You are on page 1of 5

PJ 2311P

LINDA HII AI KION-PPISMP BC(SK) JUN 2011

1) Apakah itu teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)?


Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)
atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.
Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam
pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah:
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat
tanpa mengira tempat dan waktu.

DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT


Pemerolehan, pemprosesan, penyimpanan dan penyebaran maklumat yang
berasaskan gabungan teknologi komputer dan telekomunikasi
Istilah umum bagi bidang yang meliputi perkomputeran, perhubungan dan
teknik mengendalikan maklumat
Sebarang bentuk teknologi, iaitu peralatan atau teknik, yang digunakan orang
untuk mengendalikan maklumat

DEFINISI TEKNOLOGI
Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi
yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

DEFINISI MAKLUMAT
Maklumat atau informasi merupakan hasil daripada pemprosesan,
pengumpulan dan penganalisaan data yang dapt menambah pengetahuan
kepada penerima maklumat.
Secara ringkas, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan.

DEFINISI KOMUNIKASI
Komunikasi ialah sejenis proses permindahan maklumat melalui sistem
simbol yang sama. Definasi komunikasi ialah "satu proses perpindahan
maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau
sekumpulan individu yang lain".
2) Kepentingan TMK dalam P&P
 untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang
mengharungi perubahan abab ke -21.
 dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru
seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran
pembelajaran
 objektif pembelajarannya yang lebih luas, pembelajarannya yang juga
boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui
pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman
pembelajaran dilakukan secara terus.
 dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan.
 Pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan sesama mereka bagi
meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat
tidak terikat
 ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada
pergantungan pada guru dan pembelajaran yang tidak terikat
organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan terkongkong.
 Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan
pelajar terhadap pelajaran.
 Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar
yang pelbagai keupayaan.
 Meningkatkan motivasi guru dan pelajar.
 Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).
 Membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
 Membolehkan guru mengumpul maklumat yang perlukan masa yang
lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar.
 Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang
sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan
cara biasa.
 Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar.
 Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum
 Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan
kemajuan pembelajaran masing-masing.
 Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam Pembelajaran
 Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di
dalam kelas.
 Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran
moden seperti constructivism, multiple intelligences dan lain-lain
 Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti
pembelajaran yang autentik.
 Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
 Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil
 dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan,
menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat
meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.

3) Teknik-teknik persembahan TMK


 Menggunakan Microsoft Power Point
 Mahir untuk menghasilkan dokumen persembahan berfitur slide
transition, custom animation, hyperlink, dan insert movies, sound,
chart, picture

CASPER
(i) Contrast (Pebezaan yang Ketara)
Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisian
perlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang).
Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar
belakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan,
kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan
tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.
Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan
perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin
dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan
berdekatan dan grafik kecil dengan besar.

(ii) Alignment (Susunan Lurus)


Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka
perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik.
Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingin
dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam
prinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga
perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap
paparan perisian.

(iii) Simplicity (Mudah)


Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna
memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu
bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya
dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual
yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah
difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam
perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian
dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna
dari teks yang panjang lebar.

(iv) Proximity (Berhampiran)


Dalam prinsip proximity item yang digunakan dalam muka perisian
perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat
kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan
pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai
satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini
akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.

(v) Emphasis (Penekanan)


Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi
penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara
digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna.
Namun begitu adalah dinasihati supaya pembangun perisian tidak
menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian
pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih
kepada elemen sampingan.
(vi) Repetition (Pengulangan)
Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya
pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan
yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan
media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalah
kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai
kecenderungan yang terhadap media.Pembangun perisian boleh
menggunakan perulangan media teks, audio, grafik dan video untuk
menyampaikan mesej yang sama.

You might also like