You are on page 1of 19

TUGASAN 2: PONTENG SEKOLAH DAN PENGHAYATAN FALSAFAH

PENDIDIKAN DAPAT MENYELESAIKAN PERMASALAHAN INI

KOD KURSUS: FCE 3102

NAMA KURSUS: FALSAFAH PENDIDIKAN

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. AMINUDDIN BIN HASSAN

NAMA: SAKINAH BINTI HAJI ABDULLAH

NO.MATRIK: 191616

KUMPULAN: 2

PROGRAM: BACELOR PENDIDIKAN SAINS PERTANIAN


ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pengenalan ……………………………………………………………………… 1

2.0 Faktor ponteng sekolah ……………………………………………………………….. 2

2.1 Sikap Pelajar……………………………………………………………………. 3

2.2 Pengaruh Rakan Sebaya …………………………………………………….. 4

2.3 Sikap Guru ……………………………………………………………………… 5

3.0 Cara Mengatasi Ponteng Sekolah

3.1 Meletakan Al-Quran Dan....................................................................................6


As-Sunnah Sebagai Tempat Teratas

3.2 Penerapan Nilai Akhlak ……………………………………………….. 7

3.3 Teknik Pembelajaran Dan Pengajaran……………………………… 8

3.4 Penerapan Akhlak Yang Terpuji……………………………………… 9

3.5 Pendidikan Daripada Ibu Bapa............................................................................10

3.6 Mengamalkan Dan Mengaplikasi Adab-Adab Murni.........................................12

3.7 Persekitran Yang Kondusif…………………………………………….. 13

3.8 Kerjasama Dengan Pihak Luar….......................................................................14

4.0 Kesimpulan.......................................................................................................................15

5.0 Rujukan..............................................................................................................................16-17
1.0 PENGENALAN

Senario ponteng sekolah dalam kalangan remaja bukanlah isu baru dalam insititusi

pendidikan di Malaysia. Masalah ponteng ponteng bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar

lelaki, malahan dalam kalangan pelajar perempuan. Ponteng sekolah merupakan satu perbuatan

salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Menurut kamus dewan, ponteng didefinisikan

sebagai lari darpada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Ponteng sekolah dalam

kalangan ini tidak mengira lokasi sekolah, ia boleh berlaku di sekolah bandar dan luar bandar

atau pinggir bandar, begitu juga sekolah di pendalaman, masih menghadapi masalah yang

sama.Terdapat dua kategori ponteng iaitu:

1. Ponteng sekolah (tidak hadir ke sekolah)

2. Ponteng sekolah (tidak masuk ke kelas semasa guru mengajar, mereka hadir ke

sekolah)

Menurut Asraf (2017) dalam berita Astro AWANI, gejala ponteng sekolah mencatatkan

rekod tertinggi dalam salah laku disiplin pelajar sekolah sepanjang tahun. Menteri

Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia meliputi 1.4 peratus bersamaan 67,053

pelajar daripada hampir lima juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Satu daripada elemen yang kita sangat dukacita adalah ada sesetengah tempat ini yang

kita kenal pasti sebagai sekolah 'hotspot' (kawasan panas), iaitu sekolah-sekolah yang

mempunyai potensi berlaku salah laku disiplin yang tinggi. Dalam negara ini, ada

beberapa tempat yang mempunyai potensi untuk berlaku. Kita mempunyai kerjasama

yang baik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM)moderator dan bukan bereti kehadiran

polis itu akan

1
terus tangkap pelajar.Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), polis dan pengurusan sekolah

boleh duduk berbincang untuk mengambil langkah yang sepatutunya dilakukan di

sekolah tersebut, katanya semasa menggulung perbahasan Menjunjung Kasih Titah

Diraja di Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab

soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) yang ingin tahu tindakan daripada

KPM berhubung salah laku disiplin dan jenayah melibatkan pelajar.

