) secara berkala. Menurut
pandangan anda, mengapakah pihak Perbendaharaan mengamalkan peng-
agihan secara berkala apabila peruntukan tahunan telah diluluskan
sepenuhnya? Ia diamalkan bagi membolehkan Kementerian dan Jabatan
merancang penggunaan wang dengan lebih cekap berdasarkan keperluan
semasa dan tidak secara terburu-buru.

Pegawai Pengawal bertanggungjawab memastikan perbelanjaan bagi vot di


bawah kawalannya tidak terlebih digunakan. Tindakan surcaj boleh diambil
sekiranya hal ini berlaku. Apabila berlaku perbelanjaan tidak mencukupi
atau terlebih digunakan, Pegawai Pengawal berkenaan hendaklah membuat
laporan kepada Perbendaharaan bagi membolehkan mereka memohon
pendahuluan untuk dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pendahuluan
Diri (Pegawai Awam) sementara menunggu keputusan mengenai
permohonan anggaran peruntukan tambahan. Pemeriksaan lengkap akan
dilakukan oleh Perbendaharaan sebelum permohonan berkenaan dapat
diluluskan di Parlimen.

Bincangkan keadaan cara permohonan anggaran


tambahan peruntukan dapat dipertimbangkan oleh
Perbendaharaan.

Sekiranya kita menyemak peruntukan-peruntukan perundangan yang


berkaitan dengan penggunaan wang awam, kita dapati tiada perundangan
yang mewajibkan supaya semua wang yang diperuntukkan dibelanjakan
167
oleh agensi. Namun begitu, adalah menjadi kebiasaan bagi agensi untuk
cuba menghabiskan peruntukan perbelanjaan yang diberikan. Agensi
pelaksana yang tidak bijak merancang perbelanjaan tentu menghadapi
kesukaran membuat permohonan perbelanjaan yang lebih besar di masa
hadapan. Ini kerana rekod prestasi masa lalu menunjukkan agensi
berkenaan memohon terlalu banyak wang berbanding dengan keperluan
sebenar atau tidak menghabiskan perbelanjaan yang sepatutnya dilakukan
untuk faedah orang awam.

Seterusnya, perbelanjaan wang yang diperuntukkan tidak terbatas kepada


pecahan maksud tertentu sahaja. Pindah peruntukan atau viremen adalah
dibenarkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan 18 selagi jumlah
keseluruhan peruntukan agensi tidak melebihi jumlah yang ditetapkan.
Pindah peruntukan memerlukan kelulusan Perbendaharaan. Menurut
seksyen 15(4) Akta Acara Kewangan, pihak yang memohon pindah
peruntukan ini perlu memberi justifikasi tentang sebab untuk menambah
peruntukan kepada pecahan baru di samping alasan mengapa simpanan di
dalam pecahan kepala yang satu lagi dapat dikurangkan. Ini tidak
bermaksud pindah peruntukan dapat dibuat dengan mudah terutamanya
apabila ia melibatkan pecahan kepala emolumen. Ini kerana tidak ada
jawatan baru yang dapat diwujudkan atau dikurangkan oleh agensi tanpa
mendapat kelulusan Perbendaharaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam
terlebih dahulu. Pindah peruntukan antara item di bawah pecahan kepala
yang sama tidak memerlukan kelulusan Perbendaharaan, mencukupi
dengan suatu laporan dihantar mengenai hal tersebut.

Mengapakah jawatan tetap yang diperlukan dalam


sesebuah agensi tidak dapat diadakan tanpa mendapat
kelulusan Perbendaharaan dan JPA terlebih dahulu?

Ada keadaan di mana seorang pegawai Pengawal atau pemegang waran


peruntukan mendapati perlu untuk menyerahkan sebahagian perbelanjaan
di bawah kawalan beliau untuk kegunaan pegawai lain. Apakah tindakan
yang dapat diambil olehnya untuk tujuan itu? Beliau boleh mengambil satu
daripada tindakan yang berikut:

(i) Memberi kebenaran melalui surat rasmi, ataupun


(ii) Mengeluarkan waran peruntukan kecil kepada pegawai
lain itu.

Melalui cara pertama, kawalan masih terletak kepada Pegawai Pengawal


tersebut. Sebaliknya, bagi cara kedua kawalan dipindahkan kepada pegawai
pemegang pecahan waran yang baru.

Semua Kementerian dan Jabatan perlu menyediakan laporan perbelanjaan


setiap suku tahunan kepada Akauntan Negara dan Perbendaharaan. Pada
pendapat anda apakah kegunaan laporan ini? Memang benar, laporan ini
akan digunakan oleh Perbendaharaan bagi menilai prestasi agensi pelaksana.
Selain itu, ia juga dapat mempengaruhi pemberian peruntukan perbelanjaan
bagi tahun akan datang.
168
SOALAN DALAM TEKS 9.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan viremen?


2. Nyatakan tatacara yang perlu diikuti apabila timbul
keperluan untuk memindahkan sebahagian per-
belanjaan yang dikawal oleh Pegawai Pengawal
kepada pegawai lain.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.5 PROSES PENILAIAN BAJET

Fasa terakhir dalam pusingan bajet bermula apabila tamat tahun semasa
bajet (CY). Fasa ini melibatkan perakaunan, pengauditan dan penilaian
semula. Walaupun sesetengah kerja audit dan penilaian patut dilakukan
lebih awal, kebanyakan kerja penilaian berlaku dalam fasa terakhir ini.
Aktiviti-aktiviti perakaunan, audit dan penilaian melibatkan agensi
pelaksana, Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Audit Negara dan Parlimen.
Perakaunan di jabatan kerajaan akan ditutup pada 31 Januari setiap tahun.
Ini membolehkan Akauntan Negara mengakaun akaun- akaun awam
sebelum beliau menyerahkannya kepada Ketua Audit Negara.

Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan supaya


semua akaun awam disemak dan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara di
Parlimen. Untuk tujuan tersebut, pegawai awam yang diberikan tanggung
jawab perlu menguruskan wang tunai seperti hasil dan perbelanjaan, dan
harta seperti pembelian dan urusan stor berdasarkan sistem perakaunan
dan rekod yang ditentukan oleh peraturan-peraturan yang terkandung
dalam Arahan Perbendaharaan. Semua urus niaga kewangan mesti
direkodkan ke dalam akaun dengan tepat, lengkap dan kemas kini bagi
mengelakkan penyelewengan wang awam.

Pegawai Pengawal dan semua pegawai lain bertanggungjawab menyampai-


kan semua maklumat yang diperlukan oleh Ketua Audit Negara. Sekiranya
mereka tidak berbuat demikian, tindakan tatatertib akan dikenakan atau
dakwaan di mahkamah akan diambil jika didapati perbelanjaan dan lain-
lain urusan yang berkaitan kewangan tidak dilakukan dengan betul dan
teratur.

Ketua Audit Negara juga menyemak laporan-laporan perbelanjaan suku


tahunan agensi bagi membuat penilaian mengenai kecekapan pengurusan
wang awam. Laporan penilaian ini dibentangkan di Parlimen. Di dalam
laporan tersebut, Ketua Audit Negara memberikan teguran dan cadangan
untuk memperbaiki prestasi dan keberkesanan perbelanjaan agensi-agensi
kerajaan di masa depan.

169
Lanjutan daripada itu, Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-kira Awam
akan menyiasat teguran yang telah dibuat dan berhak memanggil Pegawai
Pengawal dan pegawai- pegawai lain yang berkenaan menghadiri sesi
mesyuarat bagi menerangkan beberapa perkara seperti pembaziran, tidak
memungut hasil atau membuat perbelanjaan tanpa kebenaran. Tindakan
boleh diambil ke atas pegawai yang didapati tidak bertindak mengikut
ketetapan perundangan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan
bajet.

9.6 RUMUSAN

Anda telah melihat dengan terperinci pusingan bajet dan fasa-fasa yang
terlibat. Secara amnya, terdapat empat fasa utama iaitu peringkat
perancangan dan analisis, pembentukan bajet, pelaksanaan dan penilaian
bajet. Peringkat perancangan dan pembentukan bajet berlaku sebelum
bermula tahun fiskal bajet berkenaan. Peringkat pelaksanaan melibatkan
tempoh satu tahun iaitu tahun semasa bajet berkenaan. Seterusnya, fasa
penilaian dilaksanakan sepenuhnya selepas bajet berkenaan dilaksanakan.

Antara pihak yang terlibat secara langsung dalam pusingan bajet ialah
semua agensi pelaksana dan beberapa agensi pusat. Agensi pusat yang
penting sekali ialah Perbendaharaan. Walau bagaimanapun, penglibatan
agensi seperti UPE, JPA, JPM dan lain-lain juga memberikan sumbangan
yang besar bagi menjayakan proses yang amat kompleks ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan secara ringkas fasa-fasa yang perlu diikuti bagi


menyempurnakan sesuatu pusingan bajet.

2. Sebutkan sepuluh langkah utama yang berlaku dalam proses


penyediaan bajet mengurus tahunan.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT9.1

1. Setelah menerima arahan menyediakan anggaran perbelanjaan


mengurus tahunan melalui surat pekeliling Perbendaharaan,
agensi pelaksana perlu melakukan empat aktiviti utama iaitu
170
a. penentuan objektif: menentukan hasil yang ingin dicapai
oleh agensi berkenaan secara jelas.
b. pemilihan program dan aktiviti: program dan aktiviti yang
bersesuaian perlu dipilih bagi mencapai objektif yang
telah ditentukan.
c. pengukuran prestasi: menilai kejayaan masa lalu dan
keberkesanan aktiviti serta program yang sedang dijalankan.
d. penentuan keperluan kewangan: menentukan jumlah
peruntukan yang diperlukan.

2. Agensi pusat yang terlibat dalam proses penyediaan anggaran


perbelanjaan mengurus tahunan ialah Perbendaharaan, Jabatan
Perkhidmatan Awam dan Unit Perancang Ekonomi.

SDT 9.2

1. Agensi-agensi pusat yang terlibat dalam penyediaan bajet


pembangunan tahunan ialah Unit Perancang Ekonomi,
Perbendaharaan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit
Penyelarasan Pelaksanaan, JPM.

SDT 9.3

1. Viremen adalah pindah peruntukan perbelanjaan daripada satu


pecahan maksud kepada pecahan maksud yang lain. Pindah
peruntukan juga boleh dibuat bagi item-item di bawah pecahan
maksud yang sama. Viremen tidak menyebabkan jumlah keseluruhan
peruntukan bagi agensi berubah.

2. Apabila didapati perlu untuk memindahkan sebahagian


perbelanjaan kepala untuk digunakan oleh pegawai lain, Pegawai
Pengawal boleh memberi kebenaran melalui surat rasmi. Melalui
cara ini, kawalan masih terletak kepada Pegawai Pengawal. Cara
kedua ialah mengeluarkan waran peruntukan kecil kepada pegawai
yang berkenaan. Ini akan menyebabkan kawalan dipindahkan
kepada pegawai kedua yang menerima waran peruntukan baru.

171
BIBLIOGRAFI

Abelson, P. (2008). Public economics: Principles and practice (2nd ed.). Sydney:
McGraw-Hill.

