You are on page 1of 40

010721-03-0154

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dilakukan bagi mengkaji masalah rabun mata yang dihadapi
oleh warga sekolah. Terdapat dua objektif utama yang dikemukakan dalam kajian ini
iaitu objektif yang pertama ialah punca-punca rabun mata dalam kalangan warga
SMK Pengkalan Chepa manakala objektif yang kedua pula ialah kaedah rawatan yang
digunakan bagi mengatasi masalah rabun mata dalam kalangan warga SMK
Pengkalan Chepa. Lokasi kajian yang telah dipilih adalah bertempat di Sekolah
Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Kaedah kajian yang
digunakan dalam kajian ini adalah kaedah temu bual, pemerhatian dan rujukan
kepustakaan. Selain itu, seramai 30 orang responden yang dipilih secara rawak telah
mengisi borang soal selidik yang mempunyai kedua-dua objektif kajian. Dapatan
utama kajian ini dilakukan adalah kerana berlaku peningkatan warga sekolah yang
mengalami masalah rabun mata dalam kalangan mereka. Kesimpulannya, warga
sekolah hendaklah bersama-sama menjaga mata dengan prosuder yang sepatutnya
supaya masalah rabun mata dalam kalangan warga sekolah dapat dikurangkan.

[1]
010721-03-0154

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK 1

ISI KANDUNGAN 2

PENGHARGAAN 4

PENGENALAN 5

1.0 OBJEKTIF KAJIAN 7


2.0 LOKASI KAJIAN 8
2.1 PETA NEGERI 8

2.2 PETA DAERAH 9

2.3 PETA LOKASI 10

3.0 METODOLOGI KAJIAN 11


3.1 Reka Bentuk Kajian 11
3.2 Sampel Kajian 11
3.3 Cara Pengumpulan Data 12
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 15
4.1 Demografi Kajian 15
4.2 PUNCA-PUNCA MASALAH RABUN MATA DALAM 17
KALANGAN WARGA SEKOLAH SMK PENGKALAN CHEPA
4.2.1 Kerap bermain gajet elektronik pada jarak yang dekat 18
dalam tempoh masa yang lama
4.2.2 Membaca atau menulis dalam keadaan yang gelap atau 19
terlalu terang
4.2.3 Kekurangan vitamin D 20
4.2.4 Faktor genetik atau keturunan yang diwarisi oleh 21
ahli keluarga
4.2.5 Faktor usia yang semakin meningkat 22

[2]
010721-03-0154

4.3 KAEDAH RAWATAN YANG DIGUNAKAN BAGI 25


MENGATASI MASALAH RABUN MATA DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH SMK PENGKALAN
CHEPA
4.3.1 Menggunakan kaca mata berbentuk cembung 26
4.3.2 Menggunakan kaca mata berbentuk cekung 27
4.3.3 Menggunakan kanta lekap (contact lense) 28
4.3.4 Melakukan rawatan surgeri laser atau LASIK 29
4.3.5 Menggunakan ubat titis mata 31

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 34


6.0 RUJUKAN 35
7.0 LAMPIRAN 36

[3]
010721-03-0154

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan


izin dan kurniaan-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am kertas
4 (900/4) penggal 2 pada tahun 2020. Tajuk yang saya pilih ialah berkaitan “Masalah
Rabun Mata”. Alhamdulillah kerja kursus ini dapat dilaksanakan dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan.

Terlebih dahulu, ucapan jutaan terima kasih saya ingin tujukan kepada Yang
Berusaha Tn. Hj Un bin Mat yang merupakan pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Pengakalan Chepa kerana telah memberi keizinan kepada diri saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Pn Hjh. Azizah Binti Hj Abullah selaku Penolong Kanan Tingkatan
6 Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa kerana telah memberikan banyak
dorongan dan semangat dalam tempoh menyiapkan kerja kursus ini.

Sekalung penghargaan juga kepada guru mata pelajaran Pengajian Am saya


iaitu Pn Hjh. Norhayati Binti Mohammed kerana telah memberikan tunjuk ajar serta
penerangan yang jelas kepada saya dari awal kerja kursus ini diedarkan sehinggalah
dalam proses menyiapkannya dan mengorbankan banyak masa untuk memastikan
kerja kursus ini dapat disiapkan dengan sempurna.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan
dorongan dari pelbagai aspek untuk menghasilkan kerja kursus ini. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
bertungkus-lumus dalam melaksanakan kerja kursus masing-masing. Akhir sekali,
terima kasih juga kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara
lansung atau tidak lansung sepanjang kerja kursus ini dijalankan.

[4]
010721-03-0154

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, rabun bermaksud penglihatan yang


kurang jelas atau kurang terang. Seterusnya, maksud warga pula ialah ahli dalam satu
keluarga, syarikat, sekolah dan lain-lain.

Menurut laman sesawang http://www.myhealth.gov.my/rabun-mata, rabun


mata terjadi apabila cahaya melalui kornea iaitu bahagian lut sinar di mata dan kanta
sebelum jatuh ke atas retina lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan
mengandungi urat saraf. Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat
difokuskan ke atas retina. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan
cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Rabun mata
terbahagi kepada tiga iaitu rabun jauh, rabun dekat dan rabun silau.

Rabun jauh atau nama saintifiknya ialah miopia adalah rabun mata yang
paling lazim dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Rabun jauh berlaku apabila
cahaya yang masuk ke dalam mata terfokus di bahagian hadapan retina yang
menyebabkan objek pada jarak jauh kelihatan kabur. Rabun jauh terjadi disebabkan
bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang dan kuasa
refraktif mata yang tinggi. Rabun jauh dapat dikesan seawal usia 6 tahun. Pada umur
remaja, ketika tubuh badan membesar dengan cepat, masalah rabun jauh mungkin
akan menjadi lebih serius. Walau bagaimanapun, kadar kerabunan ini akan menjadi
lebih stabil pada umur 20 hingga 40 tahun.

[5]
010721-03-0154

Seterusnya, menurut Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam masalah rabun dekat atau
nama saintifiknya hiperopia pula terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung
atau bola mata terlalu pendek menyebabkan cahaya tertumpu di bahagian belakang
retina. Oleh itu, objek pada jarak yang dekat akan kelihatan kabur sementara objek
yang jauh dapat dilihat dengan jelas. Bayi, kanak-kanak kecil dan orang dewasa lebih
cenderung untuk menghadapi masalah rabun dekat. Keadaan ini akan menjadi lebih
baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang.