Berikut merupakan statistik salah laku displin pelajar sepanjang 2017:

JADUAL 1.0: Salah Laku Pelajar Sekolah 2017

BIL SALAH LAKU PERATUS (%) JUMLAH

1 Ponteng sekolah 1.40 67 053

2 Kurang sopan 0.29 14 509

3 Tidak pentingkan masa 0.28 13 415

4 Kekemasan diri 0.23 10 946

5 Rokok 0.18 8 514

6 Berunsur jenayah 0.14 6 917

7 Kenakalan 0.12 5 825

8 Buli 0.06 2 795

9 Berunsur lucah 0.05 2 266

10 Laku musnah 0.04 1 868

Sumber Berita Astro AWANI 2018

2
2.0 FAKTOR PONTENG SEKOLAH

2.1 SIKAP PELAJAR

Menurut Johari Hassan (2005), sikap pelajar merupakan salah satu faktor utama yang

menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Pelajar- pelajar yang

ponteng sekolah terdiri daripada mereka yang mempunyai sikap yang negatif terhadap guru,

mata pelajaran dan sekolah. Mereka tidak mempunyai motivasi untuk belajar kerana mereka

berpendapat belajar itu tidak penting dan mereka memilih tidur daripada bangun awal pagi untuk

ke sekolah apatah lagi untuk mengulangkaji pelajaran. Punca berlakunya ponteng sekolah

mungkin kerana perasaan ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan tanpa

mengira kesan baik atau buruknya daripada perbuatan tersebut. Allah mengurniakan akal kepada

setiap manusia dan akal juga merupakan kekuatan terbesar yang dianugerahkanNYA. Akal

menjadi faktor utama yang membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Amalan berfikir

dituntut dalam Islam untuk memandu manusia kearah kebaikan. Menurut Ibnu Khaldun dan

Iman Ghazali menuntut ilmu adalah wajib terutamanya ilmu agama.

Selain itu, menurut Faizal (2018) pelajar-pelajar tidak akan hadir ke sekolah sekiranya

kerja sekolah yang diberikan oleh guru tidak dapat disiapkan. Ini menunjukan sikap mereka yang

tidak berminat untuk belajar. Mereka ini juga tidak faham akan objektif mereka pergi ke sekolah.

Mereka datang ke sekolah semata-mata disuruh oleh ibubapa dan menganggap tidak datang ke

sekolah tidak akan merugikan mereka. Jika keadaan ini berlarutan akan menjejaskan masa

hadapan mereka untuk menjadi insan yang berilmu berpengetahuan serta berketrampilan.

3
2.2 PENGARUH RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi gejala ponteng sekolah dalam

kalangan pelajar-pelajar. Sesuatu perbuatan yang baru dicuba oleh pelajar biasanya mempunyai

kaitan dengan perbuatan rakan yang lain. Sekiranya pelajar tidak mengikut perlakuan rakan,

pelajar akan rasa bimbang dan takut akan dipulau oleh rakan yang lain. Jadi menggangotai

sesuatu kumpulan merupakan jalan untuk mencapai objektif pelajar tersebut. Biasanya pelajar

yang tidak datang ke sekolah atas ajakan rakan dan terpengaruh dengan rakan yang hadir.

Mereka akan memilih satu lokasi untuk melepak sehingga tamat waktu sekolah. Kadang-kala

mereka ini, akan menipu ibu bapa bahasawanya, mereka pergi ke sekolah tetapi sebaliknya.

Pendapat ini sokong oleh Manja Mohd Ludin (1990) .Pengaruh rakan sebaya pada peringkat

remaja ketara kesannya kerana pada peringkat ini remaja akan cuba memilih rakan sebaya yang

bersehaluan ataupun sekepala. Pergaulan pelajar dengan rakan sebaya tanpa kawalan amat

berbahaya kerana menyebabkan seseorang pelajar melakukukan perbagai gejala sosial yang lain.

Keadaan bertambah runcing apabila mereka bergaul dengan orang yang lebih dewasa dan

rakan sebaya yang tidak bersekolah lagi. Menurut Mohd Amin (1998), pelajar yang ponteng

sekolah, mereka yang mempunyai pendirian yang rendah dan mudah untuk dipengaruhi oleh

orang lain.

Pada usia sebegini, pelajar dalam proses mencari identiti diri, maka mereka senang

mencuba sesuatu perkara yang baru tanpa memikirkan kesan buruknya pada masa akan datang.

Menurut pendapat Baktiar Mansor (1977) menyatakan rakan sebaya

4
boleh membawa pelajar mengenal kebaikan dan keburukan dunia terutamanya pada diri sendiri.

Selain itu, Manja Mohd Luddin (1990) juga menyatakan rakan sebaya menjadi pendorong

kepada untuk ponteng. Oleh itu, pelajar perlu bijak memilih rakan sebaya supaya tidak terjebak

dalam masalah ponteng sekolah.

