You are on page 1of 8

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/376310092

INVENTORI STRES PELAJAR (ISP) -EDISI 2020 oleh

Article · December 2023

CITATIONS
READS
0
524

1 author:

Mohammad Aziz Shah Mohamed arip


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
76 PUBLICATIONS 196 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Mohammad Aziz Shah Mohamed arip on 08 December 2023.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

INVENTORI STRES PELAJAR (ISP) - EDISI 2020


oleh;
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Durrah Nadiah Kamaruzaman, Azila
Roslan & Aslina Ahmad
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Nama Umur
Jantina No. Tel:

Arahan:
Inventori ini bertujuan mengukur stres PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
yang dihadapi dalam akademik dan kehidupan seharian anda sebagai pelajar. Tiada
jawapan betul atau salah. Baca setiap pernyataan dan bulatkan pernyataan yang terbaik
menggambarkan diri anda.

1 2 3 4
Tidak Pernah Sedikit Kerap Kerap Sentiasa

Berikut ialah senarai yang anda mungkin merasakan atau berkelakuan sepanjang
pengajian anda. Sila bulatkan satu jawapan dalam setiap kotak.

SKALA
BIL PERNYATAAN
1 2 3 4
1. Sakit kepala.
2. Sakit belakang.
3. Masalah tidur.
4. Kesukaran bernafas.
5. Bimbang yang berlebihan.
6. Sakit perut/ loya.
7. Keletihan yang melampau.
8. Tangan berpeluh.
9. Sering selesema/ demam.
10. Hilang berat badan secara drastik.
11. Rasa bersalah jika gagal memenuhi harapan ibu
bapa.
12. Sukar meluahkan emosi kepada ibu bapa.
13. Ibu bapa hanya berharap kejayaan saya.
14. Sukar memperoleh bantuan akademik dari
rakan-rakan.
15. Sering bermasalah dengan teman rapat/
lelaki/ wanita

1
Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

16. Kawan-kawan tidak mempedulikan saya


17. Malu berjumpa pensyarah.
18. Keluarga tidak memberi sokongan kepada
saya.
19. Pensyarah tidak memberi sokongan kepada saya.

20. Sukar berkomunikasi dengan pihak


pengurusan institusi pengajian.
21. Bermasalah menguasai pelajaran yang
sukar.
22. Sukar mengimbangi masa belajar dan aktiviti
sosial.
23. Gementar ketika pembentangan kelas.
24. Tertekan apabila tarikh penghantaran
tugasan semakin dekat.
25. Tidak bersedia menduduki peperiksaan.
26. Selalu datang lewat ke kuliah/ kelas.
27. Hilang minat terhadap akademik.
28. Tidak memahami pengajaran pensyarah.
29. Putus asa dengan subjek/ tugasan yang
sukar.
30. Keputusan akademik tidak memuaskan.
31. Mempunyai masalah pengangkutan di institusi
pengajian.
32. Kehidupan di asrama/ rumah kediaman tidak
selesa.
33. Bunyi persekitaran sering mengganggu saya.

34. Terdapat pencemaran bau yang tidak


selesa.
35. Tidak yakin dengan keselamatan di asrama/
rumah kediaman.
36. Kehidupan tidak tersusun mengganggu
saya.
37. Kecewa kerana kemudahan di pusat
pengajian tidak mencukupi.
38. Orang ramai membuat saya tidak selesa keluar
rumah.
39. Berbaris panjang membuat saya berasa tidak
selesa.
40. Takut kerana berfikir berada di tempat yang
tidak selamat.

Terima kasih kerana menjawab dengan jujur

2
Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

BORANG JAWAPAN
INVENTORI STRES PELAJAR (ISP) – EDISI 2020

Nama Umur
Jantina No. Tel
Alamat Institusi Pendidikan:

1 2 3 4
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1 11 21 31
2 12 22 32
3 13 23 33
4 14 24 34
5 15 25 35
6 16 26 36
7 17 27 37
8 18 28 38
9 19 29 39
10 20 30 40
Jumlah Jumlah Skor
skor Keseluruhan

Jumlah
skor
subskala

Catatan dan rujukan psikologis/ kaunselor/ pembimbing:

3
Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

INTERPRETASI SKOR INVENTORI STRES PELAJAR (ISP)