Selain itu, rabun silau atau astigmatisma adalah masalah gangguan penglihatan
yang disebabkan oleh kelengkungan kornea yang berbentuk bujur atau kelengkungan
kanta mata yang tidak rata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada
sebarang jarak kerana cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik.
Rabun silau boleh dialami pada sebarang peringkat umur. Kebiasaanya, masalah ini
sering terjadi semasa lahir, selepas kecederaan dan pembedahan mata. Hampir semua
orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza.
Kebiasaannya, masalah rabun silau ini akan turut mengalami masalah rabun jauh dan
rabun dekat.

Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana berlaku peningkatan masalah


rabun dalam kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa yang
dapat diperhatikan melalui pemakaian kaca mata dalam kalangan mereka. Selain itu,
pengkaji memilih tajuk ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang
masalah-masalah rabun yang dihadapi oleh warga sekolah ini yang sedikit-sebanyak
telah mengubah kehidupan mereka.

[6]
010721-03-0154

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian dibentuk adalah untuk mendapatkan tujuan dapatan dan hasil
kajian. Masalah yang dijangkakan akan dihadapi akan dibentuk melalui rangka kerja.
Oleh itu, objektif kajian dapat dicapai dan diukur.

Terdapat dua objektif kajian yang ditetapkan untuk kajian ini iaitu:

i. Mengenal pasti punca-punca masalah rabun yang dihadapi oleh warga sekolah di
SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
ii. Mengkaji kaedah rawatan bagi menangani masalah rabun dalam kalangan warga
sekolah di SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

[7]
010721-03-0154

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta Negeri

PETA 1: PETA NEGERI KELANTAN


(Sumber: Google Map)

Negeri Kelantan Darul Naim atau dikenali juga sebagai negeri ‘Serambi
Mekah’ merupakan salah sebuah daripada 13 negeri yang terdapat dalam Persekutuan
Malaysia. Negeri ini terletak di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia yang
bersempadan dengan negara Thiland. Menurut Pejabat Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM), luas permukaan negeri Kelantan ialah 1 684 323 hektar manakala bentuk
muka bumi negeri Kelantan memanjang seluas 14,992 kilometer persegi dengan
panjangnya menjulur sejauh 1 856 kilometer serta mempunyai pesisir pantai yang
indah sepanjang kira-kira 78 kilometer. Pentadbiran negeri Kelantan dibahagikan
kepada sebelas buah jajahan seperti Bachok, Gua Musang, Kota Bharu dan
sebagainya. Penduduk negeri Kelantan Darul Naim berjumlah seramai 1 797.2 juta
orang yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang hidup
dalam keadaan aman dan harmoni.

[8]
010721-03-0154

3.2 Peta Daerah

PETA 2: PETA DAERAH KOTA BHARU


(Sumber: Google Map)

Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan yang telah dibuka secara rasminya
semasa pemerintahan Sultan Muhammad II (Sultan Senik Mulut Merah) pada tahun
1844. Bandar ini terletak tidak jauh dari Sungai Kelantan yang disempadani Jajahan
Pasir Mas di sebelah barat, Jajahan Bachok di sebelah Timur dan Jajahan Machang di
sebelah Selatan. Pentadbiran Jajahan Kota Bharu merangkumi 14 buah daerah ,131
buah mukim dan 601 buah kampung. Keluasan Jajahan bandar ini meliputi kawasan
seluas 40 144 hektar dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan perniagaan Negeri
Kelantan.

[9]
010721-03-0154

3.3 Peta Lokasi

PETA 3: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA


(Sumber: Google Map)

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa telah ditubuhkan pada tahun


1965 iaitu hampir 55 tahun. Sekolah ini juga mempunyai keluasan 20 899 hektar.
Sekolah ini terletak di Jalan Maktab berhampiran dengan Institut Perguruan (IPG)
negeri Kelantan dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Bilangan pelajar sekolah
ini adalah seramai 1133 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1
sehingga tingkatan 6 dan semuanya berbangsa melayu. Manakala, bilangan guru
sekolah ini ialah seramai 106 orang. Sekolah ini juga pernah memenangi tempat
ketiga dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah dan Pengurusan NILAM peringkat
Negeri Kelantan pada tahun 2014.

[10]
010721-03-0154

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kaedah yang dijalankan oleh pengkaji bagi mengumpul segala maklumat dan data
tentang punca-punca masalah rabun mata dan langkah yang diambil oleh warga SMK
Pengkalan Chepa bagi menangani masalah rabun tersebut melalui kaedah kuantitatif
dan kualitatif:

KUANTITATIF • Borang Soal Selidik

• Temu Bual
KUALITATIF • Pemerhatian
• Rujukan Kepustakaan

[11]
010721-03-0154

4.3 CARA MENGUMPUL DATA

4.3.1 Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu set soalan dalam bentuk tulisan. Borang soal
selidik merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul data atau
maklumat bagi tujuan analisis untuk menjawab persoalan kajian. Pengkaji telah
mengedarkan borang soal selidik kepada 30 responden yang terdiri daripada umur 13
hingga 16 tahun seramai 10 orang, kategori kumpulan umur 17 hingga 20 tahun
seramai 13 orang dan kategori 25 tahun ke atas adalah seramai 7 orang.

Kesemua responden dipilih secara random dari segi umur dan jantina. Borang
soal selidik ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A untuk demografi
responden dan bahagian B untuk persepsi warga sekolah tentang masalah rabun mata
tersebut. Terdapat 3 soalan pada bahagian A dan 10 soalan pada bahagian B. Soalan
dalam borang soal selidik menggunakan skala likert 5 point. Kaedah ini telah
membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan.

BIL SKALA POINT

1 Sangat Tidak Setuju 1


2 Tidak Setuju 2
3 Tidak pasti 3
4 Setuju 4
5 Sangat Setuju 5

[12]
010721-03-0154

4.3.2 Temu Bual

Temu bual merupakan satu perbualan antara dua orang atau lebih iaitu antara
penemu bual dengan yang ditemu bual. Temu bual dijalankan melalui perbualan
bersemuka atas tujuan untuk mendapatkan persepsi, pendapat dan sikap responden
terhadap kajian kes yang dijalankan. Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan
yang berkaitan pendapat masyarakat tentang masalah rabun dalam kalangan warga
SMK Pengkalan Chepa. Kaedah ini telah membantu pengkaji untuk mengetahui
maklumat dengan lebih terperici.