Menurut Faizal (2018) menerusi akhbar Berita Harian, pengaruh rakan yang kuat

mendedahkan pelajar melakukan aktiviti tidak sihat seperti melakukan aktiviti tidak sihat seperti

bermain permainan video di kafe siber, berjalan –jalan di pusat beli belah dan melepak di tempat

di tempat yang tidak sepatutnya.

2.3 SIKAP GURU

Menurut Zahari Ishak (2013) menerusi akhbar Berita Harian yang bertarikh 20 September

2013, sikap guru merupakan salah satu faktor menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dalam gejala

ponteng sekolah. Zahari Ishak, Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti

Malaya, menyatakan personaliti guru yang negatif seperti terlalu garang, suka marah atau suka

membebel serta meminggirkan pelajar yang kurang pandai ketika dalam kelas. Hasil temu bual

yang dijalankan oleh Dr. Zahari terhadap 472 pelajar ‘kaki ponteng’ sebagai sampel kajian dari

15 sekolah Semenanjung Malaysia di kawasan banadar, luar bandar, pulau dan FELDA ,

mendapati 80 % menyatakan mereka suka ke sekolah tetapi sebaliknya tertekan dengan guru

kelas . Ini akan menimbulkan kebencian pelajar terhadap guru tersebut dan pelajar memilih

untuk ponteng kelas guru tersebut. Guru seharusnya berusaha untuk mewujudkan hubungan yang

baik dengan para pelajar tidak kira mereka pandai atau sebaliknya.

Faizal (2018) menyatakan peraturan dan displin yang ketat boleh mengakibatkan pelajar

ponteng sekolah. Corak kawalan yang membenarkan hukuman fizikal boleh

5
menyebabkan pelajar tidak suka terhadap sekolah dan bertindak untuk ponteng sekolah. Seorang

guru yang baik akan berusaha akan mencuba mencari jalan bagi pelajar minat untuk datang ke

sekolah. Guru yang mengajar dengan kaedah pembelajaran yang kreatif dan menarik akan

membuatkan pelajar sentiasa menantikan waktu mata pelajaran tersebut. Dengan pelajar tidak

mudah bosan atau jemu untuk belajar. Sebagaimana yang diperkatakan oleh Atan (1982), salah

satu sifat guru yang paling penting ialah menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran

yang diajar.

3.0 CARA-CARA MENGATASI PONTENG SEKOLAH

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat

dan negara. Oleh itu, pembentukan kemenjadian pelajar yang berakhlak menerusi Falsafah

Pendidikan Islam sekaligus dapat mengurang masalah ponteng sekolah.

3.1 MELETAKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI TEMPAT TERATAS

Abdul Halim (1989) membuat kesimpulan bahawa para sarjana dan cendiakawan Islam

mempunyai pemikiran dan pendapat yang sama mengenai Pendidikan Islam dengan meletakkan

Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tempat teratas. Oleh itu beliau merumuskan bahawa

Pendidikan Islam harus berperanan untuk membentuk peribadi

6
yang memenuhi ciri- ciri insan kamil iaitu sempurna. Antara ciri tersebut adalah mempunyai

keimanan yang teguh, patuh dan tekun menjalankan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala

larangannya, mempunyai akhlak yang luhur. Apabila perkara ini, diterapkan dalam jiwa pelajar,

mereka akan berusaha diri untuk menghadiri diri ke sekolah walaupun keberatan. Mereka yakin

dan percaya, menuntut ilmu merupakan satu suruhan daripada Allah dan tuntutan kepada

hambaNYA.

3.2 PENERAPAN NILAI AKHLAK

Dalam hal ini, Asmawati (2005) menegaskan bahawa penerapan nilai akhlak hendaklah

bermula daripada merungkai permasalahan akhlak demi melahirkan manusia yang baik.

Penekanan pendidikan akhlak dalam Pendidikan Islam adalah jelas. Ini kerana Pendidikan Islam

antara lainnya bertujuan membangun dan melahirkan insan secara bersepadu dan seimbang demi

merealisasikan fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.