EMPAT (4) SUB SKALA DALAM IPS

Inventori Stres Pelajar (ISP) digubal bagi mengukur tahap stres pelajar institusi pengajian tinggi.
SSI dibina berdasarkan gabungan dua teoretikal utama iaitu Teori Sindrom Adaptasi Umum atau
General Adaptation Sindrome Theory dan Teori Stres Alam Sekitar atau Environmental Stress
Theory. Asas, prinsip dan konsep utama kedua-dua teori ini digunakan untuk mengembangkan
skala utama dan subskala ISP. Empat sub skala ISP ialah seperti berikut;

Sub Skala 1: Stres Fizikal


Sub skala fizikal merujuk kepada kesan-kesan stres ke atas fizikal. Apabila individu gagal
menangani stres secara berkesan, atau jika stres menjadi sebahagian daripada kehidupan
seseorang maka stres sering mempengaruhi atau memberi kesan negatif kepada fisiologi dan
fizikal. Antara kesan stres ke atas fizikal seseorang ialah seperti keletihan, kelemahan fizikal,
sakit kepala, masalah tidur, sakit belakang dan lain-lain.

Sub Skala 2: Stres Hubungan Interpersonal


Sub skala hubungan interpersonal menghuraikan bagaimana kesan stres memberi kesan kepada
kesukaran untuk mempunyai hubungan interpersonal yang baik dan berkesan. Kesan stres
menyebabkan hubungan interpersonal yang tidak berkesan terutamanya dengan orang yang
penting dalam hidup dan juga boleh menjadi salah satu faktor stres kepada seseorang. Individu
yang mempunyai perhubungan sosial yang tidak berkesan sering mengalami kesepian,
kebimbangan, kemurungan, harga diri yang rendah dan emosi yang negatif.

Sub Skala 3: Stres Akademik


Sub skala akademik adalah stres ke atas pelajar kerana keperluan menguasai pengetahuan dan
kemahiran akademik yang tinggi dalam jangka masa yang sering tidak mencukupi. Ini
merupakan faktor yang mempengaruhi stres akademik dalam kalangan pelajar. Bagi pelajar
bebanan tugas akademik yang meningkat, tanggungjawab semester dan subjek baharu,
mengulang kaji, menyiapkan tugasan, menduduki peperiksaan dan persaingan ke atas gred yang
cemerlang sering mempengaruhi stres akademik dalam kalangan pelajar.

Sub Skala 4: Stres Persekitaran


Sub skala persekitaran merujuk kepada persekitaran fizikal dan sosial yang mempengaruhi stres
ke atas individu. Stres persekitaran memberi timbal balik kepada diri individu dan bagaimana
individu bertindak balas kepada persekitaran dalam keadaan yang stres. Antara stres persekitaran
adalah seperti permasalahan kolej atau rumah penginapan, pengangkutan, komputer, terpaksa
beratur panjang, persekitaran fizikal yang tidak sesuai, pencemaran bunyi dan udara yang
menganggu, kesesakan lalu lintas dan perjalanan berulang-alik adalah contoh stres persekitaran.

4
Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

INTERPRETASI SKOR KESELURUHAN ISP

Jumlah
Tahap ISP Interpretasi Keseluruhan ISP
skor
Mempunyai kemahiran mengatasi masalah (coping skill) yang
baik ketika merasa tertekan atau merasakan perkara itu diluar
kawalan. Mempunyai sikap yang positif dan kecerdasan diri
yang tinggi. Mempunyai hubungan yang baik dengan orang
lain dan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang
baru.
Stres
40-80
Rendah
Langkah berjaga-jaga:
Teruskan sikap yang baik dan berkesan. Teruskan menguasai
kemahiran baru dan menangani stres dengan berkesan.
Sentiasa menjaga diri sendiri dan kekalkan perhubungan baik
dengan orang lain.

Mempunyai coping skill sederhana apabila merasa tertekan


atau merasakan berada disituasi luar kawalan. Mempunyai
sikap keberkesanan diri atau self-efficacy yang sederhana.
Mempunyai hubungan yang sederhana dengan orang lain dan
sederhana dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran yang
baru.

Langkah berjaga-jaga:
Perlu lebih bijak menangani permasalahan dan krisis
Stres
81-121 kehidupan dengan meningkatkan kemahiran diri. Kurangkan
Sederhana
konflik dengan orang lain, kurangkan mengambil
tanggungjawab baharu yang menyebabkan stres atau terlibat
dengan subjek atau aktiviti pengajian yang sukar dan
menyebabkan stres. Berfikir lebih mudah, relaks dan fokus
kepada perkara yang menyeronokkan dan menjaga diri sendiri.
Belajar dan kuasai teknik pengurusan stres dan kemahiran
kehidupan baharu untuk lebih berkesan.