Jadual 1: Menunjukkan soalan-solan yang dikemukakan oleh pengkaji ketika menemu


bual resonden

Bil Soalan Temu Bual


1. Apakah jenis rabun yang dihadapi oleh anda?
2. Sejak bilakah anda mengalami masalah rabun mata?
3. Apakah punca-punca yang menyebabkan anda boleh mengalami masalah
rabun mata?
4. Apakah langkah yang diambil oleh anda bagi menangani masalah rabun?
5. Adakah masalah rabun mata mengubah kehidupan seharian anda?

[13]
010721-03-0154

4.3.3 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan proses meneliti situasi secara kritikal seperti


tingkah laku cara melaksanakan sesuatu, keadaan persekitaran kajian dan sebagainya.
Pemerhatian perlulah dijalankan dengan sistematik iaitu dengan mengikut masa dan
peraturan yang telah ditetapkan. Pengkaji telah memerhati, mendengar, merekod
maklumat dan menangkap gambar bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan.

Pengkaji telah membuat pemerhatian di tempat kajian yang dipilih iaitu SMK
Pengkalan Chepa sebelum mendapatkan responden. Pengkaji telah melawat tempat
kajian dan melihat sendiri permasalahan tersebut dengan lebih teliti. Oleh itu,
pengkaji dapat berinteraksi secara langsung dengan warga SMK Pengkalan Chepa
untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci tentang masalah rabun dalam
kalangan mereka. Responden juga dapat dikenal pasti melalui pemakaian kaca mata
yang membuktikan bahawa mereka mengalami masalah rabun mata.

4.3.4 Rujukan Kepustakaan

Kaedah membuat rujukan melalui buku dan internet merupakan satu kaedah
membaca bahan-bahan bacaan seperti buku, majalah, artikel, blog dan ‘google’ untuk
mendapatkan maklumat yang jelas tentang masalah rabun. Pengkaji melayari internet
dengan mengikuti laman ‘Facebook’, ‘Instagram’ dan Blog milik doktor-doktor mata
yang lebih arif tentang masalah rabun supaya pengkaji dapat mengetahui dengan lebih
lanjut tentang masalah yang dikaji. Selain itu, pengkaji juga mengunjungi
perpustakaan bagi mendapatkan buku-buku yang berkaitan masalah rabun mata ini.

[14]
010721-03-0154

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan tentang keputusan analisa data berdasarkan tindak balas
responden terhadap persepsi masyarakat tentang punca-punca dan langkah-langkah
masalah rabun mata dalam kalangan warga SMK Pengkalan Chepa.

5.1 DEMOGRAFI KAJIAN

JADUAL 2: LATAR BELAKANG RESPONDEN MENGIKUT JANTINA


JANTINA RESPONDEN DI SMK PENGKALAN CHEPA
JANTINA BILANGAN PERATUS (%)
Lelaki 7 23.33
Perempuan 23 76.67
JUMLAH 30 100

DEMOGRAFI RESPONDEN SMK PENGKALAN CHEPA MENGIKUT JANTINA

Rajah 1: Jantina Responden (2020)

Sumber: Kajian Lapangan 2020

Berdasarkan carta pai di atas, menunjukkan demografi jantina warga SMK


Pengkalan Chepa. Seramai 30 orang responden yang disoal selidik, 7 orang daripada
responden tersebut terdiri daripada jantina lelaki yang bersamaan 23.33%. Bilangan
responden yang selebihnya iaitu seramai 23 orang terdiri daripada jantina perempuan
dengan jumlah peratusan sebanyak 76.67%.

[15]
010721-03-0154

JADUAL 3: LATAR BELAKANG RESPONDEN MENGIKUT UMUR


UMUR RESPONDEN DI SMK PENGKALAN CHEPA

UMUR BILANGAN PERATUS (%)


13-16 tahun 10 33.33
17-20 tahun 13 43.33
21-24 tahun 0 0.00
25 tahun dan ke atas 7 23.33
JUMLAH 30 100

Sumber: Kajian Lapangan 2020

DEMOGRAFI RESPONDEN SMK PENGKALAN CHEPA MENGIKUT


KUMPULAN UMUR

23.33%

13-16 Tahun
33.33%
17-20 Tahun
43.33%
25 Tahun dan ke atas

Jumlah: 30 orang responden

Rajah 2: Umur Responden (2020)

Sumber: Kajian Lapangan 2020

Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan demografi responden


berdasarkan kumpulan umur warga SMK Pengkalan Chepa. Terdapat seramai 30
orang responden yang disoal selidik, seramai 13 orang responden yang terdiri
daripada kumpulan umur 17 hingga 20 tahun bersamaan 43.33%. Seterusnya,
responden yang berumur antara 13 hingga 16 tahun adalah seramai 10 orang
bersamaan 33.33% dan seramai 7 orang responden bersamaan 23.33% yang berumur
25 tahun ke atas. Kumpulan umur yang terdiri daripada 21 hingga 24 tahun tidak
terdapat dalam kajian kes.

[16]
010721-03-0154

5.2 PUNCA-PUNCA MASALAH RABUN MATA DALAM KALANGAN


WARGA SEKOLAH DI SMK PENGKALAN CHEPA

Kerap bermain gajet elektronik pada


jarak yang dekat dalam tempoh masa
yang lama

Membaca dan menulis dalam bilik


yang gelap atau terlalu terang

PUNCA-PUNCA MASALAH
RABUN MATA DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH Kekurangan vitamin D
SMK PENGKALAN CHEPA

Faktor genetik atau keturunan yang


diwarisi oleh ahli keluarga

Faktor usia yang semakin meningkat

RAJAH 3 MENUNJUKKAN PUNCA-PUNCA MASALAH RABUN YANG


BERLAKU DALAM KALANGAN WARGA SMK PENGKALAN CHEPA, KOTA
BHARU, KELANTAN.