Auerbach, A.J. & Shaviro, D. N. (2008). Institutional foundations of public


finance: Economic and legal perspectives). Cambridge: Harvard University
Press.

Aronson, R. J. (1985). Public finance. New York: Mc Graw-Hill.


Berita Harian, 8 Oktober 2011.

Borcherding, T. E. (1985). The causes of government growth of


expenditure: A survey of the US evidence. Journal of Public Economics.
Vol. 28.

Browning, E. K., & Browning, J. M. (1987). Public finance and the price system
(3rd ed.). New York: Macmillan Publishing Company.

Connolly, S. & Munro, A. (1999). Economics of the public sector. Essex: Pearson
Education Limited.

Corry, D. (1997). Public expenditure: Effective management and control. London:


The Dryden Press.

Cullis, J., & Jones, P. (2009). Public finance and public choice: Analytical
perspectives (3rd ed.). Oxford: Oxford University Press.

Davis, J., & Meyer, C. (1983). Principles of public finance. New Jersey:
Prentice Hall.

Evans, C. E., Greenbaum, Abe. (1998). Tax administration: Facing the


challenges of the future. New South Wales: Prospect Media Pty. Ltd.

Gillis, M. (1987). Economics of development (2nd ed.). New York: W. W. Norton


& Company.

Goode, R. (1984). Government finance in developing countries. Washington: The


Brooking Institution.

Gruber, J. (2007). Public finance and public policy (2nd ed.). New York: Worth.

Hillman, A. L. (2003). Public finance and public policy: Responsibilities and


limitations of government. Cambridge: Cambridge University Press.

Holcombe, R. G. (1987). Public sector economics. Belmont: Wadsworth


Publishing Company.

Hyman, D. N. (2011). Public finance: A contemporary application of theory to policy


(10th ed.). Mason: Thomson/South-Western.
172
Jackson, P. M. (1996). The foundations of public finance (Vol. 1). Cheltenham:
Edward Elgar Publishing Limited.

James, S., & Christopher N. (1992). The economics of taxation (4th ed.).
London: Prentice Hall.

Kementerian Kewangan Malaysia (1977). Laporan Ekonomi 1977-78. Kuala


Lumpur: Percetakan Semenanjung Malaysia.

Kementerian Kewangan Malaysia (1980). Laporan Ekonomi 1980-81. Kuala


Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Kementerian Kewangan Malaysia (1984). Laporan Ekonomi 1984-85. Kuala


Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Kementerian Kewangan Malaysia (1987). Laporan Ekonomi 1987-88. Kuala


Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Kementerian Kewangan Malaysia (1990). Laporan Ekonomi 1990-11. Kuala


Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Kementerian Kewangan Malaysia (1993). Laporan Ekonomi 1993-94. Kuala


Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kementerian Kewangan Malaysia (1996). Laporan Ekonomi 1996-97. Kuala


Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kementerian Kewangan Malaysia (1998). Laporan Ekonomi 1998-99. Kuala


Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kementerian Kewangan Malaysia (1999). Laporan Ekonomi 1999-2000.


Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kementerian Kewangan Malaysia (2001). Laporan Ekonomi 2001-2002.


Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kementerian Kewangan Malaysia (2008). Laporan Ekonomi 2008-2009.


Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui www.hasil.org.my.

Lynch, T. D. (1985). Public budgeting in America (2nd ed.). New Jersey:


Prentice Hall.

Malaysia Institut Tadbiran Awam (INTAN). (1991). Malaysia Kita. Kuala


Lumpur: Percetakan Nasional.

Malaysia. Perlembagaan Persekutuan 1957, Bahagian 7, Perkara 96-112.

Malaysia (1971). Ranchangan Malaysia Kedua 1971- 1975. Kuala Lumpur:


Penchetak Kerajaan.
173
Md Zyadi Md Tahir, Ragayah Hj. Mat Zin. (1990). Ekonomi pencukaian.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mikesell, J. L. (1999). Fiscal administration: Analysis and applications for the public
sector. Fort Worth: Harcourt Brace College Publishers.

Mikesell, J. L. & Mullins, D. R. (2006). The evolution of public finance and


budgeting: A quarter century of developments. Malden: Blackwell.

Musell, R. M. (2009). Understanding government budgets: A practivcal guide. New


York: Routledge.

Musgrave, R. A., & Musgrave, P. B. (1989). Public finance in theory and practice
(5th ed.) New York: Mc Graw-Hill.

Perbendaharaan (1972). Lapuran Ekonomi 1972/73. Kuala Lumpur:


Percetakan Malaysia Barat.

Perbendaharaan (1974). Lapuran Ekonomi 1974/75. Kuala Lumpur:


Percetakan Malaysia Barat.

Prowle, M. J. (2010). Managing and reforming modern public services. Essex:


Pearson Education Limited.

Robbins, D. (2005).(ed.) Handbook of public sector economics). Boca Raton, Fl.:


CRC Press.

Rosen, H. S. (2008). Public finance (8th ed.). Boston: Irwin/McGraw-Hill.

Seidman, L. S. (2009). Public finance. Boston: McGraw-Hill/Irwin.

Shoup, C. S.(2006). Public finance. New Brunswick: Aldine Transaction.

Taylor, C. L. (1983). Why governments grow: Measuring public sector size.


California: Sage Publications.

Tresch, R. W. (2008). Public sector economics. New York: Palgrave Macmillan.

Utusan Malaysia, 8 Oktober 2011.