Penerapan Falsafah Pendidikan Islam secara terus dalam sistem pendidikan Ilmu falsafah

khususnya Falsafah Pendidikan Islam ini sewajarnya diterapkan secara langsung dalam sistem

pendidikan kita. Dengan mempelajari bidang ini akan memberikan panduan dan gambaran

kepada masyarakat khususnya para pelajar akan arah tuju pendidikan yang sebenar iaitu ke arah

kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Menurut petikan daripada Utusan Malaysia pada

tarikh 10 Julai 2013, menyatakan pendidikan wajib. Apabila para pelajar,memahami kenapa

kerajaan mewajibkan pelajar yang beusia dari 7 tahun sehingga 17 tahun untuk mendapat

pendidikan di sekolah yang dibangunkan oleh kerajaan, mereka akan berasa seronok dan

bersemangat untuk meneroka pelbagai ilmu yang berada di sekolah.

7
3.3 TEKNIK PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Guru-guru juga akan mengadakan lawatan sambil belajar di pelbagai tempat untuk

memberi pendedahan kepada pelajar secara realiti, dan pelajar tidak akan berasa bosan di

sekolah. Mereka akan lebih memahami apa yang dibelajari di dalam kelas. Mereka juga dapat

mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Selain itu, memberi peluang

kepada pelajar untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat luar dan saling bertukar

pandangan. Dengan cara ini, pelajar akan merasa diri mereka dihargai oleh masyarakat dan

pandangan mereka diterima oleh orang lain. Menurut Zahari Ishak (2013) di dalam menerusi

akhbar Berita Harian yang bertarikh 20 September 2013, guru mestilah kreatif semasa proses

mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu

bijak semasa merancang kaedah pembelajaran dan pengajaran supaya para pelajar tertarik

terhadap mata pelajaran yang diajar dan tidak bosan.

3.4 PENERAPAN AKHLAK YANG TERPUJI

Seterusnya, penerapan akhlak yang terpuji dalam kehidupan menjamin kebahagiaan di

dunia dan di akhirat. Hebatnya sebuah negara dan tamadun itu bergantung kepada budi pekerti

dan akhlak masyarakatnya. Menurut Ghazali Darussalam (2001) nilai-nilai akhlak perlu disertai

tidak setakat dibilik darjah dan terbatas kepada mata pelajaran semata mata. Sebaliknya, ia

diperkukuhkan melalui latihan, gerak kerja kokurikulum dan khidmat masyarakat. Akhlak yang

mulia akan menjadikan dirinya sentiasa disanjungi dan diteladani oleh orang lain. Kehebatan dan

ketinggian ilmu pengetahuan seseorang itu diukur dengan pengamalan akhlaknya yang terpuji.

Bahkan Allah akan mengangkat darjat seseorang itu yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi

8
dan akhlak yang mulia. Oleh itu, untuk para pelajar perlu menghadiri ke sekolah untuk menjadi

insan yang berilmu pengetahuan dan mempunyai ahklak yang mulia.

Guru dan ibu bapa menjadikan Al quran sebagai sumber pembentukan utama sahsiah murni

pelajar. Menurut Ghazali Darussalam (2001) ,matlamat Pelajaran al-Quran dalam falsafah

pendidikan Islam ialah supaya masyarakat khususnya para pelajar dapat membaca al-Quran

dengan bacaan yang baik. Apabila pelajar mengetahui maksud dari isi kandungan al-Quran

berdasarkan tema yang tertentu berkaitan dengan kehidupan pelajar atau keperluan untuk

kefahaman, amalan dan pembentukan akhlak pelajar, maka sudah tentu akan lahir insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

kepada tuhan seterusnya mewujudkan warganegara Malaysia yang berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Apabila para pelajar boleh membaca dan mengenal huruf Al-Quran, itu bermaksud mereka

minat untuk belajar tetapi mereka ini terasa disisih dan dipulau oleh rakan kerana bacaan mereka

kurang tepat. Kadang kala, ustaz atau ustazah memarahi mereka diharapan pelajar lain. Ini akan

menyebakan mereka merasa malu dan terhina apabila diperlakukan sebegitu. Lagi bertambah

parah apabila mereka dirotan. Mereka akan bertindak untuk ponteng kelas ataupun tidak datang

sekolah terus. Sehubungan itu, guru- guru mestilah bijak menangani para pelajar yang lambat

dalam mata pelajaran yang diajari.