[17]
010721-03-0154

5.2.1 KERAP BERMAIN GAJET ELEKTRONIK PADA JARAK YANG DEKAT


DALAM TEMPOH MASA YANG LAMA

Skala Bilangan Peratus (%)


Sangat Tidak Setuju 5 16.67
Tidak Setuju 1 3.33
Tidak pasti 2 6.67
Setuju 10 33.33
Sangat Setuju 12 40.00

Seramai 5 orang responden iaitu sebanyak 16.67% sangat tidak setuju bahawa
kekerapan bermain gajet elektronik pada jarak yang dekat dalam tempoh masa yang
lama boleh menyebabkan rabun. Namun begitu, majoriti warga SMK Pengkalan
Chepa sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut iaitu seramai 12 orang bersamaan
40.00%.

Hasil daripada kajian pengkaji, majoriti responden yang ditemu bual sangat
bersetuju dengan kenyataan bahawa bermain gajet elektronik dengan kerap pada jarak
yang dekat dalam tempoh masa yang lama menyebabkan masalah rabun mata iaitu
seramai 12 orang respoden bersamaan dangan 40.00%. Hal ini dikatakan demikian
kerana, menurut laman sesawang https://www.ramsaysimedarby.com pada era
globalisasi ini masyarakat lebih banyak terdedah kepada gajet elektronik seperti
telefon pintar, tablet, laptop dan sebagainya yang digunakan dengan sangat meluas.
Skrin digital gajet elektronik menghasilkan sinar cahaya biru yang pada spektrum
cahaya ini boleh dilihat. Cahaya biru ini mempunyai panjang gelombang terpendek
tetapi tenaga tertinggi. Walaupun kornea dan kanta mata sangat berkesan dalam
menghalang sinar UV dari sampai ke retina di belakang bola mata tetapi hampir
kesemua cahaya biru dapat menembusi kornea dan kanta mata hingga mencapai retina
yang sensitif. Kesannya, kajian makmal menunjukkan bahawa jika retina terlalu
banyak terdedah kepada cahaya biru boleh merosakkan sel-sel di retina yang boleh
menyebabkan masalah rabun mata. Oleh itu, tidak hairanlah pertambahan bilangan
warga sekolah SMK Pengkalan Chepa yang memakai kaca mata adalah berpunca
daripada pendedahan kepada skrin digital alatan elektronik.

[18]
010721-03-0154

5.2.2 MEMBACA ATAU MENULIS DALAM KEADAAN GELAP ATAU


TERLALU TERANG

Skala Bilangan Peratus (%)


Sangat tidak setuju 3 10.00
Tidak setuju 5 16.67
Tidak pasti 4 13.33
Setuju 12 40.00
Sangat Setuju 6 20.00

Berdasarkan temu bual dengan responden, seramai 5 orang responden


yang bersamaan 16.67% tidak bersetuju bahawa membaca atau menulis dalam
keadaan gelap atau terlalu terang mampu menyebabkan masalah rabun mata dan
seramai 12 orang responden bersamaan 40.00% yang bersetuju dengan kenyataan
terbabit.

Membaca atau menulis dalam keadaan gelap atau terlalu terang


dipersetujui oleh 12 orang responden iaitu berasamaan dengan 40.00%. Hal ini
dikatakan demikian kerana ramai yang di antara mereka sering melakukannya sama
ada ketika mereka kecil dahulu ataupun pada masa sekarang. Menurut Dr.
Nurmaisarah apabila seseorang membaca atau menulis dalam keadaan gelap atau
terlalu terang menyebabkan mata mengalami tekanan dan anak mata menjadi kecil
untuk membolehkan seseorang dapat membaca dengan lebih jelas. Seterusnya, kanta
mata akan mengembung atau mencembung dan akan menekan cecair mata
menyebabkan proses perubahan bola mata menjadi panjang seterusnya menyebabkan
masalah rabun jauh berlaku. Aktiviti membaca atau menulis yang berterusan dalam
keadaan cahaya yang malap atau terlalu terang boleh menyebabkan power mata
seseorang meningkat. Jelaslah bahawa, aktiviti membaca atau menulis dalam keadaan
yang gelap atau terlalu terang boleh menyebabkan masalah rabun mata berlaku iaitu
rabun jauh dan tidak hairanlah mengapa ibu bapa sering memarahi anak-anak mereka
supaya tidak membaca dalam keadaan yang gelap atau terlalu terang.

[19]
010721-03-0154

5.2.3 KEKURANGAN VITAMIN D

Skala Bilangan Peratus(%)


Sangat tidak setuju 5 16.67
Tidak setuju 3 10
Tidak pasti 16 53.33
Setuju 5 16.67
Sangat tidak setuju 1 3.33

Hasil daripada kajian pengkaji, terdapat 5 orang responden bersamaan 16.67%


yang bersetuju manakala seramai 16 orang responden bersamaan 53.33% yang tidak
pasti tentang kekurangan vitamin D mampu menyebabkan masalah rabun dalam
kalangan mereka.

Hasil daripada temu bual dengan Encik X didapati bahawa dia kurang
melakukan aktiviti fizikal di luar rumah semasa kecil tetapi lebih suka untuk
berkurung di dalam rumah. Hal ini telah menyebabkan responden kurang terdedah
kepada cahaya matahari yang mempunyai banyak khasiat vitamin D. Cahaya matahari
sangat membantu pertumbuhan bebola mata supaya dapat membesar mengikut saiz
mata yang normal iaitu tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek daripada saiz
yang sepatutnya. Dopamin yang terdapat di dalam retina iaitu lapisan saraf di dalam
mata adalah sangat tinggi pada waktu siang dan sangat rendah pada waktu malam atau
digelar sebagai perubahan diurnal. Paras dopamin yang tinggi dapat mengelakkan
bola mata memanjang kerana bola mata yang panjang merupakan punca rabun jauh
berlaku. Jelaslah bahawa, kekurangan vitamin D daripada cahaya matahari
merupakan salah satu punca terjadinya masalah rabun dalam kalangan warga sekolah
SMK Pengkalan Chepa. Majoriti responden yang ditemu bual tidak pasti akan punca
ini iaitu seramai 16 orang bersamaan 53.33% kerana mereka tidak mempuyai ilmu
pengetahuan yang begitu mendalam tentang permasalahan yang berlaku di sekeliling
mereka.

[20]
010721-03-0154

5.2.4 FAKTOR GENETIK ATAU KETURUNAN YANG DIWARISI OLEH AHLI


KELUARGA

Skala Bilangan Peratus (%)


Sangat tidak setuju 6 20.00
Tidak setuju 4 13.33
Tidak pasti 7 23.33
Setuju 7 23.33
Sangat setuju 6 20.00

Seramai 7 orang responden bersamaan 23.33% yang tidak pasti dan bersetuju
bahawa faktor genetik atau keturunan yang diwarisi oleh ahli keluarga merupakan
salah satu faktor yang boleh menyebabkan rabun mata.

