You are on page 1of 6

Teori Pengkaedahan Melayu

Teori Pengkaedahan Melayu ialah satu teori yang berdasarkan kepada cara dan sikap hidup,
kepercayaan dan kebudayaan masyarakat Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang.
Masyarakat Melayu menjadikan alam sebagai ilham dan sumber untuk menghasilkan karya
(Jumali, 2009). Masyarakat Melayu mempungai daya cipta dan kreativiti. Hal ini dapat dilihat
melalui pemikiran dalam karya-karya yang dihasilkan. Pengkaedahan Melayu terbentuk melalui
tiga teras yang amat kemelayuan dan keislaman sifatnya iaitu kebajikan, ketaqwaan dan
ketatasusailaan (Za’ba, 2003).

Teori pengkaedahan terbahagi kepada dua iaitu pengkaedahan alamiah dan


pengkaedahan keagamaan. Pengkaedahan alamiah berteraskan cara atau sikap hidup
masyarakat Melayu yang menjadikan alam sebagai sebahagian daripada dirinya (Jumali, 2009).
Sebab itulah kita dapati masyarakat Melayu pada zaman dahulu menjadikan alam sebagai
sumber utama yang dapat memberikan mereka pekerjaan atau pencarian, pengalaman,
pengajaran dan pelbagai kebaikan (Za’ba, 2003). Pengkaedahan alamiah dipecahkan kepada
tiga pendekatan iaitu pendekatan gunaan, pendekatan moral dan pendekatan firasat.

Seterusnya, pengkaedahan keagamaan. Pengkaedahan ini berteraskan nilai ketaqwaan


atau ketaatan seorang insan kepada Allah. Pendekatan ini berfungsi memperkembangkan
keunggulan Islam melalui nilai kemurnian dan keistimewaannya yang menjadi tarikan (Jumali,
2009). Dalam kajian yang seterusnya, saya akan menganalisis sebuah hasil karya Nassury
Ibrahim yang berjudul Kerana Senyum menggunakan teori pengkaedahan Melayu iaitu
pengkaedahan alamiah menggunakan pendekatan moral.

Pendekatan Moral

Sebelum menganalisis karya yang dipilih, saya akan menjelaskan serba sedikit tentang
Pendekatan Moral. Pendekatan Moral didasari pendekatan gunaan iaitu sastera berupa kejadian
dan objek. Kewujudannya dalam bentuk benda atau alat yang memberi manfaat. Sebaliknya
kejadian Pendekatan Moral bersifat pengalaman hidup manusia, yang melibatkan peristiwa yang
dilalui oleh manusia sama ada memberi impak positif atau negatif (Hashim, 2002).
Sinopsis

Cerpen ini secara keseluruhannya menceritakan tentang konflik yang berlaku dalam sebuah
keluarga yang tidak disebutkan namanya tetapi hanya dirujuk sebagai ayah. Konflik bermula
apabila adik bertindak menampar ayah secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Ayah dan
ibu terkejut dengan tindakannya yang diluar jangkaan itu. Konflik antara mereka bertambah rumit
apabila adik menyatakan kepada ibu bahawa dia tidak mahu ibu tiri kerana ibu tiri jahat. Ibu salah
faham dengan menyangka bahawa ayah ingin berkahwin lain. Ayah tidak mengaku dengan
kenyataan itu. Setelah ditanya, akhirnya adik menjelaskan bahawa rakannya memberitahu
ayahnya selalu tersenyum pada Kanty. Adik memberitahu ayah dia tidak mahu ibu tiri dan
mendapat nasib seperti Bawang Putih Bawang Merah. Barulah ayah faham sebab adik bertindak
demikian.

Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu dalam cerpen Kerana Senyum melalui Pendekatan Moral

Nilai Rasional
Kamus Dewan mendifinisikan rasional sebagai alasan munasabah yang mendasari sesuatu
tindakan, perbuatan datau pegangan. Kamus Pelajar pula menghuraikan rasional sebagai fikiran
yang baik atau alasan yang wajar bagi sesuatu tindakan, perbuatan dan sebagainya. Dalam
cerpen ini, watak adik dan ibu tidak bersikap rasional. Hal ini kerana mereka melakukan sesuatu
tindakan tanpa bertanya dan mencari kebenaran terhadap suatu perkara. Perkara ini dapat
diperhatikan dalam ayat-ayat berikut:

1. Terkejut sakan ayah. Bukan kerana sakit pipi. Bukan kerana jerit adik, “Ayah!” Pang!
Sepantas kilat tangan adik hinggap di pipi ayah. Ayah terkejut dan terpaku.
2. Ibu dikejutkan oleh suara adik, “Ayah!” Tidak semena-mena adik menjerit. Kuat. Kepala
ibu berpusing ke arah adik. Ibu lihat tangan adik melayang ke pipi ayah. Pang! Bergema
pipi ayah. Tidak semena-mena adik tampar ayah.
3. Mereka bersuara, mula-mula perlahan, kemudian semakin meninggi dan meninggi. Tidak
lama kemudian kedengaran suara ibu menangis.

Melalui ayat-ayat tersebut, adik bertindak menampar ayah tanpa tanpa mengetahui kebenaran
khabar yang didengarnya. Selain itu, ibu tidak bersikap rasional iaitu terus mempercayai segala
yang telah dikatankan oleh adik dan menangis tanpa berbincang dengan baik. Justeru, nilai
rasional sangat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan salah
faham dan mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera.