174
LAMPIRAN A

Bahagian III Jadual Kesepuluh Perlembagaan Malaysia

SUMBER-SUMBER HASIL YANG DISERAHKAN KEPADA NEGERI

1. Hasil dari kedai tuak.


2. Hasil dari tanah, lombong dan hutan.
3. Hasil dari lesen-lesen lain daripada lesen-lesen berhubung dengan kereta-kereta yang
didorongi jentera, pepasangan-pepasangan elektrik dan pendaftaran perniagaan-perniagaan.
4. Duti hiburan.
5. Bayaran-bayaran mahkamah, lain daripada mahkamah persekutuan.
6. Bayaran-bayaran dan terimaan-terimaan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang
dijalankan oleh jabatan-jabatan kerajaan negeri.
7. Hasil bagi lembaga-lembaga bandaran, majlis-majlis tempatan dan pihak-pihak berkuasa
tempatan yang seumpamanya lain daripada-
(a) perbandaran yang ditubuhkan di bawah Ordinan Perbandaran;
(b) lembaga-lembaga bandaran, majlis-majlis bandaran, lembaga-lembaga luar Bandar,
majlis-majlis tempatan dan pihak-pihak berkuasa tempatan yang seumpamanya yang
ada mempunyai kuasa di bawah undang-undang bertulis untuk memegang hasil-
hasilnya dan mengawal perbelanjaan hasil-hasilnya itu.
8. Terimaan-terimaan mengenai bekalan air, termasuk kadar-kadar air.
9. Sewa-sewa mengenai harta negeri.
10. Bunga atas baki-baki wang negeri.
11. Terimaan-terimaan daripada jualan-jualan tanah dan jualan-jualan harta negeri.
12. Denda-denda dan rampasan-rampasan dalam mahkamah, lain daripada mahkamah
persekutuan.
13. Zakat, Fitrah dan Baitulmal dan hasil agama Islam yang seumpamanya.
14. Harta karun.

Parlimen boleh menggantikan sumber 1,3,4,5,6,7,8,12,dan 14 dengan sumber lain yang sama
nilainya.

175
LAMPIRAN B

JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI

BAB 1

1. D

2. E

3. Salah

4. Betul

5. Salah

6. Penyiaran awam boleh menjadi barangan awam atau barangan


swasta dalam konteks yang berlainan. Sekiranya penyiaran dapat
memenuhi ciri tiada pengasingan dan tiada persaingan, maka ia
menjadi barang awam tulen. Sekiranya apabila dipancarkan, siaran
televisyen atau radio dapat dinikmati oleh semua orang yang
mempunyai televisyen atau radio, dikatakan bahawa barangan ini
mempunyai ciri tiada pengasingan. Jika pengguna yang ramai
bilangannya mendapat siaran ini tanpa menyebabkan gangguan
kepada pengguna yang lain (faedah tidak terjejas kerana siaran tetap
sama dari segi kuantiti dan kualiti), maka ia dikatakan sebagai
mempunyai ciri tiada persaingan. Selalunya, kerajaan mengamalkan
dasar menjadikan sesuatu siaran itu sebagai barangan awam apabila
ia berguna dari segi penambahan ilmu pengetahuan, pembentukan
sahsiah dan mempunyai implikasi integrasi nasional.

Sebaliknya, jika dapat disekat mana-mana individu daripada


menikmati siaran tertentu melalui sesuatu teknologi, maka ciri
pengasingan dapat diwujudkan. Sebagai contoh, ada siaran yang
dihadkan kepada pengguna tertentu melalui bayaran keahlian, kad
penggunaan, kata kunci dan pemasangan alat khas untuk
mengasingkan pihak yang tidak membayar daripada menikmati
siaran, maka ia bukan lagi menjadi barangan awam tulen. Faedah
penggunaan hanya dapat dinikmati oleh pihak yang membayar
harga barangan berkenaan. Maka, ciri-ciri pengasingan dan
persaingan telah wujud. Oleh itu, ia telah menjadi satu barangan
swasta dalam keadaan ini. Apabila, sesuatu siaran bertindak sebagai
alat hiburan atau media alternatif semata-mata, adalah wajar ia
dijadikan sebagai barangan swasta dan bukan sebagai barangan
awam tulen bagi mengalakkan persaingan dalam pasaran dan
menambahkan pilihan kepada pengguna.

BAB 2

1. Benar. Apabila kuantiti wang ditambah dalam negara, ia akan


176
menyebabkan individu dan firma merasakan pendapatan mereka
telah bertambah. Mereka akan cenderung meningkatkan
penggunaan atau permintaan dalam pasaran. Akibat daripada
lebihan permintaan berbanding dengan jumlah penawaran, akan
berlaku kenaikan harga barangan (inflasi tarikan permintaan) secara
menyeluruh dalam ekonomi tersebut.

2. Dua contoh bayaran pindahan yang dilaksanakan oleh kerajaan


Malaysia ialah bayaran pencen kepada pesara kakitangan awam dan
subsidi kepada penanam padi.

3. Inflasi dilihat sebagai satu bentuk hasil kepada kerajaan dan


dianggap sebagai satu cara untuk menggalakkan pembangunan. Ini
berlaku kerana ia menyebabkan tabungan paksaan oleh pemegang
wang dan tabungan ini dipindahkan kepada kerajaan yang
memerlukan sumber pendapatan. Apabila pendapatan nominal
meningkat, semakin banyak pendapatan yang dapat dicukaikan
dan ini akan mendatangkan hasil kepada kerajaan. Sumber ini
dapat digunakan oleh kerajaan bagi membuat pelaburan dalam
aktiviti-aktiviti produktif yang dapat menggiatkan ekonomi.

Pada masa yang sama, inflasi akan mengurangkan nilai wang yang
dipegang oleh orang ramai. Berlakulah apa yang dikatakan sebagai
ilusi wang, di mana pendapatan nominal meningkat tetapi
pendapatan benar dan kuasa beli telah berkurangan. Pengguna
mungkin mendapat kuantiti barangan yang semakin sedikit
berbanding ketika sebelum berlakunya inflasi.