Menurut laman sesawang https://hsi.moh.gov.my, genetik atau faktor


keturunan sememangnya merupakan asbab yang utama dalam masalah rabun jauh ini
berlaku. Faktor genetik ini dapat menjangka seseorang individu akan mendapat rabun
jauh pada usia muda tetapi stabil sepanjang usia kanak-kanak, mendapat rabun jauh
pada usia muda dan semakin parah apabila usia meningkat atau mendapat rabun jauh
pada usia yang lebih tua. Mereka berisiko untuk mewarisi masalah rabun mata ini
adalah sebanyak 40% apabila mereka mempunyai ibu atau ayah yang turut mengalami
masalah rabun mata. Oleh yang demikian, kebanyakan responden bersetuju bahawa
faktor genetik atau keturunan daripada ahli keluarga merupakan salah satu punca
rabun mata iaitu seramai 7 orang responden bersamaan 23.33% di tambah lagi dengan
6 orang responden bersamaan 20.00% yang sangat bersetuju akan kenyataan terbabit.

[21]
010721-03-0154

5.2.5 FAKTOR USIA YANG SEMAKIN MENINGKAT

Skala Bilangan Peratus (%)


Sangat tidak setuju 5 16.67
Tidak setuju 4 13.33
Tidak pasti 8 26.67
Setuju 11 36.67
Sangat setuju 2 6.67

Faktor usia yang semakin meningkat juga menjadi punca kepada masalah
rabun dan dipersetujui oleh 11 orang responden yang bersamaan 36.67% walaupun
seramai 8 orang responden bersamaan 26.67% yang tidak pasti akan kenyataan
tesebut.

Berdasarkan sesi temu bual dengan responden, pengkaji mendapati bahawa


warga sekolah yang menghadapi masalah rabun dekat terdiri daripada golongan
dewasa. Menurut laman web www.myhealth.gov.my apabila usia meningkat
keupayaan untuk berakomodasi akan berkurang iaitu keupayaan mata untuk
mengekalkan fokus yang jelas apabila jarak pandangan berubah menyebabkan
masalah rabun dekat berlaku. Mata tidak mampu untuk menghasilkan imej objek tepat
pada retina tetapi imej yang terbentuk berlaku di belakang retina. Kabur penglihatan
pada usia 40 tahun ke atas adalah satu perubahan yang normal pada mata akibat
proses penuaan yang dikenali sebagai presbyopia. Oleh itu, ramai responden yang
bersetuju bahawa faktor usia yang menigkat boleh menyebabkan masalah rabun dekat
berlaku iaitu seramai 11 orang responden yang bersamaan 36.67%.

[22]
010721-03-0154

JADUAL: PERSEPSI WARGA SEKOLAH TERHADAP PUNCA-PUNCA


MASALAH RABUN MATA DALAM KALANGAN MEREKA DI SMK
PENGKALAN CHEPA

Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat


Bil Soalan Tidak Setuju pasti Setuju Jumlah
Setuju
(%) (%) (%) (%) (%) (%)
Kerap bermain gajet
1 pada jarak yang dekat 5 1 2 10 12 30
dalam tempoh masa (16.67%) (3.33%) (6.67%) (33.33%) (40.00%) (100%)
yang lama
Membaca atau
2 menulis dalam 3 5 4 12 6 30
keadaan gelap atau (10.00%) (16.67%) (13.33%) (40.00%) (20.00%) (100%)
terlalu terang

3 Kekurangan 5 3 16 5 1 30
vitamin D (16.67%) (10.00%) (53.33%) (16.67%) (3.33%) (100%)
Faktor genetik atau
4 keturunan yang 7 4 7 6 6 30
diwarisi oleh ahli (23.33%) (13.33%) (23.33%) (20.00%) (20.00%) (100%)
keluarga

5 Faktor usia yang 5 4 8 11 2 30


semakin meningkat (16.67%) (13.33%) (26.67%) (36.67%) (6.67%) (100%)

Berdasarkan jadual yang ke-4 menunjukkan persepsi warga sekolah terhadap


punca-punca masalah rabun mata dalam kalangan mereka di SMK Pengkalan Chepa
bagi objektif 1.

[23]
010721-03-0154

ANALISIS PERSEPSI WARGA SEKOLAH TERHADAP PUNCA-PUNCA


RABUN MATA DALAM KALANGAN MEREKA DI SMK PENGKALAN
CHEPA

Bilangan responden (orang)

35

30

25

20 Sangat setuju

Setuju
15
Tidak pasti

Tidak setuju
10
Sangat tidak
setuju

0
Punca-punca
Kerap bermain Membaca atau Kekurangan Faktor genetik Faktor usia
gajet elektronik menulis dalam vitamin D atau keturunan semakin
pada jarak yang keadaan gelap yang diwarisi oleh meningkat
dekat dalam atau terlalu ahli keluarga
tempoh masa terang
yang lama

Berdasarkan graf 1, terdapat beberapa persepsi masyarakat terhadap punca-punca


rabun yang dikemukakan oleh pengkaji iaitu persepsi masyarakat terhadap kerap
bermain gajet elekronik pada jarak yang dekat dalam tempoh masa yang lama. Selain
itu, persepsi masyarakat terhadap membaca atau menulis dalam keadaan gelap atau
terlalu terang. Seterusnya, persepsi masyarakat terhadap kekurangan vitamin D. Di
samping itu, persepsi masyarakat terhadap faktor genetik atau keturunan yang
diwarisi oleh ahli keluarga. Akhir sekali, persepsi masyarakat terhadap faktor usia
semakin meningkat yang menjadi punca kepada masalah rabun dalam kalangan warga
SMK Pengkalan Chepa.

[24]
010721-03-0154

5.3 KAEDAH RAWATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGATASI


MASALAH RABUN MATA DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH DI SMK
PENGKALAN CHEPA

Menggunakan kaca mata berbentuk


cembung

Menggunakan kaca mata berbentuk


cekung

Kaedah rawatan yang digunakan


untuk menangani masalah rabun Menggunakan kanta lekap (contact
mata dalam kalangan warga lense)
sekolah di SMK Pengkalan Chepa

Melakukan rawatan surgeri laser atau


LASIK

Menggunakan ubat titis mata

RAJAH 4 MENUNJUKKAN KAEDAH RAWATAN YANG DIGUNAKAN


UNTUK MENANGANI MASALAH RABUN MATA DALAM KALANGAN
WARGA SEKOLAH DI SMK PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU,
KELANTAN.

