You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA

MAJLIS SANTAPAN
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA
SEKOLAH SENI MALAYSIA PERAK
BAGI TAHUN 2023

MC PERKARA
Keberangkata Mengumumkan keberangkatan
n
DYAM Raja Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan
Dihilir Dan
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan

Diiringi Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Harun dan
isteri serta Dif-Dif kenamaan

Bacaan Doa Ampun Tuanku,

Bagi Memberkati Majlis, patik dengan segala hormatnya


mempersilakan Ustaz Mohd Safwan bin Che sulaiman bagi
mengadap serta merafak sembah memohon ampuni limpah
perkenan Duli Yang Amat Mulia Tuanku bagi memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.
..
*Bacaan doa*

Amin Ya Rabbal alamin


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Safwan
Bin Che Sulaiman atas Bacaan doa itu tadi

1
Majlis Bermula Ampun tuanku

Dengan limpah perkenan Duli Yang Amat Mulia Tuankub , Majlis


Santapan dimulakan. Duli Yang Amat Mulia Tuanku disembah
silakan untuk Majlis santapan.

Dif- dif serta para hadirin dijemput menikmati jamuan .

Persembahan Hadirin sekalian,


Murid
Sambil menikmati jamuan, majlis akan diserikan dengan
persembahan daripada murid- murid bidang seni muzik dan tari
Sekolah Seni Malaysia Perak.

Majlis Berakhir Ampun Tuanku,

Demikianlah sempurnanya majlis santapan pada hari ini dan


patik mohon perkenan Duli Yang Mulia Tuanku untuk patik
mengakhirinya.

Ampun Tuanku Beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Keberangkata Mengumumkan keberangkatan


n DYAM Raja
Dihilir Perak Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan
dan
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan

Diiringi Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Harun dan
isteri serta Dif-Dif kenamaan.

You might also like