Inflasi dikatakan sebagai cukai tidak nyata kerana ia akan


menyebabkan pendapatan nominal individu yang telah bertambah
memasuki tingkat kadar cukai progresif yang lebih tinggi. Oleh
itu, kerajaan mendapat pendapatan tambahan daripada hasil cukai
walaupun tidak berlaku sebarang perubahan dalam struktur atau
kadar cukai.

4. Perbelanjaan cukai akan menyebabkan pemindahan kuasa beli


daripada kerajaan kepada pihak yang mendapat keistimewaan
daripada perbelanjaan cukai ini. Sebagai contoh, satu polisi
perbelanjaan cukai mungkin menyebabkan seseorang membayar
cukai yang kurang kepada kerajaan sebanyak RM100. Ini bermakna,
jika polisi ini ditarik balik, kerajaan akan mendapat tambahan hasil
cukai sebanyak RM100 daripada individu berkenaan. Oleh yang
demikian, ada pihak yang cenderung menyamakan perbelanjaan
cukai seperti perbelanjaan kerajaan yang lain. Jika keadaannya
begitu, ini bermakna apabila individu itu layak membayar RM100
cukai kurang daripada sepatutnya, dia seperti menerima subsidi
daripada kerajaan sebanyak RM100. Subsidi ialah satu bentuk
perbelanjaan kerajaan.

Tiga contoh perbelanjaan cukai ialah pengecualian cukai bagi


pendapatan pencen, pelepasan cukai bagi individu pembayar,
177
isteri dan anak-anak tanggungan serta rebat cukai.

5. Dua masalah utama dunia yang memberi kesan terhadap dasar fiskal di
Malaysia sejak tahun 2007 ialah kenaikan harga minyak dan makanan
yang berterusan. Kedua masalah ini menyebabkan tekanan inflasi
dan kerajaan terpaksa mengambil beberapa langkah untuk
meringankan beban isi rumah dan mengatasi masalah kenaikan kos.
Sebagai negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia
terdedah kepada kesan daripada terjejasnya pertumbuhan ekonomi
dunia dan aktiviti-aktiviti penggunaan, pelaburan serta pendapatan
akibat kenaikan harga minyak.

Untuk melindungi rakyat akibat kenaikan harga minyak yang


berterusan, kerajaan memberi subsidi harga minyak petrol. Pada
tahun 2007, subsidi minyak berjumlah RM7.5 bilion sedangkan pada
tahun 2002 ia hanya berjumlah RM1.7 bilion. Oleh itu, kerajaan
mula menstruktur semula subsidi minyak pada 21 Mei 2008.
Tindakan yang sukar ini perlu diambil bagi mengelakkan defisit fiskal
yang terlalu tinggi bagi tempoh masa yang panjang.

Seperti juga minyak, harga bahan makanan dunia seperti beras,


bijirin, minyak dan lemak, gula, daging dan tenusu terus meningkat
menyebabkan Malaysia turut merasai beban yang berat akibat
kenaikan harga makanan dunia kerana negara kita belum mencapai
tahap sara diri dalam pengeluaran beberapa jenis bahan makanan.
Kenaikan harga beras pada tahun 2007 menyebabkan kerajaan
mengambil beberapa langkah termasuk memberi subsidi dan
menambahkan beberapa inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran
domestik bagi menjamin bekalan yang mencukupi.

BAB 3

1. C

2. D

3. Salah

4. Tahap I merupakan tahap pendapatan rendah di mana kebanyakan


penduduk di negara berkenaan hanya mempunyai pendapatan sara
diri. Keperluan yang diutamakan pada tingkat pendapatan ini ialah
keperluan asas seperti makanan, pakaian dan kemudahan tempat
tinggal. Ini tidak bermaksud penduduk tidak memerlukan
perkhidmatan awam yang disediakan oleh kerajaan sama sekali.
Pada tahap pendapatan ini, perkhidmatan awam utama yang perlu
disediakan oleh kerajaan ialah pertahanan. Oleh yang demikian,
perbelanjaan awam tidak begitu tinggi pada Tahap I.

Sebaliknya, pada tahap II penduduk di negara berkenaan telah


memperolehi tingkat pendapatan yang lebih tinggi. Keperluan sara
178
hidup mereka telah dipenuhi. Maka, mereka akan mula memerlukan
barangan swasta dan barangan awam yang lain untuk keselesaan
dan kepuasan mereka. Semakin banyak barangan awam akan
diminta seperti jalanraya, lampu jalan, lampu isyarat, sistem
pembetungan yang baik dan sistem peparitan yang memuaskan.
Selain itu, banyak lagi permintaan yang akan dikemukakan kepada
sektor awam untuk menambahkan kebajikan masyarakat awam.
Hal ini akan menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukkan
semakin banyak perbelanjaan untuk memenuhi kehendak dan
keperluan masyarakat. Semakin banyak sumber yang digunakan
oleh sektor awam bermaksud semakin besar saiz sektor awam
di negara berkenaan.

5. Mengikut Adolf Wagner, saiz sektor awam akan meningkat secara


berterusan disebabkan perubahan peranan sektor awam mengikut
keperluan masyarakat moden. Beliau merupakan antara pengkritik
kepada dasar ekonomi bebas tanpa campur tangan kerajaan.
Baginya, dasar berkenaan akan hanya mengutamakan segolongan
kecil para usahawan tetapi tidak dapat mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi atau memakmurkan sebahagian besar ahli
masyarakat yang lain.