[25]
010721-03-0154

5.3.1 MENGGUNAKAN KACA MATA BERBENTUK CEMBUNG


Skala Bilangan Peratus (%)
Sangat Tidak Setuju 0 0.00
Tidak Setuju 2 6.67
Tidak pasti 3 10.00
Setuju 11 36.67
Sangat setuju 14 46.67

Menggunakan kaca mata berbentuk cembung untuk merawat masalah rabun


sangat dipersetujui oleh 14 orang responden yang bersamaan 46.67% dan 11 orang
rsponden bersamaan 36.67% yang turut bersetuju akan kenyataan tersebut.

Panjang Hiperopia
mata normal

Panjang Lensa cembung


mata normal

Sumber: Google images

[26]
010721-03-0154

Menurut laman sesawang http://drhalizamutalib.blogspot.com, penggunaan


kaca mata berbentuk cembung dapat mengatasi masalah rabun dekat atau hiperopia.
Seseorang yang mengalami masalah rabun dekat dapat menggunakan cermin mata
yang berbentuk cembung supaya dapat melihat dengan lebih jelas. Kanta berbentuk
cembung adalah kanta yang tebal atau cembung pada bahagian tengah kanta dan nipis
pada bahagian hujung atau tepi kanta. Sekiranya, kuasa kanta adalah sangat tinggi,
maka mata juga akan kelihatan besar daripada saiz biasa apabila seseorang
memakainya. Secara optikalnya, cahaya yang memasuki mata hiperopia akan
tertumpu pada bahagian belakang retina disebabkan bebola mata yang pendek. Oleh
itu, penggunaan kaca mata cembung membolehkan imej yang terbentuk jatuh tepat
pada retina mata dan menghasilkan imej yang jelas. Tidak hairanlah penggunaan kaca
mata berbentung cembung ini dapat mengatasi masalah rabun dekat dalam kalangan
warga SMK Pengkalan Chepa sangat dipersetujui oleh 14 orang responden yang
bersamaan 46.67%.

[27]
010721-03-0154

5.3.2 MENGGUNAKAN KACA MATA BERBENTUK CEKUNG

Skala Bilangan Peratus (%)


Sangat Tidak Setuju 3 10.00
Tidak setuju 1 3.33
Tidak Pasti 10 33.33
Setuju 9 30.00
Sangat Setuju 7 23.33

Seramai 10 orang responden bersamaan 33.33% yang tidak pasti


bahawa menggunakan kaca mata berbentuk cekung merupakan salah satu langkah
yang dapat diambil bagi menangani masalah rabun. Walaupun begitu, seramai 9 orang
responden bersamaan 30.00% yang bersetuju akan kenyataan terbabit.

Sumber: Google images

[28]
010721-03-0154

Menurut laman web http://anissuzanna.blogspot.com, penggunaan kaca mata


berbentuk cekung dapat mengatasi masalah rabun jauh atau miopia. Kanta cekung
adalah kanta yang mempunyai bahagian tengah yang nipis berbanding dengan
bahagian hujung kanta. Sekiranya, kuasa kanta cekung adalah tinggi, maka mata yang
memakai kanta ini akan kelihatan lebih kecil dari saiz biasa. Secara optikalnya,
cahaya yang memasuki mata miopia akan tertumpu pada bahagian retina disebabkan
bebola mata yang panjang. Oleh itu, pusat optikal kanta yang berada di tengah-tengah
kanta cekung ini perlu diselaraskan dengan titik tengah anak mata seseorang pemakai
kaca mata supaya cahaya yang masuk ke dalam mata akan terfokus tepat pada
bahagian retina mata. Kesannya, penghidap masalah rabun jauh dapat melihat imej
yang jelas melalui pemakaian kaca mata berbentuk cekung ini. Jelaslah bahawa,
penggunaan kaca mata berbentuk cekung ini dapat mengatasi masalah rabun jauh atau
miopia dan turut disokong oleh 9 orang responden yang bersetuju bersamaan 30.00%
manakala 7 orang responden lagi yang bersamaan 23.33% sangat bersetuju akan
kenyataan tersebut.

[29]
010721-03-0154

5.3.3 MENGGUNAKAN KANTA LEKAP (CONTACT LENSE)

Skala Bilangan Peratus (%)


Sangat Tidak Setuju 7 23.33
Tidak Setuju 7 23.33
Tidak Pasti 3 10.00
Setuju 10 33.33
Sangat Setuju 3 10.00

Terdapat 10 orang responden yang bersamaan 33.33% yang bersetuju bahawa


penggunaan kanta lekap atau ‘contact lense’ merupakan salah satu langkah yang
dapat mengatasi masalah rabun mata walaupun terdapat 7 orang responden bersamaan
23.33% yang sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju akan kenyataan tersbut.

Menurut seorang ahli optometris Pn. Ain Syafa, Ortho-K lense


(Orthokeratology) merupakan kanta lekap yang keras direka khas untuk diletakkan
pada kornea mata yang membantu cahaya untuk jatuh tepat di atas permukaaan retina.
Contact lense orthokeratology perlu dipakai pada waktu malam iaitu semasa tidur
yang boleh menghasilkan tekanan pada kelopak mata yang akan menekan ‘lense’
tersebut untuk mengubah bentuk kecembungan pada bahagian depan mata untuk
membentuk semula atau meratakan kornea. Pada keesokan harinya, contact lense
tersebut haruslah dicabut dan penghidap rabun mata dapat menikmati penglihatan
yang jelas sepanjang hari tanpa perlu memakai cermin mata atau kanta lekap.
Terdapat juga contact lense yang mempunyai power tersendiri yang membolehkan
responden memakainya pada bila-bila masa sahaja. Penggunaan kanta lekap ini turut
disokong oleh 10 orang responden bersamaan 33.33% yang bersetuju bahawa kaedah
ini mampu mengatasi masalah rabun dalam kalangan mereka yang merupakan warga
SMK Pengkalan Chepa.