Mempunyai coping skill yang lemah apabila merasa


tertekan atau merasakan bahawa perkara-perkara di
luar kawalan. Mempunyai sikap yang buruk dan self-
efficacy yang lemah. Mempunyai masalah dalam
Stres yang perhubungan dengan orang lain dan tidak dapat
122-160
teruk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baharu.
Stres boleh menyebabkan masalah fizikal dan
kesihatan.

5
Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

Langkah berjaga-jaga:
Analisis faktor stres, ambil tindakan segera untuk mengelak
stres. Fokus strategi menangani krisis dan konflik kehidupan
dengan baik agar tidak memberi stres pada masa hadapan.
Kurangkan konflik dengan orang lain, elakkan mengambil
tanggungjawab baharu yang menyebabkan stres atau terlibat
dengan aktiviti pengajian yang menyebabkan stres tidak
terkawal. Belajar kemahiran berfikir lebih positif, relaks dan
melakukan aktiviti yang memberi keseronokan. Belajar
menyayangi diri anda sendiri dahulu sebelum mengutamakan
perasaan orang lain. Jika stres berlanjutan anda perlu
berkongsi dengan ahli keluarga, rakan yang memahami atau
berjumpa dengan pakar psikologis/ kaunselor untuk terapi.

INTERPRETASI SKOR SUBSKALA ISP

Jumlah
Tahap ISP Interpretasi Subskala ISP
skor
Mempunyai risiko rendah kepada kesan
Subskala 1:
fizikal dan penyakit akibat stres. Kesihatan
Fizikal
fizikal yang optimum.
Mempunyai perhubungan sosial yang baik untuk
Subskala 2:
mengelak stres. Sangat baik dan berkesan dalam
Hubungan
Stres perhubungan sosial dengan orang lain.
Interpersonal
Rendah 10-18
Mempunyai pencapaian yang baik dan tinggi
Subskala 3:
dalam motivasi, pencapaian dan pengurusan
Akademik
masa dan akademik yang baik.
Baik dan berkesan dalam pelarasan antara
Subskala 4:
peribadi dan persekitaran sosial. Tinggi daya
Persekitaran
tahan.
Mempunyai risiko sederhana kepada fizikal
Subskala 1:
dan penyakit akibat stres. Kesihatan fizikal
Fizikal
yang sederhana.
Mempunyai hubungan sosial yang sederhana
Stres Subskala 2:
yang mungkin mempengaruhi stres. Sederhana
Sederhana 19-29 Hubungan
baik dalam perhubungan sosial dengan orang
Interpersonal
lain.
Mempunyai pencapaian yang sederhana,
Subskala 3:
motivasi yang sederhana, pengurusan masa
Akademik
dan akademik yang sederhana.

6
Inventori Stres Pelajar (ISP) – Edisi 2020

Sederhana baik dalam pelarasan antara


Subskala 4:
peribadi dan persekitaran sosial. Sederhana daya
Persekitaran
tahan.
Mempunyai risiko tinggi kepada kesan fizikal
Subskala 1:
dan penyakit akibat stres. Stres boleh
Fizikal
mengakibatkan kesihatan fizikal yang teruk.
Subskala 2: Mempunyai perhubungan sosial yang lemah yang
Hubungan menyebabkan anda stres. Teruk dalam
Stres yang Interpersonal perhubungan sosial dengan orang lain.
Teruk 30-40
Mempunyai permasalahan, motivasi dan
Subskala 3: pencapaian akademik yang lemah. Stres
Akademik mempengaruhi pengurusan masa dan akademik
yang teruk dan tidak berkesan.
Subskala 4: Lemah dalam pelarasan antara peribadi dan
Persekitaran persekitaran sosial. Rendah daya tahan.

Disediakan oleh:
Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip Jabatan
Psikologi dan Kaunseling
Fakulti Pembangunan Manusia Universiti
Pendidikan Sultan Idris Email:
aziz.shah@fpm.upsi.edu.my

RUJUKAN

M.A.S.M, Arip, D.N. Kamaruzaman, A.Roslan, A. Ahmad (2015). Development, Validity and
Reliability of Student Stress Inventory (SSI). The Social Sciences, Vol 10 (7), 1631 – 1638.

View publication stats

You might also like