Untuk tujuan itu, kerajaan perlu meningkatkan campur tangan


dalam ekonomi dengan menyediakan kemudahan pendidikan yang
bermutu untuk tujuan pembinaan negara-bangsa. Dasar agihan
semula juga perlu diberi perhatian untuk tujuan keadilan dan
kerajaan mesti menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi
memenuhi permintaan rakyat ke arah kemajuan dan pembangunan.
Peningkatan peranan dan aktiviti kerajaan akan membawa kepada
peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan dan hal ini akan
berterusan selagi negara bergerak ke arah ekonomi moden.

BAB 4

1a). Pilihan sederhana iaitu perbelanjaan RM500,000 akan mendapat undi


majoriti disebabkan pilihan pengundi menunjukkan keputusan
berpuncak-satu. Dalam kes ini, peraturan pengundian membawa
kepada keputusan yang stabil kerana menyamai kehendak pengundi
median. Bukti ini dapat dilihat apabila pilihan diundi secara
berpasangan seperti berikut:

Pengundian bagi pasangan pilihan: Peruntukan RM100,000 (rendah)


dan RM500,000 (sederhana)

Pengundi RM100,000 RM500,000


Syahmi X
Syafiq X
Syazwi X
Keputusan undian: Pilihan RM500,000 (sederhana) menang.

179
Pengundian bagi pasangan pilihan: Peruntukan RM500,000
(Sederhana) dan RM1juta (tinggi).

Pengundi RM500,000 RM1juta


Syahmi X
Syafiq X
Syazwi X
Keputusan undian: Pilihan RM500,000 (sederhana) menang.

Pengundian bagi pasangan pilihan: Peruntukan RM100,000 (rendah)


dan RM1juta (tinggi).

Pengundi RM100,000 RM1juta


Syahmi X
Syafiq X
Syazwi X
Keputusan undian: Pilihan RM100,000 (rendah) menang.

1b). Tiada pilihan yang akan mendapat undi majoriti disebabkan paradoks
pengundian. Kewujudan kehendak pelbagai-puncak akan menyebab-
kan keputusan yang tidak stabil dan bergantung pada padanan pilihan.
Bukti ini dilihat apabila pilihan diundi secara berpasangan.

Pengundian bagi pasangan pilihan: Peruntukan RM100,000 (rendah)


dan RM500,000 (sederhana)

Pengundi RM100,000 RM500,000


Syahmi X
Syafiq X
Syazwi X
Keputusan undian: Pilihan RM500,000 (sederhana) menang.

Pengundian bagi pasangan pilihan: Peruntukan RM500,000


(Sederhana) dan RM1juta (tinggi).

Pengundi RM500,000 RM1juta


Syahmi X
Syafiq X
Syazwi X
Keputusan undian: Pilihan RM1juta (besar) menang.

Pengundian bagi pasangan pilihan: Peruntukan RM100,000 (rendah)


dan RM1juta (tinggi).

Pengundi RM100,000 RM1juta


Syahmi X
Syafiq X
Syazwi X
180
Keputusan undian: Pilihan RM100,000 (rendah) menang.

2. Matlamat utama pihak-pihak berikut adalah


a. Pengundi: Memaksimum kebajikan
b. Ahli politik: Memaksimum undi
c. Birokrat: Memaksimum bajet.

BAB 5

1. Cukai merupakan sumbangan wajib daripada pembayar cukai kepada


kerajaan untuk membolehkan kerajaan menggunakannya bagi
beberapa tujuan. Ia tidak semestinya berhubung secara terus dengan
sesuatu faedah yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada
pembayar cukai. Sebaliknya, harga ialah bayaran bagi mendapatkan
sesuatu faedah yang diingini oleh pembayar. Ia melibatkan
pertukaran secara sukarela oleh yang membayar dan yang menerima
bayaran.

2. D

3. (i) Pemilik restoran makanan segera


(ii) Pelanggan/pembeli
(iii) Cukai tidak langsung
(iv) Kadar tetap
(v) Cukai ad valorem

4. (i) Benar
(ii) Salah
(iii) Benar
(iv) Jenis-jenis tanah yang berbeza mempunyai nilai ekonomi yang
berbeza. Biasanya tanah pertanian membawa pulangan yang
lebih rendah kepada pemiliknya berbanding dengan jenis-jenis
kegunaan tanah yang lain. Oleh itum kadar cukai bagi tanah
pertanianselalunya lebih rendah berbanding dengan tanah
untuk kegunaan kediaman dan komersial.

5. (i) Individu tersebut perlu membayar sebanyak RM9,175.

RM2,500 x 5% = RM125
RM2,500 x 8% = RM200
RM5,000 x 12% = RM600
RM10,000 x 15% = RM1,500
RM15,000 x 20% = RM3,000
RM15,000 x 25% = RM3,750
RM9,175

(ii) 40%

181
(iii) Kadar cukai purata = (RM9,175/RM50,000)*100 = 18.35%
(iv) Titik permulaan cukai = RM1.
(v) Titik minimaks ialah RM100,000.

BAB 6

1. Prinsip pencukaian yang diutamakan oleh kerajaan apabila


mengadakan cukai pendapatan individu ialah ekuiti atau
kesaksamaan. Melalui cukai pendapatan individu, kedudukan boleh
cukai di antara mereka yang sama kedudukan boleh cukai (ekuiti
mendatar) dan mereka yang berlainan kedudukan boleh cukai
(ekuiti menegak) diberikan perhatian.