[30]
010721-03-0154

5.3.4 MELAKUKAN RAWATAN SURGERI LASER ATAU LASIK

Skala Bilangan Peratus (%)


Sangat Tidak Setuju 8 26.67
Tidak Setuju 2 6.67
Tidak Pasti 8 26.67
Setuju 4 13.37
Sangat Setuju 8 26.67

Seramai 8 orang responden bersamaan 26.67% yang masing-masing tidak


pasti dan sangat bersetuju tentang rawatan surgeri merupakan antara langkah yang
dapat diambil bagi mengatasi masalah rabun mata.

Sumber: Google images

[31]
010721-03-0154

Menurut seorang ahli optometris Pn. Ain Syafa, pembedahan LASIK (Laser in
Situ Keratomileusis) merupakan satu pembedahan pada mata seseorang yang
mengalami masalah rabun sama ada rabun jauh, rabun dekat dan rabun silau. Terdapat
dua lapisan kornea mata yang terlibat semasa pembedahan dilakukan iaitu lapisan
pertama (lapisan kornea epitelium) dan lapisan yang ketiga (lapisan kornea stroma)
daripada lima lapisan kornea yang lain. Doktor akan meletakkan ubat kebas pada
mata pesakit sebelum pembedahan dilakukan supaya pesakit tidak akan berasa sakit
kecuali hanya berasa sedikit tekanan semasa dilaser. Pembedahan LASIK ini akan
memotong lapisan epitelium mata dengan menggunakan laser dan kornea flap akan
terbentuk. Kornea flap yang terbentuk akan dipotong hampir kesemuanya dan
bahagian yang terdedah akan dilaser dengan ‘eximer laser’ untuk pembentukan. Bagi
penghidap masalah rabun jauh, LASIK digunakan untuk meratakan kornea yang
melengkung tetapi bagi orang yang mempunyai masalah raun dekat, LASIK akan
digunakan untuk melengkungkan kornea yang terlalu rata serta dapat membenarkan
kornea yang tidak teratur menjadi normal bagi penghidap masalah rabun silau ataupun
astigmatisme. Seterusnya, bahagian flap yang dipotong tadi akan menutup semula
lapisan yang dilaser tersebut. Setelah pembedahan, doktor akan memberi ubat titis
mata dan pelindung mata agar mata terlindung daripada sebarang geseran. Selepas 3
hingga ke 6 bulan, pesakit dapat menjalani kehidupan mereka tanpa perlu bergantung
kepada kaca mata ataupun kanta lekap lagi.

[32]
010721-03-0154

5.3.5 MENGGUNAKAN UBAT TITIS MATA

Skala Bilangan Peratus (%)


Sangat Tidak Setuju 7 23.33
Tidak Setuju 4 13.33
Tidak Pasti 10 33.33
Setuju 6 20.00
Sangat Setuju 3 10.00

Kebanyakan responden yang ditemu bual tidak pasti bahawa penggunaan ubat
titis mata merupakan kaedah untuk merawat masalah rabun mata iaitu seramai 10
orang responden bersamaan 33.33%. Tambahan pula, seramai 7 orang responden
bersamaan 23.33% yang sangat tidak bersetuju akan kaedah ni.

Menurut Prof. Dr. Muhaya Penggunaan ubat titis mata atropine yang perlu dipakai
pada waktu malam sahaja sebelum tidur dengan kadar sekali sehari dapat menghalang
power mata meningkat terlalu cepat dan lebih stabil. Oleh itu, responden tidak perlu
menukar kaca mata setiap tahun akibat daripada pertambahan power mata mereka.
Selain iu, terdapat juga ubat titis mata yang dapat merawat rabun silau kerana
responden yang menghadapi masalah rabun silau kebiasaannya akan mengalami mata
yang kering dan kerap berkedip. Oleh itu, ubat titis mata ini sangat membantu untuk
melembapkan mata dan dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja. Kebanyakan
responden yang ditemu bual tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam
tentang penggunaan ubat titis mata yang merupakan salah satu kaedah yang mampu
mengatasi masalah rabun mata dalam kalangan mereka iaitu seramai 10 orang
responden bersamaan 33.33% yang tidak pasti akan kaedah ini.

[33]
010721-03-0154

JADUAL: PERSEPSI WARGA SEKOLAH TERHADAP KAEDAH


RAWATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH
RABUN MATA DALAM KALANGAN MEREKA DI SMK PENGKALAN
CHEPA

Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat


Bil Soalan
Tidak Setuju pasti Setuju Jumlah
Setuju
(%) (%) (%) (%) (%) (%)
Menggunakan kaca
1 0 2 3 11 14 30
mata berbentuk
(0.00%) (6.67%) (10.00%) (36.67%) (46.67%) (100%)
cembung

Menggunakan kaca
2 3 1 10 9 7 30
mata berbentuk
(10.00%) (3.33%) (33.33%) (30.00%) (23.33%) (100%)
cekung

Menggunakan kanta
3 7 7 3 10 3 30
lekap (contact lense)
(23.33%) (23.33%) (10.00%) (33.33%) (10.00%) (100%)

Melakukan rawatan
4 8 2 8 4 8 30
surgeri laser atau
(26.67%) (6.67%) (26.67%) (13.33%) (26.67%) (100%)
LASIK

Menggunakan ubat
5 7 4 10 6 3 30
titis mata
(23.33%) (13.33%) (33.33%) (20.00%) (10.00%) (100%)

Berdasarkan jadual menunjukkan persepsi warga sekolah terhadap kaedah rawatan


yang digunakan bagi menangani masalah rabun mata dalam kalangan mereka di SMK
Pengkalan Chepa bagi objektif 2.

