You are on page 1of 3

Menurut Sabri Hussin (2002) , persekitaran umum ialah satu persekitaran diluar perniagaan

yang mempunyai hubungan tidak langsung dengan perniagaan

Menurut Shanti Subramaniam (2013), persekitaran teknologi merupakan kaedah yang baharu
untuk melakukan sesuatu kerja. Penggunaan teknologi canggih dapat meningkatkan
kemampuan daya saing sesebuah perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan.

Menurut Aini Hayati et.al. (2012), persekitaran persaingan dan jaringan berkait dengan
struktur pasaran dan persaingan dalam pasaran domestik serta antarabangsa.
Kegagalan atau kejayaan perniagaan bergantung kepada sejauh menakah peniaga boleh
bersaing dalam sesebuah pasaran. Peniaga perlu membentuk jaringan perniagaan yang luas
untuk meningkatkan daya saing perniagaan

Menurut Ian Worthington (2008), persekitaran perniagaan merupakan satu elemen yang
mampu mempengaruhi sistem perniagaan walaupun elemen-elemen ini bukan berada di
bawah kawalan perniagaan.

Menurut R.W. Griffin dan M. W. Pustay (2013) perniagaan antarabangsa ialah pernigaan
yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dijalankan
melangkaui sempadan geografi dan politik sesebuah negara mencapai objektif individual atau
organisasi.

Mohd Nazari Ismail dan Aida Idris (2001) menyatakan aktiviti perniagaan antabangsa wujud
apabila berlakunya transaksi perniagaan yang melibatkan individu atau organisasi daripada
dua negara yang bersaingan.

Menurut Adam Smith (1776), ekonomi adalah ilmu penyelidikan tentang keadaan dan sebab
adanya kekayaan negara.

Menurut Noriati A. Rashid et. al. (2017), sosial dikaitkan dengan masyarakat dan
kemasyarakatan
Norfazila Rahman (2019), sosiobudaya adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban
bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat
berkenan untuk pembagunan sosial kehidupan masyarakat. Kepelbagian sosiobudaya terdiri
daripada bangsa, bahasa, adat resam, jantina, kaum, stuktur masyarakat, dan kepercayaan.

Menurut Ramian Surbakti (1999), politik adalah interaksi antara pemerintah dan masyarakat
dalam rangka proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan yang membawa kebaikan
bersama masyarakat yang tinggal dalam suatu wilayah tertentu

Menurut Yaqin (1996), undang-undang ialah satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku
dalam masyarakat.

Menurut Dayang Zainon (2008), budaya ialah himpunan pengalaman yang kompleks yang
menentukan kehidupan seharian. Aspek budaya juga merangkumi sejarah, struktur sosial,
agama, adat tradisi dan alat kegunaan seharian.

Menurut Alfred Marshall (1890), definisi ekonomi adalah ilmu tentang manusia bagaimana
mereka menjalani hidup, bergerak dan berfikir dalam kehidupan seharian mereka.

Menurut Ahmad Shukri Mohd Nain dan Amran Md.Rasli (2005), persekitaran perniagaan
adalah suatu persekitaran yang terbuka.

Menurut Malheiro dan Armado (1989), persaingan merupakan firma-firma lain dalam
industri atau pasaran yang sama berusaha mengatasi firma-firma lain demi mendapatkan
keuntungan yang banyak.

Ibrahim Ali (2015), bahawa e-pemasaran adalah merupakan satu proses pembelian dan juga
penjualan yang dibuat melalui elektronik. Proses yang terlibat seperti pengiklanan, pesanan,
penghantaran, pembayaran dan juga khidmat selepas jualan bagi perkhidmatan dan juga
barangan.
E-pemasaran adalah strategi yang dilakukan oleh agensi atau organisasi menggunakan teknik
komunikasi moden kaedah untuk menukar pasaran berpotensi menjadi pasaran nyata
(Xiaoming Meng, 2010)

Menurut Strauss, J & Frost, R, (2014), E-pemasaran digambarkan sebagai penggunaan


teknologi informasi untuk operasi pemasaran, serta proses membuat, berkomunikasi,
menyampaikan, dan memberikan penukaran yang berharga bagi pengguna, rakan kongsi, dan
masyarakat pada umumnya.

Aplikasi e-dagang ini memudahkan lagi aktiviti perniagaan dijalankan pada setiap masa tanpa
mengira tempat (Nik Rahim, 2009; Haniah, 2015)

Proses serta komunikasi dalam e-dagang yang berlaku di antara kedua belah pihak (penjual
dan pembeli) memberi kesan kepada pengeluaran, pengedaran atau apa-apa perkara yang
berkaitan dengan ekonomi berlandaskan kepada elektronik (Kent W. Colton & Kenneth
L.Kraemer, 1980).

You might also like