Nilai Kasih Sayang


Kamus Dewan mendefinisikan kasih sayang sebagai perasaan belas kasihan, berkasih sayang
menaruh kasih sayang. Menurut Abdullah Nashih Ulwan, kasih sayang dapat diartikan
kelembutan hati dan kepekaan perasaan sayang terhadap orang lain (Nashih, 1996). Kasih
sayang merupakan fitrah yang dianugerahkan oleh Tuhan kepda manusia. Perasaan kasih
sayang dalam sesebuah keluarga sangat penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim.
Kasih sayang merupakan faktor utama untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.

Dalam cerpen Kerana Senyum, kasih sayang dapat dilihat melalui layanan ibu kepada
ahli keluarganya. Perkara tersebut diperlihat melalui ayat-ayat berikut:

1. Sambil kerja ibu menjenguk keluar, intai kalau-kalau ayah atau adik sudah pulang.
2. Fikir ibu, air Sunquick sesuai untuk adik yang kepenatan. Juga untuk ayah.
3. Seperti hari-hari lain, jelita ibu sungguh manis. Senyum yang mengasyikkan. Ibu
berlenggang pramugari, keluar menyambut ayah di muka pintu.

Melalui layanan ibu kepada ayah dan adik, kita tahu bahawa ibu sangat menyanyangi ahli
keluarganya. Dia tidak jemu menyambut kepulangan adik dan ayah setiap hari dan
menghidangkan air untuk menghilangkan kepenatan mereka. Justeru, setiap keluarga perlu
mengamalkan sikap sayang-menyanyangi antara satu sama lain agar hubungan bertambah erat
dan bahagia.

Pengaruh media massa

Media massa merupakan medium penyampai maklumat yang sangat berkesan. Media massa
umpamanya televisyen mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek
terutamanya tingkah laku dan fikran mereka. Ibu bapa perlu memilih rancangan dan filem yang
sesuai ditonton oleh anak-anak mereka. Peranan media sebagai ejen sosialisasi boleh dilihat dari
aspek kesan langsung dan tidak langsung hasil daripada pemaparan nilai-nilai sosial secara
pasif. Pemaparan nilai sosial oleh media menyumbang kepada pembentukan nilai sosial yang
sebenar (Anita & Azizah, 2013).

Dalam cerpen ini, adik telah bertingkah laku biadap terhadap ayahnya disebabkan
terpengaruh dengan cerita Bawang Merah dan Bawang Putih. Melalui cerita tersebut, adik telah
membentuk persepsi bahawa ibu tiri jahat dan menyebabkannya bertindak menampar ayahnya
kerana tidak mahu ayahnya berkahwin dengan Kanty. Perkara ini dapat dilihat pada ayat-ayat
berikut:

1. “Nasa tak mahu! Nasa tak mahu mati ibu!” tegas Nasa. Nasa tak manhu mati macam
‘Bawang Merah’. Ibu tiri jahat!”
2. “Ooo…,” kata ayah. Ini pasal tengok TV cerita Bawang Putih Bawang Merah, semalam
ya,” ujar ayah sambil melangkah dan duduk di sebelah Nasa.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memantau dan membimbing anak-anak untuk memilih rancangan
yang sesuai dengan umur mereka.

Nilai Kesabaran

Dalam cerpen yang dikaji niali kesabaran ditunjukkan melalui watak ayah dalam menyelesaikan
konflik yang dihadapi oleh keluarganya. Nilai kesabaran merupakan cara untuk kita memperoleh
kebahagiaan dunia akhirat. Dalam al-quran surah Ali-Imran ayat 200 Allah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah
bersiaga dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.”

Sabar merupakan sikap iaitu kita boleh menerima suatu situasi dalam keadaan tabah.
Sikap ini seharusnya dimiliki oleh semua orang kerana kerana membawa kesejahteraan kepada
diri dan orang lain. Nilai kesabaran ini diwujudkan dalam watak ayah iaitu apabila dia bersikap
sabar tabah apabila Nasa menamparnya secara tiba-tiba dan menuduhnya akan berkahwin
dengan Kanty. Ayah tidak bertindak melulu sebaliknya bertanya kepada Nasa siapa yang
memberitahunya siapa yang memberitahunya tentang perkara tersebut. Ayah bersikap sabar
menyelesaikan masalah tersebut.
Rujukan

Abdullah Nashih Ulwan, (1996). Pendidikan Anak Dalam Islam; Pendidikan Sosial Anak,
Remaja Rosda Karya: Bandung.

Jumali Hj. Selamat (2009). Aplikasi teori pengkaedahan melayu dalam menjaras ribut menerusi
pendekatan dakwah. diakses pada 27 Mac 2017 daripada
http://journalarticle.ukm.my/4703/1/2-Jumali_Haji_Selamat.pdf

Abdul Aziz Deraman (2011) Jati diri melayu dalam kumpulan puisis pilihan. Diakses pada 27 Mac

2017 daripada http://psasir.upm.edu.my/27352/1/FBMK%202011%2056R.pdf

Hashim Awang (2003). Pengkaedahan melayu dalam dalam kajian dan kritikan kesusasteraan
melayu brunei. Diakses pada 27 Mac 2017 daripada
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/383/1/Pengkaedahan%20Melayu%20dalam%20kaji
an%20dan%20kritikan%20kesusasteraan%20Melayu%20Brunei.pdf

Wan Anita Wan Abas (2013). Media dalam kehidupan dan perkembangan kanak-kanak.
Diakeses pada 27 Mac 2017 daripada
http://jpmm.um.edu.my/filebank/published_article/6795/03JPMM%202013_No_2.pdf

Kamus Dewan Edisi Keempat., (2007) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Nassury Ibrahim, (2013). Kumpulan cerpen naratif jurnalis. Institute Terjemahan & Buku

Malaysia: Kuala Lumpur.

You might also like