[34]
010721-03-0154

ANALISIS PERSEPSI WARGA SEKOLAH TERHADAP KAEDAH RAWATAN


YANG DIGUNAKAN BAGI MENGATASI MASALAH RABUN MATA DALAM
KALANGAN MEREKA DI SMK PENGKALAN CHEPA

Bilangan responden (orang)


35

30
Sangat
Setuju
25
Setuju
20
Tidak
Pasti
15
Tidak
Setuju
10
Sangat
5 Tidak
Setuju

0
Menggunakan Menggunakan Menggunakan Melakukan Menggunakan
kaca mata kaca mata kanta lekap rawatan ubat titis mata
berbentuk berbentuk (contact surgeri laser
cembung cekung lense) atau LASIK Kaedah rawatan

Berdasarkan graf 2 di atas, terdapat beberapa persepsi yang dikemukakan oleh


pengkaji iaitu persepsi masyarakat terhadap pemakaian kaca mata berbentuk cembung
dalam kalangan warga sekolah. Selain itu, persepsi masyarakat terhadap pemakaian
kaca mata berbentuk cekung. Seterusnya, persepsi masyarakat terhadap peggunaan
kanta lekap atau conact lense. Di samping itu, persepsi masyarakat terhadap rawatan
surgeri laser atau LASIK. Akhirnya, persepsi masyarakat terhadap penggunaan ubat
titis mata yang dapat mengatasi masalah rabun mata dalam kalangan warga sekolah
SMK Pengkalan Chepa.

[35]
010721-03-0154

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dua objektif utama yang dikemukakan
kepada warga SMK Pengkalan Chepa untuk mengetahui persepsi mereka terhadap
objektif kajian tersebut. Kebanyakan responden yang menjawab borang soal selidik
sangat bersetuju dengan objektif pertama kajian iaitu punca-punca rabun mata dalam
kalangan warga SMK Pengkalan Chepa. Antaranya ialah persepsi masyarakat
terhadap faktor kerap bermain gajet elektronik pada jarak yang dekat dalam tempoh
masa yang lama. Persepsi kedua ialah terhadap faktor membaca atau menulis dalam
keadaan gelap atau terlalu terang. Seterusnya, persepsi masyarakat terhadap
kekurangan vitamin D. Selain itu, persepsi masyarakat faktor genetik atau keturunan
daripada ahli keluarga. Akhir sekali, faktor usia yang semakin meningkat yang
menjadi punca kepada masalah rabun mata berlaku. Di samping itu, pengkaji turut
mengemukakan soalan tentang objektif kedua kajian iaitu kaedah rawatan yang dapat
digunakan bagi menangani masalah rabun dalam kalangan warga SMK Pengkalan
Chepa. Antaranya ialah persepsi masyarakat terhadap penggunaan kaca mata
berbentuk cembung. Selain itu, persepsi masyarakat terhadap penggunaan kaca mata
berbentuk cekung. Di samping itu, persepsi masyarakat terhadap pemakaian kanta
lekap atau contact lense. Seterusya, persepsi masyarakat terhadap penggunaan ubat
titis mata. Akhirnya, persepsi masyarakat terhadap rawatan pembedahan laser atau
LASIK. Menurut seorang doktor pakar optometri iaitu Prof. Madya Dr Haliza binti
Abdul Mutalib berkata bahawa mata merupakan satu daripada lima pancaindera
manusia yang paling penting kerana mata diibaratkan jendela yang dapat menyingkap
segala bentuk keindahan dan kehidupan dunia. Kesimpulannya, semua lapisan
masyarakat mestilah sentiasa menghargai mata dan bersama-sama menjaganya.
Masyarakat digalakkan untuk segera berjumpa doktor optometris bagi merawat mata
yang mempunyai masalah seperti kabur, silau, mata kering dan sebagainya supaya
mata akan kekal sihat dan dapat melihat dengan jelas.

[36]
010721-03-0154

7.0 RUJUKAN

KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, 2015, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,


Kuala Lumpur.

Dr. R. Sukumar (2012) rabun mata-Dicapai pada April 26, 2012, from
http://www.myhealth.gov.my/rabun-mata/

Dr. Nik Mohd Azlan, 2018. Tata Rakyat Negeri Kelantan. Cetakan pertama. Kota
Bharu, Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Latar belakang Kelantan-Dicapai pada Mac 22, 2020, from


https://ptjkb.kelantan.gov.my

Dr. Norazah, gajet merosakkan mata, from https://www.ramsaysimedarby.com

Haniza (2014) rabun jauh-Dicapai pada April 18, 2014, from


http;//www.mayoclinic.com

Anis Suzanna (2011)My Optometry Journal, pentingnya kaca mata yang betul-
Dicapai pada Julai 20,2011, from http://anissuzanna.blogspot.com

Dr. Haliza (2012) hyperopia-Dicapai pada September 5, 2012, from


http://drhalizamutalib.blogspot.com

Dr. Azlinda@Aisyah (2016) myopia-Dicapai pada Ogos 8, 2016, from


https://hsi.moh.gov.my

(2018) penjagaan mata yang betul-Dicapai pada Mac 2, 2018, from


https://aafiyatlifestlye.com

[37]
010721-03-0154

BORANG SOAL SELIDIK KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4 TAHUN


2020

Makluman Kepada Responden:

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal
pasti punca-punca dan kaedah rawatan masalah rabun mata yang dihadapi oleh warga
sekolah SMK Pengkalan Chepa. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan
ia hanya akan digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN.

ARAHAN: Sila tandakan (/) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.

MAKLUMAT DIRI RESPONDEN:

1. JANTINA:
a. Lelaki
b. Perempuan

2. UMUR:
a. 13-16 tahun
b. 17-20 tahun
c. 21-24 tahun
d. Lebih 25 tahun

[38]
010721-03-0154

3. PEKERJAAN:

a. Kerajaan
b. Swasta
c. Bekerja sendiri
d. Pelajar

BAHAGIAN B: SKALA LIKERT

ARAHAN: Tandakan (/) mengikut skala yang dinyatakan di bawah

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
setuju

Bilangan Punca-punca masalah rabun mata 1 2 3 4 5


dalam kalangan warga sekolah di SMK
Pengkalan Chepa

1 Kerap bermain gajet elektronik pada jarak


yang dekat dalam tempoh masa yang lama.

2 Membaca dan menulis dalam bilik yang


gelap atau terlalu terang.

3 Kekurangan vitamin D

4 Faktor genetik atau keturunan yang


diwarisi oleh ahli keluarga.

5 Faktor usia yang semakin meningkat.

[39]
010721-03-0154

Bilangan Kaedah rawatan yang digunakan untuk 1 2 3 4 5


mengatasi masalah rabun mata dalam
kalangan warga sekolah di SMK
Pengkalan Chepa
1 Menggunakan kaca mata berbentuk
cembung.

2 Menggunakan kaca mata berbentuk


cekung

3 Menggunakan kanta lekap (contact lense)

4 Melakukan rawatan surgeri laser atau


LASIK

5 Menggunakan ubat titis mata

[40]

You might also like