9
3.5 PENDIDIKAN DARIPADA IBU BAPA

Selain itu ibu bapa dan guru hendaklah mengajar dan mendidik anak-anak mengetahui Dan

meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam. Menurut Danial (2005) mengetahui dan meyakini

perkara perkara yang berkaitan dengan rukun Iman dan rukun Islam akan menjadikan seseorang

individu itu berpegang kuat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan dan ajarannya.

Dapat dilihat bahawa Falsafah Pendidikan Islam lebih mementingkan segala ilmu, kemahiran

dan penghayatan Islam itu berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pembentukan akhlak

dan peribadi pelajar juga diasaskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan yang

merupakan teras dalam membentuk individu pelajar yang berakhlak mulia.

Apabila perkara ini diserapkan dalam diri pelajar, mereka akan belajar bersungguh dan tidak

pernah terpikir untuk ponteng sekolah mahupun ponteng kelas. Selain itu, mereka juga takut

untuk ponteng kerana perkara ini adalah melanggar peraturan sekolah. Allah tidak suka

hambaNYA mensia-siakan atau membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah seperti

ponteng sekolah dan mereka akan melepak. Sesungguhnya dididikan awal dari ibu bapa amat

penting untuk menghasilkan anak yang berahklak mulia sekaligus dapat mengikut peraturan

yanhg ditetap oleh pihak sekolah.

Perkaitan Falsafah Pendidikan Islam dengan peranan ibu bapa. Ibu bapa mempunyai peranan

untuk mendidik anak-anak menjadi orang baik dan berakhlak. Ibu bapa merupakan individu yang

banyak menghabiskan masa dengan anak-anak selain daripada rakan sebaya. Ibu bapa perlulah

mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan supaya mereka tidak terjebak dalam kancah ini.

Selain itu. ibu bapa mestilah kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak supaya mereka

tidak terasa

10
terpinggir. Kesan daripada rasa terpinggir, mereka mungkin akan memberontak dan protes untuk

ponteng sekolah ataupun ponteng kelas. Apabila hal ini berlanjutan, pihak sekolah akan

menghubungi ibu bapa untuk memberitahu hal tersebut. Anak –anak akan berasa puas apabila

ibu bapanya datang ke sekolah bertemu dengan gurunya. Mereka merasakan dengan perlakuan

negative, barulah ibu bapa akan memberi perhatian yang lebih.

Che Noraini (2011), menerangkan ibubapa merupakan orang pertama yang

bertanggungjawab memberi pendidikan secukupnya kepada anak-anak sama ada pendidikan

agama atau akademik. Oleh kerana kesibukan tugas harian dan kealpaan membahagikan masa,

ramai di kalangan ibu bapa tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Oleh itu,

ibu bapa mestilah sedar akan kewajipan dan tanggungjawab yang lebih utama dalam mendidik

anak- anak daripada guru-guru di sekolah. Matlamat pendidikan bukan sekadar untuk kejayaan

akademik dan kebendaan sahaja. Pendidikan adalah proses yang berterusan seumur hidup sesuai

dengan ajaran agama Islam. Ibu bapa yang baik ialah mereka yang mengharapkan anaknya

memperolehi keseimbangan ilmu antara dunia dan akhirat.

Dengan ini akan lahirlah kemenjadian anak yang mampu mempertahankan agama, bangsa

dan tanahair. Ibu bapa hendaklah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang terbaik untuk

anaknya. Persekitaran yang baik akan menyebabkan para pelajar bersemanagat untuk

mengulangkaji dan membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Kebanyakkan kes ponteng

kelas berlaku disebabkan mereka tidak membuat kerja sekolah yang diberikan. Kadang kala, para

pelajar akan bekerja di gerai makan sehingga lewat malam dan tiada masa untuk melakukan

ulang kaji apatah lagi kerja rumah. Oleh

11
itu, persekitaran dan keadaan rumah tangga amat penting untuk melahirkan anak yang baik

sekaligus dapat mengurangkan kadar ponteng sekolah yang hangat diperkatakan ini.

3.6 MENGAMALKAN DAN MENGAPLIKASI ADAB-ADAB MURNI

Seterusnya para pelajar hendaklah mengamalkan dan mengaplikasi adab-adab murni dalam

kehidupan seharian. Menurut Danial (2005), mengamalkan akhlak yang mulia dituntut oleh

agama Islam merupakan salah satu objektif Falsafah Pendidikan Islam. Objektif ini juga selari

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan warganegara Malaysia yang

berketrampilan dan berakhlak mulia. Contohnya, dalam mata pelajaran akhlak dan Adab

Islamiah bagi pelajar-pelajar lebih menekankan kepada pembentukan peribadi mukmin melalui

adab di dalam kehidupan bersosial dan adab ketika menuntut ilmu, adab bercakap dengan ibu

bapa, adab bergaul dengan rakan dan adab bercakap dengan guru. Kesemua tajuk yang

terkandung di dalam buku teks pendidikan Islam.

