You are on page 1of 2

IPTS dapat memberi pelbagai

kesan .Nyatakan kesan IPTS kepada


negara kita.

Kini negara kita memiliki 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang Cuma boleh
menampung kira-kira 130,000 orang pelajar. Menyedari keterhadan peluang belajar di IPTA, kerajaan
telah bersetuju dan membenarkan IPTS diwujudkan di negara kita. Kewujudan IPTS yang bagaikan
‘cendawan tumbuh selepas hujan’ ini membaca pelbagai kesan positif dan negatif kepada kita.

Antara kesan positif yang timbul ekoran m\penuhan IPTS ialah memberi peluang belajar di peringkat
tinggi kepada mereka yang gagal ke IPTA. Dengan adanya 547 buah IPTS di seluruh negara, peluang
pendidikan tinggi bagi semua rakyat adalah terjamin. Mereka boleh memilih bidang kursus dan IPTS
yang diminati sama ada di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Multimedia (UMM),
Universiti Petronas, Universiti Telekom (Unite!) atau banyak lagi. Ekoran itu, tidak timbul lagi soal
cemburu atau prejudis kelompok tertentu kepada kelompok yang lain dalam soal pendidikan tinggi.

Selain itu, penubuhan banyak IPTS dalam negara juga dapat meringankan beban kewangan yang
terpaksa ditanggung oleh para pelajar yang sebelum ini terpaksa ke luar negara untuk belajar.
Pertukaran ringgit Malaysia yang hampir enam kali ganda lebih rendah daripada pound sterling di
England, misalnya pasti memberi kesan besar kepada pelajar yang menuntut di sana. Dengan adanya
peluang belajar di IPTS tempatan, mereka bukan sahaja dapat menjimatkan kos pengajian, bahkan
dapat menyelamatkan pengaliran keluar mata wang negara ke negara asing. Secara tidak langsung,
IPTS telah menyelamatkan Malaysia kerugian dari segi pertukaran wang asing.

Salah satu kesan positif penubuhan IPTS di negara kita terserlah melalui kemunculan lebih ramai
golongan profesional dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah arkitek, akauntan, doktor, peguam dan
lain-lain. Kemunculan golongan profesional ini akan menjamin negara kita mencapai kemajuan dalam
semua aspek. Dengan masyarakat yang berilmu, negara kita akan menjadi kuat dan teguh dari segi
politik, ekonomi mahupun sosial. Keteguhan akan menjamin negara kita tidak akan dijajah lagi.
Kebebasan yang kita peroleh ini membolehkan kita menapak menuju tamadun mengikut acuan kita
sendiri.
Walau bagaimanapun, wujud banyak kesan negatif ekoran penubuhan IPTS di negara kita. Salah satu
daripadanya ialah IPTS telah membelakangkan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan.
Mengikut Akta Pendidikan 1996, semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris dalam
pengajaran dan pembelajaran. Akta ini bukan sahaja menyebabkan IPTS mengutamakan bahasa
Inggeris dalam pengajaran bahkan tidak mensyaratkan calon-calon yang memohon untuk ke IPTS
menguasai bahasa Melayu dengan baik. Langkah ini dianggap bertentangan dengan amalan sebelum
ini yang mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan syarat untuk
mendapatkan sijil di peringkat menengah. Justeru, penubuhan IPTS menyebabkan bahasa Melayu
yang menjadi bahasa rasmi negara telah diremehkan penggunaannya.

Ketidakseimbangan dari segi penghasilan tenaga profesional berdasarkan ras juga akan berlaku
menerusi penubuhan IPTS. Hal ini boleh berlaku kerana daripada kira-kira 170 000 tempat di IPTS,
pelajar bumiputera cuma mengisi antara 10 hingga 15 peratus sahaja tempat yang disediakan.
Hasilnya, golongan profesional bumiputera akan tenggelam oleh limpahan profesional ras-ras yang
lain. Hal ini akan menyebabkan timbul rasa tidak senang hati antara kaum apabila pemilikan
kekayaan negara menampakkan jurang. Jurang ini boleh menanamkan bibit kebencian antara kaum
yang berpotensi mencetuskan rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Kesimpulannya, penubuhan IPTS di negara kita adalah perlu sebagai alternatif kepada rakyat untuk
mendapatkan pendidikan tinggi. Namun, penubuhan IPTS ini seharusnya tidak mengundang unsur-
unsur negatif yang boleh menggoncangkan perpaduan. Kita tidak mahu kewujudan IPTS ini
menyebabkan ada golongan tertentu yang kalah dan ada pula yang menang.

You might also like