Ekuiti mendatar bermaksud mengenakan cukai secara saksama di


kalangan mereka yang sama kemampuan membayar cukai. Cukai
yang sama banyak dikenakan untuk mencapai keadilan di kalangan
mereka yang sama pendapatan boleh cukai. Selanjutnya, cukai
individu juga mementingkan keadilan di kalangan mereka yang
berlainan kemampuan membayar cukai. Mereka yang lebih
berkemampuan dengan pendapatan yang lebih tinggi akan
dikenakan kadar progresif supaya amaun cukai yang dibayar lebih
tinggi berbanding dengan mereka yang kurang berkemampuan.

Bagi cukai jalan pula, ketiga-tiga prinsip pencukaian yang baik dapat
diaplikasikan iaitu ekuiti, kecekapan ekonomi dan keberkesanan
pentadbiran. Cukai jalan dikenakan ke atas pemilik kenderaan
bermotor kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai infrastruktur
dan kemudahan kepada pengguna seperti jaringan jalanraya, lampu
isyarat, dan lampu jalan. Kenderaan bermotor juga menyebabkan
berlakunya pencemaran. Oleh itu, adalah wajar pemilik kenderaan
bermotor membayar cukai untuk faedah daripada kemudahan
infrastruktur dan pencemaran yang dilakukan. Ianya selaras dengan
konsep faedah walaupun tidak diaplikasikan dengan sepenuhnya
kerana jumlah faedah tidak diukur bagi menentukan jumlah
bayaran cukai. Ianya lebih mengutamakan konsep keupayaan
membayar kerana kenderaan bermotor yang lebih tinggi nilai
ekonominya dikenakan cukai yang lebih tinggi.

Di samping itu, prinsip kecekapan ekonomi juga digunakan. Bagi


mengelakkan cukai jalan, orang ramai boleh menggunakan
kenderaan awam, berjalan kaki atau menggunakan kenderaan tidak
bermotor. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa
permintaan untuk kenderaan bermotor adalah kurang anjal dan
cukai yang dikenakan ke atas barangan yang kurang anjal adalah
agak cekap kerana menyebabkan kerugian kecekapan yang kecil
sahaja.

Akhir sekali, prinsip keberkesanan pentadbiran juga dapat


digunakan dalam pengenaan cukai jalan. Kos pentadbiran dan
pengakuran cukai ini adalah rendah disebabkan struktur cukai yang
mudah.
182
2. Pendekatan pengorbanan agregat minimum dianggap oleh
sesetengah pihak sebagai pendekatan yang kurang baik. Ini
kerana, pihak yang mempunyai pendapatan yang tinggi perlu
membayar jumlah cukai yang sangat tinggi. Ia akan memberi
kesan yang negatif terhadap insentif untuk mengumpulkan
pendapatan dan meningkatkan produktiviti kerana semakin tinggi
pendapatan maka semakin tinggi amaun cukai yang akan dikutip
daripada individu berkenaan.

Walau bagaimanapun, dari perspektif keadilan, pendekatan ini


membantu golongan kurang berkemampuan kerana tidak mewajib-
kan pembayaran cukai ke atas mereka. Sebaliknya, hanya golongan
yang berkemampuan sahaja akan dikenakan cukai. Ianya akan
menyebabkan jurang agihan pendapatan menjadi lebih kecil.
Kebanyakan sistem cukai pendapatan individu mengamalkan
pelepasan atau pemberian potongan cukai supaya golongan
berpendapatan rendah dapat dikecualikan daripada cukai atau
hanya membayar amaun cukai yang rendah. Di samping itu,
pengenaan kadar progresif juga selaras dengan konsep
pengorbanan agregat minimum. Bagaimanapun, untuk mengelak-
kan kesan negatif (disinsentif) terhadap usaha mengumpulkan
pendapatan dan kekayaan, kadar tetap akan digunakan selepas
tingkat kadar progresif tertentu dilaksanakan.

BAB 7

1. Pengiraan cukai Encik Jamil:

Pendapatan
Gaji RM36,000.00
Pendapatan komisen 3,200.00
Pendapatan agregat/bercukai 39,200.00

- Pelepasan-pelepasan
Diri dan saudara tanggungan 9,000.00
Anak pertama 4,000.00
Anak kedua 4,000.00
Anak ketiga hingga keempat 2,000.00
Pembelian komputer 3,960.00
Insurans nyawa 3,600.00
Rawatan ibu 900.00 27,460.00

Pendapatan boleh dicukai 11,740.00

Pengenaan cukai ke atas pendapatan RM12,640.00

Cukai ke atas RM10,000 pertama 175.00


Cukai ke atas RM1,740 berikutnya (RM1,740 x 3%) 52.20
183
Jumlah cukai 227.20

Tolak rebet
Rebat diri 400.00
Zakat/fitrah 500.00 900.00

Jumlah cukai perlu dibayar RM0

Pengiraan cukai Puan Aini:

Pendapatan
Gaji RM33,000.00
Pendapatan agregat/bercukai 33,000.00

- Pelepasan-pelepasan
Diri dan saudara tanggungan 9,000.00
Insurans nyawa 1,200.00
Rawatan bapa 1,000.00
Buku 500.00 11,700.00

Pendapatan boleh dicukai 21,300.00

Pengenaan cukai ke atas pendapatan RM21,800.00

Cukai ke atas RM20,000 pertama 475.00


Cukai ke atas RM1,300 berikutnya (RM1,300 x 7%) 91.00

Jumlah cukai 566.00

Tolak rebet
Rebat diri 400.00
Zakat/fitrah 250.00 650.00

Jumlah cukai perlu dibayar RM0

Kesimpulannya kedua-dua suami isteri ini tidak perlu membayar cukai


pendapatan pada tahun berkenaan.