Guru sudah menjalankan tanggunggjawab sebaik mungkin dengan mengajar para pelajar

mengenai Adab Ismamiah. Guru juga telah memperbagaikan cara untuk mengajar para pelajar

supaya tidak bosan semasa pembelajaran dilangsungkan. Menurut Zahari Ishak (2013), guru

hendaklah kreatif semasa mengendalikan proses pegajaran dan pembelajaran. Contohnya guru

telah menggunakan tayangan multimedia mengikut peredaran zaman supaya kefahaman para

pelajar meningkat selaras dengan objektif pembelajaran. Apabila para pelajar mengamalkan ilmu

yang diajari oleh guru, mereka tidak akan terjebak dalam masalah ponteng sekolah.

12
Selain itu, setiap institusi sekolah tidak dapat dipisahkan dengan PIBG yang dianggap

sebagai penghubung pihak sekolah dan masyarakat khususnya kalangan ibu bapa. Menurut

Mohamad Sofee Razak (2007) menerusi rencana di dada akhbar Utusan Malaysia, menyatakan

peranan PIBG perlu ditingkatkan. Penubuhan PIBG adalah untuk memberi peluang kepada guru-

guru dan ibu bapa untuk berbincang dan merancang program memperbaiki pencapaian pelajar

dan menangani masalah displin antaranya masala ponteng sekolah. PIBG perlulah memahami

tanggungjawab mereka sebagai Khalifah Allah S.W.T yang akan membantu pihak sekoah untuk

menagani masalah displin kerana mecengah lebih baik daripada mengubati. Ini merupakan salah

satu cara PIBG untuk mencegah nahi mungkar yang berlaku di sekolah.

3.7 PERSEKITRAN YANG KONDUSIF

Secara khusus, PIBG juga bertanggungjawab dalam mewujudkan suasana persekitaran yang

baik bagi membolehkan pelajar mencapai perkembangan jasmani, rohani, akhlak dan pemikiran

yang seimbang. Dengan itu, bebanan dan tekanan murid dapat dikurangkan selain kadar masalah

disiplin diturunkan.

Di samping itu, PIBG juga haruslah mengadakan aktiviti-aktiviti atau program sekolah untuk

meningkatkan prestasi akademik dan mengurangkan masalah displin mahupun prasarana

sekolah. Selain mendapat permuafakatan dalam melaksanakan program- program sekolah ini,

hubungan antara ibu bapa dan guru juga boleh terjalin dengan rapat dan pengawasan mereka

terhadap anak-anak mereka akan menjadi lebih berkesan. Ibu bapa juga boleh memahami tindak-

tandus anak-anak mereka dalam sekolah. Jadi, pelbagai masalah disiplin sekolah dapat diatasi

melalui kerjasama dan perbincangan kedua-dua pihak dan PIBG haruslah bekerjasama dengan

pihak sekolah dalam usaha

13
memantapkan peranan untuk menyampaikan ilmu, maklumat, kemahiran, pengalaman dan nilai

murni kepada pelajar.

3.8 KERJASAMA DENGAN PIHAK LUAR

PIBG boleh mengadakan jaringan dan kerjasama pintar dengan institusi pendidikan terbaik

dan cemerlang tempatan dan luar negara. PIBG juga perlu membantu sekolah menangani

masalah sosial pelajar sekolah seperti masalah ponteng sekolah, merokok, penagihan dadah,

membuli, pornografi dan pelbagai bentuk jenayah lain supaya ia tidak menjadi barah dalam

sesebuah sekolah itu dan dunia pendidikan amnya. Program seperti seminar dan kem motivasi

untuk pelajar di setiap sekolah adalah program yang boleh dilaksanakan PIBG kerana dapat

memberi kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya. Itu lah

pentingnya Allah memberikan akal supaya boleh berfikir perkara baik dan buruk dan mencegah

nahi mungkar.

Ia sekali gus dapat mengurangkan gejala salah laku pelajar, di samping dapat melahirkan

generasi muda yang berdisplin dan bersahsiah tinggi. PIBG di peringkat kebangsaan pula boleh

mengusulkan atau mengemukakan satu pelan bertindak yang realistik dan komprehensif kepada

kementerian terbabit untuk menambah baik atau membetulkan apa-apa ketempangan dalam hal

mengenai pendidikan.

Apa pun kejayaan PIBG itu terletak kepada sokongan padu ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa

tidak sepatutnya memandang remeh terhadap mesyuarat PIBG yang diadakan di sekolah anak-

anak mereka belajar. Ibu bapa harus sedar bahawa mesyuarat PIBG diadakan bertujuan

menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) di

14
peringkat sekolah, di samping mempertingkatkan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah.

4.0 KESIMPULAN

Secara umumnya, masalah ponteng sekolah ini dapat dikurangkan sekiranya semua pihak

memainkan peranan masing-masing tanpa mengira kudrat. Masalah ini perlu diatasi daripada

sekolah rendah lagi, kerana pelajar yang ponteng sekolah merupakan pelajar yang sama. Oleh

itu, kerjasama daripada pelbagai pihak amat diperlukan. Sesungguhnya kemanjadian pelajar amat

penting untuk masa hadapan negara. Apabila sekolah melahirkan pelajar yang bermasalah ianya

memberi impak yang besar kepada masyarakat sekeliling dan imej negara. Diharapkan dengan

penghayatan falsafah pendidikan dapat menyelesaikan permasalahan ponteng sekolah.

15
RUJUKAN

Abdul Halim bin H. Mat Diah (1989). Pendidikan Islam di Malaysia. Angkatan Belia Islam

Malaysia, Wilayah Persekutuan, 1989.

Asmawati Suhid (2005). Kerelevanan Pendidikan Nilai dan Agama Dalam Pembentukan

Masyarakat Madani, dalam Jurnal Pendididikan Islam, Jilid 11, Bil.2, Ma 2005,hal.

69-82.

Atan bin Long (1982). Pendidikan Dan Pendidik. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Bakhtiar Mansor (1994). Ponteng Satu Pendekatan Secara Kaunseling. dalam Aminah

Hj.Hashim. Jurnal Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Hlm. 165- 176.

Dr. Danial Zainal Abidin (2005). Tujuh Formula Individu Cemerlang.

PTS Publications, 2005.

Che Noraini bt Hashim (2011). Keruntuhan Akhlak Masyarakat: Punca-punca dan cara

penyelesaiannya. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ghazali Darusalam (2001). Kursus Tamadun Islam Dan Pendidikam Moral. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2001.

Harits Asyraf Hasnan , Astro Awani Mac 21, 2018 . Ponteng sekolah catat rekod

tertinggi salah laku disiplin 2017 diperoleh pada 25.04.2018 daripada

16
http://www.astroawani.com/berita-Malaysia/ponteng-sekolah-catat-rekod-

tertinggi-salah-laku-disiplin-2017-171057

Manja Mohd Ludin (1990). Psikologi,Sosiologi, Dan Falsafah Dalam Pendidikan.Dewan

Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Cetakan 1 Edisi (1990)

Mohamad Sofee Razak (2007). Utusan Malaysia Mac 23, 2007 Tingkatkan

peranan PIBG diperoleh pada 25.04.2018 daripada

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0327&pub=Utusan_Mala

ysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Mohd. Amin H.A Shariff (1998).Perkembangan Remaja: Pandangan, Pemahaman Dan

Interpretasi. Dewan Bahasa dan Pustaka 1998.

Nas Norziela Nasbah.Berita Harian, April 19, 2018. Ponteng Sekolah diperoleh pada

25.04.2018 https://www.pressreader.com/malaysia/berita-

harian5831/20180409/282565903713444

Saffek Affendy Razali dan Nor Azizah Moktar. Berita Harian September 20, 2013. Sikap

Guru Punca Ponteng diperoleh pada 25.04.2018 daripada

http://www.pengajar.info/2013/09/sikap-personaliti-guru-punca-utama.html

Utusan Malaysia, Julai 10, 2013. Pendidikan wajib - Tiada ibu bapa diheret ke

mahkamah diperoleh pada 25.04.2018 daripada

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1007&pub=Utusan_Mala

ysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

17

You might also like