BAB 8

1. Dua peranan utama belanjawan ialah

(i) Belanjawan sebagai instrumen polisi fiskal

Setiap kerajaan menggunakan belanjawan untuk


184
menggerakkan polisi-polisi fiskal yang melibatkan
perbelanjaan dan pendapatan negara. Polisi-polisi fiskal
akan mempengaruhi ekonomi seperti tingkat inflasi dan
kadar penggangguran. Misalnya, pada masa ekonomi
meleset, kerajaan akan menggunakan polisi fiskal yang
boleh merangsangkan ekonomi seperti memperbanyakkan
perbelanjaan kerajaan. Sebaliknya, dalam ekonomi yang
terlalu ‘panas’ kerajaan akan menarik keluar wang dari
pasaran agar tahap inflasi dapat dikurangkan.

(ii) Belanjawan sebagai instrumen pengurusan kewangan

Belanjawan boleh menjadi alat kawalan pengurusan ke atas


agensi-agensi kerajaan yang membelanjakan wang untuk
program dan aktiviti kepada rakyat. Kawalan biasanya
berdasarkan konsep-konsep pengurusan yang menurunkan
kuasa-kuasa membuat perancangan kewangan ke peringkat
bawahan. Ianya akan dibuat bersama-sama dengan
peraturan-peraturan perundangan dan arahan-arahan yang
mesti dipatuhi. Biasanya pihak Perbendaharaan adalah
agensi pusat yang paling penting mengawal pengurusan
kewangan kerajaan.

2. Perbelanjaan Mengurus (PM) yang juga dikenali sebagai


perbelanjaan penggunaan digunakan untuk membiayai aktiviti-
aktiviti harian kerajaan yang bersifat ulangan dan berterusan.
Perbelanjaan ini adalah nadi kepada operasi harian jentera
pentadbiran kerajaan. Perbelanjaan Pembangunan (PP) pula ialah
perbelanjaan bagi projek-projek agensi yang bertujuan mem-
percepatkan proses pembangunan negara.

Perbezaan utama di antara perbelanjaan mengurus dan


perbelanjaan pembangunan ialah

(i) Sumber pembiayaan PM datang daripada Kumpulan


wang Disatukan iaitu hasil-hasil utama kerajaan tetapi
sumber PP adalah daripada lebihan akaun semasa atau
pinjaman.

(iii) Amaun perbelanjaan PP biasanya besar kerana projek-


projek pembangunan memerlukan masa yang panjang
dan modal yang besar. PM boleh dibuat ke atas item
perbelanjaan yang kecil.

(iii) Agensi yang memantau PM ialah Perbendaharaan


sementara bagi PP ialah Unit Perancang Ekonomi.

BAB 9

1. Fasa-fasa yang perlu diikuti bagi menyempurnakan sesuatu


pusingan bajet ialah
185
(i) Fasa perancangan dan analisis

Fasa ini bukan sahaja dilakukan di awal pusingan bajet


tetapi juga di peringkat-peringkat lain apabila diperlukan.
Di peringkat awal, agensi-agensi kerajaan perlu merancang
semua aktiviti yang hendak dijalankan bagi memenuhi
matlamat negara. Ia juga perlu merancang perlaksanaan
setiap aktiviti yang hendak dijalankan agar dapat
disempurnakan dengan cekap dan berkesan. Pelbagai
analisis perlu dilakukan bagi tujuan tersebut.

(ii) Pembentukan bajet

Bajet disediakan dan diluluskan di peringkat ini. Ia


memerlukan kerjasama yang erat di antara semua agensi
pelaksana dan agensi-agensi pusat yang berkenaan. Pelbagai
peraturan dan kaedah perlu dipatuhi bagi menyediakan
bajet jangka pendek dan jangka panjang.

(iii) Fasa pelaksanaan bajet

Bajet yang telah sah dimaktubkan sebagai undang-undang


bertindak sebagai panduan kepada pentadbir melaksanakan
tugas mereka. Waran Am akan ditandatangan oleh Menteri
Kewangan bagi membolehkan wang dikeluarkan daripada
Kumpulan wang Disatukan. Seterusnya, waran-waran
peruntukan akan dikeluarkan oleh Akauntan Negara
kepada semua agensi kerajaan pada skala masa dan jumlah
tertentu.

(iv) Fasa penilaian bajet

Fasa ini bermula apabila tamat tahun semasa bajet. Ia


melibatkan perakaunan, pengauditan dan penilaian semula
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan tatacara perbelanjaan.
Bukan sahaja agensi pelaksana dan beberapa agensi pusat
seperti Perbendaharaan dan Unit Perancang Ekonomi
terlibat dalam fasa ini, tetapi juga ia melibatkan Jabatan
Audit dan Jawatankuasa Kira-kira Awam di Parlimen.

2. Sepuluh langkah utama yang berlaku dalam proses penyediaan bajet


mengurus tahunan ialah

(i) Arahan penyediaan bajet melalui surat pekeliling


Perbendaharaan.
(ii) Penyediaan bajet oleh semua agensi pelaksana.
(iii) Kelulusan anggaran bajet agensi oleh Pegawai Pengawal
dan penyelarasan dilakukan supaya sesuai dengan dasar
yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri.
(iv) Cadangan bajet agensi dikemukakan kepada
Perbendaharaan.
(v) Agensi-agensi pusat (terutamanya Perbendaharaan)
186
mengkaji cadangan bajet yang dikemukakan.
(vi) Mesyuarat pemeriksaan bajet.
(vii) Kelulusan bajet semua agensi oleh Perbendaharaan
(Kertas Turus disediakan).
(viii) Cadangan bajet dikemukakan untuk kelulusan Jemaah
Menteri.
(ix) Menteri Kewangan membentangkan bajet di Parlimen.
(x) Bajet dimaktubkan sebagai undang-undang yang sah
(diwartakan).

187

You might also like